Saturday, July 31, 2021

MARILAH KITE-KITE PAKAT LETAK JAWATAN ?

Bagi lah apa alasan PM dan kabinet letak jawatan

Bagilah apa juga sebab...

Berilah apa jua  alasan

Tunjukkan ape-ape hujah

Depa tak akan letak jawatan

MAKA MARILAH KITA SEMUA PAKAT2 LETAK JAWATAN

HAA..HAA..HAA


Monday, July 26, 2021

RAKYAT : KENAPA KERAJAAN GAGAL ?

Kita terpanggil dengan isu muktahir ini. Seramai 23,000 orang doktor kontrak ugut letak jawatan. Malah sudah ramai meletakkan jawatan serta merta. Isunya tiada prospek masa depan meneruskan tugasan dalam profession ini.

Kita pun sukar faham bagimana pola fikir kerajaan, para pembuat dasar dalam memberi keadilan khususnya kepada golongan ini.

Ungkapan kata-kaata dan tulisan tidak akan dapat kita tejemah bagi wakili pihak mereka. Dalam erti kata lain tugas dan tanggungjawab murni kerja buat mereka dalam menjaga 'nyawa' rakyat sukar masyarakat awam fahami. Lebih-lebih lagi untuk memahamkan para pembuat dasar bagi displin sektor perkhidmatan yg berkenaan.

SUKAR, KITA MAHU TAFSIR POLA PANDANG PARA PEMBUAT DASAR

Begitu juga, kita lihat bagaimana nasib anggota ATM dan PDRM. Layanan , jaminan kesinambungan hidup dan kehiduan mereka 'GAGAL' mendapat pembelaan, perhatian dan pertimbangan yang BAIK.

Kita, sebagai orang awam gagal juga faham, kecuali mereka yg berada ditempat dan kedudukan siempunya diri. Sebagai satu contoh seorang pesara tentera yg meneroka tanah haram dikenakan hukuman penjara selama 2 tahun serta denda RM20k. 

Nasib seorang pesara tentera Misi MALBAT ke Bosnia, jadi geladangan bawah jambatan selama 2 tahun bersama keluarga. Walaupun ada yg anggap sebagai kes terpencil. 

Negara kita kaya , mewah dan banyak hasil-hasilannya, kenapa gagal urus rakyat dengan BAIK

Friday, July 23, 2021

INGAT PESAN TOK GURU NI...

Tu la...dah Tok Guru marah, hampa PH amalkan politik kotor, asyik 'wirid' nk jadi PM je..Tipu rakyat, rakyat ramai yg jahil dan bodoh. Kena tipu jee...

Hangpa mcm org jual ubat..penipu. Tu dia ..habih semua penjual ubat, memang penipu..Siap hangpa pejual ubat..x marah ka..demo lah wahai semua penjual ubat..depa ni ada persatuan ke dak..para penjual  ubat

Habih dah semua puak PH..adalah musuh Islam..Hangpa musuh Islam oi...musuh Islam katogeri macam mana tak tau...tapi jangan sama dgn level Abu Lahab dah kot....atau Abu Jahal


JANJI MANIFESTO GAGAL DITUNAIKAN, JANJI PULA SELESAIKAN COVID-19

Demikianlah terdapat amalan politiking murahan semata-mata untuk menipu rakyat yang lemah akalnya dan mudah lupa atau jahil berkenaan segala-galanya. Mereka lupa betapa janji Pilihan Raya Umum-14 yang lalu tenggelam dalam perbalahan siapakah yang patut menjadi Perdana Menteri, bukannya mereka berusaha memenuhi kewajipan bagi menunaikan janji manifesto. Setelah kerajaannya hilang, pihak lain pula yang dipersalahkan.

Berfikirlah dengan matang dan sejahtera. Adakah mereka yang tidak mampu menunaikan janji PRU-14 yang sedikit, tiba-tiba hari ini mendakwa mampu menyelesaikan masalah Covid-19 yang sedang merebak ke seluruh alam di muka bumi. Walhal sehingga sekarang belum ada mana-mana negara yang berjaya menanganinya.

Adakah mereka yang sebegitu rupa masih boleh dipercayai, apabila secara tiba-tiba bertempik dengan berdemonstrasi dan mengangkat slogan gagah perkasa kononnya mampu menghadapi wabak yang melanda seluruh dunia hari ini. Sedangkan mereka baru sahaja menipu rakyat dengan janji manifesto yang tidak mampu ditunaikan?

 

Berpolitik tidak seharusnya menjadi seperti penjual ubat yang menipu pelanggan, dengan menggunakan cara kotor yang diharamkan. Mungkin politik yang diamalkannya berpisah daripada sempadan agama dan moral yang luhur, suatu sifat yang tidak boleh diterima oleh masyarakat yang beragama, berakhlak dan berakal sihat. Inilah sebenarnya yang dinamakan dengan politik yang kotor.

 

Rakyat dihabiskan masa dengan cara yang kotor ini, khususnya disebarkan melalui media tanpa sempadan yang membawa wabak yang merosakkan kefahaman dan mempengaruhi masyarakat sehingga ramai yang diperbodohkan. Caranya hanyalah menyebarkan masalah yang belum selesai di seluruh dunia sebagai alasan kegagalan dan menutup banyak kejayaan yang telah dicapai.

 

Lebih parah sekiranya gerakan yang merosakkan masyarakat ini didalangi oleh musuh agama, negara dan bangsa yang bersedia memberikan seberapa banyak sumbangan kepada sesiapa sahaja yang bersedia menjadi tentera upahannya. Lebih malang lagi, apabila penganut Islam berwalikan (bertuankan) kepadanya.

 

Maka, seluruh rakyat wajib bersatu dalam menghadapi wabak penyakit pemikiran dan kefahaman yang lebih berbahaya daripada wabak Covid-19. Suatu wabak yang boleh mematikan syakhsiah umat, bahkan lebih berbahaya jika dibandingkan dengan wabak Covid-19 yang mematikan jasad serta mencabut roh mereka yang masih beriman dan berakhlak mulia.

Kita telah berjaya menjatuhkan kerajaan yang tidak bermoral itu, dengan dibantu oleh mereka yang sedar akan kebocoran bahteranya sendiri. Kemudian, digantikan dengan kerajaan yang bertanggungjawab dengan penuh kesabaran dan menunaikan kewajipan kepada rakyat tanpa sebarang janji manis. Hal ini demikian kerana, perkara yang wajib hendaklah ditunaikan dan tidak semestinya dilakukan hanya setelah berjanji. Walau bagaimanapun, ia tetap wajib ditunaikan, malah berdosa sekiranya tidak ditunaikan.

 

Lebih besar dosanya jika tidak menunaikan janji dalam perkara yang wajib ditunaikan oleh sesebuah kerajaan. Apatah lagi berdosa sekiranya menghabiskan masa dengan perebutan jawatan yang diharamkan meminta-minta dan menjadi kecintaan hidup duniawi. Malah berdosa kerana berbohong dan menipu rakyat demi mencapai cita-cita sehingga menghalalkan segala cara.

 

Rasulullah SAW telah ditunjukkan pada malam Isra’ dan Mi‘raj, bahawa seorang yang memikul berkas kayu yang tidak mampu diangkat, tiba-tiba menambah lagi bebanan beberapa kali sehingga menjadikannya lebih tidak berkemampuan. Keadaan tersebut menunjukkan adanya kalangan manusia yang bersifat demikian, penyakit yang wajib dijauhkan dan tidak layak untuk memimpin negara dan rakyat.

 

Sesungguhnya amanah untuk mentadbir politik negara merupakan satu tanggungjawab yang paling besar kepada manusia. Firman Allah SWT:

 

﴿إِنَّا عَرَضْنَا الْأَمَانَةَ عَلَى السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَالْجِبَالِ فَأَبَيْنَ أَنْ يَحْمِلْنَهَا وَأَشْفَقْنَ مِنْهَا وَحَمَلَهَا الْإِنْسَانُ إِنَّهُ كَانَ ظَلُومًا جَهُولًا٧٢ لِيُعَذِّبَ اللَّهُ الْمُنَافِقِينَ وَالْمُنَافِقَاتِ وَالْمُشْرِكِينَ وَالْمُشْرِكَاتِ وَيَتُوبَ اللَّهُ عَلَى الْمُؤْمِنِينَ وَالْمُؤْمِنَاتِ وَكَانَ اللَّهُ غَفُورًا رَحِيمًا٧٣﴾

 

“Sesungguhnya Kami telah mengemukakan amanah (Kami) kepada langit dan bumi serta gunung-ganang (untuk memikulnya), maka semuanya enggan memikul amanah itu dan mereka bimbang akan mengkhianatinya (kerana tiada pada mereka persediaan untuk memikulnya); dan (pada ketika itu) manusia (dengan persediaan yang ada padanya) sanggup memikulnya. Sesungguhnya kebanyakan manusia itu amat zalim dan amat jahil. (72); (Dengan kesanggupan manusia memikul amanah itu maka) Akibatnya Allah akan menyeksa orang-orang lelaki yang munafiq serta orang-orang perempuan yang munafiq, dan orang-orang lelaki yang Musyrik serta orang-orang perempuan yang Musyrik; dan sehingga Allah menerima taubat orang-orang lelaki yang beriman serta orang-orang perempuan yang beriman. Dan sememangnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Penyayang. (73).” (Surah al-Ahzab: 72-73)

 

 

ABDUL HADI AWANG 

Presiden PAS

 

Bertarikh: 13 Zulhijjah 1442 / 23 Julai 2021


Thursday, July 22, 2021

SS dan Bossku: Kedurjanaan politik ?

SS-Sharir Samad dan BOssKu menggunakan perkataan 'kedurjanaan politik PH selama 22 bulan. Benar dan betul sekali, ini kerana lompatan saujana oleh 10 MP, bergerak BERSATU daripada kerajaan PH, perletakan jawatan atok 96 tahun secara mengejut kerana katanya partinya sudah tidak percaya dan sokong dia. Adalah benar dan tepat

Namun sebaiknya MP-MP UMNO-BN berkerjasama dengan 'kumpulan' durjana politik itu bagi membentuk kerajaan tebuk atap.

Kalu nak diikutkan semua politikus yg ada adalah puak yang durjana belaka. Baik kita pakat sokong Berahim Ali je..dengan PUTRA dia

SS dan Bossku lupa, selama UMNO-BN berkuasa beraa banyak kedurjanaan yg mereka lakukan. Tetapi nampak baik baik sahaja. Yang 22 bulan dengan 63 tahun. Mana yang nampak durjana.

Jadi berhentilah SS dan Bossku mendurjanakan kumpulan hangpa para politikus.

Tolong selamatkan dan selesaikan 23 ribu doktor kontrak yg tidak selesai selesai. 

Ambik on spot 18 ribu guru, cepat2 latih. 

Segera pulihkan sisitem pendidikan negara. 

Wednesday, July 21, 2021

Pendidikan negara nak ke mana

Kerajaan gagal masih hilang fokus. Para menteri gagal mencapai kerja-kerja bagi menghala tuju sektor yg memasing dipertanggungjawabkan

Satu-satu yg kritikal adalah sektor pendidikan. Mungkin alasan Covid kot. 

Selepas peperiksaan UPSR dimansuhkan tanpa pelan peraliahan , dirangka  bagi menggantikan satu bentuk penilaian baru. Masih belum nampak. 

Kini, senyap sunyi hanya menteri sahaja yang tahu cara penyelesiannya..kata Zaid Ibrahim mantan menteri Undang-Undang dulu. 

Rakyat marhein ibubapa pendidik yg bakal melaksanakan sistem terkapai-kapai dan termanggu-manggu serta ternanti nanti

Guru dan kakitangan sekolah gagal divaksinkan sepenuhnya. Murid atau pelajar jauh lagi la...
PdPr masih bergelut untuk dilaksanakan.

Laptop yang puluhan ribu yg dijanjikan masih belum diserahkan kepada para pelajar yg layak

Kritikan berupa nasihat pakar pendidikan negara daripada IPTA , menteri masih gagal memberi reaksi awal. Habih kucaa ni...


Saturday, July 17, 2021

KEPUTUSAN UMNO TARIK SOKONGAN KPD KJAAN PN MACAM BETUL

Keputusan Presiden UMNO dan MT Umno nampak macam BETUL. Bila mana menarik sokongan kepada PM Tan Sri Mahiadin Yassin DAN KERAJAAN PN.

Manakala MP UMNO melakukan tindakan sebaliknya. Nampak Presiden UMNO dan MT UMNO membuat keputusan macam BETUL

Nampak macam pendemik Covid juga. MP UMNO dilanda 'Virus  Penting Diri'.  Asal AKU , rakyat ada AKU kisah. Negara ADA AKU KISAH. INTEGRITI ada Aku Kisah. RASUAH ada Aku Kisah. Negara MUFLIS ada aku kisah. 



Friday, July 16, 2021

YONG : BUKAN KERAJAAN SEBALIKNYA RAAKYAT YANG GAGAL BANTU KERAJAAN

[“BUKAN KERAJAAN, SEBALIKNYA RAKYATLAH YANG GAGAL BANTU KERAJAAN.”

Rakyat yang dikurung tanpa boleh berkerja hampir setahun tetapi rakyat juga dipersalahkan, sungguh aneh. Ini mengesahkan Pas tidak fahan serta tahu bertanggungjawab bagaimana boleh mengurus dan memimpin negara yang dilanda pandemik yang dasyat ini.]

👆KENYATAAN KETUA PENERANGAN DMP PAS MALAYSIA

Tu dia lagu mana deme memikior yong oi....ambo pun x faham. Kalu gitu buapo lah jadi kerajaan. Orang tugas dan tanggungjawab  kerajaan 

1. menyediakan kemudahan asas kepada rakyat

2. menyediakan peluang pekerjaan

3. membangun , memperkembangkan , menperkaya, memperkasakan sumber ekonomi bagi manfaat

4. mensejahterakan kehidupan rakyat

ada banyaklah.... semua di atas kerajaan buat untuk rakyat Yong oi....


Thursday, July 15, 2021

COVID 19 : RAKYAT BANTU RAKYAT JE..

Ujian besar rakyat adalah dengan hilang sumber pendapatan, tidak cukup makan dikala serangan pendemik Covid ini. Masa sukar dan payah bagi rakyat . Jeritan rakyat dengan BENDERA PUTIH

Justru itu, rakyat di bawah bawah ni dok agih makanan sesama depa, dengan duit depa, jiran bantu jiran...rakyat bantu rakyat dah la ni...Pemimpin n pimpinan negara di atas dok agih-agihkan jawatan sesama nya pulok.. 

Betol kata P Ramlee....

Manakala ujian MP dan politikus seramai 222 orang di Malaysia adalah mengejar 3ta...dgn cara menumbang, merampas dan menunggu peluang mendapat kuasa.

Tengok,...semua ini ada puncanya...Mudah bagi kita adalah gara-gara atok96 tahun dan kebebalan barisan PH yang dahulu kerana percaya 100% kepada atuk95 tahun.

Kali ni depa PH bukak ..'khemah besar' pulok.. Entah lah macam tulah kerja-kerja orang politik. Hadis Melayu yg depa pakai.....TIDAK ADA KAWAN YG KEKAL...TIDAK ADA MUSUH YG KEKAL..

Semua di atas dah jadi SEJARAH..HADAP JEEE...LAH LABU




Wednesday, July 14, 2021

Nilaikan gambar dan logo parti di Pek Bakul Makanan ?

Dalam orng ramai dan ramai orang yg terkesan dengaan Covid 19. Banyak benda dan perkara yg depa dok perati. Semuanya ada nilai dan dinilai oleh mereka.

Katanya, satu benuk pembaziran , sekiranya semua MP dan wakil rakyat dok nak tampal muka depa dan logo parti depa kt pek makanan. Betul juga..

Satu logo bersama gambar warna pada pek bakul makanan katanya memakan kos RM5. Tu semua duit pembayar cukai dan rakyat. Manfaat katanya kalau beli sebuku ban roti yg sama dengan kos poster pek bakul makanan tu

Betul juga ....

Tuesday, July 13, 2021

ANTARA: Negara Gagal atau Kerajaan Gagal

1. Sama-samalah kita lihat dan telusuri apa kata pakar tetang konsep negara dan kerajaan.

2. Klaim mereka kerajaan hari ini gagal, tapi negara tidak gagal 

3. Adakah sama maksudnya kerajaan itu negara. Dan negara itu kerajaan

4. Fahaman awam dan fahaman akademik tentang negara itu kerajaan dan kerajaan itulah negara


ISTILAH NEGARA

Negara bangsa ialah satu konsep atau bentuk kenegaraan yang memperoleh pengesahan politiknya dengan menjadi sebuah entiti berdaulat bagi satu-satu bangsa sebagai sebuah (unit) wilayah yang berdaulat. "Negara" (atau negeri) ialah entiti politik dan geopolitik, manakala "bangsa" ialah entiti budaya dan/atau etnik. 

Istilah "negara bangsa" menandakan bahawa kedua-duanya (negara dan bangsa) sebagai sama, dan ini membezakannya dengan bentuk kenegaraan yang lain, yang telah wujud sebelumnya. 

Jika berjaya dilaksanakan, ia menandakan bahawa rakyatnya berkongsi satu bahasa, budaya dan nilai - yang bukan merupakan ciri-ciri negara yang telah wujud sebelumnya. Sebuah dunia dengan negara-negara bangsa juga akan melaksanakan tuntutan terhadap penentuan nasib sendiri dan autonomi bagi setiap bangsa, yang menjadi fokus utama fahaman nasionalisme.

 

Akibat kekaburan dalam perkataan "negara", istilah "negara bangsa" kadangkala disalahguna untuk merujuk kepada mana-mana negara berdaulat, samada sempadan politiknya menyamai sempadan-sempadan etnik mahupun budayanya. 

Penggunaan ini dikatakan timbul sebagai percubaan membezakan "negara bangsa" daripada "negara" (negeri) yang menganggotai sesebuah sistem persekutuan, seperti Amerika Syarikat dan Kesatuan Eropah.

 

MANAKALA BAGI MAKSUD KERAJAAN PULA

Dalam bidang sains sosial, istilah pemerintah[nota bahasa 1] atau kerajaan[nota bahasa 2] merujuk kepada para penggubal undang-undang, pentadbir, dan penimbang tara dalam birokrasi pentadbiran yang menguasai sesebuah negara pada sesuatu waktu yang tertentu (yakni sebuah pemerintahan - Tulisan Jawi: ڤمرينتهن) serta juga kepada sistem digunakan untuk mengendalikannya.

[1][2] Pemerintahan ialah cara yang digunakan untuk menguatkuasakan dasar negara, serta juga mekanisme untuk menetapkan dasar negara.

 

Negara-negara dilayani oleh pelbagai pemerintahan yang berturut-turut dan berterusan.[3] Setiap pemerintahan yang berikut terdiri daripada satu badan individu yang menguasai pembuatan keputusan politik. 

Fungsinya adalah untuk menguatkuasakan undang-undang, menggubal undang-undang yang baharu, dan menimbang tara pertikaian.

Dalam sesetengah masyarakat, kumpulan ini sering merupakan golongan lingkaran atau golongan keturunan. 

Dalam masyarakat yang lain pula, misalnya dalam negara demokrasi, peranan politik masih dikekalkan tetapi terdapat pertukaran orang yang kerap untuk mengisi jawatan-jawatan itu.[4]

Dalam kebanyakan masyarakat Barat, terdapat juga perbezaan yang nyata antara kerajaan dengan negara. Ketaksetujuan awam terhadap sesuatu pemerintahan (diungkapkan, misalnya, melalui tidak memilih pemerintahan kini) tidak semestinya membayangkan ketaksetujuan terhadap negara pada dirinya (yakni rangka kerja pemerintahan itu). Bagaimanapun, dalam sesetengah rejim totalitarian, tidak adanya perbezaan yang ketara antara rejim dan negarA

Sebenarnya, pemimpin dalam rejim sebegini sering mencuba mengaburi perbezaan antara kedua-dua itu demi menggabungkan kepentingan diri semata-mata dengan kepentingan negara.[5]


Sunday, July 11, 2021

NAJIB REMUK HATI DAH !!!!

Apalah kerajaan PN ni. Najib dah remuk hatinya...

Petandanya apa ? Jawapannya kerajaan PN GAGAL tangani hal rakyat...

Belah sana , belah sini, pakat MABUK dan GILA ke kuasa..

Hangpa bagilah apa je , alasan dan sebab, org NAMPAK MACAM GILA KUASA

Thursday, July 08, 2021

OT95 akan comeback sebagai PM

OT95 akan cameback sebagai PM..tengoklah kalu x caya

Hampa tunggulah drama ni...


Saturday, July 03, 2021

Wakil Rakyat : Minda sapa mahu disetting

SENTAPAN PAGI

Dengan keputusan-keputusan yang depa buat. Kita tak payah lah nak kesian ke depa. Peranan tok tok wakil rakyat yg nampak macam 'merakyat' dan 'menjiwai' tugas mereka.

Selepas depa tak jadi wakil rakyat..depa automatik dapat pencen mengalahkan pemencen yg gred DS52 ke DG54 itu yg servic 30 tahun ke atas. bukan dengki tapi memang sakit hati. Depa x ramai (wakil rakyat) . Depa bertungkus lumus membantu 'rakyat' sepanjang 4 ke 5 tahun . Depa berkhidmat. 

Tu la semalam, para cerdik pandai kata tugas hakiki , wakil rakyat yg aula adalah membuat undang-undang (bidang legaslatif) di parlimen atau DUN dan , rakyat jangan dok jadikan tok-tok wakil sebagai 'pegawai kebajikan' saja..Betul macam 'anak MB Terengganu' sampahkan rakyat kerana dok asyik mai rumah dia..dok minta duit kt ayah dia..ingat depa cop duit dan bantuan apa ? Betul anak MB tu...

La ni paling cepat nk seting minda sapa ? wakil rakyat atau rakyat