Tuesday, July 31, 2007

Menyorot kancah politik dunia terutama Jepun negara matahari terbit , kerana memiliki nilai atau modal insan yang tinggi serta wajar dicontohi. Namun PM Jepun Shato Abe yang diwartakan kalah di pilihanraya Dewan Tertinggi, ramai pihak mendesak agar beliau melepaskan jawatan. Diberitakan kekalahan ini adalah kekalahan pertama dan terburuk sejak 5 dekad LDP menerajui Jepun.
Punca utama kekalahan kerana menteri kanan beliau dikatakan melakukan penyelewengan dan rasuah. Kini walaupun beliau nampak gagah masih bertahan, marilah kita lihat sejauh mana dan setakat mana Shanto Abe mempertahankan prinsip.
Bagi di negara kita pulak bagaimana, bawah Islam Hadhari sejauhmanakah anak merdeka berjiwa hadhari sanggup melakukan perubahan. Terlalu banyak sangat yang tidak kena, sehinggakan EZAM Noor menubuhkan GERAK bagi menangani rasuah yang berprofail tinggi. Menteri KEKWWA sebelumnya memaklumkan ada 16 kes berprofail tinggi masih kantoi , tdak disiasat, manakala kerja Peguam negara asyik melepaskan orang yang dituduh saja kerana tiada bukti.
Beliau amalkan hadis ini kuat sungguh, iaitu adalah baik lepas saja daripada jatuh hukum jika tidak bersalah.
Abah masih menunggu, sampai bilakah perubahan itu akan 'berlaku'. Adakah tunggu 50 tahun lagi untuk lahirkan "Anwar Ibrahim' baru dengan gelobang 'reformasi' baru ?
Dalam mendisiplin kan orang ramai beginkah tindakan KEKWWA. Bangunan tanpa Jalur Gemilang disiar dalam media – Rais.

Kerajaan memberi arahan kepada semua pemilik bangunan di negara ini supaya mengibarkan Jalur Gemilang atau menghadapi hukuman gambar premis mereka yang gagal berbuat demikian disiarkan dalam media massa.
Wajar atau tidak adalah perkara yang subjektif, tetapi jika disipli diri sebagai rakyat Malaysia ada, dan sifat menghargai terhadap jasa-jasa pejuang kemerdekaan, sedikit peringtan begini adalah wajar di lakukan.
Jika difikirkan sesudah 50 tahun merdeka, apakah cara berfikir generasi 'pengisi kemerdekaan' begini sikapnya. Justeru kita terkial-kial mahu menaja 'modal insan' yang diuar-uar sebagai satu benda keramat, hakikatnya adalah satu bentuk usaha sandiwara politik dalam membuat gimik, tanpa ada usaha dan kemahuan bersungguh-sungguh, agar memodalkan insan di Malaysia menjadi manusia.
Kerajaan boleh meletakkan seribu dendaan , seratus dua hukuman , namun jika insan itu sendiri tiada modal insan, jati diri 'celupan' atau jadian tidak menjamin usaha ini kemana-mana, namun usaha berbuat begitu diucapakan syabas dan tahniahlah Rais.

Kata dua itu diberikan oleh Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim yang mahukan semua pihak bersama-sama menjayakan program Hari Kemerdekaan Ke-50 dengan mengibarkan Jalur Gemilang.

Beliau berkata, mana-mana pihak yang tidak mampu membeli Jalur Gemilang boleh berurusan dengan kementeriannya untuk mendapatkan bendera percuma.

“Pada tahun ini kita minta satu kesedaran diterima bahawa Malaysia adalah milik kita. Ini negara kita, kita hidup di sini, belajar di sini, cari makan di sini.

“Jadi apa salahnya sekali kita mengibarkan bendera di bangunan dan rumah masing-masing. Bagi mereka yang tidak mampu beli bendera, kami akan bekalkan. Bagi syarikat, kami mohon supaya mereka membeli sendiri.

“Saya sudah berpakat dengan pemimpin-pemimpin media supaya siarkan gambar mana-mana bangunan yang tidak mengibarkan Jalur Gemilang,” kata beliau.
Rais berkata demikian pada sidang akhbar pada majlis perasmian bangunan tambahan Balai Seni Lukis Negara, pelancaran Duit Syiling Peringatan 50 Tahun Kemerdekaan dan pelancaran Buku Merdeka: Obor Suatu Perjuangan di sini hari ini.
Turut hadir ialah Ketua Setiausaha kementerian berkenaan, Datuk Zakiah Ahmad; Timbalan Gabenor Bank Negara, Datuk Zamani Abdul Ghani dan Pesuruhjaya Warisan Jabatan Warisan Negara, Profesor Datuk Siti Zuraina Abdul Majid.

Rais yang juga Pengerusi Jawatankuasa Sambutan Hari Kemerdekaan berkata, kempen mengibarkan Jalur Gemilang untuk semua premis kediaman dan bangunan mestilah dilaksanakan sebelum 17 Ogos ini.

“Secara rasminya apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan pelancaran Merdeka pada 17 Ogos di Melaka, maka pada hari itu harus kita mengibarkan semua bendera.

“Kita akan meminta pihak berkuasa tempatan dan kerajaan negeri bekerjasama dalam hal ini,” katanya.

Sehubungan itu, Rais menyarankan Kementerian Kewangan memberikan pengecualian cukai kepada mereka yang menyumbang Jalur Gemilang kepada mana-mana pihak yang memerlukannya.

“Misalnya, ada pengecualian cukai untuk syarikat atau individu yang menyumbang bendera lebih daripada RM5,000. Dengan cara itu kerajaan boleh memberi subsidi kepada masyarakat yang tidak mampu,” kata beliau.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau berkata, kementeriannya memperuntukkan RM3 juta bagi pembelian Jalur Gemilang untuk diedarkan kepada orang ramai terutama di kawasan luar bandar supaya mereka turut menjayakan kempen mengibarkan bendera Malaysia.

Terdahulu dalam ucapannya, Rais mengumumkan Akta Seni Tampak sudah disiapkan dan akan dibentangkan ke Kabinet sebelum dibawa ke Parlimen tidak lama lagi.

Akta tersebut, kata beliau, akan mampu mengembang dan mengangkat martabat seni di kalangan masyarakat negara ini yang berbilang kaum.

Shadian Qassim Wajar Dikasi Pengajaran !!!!!

FAIL LAMA GREENBOC
Berikut ialah kisah-Kisah Benar Shahidan Kassim
Oleh : Sorayanii (Petikan UMNO-REFORM)

Assalamu’alaikum……….Salam Reformasi dan Salam Sejahtera Sdra/Sdri sekelian selamat berjuang untuk keadilan dan hak rakyat dikembalikan ….DJ2@RMP –Suraya….. sekuntum bunga sakura ditengah gurun Sahara…….. ingin ku pohon maaf sekali lagi….
Kisah Kisah Benar Shahidan Kassim

Saya bersyukur kepada Allah SWT kerana telah ditakdirkan berlakunya pilihanraya kecil Indera Kayangan untuk menentukan pemerintahan Kerajaan Barisan Nasional di bawah kepimpinan Dato Seri Shahidan Kassim. Sebagai Pegawai Kerajaan yang telah berkhidmat di bawah kepimpinan 4 menteri besar iaitu bermula dari YAB Dato’ Jaafar Hassan, YAB Dato’ Ali Ahmad, Tan Sri Abdul Hamid Pawan Teh dan sekarang Dato’ Seri Shahidan Kassim, saya telah melalui dan merasai pengalaman tentang corak dan gaya kepimpinan kesemua menteri besar tersebut dan saya merasakan era Dato’ Seri Shahidan Kassim adalah yang paling buruk dan paling malang bagi keseluruhan rakyat M@rhaen negeri Perlis.

Dato Seri Shahidan bukan sahaja seorang pemimpin yang kaki betina tetapi juga seorang pemimpin yang cukup pakar menipu dan berbohong kepada rakyat M@rhaen serta menipu kepimpinan UMNO, khasnya kepimpinan tertinggi. Beliau juga terlalu kuat mengamalkan rasuah hinggakan pihak polis dan BPRpun berjaya dirasuah oleh beliau, khususnya di negeri Perlis.

Kesemua projek kelas A hingga kelas F di negeri Perlis diberikan kepada saudara mara serta kroni kroninya sahaja. Beliau akan meminta imbuhan berbentuk komisyen yang tinggi sehingga 30%.Walaupun banyak laporan telah dibuat kepada pihak pihak tertentu,namun tiada tindakakn yang telah diambil kerana kesemua mereka telah dirasuah oleh Dato’ Seri Shahidan.
Projek projek besar di negeri Perlis seperti Politeknik di Arau, Projek pembinaan jalanraya di bawah JKR, projek tambak laut, Institiut Latihan Perindustrian, Institiut Belia Negara di negeri Perlis adalah dibawah kawalan beliau. Sesiapa yang berminat terhadap kesemua projek terpaksa melalui tol dan jumlah tol ditentukan oleh beliau sendiri. Beliau juga telah menyusun syarikat tertentu yang mana beliau mempunyai kepentingan untuk mendapat mendapatkan projek Kolej Universiti Teknik diPerlis.Beliau akan mengenakan kadar komisyen yang tertinggi keatas syarikat syarikat swasta serta pelabur luar negara yang berminat untuk melabur di negeri Perlis. Disebabkan itulah kebanyakan pelabur takut untuk melabur di negeri Perlis hinggakan tidak satu kilang pun didirikan di negeri Perlis sepanjang Perlis berada dibawah kepimpinan beliau.
Sebagai seorang pegawai kerajaan, saya telah biasa ditemui oleh ahli perniagaan yang gagal mendapat projek walaupun ribuan malahan jutaan ringgit diberikan kepada Dato’ Seri Shahidan dan kroni kroninya. Antara projek yang boleh saya sebutkan ialah projek Bakau Jaya (ada misteri disebalik Bakau Jaya) dan projek Tambak Laut di Kuala Perlis.

KISAH BENAR 1:

Sebuah syarikat yang bernama Syarikat Roslan Hashim telah terpaksa membayar sejumlah komisyen sebanyak RM85,000.00 kepada anak saudara Dato’ Seri Shahidan iaitu Sabri Osman untuk projek kelas F. Ketika Roslan Hashim dan Dan Kelana (Orang kuat UMNO) sedang membawa wang tersebut untuk diberikan kepada Sabri Osman, mereka berdua telah dirompak. Apabila laporan polis dibuat, mereka berdua iaitu Roslan Hashim dan Dan Kelana pula ditangkap polis dan dimasukkan ke dalam lokap. Persoalannya mengapa mereka pula yang ditangkap dan polis serta BPR tidak pula menyoal siasat Sabri Osman walaupun laporan telah dibuat.
KISAH BENAR 2:

Dato Seri Shahidan juga telah menggunakan kuasanya sebagai Menteri Besar untuk memberikan projek mengecat Stadium Utama Kangar bernilai RM 1 juta yang mempunyai kepentingan kepada anak saudaranya Sabri Osman, sedangkan beliau hanyalah kontraktor kelas F. Peruntukan projek tersebut sepatutnya daripada jabatan sukan tetapi diambil peruntukan Jabatan Kemajuan Negeri Perlis di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar yang sepatutnya wang tersebut digunakan untuk projek pembangunan kampong.

KISAH BENAR 3:

Isteri pertama Dato’ Seri Shahidan iaitu Datin Seri Samsiah juga mempunyai kepentingan dalam syarikat Seri Lot 10. Syarikat tersebut membekalkan barangan peralatan serta hadiah berbentuk hamper kepada pejabat Menteri Besar untuk majlis majlis kerajaan. Hasil daripada rasuah yang diperolehi, Datin Seri mampu membeli barangan kemas dan hiasan bernilai jutaan RM dan rakyat M@rhaen masih menderita. Beliau juga mempunyai 8 buah kereta termasuk sebuah kereta Perodua Kembara sebagai imbuhan kepada pemberian tanah stesen minyak BP. Mengapa BPR melepaskan kes ini dan tidak diambil tindakan walaupun laporan telah diterima??????????

KISAH BENAR 4:

Dato’ Seri Shahidan telah mengunakan wang kerajaan negeri untuk mengadakan jamuan dan kenduri dirumahnya hampir setiap malam bagi mendapatkan sokongan padu dari orang UMNO/BN. Puluhan ribu ringgit dihabiskan setiap bulan dan mencecah jutaan RM sepanjang beliau menjadi Menteri Besar. Beliau juga membuat tuntutan perjalanan berjumlah ratusan ribu ringgit semasa lawatannya keluar negara dengan alas an untuk mencari pelabur tetapi tidak ada satu pun pelaburan yang masuk ke Negeri Perlis. Banyak memorandum telah ditanda tangani tetapi itu hanyalah gimik semata mata, akhirnya wang rakyat M@rhaen yang dikebas oleh Dato’ Seri Shahidan
Menteri Besar dan para Exconya membuat tuntutan perjalanan yang melampaui batas walaupun mereka tahu mereka tidak berhak berbuat demikian kerana minyak kereta telah diberikan percuma, begitu juga dengan tiket kapal terbang. Dato’ Seri Shahidan pernah membuat tuntutan sehingga RM 50 ribu dan exconya pernah membuat tuntutan antara RM2 ribu hingga RM3 ribu sebulan. Tidak dapat dipastikan samada BPR telah menyiasat perkara ini.

KISAH BENAR 5:

Dato Seri Shahidan telah menggunakan secara maksimum segala kuasa dan kekayaan yang ada pada nya untuk memenuhi segala impian nya termasuklah memikat gadis gadis yang digemarinya. Beberapa nama artis boleh dikaitkan seperti Ifa Raziah yang selalu ditemuinya di Hotel Pan Pacific KL, Jasmin Hamid, Nasha Aziz dan ramai lagi. Seorang gadis yang pernah disimpannya pernah menangis didepan saya menceritakan masalah beliau yang diugut oleh Dato’ Seri Shahidan. Pada ketika itu gadis yang bernama Isma Hafiza Bt Ismail baru 16 tahun dan saya percaya ramai orang tahu cerita tersebut

Saya memohon maaf kerana tidak dapat menyatakan nama saya kerana saya seorang kakitangan kerajaan yang masih bekerja. Saya dedahkan perkara ini atas dasar rasa keinsafan yang tinggi iaitu rakyat M@rhaen Perlis dan Perdana Menteri yang tumpang bodoh Hi…hi…hi…wowwww.

Jika MCA/BN menang beliau akan mengatakan rakyat M@rhaen Perlis masih menyokong beliau.Jika MCA/BN kalah diPRK Indera Kayangan beliau akan mengatakan orang UMNO sendiri yang telah membuat pakatan supaya beliau disabotaj seperti dalam kes surat layang yang beliau dedah kan padahal beliau sendiri yang merancang surat laying tersebut. Negeri Perlis telah berhutang sebanyak RM 45 juta dan pengundi pengundi DUN Indera Kayangan N 08 mesti bertindak sekarang untukmenyelamatkan negeri Perlis yang di cintai!!!!!!!!!!!!!

Sekian Wallahu’alam

Bawah Jam Besar
Disunting dan di kirim oleh:Sorayanii UMNO PURBA@perlis.com
Jika benarlah seperti apa yang akan bakal diperolehi, kita berharap dan berkeyakinan maknanya para Pesawah mampu peroleh RM2,000 sebulan, kita sering mendengar betapa tidak efektif tanah2 sawah sebelah utara, pabila sudah berjalan melampau tujuh lapan generasi.
Jika sedikit masa dahulu taukeh padi kalangan petani atau usahhawan Melayu kini amat jarang dan janggal, tanah milik petani namun padi dan kilang padi dikuasai oleh bukan Melayu, hatta dikala Mada sudah ada pun,
Masih ingatkah bagaimana pendapatan war2 melalui udang di Kerpan, yang menjadi isu besar , udang tah ke mana , tanah petani dilacur dan kini jadi bagaimana ? Jangan pisang berbuah berkali-kali pada batang !!!!!!

Penanam padi di Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER), mampu memperoleh pendapatan sehingga RM2,000 sebulan, hampir tiga kali ganda lebih daripada hasil yang mereka peroleh sekarang.

Pertambahan pendapatan itu berikutan peningkatan hasil padi daripada empat tan sehektar kepada sehingga lapan tan sehektar, menerusi pengurusan sawah padi secara estet.Mengikut kenyataan media yang dikeluarkan Sime Darby sempena pelancaran NCER oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, di sini, semalam, Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (Mada) akan memperkenalkan pengurusan padi secara estet tahun ini.
Projek perintis itu dilaksanakan di Jelai tahun ini, membabitkan kawasan seluas 2,044 hektar. Jumlah keluasan tanah padi di kawasan itu dijangka meningkat kepada 7,982 hektar pada 2008 dan 20,000 hektar (2010).Menerusi pendekatan itu, estet padi yang bersaiz tidak kurang daripada 40 hektar, diuruskan oleh Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) dengan menggunakan teknologi moden dan amalan pertanian terbaik.Ia bermakna, tanah milik penduduk bersaiz kecil dan tidak ekonomik serta diuruskan secara bersendirian, akan dikendalikan secara berskala besar.
“Petani yang terbabit dalam projek itu bukan saja akan mendapat sebahagian daripada keuntungan, malah boleh bekerja di estet padi berkenaan,” katanya.Mengikut kenyataan itu, rancangan pengurusan estet padi adalah seiring dengan usaha kerajaan untuk meningkatkan produktiviti padi dan mencapai tahap sara diri 90 peratus pada 2010, berbanding 75 peratus pada 2006.“Dengan pengurusan padi secara estet, pengeluaran dapat ditingkatkan sehingga tujuh tan sehektar serta meningkatkan pendapatan kepada sekurang-kurangnya RM24,000 setahun,” katanya.Selain peningkatan hasil, kaedah pengurusan padi secara estet juga membolehkan penanam padi menggunakan teknologi terkini serta menjadikan kegiatan itu sebagai kegiatan utama PPK.

Maka terjadilah Noh Omar macam hero, lihat gambar, inilah bentuk penyelesaian yang 'dimahukan' atau ' dilakonkan' dalam apa yang dikatakan dapat diselesaikan. Pelajar Tingkatan 5 mencium tangan guru wanita yang bukan muhrim, mana batas penyelesaian ?


Namun tajuknya berbunyi .......Saya bersalah, malu’, tetapi isi yang tersirat diperjelaskan di bawah, bahawa guru terbabit rasa trauma dan mohon ditukarkan ke Muar , ke sekolah rendah dan pembaca halusi isi cerita yang dijelaskan di bawah oleh pelapor.


“Saya berasa bersalah dan malu atas tindakan saya, lebih-lebih lagi apabila kejadian itu didedahkan di akhbar,” kata pelajar tingkatan lima Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Kota Tinggi yang didakwa mencekik seorang guru wanita, Khamis lalu. Menurut Daud Nordin, 17, dia lega kes itu dapat diselesaikan dengan cara baik walaupun hukuman buang sekolah dikenakan ke atasnya masih dikekalkan.



“Saya malu apabila gambar dan nama saya disiarkan dalam akhbar (bukan Harian Metro) kerana orang ramai mungkin menganggap saya jahat sangat. “Lega dan bersalah bercampur-campur apabila kes ini selesai dan cikgu sudi memaafkan saya,” katanya ketika ditemui selepas perjumpaan khas yang diatur sempena lawatan Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Noh Omar ke sekolah itu bagi menyelesaikan kes berkenaan.


Daud berkata, kini dia hanya memikirkan soal membuat rayuan kepada Jabatan Pelajaran Johor untuk kembali ke sekolah itu berikutan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) hanya beberapa bulan lagi. “Saya akan menyambung pelajaran di sekolah sama, tapi perlu membuat rayuan dan mengikuti program jati diri seperti yang diarahkan Kementerian Pelajaran. “Bapa saya akan membuat rayuan secepat mungkin kepada Jabatan Pelajaran Johor dan saya pun mahu kembali segera ke sekolah,” katanya.Hadir sama dalam perjumpaan lebih dua jam setengah itu guru wanita terbabit, Zulfa Abd Rahman, 28, bersama suaminya, Zulkifli Said serta bapa Daud, Nordin Narkam, 56.


Sementara itu, Zulfa berkata, berikutan kejadian di luar dugaan itu, dia kini trauma hingga menjejaskan tanggungjawabnya sebagai pendidik di sekolah itu. “Selepas itu, saya ketakutan apabila berada di sekolah sehingga tidak dapat memberi tumpuan ketika mengajar. “Saya kini dalam usaha merayu supaya ditukarkan ke sekolah lain di luar daerah ini. Saya akan membuat permohonan ditukarkan ke sekolah rendah di kampung saya di Muar,” katanya.


Bagaimanapun, dia menerima apa yang berlaku sebagai mempunyai hikmah tersendiri dalam kerjayanya sebagai guru sejak mula bertugas, empat tahun lalu.Harian Metro, yang mendedahkan kejadian itu pada muka depan Sabtu lalu, melaporkan disebabkan menegur sekumpulan sembilan pelajar lelaki tingkatan lima kerana membuat bising, seorang guru wanita di sebuah sekolah menengah di Kota Tinggi, dicekik seorang daripada pelajar terbabit.


Dalam kejadian ketika waktu rehat bagi pelajar tingkatan lima kira-kira jam 10.30 pagi Khamis lalu itu, insiden tercetus apabila pelajar terbabit membuat bising dalam tandas di tingkat dua berdekatan bilik darjah.Mereka sedang mentertawakan seorang pelajar tingkatan tiga yang mendakwa seluarnya terkoyak dalam bilik air sekali gus menimbulkan suasana gamat sehingga dapat didengari dari sebuah kelas berdekatan. Berikutan itu, guru berkenaan menyuruh pelajar terbabit keluar dan berbaris di kaki lima depan tandas sambil memarahi dan mengarahkan mereka membuat ketuk ketampi kerana membuat bising sehingga mengganggu dia sedang mengajar di kelas sebelah.


Bagaimanapun, enam daripada sembilan pelajar itu melarikan diri kecuali tiga yang pada mulanya berdiri sebelum berjalan dan tidak mengendahkan arahan guru itu.Berang dengan sikap kurang ajar pelajar terbabit, guru itu sempat menarik baju seorang daripada pelajar terbabit, sebelum pelajar itu mencekik, mengangkat dan menolak guru itu ke dinding.Akibat kejadian itu, guru yang pernah menerima Anugerah Guru Cemerlang itu terpaksa dibawa ke klinik berdekatan untuk menerima rawatan sebelum membuat laporan polis dan PPD.


Difahamkan, guru berkenaan juga terpaksa mendapat rawatan lanjut di Hospital Kota Tinggi kerana lebam di leher hingga menghadapi kesukaran menggerakkan lehernya.Bagaimanapun, keesokannya, pelajar terbabit menafikan perbuatannya, sebaliknya mendakwa guru berkenaan menyuruh dia dan rakannya melakukan tekan tubi di atas lantai kaki lima yang kotor dengan air limpahan dari tandas menyebabkan ada yang bertindak mengingkari arahan dan masuk semula ke dalam bilik air.

Monday, July 30, 2007


Lebih banyak IPTA tawar kursus sukan jika perlu. Demikian tajuk berita dalam media pada hari ini. Kita mahu pihak kerajaan membuat keputusan yang betul dan kajian serta unjuran yang tepat. KIta tidak mahu berlaku 'lambak' graduan dalam pasaran, bila mana satu ektika dahulu bidang teknikal memerlukan dan diperlukan tenaga yang ramai termasuklah bidang ICT. Kegharaiah dan perlumbaan semua IPTA dengan menawarkan kursus2 ICT macam cendawan namapak galak dan memberi gamabaran jaminan bidang ICT berdaya maju dan berdaya saing pada masa akan datang.
Hakikatnya berlaku sebalik, tenaga graduan bidang teknikal berlambak di pasaran sebalik graduan sastera sebalik diperlukan. Jsuteru Kementerian janganlah perjudi masa depan generasi dengan perancangan jangka pendek dan hala tuju negara mahu di halakan ke mana ?

Kementerian Pengajian Tinggi sedia menambah bilangan universiti yang menawarkan program pengajian sukan sekiranya universiti yang ada tidak lagi dapat menampung bilangan pelajar cemerlang lepasan sekolah sukan.

Menteri Pengajian Tinggi Datuk Mustapa Mohamed berkata pada masa ini terdapat tiga universiti iaitu Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang menyediakan program itu.

"Setakat ini, tempat untuk menampung ada, cukup tempat untuk pelajar sukan. Kita sentiasa bekerjasama dengan Kementerian Pelajaran dan akan selaraskan dengan kementerian berkenaan berhubung bilangan pelajar sukan yang akan bertambah dengan penubuhan sekolah sukan baru dan sudah pasti kita perlu menyediakan tempat di universiti.

"Jika tak cukup, sudah pasti kita akan tambah bilangan universiti di mana pengajian sukan boleh diambil," katanya kepada pemberita selepas menyerahkan Jalur Gemilang kepada kontinjen Malaysia ke Sukan Universiti Dunia (Universiade) ke 24 di Bangkok, Thailand pada 8 hingga 18 Ogos ini, di sini hari ini.

Pada majlis itu beliau turut menyerahkan bendera Majlis Sukan Universiti Malaysia (Masum) kepada kontinjen itu ke sukan Institusi Pendidikan Malaysia (Sipma) yang akan berlangsung di Universiti Utara Malaysia (UUM), Sintok, Kedah pada 20 hingga 25 Ogos ini.

Mustapa berkata kementerian berkenaan mendapat peruntukan sebanyak RM450 juta di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK9) bagi membina dan menaiktaraf kemudahan sukan di semua universiti.

"Ini penting kerana tanpa kemudahan yang baik, agak sukar untuk pelajar terlibat dalam sukan," katanya.

Beliau berkata kerajaan turut bersetuju untuk menyediakan jurulatih secara kontrak bagi membolehkan pihak universiti mengambil jurulatih yang berwibawa untuk melatih pelajar masing-masing.

Universiade merupakan acara sukan dwitahunan anjuran Persekutuan Sukan Universiti Dunia (Fisu). Sebanyak 15 acara sukan akan dipertandingkan semasa kejohanan di Bangkok.

Seramai 75 atlit akan mewakili negara bagi 11 acara sukan. Pencapaian terbaik negara ialah pada tahun 2003 dan 2005 apabila memperoleh pingat gangsa dalam acara taekwando wanita.
Sipma pula merupakan sukan yang dijalankan secara dwitahunan anjuran Kementerian Pengajian Tinggi. Sebanyak tujuh sukan teras negara dipertandingkan pada Sipma kali kedua ini dan disertai penuntut politeknik, kolej komuniti dan universiti.

Blog: Gunakan ISA, desak Pemuda


Pemuda Umno hari ini mendesak kerajaan tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas, termasuk menggunakan peruntukan Akta Keselamatan Negara (ISA) terhadap pengendali laman web Malaysia Today yang mereka labelkan sebagai pengkhianat negara.

Pergerakan itu juga mahu laman web yang dikendalikan oleh Raja Petra Kamarudin serta laman-laman web lain di negara ini, dimasukkan di bawah bidang kuasa undang-undang sedia ada untuk mengawal selia media, termasuk Akta Penerbitan dan Mesin Cetak, Akta Penyiaran, Akta Hasutan dan Akta Rahsia Rasmi.

Keputusan itu dibuat dalam satu mesyuarat lebih tiga jam yang dihadiri oleh hampir semua ketua-ketua Pemuda Umno negeri.

Ketua Pemuda Umno Wilayah Persekutuan Datuk Paduka Mohamad Norza Zakaria yang bertindak sebagai jurucakap kumpulan itu berkata kerajaan mesti memastikan semua laman web berita di internet juga mesti mempunyai permit sah bagi membataskan maklumat yang boleh disebarkan kepada orang ramai.

"Kita berpendapat kebebasan bersuara mestilah diimbangi dengan batas kehidupan negara yang berbilang-bilang bangsa. Tanpa pengimbangan ini, maka usaha membentuk perpaduan di kalangan rakyat yang disemai sejak Malaysia merdeka 50 tahun lalu tidak akan bermakna dan keamanan yang dinikmati selama ini mungkin akan terjejas angkara segelintir pihak yang tidak bertanggungjawab dan tidak cintakan negara.

"Kita tidak akan berdiam diri sehingga pengendali laman web yang tidak bertanggungjawab ini dikenakan tindakan. Kita akan ambil tindakan susulan untuk memantau perkembangan isu ini," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat itu.

Beliau menegaskan bahawa Pemuda Umno tidak berniat menghalang kebebasan bersuara di negara ini, tetapi pada masa sama tidak rela membiarkan apa yang mereka label sebagai "pengkhianat negara" berleluasa menjalankan kegiatan mereka tanpa tindakan tegas pihak berkuasa.

Menurutnya, Pemuda Umno akan membuat pemantauan sendiri terhadap laman-laman web bagi mengenal pasti golongan-golongan yang gemar mengeluarkan kenyataan tidak bertanggungjawab, yang bersifat fitnah dan yang boleh mengganggu gugat keselamatan negara dan institusi kerajaan dengan mengeksploitasi isu-isu sensitif seperti isu agama dan kejadian 13 Mei.

"Kita mahu pihak polis melakukan siasatan terperinci terhadap kes yang telah dilaporkan mengikut Kanun Keseksaan, Akta Hasutan serta Akta Komunikasi dan Multimedia supaya hukuman setimpal boleh dijatuhkan terhadap yang bertanggungjawab.

"Kita mendesak agar kerajaan dan polis menubuhkan unit polis siber untuk memantau dunia siber. Kita sudah bosan kerana tiada tindakan dan penguatkuasaan terhadap pengendali laman web dan blog selama ini," tegasnya lagi.

Minggu lalu Ketua Penerangan Umno Tan Sri Muhammad Muhammad Taib membuat laporan polis terhadap Raja Petra kerana membenarkan komen-komen yang menghina Yang di-Pertuan Agong dan agama Islam disiarkan di laman webnya.

Semalam Muhammad dipetik sebagai berkata bahawa beberapa laman web di negara ini ditaja anasir luar dan pengendalinya dibayar sehingga RM100,000 sebulan untuk menyiarkan kenyataan-kenyataan sensitif.
Buliten Utama TV3, turut sama melaporkan dua tiga malam kebelakangan ini, isu sensasi negara selepas daripada kesalahan kepada bloger, yang didakwa mengancam negara, memecah belah masyarakat dan terhina adalah menghina YDPA.
Isu besar lain adalah berita seorang pelajar dikatakan mencekik dan menolak seorng guru wanita. Noh Omar seperti biasa orang yang diamanahkan oleh Menteri Pelajaran mengurus hal ini, bertindak lantang memarahi orang yang patut dimarahi, dan memberi saham di mata masyarakat beliau adalah pembela rakyat yang sejati, budak yang terang-terangan biadap katanya perlu diadili seadilnya begitulah nada yang tersirat.
Dia mahu sebelum ini PPD jangan jadi sebagai posmen, atau despach aje lapur saja kepada Kementerian dia mahu , Polis sebagai Perhubungan Awam, PIBG, murid terlibat, guru, dan pihak sekolah bersemuka sebelum pertuduhan dijatuhkan.
Maknanya sekolah di suruh menjadi sebagai mahkamah lagaknya, guru atau pengetua sebagai hakim, polis siapkan persedur, yang mendakwa guru kena siapkan pertuduhan, PIBg menjadi jurubahasa, pelajar yang teraniya akan membela bersama peguambela emak atau bapanya.
Wahai Noh Omar, sesudah guru dibelasah, demo membelasah, adakah kita terlalu sayangkan budak yang biadap satu orang daripada kita menumpukan masa dan tenaga pihak2 terlibat membangunkan atau memodalkan insan pelajar2 lain yang lebih ramai, di mana mereka terlalu sangat memerlukan dan mahukan bimbingan guru, usahlah menjadi juara, yang tak kemana.
Nah menang pilihanraya dan nak menjadi calon, nampak sangat demo ni masa ni lah... bekerja untuk rakyat tu weh....

NUTP mahu pembentukan nilai murni diutama


KESATUAN Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) percaya sistem pembelajaran yang terlalu mengutamakan kecemerlangan akademik dan menggalakkan pelajar mengejar gred ‘A’ dalam semua mata pelajaran, secara langsung mengikis nilai murni seperti diamalkan sejak sekian lama.

Malah, kesatuan itu menyifatkan perlumbaan mencapai ‘A’ menyebabkan wujud pelbagai tekanan sama ada kepada guru atau murid dan keadaan itu lebih menjejaskan emosi pelajar lemah yang akan menunjukkan reaksi negatif terhadap semua tekanan berkenaan.
Presiden NUTP, Anuar Ibrahim, berkata semua tekanan itu mewujudkan khalayak murid ‘kurang ajar’ yang sering memberi masalah kepada guru, namun apabila tindakan diambil ia tidak diterima pula ibu bapa pelajar.Membandingkan senario pendidikan pada zaman sebelum dan awal kemerdekaan, beliau berkata, pada zaman dulu status sosial masyarakat lebih bercorak kekitaan dan ikatan sosialnya juga amat ketara selain mengetepikan sikap individu dan kebendaan.“Apabila mereka tidak begitu memandang kebendaan, maka gurulah yang menjadi tempat rujukan sebagai sumber ilmu kepada anak mereka. Keadaan itu menyebabkan tahap penghormatan kepada guru cukup tinggi.
“Konsep ketika itu, terimalah anak kami dan cikgu ajarlah dengan apa cara sekalipun, cuma jangan sampai patah dan buta sudahlah,” katanya.Justeru, NUTP mencadangkan supaya sebarang bentuk penggubalan dalam akta pendidikan atau garis panduan pelaksanaan peraturan disiplin sekolah mengambil kira pelbagai aspek pembentukan sahsiah pelajar dan mengkaji beban tugas guru supaya dapat memainkan peranan lebih aktif sebagai pendidik serta tidak terbatas berperanan mengajar.
Anuar juga mencadangkan supaya pembabitan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) serta badan bukan kerajaan (NGO) haruslah dilihat kembali supaya lebih memainkan peranan membantu pihak sekolah dan bukannya sekadar bijak melemparkan pelbagai kritikan.Namun, apabila memperkatakan semua permasalahan guru dalam menjalankan tugas mendidik, Anuar berkata guru sering berdepan kesukaran kerana tiada peraturan jelas dan standard dalam pelaksanaan hukuman terhadap kesalahan disiplin pelajar.“Satu masalah besar di sini ialah terdapat peraturan dan pekeliling berkaitan disiplin pelajar yang terlalu ketinggalan zaman. Contohnya, peraturan berkaitan ‘Public Canning’ (hukuman rotan di khalayak) yang sudah digantikan dengan ‘Corporal Punishment’ dalam Akta Pelajaran 1996 menyebabkan kuasa kepada guru besar dan pengetua amat terhad.“Sewajarnya ‘Public Canning’ diwujudkan semula supaya pelaksanaan kaedah pendisiplinan di sekolah menjadi lebih berkesan dengan guru dan pelajar mendapat pengajaran daripada pelaksanaan kaedah itu,” katanya.
Presiden Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN), Profesor Madya Mohd Ali Hasan, berkata sebarang bentuk hukuman yang dilaksanakan mestilah tidak bersifat penderaan dan mengikut emosi semata-mata.“Hukuman yang dikenakan mestilah setimpal dengan salah laku dilakukan. PIBGN bersetuju jika guru diberi kelonggaran dalam proses mendisiplinkan pelajar tetapi jangan sampai melampaui batas.
“Apa salahnya jika guru menggunakan budi bicara yang baik untuk menangani masalah disiplin pelajar. Ini tidak, ada hukuman yang dianggap terlalu melampau sehingga mendatangkan kecederaan kepada murid serta menjejaskan emosi mereka,” katanya.Beliau bersetuju dengan cadangan Kementerian Pelajaran untuk mengkaji kemungkinan menggubal garis panduan disiplin sekolah dan meminta kementerian meneliti secara terperinci segala ruang yang ada sama ada ia mencukupi atau tidak.

Laporan Khas: Guru mesti diberi kepercayaan


Ibu bapa tidak patut melenting bagi memastikan anak menjadi 'manusia'

SAYANG isteri tinggal-tinggalkan, sayang anak tangan-tangankan”. Begitulah betapa masyarakat dulu menggambarkan kaedah terbaik menunjukkan perasaan kasih sayang kepada keluarga tercinta. Nampak seakan ada unsur penderaan, tetapi ia sudah diakui berabad-abad lamanya sebagai langkah terbaik menzahirkan rasa sayang.
Justeru, apabila masyarakat mula memperkatakan mengenai kes yang kononnya dilabelkan sebagai penderaan guru terhadap pelajar, peribahasa itu wajar disorot kembali untuk sekurang-kurangnya memberi ruang kepada semua yang terbabit merenung seketika apa sebenarnya berlaku.Apakah wajar tindakan guru menghukum pelajar dengan tujuan mendidik dilabelkan sebagai penderaan sedangkan pada mata masyarakat, guru adalah insan paling tepat menyampaikan pendidikan serta bimbingan pada saat ibu bapa sibuk dengan urusan duniawi.
Ketika isu ini mula diperdebatkan menerusi media dari semasa ke semasa, mula timbul pandangan pelbagai lapisan masyarakat. Ada yang mencemuh, memaki dan memperlekehkan guru, namun tidak kurang juga bersimpati dengan guru yang dari hari ke hari terus dibeban dengan tugas serta amanah yang semakin berat.Apa yang pelik dalam senario ini ialah apabila ibu bapa yang memukul canang mengatakan anak mereka didera, adalah mereka yang dibesarkan dengan sebatan rotan, suara herdik, malah mungkin ada pernah diketuk dan ditampar guru pada zaman persekolahan mereka.
Persoalannya, adakah ketika itu ia dianggap satu penderaan, malah adakah mereka gagal dididik menjadi seorang ‘manusia’?Sedih memikirkan senario ini apabila profesion perguruan kini diperkotak-katikkan dengan pelbagai tohmahan yang semakin merendahkan martabat pendidik sehingga ada di kalangan mereka sudah tidak bangga lagi digelar guru.
Namun, pada masa sama memang tidak dapat dinafikan ada di kalangan guru yang terkadang hilang pertimbangan dan melakukan hukuman melampaui batasan serta norma sewajarnya sebagai seorang pendidik. Golongan guru sebegini walaupun jumlahnya mungkin terlalu kecil, tetapi jelas mencalar seluruh institusi itu yang selama ini amat diagungkan.Perhatikan saja apa yang didedahkan media sejak akhir-akhir ini yang menunjukkan ada juga kalangan guru menghukum pelajar secara melampau, malah ada pandangan sesetengah pihak melabelkannya sebagai kejam dan tidak berperikemanusiaan.
Antaranya, bekas Ketua Pengarah Pendidikan, Tan Sri Murad Mohd Noor, yang menyatakan bahawa tindakan guru menjatuhkan hukuman kepada mereka yang tidak bersalah sebagai tindakan yang sangat kejam dan tidak boleh diterima dalam budaya masyarakat timur.Ada kebenarannya juga jika kita membincangkan dari sudut etika keguruan kerana sebagai guru dibekalkan dengan pelbagai kaedah melalui subjek psikologi pendidikan ketika mereka belajar di institusi perguruan, sewajarnya guru tahu menilai apakah tindakan terbaik mendidik pelajar.Namun, mendalami isu ini adakah seluruh institusi perguruan menerima tekanan oleh kesilapan dilakukan sebilangan kecil guru yang boleh dianggap bermasalah ini? Wajarkah habis lumpur terpalit kerana seekor lembu?Justeru, jika kerana isu ini moral guru mula jatuh dan sudah hilang keikhlasan dalam melaksanakan tugas, siapa yang rugi?
Apa yang pasti guru tetap akan dibayar gaji walaupun mengajar dengan sambil lewa. Bukannya susah untuk guru memprotes apa yang sudah menimpa mereka kini, tetapi pernahkah guru bertindak sedemikian?Masyarakat perlu membuka mata seluasnya melihat betapa perit dan getirnya tugas guru mendidik anak mereka dan walau keadaan kronik melanda, guru tetap meneruskan keazaman mereka memikul amanah menghasilkan ‘manusia’.
Pokok pangkal kepada semua senario ini, ibu bapa perlu merenung sejenak tujuan mereka menghantar anak ke sekolah. Adakah sekadar menumpangkan anak sepanjang tempoh mereka bekerja atau benar-benar ikhlas untuk melihat anak mereka memperoleh manfaat ilmu di sekolah.Jika inginkan anak mereka berhemah, berdisiplin dan terpelajar, tanamlah sepenuh kepercayaan kepada guru untuk menjalankan tugas mereka dengan penuh selesa. Janganlah kongkong dan beri lebih tekanan kepada pendidik. Sudahnya, anak mereka juga yang akan kerugian.Pada bahu 350,000 guru seluruh negara terletaknya tanggungjawab besar untuk melihat lebih lima juta pelajar menjadi manusia kental jati diri dan bukan menjadi insan manja dan lembik seperti apa yang berlaku sekarang lantaran sikap ibu bapa sendiri.
Justeru, pengumuman Kementerian Pelajaran untuk melihat semula peraturan yang digunakan dalam garis panduan pelaksanaan disiplin di sekolah haruslah memberi lebih ruang kepada guru menjalankan tugas mereka tanpa kekangan lagi.Janganlah pula ada pihak yang berasakan tindakan itu sebagai tidak adil kepada pelajar kerana adalah sangat adil sekiranya guru menjalankan tanggungjawab dengan penuh keikhlasan melahirkan pula pelajar yang sangat berkualiti dalam pelbagai aspek.
Kesimpulannya mudah, adakah ibu bapa inginkan anak mereka diberi perhatian atau dibiarkan begitu saja melakukan apa saja. Jangan sampai ada guru yang berkata, “Lantaklah apa nak jadi dengan anak dia kerana kalau kita ambil berat sekalipun dia bukan suka. Lagi elok kalau kita tak ambil tahu langsung. Bukan kita yang rugi.”

Garis panduan peraturan disiplin wajar dirombak

DUA bekas Ketua Pengarah Pelajaran sependapat sudah sampai masa garis panduan pelaksanaan peraturan disiplin sekolah dirombak untuk disesuaikan dengan keadaan semasa, malah perubahan itu juga bertepatan dengan masanya kerana peraturan sedia ada sudah begitu ketinggalan zaman.

Pengerusi Lembaga Penasihat Kluster Kecemerlangan, Tan Sri Dr Abdul Rahman Arshad, berkata peraturan sedia ada terlalu mengongkong guru menjalankan tanggungjawab mendisiplinkan pelajar.Justeru, beliau yang juga bekas Ketua Pengarah Pendidikan (1985-1991), meminta penggubalan semula peraturan yang memberi kuasa merotan kepada semua guru atau sekurang-kurangnya kepada lebih ramai guru supaya tugas mendisiplinkan murid dapat dilaksanakan lebih berkesan.
“Pada masa ini kuasa merotan terhad kepada guru besar atau sebahagian guru yang diturunkan kuasa, itupun kaedah penurunan kuasa terlalu ketat. Masalahnya, ada di kalangan guru besar terlalu berlembut dan tidak menjatuhkan hukuman apabila sesuatu kes dirujuk kepada mereka. Keadaan ini menyebabkan moral guru terbabit jatuh dan mereka berasa tercabar.
“Pelajar terbabit pula akan berasa kebal dan dilindungi, malah lebih berani melakukan pelbagai kesalahan kerana menganggap apa saja yang dilakukan tidak akan dihukum kerana ‘diselamatkan’ guru besar. Jika guru besar tidak ada pada hari kesalahan dilakukan, perlukah guru menunggu hingga berhari-hari?” katanya.Beliau meminta semua pihak menyokong segala tindakan guru dalam mendidik pelajar selagi apa dilakukan tidak menyimpang daripada naluri kemanusiaan. Selagi sesuatu hukuman tidak mencederakan pelajar, ia wajar dibenarkan.
“Masalahnya, sering kali berlaku keadaan di mana guru besar atau ibu bapa tidak menyokong tindakan guru sedangkan guru berkenaan sudah menjalankan peranan sebagai ibu bapa pelajar di sekolah. Keadaan ini memberi tekanan kepada guru dan menyebabkan disiplin pelajar di sekolah terus merosot.“Budaya pelajar sekarang pun jauh sudah berubah berbanding dulu di mana adab tunduk di depan orang lebih tua dan budaya memberi salam seakan sudah hilang. Keadaan ini jelas menunjukkan anak zaman ini semakin rendah akhlaknya. Jadi salahkah sekiranya guru hendak membetulkan akhlak mereka sedangkan ibu bapa sendiri mungkin tak berkesempatan lantaran kesibukan kerja,” katanya.
Justeru, Abdul Rahman turut mencadangkan supaya kaedah hukuman di khalayak ramai dibenarkan supaya pelajar yang bersalah akan berasa malu untuk mengulangi kesalahan mereka seterusnya memberi pengajaran kepada pelajar yang menyaksikannya.Selain itu, guru yang melaksanakan hukuman akan dapat mengawal emosi ketika melakukan hukuman kerana sedar diperhatikan begitu banyak saksi dan keadaan ini secara langsung mengelakkan berlakunya hukuman yang melampaui batas jika dilakukan secara tersembunyi.
Beliau juga menyelar sikap kebanyakan ibu bapa kini yang hanya tahu menuding jari dan menyalahkan semua tindakan guru sedangkan mereka tidak pernah mengambil tahu sebarang aktiviti sekolah, malah tidak pernah hadir dalam sebarang pertemuan termasuk mesyuarat agung PIBG.Abdul Rahman berkata, sebagai Pengerusi Lembaga Penasihat Kluster Kecemerlangan, beliau akan memastikan sekolah kluster menjadi perintis pelaksanaan peraturan yang lebih tegas dan memberi lebih kuasa kepada guru untuk bertindak.
“Jika ibu bapa tidak suka atau tidak membenarkan anak mereka ‘disentuh’, jangan hantar anak ke sekolah kluster. Hantar saja ke sekolah biasa kerana di sekolah kluster, ibu bapa dan guru perlu saling mempercayai dan menghormati.“Sikap ibu bapa yang terlalu memanjakan anak dan menghalang tugas guru akan menyebabkan masa depan anak mereka sendiri yang terkorban. Guru tidak rugi apa-apa, justeru, berilah ruang sepenuhnya kepada guru untuk dihormati,” katanya.
Sementara itu, bekas Ketua Pengarah Pendidikan (kini Pelajaran), Tan Sri Murad Mohd Noor, berkata peraturan sedia ada sudah terlalu lama, malah sudah digunakan sejak hampir 50 tahun.“Pada ketika peraturan itu diwujudkan, keadaannya jauh berbeza dengan sekarang di mana tahap disiplin pelajar menjadi semakin rumit dengan pelbagai kes salah laku yang berat. Tambahan pula, dulu tidak ada keadaan saman-menyaman seperti berlaku sekarang.
“Namun, harapan saya, perubahan dalam peraturan jangan sekadar mengutamakan jenis hukuman, tetapi lebih menitikberatkan kaedah terbaik mendidik pelajar supaya mereka lebih faham apa yang baik dan tidak elok diamalkan,” katanya.
Beliau bagaimanapun tidak bersetuju sekiranya kuasa merotan diberikan kepada semua guru kerana ia tidak akan memperbaiki tahap disiplin pelajar di sekolah, tetapi pendekatan paling sesuai adalah menanam sikap positif supaya pelajar tahu apa yang tidak wajar mereka lakukan.Murad menyifatkan sistem pendidikan sekarang tidak proaktif kerana sering kali menunggu hingga berlaku sesuatu kejadian atau masalah sebelum mengambil sebarang tindakan.
“Melihat kepada senario sekarang, guru perlu diberi lebih ruang dan ibu bapa pula perlulah kurang mempertikaikan peranan guru kerana selagi banyak pertikaian, semakin susah untuk guru menjalankan tanggungjawab mereka.“Jika kementerian serius untuk membuat rombakan, jangan sekadar menampal sana sini iaitu menggantikan beberapa perkara saja, tetapi penelitian lebih terperinci wajar dilakukan,” katanya.

Sunday, July 29, 2007

Beberapa kesilapan yang biasa dilakukan oleh Imam dalam solat.


I Kesilapan Sebelum Bersolat.

1- Menganggap menjadi imam itu sebagai kemegahan, yang akhirnya menghilangkan sifat keikhlasan dalam beribadat.

2- Membaca "Usolli" (lafaz niat) dengan nyaring. Rasulullah s.a.w. tidaklah membaca "Usolli" sebelum bersembahyang. Bacaan "Usolli" itu disunatkan oleh sesetengah ulamak untuk membantu memudahkan niat. Jika tidak kerana demikian, sunnah Rasulullah s.a.w. adalah lebih utama untuk diikuti. Lagipun tidak ada seorang ulamak pun yang menyunatkan supaya dinyaringkan bacaan tersebut, samada dia adalah seorang imam ataupun makmum.

3- Terlalu lama untuk bertakbir "Takbiratul Ihram" kerana sibuk dengan bacaan-bacaan yang tidak ada pun nas daripada sunnah Nabi s.a.w. supaya dibacanya seperti surah an-Nas, "Basmalah", "Istiazah" dsbgnya.

4- Tidak memperbetulkan saf makmum sebelum bertakbir.

II Kesilapan Dalam Solat
Terlalu cepat dalam melakukan pergerakan sembahyang, menyebabkan makmum tidak dapat mengikut imam dengan baik.
2-Menyaringkan bacaan pada tempat yang tidak disunatkan nyaring. Perkara ini sering berlaku, melainkan kepada orang yang dipelihara oleh Allah.

3-Membaca ayat atau surah terlalu panjang pada keadaan yang tidak mengizinkan, seperti ketika ada kecemasan dsbgnya., atau membaca ayat terlalu pendek. Surah yang pendek adalah lebih baik daripada satu ayat yang terlalu pendek.

III Kesilapan Selepas Solat.

1- Menyaringkan bacaan doa "Allahumma inni as'aluka ridhoka…" ketika memberi salam.
2- Menganggap bahawa masih wujud ikutan antara makmum dan imam selepas salam.

3-Menjadikan bacaan yang tidak warid daripada sunnah Nabi s.a.w. sebagai wirid dan menyaringkannya, sedangkan wirid yang sunnah diabaikannya. Seperti membaca bersama "Ilahi lastuli firdausi ahla…", “Yaa amanna khaa ifiin….”, imam menyebut al-Fatihah, dsbgnya.

4- Menyaringkan wirid pada keadaan yang tidak digalakkan menyaringkannya, apatah lagi jika masih ada lagi makmum masbuq yang sedang bersembahyang atau yang bersembahyang sunat.
5- Menentukan aturan doa yang sama sahaja untuk setiap kali lepas sembahyang, sedangkan banyak lagi doa yang warid daripada Rasulullah s.a.w. diabaikannya.

6- Menganggap sebagai sunnah Nabi apa yang diamalkan oleh masyarakat sekarang dengan bahawa wirid sembahyang mestilah berakhir dengan seorang imam membacakan doa dan diaminkan oleh para makmum.

Petikan dari artikal "Solat Berjamaah dan Kefahaman Menjadi Imam" oleh Us TMSTI yang akan disiarkan dalam masa yang terdekat, insyaAllah - zy.

Penjelasan Tentang Roh

Membaca artikel ini menarik minat penulis untuk berkongsi sama dengan sahabat2.

Aqidah : Soalan Mengenai Kedatangan Roh
1
Beberapa Persoalan Mengenai Kedatangan Roh

Seorang kenalan telah bertanyakan saya tentang kebenaran dan hakikat yang didakwa oleh sesetengan daripada kita, bahawa datang kepada mereka beberapa roh wali-wali dan roh-roh itu berinteraksi dengan mereka. Bahkan dalam beberapa keadaan, roh-roh tersebut membantu mereka menyembuhkan penyakit dan mengajar mereka beberapa ilmu dan hikmat. Sebelum menjawab persoalan yang menyentuh akidah ini, saya ingin tujukan kepada golongan yang mempercayai akan kedatangan roh tersebut beberapa soalan. Antaranya ialah:-

1- Adakah mereka yakin dan mengetahui bahawa yang datang itu adalah roh, sedangkan mereka juga tidak mengenali roh? Dan Allah SWT pula berfirman: Dan mereka bertanya kepadamu tentang roh, maka katakanlah: “Roh itu termasuk dalam urusan Tuhanku, dan tidaklah kamu diberikan pengetahuan melainkan sedikit”. Surah al-Isra’:85. Kerana itu, apakah alamat yang membolehkan mereka kenal bahawa yang datang itu adalah roh?
2- Kalaulah benar roh yang datang, mengapa ia datang dan memasuki jasad orang lain, kenapa ia tidak datang kembali kepada jasadnya? Tidakkah lebih baik dan munasabah roh orang yang mati itu datang dan memasuki jasadnya, berbanding memasuki jasad orang lain?
3-Adakah benar roh orang yang mati itu boleh kembali dan memasuki mana-mana jasad yang ingin dimasukinya atau mana-mana jasad orang yang disuruh oleh pemanggilnya? Tidakkah ini bertentangan dengan fakta yang difahami daripada firman Allah SWT: Sehinggalah datang kepada salah seorang daripada mereka itu kematian, dia akan berkata: “Wahai Tuhanku, kembalikan daku (ke dunia) {99} supaya aku dapat berbuat amalan salih (kebaikan) yang aku tinggalkan”. Sekali-kali tidak! Sesungguhnya itu adalah perkatan yang diucapkan sahaja. Dan di hadapan mereka ada dinding (barzakh) sampai hari mereka dibangkitkan{100}. Surah al-Isra’: 99 dan 100. Ayat ini menerangkan bahawa sesudah kematian mereka berada di alam berzakh, iaitu satu kehidupan yang baru yang membatasi antara dunia dan akhirat.

4- Roh orang yang mati akan berada di alam barzakh. Itulah akidah kita orang Islam. Adakah roh yang sudah kembali ke alam barzakh boleh datang semula ke alam dunia, sedangkan dua alam ini berlainan? Tidakkah manusia dengan segala kecanggihan yang ada tidak mampu untuk kembali berada dalam alam rahim setelah keluar dari perut ibunya, sekalipun pada alam yang sama?

5- Alam barzakh bukan lagi tempat beramal. Kenapakah roh itu datang dan berinteraksi dengan manusia, bahkan menolong manusia. Adakah lagi amalan yang mampu dibuat setelah roh meninggalkan jasad, sedangkan Allah SWT berfirman: Dan belanjakanlah sebahagian daripada apa yang telah Kami berikan kepadamu sebelum datang kematian kepada salah seorang daripada kamu, lalu dia berkata: “Wahai Tuhanku, mengapa Engkau tidak menangguhkan (kematian)ku sampai waktu yang dekat, yang menyebabkan aku mampu bersedekah dan aku termasuk dalam golongan yang solih?”. Surah al-Munafiqun: 10.
6- Jika benar roh yang datang, kenapa dia tidak mengambil peluang ini untuk bertaubat, bersedekah dan melakukan segala jenis amalan kebajikan? Tidakkah ini lebih baik baginya daripada membuang masanya dengan berbual-bual kosong memperkenalkan dirinya kepada manusia? Atau memang mereka dihalang untuk kembali walaupun sesaat ke dunia ini?

7- Jika benar roh yang datang dan membantu manusia (membuat kebaikan), maka persoalannya adakah roh itu akan mendapat pahala daripada amalannya itu, sedangkan Rasulullah s.a.w. bersabda: Apabila mati seorang anak adam, maka terputuslah segala amalannya, melainkan tiga perkara: (iaitu pahala amalannya yang dilakukannya semasa hayatnya masih diberikan pahala), sedekah yang berkekalan, atau ilmu yang dimanfaatkan atau anak yang solih yang berdoa kepadanya. Hadis riwayat Muslim daripada Abu Hurairah.

8- Dan jika roh itu datang dan mengganggu manusia (membuat dosa), adakah dia akan dianggap berdosa? Tidakkah perhitungan amalan manusia hanya sesudah roh keluar daripada jasad? Allah SWT berfirman: Dan beribadatlah kepada Tuhanmu sehingga datang kepadamu keyakinan (kematian). Surah al-Hijr: 99. Tidakkah dua akidah ini bercanggahan?

9- Kalaulah dikatakan bahawa roh yang membuat amalan salih itu diberikan pahala, maka tidakkah ini membawa kepada mengingkari ayat-ayat suci al-Qur’anul Karim dan juga Hadis-hadis Nabi s.a.w.? Ini kerana dunia ini tempat beramal, dan alam selepasnya adalah tempat balasan. Tidakkah benar begitu?

10-Dan jika dijawab bahawa roh itu tidak akan mendapat pahala, maka siapakah yang akan mendapat pahala daripada amalan salih yang dilakukannya tadi? Atau memang roh tidak boleh kembali sebagaimana yang mereka percayai itu?

11-Dan jika ia melakukan pembohongan dan dosa, adakah ia akan berdosa? Maka jika dijawab dengan ya, maka bilakah ia akan dikenakan azab seksaan kuburnya? Atau orang yang mempercayai kedatangan roh itu menolak aqidah seksaan kubur? Dan bilakah roh ini akan mengetahui kedudukannya yang sebenar? Sedangkan Allah SWT berfirman: Kamu telah dilalaikan oleh sikap ingin bermegah-megah (dengan memperbanyakkan harta, pengaruh, pangkat dan sebagainya). Sehinggalah kamu memasuki kubur. Jangan begitu, kelak kamu akan mengetahui. Kemudian, janganlah begitu, (kerana) kelak kamu akan mengetahui. Janganlah begitu, jika kamu mengetahui dengan pengetahuan yang yakin. Nescaya kamu benar-benar akan melihat neraka Jahim. Kemudian kamu sesungguhnya benar-benar akan melihatnya dengan ainul yaqin (mata kepala sendiri sehingga menimbulkan keyakinan yang kuat). Kemudian kamu pasti akan ditanya pada hari itu tentang kenikmatan. Surah at-Takasur: 1-8.
12-Dan jika dikatakan bahawa roh itu tidak berdosa, sebaliknya yang berdosa ialah orang yang dimasukinya. Maka persoalannya ialah, tidakkah ini berlawanan dengan akidah Islam yang menganggap bahawa seseorang itu tidak akan menanggung dosa orang lain? Kenapa dia dipersalahkan sedangkan roh orang lain yang melakukannya? Firman Allah SWT: Dan seseorang yang berdosa tidaklah memikul dosa orang yang lain. Surah al-Isra’: 15

13-Ada roh yang datang mengaku bahawa ia adalah roh wali si polan atau Nabi Khidir dan sebagainya. Adakah benar dakwaan roh tersebut, sedangkan kita tidak mengenalinya dan tidak juga mengenali jasadnya? Kita hanya mengenali sirahnya. Kalaulah manusia yang nampak dilihat ini boleh mengaku apa sahaja namanya kerana kita tidak mengenalinya, maka tidakkah persoalan yang sama boleh kita letakkan ke atas roh ghaib yang datang tadi?

14- Kalaulah benar roh yang datang itu roh para wali, kenapakah ia datang membantu kita? Tidakkah lebih munasabah ia pergi membantu saudara-saudara kita yang dibunuh dengan kejam oleh orang-orang Yahudi, Amerika dan juga Rusia? Atau pergi membantu menyekat remaja-remaja muslimah yang hendak dirogol oleh lelaki jahat atau mahramnya? Tidakkah ini lebih baik jika ia mampu untuk pergi menolong siapa sahaja yang dikehendakinya?

15-Tidakkah Allah SWT sahaja yang berkuasa mencabut roh? Tidakkah orang yang mengangap bahawa yang datang itu adalah roh mengetahui yang Allah SWT berfirman: Allah (jualah yang) memegang jiwa (roh manusia) ketika matinya dan (Dia jugalah yang memegang) jiwa (roh) yang belum mati diwaktu tidurnya. Maka Dia tahankan jiwa (roh orang) yang telah Dia tetapkaan kematiannya dan Dia melepaskan jiwa (roh) yang lain sampai waktu yang ditentukan. Sesungguhnya yang demikian itu terdapat tanda-tanda (kekuasaan Allah) bagi kaum yang berfikir (menggunakan akal fikiran. Surah az-Zumar: 42. Adakah mereka tidak beriman dengan ayat suci ini atau dalam hati mereka ada penutup yang menyebabkan mereka menolak ayat-ayat Allah SWT?

16-Kalaulah roh itu dapat datang setelah dipanggil, kenapa tak dipanggil saja roh Saidina Hamzah, Khalid al-Walid, Saidina Umar dan seumpama mereka untuk membantu menguatkan kekuatan Islam? Kenapa tak dipanggil saja roh Imam Syafie, Maliki, Ghazali, Nawawi dan seumpama mereka untuk diajukan persoalan masalah-masalah fiqh yang baru dan terkini?
17- Diriwayatkan dalam suatu hadis, Rasulullah SAW ada bersabda: Kubur itu samada satu taman daripada taman-taman syurga atau satu lubang daripada lubang-lubang neraka. Riwayat Tirmizi. Kalaulah roh yang baik yang datang, kenapakah mereka bersusah payah datang sedangkan mereka berada dalam kenikmatan?

18-Dan jika roh orang yang berdosa yang datang, tidakkah ini boleh merehatkannya daripada azab kuburnya? Mungkin semua roh orang yang berdosa akan keluar untuk melepaskan diri daripada azab kuburnya? Adakah ini benar bagi orang yang berakidah dengan akidah Islam yang sebenar?

19-Tidakkah mempercayai kedatangan kembali roh itu bererti menolak banyak daripada ayat-ayat suci al-Qur’anul Karim dan juga Hadis-Hadis Nabi s.a.w.? Manakah yang lebih patut bagi seorang yang beragama Islam, antara mempercayai ayat-ayat suci al-Qur’anul Karim dan juga Hadis-Hadis Nabawi atau mempercayai suara yang hanya menumpang jasad orang lain dan mendakwa ia adalah roh si polan bin si polan?

20-Adakah orang yang mempercayai kedatangan roh itu akan tetap berdegil dengan pegangannya itu setelah dikemukakan persoalan-persoalan ini? Atau mereka akan bertaubat dan kembali kepada kebenaran dan mengikut titah Allah SWT melalui firmanNya: Maka tanyalah orang yang berilmu jika kamu tidak mengetahui. Surah an-Nahli: 43.

Setelah diajukan solan-soalan ini, maka saya dengan yakin mengatakan bahawa yang datang itu bukanlah roh orang yang dah mati. Yang datang dan mengaku sebagai roh wali si polan dan si polan tidak lain melainkan jin yang ingin menyesatkan dan memperdayakan manusia. Mungkin kita tidak nampak akan kemudharatannya, kerana ia seumpama meletakkan racun yang halus di dalam madu yang manis. Memohon pertolongan jin boleh membawa kepada kesyirikan. Dan boleh jadi juga yang datang itu adalah “Qarin” si mati yang sentiasa mendampingi si mati semasa hayatnya. Kerana itulah dia sangat mengenalinya dan menyerupainya. Semoga kita semua terselamat daripada tipu daya syaitan. Allah Maha Mengetahui.

Majukah Berlin ?

Libasan ZAM dengan mengibaratkan dua buah negeri dalam Malaysia umpama Jerman Timur dan Jerman Barat. Katanya ...Kemajuan T'ganu-K'tan macam dipisahkan 'tembok Berlin'. Nah libasan dan sengatannya memang terasa dan dirasai oleh rakyat terutama bagi kedua-dua buah negeri berkenaan.
Namun bisanya sengatan tadi, termakan keseluruh anggota badan weh. Maknanya kita reda dan teriam ajelah. Tetapi negeri sebelah tembok Berlin, adalah rakyat yang kuat dan sayangkan ke tuhan lebih daripada pendakwa Tembok Berlin. Orang sebelah Berlin sana (Kelantan) kurang rasuah pemimpinnya, orang Tembok Berlin suka bayar hutang, walaupun hutang di buat oleh Orang Jerman Barat.
Orang yang dikatakan maju, tulah macam-macam, pendekata sedapnya cakap dengan sedap nak kata ikut rasa. Sepatutnya dia malu, UMNo ZAm adalah UMno muda, UMno yang tidak ada jati diri dan faham perjuangan, Umno mahukan kebenda saja.
Katalah selagi demo daya nak kata...!!!!!! Yang pentingnya Allah Maha Mengetahui.

Menteri Penerangan Datuk Seri Zainudin Maidin menyifatkan pembangunan pesat di Terengganu sekarang berbanding Kelantan yang terus ketinggalan di bawah PAS, ibarat Jerman Barat dan Jerman Timur yang dipisahkan oleh Tembok Berlin.

Menyatakan kekagumannya dengan pembangunan pesat di Terengganu, beliau berkata banyak pembaharuan yang dapat dilihat di negeri tersebut selepas Barisan Nasional (BN) merampas semula pucuk pimpinan negeri daripada PAS pada pilihan raya umum 2004.

Berbanding Kelantan, katanya rakyat negeri itu terus dibelenggu masalah kemiskinan dan ketinggalan daripada arus pemodenan walaupun sudah lama ditadbir kerajaan PAS.

"Yang lebih baik sekarang, Terengganu boleh menjadi cermin kepada orang Kelantan dan cukup jelas Kelantan dan Terengganu dah jadi macam Berlin Barat dan Berlin Timur walaupun tidak ada tembok. Cuma bezanya, orang Kelantan bebas keluar masuk ke Terengganu.

"Apabila mereka melangkah masuk ke Terengganu, mereka tengok (keadaan di Terengganu) sudah lain... banyak pembangunan. Sudah tentu ada perasaan cemburu antara orang Kelantan terhadap orang Terengganu," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Penerangan Kebangsaan (MPK) di sini hari ini.

Turut hadir pada mesyuarat yang berlangsung selama dua hari, bermula hari ini ialah Timbalan Menteri Penerangan Datuk Ahmad Zahid Hamidi dan pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Komunikasi Negeri, Datuk Wan Hisham Wan Salleh.

Mengulas lanjut, Zainudin berkata pembangunan yang berlaku di Terengganu sekarang bukan satu retorik malah ia melangkaui janji-janji dalam manifesto BN pada pilihan raya umum lepas.
Antaranya ialah pembangunan daripada segi penyediaan kemudahan infrastruktur, pendidikan, teknologi komunikasi maklumat serta penganjuran beberapa acara sukan bertaraf antarabangsa di negeri itu, katanya.
Pada mesyuarat MPK itu, Zainuddin berkata beliau diberitahu bahawa sokongan rakyat Terengganu terhadap BN semakin meningkat dan lebih banyak pembangunan dapat dilakukan pada masa akan datang.

Beliau berkata jika rakyat Kelantan mahu merasai pembangunan sebagaimana yang dinikmati rakyat Terengganu, mereka perlu melihat negeri jiran mereka itu sebagai perbandingan dan berusaha untuk menamatkan pemerintahan PAS di negeri tersebut.

Zainuddin berkata masalah kemiskinan terus membelenggu rakyat Kelantan kerana kerajaan negeri gagal membangunkan sumber manusia serta menyediakan peluang-peluang ekonomi dan pekerjaan sedangkan rakyat negeri itu boleh berjaya jika mereka berada di luar seperti di Kuala Lumpur.

"Kalau BN yang memerintah Kelantan, saya percaya lebih ramai lagi rakyat Kelantan yang berjaya sebagai usahawan, peniaga dan sebagainya," katanya.
Beliau mahu semangat "Gelombang Biru" yang diperkenalkan BN Terengganu untuk menjadikan PAS tidak relevan di negeri itu pada pilihan raya umum 2004 diperluaskan ke Kelantan bagi menghadapi pilihan raya umum ke-12.
Soal Jawab: Pembabitan ahli akademik mantapkan sistem perundangan

PROFESOR undang-undang Perlembagaan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr Abdul Aziz Bari, mengulas keputusan Mahkamah Persekutuan mengenai pertindihan kuasa antara Mahkamah Syariah dan Mahkamah Sivil serta keputusan bersejarah Mahkamah Rayuan membebaskan remaja lelaki 18 tahun yang membunuh anak guru tuisyennya empat tahun lalu, kerana tiada peruntukan undang-undang bagi mengenakan hukuman penjara terhadap pesalah kanak-kanak yang melakukan kesalahan membunuh.

APAKAH pandangan Dr apabila Mahkamah Persekutuan meminta Parlimen mengkaji peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan bagi menyelesaikan konflik bidang kuasa antara Mahkamah Syariah dan Mahkamah Sivil yang dikatakan semakin serius sejak dua dekad ini?
Cadangan seperti itu lazim dibuat oleh hakim, terutama apabila mereka mendapati bahawa undang-undang yang ada mempunyai kelemahan dan tidak lengkap. Cadangan hakim Datuk Abdul Hamid Mohamad, perlu diberi perhatian kerana jika saya tidak silap, ini adalah kali pertama mahkamah membuat gesaan demikian berhubung pertindihan kuasa.Sebagai bekas pegawai kanan di Pejabat Peguam Negara dan terbabit dalam banyak bengkel mengenai isu itu, pandangan beliau perlu diberi perhatian. Pada masa sama, kita perlu membuat kajian teliti terhadap apa yang dikatakan masalah itu.
Selain itu, kita perlu memastikan kita mempunyai formula penyelesaian untuk mengatasinya. Perkara 121(1A) dimasukkan untuk menyelesaikan masalah antara Mahkamah Sivil dan Mahkamah Syariah, tetapi nampaknya masih bermasalah.Apakah sebenarnya aspek yang membabitkan pertindihan kuasa itu?
Dalam kes tuntutan dua anak ahli perniagaan Allahyarham Datuk Sharibun Wahab, ia membabitkan harta. Bagaimana dengan aspek lain?Saya hanya melihat laporan akhbar dan belum menerima penghakiman penuh kes itu. Jadi susah untuk membuat ulasan yang tepat dan adil. Tetapi sudah pasti ada lebih dari satu aspek yang perlu diberi perhatian. Apa pun kita perlu memastikan konflik itu adalah konflik yang memang benar konflik dan bukan sesuatu yang hanya bersifat tanggapan. Kes ini menarik kerana peruntukan berkenaan jelas boleh membabitkan kalangan orang Islam sendiri yang tidak membabitkan orang yang masuk dan keluar Islam.
Apa yang berlaku jika konflik antara kedua-dua sistem mahkamah tidak diselesaikan?
Kita perlu membuat kajian teliti dan tidak boleh terburu-buru. Saya tidak fikir mahkamah tidak boleh membuat sebarang inisiatif seperti yang tergambar dalam pemerhatian Datuk Abdul Hamid apabila beliau mengatakan bahawa tugas hakim ialah melaksanakan undang-undang dan tidak membuat atau meminda undang-undang.Dalam amalan yang sebenar, hakim turut membuat undang-undang dalam bentuk keputusan kes dan ini tidak boleh dielakkan kerana undang-undang tidak mungkin sempurna dan lengkap 100 peratus.
Kita perlu belajar pengalaman negara lain, termasuk Amerika Syarikat yang hanya meminda perlembagaan sebanyak 27 kali sejak 1787. Kita pula meminda perlembagaan sebanyak 53 kali dalam tempoh 50 tahun. Kita juga perlu sedar bahawa Parlimen sibuk dengan banyak perkara dan tidak mempunyai kepakaran khusus. Itu belum lagi dengan kontroversi yang menyelubungi Perkara 121(1A) sendiri.Hakim perlu menggunakan kebijaksanaan untuk menyelesaikan masalah dan jangan sentiasa menuding jari kepada Parlimen. Bagaimanapun, kita perlu melihat saranan beliau dengan serius.
Bagaimana pula dengan keputusan Mahkamah Rayuan memerintahkan seorang remaja yang membunuh anak guru tuisyen dibebaskan kerana tiada peruntukan undang-undang bagi mengenakan hukuman penjara terhadap pesalah kanak-kanak yang melakukan kesalahan membunuh?
Pihak berkuasa perlu melihat akta itu dan membuat perubahan yang diperlukan. Saya fikir ada aspek positif daripada penghakiman Mahkamah Rayuan kerana ia berkisar kepada soal pemisahan kuasa antara eksekutif dan mahkamah apabila Mahkamah Rayuan memutuskan kuasa menahan itu melampaui batasan mengikut teori pengasingan kuasa antara mahkamah dan eksekutif.
Bagaimanapun, kita harus ingat bahawa kuasa itu diberi oleh Parlimen, bukan pihak eksekutif yang memandai-mandai sendiri.Bagaimanakah doktrin pemisahan kuasa boleh timbul dalam konteks kes di Mahkamah Rayuan?
Apa yang berlaku ialah kuasa pihak eksekutif yang dilaksanakan atas nama Yang di-Pertuan Agong disifatkan sebagai mengambil kuasa mahkamah. Ini kerana kuasa untuk menahan dan seumpamanya adalah kuasa mahkamah. Saya fikir apa yang diputuskan ini baik, terutama dalam keadaan cukup banyak kritikan terhadap tahanan yang dilakukan mengikut Ordinan Darurat dan Akta Keselamatan Dalam Negeri hingga menyebabkan timbalan menteri dan Ketua Polis Negara terpalit.
Adakah situasi di Mahkamah Rayuan juga menyebabkan perlu ada perubahan dilakukan terhadap akta sedia ada di Parlimen?
Ya! Saya fikir itu tidak dapat dielakkan dan saya rasa perkara ini lebih mendesak dan perlu diberi perhatian segera berbanding masalah yang dibangkitkan oleh Datuk Abdul Hamid di Mahkamah Persekutuan.
Apakah ada cara lain untuk memastikan bahawa undang-undang kita sempurna dan tidak banyak kelemahan?
Ini sukar untuk dicapai kerana masyarakat sentiasa berubah dan keperluan mereka juga berubah. Bagaimanapun, kita boleh menyediakan pilihan dalam bentuk kajian. Di United Kingdom dan New Zealand, ada suruhanjaya undang-undang yang dianggotai ahli akademik yang mengkaji akta Parlimen dan keputusan mahkamah.
Suruhanjaya ini akan mengemukakan cadangan kepada Parlimen yang meliputi analisis dan punca masalah serta cara menyelesaikannya. Parlimen pula akan mempertimbangkan. Cara ini lebih baik kerana lebih teliti, objektif dan terperinci, berbanding pemerhatian umum oleh hakim dalam kes yang mereka kendalikan. Selain itu, mereka tidak semesti mengkaji perkara berkenaan dengan mendalam.Saya fikir mekanisme ini akan menjadikan sistem undang-undang negara lebih lengkap dan mengambil perspektif dari pelbagai pihak.
Undang-undang dibuat oleh Parlimen dan kemudian membabitkan hakim dan peguam. Apabila membabitkan kajian, saya fikir itu adalah menjadi tugas ahli akademik untuk memainkan peranan.
Adakah ini boleh dilakukan di Malaysia?Mengapa tidak?
Cuma saya kurang pasti sama ada ia boleh berjalan dengan baik kerana ahli-ahli akademik di IPTA kita sibuk dan disibukkan dengan tugas pentadbiran

Kata Saya: Kekurangan guru lelaki amat dirasai



KEBANYAKAN daripada kita ada seorang guru dalam keluarga, sama ada di sekolah rendah atau menengah. Jika bukan adik beradik tentu ipar duai atau sahabat handai. Jadi, sedikit sebanyak kita tahu tugas dan tanggungjawab berat dipikul guru pada hari ini.

Sejak dulu profesion ini sentiasa mendapat perhatian dan ramai mahu menyertainya. Jika tidak, tentu tak ada orang yang sanggup menggunakan pelbagai saluran bagi membantu mereka mendapatkan tempat di maktab perguruan atau mana-mana pusat pengajian tinggi asalkan cita-cita menjadi guru tercapai.Ramai kecewa apabila permohonan menjadi guru ditolak. Kita tak pasti sama ada menjadi guru adalah pilihan pertama atau selepas tidak mendapat sebarang pekerjaan, akhirnya terpaksa memohon jawatan guru.
Walaupun bagi sesetengah yang menjadikan profesion ini pilihan terakhir, mereka tetap menjadi guru cemerlang dan dapat mendidik pelajar cemerlang juga.Bagaimanapun, masalah disiplin pelajar yang dikatakan semakin mencabar guru sejak akhir-akhir ini dikatakan memerlukan perhatian dan kajian teliti. Sesetengah tindakan disiplin yang diambil guru dikatakan keterlaluan sedangkan guru beranggapan ia perlu dilakukan demi kebaikan pelajar. Berikutan itu, Kementerian Pelajaran akan meminda Peraturan-Peraturan Disiplin (Pelajar) 1957 bagi mengemas kini peraturan dan tindakan yang boleh diambil guru terhadap pelajar bermasalah.
Akta yang seusia dengan kemerdekaan negara itu dikatakan terlalu umum sehingga mengeliru dan menyukarkan pentadbiran sekolah melaksanakan hukuman terhadap pelajar. Kita bersyukur kerana beberapa kes membabitkan tindakan keras guru terhadap pelajar berjaya diselesaikan dengan aman oleh ibu bapa, pelajar dan guru. Seperti kes merendam pelajar di Sarawak, ibu bapa meletakkan kepentingan anak melebihi segalanya kerana mereka tahu bukan mudah mendapatkan guru yang mempunyai kepakaran bahasa Inggeris seperti Cikgu Wee Yim Pieng, 27. Ibu bapa memaafkan guru itu juga kerana yakin walaupun tindakannya agak keterlaluan, beliau tiada niat lain selain mendidik anak mereka.
Satu perkara turut perlu diberi perhatian serius ialah saranan bekas Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Murad Mohd Nor mengenai ketidakseimbangan jumlah guru lelaki dan wanita di sekolah, terutama sekolah menengah. Namun, ia bukan isu baru kerana pernah dibangkitkan sebelum, ini yang dikatakan antara punca masalah disiplin pelajar meningkat.Kita pun tidak pasti mengapa lelaki kurang menyertai profesion ini.
Apakah mereka tidak mempunyai kelulusan diperlukan atau enggan menghadapi cabaran profesion ini atau kerana kerjaya ini tidak membolehkan mereka menjadi kaya. Jika melihat kepada jumlah kemasukan pelajar di universiti yang lebih 50 peratus adalah wanita, pasti kita dapat mengagak mengapa jumlah ini kecil. Ditambah pula dengan pilihan kursus diambil, semakin kecil jumlah lelaki menjadi guru.
Sememangnya sehingga hari ini kekurangan guru lelaki ini amat dirasakan. Mungkin ibu bapa yang menghantar anak ke sekolah setiap awal tahun pun dapat melihat sendiri keadaan ini, hingga ada sesetengah sekolah 90 peratus gurunya adalah wanita. Seperti kata Murad, kalau di sekolah rendah, jumlah guru wanita 100 peratus pun tidak mengapa tetapi sekolah menengah, ketidakseimbangan ini perlu diatasi segera.Ibu bapa juga pasti pernah mendengar anak mengeluh mengenai aktiviti sukan atau kokurikulum yang tidak dapat mereka lakukan kerana tidak ada guru lelaki untuk membimbing umpamanya bola sepak.
Perkara ini sudah berlaku dan kesannya pun sudah dapat dirasai.Pada peringkat sekolah menengah, ada sesetengah tanggungjawab guru lelaki tidak boleh dipikul guru wanita kerana hanya guru lelaki boleh menangani masalah pelajar lelaki. Malah, kadangkala pelajar wanita juga perlukan perhatian daripada guru lelaki untuk mendisiplinkan mereka. Memang ada pelajar wanita lebih selesa berbincang dengan guru lelaki berbanding guru wanita dalam sesetengah hal tetapi mereka tidak ada tempat untuk berbuat demikian di sekolah.
Masalah disiplin ketika ini bukan boleh dibandingkan dengan zaman dulu. Masalah yang menghambat anak zaman sekarang terlalu berat, bermula daripada ponteng, menghisap rokok, samseng, pergaulan bebas lelaki wanita dan pelbagai masalah yang tak terfikir akal boleh dilakukan anak zaman ini. Itu semua adalah cabaran hebat yang perlu ditanggung guru. –
Jangan ambil masa terlalu lama untuk mengkaji dan mengambil tindakan kerana kesannya akan berterusan dan dibimbangi masalah disiplin pelajar akan bertambah parah. – yatisaid@bharian.com.my

Makin ramai bintang Islam sertai Barcelona


Langkah kelab dijangka tambah sokongan peminat dunia ArabBARCELONA: Rekod jumlah bintang beragama Islam akan membintangi barisan gergasi, Barcelona FC - kelab bola sepak kedua terkaya di dunia, apabila musim baru Liga Sepanyol membuat sepak mula 24 Ogos nanti.

Pemain tengah berbakat dari Perancis, Yaya Toure, menjadi pemain beragama Islam terbaru menyertai Barcelona - antara kelab dengan lakaran sejarah gemilang dalam kancah saingan di Sepanyol dan Eropah.Toure, dipilih oleh stesen televisyen kabel Eurosport pada 2005 sebagai antara pemain muda paling memikat di dunia, sah menyertai Barcelona bulan lalu dengan bayaran perpindahan 10 juta euro (RM48 juta) daripada kelab Perancis, Monaco.
Pemain itu yang mempunyai kemahiran hebat dalam menguasai dan melindungi penguasaan bola, dia menyerlah menerusi kombinasi umpanan jauh, dekat dan juga hantaran tepat kepada rakan di barisan penyerang.Dalam situasi sukar, Toure memikat tumpuan kerana kemampuannya untuk memulakan gerak serangan pantas, membolehkannya dianggap sebagai pakar ‘kotak ke kotak penalti’ lawan.Sejak awal lagi disahkan menyertai Barcelona, Toure tidak pernah cuba menyembunyikan agamanya, dengan bertegas betapa tiada konflik di antara menjadi pemain bola sepak yang berjaya ataupun umat Islam yang patuh.
Ditubuhkan pada 1899, Barcelona adalah kelab kedua terkaya di dunia. Ia sudah menyaksikan begitu ramai pemain handalan dunia yang menyarung jersi kelab itu - legenda seperti Johan Cruyff, Gary Lineker, Rivaldo, Ronaldo dan ramai lagi.Seorang lagi bintang bola sepak beragama Islam, Eric Abidal, juga akan menyarung jersi Barcelona dalam musim baru kali ini. Barcelona memikat khidmat pemain antarabangsa Perancis itu daripada kelab juara Liga Perancis, Lyon, dengan harga 15 juta euro (RM72 juta) dan mengikatnya dengan kontrak selama empat tahun.
Abidal, diakui sebagai antara tonggak pertahanan dalam Liga Perancis, berkata kekuatan pegangan agamanya menjadi penggalak untuk sentiasa memberikan yang terbaik buat setiap pasukan diwakilinya.Laporan yang tidak dapat disahkan pula menyebut bintang penggempur Perancis, Thierry Henry yang berhijrah ke Barcelona daripada kelab Liga Perdana Inggeris, Arsenal dengan harga 16.1 juta pound (RM114.3 juta), juga beragama Islam.
Henry sentiasa menggalakkan rakan-rakannya untuk membaca buku mengenai Islam dan menghayati Al-Quran untuk lebih memahami agama berkenaan. Tetapi dia bagaimanapun menafikan sudah memeluk agama Islam.Henry, digelar sebagai ‘ahli silap mata’, sudah dua kali dicalonkan untuk anugerah Pemain Terbaik Tahunan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa). Dia adalah antara bintang dalam skuad Perancis yang muncul juara Piala Dunia 1998 dan Euro 2000.Seorang lagi tonggak Perancis, Lilian Thuram - yang mengakui menganut agama Islam - sudah beraksi untuk kelab Sepanyol itu sejak 2006.
Bersama-sama dua lagi bintang hebat, Zinedine Zidane dan Franck Ribery - yang juga beragama Islam - mereka mengepalai cabaran Perancis untuk mara hingga ke final Piala Dunia 2006 sebelum kecundang di tangan Itali.Akhbar harian Sepanyol, ABC meramalkan kehadiran jumlah rekod pemain beragama Islam dalam skuad Barcelona akan memikat sokongan lebih ramai peminat daripada dunia Arab dan Islam.
Musuh utama Barcelona untuk gelaran Liga Sepanyol, Real Madrid - yang muncul juara musim lalu - hanya mempunyai seorang pemain beragama Islam dalam skuad mereka - Mammadou Diarra.Pelbagai pihak menyifatkan pemain bintang adalah duta kepada agama Islam. Barisan pakar juga mengakui betapa bintang bola sepak beragama Islam yang mengetuai beberapa pencabar utama ketika Piala Dunia 2006 di Jerman lalu, mencetuskan anjakan paradigma dengan mempamerkan ‘wajah’ Islam yang mungkin tidak disedari ataupun tidak pernah diketahui kewujudannya oleh pelbagai pihak lain. -
FAKTA: YAYA TOURE

Pemain muda paling memikat di dunia.

Dia menyerlah menerusi kombinasi umpanan jauh, dekat dan juga hantaran tepat kepada rakan di barisan penyerang.

Dia tidak pernah cuba menyembunyikan agamanya, dengan bertegas betapa tiada konflik di antara menjadi pemain bola sepak yang berjaya ataupun umat Islam yang patuh.

Menyertai Barcelona bulan lalu dengan bayaran perpindahan 10 juta euro (RM48 juta) daripada kelab Perancis, Monaco.

Bloggers tak kebal: PM




Sekali Pak Lah berbunyi ....Pengendali laman blog kena tindakan jika sentuh isu sensitif. Yang dinampaknya adalah blogger, Imam atau pemimpin sebenarnya perlu merisaukan hal-hal negara yang lebih besar. termasuklah isu atau hal rasuah yang melibatkan KPN dan bekas pengarah BPR.


Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi (gambar)memberi amaran kepada pengendali laman blog supaya tidak menulis sesuka hati terutama perkara sensitif menyentuh soal Yang di-Pertuan Agong dan agama Islam.Perdana Menteri menegaskan, pengendali laman blog juga tertakluk kepada undang-undang dan perlu bersedia menghadapi tindakan tegas jika tulisan mereka mempunyai unsur tidak baik dan tidak bertanggungjawab.


“Cakap pasal bloggers ni, ia bukan satu kebebasan untuk buat apa mereka suka atau menyatakan mereka kebal daripada undang-undang, hanya kerana mereka didaftarkan di luar negara. Ini tidak bermakna mereka ada hak cakap apa saja.“Undang-undang untuk semua. Tanggungjawab kewartawanan adalah ke atas semua. Sebagai orang yang mengeluar dan membuat berita sama seperti rasuah juga, tiada siapa yang boleh menyatakan dia dikecualikan, kerana ada undang-undang yang boleh dikenakan ke atas perbuatan itu.“Jangan sampai mencemarkan Yang di-Pertuan Agong dan agama Islam, ini adalah perkara yang tidak boleh dianggap sebagai mudah atau sesuatu yang memberi kebebasan dan bercakap ikut suka saja,” katanya.Beliau berkata demikian pada sidang media di Hotel Hyatt Regency di sini, semalam, sebelum menghadiri majlis perkahwinan seorang kakitangan Seri Perdana, Mohamad Hitam, 27 dan pasangannya, Nurul Hanisah Judi, 25, di Kampung Balok, Beserah. Turut serta Datin Seri Jeanne Abdullah.


Isnin lalu, Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Muhammad Muhd Taib, membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi terhadap laman blog Malaysia-Today kerana didakwa menghasut rakyat supaya menentang pemimpin negara termasuk Yang di-Pertuan Agong selain Islam.Muhammad turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap pengendali laman blog dan penulis komen kerana ia boleh mencetuskan ketegangan di kalangan rakyat berbilang kaum di negara ini.


Rabu lalu pula, pengendali laman blog terbabit, Raja Petra Kamaruddin, 57, memberi keterangan selama lapan jam di balai polis yang sama berhubung penyiaran komen berunsur hasutan dalam blog beliau itu. Raja Petra pernah ditahan mengikut Akta Keselamatan Dalam negeri (ISA) pada 2001.Mengenai tindakan susulan kerajaan terhadap pengendali laman web yang didapati mengeluarkan berita tidak bertanggungjawab itu, Perdana Menteri berkata, beliau menyerahkannya kepada polis untuk membuat siasatan.


Mengenai keputusan bersejarah Mahkamah Rayuan yang memerintahkan remaja lelaki berusia 18 tahun yang membunuh anak guru tuisyennya empat tahun lalu, dibebaskan daripada penjara kerana tiada peruntukan undang-undang bagi mengenakan hukuman penjara terhadap pesalah kanak-kanak yang melakukan kesalahan membunuh, Abdullah berkata Akta Kanak-kanak 2001, akan dipinda.

Sepatutnya hal inilah yang beliau perlu risaukan ..........................Beliau berkata, pindaan itu bagi memastikan sebarang kekurangan dapat diperbaiki sekali gus memastikan keputusan dibuat berlandaskan keadilan ke atas mereka yang terbabit.Abdullah berkata, beliau sudah melihat laporan berkaitan akta itu dan ada keperluan dipinda bagi mengatasi apa juga kekurangan pada akta berkenaan.“Saya sudah baca laporan itu ketika di luar negara, saya berpendapat Akta Kanak-kanak 2001 perlu dikaji supaya tiada apa-apa kekurangan untuk membolehkan keadilan dijalankan, dilaksanakan mahkamah, dan apa-apa hukuman yang wajar dikenakan,” katanya.

Rabu lalu, Hakim Datuk Gopal Sri Ram, Datuk Zulkefli Ahmad Makinuddin dan Datuk Md Raus Sharif sebulat suara memutuskan mahkamah juga tiada bidang kuasa untuk menjatuhkan hukuman mati terhadap seorang kanak-kanak seperti ditetapkan Seksyen 97(1) Akta Kanak-kanak 2001.Seksyen 97(1) akta itu menyatakan seorang kanak-kanak tidak boleh dihukum mati, manakala Seksyen 97(2) memperuntukkan kanak-kanak yang didapati bersalah bagi kes membabitkan hukuman mati perlu ditahan sehingga diperkenan Yang di-Pertuan Agong.Bagaimanapun, pada 12 Julai lalu, panel hakim sama memutuskan peruntukan Seksyen 97(2) tidak mengikut Perlembagaan kerana mengikut doktrin pengasingan kuasa, kuasa mensabit dan menjatuhkan hukuman terletak pada badan kehakiman dan bukan eksekutif.


Ditanya tindakan susulan kerajaan dan tempoh yang akan diambil bagi meminda akta berkenaan, Abdullah berkata, beliau akan meminta Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail mengkaji perkara itu.“Kita kena kaji, kena bawa Parlimen dan semua itu perlu mengambil masa. Saya fikir mustahak untuk kaji undang-undang itu dan membuat pindaan yang wajar dilakukan,” katanya.

Terlalu ramai guru wanita.....pulak!!!!!

Ulasan terbaru, dalam akhbar arus perdana, mempersoalkan kenapakah terlalu ramai guru wanita. Janganlah tanya orang ramai kan ini adalah rancangan dan perancangan Kemneterian dan tanggungjawab kerajaan yang memerintah, sama ada mahu meramaikan atau mensedikitkan guru wanita.
Janganlah, berlaku masalah disiplin semakin berat, dibangkitkan soal wanita pula. Perkara yang subjektif ini boleh dijadikan bahan atau asas poliemk yang dibincang sehingga tiada kesudahannya.
Kini, bukan beda bandar dan luar bandar, masalah disiplin semakin membarah, kesannya lahir dan beranak dalam masyarakat. Lihat sahaja kadar index sosial negara, kes-kes yang meningkat dengan pelbagai katogeri termasuklah remaja-remaja ini melakukan sehingga ke jnayah berat.
Rasionallah kita......
Kira-kira 88 peratus guru di bandar besar adalah wanita dan ketidakseimbangan ketara dengan jumlah guru lelaki ini dikatakan antara punca kemerosotan disiplin yang serius di kalangan pelajar.

Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Anuar Ibrahim, berkata desakan material antara faktor lelaki kurang minat menceburi bidang pendidikan.“Kita tahu, kekurangan guru lelaki yang lebih tegas dan digeruni untuk menyandang peranan guru disiplin atau hal ehwal murid menyumbang kepada keberanian pelajar khususnya di sekolah bandar bertindak melanggar undang-undang dan batas disiplin sebagai seorang pelajar sekolah.“Bagaimanapun, perubahan aliran kini menyaksikan lelaki lebih suka memilih bekerja di kilang berbanding guru kerana pendapatan lebih tinggi dan bebas melakukan kerja tambahan berbanding profesion guru yang agak mengongkong,” katanya ketika dihubungi Berita Minggu, di sini, semalam.
Beliau berkata, pada zaman ini, pelajar semakin kurang menghormati guru, malah ada yang memandang rendah pendidik sehingga membezakan kedudukan guru dengan taraf ibu bapa yang memegang jawatan besar atau usahawan berjaya.Pengarah Bahagian Sekolah Kementerian Pelajaran, Noor Rezan Bapoo Hashim, berkata kementerian sedar dan amat bimbang senario kekurangan guru lelaki di sekolah dan usaha sedang dilakukan bagi menangani masalah itu.“Memang kita sangat bimbang perkara ini, tetapi kita tidak duduk diam sebaliknya sedang menggiatkan pelbagai usaha untuk menarik minat lebih ramai lelaki memilih profesion perguruan,” katanya.
“Sebagai contoh, pada peringkat sekolah sekarang ini guru kaunselor giat membantu memupuk minat di kalangan pelajar lelaki untuk memilih kerjaya dalam bidang perguruan, bagaimanapun usaha ini memakan masa panjang sebelum boleh kita lihat hasilnya,” katanya.
Beliau berkata, bilangan lelaki yang memohon untuk menceburi bidang perguruan sangat kecil dan kritikal.“Kalau kita lihat sekolah lelaki sekarang ini pun majoriti gurunya adalah wanita dan kita sedar peranan guru lelaki di sekolah sebegini amat diperlukan khususnya dalam mendidik soal disiplin dan sahsiah diri. “Bagaimanapun, kita tidak menafikan peranan guru wanita yang memang banyak menyumbang dan berkorban untuk institusi pendidikan negara.
Mereka mendidik menggunakan pendekatan lembut dan sifat keibuan yang kita akui banyak memberi kesan positif kepada perkembangan bidang pendidikan,” katanya.
Sementara itu, bekas Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Murad Mohd Nor, menggesa Kementerian Pelajaran memberi perhatian serius dan bertindak segera mengatasi masalah kekurangan guru lelaki di sekolah menengah.Katanya, kekurangan lelaki menimbulkan banyak masalah kerana ada sesetengah tugas yang guru wanita tidak sesuai langsung seperti guru sukan.Beliau berkata, keseimbangan penting kerana guru lelaki dan wanita mempunyai peranan masing-masing yang berbeza, tetapi melengkapi untuk menangani masalah disiplin pelajar sekolah menengah.