Pada 1hb Ogos 2009 GMI dengan kerjasama dokongan dan sokongan parti-parti Pembangkang dan NGO yang membangkang ISA akan adakah Himpunan Aman di Kuala Lumpur. Akta ini adalah sebuah akta yang digunakan zaman Darurat untun mengangkap semua anasir subersif dan komunis tanpa bicara. dan ia menampakkan kejayaan yang membanggakan. Hasilnya dimana kerajaan waktu itu makin kuat dan nampak bersih daripada ancaman komunis dan lain-lain subersif.
Namun, akta yang digunakan itu kini masih kekal. cuma bedanya kerajaan yang ada menggunakan ke arah memperkuatkan juga kerajaan kali ini giliran mana-mana individu yang melawan dan menhasut rakyat khasnya golongan pembangkang yang akan dicas memudaratkan keselamatan negara. Justeru atas tiket ancaman keselamatan negara mana-mana individu yang 'dinilai' atau 'dikatogerikan' sebagai menjadi ancaman negara akan ditahan dan dipenjarakan.
Hari ini, atas kemajuan kemerdekaan, kepandaian rakyat menilai semula satu Himpunan Aman akan diadakan. Dan dimana ada yang setuju di kala itu ada yang mahu ia terus dikekalkan. Maka atas sifat mahu dikekalkan maka ditubuh satu pertubuhan yang dinamakan Majlis NGO Pembela Negara (MAGARAN) yang hari memberi 'amaran' supaya niat tersebut oleh GMI akan dibantah oleh mereka.
Inilah kegilaan baru, serta ketagihan baru akta yang zalim ini mahu terus menerus dikekalkan. walapun rata-rata manusia mahukan ia dimasuhkan. Hatta Pak Lah sendiri mahukan ia 'dibubarkan'.
No comments:
Post a Comment