Saturday, June 16, 2007

Retorik UMNO dengan pemimpin2 dan jasa2 !!!!

Nah, lihat lakonan mereka ni.....

Kata Naib Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin, ' sistem politik dan ekonomi yang ditinggalkan Allahyarham Tun Razak adalah pilihan terbaik untuk negara,


Tambah , "Hishammuddin saran hayati semangat juang, pimpinan dan pemimpin generasi muda, khususnya dalam Umno dan Barisan Nasional (BN) perlu menghayati dan mencontohi kehidupan, jasa, khidmat dan semangat juang Tun Abdul Razak Hussein demi membela nasib rakyat dan membangunkan negara ini.



Tokok beliau lagi terlalu banyak nilai yang boleh dipelajari dan diteladani daripada Allahyarham Tun Razak, Perdana Menteri kedua yang pada hayatnya sentiasa memikirkan rakyat.


Sementara Pak Lah menyifatkan Allahyarham Tun adalah sebagai pemimpin berpandangan jauh untuk melihat negara maju, ekonominya progresif serta rakyat menyumbang kepada ekonomi dan menikmati bersama hasilnya.


Manakala anaknya, Datuk Seri Najib Razak berkata, legasi pentadbiran, idea dan dasar pembangunan negara dipelopor bekas Perdana Menteri kedua, Tun Abdul Razak Hussein masih kekal relevan dan diteruskan dalam pentadbiran kerajaan hingga hari ini.


Ya, ka Najib macam tu, tapi UMNO lama yang bapa kau bawa dan perjuangkan tu dah haram oi. Jelasnya bila sesuatu benda tu haram maka di kira tamat dan cukup hayatnya. Justeru UMNO sudah tidak relevan lagi.



Yang jelas jasa-jasa Tun sekadar diretorik sebagai satu warisan sejarah sahaja bagi kajian para pengkaji. Bercakap soal isi , jika mereka punyai political will, atau keazaman politik, dasar2 yang dibawa zaman Tun setidak2 dipertahankan iaitu dasar bahasa, dasar budaya, dasar ekonominya, bukan dasar kroni.



Wahai pemimpin negara hentikan kerja bedaah dan bermuka-muka, cakap kosong. Mari kita ambil Pak Ungku Aziz yang kaya idea, lihat sahaja apa yang dah jadi dengan Tabung Haji, bagaimana Koperasi kerajaan, badan berkanun dan macam koop di negara di jalankan serta berjalan.
Bila dah mati Pak Ungku 29 tahun lagi baru nak buat macam program di atas kot.

No comments: