Tuesday, December 12, 2006

Pemurnian semula tafsiran memakmurkan masjid

Syabas dan tahniahlah TPM jika benar seperti yang dilaporkan, keazaman sudah ada cuma tinggal keazaman politik saja yang perlu digerakkan dengan sungguh2 dengan bertindak dalam skala besar macam kita nak rangsang dan laksana RMK9, maka martabat dan mantapkan pentadbiran Pejabat2 agama daerah, letaklah tenaga profesional dalam pengurusan daerah setaraf macam kita letakkan dalam agensi lain. Namun pelarasan kena dengan pihak negeri kerana bawah pentadbiran al sultan sebagai YDP majlis, banyaklah sikit kerja majlis taklimat penjelasan penerangan dengan tatacara , carta alirannya perlu digerakkan ? Janganlah jadi penaja saja macam membangunkan modal insan remaja melalui program Rakan masjid ? Sekarang tak tahu dah berkubur ke!! Tinggal kubur ke.. nisannya di mana ? Oleh itu orang atas bagi idea maka kita yang bawah ni kena kerja dalam skala besar, janganlah hangat2 tahi ayam , bersemnagat masa bentang kertas kerja dan campakkan idea aje maka tindak ikut kena digerakkan dan dalam keadaan berterusan ? kalau boleh pinjamkan tenaga , maka pinjamkan buatlah pelarasan segera, sayang sangat kita dah Islam dan pegagng Islam ni, tapi kalah dengan bangsa yang tak beragama, orang asli pun makin maju dan terarah pemikiran mereka ? Kita zaman Islam Tamadun ni ( Hadhari) tak kan nak undur ke belakang ? Dak gitu ..!!!

DALAM satu forum dan dialog bersama mahasiswa institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di Masjid Wilayah Persekutuan di ibu negara pada 8 Disember lalu, Pegawai Khas Timbalan Perdana Menteri, Shahlan Ismail menyebut beberapa perkara yang diambil daripada kajian Drs Sidi Gazalba ke atas usaha mengembalikan peranan masjid.


Dengan sikap yang ingin menoleh kepada kajian Sidi Gazalba, saya melihat kita telah ada asas sendi pemikiran dan laluan berfikir yang teguh dalam upaya mengembalikan masjid di Malaysia ke arah fungsinya yang asal. Sebaiknya, wacana ini dilebarkan kepada IPT bagi membentuk saranan baru demi memajukan lagi masjid di semua pelusuk daerah. Kita perlu membahaskan mengenai cara sepatutnya masjid di kampung perlu memainkan peranannya Juga, apakah perlu disusun suatu jadual supaya masjid kita perlu beroperasi selama 24 jam sehari? Pada saya, kalaulah kita betul-betul berhasrat begitu, masjid itu haruslah beroperasi sepanjang masa. Kunci utama ke atas usaha pemurnian semula fahaman memakmurkan masjid pada asasnya tertegak di dalam surah at-Taubah, ayat ke-18: “Bahawasanya yang memakmurkan masjid Allah ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari kemudian, serta tetap mendirikan solat, menunaikan zakat, dan tidak takut kepada sesiapa pun melainkan Allah.” Di sini, banyak persoalan dapat dibangkitkan. Adakah memakmurkan masjid itu hanyalah sekadar menziarahi masjid lima kali sehari sekadar ‘mengisi slot’ solat berjemaah? Atau, ia sekadar membaca Yaasin setiap malam Jumaat? Atau, semua acara yang terkait dengan amalan ritual sahajakah yang boleh dilaksanakan di masjid? Berasaskan nas di atas, disebutkan bahawa manusia beriman saja yang memakmurkan masjid. Jika urusan memakmurkan masjid itu sering ditafsir sebagai mengunjungi masjid untuk solat berjemaah, jadi adakah manusia yang tidak memakmurkan masjid (tidak bersolat jemaah di masjid) tidak digolongkan sebagai orang yang tidak beriman, walaupun mereka telah bersolat, menunaikan zakat, puasa dan haji? Maka, di sinilah pentingnya debat diteruskan bagi meluruskan semula tafsiran pengertian ‘memakmurkan’ masjid itu.
Oleh kerana ilmu itu luas sifatnya, dan Islam banyak juga cabangan pengertiannya, mustahil acara ‘memakmurkan’ masjid itu cuma satu tafsiran saja seperti mengunjungi masjid pada setiap kali azan dikumandangkan. Dari segi lain, kita lihat, bahawa terbinanya masjid universiti dengan semangat yang tinggi, ialah kerana masjid itu dilingkungi kalangan bijak pandai juga di situ. Kita dapat melihat perbezaan kualiti khutbah Jumaat antara masjid universiti dan masjid desa. Sukar sekali kita lihat pengisian khutbah itu membosankan khalayak. Pengisian usrah pelajar universiti yang dibuat selepas solat Jumaat, selalu dikaitkan dengan pengisian khutbah Jumaat sebelumnya. Mereka dapat mengukur isi kualiti khutbah yang turut menyentuh polisi negara, hal ehwal setempat dan isu pendidikan. Simbol masjid universiti itu menjadi ikon kepada pergerakan pelajar di Institut Teknologi Bandung (ITB) yang akhirnya menetaskan Kesatuan Aksi Mahasiswa Muslim Indonesia (KAMMI). Sekitar era 1998 itulah kita dapat melihat bagaimana operasi pembaharuan di republik itu mula mencapai tahapnya dalam pelbagai juzuk dan dimensi kebebasan. Sebab itu, masjid universiti di setiap negeri mempunyai peranan yang sangat kuat sebagai ‘bank idea’ atau ‘think tank’ kalau kita benar-benar mahu berjaya dalam mengisi makna ke atas agenda memakmurkan masjid ini. Dalam banyak forum dan siri pembentangan kertas kerja di Masjid Wilayah Persekutuan itu juga, turut ditampilkan keratan hujah yang menunjukkan bahawa antara sebab, masjid masa kini suram. Antara sebabnya, ialah kerana dasar dan kebijakan polisi British. Seperti yang disebutkan Ismail Bakar di dalam kertas kerjanya, British membina masjid, guna melobi pemerintah pada saat itu. Sebab itu, tidak hairanlah kalau Stamford Raffles sendiri pernah memberi sejumlah dana peruntukan yang sangat besar kepada pemerintah Singapura untuk membina Masjid Sultan. Akibatnya, penjajahan itu telah menyaksikan sosioekonomi Melayu Muslim mula dipinggirkan.Usaha memakmurkan masjid, samalah nilainya dengan memakmurkan dunia ini. Adakah dunia kita hanya dimakmurkan sekitar 10 - 15 minit saja? Masjid kita hanya ‘makmur’ dalam lingkungan 10 – 15 minit setelah masuknya waktu azan. Kesimpulannya, ada ratusan gagasan yang boleh dibincangkan. Semoga, pandangan yang termuat di sini, boleh diberi perhatian oleh pihak berwajib untuk menuju kejayaan semua. Jangan lupa, azan pernah dilaungkan dari masjid, “Mari bersolat, mari menuju kejayaan.”
Abah... kome sokong hok baik2 tu

No comments: