Dunia sudah diperkenalkan dengan beberapa bentu sistem kerajaan amalan di dunia kini. Bermula dengan kerajaan berjenis demokrasi, autokrasi, sosialisme, nazisme, totaliran dan sebagainya. Kini ada satu lag jeis fahaman sisitem iaitu Kerajaan yang ada sekarang adalah kerajaan TIDAK PEDULI. Payah atau tidak payah berurusan dengan kerajaan APA PEDULI ini masing-masing pembaca boleh nilai sendirilah.
Bermula dengan keputusan orang cakap pasal undi popular. Kerajaan APA PEDULI kata kami bukan peduli asalkan dapat kerusi banyak dan cukup memerintah , ini sudah diterima rakyat.
Bukti jelas mengatakan SPR tidak adil dan telus serta bebas. Dakwat kekal tidak kekal, ada blackout, pengundi hantu, orang undi hak orang sebenar, pengundi mengaku undi 2 kali, 24 pegawai SPR kawasan Besut dikurung 24 jam minta pangkah kertas undi , undi awal bagi ke BN dan macam-macam lagi pasal kelaku SPR. Pilihanraya ini adil, kata kerajaan APA PEDULI kalau tidak bersetuju dengan SPR , yang mana-mana kawasan parlimen dan Dun menang itu ada ke pengundi hantu lah.
Kerajaan APA PEDULI kata, kalau tidak terima dan setuju dengan keputusan PRU 13, sila berhijrah ke luar negara. Malah macai kerajaan APA PEDULI kata lagi, jika tidak mahu terima keputusan PRU13, masuk ke hutanlah..
Lagi kerajaan APA PEDULI buat terus mesyuarat kabinet, 3 dan 4 menteri yang dinamakan bertaraf Senator belum sah, kerana belum angkat sumpah lagi.
Dan lebih malang lagi kerajaan APA PEDULI, PM nya pula didapati tidak sah kerana ikut pandangan pakar langgar habis tatacara dan perlembagaan yang depa amalkan selama ini. Tiada angkat sumpah terima jawatan, angkat sumpah simpan rahsia, angkat sumpah terima amanah dan pegang jawatan dan angkat sumpah setia mengikut Perlembagaan Malaysia 43(6) (dakwa seorang Pegawai Kanan Polis)
Kerajaan APA PEDULI lantik diri dia lagi sebagai Menteri Kewangan. Walaupun dalam negara kita ramai orang yang berkelayakan. Ramai yang tahu hutang kita ceceh paras RM500 billion, kepala Kerajaan APA PEDULI sahaja buat hutang RM200 billion sepanjang beliau menjawat jawatan PM. Ini menandakan beliau berjaya kalahkan 2 mantan PM sebelumnya. Atau secara banding dengan hutang mantan 2 PM terdahulu Dr M dan Pak Lah berjaya kumpulan hutang sejumlah RM200 billion sahaja.
No comments:
Post a Comment