Pilihanraya kecil Manek Urai telah memberikan jawapan. Semua orang tahu akhirnya dalam persaingan yang dikatakan 'sengit' itu PAS mengekalkan kemenangan tetapi majoriti cuma 65 undi daripada 1351 dalam PRU 12. Rata-rata akhbar pelbagai bahasa dan rata-rata para blogger juga melaporkan menang tetapi dengan majoriti 'tipis'. Nampak semua bersetuju.
Dan ada yang terlebih 'terlajak' memberi post mortem sendiri dengan meletakkan 'kesilapan' kepada Badan Perhubungan PAS Kelantan kerana telah mengeluarkan dan memutuskan bebrapa larangan hatta kepada Presiden dan Timbalannya yang dilarang hadir berkempen membantu PAS Kelantan. Dengan bersanadkan dengan hujah-hujah yang boleh diambil kira dan boleh diterima pakai.
Maknanya parahnya percanggahan pandangan dan pendapat berkenaan UG (unity Goverment) masih dibangkit-bangkit dan diungkit-ungkit. Inilah lumrah sementelahan kita jauh daripada zaman tabiin dan para sahabat nabi. Apa pun janji ALlah perbalahan kita akan beroleh pahala bilamana ijhtihad kita itu benar. Tetapi selagai nama manusia mereka yang tidak bersetuju dengan TGNA akan terus menerus membangkitkan apa yang tidak patut dan apa yang patut dilakukan oleh TGNA. Begitulah juga dengan Presiden PAS dan Timbalannya, sebaliknya.
Rakan penulis yang turut ke Manek Urai juga bercakap soal yang sama, tunggulah sehingga mereka puas bercakap dan puas menunggukan result akhir, samada mereka berpandngan betul atau sebaliknya. Itulah masalah kita ?
No comments:
Post a Comment