Friday, July 31, 2009

Daripada Blog Ibnu Hasyim


'Pengganas' Yang Baik Di Amerika.
JENDELA GLOBALDaniel BoydDi TEPI danau dalam kawasan Raleigh North Carolina, seorang lelaki bernama Daniel Boyd, berkerja sendiri dalam bidang bangunan, tiba-tiba ditangkap bersama 6 lagi warga North Carolina pada 27 Julai Selasa lalu. Mereka dituduh pengganas di beberapa negara seperti Jordan, Kosovo, Israel termasuk di Jalur Gaza, dan Boyd adalah ketuanya.Boyd yang berusia 39 tahun dituduh pernah ikut bertempur dan mendapat latihan dari kumpulan mujahidin Afghanistan dan Pakistan antara tahun 1989-1992. Pihak Amerika Syarikat (AS) menuduh mereka membentuk kem latihan, mendirikan organisasi menggunakan dana sendiri, dan merekrut dua anak lelakinya berusia 20 dan 22 yang menjadi tertuduh."Selama tiga tahun kebelakangan ini, Boyd dan kumpulannya dituduh merekrut anak-anak muda AS dan membantu mereka keluar negara melakukan pembunuhan." dakwa David Kris dari Jabatan Kehakiman AS.Dalam surat dakwaan disebutkan, bahawa Boyd dan kumpulanya terlibat dalam sebuah konspirasi bergelar Angkatan Jihad Global di berbagai negara pada akhir tahun 2006 hingga Julai 2009. Boyd dituduh membiayai mereka, walaupun dalam surat dakwaan itu tidak disebutkan secara spesifik serangan-serangan yang dilakukan. Cuma dituduh pernah ke Israel pada Jun 2007 untuk melakukan serangan jihad, tetapi rancangan itu gagal dilakukan.Selain Boyd, yang ditangkap bernama Ziyad Yaghi, 21, disebut-sebut pernah ke Jordan pada Oktober 2006 untuk melakukan tindakan keganasan disana. Sejauh ini, mereka 7 yang ditahan itu masih belum diberi ruang membuat kenyataan pembelaan. Sebenarnya perkara begini adalah suatu yang lumrah bagi negara AS yang kononnya memberi kebebasan domokrasi itu. Contohnya, pada Januari 2008, seorang mualaf bernama Jose Padilla dihukum lebih dari 17 tahun penjara kerana dituduh merancang pembunuhan di luar negera. Pada Mei 2009, 5 lelaki ditangkap atas tuduhan berkonspirasi untuk meledakkan Sears Tower di Chicago.Suatu tinjauan dibuat kepada jiran tetangga Boyd. Mereka mengatakan, Boyd dan isterinya adalah orang tua yang baik, yang sangat mengambil berat keluarganya dalam mendidik anak-anak dan terkenal dengan sifat suka menolong. "Jika benar ia seorang pengganas, memang ia seorang pengganas paling baik yang pernah saya jumpai dalam hidup saya. Tetapi, saya tidak percaya Boyd seorang pengganas" kata Charles Casale, 46, salah seorang yang mengenali Boyd.Isteri dan tetangga Boyd tetap tidak percaya dengan tuduhan itu. Apalagi dua anak Boyd, Zakaria, 20 dan Dylan, 22 yang juga ikut ditahan. Isteri Boyd, Sabrina meminta orang ramai tidak mempercayainya. "Kami ada hak menuntut keadilan dan kami yakin keadilan akan segera terungkap. Kami cuma orang biasa yang juga mengambil berat kepada manusia lain," ujar Sabrina.Seorang jiran yang juga sahabat Boyd, Jeremi Kuhn mengatakan, keluarga Boyd adalah keluarga yang dekat bahkan sangat mengambil berat membantu orang lain di sekitarnya, berbanding jiran lain. "Kalau memang benar mereka teroris, saya akan menjadi orang yang paling gembira di dunia. Saya fikir pemerintah telah menangkap 7 manusia tidak berdosa, memerosok ke penjara dan menunggu hancurnya hidup mereka," jelas Kuhn.Jahannam Amerika! (Pelbagai sumber/AK)Sila link kenyataan isteri Boyd...
http://johnston.mync.com/site/johnston/news/story/39102/alleged-terrorists-wife-speaks-out/
Posted by Ibnu Hasyim at 8:15 PM 0 comments

Malaysia, Siapa Beri Nama? Sempena 31 Ogos..

Bendera-bendera yang termasuk dalam senarai akhir untuk dipilih menjadi bendera Malaya dalam tahun 1949
by Mohd. Rusydi Azfar
SEMPENA Hari Kebangsaan ke-52 yang bakal di sambut pada 31 Ogos depan, di sini dikemukakan beberapa fakta menarik berkenaan dengan nama “Malaysia”. Sejarah asal usul nama Malaysia agak kabur jika dibandingkan dengan asal usul nama negara-negara jiran kita. Contohnya, ‘Singapura’ diberi nama oleh Sang Nila Utama yang bermaksud Pulau Singa (pura=pulau), ‘Indonesia’ oleh James Richardson Logan yang bermaksud Kepulauan India (Indo=India, Nesos=pulau), dan ‘Brunei’ sempena nama Sang Aji Berunei, Raja Brunei yang pertama.
Beberapa fakta yang dapat dikumpulkan berkenaan asal usul nama Malaysia :
1) Malaysia asalnya merupakan gabungan 2 perkataan Inggeris iaitu Malay = bangsa asal / bahasa bagi penduduk yang mendidiami kawasan ini, dan Shire = perkampungan. Jadi, Malay Shire / Malaysia bermaksud kawasan perkampungan Melayu.
2) Menurut Dr. Thriunavukkarasu, perkataan Malaysia berasal daripada perkataan Tamil yang bermaksud “Mountains of Asia”.
3) Malaysia wujud daripada nama “Malesia”, yang merujuk kepada kawasan bio-geografi dari semenanjung Tanah Melayu hingga ke Papua New Guinea.
Untuk pengetahuan semua, penggunaan nama Malaysia bukanlah baru. Merujuk Utusan Malaysia bertarikh 29 Julai 2009, nama Malaysia mula-mula telah direkodkan dalam akhbar The British North Borneo Herald (BNBH) bertarikh 1 Januari 1889 dalam laporan bertajuk “Geographical Notes in Malaysia and Asia” oleh J.E. Tenison-Woods, mengenai catatan perjalanannya ke semenanjung Tanah Melayu, Labuan, Brunei, Sandakan dan Sulu (Rujuk lampiran). Di Chicago, Amerika Syarikat, peta yang dikeluarkan pada tahun 1914 telah merujuk kawasan kepulauan nusantara ini sebagai “Malaysia” (Rujuk lampiran di bawah..).
TV3 pula pernah menyiarkan satu artikel daripada akhbar The British North Borneo Herald (BNBH) tetapi bertarikh 1 Julai 1929 mengenai bunga-bungaan di Negeri Sabah yang dirujuk nama kawasan tu sebagai “Malaysia”. Sementara sebuah buku keluaran Mc Millan, New York, yang dikarang oleh Rupert Emerson, dan diterbitkan pada tahun 1937 berkenaan dengan semenanjung Tanah Melayu diberi judul "Malaysia : Direct and Indirect Rule".
Sebagaimana Indonesia yang pernah dicadangkan namanya sebagai Malayunesia, terdapat juga beberapa nama yang dicadangkan untuk negara kita. Antaranya, “Langkasuka”, iaitu bersempena nama sebuah kerajaan purba di kawasan utara tanah air kita.. Negara Filipina juga pernah bercadang untuk menukar nama negara mereka kepada Malaysia, tetapi dibatalkan selepas penubuhan Malaysia yang merangkumi Malaya, Singapura, Sabah dan Sarawak diisytiharkan pada tahun 1963.
Lain-lain fakta menarik :
1) Malaysia sepatutnya diisytiharkan pada 31 Ogos 1963. Tetapi disebabkan bantahan daripada negara jiran (Indonesia dan Filipina), ia terpaksa ditunda kepada 16 September 1963. Atas pertimbangan bahawa tarikh 31 Ogos 1957 merupakan tarikh asas kepada penubuhan negara persekutuan kita dan tarikh 16 September merupakan tarikh tundaan yang ditetapkan disebabkan tekanan yang timbul daripada negara luar, jadi Hari Kebangsaan masih lagi ditetapkan & disambut pada 31 Ogos setiap tahun, iaitu sebagaimana Amerika Syarikat menyambut hari kebangsaan mereka pada 4 Julai setiap tahun, walaupun tarikh kemerdekaan adalah berbeza-beza bagi negeri-negeri dalam Amerika Syarikat.
2) Menurut maklumat tidak rasmi, selain Singapura, Brunei, Sabah dan Sarawak, pihak British juga menawarkan kawasan selatan Thai iaitu Patani, Jala (Yala), Menara (Narathiwat), Singgora (Songkhla) dan Setul (Satun) untuk sama-sama bergabung dan merdeka dalam Malaysia sebagaimana permintaan pemimpin dan pejuang Melayu di kawasan tersebut. Tetapi telah ditolak oleh PM Tunku Abdul Rahman ketika itu untuk tidak menambah bantahan sebuah lagi negara jiran terhadap cadangan penubuhan Malaysia iaitu Thailand.
3) Ini pula merupakan antara bendera-bendera yang termasuk dalam senarai akhir untuk dipilih menjadi bendera Malaya dalam tahun 1949 dahulu (lihat gambar
bendera di atas).

Chicago Map 1914

Utusan Malaysia 29 Julai 2009.
Terima kasih kepada penulis, pihak Ibnu Hasyim sangat menghargai sumbangan tuan. Alhamdulillah. (AK)

No comments: