Letupan bom di Puduraya mungkin kerja militan.....
Inilah kejadian yang terhebat tahun 2007, selepas kakitangan kerajaan perolehi durian runtuh, harga barang yang lepasi 'langit' bukan harga siling lagi. Buah sawit RM550 setan. Harga getah jatuh sikit daripada RM270 sekilo (getah sekrap)
Rentetan di atas, adalah petanda dan kemuncak akan diisytiharkan pilihanraya umum, operasi borong ISA pemimpin2 pembangkang.
Nah kita tunggu dan lihat, baca berita di bawah !!!!!!!
Polis tidak menolak kemungkinan kes letupan bom buatan sendiri yang berlaku di terminal bas Puduraya di sini malam tadi dilakukan oleh puak militan dari selatan Thailand.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Muhammad Zulkarnain Abdul Rahman berkata polis sedang menyiasat sama ada pihak militan mempunyai kaitan dengan kejadian tersebut yang mencederakan seorang kanak-kanak perempuan berumur 11 tahun.
"Terdapat banyak kemungkinan mengenai siapa yang mencetuskan kejadian ini. Banyak perkara yang terlintas di fikiran kami dan kami perlu menyiasat daripada segala sudut.
"Boleh jadi ia perbuatan orang kurang siuman yang cuba menakutkan orang ramai atau ingin memburukkan imej negara semasa Tahun Melawat Malaysia tahun ini," katanya kepada Bernama selepas sesi taklimat oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan kepada Ketua-ketua Polis Negeri, Ketua Polis Daerah dan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri dari seluruh negara.
Muhammad Zulkarnain berkata polis sedang menunggu laporan kimia daripada jabatan forensik untuk mengetahui kandungan bom itu.
"Kami sedang melihat dua CCTV yang dipasang berhampiran platform tersebut tetapi kami belum dapat menentukan motif kejadian.
"Kami telah menyoal beberapa saksi yang berada di situ," katanya.
Siasatan awal mendapati terdapat sebuah beg mengandungi tin gam dan bateri motosikal diikat pada botol air mineral yang kosong.
Dalam kejadian kira-kira 9.10 malam itu, Aqila Nadiah Zamzar melecur di muka dan beberapa bahagian badan apabila bahan letupan yang diletak dalam pembalut snek di atas tempat duduk konkrit di Platform 7 meletup.
Dia duduk di bangku itu manakala ibu saudara dan sepupunya sedang hendak duduk apabila bom tersebut meletup.
Mereka sedang menunggu bas untuk ke Kota Tinggi. BERNAMA
No comments:
Post a Comment