Kenapa pula nak tutup lampu
Sebab sudah tiba masanya untuk kita bertindak dan sedar. Tentang pengunaan dan pembaziran tenaga yang berlebihan selama ini. Secara tidak langsung telah memberi kesan terhadap kenaikan suhu dunia.
Satu jam (60 minit) tanpa lampu , diharapkan dapat memberi impak. Tentang bagaimana kita menilai sumber tenaga yang sedia ada. Siapa yang mulakan kempen ini
Ianya bermula sebagai sebuah kempen di Kotaraya Sydney , pada tahun 2007.
Kempen ini mendapat sokongan dan amat berjaya , apabila hampir 2.2 milion rumah dan kedai perniagaan bersama-sama menutup lampu. Setahun kemudian acara ini telah menjadi sebutan di seluruh pelusuk bumi - dengan penyertaan hampir 50 million orang dan merangkumi sejumlah 35 buah negara. Acara ini diraikan sebagai satu simbol harapan kepada satu perubahan. Cuma tutup lampu
Ya, hanya tutup lampu selama 1 jam (60 minit) pada 28 Mac ini , bermula jam 8.30 malam.
Itu sahaja tanda sokongan yang perlu lakukan. Dan dalam kegelapan ini, mungkin kita boleh berfikir betapa sumber tengan itu seharusnya diguna dengan baik dan bukan untuk dibazirkan.
Boleh ke saya lakukan
Sudah tentu boleh. Hanya memerlukan hujung jari (Untuk menutup suis lampu) kita akan mampu mengubah nasib Bumi ini. Mari kita semua beramai-ramai menyahut seruan 60 Minutes-Earth Hour 2009.
Yang akan berlangsung pada 28 Mac 2009 (Sabtu), bermula jam 8.30 malam. Dengan hanya menutup semua lampu selama 60 minit, kita telah membawa harapan baru terhadap masa depan bumi. Apa matlamat untuk tahun ini
Tahun ini diharapkan sebanyak 1 billion umat manusia yang bertaburan di lebih 1000 buah kotaraya. Akan bersama-sama berganding bahu dalam projek global ini. Ini akan menjadi pemangkin yang kita boleh sama-sama mengambil tindakan bersama , dalam menangani isu pemanasan suhu dunia yang berlaku sekarang ini. Siapa lagi yang perlu turut serta
Tindakan ini menuntut kerjasama semua pihak. Dari orang perseorangan , Industri Perniagaan dan komuniti setempat. Kita boleh bersama-sama keluarga , teman rakan dan ahli komuniti tempat kita tinggal untuk merayakan 1 jam tanpa cahaya ini. Begitu juga dengan Pihak berwajib , dan dari situ baru kita akan dapat melihat setiap bangunan. Yang melatari kaki langit setiap ibu kota dunia bermula dari Asia, Eropa, Afrika dan Amerika akan bergelap untuk menyahut seruan kempen ini. Jadi apa saya nak buat sekarang
Mari kita war-warkan kempen ini kepada semua. Bersama-sama, kita akan membuat satu perubahan yang amat besar. Kepada alam yang menjadi tempat tinggal kita selama ini.
Sehingga kini sudah hampir 538 kota di 75 negara, sudah menyertai Earth Hour 2009. Jumlah ini semakin meningkat dari hari ke hari , menunjukan bahawa semua pihak sudah mula memberi sokongan.
Lihat mudah bukan....kita cuma perlu percaya. Dengan hanya berkerjasama diantara satu induvidu kepada induvidu yang lain, kita akan melihat satyu kuasa yang akan membawa perubahan. MEGAT
No comments:
Post a Comment