Sunday, September 09, 2012

TPM nak sangat ke jawatan Najib tu

Siapa sabotaj siapa, nampak TPM lebih terkedepan dan lebih berani serta nampak lebih sayangkan Umno daripada PM. Sebabnya kini giliran beliaulah menjadi PM yg selama ini diimpikan oleh ramai orang.

Namun, tindakan singkir lebih manis daripada dipecat. Maksudnya samalah sahaja antara singkir dan sabotaj. Eloklh sangat dan lantak pi lah dia nak displinkan parti dia, ada kita kesah.

Sinisnya amaran TPM kepada PM lah, itulah yang kita nak ceritakan. Nampak sangatlah bahawa Najib lemah dan semakin dilemahkan.

Usaha bersungguh-sungguh TPM mengisi tempat Najib dengan beredar provokasi sesama dia di sekitar JB poster yg mencabar secara terang-terangan mahukan anak Udin ini sebagai PM dalam PRu 13 nanti.

Kita tanya pula, sempat ke ?





Singkir jika sabotaj - Muhyiddin


MUHYIDDIN Yassin bersalaman dengan para perwakilan pada perasmian Persidangan Perwakilan Wanita/Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Pagoh di Kompleks Sukan Pagoh dekat Muar, Johor, semalam. - MINGGUAN/ISHAK RAHMAD
MUAR 8 Sept. - Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, ahli UMNO yang melakukan sabotaj terhadap calon parti pada Pilihan Raya Umum Ke-13 akan disingkirkan daripada parti.

Timbalan Presiden UMNO itu menegaskan, keputusan tersebut adalah wajar kerana kesalahan yang dilakukan terlalu besar dan merupakan satu pengkhianatan kerana ia boleh mengakibatkan kekalahan parti.

"Kita akan singkirkan daripada parti, kita tak perlukan orang yang macam ini. Kalau tidak, kita akan kalah. Untuk itu, yang paling penting ialah nilai kesetiaan dan ketaatan dalam perjuangan kepada parti.
"Kita juga mahukan calon boleh menang yang kita nilai bukan penerimaan dalam parti kerana pernah menang jawatan ketua bahagian empat kali, tetapi mesti diterima rakyat dengan baik," katanya semasa merasmikan Persidangan UMNO Bahagian Bakri di Dewan Dato' Onn, Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) di sini hari ini.

Turut hadir Ketua Bahagian UMNO Bakri, Datuk Saipolbahri Suib; timbalannya, Datuk Mazlan Sabari dan Wakil Penyelaras Perhubungan UMNO Johor, Jaafar Hashim.
Muhyiddin yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata, kriteria pemilihan calon pilihan raya umum akan datang dilakukan dengan teliti kali ini dan kajian latar belakang ke atas setiap mereka dilakukan bagi memastikan hanya yang layak dan benar-benar berkualiti dipilih.
Menurut beliau, pemilihan calon amat dititikberatkan kerana tidak boleh dilakukan secara sebarangan kerana pilihan raya umum akan datang adalah yang paling mencabar dalam sejarah UMNO dan Barisan Nasional (BN).

Beliau berkata, pilihan raya umum akan datang adalah penentu kepada BN untuk terus berkuasa dan semua pihak harus bermati-matian memastikan kemenangan, sekali gus kekal berkuasa di Putrajaya.
"Kita tidak boleh lagi main-main, kuasa sekarang di hujung tanduk, pembangkang sudah pun meraikan separuh daripada kejayaan dan mereka kata akan rampas Putrajaya," katanya.

Sementara itu, pada sidang akhbar selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Pagoh di Komples Sukan Pagoh, Muhyiddin berkata, setiap keputusan pemecatan ahli yang mensabotaj parti dilakukan setelah meneliti bukti-bukti kukuh dan dibuat berdasarkan perlembagaan parti.

"Kita harap perkara itu tidak akan berlaku kerana saya yakin mereka sudah pun dapat memahami tentang pentingnya pilihan raya kali ini," katanya.

Beliau turut berharap semua ahli parti UMNO dan komponen BN berikrar untuk akur dan menerima apa sahaja keputusan yang dibuat oleh pucuk pimpinan parti bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang.

Terdahulu, semasa berucap pada majlis tersebut, Muhyiddin menasihatkan ahli parti dan rakyat supaya tidak terpengaruh dengan janji dan manifesto pakatan pembangkang yang disifatkannya sebagai 'jualan murah' untuk rakyat.

"Mereka sanggup menjanjikan bulan, bintang dan matahari. Kononnya kalau berkuasa akan beri air percuma, elaun untuk warga emas, hapuskan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), hapuskan tol dan sebagainya.

"Memang kalau kita lihat sepintas lalu, kita boleh terpengaruh dengan janji mereka. Tetapi ia adalah sesuatu yang di luar jangkauan kita dan kalau dilaksanakan Malaysia akan bankrap dalam tempoh beberapa tahun sahaja," katanya.

No comments: