Friday, May 18, 2007

Siswa tutup blog

Kemungkinan khuatir dengan tindakan pihak tertentu, penuntut Universiti Multimedia Malaysia (MMU) yang mendakwa dirinya murtad dan kini mengamalkan fahaman atheis, menutup blognya daripada dilayari pengunjung. Jika sebelum ini, blog yang diberi nama `Awakening', itu boleh dilayari di alamat akidos.blogspot.com, tetapi bermula semalam, pengendali blog berkenaan hanya membenarkan pengunjung yang dijemput saja melayarinya. Sejak dua hari lalu, akhbar ini menyiarkan mengenai satu blog yang dikendali penuntut universiti berkenaan mendedah dirinya murtad dan berfahaman atheis kerana tidak mempercayai hukum dalam agama Islam. Penuntut kursus Kejuruteraan Meanikal di cawangan MMU Melaka itu, mengemuka beberapa alasan meninggalkan Islam. Antara alasan yang dikemukakan ialah tidak nampak faedah menjadi orang Islam, malu menjadi seorang Islam kerana ada orang Islam yang mengamal perkara mungkar seperti maksiat dan minum arak, berpendapat hudud itu tidak berperikemanusiaan dan jihad dilakukan semata-mata untuk berselindung di sebalik agama Islam. Dia juga mendakwa diajar membaca al-Quran oleh neneknya ketika kecil selepas Maghrib hingga Isyak tetapi terseksa dengan rutin itu. Berikutan pendedahan itu, dia menerima mesej ugutan bunuh dan mahu mencederakan dirinya. Beberapa pihak yang dihubungi mengulas berhubung pendedahan itu mahu siasatan dijalankan segera bagi memastikan sama ada tindakan penuntut terbabit benar-benar murtad. Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria, berkata semua pihak sepatutnya mencari punca mengapa kes seperti itu boleh berlaku dan mengkaji punca dia bertindak demikian. Exco Pemuda Umno yang juga Pengerusi Biro Agama pergerakan itu, Datuk Shamsul Najmi Shamsudin, turut bimbang kelemahan pihak berkuasa agama yang lambat mengambil tindakan mencegah umat Islam daripada terpesong akidah mereka. Menurutnya, pihaknya sudah banyak kali mengemukakan laporan berhubung tindakan beberapa pihak yang berusaha memurtadkan umat Islam di negara ini tetapi tiada tindakan susulan dijalankan pihak berkuasa agama.

1 comment:

Helmis said...

Baca citer ni,

Ada sorang mamat ni pegi kedai gunting rambut, masa gunting rambuat berborak la dia dgn barber tu, barber tu kata dia tak percayakan tuhan coz tuhan tak buat apa2 atas kesengsaraan manusiadan macam lagi yang tak berfaedah kalau percayakan tuhan.

Pas abis gunting mamat tu pun keluar, lepas beberapa minit dia meluru balik dan menjerit kat barber tu, barber, kat dunia ni dah takde tukang gunting la, barber tu pun heran, mana boleh, saya ada disini, tapi pasal apa kat luar sana ramai org yg panjang rambut dan kusut. Oooo, sebab tu ke u kata barber dah takde, sebab diaorg tak datang kat aku sebab tu rambut panjang dan kusut.

So balas mamat tu pulak, abis tu sama la gaknya ya dgn manusia sekarang ni,kesengsaraan bukan sebab tuhan, sebab manusia menjauhi tuhan...

Fikir2kan lah...