Dosa besar Pak Lah kepada UMNO adalah gara-gara membebaskan Anwar Ibrahim daripada penjara kata ketua Pemuda UMNO Permatang Pauh. Itulah itulah wajah dan rupa pemimpin UMNO masa akan datang. Jahatnya UMNO semacam celaka memang ia dan benar kata Karpal.
Perjuangan UMNO adalah perjuangan orang, bukan perjuangan idealisme atau perjuangan kebenaran. Perjuangan yang dilaung-laungkan adalah sebagai retorik. Takutnya kepada Anwar, salahnya Pak Lah membebaskan Anwar seolah-olah Anwar dapat memberi bekas kepada UMNO, sampai begitu sekali jika itulah yang dapat kita selami. Takutnya mereka kepada Anwar, salahnya Pak Lah membebaskan Anwar mengalahkan takut kita kepada bayang-bayang sendiri seperti cerita anjing dan bayang-bayang.Jika itulah yang ditakuti, manalah hebatnya UMNO takut pada seorang Anwar . Itulah sebab Pemuda UMNO tidak berbutir.
'Silap besar bebaskan Anwar daripada penjara'
Pemuda tuduh Penasihat PKR pengkhianat bangsa, negara
PEMIMPIN parti pembangkang, khususnya Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim, menjadi sasaran Pemuda Umno yang menganggap beliau adalah pengkhianat kepada bangsa dan negara.
Malah, Umno dianggap melakukan kesilapan besar apabila membenarkan Anwar 'dibebaskan' daripada penjara sehingga membuatkan suasana politik tanah air semakin kelam kabut.
Ketua Pemuda Permatang Pauh, Mohd Zaidi Mohd Said, berkata negara kini menanggung sengsara disebabkan kerakusan Anwar untuk merampas kuasa.
"Anwar ini boleh janjikan bulan dan bintang. Cukuplah sandiwara Anwar Ibrahim ini. Kesilapan kita kerana membebaskan Anwar Ibrahim, inilah akibat yang kita tanggung hari ini," katanya ketika membahaskan usul menyokong dasar ucapan Ketua Pemuda.
Beliau berkata, Presiden Umno, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sudah berusaha bersungguh-sungguh bagi menumbangkan Anwar pada pilihan raya kecil Ogos lalu, tetapi belum berjaya.
Exco Pemuda Abdullah Mohd Yusof pula berkata, sejarah keruntuhan sesebuah parti biasanya berpunca daripada pengkhianat dalam parti itu sendiri.
Katanya, Anwar dulu dikenali sebagai 'budak Umno' tetapi kini adalah 'musuh utama yang perlu dihadapi.'
Ketua Penerangan Pemuda Umno, Datuk Azimi Daim pula mempertikaikan tindakan Penasihat DAP, Lim Kit Siang dilaporkan berkata 'Umno gila' dalam Parlimen kelmarin.
Beliau juga menyelar kenyataan Pengerusi DAP, Karpal Singh yang didakwa menuduh Pemuda Umno terbabit menghantar peluru kepadanya sebagai tanda ugutan.
"Kalau Karpal Singh, tak payah hantar peluru, tolak pun boleh (jika mahu)," katanya.
Bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin yang memohon sembah derhaka kepada Sultan Perak, Sultan Azlan Shah juga menjadi sasaran kritikan Azimi.
"Ada orang Melayu berjuang atas tiket parti Islam. Bercakap dan melaungkan slogan hebat, boleh (pula) waktu pagi sembah setia, (waktu) petang sembah derhaka," katanya.
Ketua Pemuda Umno Pasir Gudang, Rohazam Shah Ahmad berkata, kemenangan besar Pakatan Rakyat pada Pilihan Raya Umum Ke-12 lalu menyebabkan mereka menjadi berani, kurang ajar dan sewenang-wenangnya menyentuh sensitiviti orang Melayu.
No comments:
Post a Comment