Friday, May 18, 2007

Gambaran Islam Umpama 10 Orang Buta Dengan Seekor Gajah

Inilah namanya terlalu banyak GAUL, akibatnya rasa diri terlebih MELAYUnya, terlebih ke Inggerisnya , terlampau ke Barat, terlampau mahukan hidup secara HOLISTIK. Apa2 pun rumusnya adalah kecetekan ilmu2 keagamaan. Agama dipakainya otak, fikirinnya otak semata tidak guna akal budi.

Bagi nya (pelajar ini) agama atau Ilmu agama atau keagamaan digali cara pembbacaan, kajian kaedah perpustakaan, guna kaedah pemerhatian, kuatnya penncerapan dalam kehidupan rakyat terbanyak dalam kelompok atau komuniti Melayu, dibajai dengan perbandingan bukan Islam atau kafir. maka beza banding tentulah resultnya tidak setara. Agama dalam hidupan masyarakat tentulah di malaysia ini bersifat ritual semata, itulah gambaran fikiran PEMUDA MELAYU murtad.

Agama bagi dia adalah deraan, sebagaimana pengakuannya DIPAKSA mengaji dengan Neneknya. Orang Islam gunakan JIHAD untuk membalas dendam. Maksiat dikalangan orang MELAYU Islam cukup kuat.

Pengalaman BUDAK setahun jagung ini, hidup di MELAKA dan menetap di Petaling Jaya.

Apa2 pun kita bersyukur , kekita yang dating dari kampong-kampungan, akal budi dan pegangan, rata2 mat2 kampung masih kuat dan sayangkan ke agama, kecuali mana2 mat kampong yang hidup lama di bandar2 utama, hidupnya hanyut tapi Islam masih diakui sebagai agama juga, paling tidak balik ke kampong sembahyang setahun.

Oleh kerana BANYAK GAUL dan BANYAK BACA barangkali buku2 yang dikira menintelektualkan diri beliau. Beliau mula pertikaikan MELAYU dan asal MELAYU nya. Beliau seolah2 menyesal dijadikan sebagai orang Melayu.

Justru, manifesatasi untuk lari dari orang Melayu, dan beliau rasa dirinya sebahagian Melayu, satu bangsa yang memalukan diri, lemah, banyak hipokrit, amalan agama Melayu semakin layu. Maka beliau kritis terhadap bangsanya. Namun beliau tersasar , beliau tidak boleh dan tidak mungkin jadi seperti MUNSHI Abdullah seperti zamannya.

Hero, bangsa dalam mengisi kemerdekaan adalah sebahagian adalah BUDAK MURTAD ini. Maka inilah sebahagian daripada isi Merdeka kot…..

Justeru , pihak2 yang berwajib wajar imbas dan selidik balik, buatlah pelan2 ke arah memelihara agama ini juga. Kita terlalu banyak RMK-RMK9, Pelan Induk Itu, Pelan Induk Ini, Modal itu modal ini, maka carilah ubat bagi kes di atas.

Anatarnya kembalikan kepada amalan keagamaan, kurangkan jurang kemiskinan, kurangkan jurang perlumbaan materialistic. ..Hubun dunyaaa….

No comments: