Monday, December 11, 2006

Pahang dahului pecut tangani dadah kalangan remaja menjelang 2015

Syabas dan tahniah, usaha dan langkah kerajaan Pahang. Jika lah benar bagaikan yang dilapor bawah tajuk berita dalam BH edisi Timur, 'Pahang rangka program musim cuti untuk pelajar ikuti kursus bagi membenci dadah.
Kerajaan Pahang becadang mewajibkan semua pelajar berumur 14 tahun ke bawah di Pahang mengikuti kursus khas mengenai bahaya penyalahgunaan dadah pada musim ciuti sekolah, mulai tahun depan. Program bersepadu ini membababitkan Kementerian Pelajaran dan PDRM dan Agensi Dadah Kebangsaan (AADK). Jelas beliau menjelang 2015 mensasarkan sifar dadah.
Usaha dan kerangka bersepadu ini, diharapkan dapat membina ketahanan diri dengan harapan suntikan keinsanan atau kerohanian juga patut ditekankan di dalam modul ini. Program ini hendaklah juga dibuat berterusan kepada semua pelajar, lebih2 pelajar Melayu Islam yang kini lemah daya fikir dan mudah terikut2 dengan budaya kereemajaan hasil ciplakan dan keremajaan palsu yang sering didewa2kan oleh golongan remaja kini.
Pihak yang bertanggungjawab secara teras seperti ibubapa, sekolah hendaklah dapat bertindak sebagai kumpulan utama , bekerja secara bersama2. Selain itu media massa hendaklah merangka program realiti bersifat tanamkan dalam minda remaja agar membenci dadah sebagaimana umat Islam jijik dan pandang benci kepada babi, arak serta lain2 yang diharamkan oleh agama. usaha ini bukanlah satu2 yang mudah , hendaklah disertai dengan komitmen serta dilakukan secara berterusan. Pihak media massa terutama tv hendaklah mengurangkan program hiburan secara melampau denganmenanam serta menyuburkan budaya hendoisme dengan skala besar dan dipromosi secara gila2.
Kerajaan atau pihak berwajib perlu, pantau beri garispanduan, jangan sampai anak bangsa kita terus terusan dihancurkan. Kementerian Belia diharapkan memberi fokus sama , jangan terlalu gilakan pembangunan sukan tanpa berserentak membangunkan modal keinsanan tajaan Islam hadhari. Cukuplah kita leka dan lalai , sehingga ke tahap ini, gerakkan NGO Belia ke arah kerja2 kemasyarakatan seperti di negara2 maju. Mengapa modul ini tidak mahu dicontohi.
Abah... eloklah kita mulakan

No comments: