Thursday, June 06, 2013

SPR kena ditranformasi oleh Najib bersama 38 menterinya ?

Kenapa SPR mengeluh dengan kelemahan sendiri, ruang yang selama ini dimanfaatkan olehnya dan digunakan sepanjang 10 kali pilihanraya lalu untuk memenangkan UmnoBn. Apabila 'kesempatan' ini dihidu oleh pembangkang maka UmnoBn tidak dapat lagi manfaat darinya, maka terkial-kiallah Timb Pengerusi SPR memperakui kelemahannya. Selama berpuluh tahun kelemahan itu tidak terkesan oleh pembangkang, kerana terlalu percaya sangat dengan integriti SPR, kerana ahli-ahli SPR terdahulu adalah kalangan kakitangan awam yang berintegritti

Kelemahan dan kesempatan atas-atas perkara teknikal seumpama inilah yang SPR beri ruang dan peluang kepada UmnoBn terus kekal. Keengganan para pegawai SPR mahu kekal bersama-sama kuasa kerajaan UmnoBn macam mantan PM Dr M kata Umno makin dimeluatkan oleh orang Melayu kerana sebab-sebabnya - tidak berjuang untuk orang Melayu lagi tetapi berjuang untuk jawatan, kekayaan, kroni, mahukan manfaat kepada diri dan puak mereka, yang cerdik disekat untuk sertai Umno

SPR mula mempersalahkan JPN kerana memberikan ruang dan kemudahan pertukaran alamat semudah itu. Kita nantikan tranformasi Najib dan 38 menterinya bagai kucing bertanduk sahaja lah ?



Selamatkan demokrasi: Kekang pertukaran alamat palsu

CUBA teliti rekod Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) ini. Untuk Mac tahun ini sahaja, jumlah permohonan pertukaran alamat mengundi mencapai 9,000 orang. Kebanyakan di Kuala Lumpur, Selangor dan Perak. Itu belum termasuk pendaftaran pengundi baharu untuk bulan berkenaan yang mencatat 40,000 orang, angka tertinggi direkodkan setakat ini.

Untuk April, sejumlah 20,000 pendaftaran pengundi baharu dicatatkan dengan perubahan alamat mengundi sahaja mencecah 4,500 orang. Sekali lagi Kuala Lumpur, Selangor dan Perak menjadi sasaran.

Bagi Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar, pihaknya mengakui terdapat lompang besar di bawah undang-undang apabila rakyat yang mahu menukar alamat dalam mykad atau kad pengenalan mereka, boleh berbuat demikian pada bila-bila masa terutamanya menjelang pilihan raya umum.

"Senang sangat, anda pergi ke Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) untuk tukar alamat. Ini kelemahan paling besar.

"Sepatutnya sesiapa sahaja yang nak tukar alamat tempat tinggal perlu sertakan dokumen tertentu. Contohnya, perjanjian jual beli rumah, perjanjian rumah sewa, bil TNB dan bil air yang tertera alamat rumah.

"Tetapi perkara-perkara ini tidak disertakan. Risikonya amat besar yang mana apabila alamat tempat tinggal diubah atau ditukar, perkara itu boleh dirancang oleh pihak yang tidak bertanggungjawab," kata Wan Ahmad kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi semalam.

Dalam hal ini, kata beliau, SPR sendiri tidak boleh berbuat apa-apa kerana pihaknya bergantung kepada pangkalan data JPN .

"Sebabnya kita berpandukan alamat yang tertera dalam Mykad. Asas yang kita pakai dalam menerima permohonan tukar alamat mengundi adalah alamat yang tertulis di Mykad," katanya.

Dalam aspek ini, kata beliau, apa yang berlaku ialah sesuatu parti boleh mengubah kedudukan kuasa kerajaan yang memerintah serta menentukan kerusi-kerusi di Dewan Rakyat.

Maknanya, mereka boleh merencanakan kemenangan kerusi dengan tidak berasaskan kepada kedudukan pengundi sebenar.

"Padahal pengundi yang bermastautin di situ kena mengundi wakil rakyat yang hendak berkhidmat kepada mereka dan bukannya sekadar nak menangkan seseorang wakil atau menjaya atau memenangkan agenda politik parti mereka.
"Ini kelak akan merosakkan sistem demokrasi berperwakilan yang dipraktiskan di Malaysia," kata Wan Ahmad.

Menurut beliau, minat rakyat Malaysia untuk menentukan pucuk pimpinan negara pada PRU-13 lalu memang amat luar biasa.

"Meskipun SPR telah maklumkan pilihan raya umum pada 5 Mei itu hanya boleh memakai daftar pemilih setakat suku keempat (Disember) 2012, masih ramai yang mendaftar sebagai pengundi atau menukar alamat tempat mengundi pada suku pertama (Januari, Februari dan Mac) tahun ini.

"Jumlah ini pun bukan sedikit tetapi naik mendadak, untuk Februari 2013 sahaja mencecah 50,000 orang," kata beliau.
Sedang menyiapkan persediaan untuk menghadapi petisyen pilihan raya yang akan ditutup failnya pada 12 Jun ini, Wan Ahmad menarik perhatian JPN: "Kalau tidak dikekang pertukaran alamat sewenang-wenangnya dalam Mykad oleh pihak yang berkepentingan ini, nescaya kita hanya akan menyaksikan sistem demokrasi yang tidak sihat, semata-mata untuk menjatuhkan sesebuah parti yang berwibawa di tangan musuh politiknya."




Wednesday, June 05, 2013

Protes jalanan Di Turki sebenar - Pandangan Sisi Rakyat Perihatin

Protes Jalanan Di Turki - Satu Pencerahan. [Baca Dan Sebarkan]

Kepala hotak Soz Cyili on Tuesday, June 4, 2013


Turki..Apa sebenarnya yang berlaku?

Aku mulakan perkongsian ini dengan lafaz Bismillah.

1- Sebaik sahaja isu ini hangat diperkatakan di media, facebook, twitter, laman web, portal berita, orang pertama yang ingin aku bertanya apa sebenarnya yang berlaku di Turki adalah Ustaz Hasrizal Jamil. Namun tidak mendapat sebarang respon. Rupa-rupanya Ustaz kini berada di Mekah, sedang mengerjakan Ibadah Umrah. Semoga Allah permudahkan urusan ustaz. Amin.

2- Siapa rujukan aku seterusnya? Sudah tentunya rakan2 aku yang berada di Turki. Mereka ialah Jejak Uthmaniyyah, Zed Almansyud, Halim Bohari & Nadia Baharuddin. Rujukan seterusnya rakan den yang sering mengeluarkan artikel panas dan kontroversi, Ali Abu.

3- Apa sebab protes ini berlaku? Rakyat Turki terbeban dengan kos sara hidup yang tinggi? Harga barang naikkah? Sistem pilihanraya yang tidak bebas? Media yang tidak adil? Tak cukup makankah? Atau rakyat Turki ditindas oleh PM Erdogan? Jika itulah sebabnya, maka kita silap. Setelah Parti AKP menguasi Turki 11 tahun yang lepas, pelbagai siri kejayaan yang dibawa oleh Perdana Menterinya, Erdogan. Sebelum AKP menguasi Turki, KDNK pendapatan perkapita hanya $ 3,500 pada tahun 2002 (sebelum AKP menguasqi), ia mencecah $10,000 pada tahun ini. Eksport pula meningkat $114 bilion daripada $36 bilion pada tahun 2002 dan dijangka melebihi $ 500 bilion dalam 2023. 206 empangan baru telah dibina, setiap bandar mempunyai universiti dan jumlah pelancong melawat Turki meningkat dari tahun ke tahun. Di bawah pemerintahan AKP, ekonomi negara telah berkembang dengan sangat pesat. Hutang dengan IMF telah habis dibayar. Kekayaan negara diagihkan dengan saksama kepada rakyat. Nah, sekarang apa punca sebenar protes?

4- Menurut rakan fb den, Ali Abu : "Protes yg bermulo di Gezi Park adolah protes pencinta alam sekitar. Ia bermulo pd 28 Mei 2013. Diorg xnak Gezi Park bertukar menjadi Shopping Mall. Kemudian diorg occupy Gezi Park. Semaso diorg occupy kek tmpt tu, FRU Turki menghalau mrk kluar drpd Gezi Park. Bilo diorg main polis sentri wan tu jaga, geng2 occupy mendapat simpati drpd grup2 lain. Golongan kiri & hardliner sekular masuk campur. Dan mrk membawa isu masing2 yg diorg tak puas hati dgn polisi kjaan. Drpd isu alam sekitar, ia merebak kpd isu campur tgn Turki ke atas Syria, isu alkohol, isu minoriti Kurdis yg tertindas, isu bercium di tmpt awam & lain-lain lagi. Daripado demo protes serta occupy yg mahu mengekalkan keaslian Gezi Park oleh geng2 pencinta alam sekitar ia telah dihijack oleh leader2 yg ado hidden agenda."

5- Apa yang hebatnya Gezi Park (Dataran Taksim) ini? Mari kita mengimbau sejarahnya. Menurut rakan facebook, Zed Almansyud : "Frankly speaking,antara tempat yang menjadi tarikan bagi pelancong Eropah yang ke Turki dan merupakan 'the heart of istanbul'..Terletak di bahagian Eropah Istanbul dan terkenal dengan pusat membeli-belah,Hotel mewah,pub dan disco..Ia juga tekenal dengan panggilan 'The new Paris'.. Pada era pemerintahan Turki Uthmaniyyah,komuniti 'Levantines' (Latin Christians) menjadikan tempat ini sebagai pusat intelektual dan perdagangan..Mereka terus tinggal di kawasan Taksim,sehingga ke hari ini..Namun setelah kejatuhan kerajaan turki uthmaniyyah ,barisan pemuda Turki(young Turks) menjadikan tempat ini sebagai tempat meraikan kejayaan pembentukkan negara Republik Turki hasil contoh pembentukkan negara Republik Perancis..Hari ini,ia menjadi pusat budaya Ataturk(Atatürk Kültür Merkez)..so no wonder la,tempat ni melata dengan maksiat.."

6- Harus diingat, setelah kejatuhan Khilafah Turki Uthmaniyyah, Mustafa Kamal Ataturk telah mengubah wajah Turki 100%, menjadi negara sekular. Beliaulah orang yang bertanggungjawab menukar Masjid Aya Sofia menjadi muzium, membunuh alim ulamak, memberi arahan agar azan ditukar ke bahasa Turki, memusuhi agama Islam. Dunia Islam semua maklum akan perkara ini. Walau sudah lama si lahanat ini mati, masih ada rakyat Turki yang menyanjung beliau. Semasa aku melawat Turki bulan Februari tahun ini, ternyata gambar Ataturk berada di sana sini. Di billboard, di sekolah, di pejabat, di jabatan, pejabat kerajaan bahkan di mana-mana sahaja.

7- Setelah AKP memerintah Turki pada tahun 2002, mereka menyambung dasar sekular Ataturk. Mereka tidak mahu ia diubah secara drastik. Ia sudah sebati dengan rakyat Turki. Mereka fokus yang utama dahulu. Tidak boleh buat semua, jangan tinggal yang lain. Majukan ekonomi, tingkatkan pendapatan rakyat Turki, majukan pengangkutan awam di sana dan pelbagai lagi usaha dilakukan oleh AKP untuk membantu rakyat. Setelah mendapat mandat demi mandat dalam pilihanraya, proses Islamisasi dilakukan sedikit demi sedikit atas nama Human Right dan Demokrasi. Telah lama Turki cuba diwajahkan dengan Tamadun Yunani dan Tamadun Rom. Ataturk tidak mahu rakyat Turki tahu Islam pernah berkembang di sini, mendominasi 2/3 dunia, memiliki seorang pemimpin yang hebat, Sultan Muhammad Al-Fateh. Dendam kesumat beliau kepada kesultanan Uthmaniyyah sangat dahsyat, ia terus diimani oleh pengikutnya sehingga kini. Maka, Erdogan mengubah perkara ini. Beliau mahu rakyat Turki tahu Bangsa Turki pernah menjadi hebat kerana Islam. Maka, dibangunkan Muzium Panorama 1453. Beliau mahu rakyat mencontohi Sultan Muhammad Al-Fateh setelah lama baginda dipinggirkan oleh bangsa Turki sendiri.

8- Semua yang dilakukan oleh Erdogan melalui Parti AKP ini adalah mahu mengetengahkan Idea Noe-Ottoman atau Islamisasi Negara Turki. Menurut Cikpuan Nadia Baharudin : " Erdogan nak islamicized turki tp parti haluan kiri x suka. Puncanya spt no. 1. Pengharaman arak dan usaha menghapuskan sekularism. Media barat pula amek kesempatan dgn manipulate kisah sebenar. Erdogan bkn bina mall, tp lbh kpd pusat Ottoman yg telah dihapuskan oleh Ataturk. Traffic terlalu berat di Taksim. So Erdogan nak buat 2 layer of Taksim square. Laluan atas utk pedestrian dan underground utk kereta. Istanbul dah terlalu padat dengan penduduk. Ini cara mengurangkan kesesakan dan dlm ms sama, pusat Ottoman ini akan menjadi tarikan pelancong utama selepas Sultan Ahmet Square. Erdogan jugak dah janji utk tanam balik pokok yg ditebang. So, apa kes nak mengamuk? Dlm ms sama, the so called pencinta alam ni rosakkan harta benda. Scr logiknya, pncinta alam mana yg merosakkan alam? Epic failed! Media barat pun manipulate sbb diorg x suka tgk turki menjadi negara ke 7 dgn ekonomi terbesar. So.. jgn percaya media. Tanya pada org turki sendiri atau org kedutaan. Kami lebih tahu situasi sebenar. Fyi... turki selamat utk pelancongan. Gambar kat fb tu gambar marathon yg diedit. Bkn keadaan sbnr. Hr ni dah aman.. polis dah berjaya control. You all kena tau kat turki bkn ada org turki je. Especially kat central anatolia dan marmara region. Org Armenia yg memusuhi Turks sejak zaman dlu adalah majoriti yg memprotes. But still, only minoriti of total population. Tanya la org turks kat malaysia, semua agree dgn tindakan Erdogan."

9- Aku harap korang semua jelas punca kepada protes ini. Ia dijadikan platform oleh parti pembangkang Turki CHP (Cumhuriyet Halk Partisi) untuk melawan Parti AKP (Pemerintah). Mereka dalang utama protes. Menggunakan rakyat untuk kepentingan politik mereka. Seperti komen Jejak Uthmaniyyah : "Golongan Sekular dan CHP yg kian lama mengecil dan tertekan cuba melawan dan mengadakan suasana ketidakamanan di dalam Turki pada saat ini." Ulasan Zed Almansyud pula : "dalam kejadiaan ini,penyokong CHP antara yg banyak terlibat..Puak shiah/alawi di turki memberi sokongan kuat pada CHP dalam menentang Kerajaan."

10- Namun yang terpapar di media adalah keganasan yang dilakukan oleh pihak polis dan FRU Turki. Baik, mari baca ulasan Ali Abu : "Den tak tahu sapo yg start melakukan provokasi, tapi grup yg berdemo kek Turki mmg manusio yg suko melakukan kemusnahan harto bondo awam. Diorg suko membakar dan momocahkan bangunan org lain. FRU Turki mmg bg Tear gas & memukul pendemostrans tetapi ia dilakukan time mrk bertindak liar & ganas utk mempertahankan diri sendiri serta org awam yg tidak terlibat. Apopun Erdogan ado mengeluarkan statement bhw siasatan akan dijalankan utk menyiasat FRU yg bertindak ganas kpd para pendemostrans."

11- Menurut Akhbar No1 Turki, ZAMAN : "Video mengenai keganasan pihak polis memukul sebahagian penunjuk perasaan dan mencederakan mereka menggunakan gas pemedih mata dan meriam air mendapat kritikkan keras dari kerajaan asing dan kumpulan hak asasi seperti 'Amnesty International'.Ahli Parliment EU Hannes Swoboda pada hari sabtu menggesa Erdogan untuk "menyumbang kepada keamanan sosial dan tidak pada konflik dengan projek-projek yang bermotifkan polis dan keganasan polis",Timbalan Perdana Menteri Bülent Arınç bersetuju dengan kenyataan belia. Beliau memberitahu pihak media, "Saya melihat manfaat dalam memberitahu orang ramai mengenai projek ... bukannya menyembur gas lada pada mereka. "Penggunaan gas di kawasan Besiktas,Istanbul dan di kawasan-kawasan lain seperti di Ankara dan İzmir membuat penasihat Erdogan,İbrahim Kalin mengeluarkan kenyataan pada Al-Jazeera yang disiarkan pada lewat petang Sabtu. Kalin menyatakan bahawa polis telah diarahkan untuk tidak menggunakan gas pemedih mata"

12- "Kalau ada pihak yg mengatakan AKP tidak memberi Kebebasan mengenai demo di Taksim,saya akan menolak kenyataan tersebut kerana sejak peristiwa
"the bloody May 1, 1977" Kerajaan Turkey telah ban sebarang demostrasi jalanan di Taksim sehingga dibenarkan kembali oleh AKP pada tahun 2010..Terima kasih dengan keputusan memperluaskan kebebasan di negara ini.." - Zed Almansyud

Aku harap perkongsian ini bermanfaat. Jangan samakan protes ini dengan Arab Spring, ia sama sekali tidak sama dengan kebangkitan rakyat Mesir, Tunisia, Libya dan Syria. Terima kasih kepada rakan2 yang telah memberikan maklumat kepada aku. Runsing juga 2 3 hari memikirkan isu di Turki ini. Semoga kekusutan dan persoalan yang timbul telah dijawab. Wallahuallam.

Sumber dari ~ https://www.facebook.com/RakyatMalaysiaBangkitKuburkanUmnoBN

Fahami konsep dan nilai pembaziran - sesi pencerahan minda dibetulkan

Tahniahlah CAP di P Pinang. Dengan pendedahan ini menunjukkan sikap buruk perangai orang P Pinang. Para pembaca jangan marah dulu, ini adalah realiti dan kita kena menerima dengan seadanya sikap buruk perangai rakyat negara kita ?

Kita, jangan hanya menfokuskan radarnya ke P Pinang sahaja, kena lebarkan minda ke negeri negeri yang lain juga. Bagaimana dengan cara pemakanan dan perbelanjaan orang-orang besar ? Minta ada juga kajian tentangnya, bagaimana dengan sikap pembaziran mereka ? Orang-orang besar kita sebagai contohnya memakai cincin yang berjumlah jutaan ringgit, bayangkan jari dengan nilai wang berkenaan ? Bayangkan




355,000 kg makanan dibuang setiap hari di Pulau Pinang
SYAJARATULHUDA MOHAMAD ROSLI
4 Jun 2013
Cap membazir

Mohamed menunjukkan contoh sisa makanan yang sering dibuang oleh pemilik restoran dan rakyat di negeri ini dalam sidang media semalam.
GEORGETOWN - Penduduk Pulau Pinang perlu menghentikan sikap membazir kerana 355,000 kilogram (kg) makanan dibuang setiap hari sepanjang tahun lalu.

Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), S M Mohamed Idris berkata, jumlah itu meliputi kira-kira 45 peratus daripada 288,377 metric tan sisa pejal dikumpulkan dari kawasan komersil dan domestik.
 
Beliau berkata, kajian di beberapa restoran sekitar negeri ini mendapati pemilik restoran mendedahkan kira-kira lima hingga 10 peratus makanan yang dimasak dan tidak dapat dijual dibuang begitu sahaja setiap hari.
 
Pada masa yang sama, 10 peratus makanan yang dipesan oleh pelanggan dan tidak habis dimakan juga dibuang.

“CAP juga mendapat maklum balas daripada kira-kira 10 pemilik restoran mengenai isu ini dan sebahagiannya mengakui antara 15 hingga 20 peratus makanan yang dihidangkan pada musim perayaan, bufet, majlis perkahwinan, majlis hari lahir dan majlis perkumpulan dibuang begitu sahaja disebabkan perancangan yang lemah dan kekurangan kehadiran tetamu,” katanya kepada media, hari ini.

Menurutnya, rakyat Malaysia juga mempunyai tabiat suka memenuhi pinggan mereka dengan makanan dan sering tidak menghabiskannya setelah mengambilnya.
 
“Sikap tamak ini akan menaikkan jumlah makanan yang dibuang. Selain individu, restoran, hotel, penjaja, pusat komersil (yang menghidangkan makanan), peruncit makanan dan pasar antara golongan yang suka membazir makanan.

“Setiap individu perlu memainkan peranan penting agar tidak membazirkan makanan. Ibu bapa mesti memupuk anak mereka dengan nilai menghargai setiap cebisan makanan pada peringkat kanak-kanak lagi," katanya.
 
Mohamed berkata, sekolah boleh memainkan peranan dengan mengajar dan membincangkan isu pembaziran makanan dalam pembelajaran.

Beliau berharap rakyat Malaysia menyemai sikap mencintai makanan dan membenci pembaziran serta menggesa pihak berkuasa menjadikan pembaziran makanan satu jenayah yang boleh dihukum.

“Berdasarkan ramalan yang dikeluarkan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), pada tahun 2020, rakyat Malaysia akan menjana 31,500 metrik tan sisa pepejal setiap hari.

"Ini menjadikan anggaran lima juta metric tan sisa makanan akan dibuang pada tahun 2020.

“Tiba masanya kita memerangi pembaziran makanan kerana ia satu cara paling mudah untuk mencegah sumber semula jadi dari kehabisan dalam pengeluaran makanan,” katanya.

Umno dipersalahkan, memang salah Umno - Ust Idris

Harakahdaily,04 Jun 2013


KUALA LUMPUR: Selepas keputusan PRU13, parti komponen BN nampak gelabah sehingga ada cadangan untuk menjadikan BN parti tunggal.
Selain itu, ada cadangan membubarkan semua parti komponen menjadi satu sahaja seperti yang disuarakan pemangku Presiden Gerakan, Datuk Chang Ko Youn.

AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad berkata, ini ditambah pula kenyataan Tun Mahathir Mohamad yang mengatakan Umno menang bukan kerana kuat,  tetapi kerana Melayu berjaya ditakutkan sehingga mereka mengundi Umno pada PRU13.

Menurutnya, Umno berada pada situasi yang merbahaya jika hanya mengharapkan Melayu menyokong berdasarkan emosi kerana Melayu yang celik maklumat dan faham agama tidak diserang dengan budaya takut.



Mesyuarat MT UMNO, Jumaat lalu, bersetuju mewujudkan makmal khusus bagi memperincikan cadangan itu dengan mendapatkan maklum balas dan pandangan ahli di seluruh negara.
“Sampai bila Melayu hendak ditakutkan kerana Melayu yang berjaya ditakutkan sudah tidak ramai, sebagaimana orang Melayu sudah tidak ramai yang takut kepada  hantu,” ujarnya yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang kepada Harakahdaily.

Katanya, mereka sedar, Melayu musnah semuanya angkara Umno.

Beliau berkata, golongan ini mula mempersoalkan kenapa setelah 57 tahun merdeka, Melayu semakin tertinggal ke belakang.

Ini, katanya kerana Umno telah khianat amanah untuk membantu orang Melayu.

“Berapa banyak projek yang dikhas untuk orang Melayu gagal diselenggarakan dengan baik.

“Kenapa Umno hendak mengkambing hitamkan kaum lain, supaya Umno terus selamat?” tanya beliau.

Beliau menambah, Melayu terpelajar sudah menganggap, Umno mesti bertanggungjawab terhadap musibah yang menimpa kepada orang Melayu.

“Mereka mahu Melayu yang bermoral dan telus untuk memimpin negara. Umno telah meninggal rekod yang terlalu buruk kepada sejarah perjuangan orang Melayu di negara ini,” ujarnya lagi.

Wednesday, May 29, 2013

Kerajaan Yang Ada Adalah Jenis Kerajaan APA PEDULI ?

Dunia sudah diperkenalkan dengan beberapa bentu sistem kerajaan amalan di dunia kini. Bermula dengan kerajaan berjenis demokrasi, autokrasi, sosialisme, nazisme, totaliran dan sebagainya. Kini ada satu lag jeis fahaman sisitem iaitu Kerajaan yang ada sekarang adalah kerajaan TIDAK PEDULI. Payah atau tidak payah berurusan dengan kerajaan APA PEDULI ini masing-masing pembaca boleh nilai sendirilah.

Bermula dengan keputusan orang cakap pasal undi popular. Kerajaan APA PEDULI kata kami bukan peduli asalkan dapat kerusi banyak dan cukup memerintah , ini sudah diterima rakyat.

Bukti jelas mengatakan SPR tidak adil dan telus serta bebas. Dakwat kekal tidak kekal, ada blackout, pengundi hantu, orang undi hak orang sebenar, pengundi mengaku undi 2 kali, 24 pegawai SPR kawasan Besut dikurung 24 jam minta pangkah kertas undi , undi awal bagi ke BN dan macam-macam lagi pasal kelaku SPR. Pilihanraya ini adil, kata kerajaan APA PEDULI kalau tidak bersetuju dengan SPR , yang mana-mana kawasan parlimen dan Dun menang itu ada ke pengundi hantu lah.

Kerajaan APA PEDULI kata, kalau tidak terima dan setuju dengan keputusan PRU 13, sila berhijrah ke luar negara. Malah macai kerajaan APA PEDULI kata lagi, jika tidak mahu terima keputusan PRU13, masuk ke hutanlah..

Lagi kerajaan APA PEDULI buat terus mesyuarat kabinet, 3 dan 4 menteri yang dinamakan bertaraf Senator belum sah, kerana belum angkat sumpah lagi.

Dan lebih malang lagi kerajaan APA PEDULI, PM nya pula didapati tidak sah kerana ikut pandangan pakar langgar habis tatacara dan perlembagaan yang depa amalkan selama ini. Tiada angkat sumpah terima jawatan, angkat sumpah simpan rahsia, angkat sumpah terima amanah dan pegang jawatan dan angkat sumpah setia mengikut Perlembagaan Malaysia 43(6)  (dakwa seorang Pegawai Kanan Polis)

Kerajaan APA PEDULI lantik diri dia lagi sebagai Menteri Kewangan. Walaupun dalam negara kita ramai orang yang berkelayakan. Ramai yang tahu hutang kita ceceh paras RM500 billion, kepala Kerajaan APA PEDULI sahaja buat hutang RM200 billion sepanjang beliau menjawat jawatan PM. Ini menandakan beliau berjaya kalahkan 2 mantan PM sebelumnya. Atau secara banding dengan hutang mantan 2 PM terdahulu Dr M dan Pak Lah berjaya kumpulan hutang sejumlah RM200 billion sahaja.

Sunday, May 26, 2013

PR berpolitik: Hentikan kecam mengecam sesama pakatan, rakyat mahukan perbedaan bukannya persamaan kelaku dgn kumpulan sebelumnya

Menguruskan masalah dan menyelesaikan masalah tertunggak antara parti adalah satu seni dalam pengurusan politik moden. Kecekapan mengurus dan tidak menampakkan masalah berkenan kepada umum, adalah satu bentuk pengurusan politik yang berjaya. dan terurus dengan baik oleh pengurusnya.

Adalah, bukan sesuatu yang mudah bila terdapat kepelbagaian visi dan misi parti politik. Namun mereka dapat duduk bersatu bawah satu persepakatan bersama-sama , ini sudah dikira amat baik dan sempurna. Inilah satu bentuk tunutan kerjasama yang kita kagumi dengan PR. Bilamana persepakatan itu telah memberi 'harapan baru' kepada rakyat teramai yang amat berharap serta tercari-cari pilihan  kumpulan selain Bn yang dapat mereka undi , naungi dan serahkan kepercayaan serta harapan baru.

Itulah harapan dan matlamat serta impian para pengundi yang dahagakan angin perubahan baru. Kini, semuanya terlerai berderai melihatkan gelagat para pemimpin pakatan baru ini berpolitik.

Salah menyalah, hentam menghentam, kata mengata dan serang menyerang balas sesama kawan kini mewarni persepakatan ini. Keegoan, kesombongan, keakuan nampaknya membelenggui  diri masing-masing. Harapan rakyat untuk melihat kematangan bukannya kelantangan atau kelanchangan mulut pemimpin yang dinilai.

Rakyat kembali dengan kebosanan, perselisihan ini walaupun kecil, tetapi memberi persepsi yang besar pada pandangan sisi umum rakyat. Itulah sebabnya PR gagal menguasai golongan muda Melayu sepenuhnya , apatah lagi bagi remaja perempuan muda Melayu yang berada dalam dunia dan keduniaan mereka.

Pandangan sisi mereka tentang politik  adalah menjijikkan serta perlu dinyahkan disisi kehidupan mereka.Sementelahan pula dengan asakan media yang sentiasa mempasak minda mereka dengan kebaikan demi kebaikan pimpinan kerajaan seumpama zikir harian. Bagaimana mahu melawannya ?







Isu ini (Perjanjan PRU13 Anwar-Najib) perlu segera diselesaikan oleh PR - Rakyat

Apakah maksud perjanjian yang tersirat antara Najib dan DSAI dalam PRU13. Siapakah saksi ? Kenapa didedahkan oleh Utusan ? Untuk apa dan megapa perjanjian antara kedua dibuat ? Semau persoalan berkenaan PRU13 dibangkitkan ?

Semuanya masih kabur dan tidak jelas ? Rakyat semua tersentak dan tertanya-tanya ? Pelbagai perasaan dan rasa tandatanya meruntun kini ? 

Harapan kita , jangan permainan dan adu domba dan provokasi media Utusan milik Umno sampai memecahkan kesepaduan dan persepakatan PR. 

Tunggu dan lihat bagaimana pimpinan kita tanganinya ? Namun jangan ambil masa yang lama ? Jangan jadikan ia sebagai leluncon politik negara ? 

Hal ini, adalah hal serius ? Kita (rakyat) tidak mahu tertipu dengan permainan politik pihak atasan / Ambil dan nyatakan segera sikap. Jangan biar rakyat tertanya-tanya.

Kini nampak strategi, sudah makan tuan ? Kepercayaan rakyat mestilah dikembalikan


Anwar ingkari janji - Jusuf Kalla

Jusuf Kalla, Anwar Ibrahim
KUALA LUMPUR 25 Mei - Bekas Naib Presiden Indonesia, Jusuf Kalla mendakwa Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengingkari sebuah perjanjian damai bagi menghormati keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).
Perjanjian damai yang melibatkan Ketua Pembangkang itu dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak digerakkan Jusuf pada April lalu.
The Wall Street Journal (WSJ) melaporkan Jusuf berkata, beliau telah menghubungi Anwar sehari selepas PRU-13 dan meminta Ketua Pembangkang itu supaya menghormati komitmen dan ‘melihat realiti’.
“Kami mempunyai komitmen, tetapi mereka berkata, tidak, tidak, tidak, tidak,’’ jelas Jusuf.
Akhbar tersebut yang mendakwa menghubungi ketiga-tiga pihak turut melaporkan, Anwar mengaku pernah membuat perjanjian berkenaan tetapi memberitahu kononnya ‘penentang-penentangnya’ pula yang mengingkari perjanjian itu melalui ‘cara mereka berkempen’.
“Bagaimanakah kita mahu bicara tentang pendamaian sekiranya kamu memomok-momokkan lawan dengan cara ini di pentas ceramah?" kata Anwar.
WSJ melaporkan bahawa Anwar telah mendekati Jusuf berhubung perjanjian tersebut dua bulan lalu dalam usaha Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu memperolehi komitmen daripada lawannya untuk menjamin keamanan negara selepas pilihan raya umum.
Perjanjian tersebut iaitu kedua- dua pihak mengelak daripada menyerang antara satu sama lain secara peribadi semasa berkempen dan menerima sebarang keputusan pilihan raya dibuat kemudiannya pada April lalu.
Laporan WSJ itu menjelaskan, kedua-dua pihak telah mengingkari satu fasal dalam persetujuan tersebut iaitu dalam menawarkan pihak yang kalah peranan dalam sebuah ‘kerajaan pendamaian’.
Seorang penasihat kepada Najib dilaporkan akhbar itu telah mengesahkan perjanjian berkenaan dan memberitahu WSJ bahawa Anwar telah mencari bantuan Jusuf untuk mendapatkan sebuah persetujuan bersama dalam menerima keputusan pilihan raya secara aman, tanpa menghiraukan siapa memenanginya atau berlaku satu majoriti tipis.
“Perdana Menteri mengulangi secara sulit kepada Jusuf Kalla dan di khalayak ramai sebelum pilihan raya yang BN akan menghormati kehendak orang ramai dan menerima keputusan pilihan raya, sekalipun pembangkang menang," kata penasihat berkenaan.
Walau bagaimanapun, perjanjian damai versi Anwar kelihatan seperti berbeza.
Memetik Anwar, WSJ melaporkan bahawa Jusuf yang menghulur dan menawarkan bantuannya dalam memastikan sebuah pilihan raya yang aman.
“Terdapat ramai rakan sekitar rantau ini yang risau berhubung peralihan kuasa sama ada ia akan aman atau sebaliknya," kata Ahli Parlimen Permatang Pauh itu.
Menurut WSJ, Jusuf terkenal dengan peranannya dalam perjanjian damai semasa menjadi Naib Presiden dari 2004 hingga 2009 di Thailand dan Sri Lanka serta membantu menyelesaikan konflik merentasi kepulauan Indonesia.
Dalam pilihan raya 5 Mei lalu, Barisan Nasional (BN) kembali menguasai Putrajaya dan berikutan itu, Anwar yang tidak berpuas hati dengan keputusan itu telah menganjurkan perhimpunan besar-besaran di seluruh negara bagi mewujudkan persepsi bahawa kemenangan telah dicuri daripada mereka melalui penipuan.
Semasa memberi ucapan pada perhimpunan tersebut, Anwar berjanji tidak akan menyerah kalah sehingga pembangkang diletakkan di Putrajaya.
Anwar yang berumur 65 tahun juga dilihat meletakkan rancangannya untuk bersara ke tepi untuk menawan Putrajaya.
Titik pertikaian pembangkang adalah undi popular, yang menyaksikan Barisan Nasional (BN) mendapat hanya di bawah 48 peratus daripada jumlah undi.
Agihan tidak sekata undian di banyak kawasan, yang dilabel pembangkang sebagai amalan penggarisan semula kawasan pilihan raya oleh BN, telah menyebabkan mereka hanya memenangi 89 kerusi manakala BN 133 daripada 222 kerusi di Parlimen.
Selain daripada ‘Perhimpunan Black 505’ yang telah menarik kehadiran rakyat yang ramai di sekitar, pembangkang juga memfailkan petisyen rasmi terhadap keputusan di 27 kawasan undi.
WSJ melaporkan, Anwar percaya cabaran-cabaran yang dilakukannya itu bagaimanapun tidak mungkin menjadikan keputusan pilihan raya tersebut kembali memihak kepada beliau.
Akhbar itu menambah, walaupun Anwar telah menuduh kem Najib melemahkan kempennya dengan serangan peribadi, Jusuf enggan menyertai kritikan tersebut.
Sebaliknya, pemimpin Indonesia itu berkata, beliau merasakan kedua-dua pihak telah menjalankan komitmen masing-masing dalam mengelakkan daripada melakukan serangan peribadi semasa berkempen.
Jusuf khuatir bahawa suatu pertikaian yang berpanjangan ke atas keputusan pilihan raya antara Anwar dan kem Najib hanya akan meningkatkan perpecahan sedia ada dalam kalangan pecahan dalam kumpulan-kumpulan Islam dan Cina dan mungkin membawa kepada keganasan.



Saturday, May 25, 2013

Petisyen:- Harap ada Percaya jangan - Rakyat

Jika tidak dibuat petisyen  PRU13 yang lepas nanti depa kata kita tdak yakini dengan sistem kehakiman di dan perundangan di Malaysia. Nanti depa suruh pula ke negara lain bagi mendegarkan kes PRu13 di Malaysia.

Nanti semua menteri akan sokong menteri kehakiman yang baru dan bersetuju dengan seruan berkenaan. Kecuali Nazri Aziz saja nanti dia kata petisyen pilihanraya tidak akan menjejaskan pelancongan domestik negara.

Masa yang diambil oleh para hakim selama 6 bulan bagi menyelesaikan kes petisyen kira mantaplah tu. Kita semua harap berpuashati, kata KHN (Ketua Hakim Negara) mahukan semua hakim dapat reset minda supaya berminda 'adil dan saksama' syabas lah KHN, jika macam tu.

Justeru, semua pimpinan PR sila bawa kan bukti-bukti berkenaan. Nampaknya macam ada harapan saja, tetapi jangan percaya sangat sudahlah.








Petisyen PRU13 perlu didengar, selesai dalam tempoh 6 bulan

25 Mei 2013
Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria
Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria
KUANTAN - Sebarang petisyen yang dikemukakan parti politik yang bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) perlu didengar dan diselesaikan dalam tempoh enam bulan daripada tarikh ia difailkan, kata Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria.
  
Beliau berkata, perkara itu perlu diberi perhatian oleh semua hakim yang bakal mendengar permohonan semakan keputusan PRU13 bagi memastikan konsep keadilan dapat ditegakkan.
  
"Perkara ini penting memandangkan ada cubaan (parti politik) untuk mengemukakan petisyen berikutan kurang berpuas hati dengan keputusan PRU13 lalu.
   
"Jika petisyen itu dikemukakan atau difailkan, saya memohon kerjasama semua (hakim) untuk melaksanakan tanggungjawab (mendengar) dengan minda yang bebas... tanpa dipengaruhi oleh desakan pihak tertentu," katanya.
  
Beliau berkata demikian ketika merasmikan Persidangan Majlis Hakim-hakim Malaysia Kali Ke-47, di sini hari ini.
  
Turut hadir Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Mohd Raus Shariff, Hakim Besar Malaya, Tan Sri Zulkifli Ahmad Makinuddin dan Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Richard Malanjun.
  
Arifin berkata tempoh enam bulan itu adalah realistik, kerana menjangkakan terdapat petisyen yang akan dikemukakan dari Sabah, Sarawak dan negeri-negeri di Semenanjung.
  
Seramai 101 Hakim Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan, Mahkamah Tinggi dan Pesuruhjaya Kehakiman menghadiri persidangan tahunan itu.
  
Arifin turut menasihatkan hakim untuk tidak memberikan sebarang reaksi balas terhadap komen yang dibuat oleh pengguna internet yang tidak berpuas hati dengan keputusan penghakiman.
  
Katanya, setiap keputusan yang sudah dibuat itu adalah muktamad dan atas pertimbangan sewajarnya oleh hakim yang bertanggungjawab dalam mendengar dan mengadili kes berkenaan.
   
"Walaupun ada komen yang dibuat atau disebarkan dalam internet itu berunsur negatif dan berniat menjejaskan nama baik sistem kehakiman, kita (hakim) tidak perlu melayannya kerana ia dibuat oleh mereka yang tidak memahami fakta sebenar kes," katanya.
  
Sementara itu, beliau turut mengingatkan semua hakim supaya membuat keputusan penghakiman bersandarkan perbicaraan yang dijalankan dan keterangan yang dikemukakan demi menjaga kepentingan awam.
  
"Perkara ini perlu diberi perhatian kerana ada trend sebelum ini... ada hakim yang cuba memperluaskan skop hak asasi kemanusiaan dalam keputusan penghakiman mereka.
  
"Jika ini berlaku, menjadi perhatian dan kerisauan dalam kalangan pengamal undang-undang dan akhirnya dibimbangi akan memberi gambaran tidak betul terhadap kredibiliti badan kehakiman yang bertanggungjawab menegakkan keadilan di negara ini," katanya. - Bernama

Rakyat Yang Perihatin Sila Baca- Guru Kecewa


Tranformasi ok, kami bukan Tranformers atau Megatron

Guru Kecewa,
Tidak dapat dinafikan keputusan PRU 13 telah memperlihatkan peningkatan sokongan golongan muda kepada parti pembangkang.

Walaupun belum dapat membentuk kerajaan, pihak Pakatan Rakyat sudah mampu tersenyum gembira kerana dalam diam, mereka telah berjaya menawan hampir keseluruhan bandar-bandar besar dan ibu negeri di Malaysia.

Antara punca utama Barisan Nasional kehilangan banyak kerusi adalah disebabkan generasi muda pada hari ini makin ramai yang menyokong Pakatan Rakyat.

Golongan yang distilahkan sebagai generasi Y ini adalah golongan yang lahir dalam era teknologi maklumat, suka berfikir dan tidak menerima sesuatu maklumat secara membuta tuli.

Mereka tidak menerima maklumat dari sebelah pihak sahaja tetapi lebih gemar menceduk maklumat daripada kedua-dua belah pihak menerusi internet dan akhbar.
Oleh itu, tidak hairanlah jika Utusan Malaysia dan Harakah kedua-duanya dibeli untuk dibawa balik ke rumah, dibaca dan dikaji.

Walaupun menang, keputusan PRU baru-baru ini telah membuatkan Najib tidur tak lena, mandi tak basah. Najib sedar kedudukannya tergugat dan semakin terancam.

Ini kerana sungguhpun Barisan Nasional memenangi 133 kerusi Parlimen dan menang mudah bagi membolehkan parti itu terus memerintah, tetapi presidennya seolah-olah sedar bahawa Barisan Nasional hanya menunggu masa untuk dimakamkan.

Atas kesedaran inilah, presidennya mengeluarkan kenyataan bahawa beliau sedia memperbaiki kelemahan dalam pentadbirannya dan bersedia mendengar masalah rakyat demi memastikan jentera pentadbiran Barisan Nasional berada dalam kedudukan yang lebih selesa pada PRU 14.

Itu Najib Tun Razak. Bagaimana pula dengan timbalannya, Muhyiddin Yassin yang masih dikekalkan sebagai Menteri Pelajaran? Mungkin kini beliau sedang berangan-angan di atas kerusi empuknya untuk mencipta kuasa enjin paling tinggi supaya guru-guru dapat menjadi “Transformers” paling lasak seiring dengan transformasi yang dilaung-laungkan.

Bezanya, Tranformers ini tidak melawan Megatron, tetapi “Transformers” yang ingin diciptakan Muhyiddin Yassin adalah transformers yang makanannya adalah lambakan fail, ribuan data dan ratusan ‘evidence’ PBS (Pentaksiran Berasaskan Sekolah).

Inilah Transformers impian Muhyiddin. Transformers yang mampu bekerja 24 jam tanpa berasa penat, tak perlu tidur, tak perlu makan dan tak perlu berehat.

Adakah Muhyiddin (gambar) tahu bahawa beliau kini semakin dibenci oleh warga pendidik lantaran ketidakpeduliannya dalam menjaga kebajikan warga guru? Nampak bayangan Muhyiddin di kaca televisyen pun sudah cukup untuk membuatkan tekak berasa loya dan mual.

Mana tidaknya, di bawah pentadbirannya, guru-guru pernah dicadangkan untuk bekerja 9 jam pada tahun 2012. Pada tahun lepas juga, yang menjadi  tikus makmalnya adalah 5000 orang guru dari 104 buah sekolah  di Pahang, Melaka, Johor dan Sarawak.

Sedarkah beliau para guru bekerja lebih dari 9 jam sehari termasuk waktu yang diperuntukkan di rumah? Itu belum mengambil kira kedatangan pada hari Sabtu dan Ahad untuk program-program sekolah, kelas tambahan, melatih para pelajar dalam aktiviti ko-akademik (contohnya perbahasan dan pidato), sukan (contohnya bola baling dan bola sepak) serta aktiviti unit beruniform (contohnya kawad kaki).

Bukan itu sahaja, segala penat lelah, masa, kesungguhan dan wang ringgit  ini dicurahkan dengan ikhlas demi kasih sayang kepada sekolah dan para pelajar tanpa mendapat satu sen pun elaun ‘over time’ atau tuntutan ‘mileage’ sebagaimana kakitangan awam yang lain.

Ingatlah, kami tidak pernah meminta supaya pengorbanan dan jasa kami dikenang. Apa yang kami minta adalah supaya orang atasan prihatin dengan masalah yang kami hadapi. Bila kami suarakan keluhan, Muhyiddin menjawab, “Multi tasking bukan hanya berlaku di sekolah, tetapi di tempat lain pun berlaku ‘multi tasking’”.

Betapa kecewa dan tergurisnya hati ini. Usahkan nak berterima kasih, jawapan yang diberikan seolah-olah golongan guru ini adalah golongan yang berkira untuk melakukan sesuatu di luar bidang tugasan mereka.

Tetapi tahukah anda ‘selama enggang mengeram selangkas betik berbuah’ itulah yang kami lakukan saban hari? Jika dikaji baik-baik, 70 peratus daripada tugasan yang kami laksanakan adalah tugas-tugas di luar bidang pengajaran.

Saya, bagi pihak warga pendidik ingin menjelaskan sekali lagi, masalah kami bukannya ‘multi tasking’ kerana dari dulu lagi guru melakukan segala-galanya. Di sekolah, guru adalah kerani, supir (pemandu), jururawat, ‘cleaner’, tukang kebun, tukang cat dan segala-galanya.

Kalau masih tidak percaya lihat sahajalah pada hari sukan, yang tercegat di bawah  matahari menjadi pengadil untuk pelbagai acara sukan adalah guru dan terbongkok,-bongkok mengutip sampah bersama pelajar selepas acara sukan juga guru.

Selain itu, guru jugalah tukang jahit maskot rumah sukan, tukang cuci berbelas-belas baju perbarisan, tukang masak, dan segalanya-galanya.

Tetapi ini bukanlah masalahnya. Masalah kami pada hari ini adalah tugas yang kami terpaksa laksanakan semakin bertambah dan terus bertambah di bawah pentadbiran Muhyiddin sehingga kami sudah tidak ada masa untuk menanda buku latihan dan kertas peperiksaan pun terpaksa ditanda ala kadar.

Lebih teruk lagi dengan adanya PBS, guru-guru makin tidak menang tangan sehingga terpaksa memberi latihan kepada para pelajar untuk dijawab di rumah.

Tidak kurang juga guru yang memberikan jawapan kepada pelajar dan yang paling membimbangkan apabila kesuntukan masa markah pelajar dimasukkan dalam SPPBS (Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah) secara rawak atau ‘pakai belasah’.

Pelaksanaan PBS yang tidak mengikut  prosedur adalah rahsia terbuka di bilik guru. Jadi di manakah ‘validity’ PBS ini?

Ketiadaan ‘validity’ dalam PBS adalah antara punca mengapa PBS tidak diiktiraf oleh golongan pendidik dan ibubapa. Penolakan golongan pendidik terhadap sistem PBS juga terbukti apabila Peperiksaan Akhir Tahun untuk pelajar Tingkatan Satu dan Tingkatan Dua masih dijalankan di sekolah bagi mencari pelajar terbaik untuk Hari Anugerah Cemerlang.

Sama ada Muhyiddin sedar atau tidak, guru-guru tanpa segan silu telah menyuarakan penolakan terhadap sistem PBS ciptaan Menteri Pelajaran itu  bersama kroni-kroninya.

Sekiranya guru-guru mengiktiraf PBS, sudah tentu pelajar terbaik akan dipilih berdasarkan keputusan PBS tanpa perlu diadakan lagi Peperiksaan Akhir Tahun.

Terus terang saya katakan saya memang berasa bersalah dan berdosa kerana tidak dapat melaksanakan tugasan melibatkan PBS dengan baik dan kerana itulah saya tampil menulis surat ini.

Apa yang akan saya jawab pada Allah S.W.T nanti kerana tidak melaksanakan tanggungjawab dengan jujur dan telus? Saya juga tidak mahu mengheret Muhyiddin bersama-sama saya di neraka kerana ketidaktelusan dalam PBS.

Jujurnya, kami, guru-guru terpaksa melakukan penipuan secara halus ini sejak PBS diperkenalkan kerana kami memang tidak menang tangan walaupun telah mengorbankan masa tidur dari tujuh jam menjadi tiga jam.

Apabila ramai warga pendidik meluahkan kekesalan terhadap bebanan tugas melampau di facebook, twitter, blog dan lain-lain lagi, kami dikatakan mengkhianati kerajaan.

Kami diambil tindakan tegas sedangkan kami hanya meluahkan perasaan kepada sahabat handai dan keluarga di laman sosial. Salahkah kami jika meluahkan perasaan terhadap bebanan kerja di sekolah yang membuatkan kami ditimpa pelbagai penyakit seperti darah tinggi, ‘depression’ dan ‘migrain’?

Itu juga antara punca kebencian di hati warga pendidik sehingga mendorong kami meluahkan kekesalan di kertas undi dengan memangkah parti pembangkang.

Kementerian Pelajaran dan Kementerian Pengajian Tinggi haruslah mengambil iktibar kekalahan dua orang timbalan menterinya iaitu Dr Puad Zakarshi dan Datuk Saifuddin Abdullah.

Benarkah kejatuhan kedua-dua timbalan menteri ini adalah satu kebetulan? Atau mungkinkah kejatuhan dua nama besar ini disebabkan ketidakpuasan di hati rakyat, khususnya ibubapa dan guru-guru terhadap sistem pendidikan yang dilihat semakin bercelaru? Fikir-fikirkanlah, renung-renungkanlah dan tenung-tenungkanlah.

Saya secara peribadi berasa amat gembira jika benar apa yang dikatakan oleh Najib yang beliau mahu mendengar masalah rakyat dan memperbaiki kelemahan pentadbirannya. Sememangnya inilah yang patut dilakukan dari dulu lagi dan bukannya mengambil tindakan apabila kakitangan kerajaan meluahkan rasa tidak puas hati.

Guru-guru yang ditangkap mengeluarkan kenyataan yang bersifat memprotes akan ditukar tempat kerja atau dibuang terus. Ini adalah satu tindakan bodoh kerana sudah tentu kebencian yang sedia ada akan bertambah dengan momentum protes yang lebih kencang.

Kepada yang dibuang kerja bukan sahaja mendapat simpati, bahkan mempunyai lesen lebih besar untuk menghentam kerajaan kerana sudah tidak terikat dengan mana-mana pihak.

Jika kita kaji betul-betul, PRU kali ini menyaksikan polarisasi kaum yang hebat. Majoriti kaum Cina dilihat lebih senang dengan parti pembangkang lebih-lebih lagi DAP. Jika golongan guru yang majoritinya orang Melayu juga tidak menyokong kerajaan ke manakah halatuju dan masa depan Barisan Nasional pada PRU akan datang?

Jadi hargailah kaum guru dan jangan terlalu menindas kami kerana pada hakikatnya kebanyakan kami terdiri daripada orang yang sentiasa berdiri teguh di belakang pemimpin dan sentiasa mendukung agenda dan aspirasi kerajaan dalam memajukan bangsa dan negara.

Besarlah harapan kami, guru-guru di seluruh Malaysia agar Perdana Menteri dapat mengkaji semula sistem PBS yang pada pendapat kami, golongan pendidik, para ibu bapa dan pelajar tidak ada ‘validity’.

Dalam kekalutan berhadapan dengan PBS, timbul ura-ura yang mengatakan pelajar tingkatan 3 pada tahun hadapan akan menjalani pentaksiran berpusat yang menyamai PMR untuk menentukan sama ada mereka layak untuk memasuki aliran Sains, Perakaunan atau Sastera bagi kemasukan ke Tingkatan Empat. Pelbagai persoalan bermain di benak kami. Antaranya:

1. Mengapa perlu ada pentaksiran berpusat lagi setelah pemansuhan PMR (Penilaian Menengah Rendah)?

2. Mengapa kemasukan pelajar ke tingkatan 4 untuk aliran Sains, Perakaunan dan Sastera tidak dibuat berdasarkan keputusan PBS?

3. Adakah ini bermakna Kementerian Pelajaran juga tidak mengiktiraf PBS?
Nampaknya segala keringat yang dicurahkan oleh guru-guru  siang dan malam sia-sia sahaja. Bukan sahaja golongan guru tidak mengiktiraf PBS malah Kementerian Pelajaran juga secara tidak langsung telah mengakui kesilapannya memperkenalkan PBS. Kini mereka sedang terkulat-kulat mencari idea untuk menutupi kelemahan PBS. Akhirnya ‘back to square one’ pentaksiran berpusat yang menyamai PMR terpaksa dijalankan. 

Jelaslah, PBS adalah kutu yang disangkakan berlian. Ia dibawa masuk pihak-pihak tertentu setelah lawatan singkat ke luar negara. Parasit ini dibawa masuk atas slogan  ingin menjana transformasi pendidikan negara.

Demi mendapatkan nama, apa-apa sahaja yang menampakkan berlakunya transformasi diserap tanpa diselidiki dan dikaji terlebih dahulu dan yang menjadi mangsa adalah para pelajar dan guru. Ingatlah, sistem pendidikan bukanlah bahan ujikaji. 

Ianya harus diambil dengan serius dan tidak boleh dibuat main-main. PBS sangat tidak sesuai untuk diaplikasikan di Malaysia apatahlagi di peringkat sekolah menengah.  Malah negara-negara maju juga telah banyak memansuhkan PBS.

Najib juga ada mengatakan untuk memberi perhatian segera dalam mengurangkan beban tugas guru melalui Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025). 

Bagi guru-guru, setiap hari yang berlalu umpama memikul sederetan gunung di atas kepala dan tahun 2025 adalah penantian yang terlalu lama. Sementara mencari jalan penyelesaian terbaik, saya cadangkan Kementerian Pelajaran mengeluarkan surat pekeliling agar bilangan aktiviti dikurangkan dan diselaraskan di semua sekolah.

1. Hadkan penglibatan ko-kurikulum di semua sekolah kepada salah satu sahaja sama ada unit beruniform, sukan atau kelab. Jika ingin juga melaksanakan program-program ko-kurikulum dan menjalankan dasar ‘1 Murid, 1 Sukan’ mungkin pihak kementerian boleh mempertimbangkan untuk membawa masuk pegawai dari Jabatan Belia dan Sukan dan berikan mereka sedikit elaun untuk memantau dan merancang aktiviti ko-kurikulum pada setiap hari di sebelah petang.

2. Begitu juga dengan majlis rasmi di sekolah, Kementerian Pelajaran boleh menetapkan beberapa acara rasmi sahaja untuk dijalankan setiap tahun dan diselaraskan untuk semua sekolah.

(Tugas guru sudah di mana-mana - gambar hiasan)

3. Selain itu keluarkan arahan rasmi kepada Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) dan Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) agar tidak lagi membebankan guru-guru dengan pemantauan berbagai-bagai fail kerana pada pendapat saya penilaian terhadap prestasi seseorang guru itu perlu dilihat dari aspek pengajaran dan bukannya sistem dokumentasi yang nampak begitu gah dari luar, tetapi jarang dilaksanakan dengan baik.

4. Menteri Pelajaran juga harus sedar arahan untuk mengisi maklumat dalam pelbagai pangkalan data juga semakin menjadi-jadi pada hari ini sehingga kami terpaksa membeli ‘broadband’ semata-mata untuk kerja mengisi data. 

Setiap unit di jabatan dan kementerian seperti berlumba-lumba untuk menampakkan kemantapan unit masing-masing dengan memperkenalkan pelbagai pangkalan data diisi. Ada kalanya kami terpaksa mengisi data yang sama berulangkali untuk JPN dan PPD. 

Apabila terlalu banyak maklumat yang perlu dimasukkan dalam pelbagai pangkalan data, maka berlakulah penipuan secara halus yang melibatkan angka-angka dan maklumat-maklumat rekaan. Bukan itu sahaja, adakalanya kami terpaksa meninggalkan kelas kerana mengejar tarikh tutup pengisian data. Ini berlaku apabila ada masalah ‘network’ di rumah dan data terpaksa dimasukkan di sekolah keesokan hari sebelum tarikh tutup. 

Persoalannya, kami menerima arahan dari kementerian pendidikan untuk melindungi waktu P &P (pengajaran dan pembelajaran), jadi mengapa pada masa yang sama kami dibebani dengan kerja perkeranian yang tidak henti-henti sehingga adakalanya terpaksa meninggalkan kelas?

Jika data sangat diperlukan oleh JPN atau PPD, turunkanlah beberapa orang JPN atau PPD selama seminggu khusus untuk pengisian data. Guru-guru boleh membantu untuk mengagihkan borang-borang kepada pelajar dan selebihnya diuruskan oleh JPN dan PPD kerana sememangnya kami tahu, pegawai PPD dan JPN sukakan maklumat online kerana ianya memudahkan kerja mereka. Jadi pegawai JPN dan PPD perlu bersama-sama membantu kami, bukan hanya tahu mencari kelemahan guru-guru dan memalukan kami di bilik mesyuarat apabila pencerapan dilakukan atau apabila keputusan peperiksaan tidak baik. Selamilah juga apa yang kami terpaksa lalui kerana anda juga adalah bekas-bekas guru. 

Kami dipaksa melakukan pelbagai kerja dalam satu hari.  Jadi bilakah masanya untuk kami membuat persediaan untuk mengajar dan menghasilkan keputusan yang cemerlang untuk sekolah?

Sesungguhnya, Najib tidak boleh mengambil masa terlalu lama dalam memikirkan penyelesaian terhadap bebanan tugas guru. Sekiranya, kerajaan tidak mampu menggaji kerani, pembantu guru atau kakitangan luar, sudah sampai masanya pihak kementerian mengurangkan bebanan guru dengan mengehadkan aktiviti di sekolah, menghentikan prosedur penilaian yang berasaskan sistem dokumentasi dan mengurangkan arahan untuk mengisi maklumat dalam pelbagai jenis pangkalan data yang saya kira tidak praktikal kerana tanggungjawab seorang guru adalah mengajar dan bukannya meninggalkan kelas kerana kerja perkeranian.

5. Saya mewakili guru-guru dan saya juga sebagai ibubapa menasihatkan Kementerian Pelajaran untuk menghentikan PBS serta merta demi masa depan anak-anak kami. Jangan bazirkan waktu mereka di sekolah dengan PBS lagi.  

Sudah sampai masanya PBS dihentikan dari terus manjadi bahan ujikaji untuk pelajar-pelajar lain. Jadilah kesilapan ini sebagai satu pengajaran agar pihak kementerian lebih berhati-hati dalam melaksanakan suatu sistem baru. 

6. Jika pihak Kementerian Pelajaran malu untuk mengakui kesilapan mereka dan takut ego mereka tercalar, jalankanlah PBS tetapi bukan dengan cara penyediaan beratus ‘evidence’ yang perlu ditanda, difailkan dan kemudian diisi pula dalam SPPBS kerana ianya membebankan guru-guru dan langsung tidak memberi apa-apa manfaat kepada pelajar. 

Demi kepentingan sistem pendidikan dan pelajar, saya cadangkan PMR dikembalikan semula dan PBS dikekalkan namanya tetapi diganti dengan kerja projek. Mungkin satu tahun pelajar boleh melaksanakan satu kerja projek yang menyumbang lebih kurang 30% dari markah keseluruhan PMR. Ini bermakna 10% markah diperuntukkan bagi satu kerja projek untuk satu tahun, bagi setiap matapelajaran.

Sekiranya kerajaan dapat melaksanakan cadangan saya ini, saya yakin kualiti pengajaran guru-guru akan lebih baik dan sistem pendidikan akan gah semula. Apatah lagi semua ini tidak melibatkan apa-apa kos peruntukan. Jika ini dapat dilaksanakan, saya pasti martabat guru di Malaysia juga akan meningkat secara mendadak seperti guru-guru pada zaman ayah dan ibu kita suatu ketika dahulu yang begitu dihormati dan disegani oleh masyarakat.

Kepada Muhyiddin Yassin, nasihat saya, janganlah asyik ke hulu ke hilir menjaja cerita yang kementerian Tan Sri sedang bermesyuarat untuk menyelesaikan masalah bebanan guru. Kami sudah mula bosan dan putus asa dengan jawapan Tan Sri. 

Sampai bilakah Tan Sri mahu bermesyuarat? Kalau Tan Sri dan pemimpin-pemimpin UMNO bertandang, kamilah orang pertama yang akan dikerah untuk memenuhi dewan. Berjam-jam lamanya terpaksa melangut dan menguap di situ.  Sebetulnya, kami sudah jemu dan loya dengan ucapan Tan Sri. Kami sudah mula mual dengan janji-janji manis Tan Sri. Adakalanya terasa nak muntah dengan lambakan kerja yang Tan Sri dan anak-anak buah Tan Sri campakkan di atas muka kami.

Pada tahun 2010, Tan Sri tubuhkan jawatankuasa khas untuk mengkaji bebanan tugas guru. Belum pun ada apa-apa penyelesaian terhadap isu yang dikekemukakan sebelum ini, timbul lagi kerja-kerja baru. Pada tahun 2012 Tan Sri perkenalkan pula PBS dan bermacam-macam lagi pangkalan data untuk diisi. 

Bukan itu sahaja, pada tahun sama Tan Sri juga ada mencadangkan agar guru-guru bekerja mengikut waktu pejabat. Inikah penyelesaian yang Tan Sri mesyuaratkan selama ini? Perangai Tan Sri ini bertepatan sangatlah dengan kata pepatah “tahi yang dulu belum dicuci, kini membuat tahi yang baru”. Jadi, bagaimanakah kami, warga pendidik mahu percaya kepada kata-kata dan janji-janji Tan Sri lagi?

Saya dan warga guru sandarkan harapan kepada Perdana Menteri agar dapat melakukan sesuatu dengan segera untuk mengurangkan bebanan tugas guru dan carilah pemimpin yang lebih berkredibiliti dan mampu berfikir pada masa hadapan untuk menerajui sistem pendidikan dan bukannya pakai tangkap muat. Muhyiddin adalah salah satu contoh pemimpin yang hanya tahu mengangguk dan menggeleng sahaja. Sekiranya Muhyiddin lebih cerdik dari orang bawahannya, sudah pasti sistem-sistem mengarut dalam pendidikan kita tidak ada pada hari ini.