Rancangan terus ditetapkan, walaupun dilaporkan hampir 14,000 penduduk berhampiran tapak pembinaan Empangan Kelau Pahang yang khuatir projek 'Penyaluran Air Mentah Antara Negeri' dari Pahang ke Selangor (Pahang-Selangor ISRWT) kelak akan memberi kesan negatif terhadap kehidupan mereka pada masa depan termasuk menghadapi kemungkinan banjir besar, selain menjejaskan alam sekitar.
dilaporkan para penduduk mendakwa, 16 peratus daripada 1,055 hektar Hutan Simpan Lakum akan ditenggelamkan untuk membolehkan projek empangan itu dilaksanakan dengan melalui lembangan saliran Kelau, Telemong dan Bentong.
Pengerusi Lajnah Pengguna Dan Alam Sekitar PAS Pusat, Haji Mahfuz Omar mendesak kerajaan mendengar pandangan semua pihak sebelum melaksanakan projek empangan itu dan dibimbangi akan menyebabkan kos permuliharaan yang lebih tinggi dari sebelumnya. "Perunding projek itu dilantik oleh pemaju, jadi mereka tentu cenderung dan berpihak menyetujui cadangan pihak pemaju. "Perlu diwujudkan satu jawatankuasa bebas dianggotai para profesional alam sekitar, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan sebagainya untuk mengkaji kesannya dan mencari alternatif lain bagi menangani masalah kekurangan air yang akan dihadapi oleh negeri Selangor.
"Kita tidak mahu projek ini hanyalah bagi menguntungkan segelintir golongan korporat sahaja sebagaimana tindakan kerajaan menubuhkan Pasukan Petugas Khas Pemudahcara Perniagaan (Pemudah) tapi pada masa yang sama merugikan golongan rakyat terbanyak," ujar Mahfuz lagi.
Sementara itu, Pengerusi Badan Bertindak Pemuliharaan Hutan Simpan Lakum, Zubir Harun, berkata tindakan itu akan menjejaskan kualiti udara dan air, mengancam flora dan tumbuhan, menghapus flora dan hidupan liar serta menjadikan kawasan terbabit berisiko tinggi dilanda banjir.
“Sekitar empangan akan terdedah kepada banjir jika sistem penyelenggaraan empangan tidak dipertingkatkan seperti yang berlaku di Empangan Sembrong Batu Pahat, Johor," katanya selepas menyerahkan memorandum yang ditandatangani kira-kira 5,000 penduduk kepada Setiausaha Sulit Kanan Perdana Menteri, Ahmad Yaakob di Bangunan Perdana Putra di sini, semalam.
abah.. aduhi anak omak
No comments:
Post a Comment