Monday, September 10, 2012

Bahasan Raya Adilfitri Sebulan - jangan balah

Isu Hari Raya Aidil Fitri sebulan menjadi medan sindiran sinis golongan agama di negara ini. Tetapi itulah budaya yang telah dinilaikan dalam masyarakat Melayu islam negara ini.

Penjelasan Adun Bangi Dr Shafie dalam blognya sekurang-kurangnya dapat meredakan para pengamal yang bungkam dengan pandangan sinis para ustaz dalam membual bicara kuliah mereka sepanjang Syawal ini.

Hatta di dalam komuniti PAS sendiripun Syawal juga dirayakan selama sebulan. Ini kerana kekangan dan alasan sama  seperti dihujahi oleh adun Bangi.

Ingatlah teguran itu sebagai teguran membina para ustaz dalam kita menilai amal ibadat atau kerja-kerja kerohanian kita yg menjuruskan kepada kesederhanaan. Janganlah menjadikan ia sebagai titik-titik perbalahan, lihatlah di sudut positif bukan negatifnya.

Tujuan sebenar para ustaz berbuat demikian adalah sekadar mahukan kita sama-sama imbangkan  raya dan ibadat. 




Sunday, September 09, 2012

TPM nak sangat ke jawatan Najib tu

Siapa sabotaj siapa, nampak TPM lebih terkedepan dan lebih berani serta nampak lebih sayangkan Umno daripada PM. Sebabnya kini giliran beliaulah menjadi PM yg selama ini diimpikan oleh ramai orang.

Namun, tindakan singkir lebih manis daripada dipecat. Maksudnya samalah sahaja antara singkir dan sabotaj. Eloklh sangat dan lantak pi lah dia nak displinkan parti dia, ada kita kesah.

Sinisnya amaran TPM kepada PM lah, itulah yang kita nak ceritakan. Nampak sangatlah bahawa Najib lemah dan semakin dilemahkan.

Usaha bersungguh-sungguh TPM mengisi tempat Najib dengan beredar provokasi sesama dia di sekitar JB poster yg mencabar secara terang-terangan mahukan anak Udin ini sebagai PM dalam PRu 13 nanti.

Kita tanya pula, sempat ke ?





Singkir jika sabotaj - Muhyiddin


MUHYIDDIN Yassin bersalaman dengan para perwakilan pada perasmian Persidangan Perwakilan Wanita/Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Pagoh di Kompleks Sukan Pagoh dekat Muar, Johor, semalam. - MINGGUAN/ISHAK RAHMAD
MUAR 8 Sept. - Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, ahli UMNO yang melakukan sabotaj terhadap calon parti pada Pilihan Raya Umum Ke-13 akan disingkirkan daripada parti.

Timbalan Presiden UMNO itu menegaskan, keputusan tersebut adalah wajar kerana kesalahan yang dilakukan terlalu besar dan merupakan satu pengkhianatan kerana ia boleh mengakibatkan kekalahan parti.

"Kita akan singkirkan daripada parti, kita tak perlukan orang yang macam ini. Kalau tidak, kita akan kalah. Untuk itu, yang paling penting ialah nilai kesetiaan dan ketaatan dalam perjuangan kepada parti.
"Kita juga mahukan calon boleh menang yang kita nilai bukan penerimaan dalam parti kerana pernah menang jawatan ketua bahagian empat kali, tetapi mesti diterima rakyat dengan baik," katanya semasa merasmikan Persidangan UMNO Bahagian Bakri di Dewan Dato' Onn, Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) di sini hari ini.

Turut hadir Ketua Bahagian UMNO Bakri, Datuk Saipolbahri Suib; timbalannya, Datuk Mazlan Sabari dan Wakil Penyelaras Perhubungan UMNO Johor, Jaafar Hashim.
Muhyiddin yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata, kriteria pemilihan calon pilihan raya umum akan datang dilakukan dengan teliti kali ini dan kajian latar belakang ke atas setiap mereka dilakukan bagi memastikan hanya yang layak dan benar-benar berkualiti dipilih.
Menurut beliau, pemilihan calon amat dititikberatkan kerana tidak boleh dilakukan secara sebarangan kerana pilihan raya umum akan datang adalah yang paling mencabar dalam sejarah UMNO dan Barisan Nasional (BN).

Beliau berkata, pilihan raya umum akan datang adalah penentu kepada BN untuk terus berkuasa dan semua pihak harus bermati-matian memastikan kemenangan, sekali gus kekal berkuasa di Putrajaya.
"Kita tidak boleh lagi main-main, kuasa sekarang di hujung tanduk, pembangkang sudah pun meraikan separuh daripada kejayaan dan mereka kata akan rampas Putrajaya," katanya.

Sementara itu, pada sidang akhbar selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Pagoh di Komples Sukan Pagoh, Muhyiddin berkata, setiap keputusan pemecatan ahli yang mensabotaj parti dilakukan setelah meneliti bukti-bukti kukuh dan dibuat berdasarkan perlembagaan parti.

"Kita harap perkara itu tidak akan berlaku kerana saya yakin mereka sudah pun dapat memahami tentang pentingnya pilihan raya kali ini," katanya.

Beliau turut berharap semua ahli parti UMNO dan komponen BN berikrar untuk akur dan menerima apa sahaja keputusan yang dibuat oleh pucuk pimpinan parti bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang.

Terdahulu, semasa berucap pada majlis tersebut, Muhyiddin menasihatkan ahli parti dan rakyat supaya tidak terpengaruh dengan janji dan manifesto pakatan pembangkang yang disifatkannya sebagai 'jualan murah' untuk rakyat.

"Mereka sanggup menjanjikan bulan, bintang dan matahari. Kononnya kalau berkuasa akan beri air percuma, elaun untuk warga emas, hapuskan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), hapuskan tol dan sebagainya.

"Memang kalau kita lihat sepintas lalu, kita boleh terpengaruh dengan janji mereka. Tetapi ia adalah sesuatu yang di luar jangkauan kita dan kalau dilaksanakan Malaysia akan bankrap dalam tempoh beberapa tahun sahaja," katanya.

Saturday, September 08, 2012

Kerajaan UBN gagal secara total, mari kita ubah dan selamatkan Malaysia

Rangka pelan pendidikan atau dasar pendidikan negara tidak pernah diletakkan target endingnya. Ukuruan jaya atau tidak dasar pelajaran daripada dasar pendidikan tidak pernah diumumkan. Jika gagal dasar sebelumnya hendaklah dinyatakan kepada umum. Nampak kerajaan diam dan takut sangat, 

Kini diubah lagi dengan disisip dasar baru dengan nama Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2025. Matlamatnya menghsilkan modal insan unggul, kreatif, berkemahiran tinggi dan berdaya saing. Boleh kah kita percaya, macamlah dengan wawasan 2020 yang nampak senyap aje sahaja. 

Bagaimana pencapaian pelan pendidikan sebelumnya, jika diubah atau dicuba dengan yang lain maknanya dasar atau pelan sebelum ini gagallah. 

Begitulah kerajaan membuat ujikaji kepada rakyat. Padanlah masalah sosial makin kronik, kerana kerajaan caca marba tercari-cari dan terkial-kial dengan apakah modul atau ikutan yang mahu digunapakai. semau yg dirancang gagal, malah kerajaan yang ada pun dah gagal membangunkan rakyat dan negara ini.

Pelan pendidikan baru bakal dilancar

PADA Selasa ini, satu peristiwa bersejarah bakal dilakarkan apabila dilancarkan laporan awal Pelan Pembangunan Pendidikan (PPP) 2013-2025.

Laporan awal itu yang akan dilancarkan sendiri oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur bertujuan menghasilkan modal insan unggul, kreatif, berkemahiran tinggi dan berdaya saing di peringkat antarabangsa melalui sistem pendidikan yang berkualiti dan bertaraf dunia.

Selepas pelancaran laporan awal dalam bentuk dokumen itu yang mengandungi pandangan, cadangan dan maklum balas untuk mempertingkatkan sistem pendidikan negara, ia akan dipaparkan untuk dilihat orang ramai.
Orang ramai boleh meneliti dokumen awal tersebut dan mengemukakan pelbagai cadangan tambahan sebelum ia dimuktamadkan pada penghujung tahun ini.
Sebahagian daripada cadangan itu diperoleh daripada Dialog Nasional Pendidikan Negara 2012 yang telah diadakan di seluruh negara dengan dipengerusikan oleh bekas Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Dr. Wan Mohd. Zahid Wan Mohd. Nordin.
Sesi dialog itu telah membolehkan segenap lapisan masyarakat seperti golongan petani, pemandu teksi, pekerja kilang, peniaga, warga pendidik hinggalah kepada pelbagai latar belakang kumpulan profesional mengemukakan cadangan.
Selain dialog, pandangan juga diperoleh melalui Twitter, Facebook dan laman-laman web. Ia juga mengambil kira pandangan Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO), Bank Dunia, hasil kajian 12 panel bebas, empat panel antarabangsa yang dilantik, laporan daripada enam Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan sembilan makmal pendidikan.
Dokumen awal PPP itu akan memaparkan pelbagai cadangan yang melibatkan sembilan bidang utama yang dianggap kritikal untuk mentransformasi pendidikan negara dan perlu diberikan perhatian oleh kerajaan.
Pertama, memartabatkan profesion keguruan. Untuk itu, Kementerian Pelajaran akan memberi fokus kepada usaha meningkatkan kualiti guru melalui pengambilan calon-calon guru yang memiliki keputusan akademik cemerlang serta meningkatkan kualiti latihan praperkhidmatan dan dalam perkhidmatan untuk guru.
Di samping itu, kementerian akan menambah bilangan guru dengan nisbah satu guru bagi setiap 13 murid, iaitu melebihi purata antarabangsa satu guru bagi setiap 16 murid.
Kedua, meningkat kualiti kepimpinan sekolah. Antara kaedah yang dilaksanakan adalah memberikan ganjaran kepada pengetua dan guru besar yang menunjukkan pencapaian cemerlang dalam meningkatkan prestasi sekolah.
Ia juga melibatkan langkah memperkenalkan kaedah pemilihan pengetua dan guru besar berasaskan merit dan pelan peralihan kepimpinan sekolah yang berkesan.
Ketiga, meningkatkan kualiti sekolah yang sekali gus akan meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran. Antara ciri-ciri sekolah berkualiti adalah yang mempunyai kemudahan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).
Untuk tujuan ini, kerajaan akan meningkatkan kemudahan ICT kepada sekolah termasuk kemudahan jalur lebar dan internet berkelajuan tinggi bagi memudahkan murid mengakses maklumat di dunia maya.
Keempat, memantapkan kualiti kurikulum dan pentaksiran untuk menyediakan modal insan abad ke-21.
Keutamaan yang diberikan adalah untuk membina satu kurikulum yang memenuhi piawaian antarabangsa dengan menekankan aspek kemahiran kreatif, penyelesaian masalah dan inovasi yang merupakan ramuan utama untuk melahirkan modal insan yang mampu untuk bersaing di peringkat global.
Kelima, meningkatkan penguasaan pelbagai bahasa di kalangan murid. Ia akan dilaksanakan tanpa menjejaskan kepentingan penguasaan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua di negara kita.
Langkah meningkatkan penguasaan bahasa ketiga seperti Mandarin, Tamil, Arab dan bahasa-bahasa antarabangsa lain adalah selaras dengan kemunculan kuasa baru ekonomi dunia yang sebahagiannya bertumpu di negara-negara Asia.
Keenam, menekankan penglibatan ibu bapa, sektor swasta dan masyarakat sebagai rakan kongsi dalam pendidikan.
Satu aspek yang diberikan penekanan dalam kajian semula pendidikan ini adalah peranan pihak berkepentingan di luar lingkungan sekolah untuk berganding bahu dengan pihak sekolah dalam usaha meningkatkan pencapaian murid.
Ketujuh, meningkatkan kesediaan murid untuk merebut peluang dalam pendidikan tinggi dan pasaran kerja. Pelan pendidikan baru ini akan melengkapkan pelajar dengan ilmu dan kemahiran yang akan membolehkan mereka memasuki pasaran kerja dalam sektor yang berdaya saing.
Untuk tujuan itu, di samping menguasai literasi dan numerasi, murid-murid akan dilengkapkan dengan kemahiran abad ke-21 seperti kualiti kepimpinan, kemahiran menyelesaikan masalah, pemikiran aturan tinggi (higher order thinking) dan kebolehan berkomunikasi dengan berkesan.
Kelapan, memperbaiki kecekapan dan keberkesanan pengurusan sumber. Ini bermakna, Kementerian Pelajaran akan mengurus sumber dengan cekap bagi mengelakkan ketirisan dan pembaziran serta memastikan sumber diagih secara optimum agar pulangan yang maksimum terhasil daripada setiap ringgit yang dibelanjakan untuk pendidikan.
Kesembilan, membina kemampuan serta keupayaan sistem penyampaian pendidikan. Ini bermakna, kualiti kepimpinan dan susunan urus tadbir kementerian akan diberikan perhatian yang utama dalam usaha untuk meningkatkan kecekapan dan keberkesanan fungsi pegawai di setiap peringkat.
Ia akan melibatkan kira-kira 10,000 pegawai di peringkat kementerian, 6,000 di peringkat negeri, 4,000 di peringkat daerah dan 420,000 guru di sekolah.
Kepada orang ramai yang sedang menanti-nantikan pelancaran laporan awal PPP, marilah kita sama-sama mengemukakan pelbagai cadangan membina supaya ia menjadi pelan pendidikan yang melambangkan aspirasi rakyat seluruhnya.

Tuesday, September 04, 2012

INILAH KERJA-KERJA SYAAITAN YANG DIKENALI

INI ADALAH ANTARA KERJA-KERJA SYAITAN YANG DIKENALI....


Nyawa, maruah pemimpin Pakatan juga bernilai

Idris Ahmad,04 Sep 2012
Pemimpin Umno membuat fitnah kepada Pakatan Rakyat kononnya akan menukar bendera apabila memerintah nanti.

Bulan Syawal masih ada, puasa Ramadan tidak memberi apa-apa kesan ke dalam diri mereka. Semuanya matlamat menghalalkan cara.

Walaupun pemimpin Pakatan Rakyat menegaskan tidak pernah ada perbincangan langsung untuk menukar bendera, cuma yang ada hanya untuk menukar kerajaan.

Apabila dicabar di mana, minit mesyuarat mana semuanya tidak disambut sebaliknya media mereka meneruskan pesta fitnah untuk memastikan rakyat takut kepada Pakatan Rakyat.

Tahniah kepada pihak polis yang terus menubuh pasukan penyiasat untuk menyiasat isu bendera dan pijak gambar Datuk Seri Najib pada malam Himpunan Janji Demokrasi 30 Ogos 2012.

Cuma rakyat tertanya-tanya apa pula tindakan terhadap keganasan yang dilakukan oleh penyokong Umno kepada pemimpin Pakatan Rakyat.

Apakah nyawa dan maruah pemimpin Pakatan Rakyat tidak ada nilai? Apakah pemimpin Pakatan Rakyat tidak berhak untuk bergerak bebas di dalam negara ini? Apakah parti PAS, DAP dan PKR parti haram?

Mereka yang membuat ganggu terus bermaharajalela. Di manakah keluhuran Perlembagaan dan Kedaulatan Undang-Undang?

Mana tindakan tegas terhadap keganasan demonstrasi kepala lembu di Shah Alam pada 28 Ogos 2009. Ini demonstrasi penghinaan pada agama. Nasib baik provokasi ini tidak disambut, kerana kebijaksanaan pimpinan Pakatan Rakyat mengawal keadaan.

Apa khabar mengenai  serangan kepada Haji Mohamad Sabu yang berceramah di Seremban pada 24 September 2011 sehingga ada yang cedera. Begitu juga gelagat samseng yang mengganggu ceramah Pakatan Rakyat di Lembah Pantai pada 25 Mei 2012 sehingga ada yang cedera.

Mana tindakan terhadap mereka yang menyerang Nazir Masjid al-Solihin Teras Jernang, Bangi ketika pemilihan Jawatankuasa Masjid  10 April 2012.

Begitu juga beberapa serangan terhadap YAB Lim Guan Eng di Pulau Pinang, penghinaan dengan membawa kek najis kepada Lim Guan Eng.  Apa tindakan terhadap mereka yang memijak gambar beliau? Beliau menjadi Ketua Menteri dipilih mandat oleh rakyat. Kenapa layanan begitu rupa terhadap beliau?

Bas Jelajah Merdeka anjuran PKR diserang dan disimbah cat merah di Kota Baharu pada 1 September 2012.

Terbaru peristiwa baling kasut dan mengganggu tazkirah Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 2 September 2012 di  Masjid Pumpung Alor Setar. Semuanya rakyat memerhati dan berfikir, adakah pemimpin Umno kebal dan bebal.

Saturday, September 01, 2012

Memalukan dan Tidak Beramadun serta Jahat Macam setan


Cari Si Celaka Yang Sponser Samseng Khianat Bas

ULASAN PERISTIWA

Pengkhianatan dan serangan ke atas bas dua tingkat 'JelaJah Kemerdekaan' milik PKR yang berlaku menjelang Subuh pagi tadi telah mecemarkan kenvas politik Malaysia amnya dan Kelantan khasnya. Walaupun tragedi itu tidak melibatkan kehilangan nyawa atau tertitiknya setetes darah tetapi ia cukup untuk mengotorkan bumi dan menganggu kedamaian politik Kelantan. Kejadian itu memberi petanda yang cukup membimbangkan.

Menteri Besar Kelantan Nik Abdul Aziz Nik Mat menyata rasa malu di atas kejadian itu dan menyifatkan ia dilakukan oleh mereka yang jahil mengenai dosa dan pahala.

Nik Aziz ikut sama melihat keadaan bas.
Walaupun sebelum ini sudah ada kejadian-kejadian tidak 'masuk buku' seperti itu, maksudnya yang melambangkan bahawa di Kelantan juga ada manusia tidak beradab atau pun perut buncit yang busuk, tetapi ia tidak seteruk kejadian semalam. Sudah kerap kehadiran Anwar di Kelanhtan cuba diganggu dan disambut dengan kata-kata nesta dan jijik bertujuan melemahkan semangat Anwar tetapi nampaknya usaha jahat itu tidak berbekas inilah menyebabkan pengkhianat menjadi semakin marah.

Anwar bukan mudah kecut perut tetapi gangguan dan tragedi seperti itu makin membakar semangatnya dan juga semangat para penyokong. Mengulas mengenai kejadian itu Anwar terus mengarahkan mereka yang terlibat dengan siri jelajah kemerdekaan tidak gentar dengan kejadiaan bersifat provokasi itu sambil menyatakan ia sudah biasa baginya.

Sebelum ini pernah terjadi kereta yang membawa Anwar dibaling batu dan ditendang sehingga kemek. Sambil itu Anwar dilempar dengan kata-kata kesat yang tidak tergamak untuk didengari. Kejadian ini berlaku ketika Anwar berceramah di Padang Perdana yang terletak di tengah-tengah Kota Bharu. Menjadi tanda tanya kenapa kenjadian tidak beradab itu tidak berlaku di daerah luar Kota Bharu tetapi ia berlaku di Kota Bharu?

Apakah sudah berubah nilai manusia di luar Kota Bharu lebih baik dari manusia yang tinggal dalam bandar Kota Bharu? Atau sememang para samseng itu diimport dari daerah luar? Apapun orang di Kota Bharu akan bertanggung jawab di atas kejadian itu. Pemimpin Umno Kota Bharu harus merasa malu kerana ia berlaku di kawasan mereka. Walaupun mereka tidak terlibat namun tanggapan umum boleh merasakan demikian.

Mereka yang melakukan serangan dan pengkhianatan itu bukan boleh dimaafkan mereka layak disifatkan sebagai Zionis Israel.

Di Gua Musang semasa kunjungan Anwar ke daerah itu beliau hanya disambut dengan dua tiga helai sepanduk yang tertulis kata-kata jelek dan jijik. Namun keretanya tidak dilontar batu dan tiada kata-kata kesat yang dilantunkan semasa Anwar berceramah.

Tetapi apabila bas dua tingkat PKR itu yang baru pertama kali digunakan telah dipecahkan cermin dan sebahagian badannya dilumur dengan cap merah ia sudah melampau. Ia sudah sampai ke peringkat perang fizikal sudah boleh diangkat. Rasanya sudah sampai untuk para tentera Pakatan Rakyat bersiap sedia untuk ikut bersama kasar sama?

Mengenai kejadian yang sangat dikesalkan ini saya tidak mahu menuduh kepada sesiapa termasuknya pihak musuh tradisi Pakatan Rakyat iaitu BN. Dalam konteks Kelantan ialah Umno. Saya tidak kira Umno yang mengarahkan perbuatan itu. Saya merasakan ada pihak lain yang mengambil kesempatan untuk menunjukkan 'kegedebean' mereka dan dalam masa sama mengharap Umno menyokong mereka.

Saya percaya Umno di bawah Mustapa Mohamed dan Awang Adek Husein tidak tergamak untuk bermain secara jahat. Mereka tidak ada bakat dan sejarah untuk berbuat demikian. Saya cukup yakin ada anasir di luar Umno yang berbuat untuk menarik perhatian Umno dan kerja-kerja ala komunis begitu mesti dilakukan oleh orang yang pernah melakukannya dan percaya kepada politik provokasi.  Justeru kejadian malam tadi boleh dianggap si pelaku itu mahu sabotaj Pakatan Rakyat dan juga UBN Kelantan.

Sebenarnya kejadian malam tadi bukan saja setakat bas dipecahkan dan disimbah dengan cap. Khabarnya bilik penginapan Anwar Ibrahim di hotel berdekatan bas itu di parking juga cuba diganggu. Ada sumber memberi tahu ada orang yang cuba masuk ke bilik Anwar sekitar jam 3:00 pagi? Katanya menjelang petang sudah ada sekumpulan anak muda yang memasuki di coffe house hotel berkenaan dengan menunjukkan lagak meletakkan kaki di atas meja. 

Kalau ia benar berlaku keadaan ini sudah sampai ke peringkat bahaya. Ia sudah mengancam keselamatan dan nyawa Anwar. Kemungkinan ini jangan dipandang rendah. Kawalan keselamatan terhadap Anwar perlu diperketatkan. Dalam dunia hari ini apa-apa saja boleh berlaku termasuk pembunuhan. Sekiranya polis tidak bersedia memberi kerjasam atas sebab-sebab tertentu mungkin ahli PKR boleh mengambil inisiatif untuk membentuk pasukan kawalan sendiri. Unit seperti Unit Amal mungkin boleh diwujudkan.

Dalam pada itu pihak keselamatan juga perlu peka dengan keadaan ini. Menjadi tanggungjawab polis keselamatan setiap rakyat negara ini. Mereka tidak boleh bersikap berat sebalah dan perlu memberi jaminan keselamatan untuk semua. Jangan sampai sudah terjadi perkara buruk baru hendak bertindak. Kita tidak mahu melihat darah 'sengoti' akan mengalir ke bumi atau pun 'berlembe' di atas karpet hotel baru hendak bertindak. Manakala ahli PKR pula jangan nanti berlaku sesuatu yang buruk baru mereka hendak menyesal.

Anwar dan Wan Aizah melihat bas yang menjadi mangsa pengkhianat.
Mengenai samseng yang merosak bas PKR itu saya berpendapat mereka bukan dari golongan profesional dan bersekolah tinggi. Mungkin mereka terdiri daripada budak-budak hitam yang dropdalam persekolahan yang mengjadi 'perangah' pil kuda. Kalau mereka profesional dan cerdik, kandati marah kepada Anwar mereka tidak akan merosakkan bas. Mereka tidak perlu memberi amaran darah itu, tetapi mereka akan berdepan dan bersemuka dengan Anwar untuk menyatakan apa-apa bantahan dan ketidaksetujuan mereka kepada Anwar secara profesional. Memarahi bas tanpa Anwar mengetahui apa hujung pangkalnya tidak menyelesaikan masalah.

Justeru mereka hanya ditahap itu mereka tidak perlu dimarahi dan diburu. Yang perlu diburu ialah manusia yang menjadi guru kepada samseng itu dan memberi wang untuk membeli cap dan menyediakan batu untuk melontarkan bas berkenaan. Saya cukup yakin walaupun di Kota Bharu ada orang gila tetapi perbuatan itu bukan dari orang yang hilang akal yang merayai di kaki lima di sekitar Kota Bharu.

Diharap dalam masa terdekat diketahui siapakah dalang di sebalik kejadian itu. Saya cukup yakin lambat laun pasti ia akan terdedah. Dan kalau polis pula serius pasti ada orang yang akan ditangkap. Kegagalan mengesan pengkhinat itu akan menyebabkan orang beranggapan polis mungkin bersubahat dengan kejadian itu.  [wm.kl.4:01 pm 01/09/12]

Katakan Cukup Dah kepada UBN

Satu lagi projedk rakyat baguslah. rakyat dilembukan atau didahulukan . semua mahu buat projek selepas Projek RAPID Pengerang yang ccecah RM60 billion, kini tambah baik Lebuhraya Plus 

Semuanya untuk kemudahan rakyat, entahlah berapa kosnya, tanggung dek kerajaan lah tu, tapi konsesi Plus punya, tetapi kerajaan lulus yang swasta tu mintak, mestilah ada makna

Beginilah nasib kita selagi mana Umno Bn selagi itulah rakyat dan kita menanggung derita. katakan cukup dah kepada UBN


Kerajaan lulus projek pembinaan lorong keempat lebuh raya Utara-Selatan

TAMPIN 1 Sept. - Kerajaan telah meluluskan pembinaan lorong keempat di lebuh raya Utara-Selatan bagi kedua-dua arah dari persimpangan Shah Alam ke persimpangan Rawang, Bukit Lanjan ke Jalan Duta dan Nilai Utara ke Seremban.
Menteri Kerja Raya, Datuk Shaziman Abu Mansor berkata, langkah itu diambil berikutan peningkatan trafik di lebuh raya berkenaan.
"Jumlah trafik bagi lebuh raya Utara-Selatan ialah 1.2 juta sehari pada hari biasa, hujung minggu 1.4 juta, manakala hari perayaan 1.6 juta. Berbeza jumlah trafik bagi lebuh raya Pantai Timur, ia adalah sebanyak 33,000 sehari bagi hari biasa dan 175,000 pada musim perayaan," katanya kepada pemberita pada majlis rumah terbuka beliau di sini, hari ini.
Shaziman yang juga anggota Parlimen Tampin berkata, projek itu terbahagi kepada empat pakej iaitu persimpangan Shah Alam ke Sungai Buloh melibatkan jarak sejauh 16.1 kilometer, Bukit Lanjan ke plaza tol Jalan Duta (7 km), Sungai Buloh ke persimpangan Rawang (13.1 km) dan Nilai Utara ke Seremban (27 km).
Katanya, bagi pembinaan lorong keempat antara Shah Alam ke Rawang dan Bukit Lanjan ke Jalan Duta, kerja-kerja pembersihan dan pengalihan papan-tanda, papan iklan dan sebagainya telah hampir selesai dan mungkin dalam bulan ini akan dimulakan kerja-kerja tanah. - BERNAMA

Coretan Pengalaman Pengembara Bumi Orang : Pandangan Sisi Sempena Merdeka

Entri ini ditulis sempena merdeka bagi meluahkan pengalaman yang dilalui sebagai anak merdeka bawah UBN yang sudah jejak 55 tahun lamanya, Oleh itu saban tahun penulis akan kembali ke kampung halaman di Perak. Negeri ini adalah negeri yg dikenali amnya sangat ramainya didiami orang Cina atau digelar dengan jolokan benua Cina. Sinonim kita tahu semuanya Cina akan kuat menyokong parti DAP. Sementara DAP juga akan dikaitkan terus lah secara langsung dengan komunis.

Sebutlah sahaja di Perak sebut sahaja bandar-bandar utama seperti Ipoh, Taiping, Kampar, Menglembu, Ayer Tawar, Lahat, Falim ,Bidor, Tapah, Sitiawan dan sebagainya semua nya adalah bandar - bandar yang dikenali sebagai pekan Cina (Bandar Cina). Itulah kuatnya gambaran Cina di Perak.

Hatta dalam PRU 12 yang lalu , bila UBN jatuh Perak terus sahaja dikaitkan yang memerintah Perak adalah Cina DAP dan DAP sampai sekarang dimindakan ke atas rakyat Malaysia.

Namun, begitu gelombang biru kekal bertakhta dari tahun ke tahun di Perak. Legasi masyarakat Cina tidak mampu memberi impak kepada landskap politik Perak. Sehubungan itu masyarakat Cina termasuk di Perak terus kekal memberi undi kepada kumpulan Geloambang Biru. Mereka ramai tetapi ibarat buih,


Mengimbau kembali kisah silam penulis mendapat pendidikan percuma bersekolah sekolah kerajaan yang terdiri daripada pelbagai kaum. Penulis belajar sekelas dengan budak-budak Cina, tetapi sampai sekarang penulis tidak ada kenalan akrab budak Cina yg boleh diceritakan atau diketengahkan kisahnya.Semua ini adalah kerana sisitem pendidikan di sekolah yg penulis terima mahukan semacam itu, kita bersama tetapi tidak mesra, kita mesra tetapi tidak diserasikan.

Begitulah hebatnya pendidikan negara kita walaupun falsafahnya adalah terlalu murni, tetapi gagal mengintegrasikan kami dengan budak-budak Cina dan India. Sampai sekarang tiada rakan Cina yang boleh disebutkan di sini walaupun melalui sistem persekolahan bersama selama 12 dan 13 tahun, duduk dan bergaul sekelas tetapi tidak akrab. Apa yang tidak kena nya ?

Namun kini selepas PRU 12, rutin penulis tetap kembali ke kampung halaman bagi menjengah ibu tua yang masih ada. Dan pengalaman yang paling teruja dan campur terkejut bilamana satu kampung Melayu berhampiran bandar  Ayer Tawar tertubuh satu cawangan DAP. Jika dulunya jangan mimpi lah keadaan macam ini, kerana hidup mati rakyat Melayu Perak kampungan khasnya hidup mati dan hidup semula adalah bersama UBN.

Sebelum ini semasa kecil dan semasa belajar penulis memang anti dan bencikan Cina apatah lagi bila dikaitkan Cinda dengan parti DAP. paling tersohor Cina dikaitkan dengan legenda tentang Kg Koh yang diketahui umum tentangnya.

Dalam fikiran penulis macam manalah pemikiran Melayu kampung ini boleh sebegitu nekad menubuhkan DAP, setidak-tidak penulis pergi lah ke PAS dulu, tetapi macam mana dengan DAP itu yang payah teman memikornya ...

Inilah maknanya dunia sudah berubah, generasi muda mahukan perubahan, teringat penulis beberapa hari lepas PM 1Malayasia kata tak payah lah rakyat buat perubahan ....ada ko patut


Tuesday, August 28, 2012

PRU 13: Parlimen Bubar 8 Sept ?

Rumah terbuka Syawal adalah sesuatu yang menarik buat masa ini. Masing-masing ramai yang anjur ada yang pelbagai serampang yang bermataa-mata

Baru sebentar tadi penulis berkesempatan beraya di rumah terbuka orang kuat PAS di Parlimen Temerloh ini. Kebetulan semasa kunjungan penulis itu bertemu dengan ramai kenalan yang dikenali dan mengenali penulis.

Fokus yang dibualkan adalah berkisar isu politik, ramai yang teruja sangat bilakah parlimen akan dibubarkan. masa ini ramailah yang mengaku ada saudara di sini sana. dan masing-masing cuba memberi info apa-apa sahaja berkenaan politik semasa setempat atau nasional mahupun antarabangsa.

Terbaru dalam ramai-ramai berbual itu, ada yang menjadi jurucakap Najib ada yg wakili SB PDRM ada yang informer itu dan ini. 

Lontaran yang amat menarik isi yang dibualkan parlimen bakal dibubarkan pada 8 September 2012.

Alasannya kata mereka cutu pegawai keselamatan dibekusejukkan, walaupun beku membeku dah lama, tidak juga nampak cair. Agaknya kalinya bakal cair kataanya.

Katanya polis baik memberitahu semacam itulah maklumatnya. Minta PR sebelah sini siap siagalah.

Kalau ya kita kena rujuklah juga para pencetak atau kilang cetak. Kalau dah ada tempahan dibuat atau hint-hint kertas dah banyak masuk dan murah pula maka dekatlah pilihanraya.

hebatnyaa najib hanya dialah seorang sahaja yg tahu bila parlimen mahu dibubarkan.

Kita nantikan laah sahaja ...


Sunday, August 26, 2012

Satu-satu PM di dunia yg minta rakyat jangan berubah

PM terkebelakang sekali adalah PM Najib 1 Malaysia. Mana-mana atas dunia sekalipun PM atau ketua kerajaan mana-mana negara merdeka sering menyeru mahukan rakyatnya berubah. Maknanya semua pemimpin berkeinginan mahukan rakyatnya hari esok mereka lebih baik daripada hari ininya, maka hari semalam mereka lebih baik daripada hari kelmarinnya. Itulah namanya pemimpin yang ada wawasan dan sentiasa terkehadapan dalam sikap sifat dan wawasannya.

Pemimpin ini adalah mengutamakan kepentingan rakyat, maknanya kepentingan rakyat didahulukan. Kalau ikut slogan Najib macam-macam lah itu ini slogan tetapi perlaksanaan atau aplikasinya zero.

Namun seruaan terkebelakangnya adalah manifestasi yang  'lahir rasa takut' kerana ada pihak yang mampu dan terkehadapan dalam menyaingi kepimpinannya.Dan mampu menawarkan kepada rakyat apa yang lebih baik atau terbaik dengan apa yg kerajaan yg sedia ada mampu dan sudah baut. Serta yang paling dibimbanginya atau digeruni partinya akan terkubur tidak berapa lama sebaik sahaja beliau umumkan perbubaran parlimen negara Malaysia yang pelik lagi cermat ni.

Inilah malangnya kita mempunyai seorang PM yang daya intelektualnya wajar dipertikaikan. Mana ada orang yang mahu secara logikkannya perubahan kepada benda yang tidak baik. Misalnya jika di pencuri dia mahu menjadi baik sebab dia sudah lalui kerjaya sebagai pencuri itu tidak baik. 

Takkanlah secara logikkanya rakyat yang baik mahu berubah menjadi rakyat yang jahat. Contohnya dia baik kali ini berubah untuk menjadi pencuri. Ini namanya rakyat berkenaan sudah gila dan rosak mentalnya.

Yang lebih menakutkan kita rakyat adalah UBN adalah syaitan seperti kata mantan PM Dr M. Dan rakyat sudah diperakukan dengan jelas sedemikian rupa, kenapa masih lagi mahu berdegil dan terus menyokong syaitan.


Kita tunggu ulasan cendikiawan alim ulama Umno dan majlis fatwa serta tok peti yang sealiran dengan kerajaan BN kerajaan Syaitan yang dikenali.




PM Minta Rakyat Tidak Buat Perubahan Yang Belum Pasti Kebaikannya

PEKAN: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Ahad meminta rakyat supaya tidak membuat 'perubahan' yang belum pasti menjamin kemakmuran dan kesejahteraan kepada mereka.
Bukan semua perubahan membawa kepada sesuatu yang baik, kata Najib sambil mengingatkan supaya rakyat tidak menukarkan sesuatu yang mereka boleh bergantung harapan daripada memberi kepada pihak lain yang ternyata belum terbukti rekod perkhidmatannya.
"Kita mestilah berpegang kepada sesuatu yang kita tahu, Insya-Allah kita (kerajaan BN) akan membawa kepada keadaan yang lebih baik pada masa akan datang," kata Najib ketika berucap pada majlis rumah terbuka Aidilfitri yang dihoskan beliau dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor di Taman Tasik Sultan Abu Bakar dekat sini, Ahad.
Najib mengingatkan rakyat supaya jangan mudah termakan janji manis pembangkang yang ternyata gagal mentadbir empat buah negeri yang dimenangi selepas pilihan raya umum 2008.
Katanya tidak semua perubahan yang dijanjikan akan memberi kebaikan kepada rakyat namun kerajaan pimpinan BN sejak era Tunku Abdul Rahman telah membawa pelbagai perubahan yang kini dinikmati oleh rakyat.
"Kita tak boleh tukar kerajaan sebab (semata-mata) sudah sampai masa kita (perlu) buat perubahan, tapi (sebaliknya) kita (BN) bukan nak bawa perubahan tapi nak sesuatu yang lebih baik.
"Tidak semestinya (semua) perubahan itu membawa kepada kebaikan ada juga membawa kepada sesuatu yang tidak dijangka malah lebih buruk dari apa yang kita kecapi hari ini," katanya.
Kerajaan BN sekarang meneruskan kesinambungan perjuangan pemimpin-pemimpin sebelum ini dalam usaha menambah nilai dan membina perubahan yang lebih baik untuk mencapai Wawasan 2020.
Beliau berkata negara maju pun jika tidak ditadbir dengan baik dan gagal membina kekayaan baru ia juga akan runtuh dan menyebabkan ekonomi negara mereka gawat seperti yang berlaku di beberapa negara Eropah yang mengalami masalah pengangguran dan kemelesetan ekonomi.
"Hakikatnya kita tak boleh terima bantuan demi bantuan tanpa memikirkan macam mana nak mencipta dan menjana kekayaan...negara yang bagi bantuan tanpa jana pndapatan baru, ekonomi negara akan menghadapi masalah," katanya.
Tengku Mahkota Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah adalah di antara lebih 70,000 tetamu menghadiri majlis rumah terbuka Perdana Menteri itu.
Turut hadir Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob dan barisan kepimpinan negeri. - BERNAMA


Saturday, August 25, 2012

PM: Boleh bubar dah parlimen- pekan sahaja hadir 70 ribu

BENARLAH nampaknya parlimen bakal dibubarkan dalam masa terdekat. Selepas dikunjungi ramai rakyat dalam himpunan terbaru di Putrajaya. Kini orang pekan sahaja, (seluruh jumlah pengundi Pekan) bakal menyerbu rumah terbuka Najib esok.

Selepas ini, tiada masalah lah najib mahu bubarkan parlimen. Kelmarin penulis bertemu dengan beberapa orang peneroka FELDA. Rata-rata memuji Najib kerana satu-satu PM yang perihatin dengan warga Felda. 

Banyak kebajikan warga Felda jelas beliau terbela dan diberi perhatian sejak Najib menjadi PM, menteri Felda, menteri Petronas dan menteri NFC yg terbaru. Pendekata Najib adalah hebatlah...


70,000 tetamu dijangka hadir rumah terbuka Najib di Pekan esok

PEKAN: Majlis rumah terbuka Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor di Taman Tasik Sultan Abu Bakar dekat sini, esok dijangka menarik kira-kira 70,000 tetamu. 

Timbalan Ketua UMNO Bahagian Pekan, Datuk Ishak Muhamad berkata, setakat ini persiapan majlis yang akan berlangsung bermula jam 10 pagi hingga 2 petang itu berjalan lancar. 
"Kira-kira 200 gerai dari 150 pembekal makanan sekitar Pekan juga bersedia menyediakan pelbagai jenis juadah hari raya termasuk makanan tempatan seperti opor daging, puding raja, laksa Pahang, kuih-muih tradisional, nasi beriani, nasi minyak dan roti jala," katanya kepada pemberita selepas membuat tinjauan persiapan majlis akhir tersebut di sini, hari ini. 

Ishak berkata, sambutan rumah terbuka esok bukan sahaja mahu meraikan penduduk Pekan dan orang ramai tetapi turut mempromosi makanan tradisional Pekan. 

Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah dan Sultanah Pahang, Sultanah Kalsom, Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah dan Tengku Puan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dijangka berkenan berangkat menghadiri rumah terbuka itu. 

Perdana Menteri akan menyampaikan sumbangan kepada 200 bakal jemaah haji dari Pekan selain pemberian duit raya kepada kanak-kanak yang hadir ke majlis terbabit, katanya. 

"Beberapa orang artis terkenal seperti Awie (Wings), penyanyi Syed Sobrie, Azie, Noraniza Idris, Nassier Wahab, DJ Dave dan Hattan turut dijemput memeriahkan majlis," katanya sambil menambah majlis akan dihoskan Linda Onn, Sharifah Shahira, Lan Pet Pet dan Sathiya. - BERN

UBN: DAP Sombong - tak modal ke ?

Media Utusan Meloya dan UBN paling tidak standard langsung. Bila UBN serang PAS kerana lari perjuangan negara Islam jadi negara kebajikan, ok juga tu. Serang PKR anwar gila nak jadi PM ok juga lah, tetapi serang DAP hanya sombong, 

Ini menunjukkan UBN dah habis modal dan paling tidak kartun dan tidak standard langsung. Buat malu saja dahlah PM sibuk dnegan NKRA lah, Tranformasilah, Janji Ditepatilah, dan macam-macam lagi, Dok ..dok DAP sombong

Macam budak bidak tadika , dah tak dak modal ka..


Beri perhatian dakwaan DAP sombong

PUTRAJAYA 25 Ogos - Bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi meminta rakyat mengambil iktibar daripada pelbagai kenyataan termasuk parti pembangkang sendiri yang mendakwa DAP sebagai angkuh dan sombong.
“Ini merupakan sesuatu yang perlu diberi perhatian oleh orang ramai," katanya kepada pemberita pada majlis rumah terbuka beliau dan isteri, Tun Jeanne Abdullah di Bangunan Puspanitapuri di sini hari ini.

Thursday, August 23, 2012

Pandangan Sisi Kerosakkan oleh Tun M - negarawan kita

Memanglah jika pembangkang ambil dan perintah negara banyak benda yang bakal dirosakkan. Pertama undang-undang dikembalikan , jadi undang-undang lama yang diamalkan sudah tentulah dirosakkan.

Jika pembangkang ambil dan perintah, wang yang tiris kepada pihak tertentu akan dibongkar dan akan dikembalikan. tentulah ia akan merosakkan kehidupan dan ketenagan individu berkenaan yang selama hari ini slesa dan tenang macam lembu kenyang tanpa ada rasa bersalah.

Seterusnya, jika PR memerintah negara maka banyaklah perkara yang perlu diperbetulkan. Orang yang mahukan keadilan akan dikembalikan keadilan, orang yang teranaiya akan dibela, orang yang dinafikan hak maka mahu dikembalikan hak mereka. jadi banyaklah perkara dan benda yang dirosakkan kembali.

Tetapi kerosakan yang mahu  dibuat adalah kerosakkan yg mahu diperbetulkan daripada tangan orang zalim. Royalti dikembalikan kepada Kelantan, geran perkapita ke negeri PR sebelumnya dikira kembali. Inilah antara kerosakkan yang dimaksudkan oleh mantan PM yang sudah lah mencorakkan bentuk-bentuk kerosakkan dalam negara kita ini.



Dr M: Banyak perkara rosak jika pembangkang perintah

22 Ogos 2012
Tun Dr Mahathir Mohamad.
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad
KUALA LUMPUR - Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengingatkan rakyat bahawa tindakan memberi mandat percubaan kepada pembangkang untuk memerintah negara selama lima tahun sebagai langkah berbahaya.
   
Bekas perdana menteri itu berkata ini kerana langkah itu boleh merosakkan banyak perkara.
   
Beliau berkata banyak perubahan yang dijanjikan pembangkang seperti tiada yuran pendidikan dan tiada tol lebuh raya akan gagal seperti yang berlaku kepada sosialis dan komunis pada masa lepas yang mencuba idea negara kebajikan.
   
"Malaysia tiada sebarang ideologi. Tetapi yang nyata kerajaan memerlukan wang untuk membangunkan negara dan memberi subsidi kepada kos sara hidup rakyat.

"Tetapi apabila kerajaan menghapuskan cukai, tol dan yuran, ia akan kekurangan wang. Kerajaan sebaliknya perlu pula berbelanja lebih untuk mengurus dan mengekalkan utiliti, lebuh raya, sekolah, kos operasi dan pembangunan, pencen dan sebagainya," kata Dr Mahathir dalam blognya www.chedet.cc.

Dr Mahathir berkata dalam mengumpul dana, adalah tidak salah untuk meminjam jika wang itu dilabur dan memberi pulangan.
   
"Tetapi meminjam wang hanya untuk dibelanjakan akan menyebabkan tidak dapat membayar balik pinjaman. Inilah yang terjadi kepada Greece. Ia kini bankrap," katanya.
   
Dr Mahathir berkata rakyat perlu melihat rekod Barisan Nasional (BN) memerintah negara sejak kemerdekaan dan membandingkannya dengan negara lain yang mencapai kemerdekaan pada waktu sama, atau dengan negara barat yang maju.
   
"Mereka berada dalam kesulitan kewangan yang teruk, dan cuba sedaya mungkin, tetapi tidak dapat mengatasi krisis itu," katanya.
   
Beliau berkata sepanjang tempoh krisis kewangan 1997-1998, timbalan perdana menteri dan menteri kewangan pada masa itu (Datuk Seri Anwar Ibrahim) mencuba penyelesaian Tabung Matawang Antarabangsa (IMF) tanpa pinjaman IMF dan bank dan syarikat-syarikat menghadapi ancaman bankrap akibat pinjaman tidak berbayar, kenaikan kos import serta kos sara hidup.

"Rekod menteri kewangan pada masa itu adalah buruk, walaupun gemar mendakwa kejayaan hasil usaha orang lain sebagai hasil usahanya.
   
"Sekarang, sebagai pemimpin pembangkang beliau mendakwa akan membawa perubahan. Perubahan baik apakah yang beliau perkenalkan semasa berada dalam kerajaan dahulu?" kata Dr Mahathir.
   
Beliau berkata Anwar hanya berminat untuk memegang pucuk pimpinan Umno supaya dapat menjadi perdana menteri dan berkata: "Bagaimana beliau mencapai sasarannya itu tidak perlu lagi diperinci".
   
Bekas perdana menteri itu berkata adalah mudah untuk membuat janji semasa kempen pilihan raya, tetapi untuk menunaikan janji adalah suatu perkara lain.
   
Dr Mahathir berkata pembangkang akan memastikan yang BN tidak akan kembali, dan akan menggunakan pegawai kerajaan untuk 'gempar' sesiapa sahaja yang ingin menukar kerajaan.
   
Dr Mahathir berkata BN sentiasa mendengar pandangan rakyat dan telah mengubah banyak undang-undang dan dasar untuk membawa masa hadapan yang lebih baik kepada mereka.
   
"Apa yang perlu dilakukan oleh rakyat ialah menggesa BN supaya membuat apa juga perubahan yang dihasratkan rakyat," katanya. - Bernama

Isu : Ikutlah dan dengarlah sesekali nasihat orang

Sudah terlalu banyak ilmu pengurusan yang pimpinan PAS belajar antaranya ilmu menguruskan isu. Tetapi dalam isu Karpal-Nasaruddin Mat Isa kenap masih ramai lagi pimpinan PAS yang masih gatal mulut.

Ikutlah nasihat dan pandangan veteran media Tn Hj Subky Latif ambillah pandangan Mohd Sayuti Omar (MSO) , walaupun tidak setuju jangan tinggal semua sekali. Tengok macam rakan PR lain DAP buat lembu kenyang dengan kenyataan Karpal, PKR dia tak campur dan tidak layan langsung tentang hal ni.

Dalam rakan PAS yang lain kawalan tetap ada, siapa yang harus bercakap. Penulis rasa dah lama dah, setiap kali muktamar ramai perwakilan dah ingatkan berkali kali bab menguruskan benda benda macam ni.

Entahlah pimpinan PAS kita ni..... Nak menang buat kerja macam tau mahu menang. Letih lah kami orang bawah ni...




PAS diam saja apa Nasharudin kata

Subky Abdul Latif,22 Ogs 2012
Nasihat saya kepada PAS di semua peringkat, termasuk di Bachok ialah diam saja terhadap kenyataan Nasharudin Mat Isa yang menyeru PAS keluar dari Pakatan Rakyat kerana DAP menentang hudud.

PAS banyak kerja di semua peringkat untuk menghadapi pilihan raya dan banyak isu penting yang perlu dijelaskan. Jangan buang masa untuk melayan seruan MP Bchoknya dan bekas Timbalan Presidennya itu.

Saya tidak fikir DAP susah hati atas kenyataan Nasharudin yang meminggirkan dirinya dari PAS sejak dia dikalahkan oleh Mohamad Sabu dalam pemilihan parti itu setahun lalu. Karana DAP pun tahu kedudukannya dalam PAS dan keupayaan politiknya.

Jika PAS diam diri dan tidak mengambil tindakan disiplin terhadapnya pun tidak mendatangkan kudis kepada  PAS dan Pakatan Rakyat.

Tetapi kalau PAS bertindak terhadapnya, PAS boleh dilihat menyamakan busut dengan gunung. Busut itu pula bukan busut jantan.

Semua orang tahu dia sudah tiada apa-apa sejak dikalahkan oleh Mohamad Sabu dalam pemilihan yang lalu. Mat Sabu berkali-kali kalah untuk menjadi Naib Presidean PAS dan dia pernah kalah kepada Nasharudin untuk jadi Timbalan Presiden. Tetapi dia tidak jatuh dan  tidak hilang, sebaliknya dia naik.

Walaupun baru sekali dia kalah, dia letakkan diri dalam PAS lebih rendah daripada ahli jawatankuasa cawangan dan ramai ahli biasa pun lebih cerdik daripadanya. Tidak seorang yang pernah menjadi Timbalan Presiden jadi begitu jika ia berwibawa.

Apapun dia adalah ahli PAS dan bekas pemimpin penting PAS. Setiap ahli PAS ada hak untuk bersuara. Perlembagaan PAS menjamin hak itu. Sama ada suaranya itu betul atau merepak, ia bukan hujah. Hujahnya dia bersuara dan menyatakan pandangannya.

Jika PAS bertindak terhadapnya, ia seolah-olah PAS tidak membenarkan ahlinya bersuara. Dia menyuarakan apa yang perlembagaan parti benarkan. PAS bukan seperti parti komunis yang melarang ahlinya memberi pandangan bebas. Jika PAS bertindak, ia akan dilihat tidak demokratik dan parti yang tidak terbuka.

Biarkan dia bercakap, tidak kira dia diupah atau disuruh oleh budak-budak Najib. Soalnya dia bersuara tentang partinya. Dan saya fikir tiada siapa yang tertarik dengannya selain satu dua kerat pemimpin Jati, yang semuanya akan habis sebaik saja pathul Putrajaya berjaya dibebaskan nanti.

Jika PAS melenting dan bertindak terhadapnya, PAS tiada kerja lain terpaksa melayannya pula. Itulah menyeronokkan Umno yang sentiasa mencari peluang untuk menyakat PAS.

Jika PAS tidak melayannya, dia pun mati kutu dan dia akan hilang dari alam politik, apa lagilah kalau Umno dan Najib pun hilang sama  selepas pembebasan Putrajaya nanti.

Soal DAP tidak menerima hudud itu bukan benda baru. Nasharudin sendiri ada penolong bidan yang menyambut kelahiran Pakatan Rakyat. Dia tahu dan sama membincangkan apa yang PAS mahu dan ia tidak mahu. Dia tahu apa yang DAP mahu dan tidak mahu. Setelah semua tahu apa yang semua mahu dan yang mereka tidak mahu barulah PAS dan DAP bersetuju membentuk Pakatan Rakyat.

Bukan semua pemimpin PAS jadi bidan untuk melahirkan Pakatan. Sebagai Timbalan Presiden dia sama memasukkan PAS dalam Pakatan. Jika ia satu keputusan yang  silap, maka dia ikut sama melakukan kesilapan itu.

Tetapi PAS secara ijmak tidak mengira tindakan secara siasah syariyah yang disambil untuk bersama DAP dan PKR itu suatu yang silap.

Biarkan saja Luncai terjun dengan labu-labunya.