Friday, July 10, 2009

Pakatan Rakyat : rakyat mahu dipersepsikan dgn baik

Kemelut kemarahan DAP terhadap kerajaan negeri Kedah pimpinan PAS, rentetan hasil tindakan MBAS merobohkan pusat penyembelihan babi yang tertunggak sejak 30 tahun lalu kembali selesai. Manifestasi kes tersebut DAP Kedah keluar daripada gabungan/sokongan terhadap Pakatan Rakyat. Dalam kenyataan Pengerusi DAP Kedah/Perlis Thomas Su yang bersetuju kembali dan menyokong semula kerajaan Pakatan Rakyat Kedah bawah pimpinan PAS, amat kita alu-alukan.

Jelas, kepimpinan PAS 'sudah' teruji. Dan berjaya menyelesaikan isu ini dengan cepat dan cekap.Ini memberi gambaran positif bahawa kepimpinan kerajaan negeri Kedah bawah PAS lebih telus terbuka dan bersifat lapang dada. Pertemuan Ust Azizan dan Lim Kit Siang cukup terkesan dan pertautan hati serta penuh mesra, masalah dapat diselesaikan.

Bukan senang hendak memberi faham, kesabaran ketenangan dan berlapang dada adalah kunci utama bagi penyelesian masalah. Apa pun harapan masa depan kita perkara-perkara sensitif melibatkan dapat diselesaikan segera, masing-masing pihak bukan mencari untung diatas isu yang berlaku. Keamanan keselesaan, tidak ada berantakan akan memberi signal kepada rakyat bahawa kita adalah pasukan yang bakal membentuk dalam kerajaan menanti atau kerajaan menunggu. Inilah yang mahu digambarkan dan dipersepsikan kepada rakyat.


No comments: