Thursday, December 14, 2006

Bagi Pencen Kepada Rakyat Membazir ?

Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) menuntut untuk mengadakan satu perundingan bersama dengan kerajaan mengenai Skim Faedah Pencen Bercarum (FPB) kerana dikhuatiri skim baru itu boleh merugikan pencarum kerajaan yang berdaftar di bawah skim berkenaan.

Presiden Cuepacs, Omar Osman berkata pihaknya hanya diberitahu secara taklimat tentang perkara itu tetapi belum ada "hitam putih" dibincangkan antara kerajaan dan Cuepacs.
"Kalau kerajaan nak laksanakan skim itu, sekurang-kurangnya bincanglah dulu dengan pihak kami. Setakat ini, kami tak dapat perincian lagi berhubung skim tersebut, jadi susah untuk pihak kami bersetuju," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

"Kami telah mendapat persetujuan majoriti untuk menolak skim pencen baru itu dalam mesyuarat kongres khas Cuepacs yang telah diadakan pada hari ini," katanya.

Pada 12 Sept, kerajaan mengumumkan untuk mengkaji sistem pencen baru yang dikenali sebagai Skim Faedah Pencen Bercarum (FPB) bagi menggantikan skim pencen sekarang yang dikatakan banyak membazirkan duit kerajaan.

No comments: