Thursday, July 09, 2009

Dr M dan Khir : Siapa salah ?

Bila Khir Toyo dan Tun Dr M marah. Kedua-dua bekas pimpinan UMNO marah masing-masing dalam nada berbeda. Bagi Dr M dia kesal dan dukacita kerana kerajaan bertindak dengan mengorbankan masa depan anak-anak, kerana mahu ajar semula Sanis dan Matematik kembali dalam BM. Iaitu bahasa ibunda mereka. Masakan bahasa ibunda mereka sendiri mereka tidak faham ? . Walaupun kerajaan dan menteri berkenaan sudah membuat pengumuman sebab dan alasan pemansuhan tersebut. Bahawa sebab pemansuhan juga katanya bukan kerana politik tetapi kerana masa depan anak-anak juga. Malah masa mahu dimansuhkan adalah kekal pada 2012 (tahun PRU13).

UMNO biasalah akan menggarap isu-isu termasuk isu ini sebagai modal besar dalam pilihanraya. Ramai rakyat yang tidak faham dan mudah lupa atau terpesona jatuh hati lembut hati akan terus rasa terima dan mudah 'kagum' dengan 'keberanian' kerajaan Najib. Kini ramai dah puji 'kehebatan Najib' bawah tindakan 'berani' antaranya liberalisasi ekonomi negara.

Persoalan pendidikan , bukan soal Dr M. Beliau sudahpun diberi peluang mencorak masa depan anak-anak kita selama 20 tahun. Nyata apa yang direncanakan beliau tidak semuanya membawa impak baik.Malahan kajian pakar bahasa mendapati pendidikan sains dan matematik dalam bahasa inggeris membawa beban dan masalah. Hasilnya prestasi dan keputusan pelajar semakin merosot. Apa bahasa lagi yang mahu digunakan bagi menyakinkan beliau. Soal membuat, menolak dan sebagainya adalah hak bagi kerajaan sekarang dan pimpinan kerajaan sekarang. Beliau kena sedar dia hanya bekas pemimpin yang memang kita sanjung dan angkat sebagai negarawan. Usahlah mahu memerintah sampai seumur hidup. Dr M kita minta buang persepsi rendah yang orang lain tidak mampu dan tidak boleh ?

Bagi Khir Toyo dia mahukan ADUN dalam DUN Selangor memikirkan usaha-usaha pembangunan dan memajukan ekonomi Selangor. Walaupun zamannya memerintah dulu dia dah letakkan Selangor itu sudah maju, tetapi dia nak majukan lagi. Gara-gara marah Khir Toyo kerana serangan ADUN DAP Sekinchan yang mendedahkan Khir mempunyai rumah agam bernilai RM24 juta (wow). Nampak dalam kes ini Khir Toyo GAGAP. Mana nak sorok muka.

Dan menjadi tanggungjawab kerajaan terkemudian 'memperbetulkan' apa yang tidak betul. Kalau rakyat yang bersalah membayar cukai kita denda, ini kan masa kan seorang pemimpin rakyat yang 'mengambil' duit rakyat, bukan duit gajinya bagi membina kekayaan diri tidak boleh kita persoalkan. Sirah sendiri paparkan kejahatan Firaun, ALLah sendiri sebut dalam Al Quran, walhal kes dan masanya 'terlalu lama'. Masa kan kes sebesar ini didiamkan ?


No comments: