Friday, February 17, 2012

Pastikan ramai calon PAS menang



SEREMBAN, 17 Feb:Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mengingatkan pemimpin PAS supaya menunaikan solat secara berjamaah dan mendirikan solat malam serta berdoa.


Beliau menyatakan demikian ketika memberikan taklimat kepada petugas penerangan PAS Negeri Sembilan di Ampangan, petang ini.

Lebih 100 petugas penerangan PAS negeri ini mengikuti taklimat yang dibuat dalam siri Konvoi Penerangan PAS Pusat.

Taklimat kepada petugas penerangan adalah aktiviti utama sepanjang konvoi penerangan ini.

Taklimat ini adalah aktiviti pertama konvoi ke negeri ini.

Selepas taklimat, anggota konvoi akan bergerak ke seluruh Negeri Sembilan untuk menjalankan aktiviti masing-masing, antaranya hi tea, penyebaran risalah,  kuliah maghrib dan ceramah umum malam ini.

Pagi esok pula, kuliah-kuliah Subuh diberikan.

Antara yang hadir dalam taklimat ini adalah Pesuruhjaya PAS negeri, Mohd Taufek Abd Ghani, Setiausaha Lajnah Penerangan, Misbahul Munir Masduki dan lain-lain AJK Lajnah Penerangan PAS.

Dalam taklimat yang diberikan, Tuan Ibrahim memberikan semangat kepada petugas PAS agar memastikan calon PAS yang paling ramai menang.

Ini, katanya kerana sememangnya PAS paling banyak bertanding termasuk di Negeri Sembilan.

"Cuma kita tak menang banyak je," ujarnya yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang.

Beliau sekali lagi mengingatkan pemimpin PAS agar sentiasa solat berjamaah, membaca al-Quran sekurang-kurang tiga hari sekali.

Beliau juga mengarahkan mereka sentiasa solat malam dan berdoa malam agar sentiasa sabar, ikhlas dan sabar.

Thursday, February 16, 2012

Intelektual Kemelayuan tercabar atau dicabar ?

Membaca akhbar Utusan Malaysia hari-hari adalah amat menjengkelkan. Berita dan pemberitaan mirip dan cenderung dgn provoktif.Berita yang menampakkan kerajaan yang ada terus teguh mampu berkhidmat dan berbakti lagi kepada rakyat.

Kisah paparan pembongkaran sikap tindakan pemimpin-pemimpin kerajaan yang bobrok terus dilindungi. Contoh terkini adalah isu RM250 juta kes NFC. satu aksi atau tindakan langsung tidaak nampak. Walhal wang dan isu itu adalah isu rakyat yang amat mengerunkan serta cukup memalukan negara imej di luar.

Satu masa dulu sibuk sangat pemimpin-pemimpin yang ada berkokok soal imej negara di mata dunia.


Rata-rata pembaca Utusan adalah pengundi Melayu tegar yang terus mengukut dan kekal bersama mu Umno.

Kepincangan yang digelapkan menjadi halal di mata rakyat. Dengan hadiah RM100 serta RM500 nampak rakyat 'terpukau' dan leka dengan mainan dan permainan Najib mah ini.

Paling menyedihkan dalam negara berada dalam kemelut kemut kuasa. Masa ini juga atau masa yang sama masih ada manusia membawa nada-nada perjuangan yang mahu hidup dan membawa pegagang kuasa ketiga dengan punca-punca kuasa Melayu Islam Royal. semua nya mencelarukan pemikiran rakyat khas pengundi Melayu.



Perpecahan politik melampaui batas

KUALA LUMPUR 17 Feb. - Perpecahan politik dalam kalangan umat Islam tempatan kini melampaui batas yang digariskan Islam serta nilai budaya kemasyarakatan sehingga merugikan golongan itu sendiri.

Timbalan Dekan, Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof. Datuk Dr. Mahmood Zuhdi Abdul Majid (gambar) berkata, perpecahan itu amat berbahaya kerana mampu menenggelamkan pendapat serta teguran yang ingin disampaikan oleh golongan ilmuwan Islam.

Katanya, perkara itu amat menyedihkan kerana ia membantutkan percambahan idea dalam kalangan cendekiawan sehingga membuatkan ada kalangan mereka enggan menyatakan pandangan secara terbuka.

"Saya ada berkongsi kajian saya dengan pembaca internet mengenai keupayaan Kelantan mengeksport 5,000 lembu ke Singapura setiap tahun bermula sekitar 1911.

"Tidak semena-mena, ada komen menulis lembu itu duduk di kondominium di Singapura dan ia mengundang komen negatif daripada pihak lain sehingga saya tidak lagi mahu kongsi (dapatan kajian)," katanya.

Beliau berkata demikian sewaktu menjadi ahli panel sesi pertama Himpunan Ulama, Cendekiawan Islam dan Penulis Maya Kebangsaan 2012 bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di sini malam ini.

Perbincangan itu turut menampilkan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria dan Pengerusi Jawatakuasa Kerja Himpunan Ulama Muda Malaysia (iLMU), Fathul Bari Mat Jahaya.
Mahmood menambah, setiap ahli politik Islam digalakkan mempunyai cita-cita menjadi pemimpin tertinggi negara asalkan ia dicapai menerusi cara yang sentiasa berlandaskan ajaran agama.

Paling penting, kata beliau, pemimpin itu harus sentiasa menjaga kedaulatan agama Islam dalam mencapai cita-cita tersebut.
"Jangan kita ingat kita boleh mengubah sesetengah perkara dalam mengejar cita-cita kita dan akan memperbetulkan semula bila berkuasa nanti. Jam itu nanti tidak boleh dipusing semula," tegasnya.

Monday, February 13, 2012

Kasihan Ahamat Maslan Bodohkan Diri Sendiri

Akibat tertekan dan tension dengan isu-isu FELDA seorang menteri Umno dalam kerajaan rakyat minda kelas pertama dengan bertaraf dunia. Dalam hidup dan menghidupkan budaya berprestasi tinggi dan berpendapatan tinggi.

Maka lihat sahaja, seorang menteri yang kalah. Beliau terpaksa atau dipaksa menghina diri sendiri.

kabinet najib semakin parah dan teruk. Amat memalukan, habis satu 1Malaya tahu tentang perbuatannya. belaiu sama tarafkan dirinya dengan nan yaakob, Derih Jusoh, mat said dan mantoya dan yang lain-lain.

Anak siapalah dia, perbuatan ini bukanlah salah ibu mengandung ?




Buang Masa Nak saman Md Said

PAS membuang masa sahaja untuk menyaman mad Said MB Terengganu. Jika saman makan dah lama Derih Jusoh saman dia.

Melayan Md said MB Terengganu macamlah anjing menyalak bukit sahaja. Sepatutnya sebagai balasan 'telanjangkan' kepincangan salah urus dan perangai buruk dan kelaku Md Said kepada orang awam dan rakyat. Bagi mereka sedar negeri Terengganu darul Iman dipimpin oleh orang seburuk ini.

Setakat kata sesat, tidak menjadikan kudis. Orang macam ni tak payah lawan dengan hujah-hujah ilmiah. Namanya dah pun Umno, Umno mana ada main-main ilmiah, dia main hantam sahaja.

Umno mana ada main undang-undang atau rules of law. Yang ada dia mempermainkan undang-undang adalah, tanyalah mantan Ketua Hakim Negara ...



Saturday, February 11, 2012

Isu ayam goreng KFC Shah Alam pengurusan jangan lepas tangan

Isu ayam goreng KFC di Shah Alam menjadi isu besar buat masa ini. Kerana makanan dan kerana mahu makan jadi bergaduh. Besarnya isu kerana pergaduhan itu melibatkan dua puak, iaitu pelanggan yang rata-rata adalah berbangsa Cina serta satu lagi adalah golongan pekerja kebanyakan adalah orang Melayu. 

Pergaduhan ini menjadi pengajaran belaka. Jika difikirkan sekali lalu bukanlah isu besar, tetapi masa sejam atau lebih pelanggan yang berbaris dengan penuh sabar dengan menahan kelaparannya selama 1 jam, tetiba makanan yang mahu dipesan 'baru' diberitahu habis.

Bayangkan saudara duduk situasi ditempat pemuda Cina tersebut. Takkanlah tak naik angin, kita tentulah naik angin.

Sebaliknya, kita duduk di sebelah pekerja kaunter. Kita tidaklah pula tahu bahawa bekalan ayam yang mahu digoreng sudah habis. Pekerja ini bukanlah kerjanya membuat unjuran ramai sikit kehadiran, beliau hanya laksanakan tugas dan tanggungjawabnya, yang mengoreng terus mengoreng yang menerima oder teruis terima oder. 

Pelanggan ramai ada yang pelabagi karenah, semua mereka ada mulut. Masakan pelanggan tidak bercakap. Dengan ramai pelanggan sebegitu tidaklah ramai yang buat provokasi dengan kata-kata yang 'memanaskan suasana. ia seumpama memerangat atau menjerang air panas. Lama kelamaan tentu mengelegak atau meletup membuak-buak. Inilah yang berlaku. pelanggan yang berbaris ramai tentulah ada bercakap-cakap. Maka cakap-cakap mereka sampai ke telinga dan pendengaran para pekerja KFC.

Inilah bacaan suasana panas yang cuba kita paparkan. Justeru salah siapa, adakah salah pelanggan dan pekerja. Tentulah salah pengurusannya.

Kerja menenang, memberitahu, memaklumkan, mengoder, menambah bekelan, membuat unjuran pelangan hari ke hari sikit banyak dan seumpama kerja-kerja pengurusan. maka tanggungjawab pengurusan lah yang harus dipersalahkan.

Oleh itu yang utama dan pertama audit dulu pengurusan, pengurusan kena ke depan dan tampil ke depan menangani permasalahan ini. Jangan lepas tangan dan lari dariada tanggungjawab. merekalah yang harus menjernihkan ...

Kampung Bonda Ku bakal lenyap dengan Lebuhraya Pantai Barat pulak dah

Penulis merasakan lega Projek Lebuhraya Pantai Barat mati sejak Perak jatuhke tangan PR sementara waktu. Namun projek itu dihidupkan oleh Zambry Kadir MB haram.

Apa yang mendukacitakan penulis Projek ini bakal melenyapkan kampung penulis dan tanah bonda penulis laluan melalui Beruas.

Justeru rakyat Perak amnya dan khasnya para pengundi yang terkena laluan lebuhraya pantai barat itu kena sedar, kita harus tentang habis tanah warisan kita digadaikan kerana pembangunan.

Ingat jahatnya mereka....

Lebuh raya RM7b mula tahun ini



LUMUT - Projek Lebuh Raya Pantai Barat (LPB) sejauh 316 kilometer dan bernilai RM7.07 bilion yang menghubungkan Banting di Selangor dan Changkat Jering, dekat Taiping akan dilaksanakan tidak lama lagi di bawah peruntukan Belanjawan 2012.
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir berkata, kerajaan negeri telah diberi taklimat mengenai projek tersebut baru-baru ini dengan pelaksanaannya dijangka bermula tahun ini.
"Projek ini akan dilaksanakan tidak lama lagi dan kita jangka ia bakal memberi sumbangan besar kepada pertumbuhan sosioekonomi negeri Perak," katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan kunci Rumah Mesra Rakyat Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) di Kampung Teluk Senangin, Segari dekat sini semalam.

CMK marah PAS memainkan keahlian dia ?

Cucumatkilau blogger yang mengaku di daripada keturunan pahlawan ternama Pahang sikit masa dulu. Menamakan juga blog dia Pahangdaily. Kita minta Prof Koy Kay Kim buat tesis benar atau tidak fakta berkenaan.

Kami bukan apa kami adalah blogger Anak Cucu Adam ni, nak bagi tahu CMK (Cucu Mat Kilau) terkilan kerana dia mohon masuk PAS masa PRK Kerdau ? 

Kemudian dia kata siap bagi duit dan borang lagi dekat PAS Indera Mahkota, tetapi keahlian dia tidak diproses. Dia memohon sejak keluar PKR.

PKR lagi dia keluar beb, dalam PAS lagi lah kena tarbiyyah lama sikit. Mengapa dia sibuk-sibuk masa dekat p/raya masuk PAS ni...

entah lah....

Friday, February 10, 2012

PR Pahang tidak cukup kuat ?

Pahang tampaknya tidak tergugat dan digugat oleh gegaran, goncangan politik Pakatan Rakyat. Adakah masa depan Umno Pahang selamat. Bagaimanakah dengan kekuatan PR Pahang. Apakah PR mampu mencabar atau tidak kemampuan langsung untuk membuat lonjakan politik pada PRu13 akan datang ? Adakah Umno Pahang di bawah Adnan Yaakob mantap dan stabil ? Nampak macam Umno Pahang 'kebal' sangat ?

Mengimbas dan mengimbau sekilas pandangan, rata-rata pemerhati politik Pahang darul makmur nampak aman sahaja di bawah Umno Bn yang dipimpin oleh Dato Adnan Yaakob. Rakyat berpuashati sungguh dengan kemakmurannya. Tidak banyak yang diperkatakan dan dapat kita bahaskan atau diperhatikan isunya. Apakah sebab Pahang adalah negeri PM maka semuanya nampak baik dan diurus dengan baik ? 

Dalam laporan audit belakangan 5 tahun lalu, banyak teguran-teguran yang dibuat. Kesilapan, keturusan, salah urus tadbir tetap diulangi. Semua rakyat tahu dan dimaklumatkan. 

Sementara itu pula, bajet negeri 13 tahun belakangan alami defisit. Hutang Pahang kini mencecah dan melebihi RM2 billion. Hasil pendapatan pahang yang kaya cuma RM500 juta setahun (macam satu PBT di Selangor sahaja). Perbelanjaan mengurus sahaja terkadang melebihi RM500 juta. Walhal negeri kaya dan amat makmur ?


Atau adakah pimpinan PR Pahang tidak cukup 'kekuatan' dan kelayakan bagi mengugat kedudukan kuasa Umno di Pahang atau apa yang tidak kenanya ?

Anwar sudah beberapa kali 'turun' ke Pahang dan membuat gegaran agar gelombang rakyat dimulai. Nampak beberapa kali gelombang tidak nampak, hanya nampak sedikit ombak sahaja.

Pahang dari segi posisi politiknya menawarkan 14 kerusi parlimen dan 42 kerusi Dun. Dengan jumlah itu Umno Bn memerangi 12 kerusi parlimen dan 38 kerusi Dun. Umno macam biasa berkongsi kuasa dengan sekutunya. Tetapi Pahang didominasi kerusi oleh Umno.

Dari segi bacaan politik Pahang nampak selamat. Selamatnya Pahang bagi Umno kerana rata-rata undi Melayu diraih dan dapat pemilikan kekal oleh Umno.

Walaupun dianalisa secara makro undi Umno tampak cemas, tetapi dengan semua Dun mempunyai tanah rancangan FELDA maka undi masyarakat Felda dikatakan fixed deposit bagi Umno. 

Dua dun yang PAS menang itu Kuala Semantan dan Beserah adalah pinggir bandar dan tiada Felda di dalamnya.

Adakah faktor kepimpinan Dato Tuan Ibrahim Tuan Man (PAS) dan Dato Fauzi Rahman (PKR) di Pahang tidak cukup kuat bagi menjatuhkan Umno Bn dan dalam masa yang sama juga meraka (PR) ini dapat menyakinkan rakyat Pahang untuk memilih PAS Ganti Umno direalisasikan. Atau adakah barisan kepimpinan PR Pahang yang dibaris belum cukup kuat menyakinkan rakyat Pahang ? Berbanding pimpinan pelapis Umno Bn Pahang.

Cuba kita fikir-fikirkan ....




Najib diteguri Mufti Masih Macam Budak


(Najib menyertai perayaan Thaipusam di batu Caves)


KUALA LUMPUR, 10 Feb: Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria melahirkan rasa terkilan dengan sikap Datuk Seri Najib Razak yang “menggadai akidah” apabila hadir dalam upacara keagamaan sempena sambutan perayaan Thaipusam di Batu Caves baru-baru ini.



Tegas Harussani, walaupun sudah ditegur setiap tahun namun perdana menteri itu seolah-olah tidak memandang berat akan kepentingan agama Islam dan akidah.

“Ini perbuatan syirik, saya tidak tahu mengapa jadi macam ini... sedangkan perayaan kaum lain kita tidak boleh sambut ini pula hadir di rumah ibadat mereka.

“Bagaimana boleh terlajak macam ini, sepatutnya perdana menteri wakilkan menteri beragama Hindu untuk menggantikan dirinya... sebab umat Islam tidak boleh terlibat dalam sambutan perayaan agama lain,” katanya kepada The Malaysian Insider.

Beliau menambah menteri hal ehwal agama Islam atau penasihat agama sepatutnya menasihatkan Najib agar tidak hadir dalam perayaan itu.

“Kita tidak boleh sambut (perayaan agama lain), mereka lakukan upacara keagamaan dan kita sebagai umat Islam tidak boleh hadir... itu upacara ibadat mereka.

“Sebagai perdana menteri, Najib sepatutnya sedar dan menghantar wakil. Saya sudah tegur perkara ini setiap tahun namun tidak dipedulikan,” katanya menambah Najib wajar mencontohi sikap perdana menteri terdahulu yang menghantar wakil masing-masing.

Pada 7 Februari lalu, Najib menghadiri sambutan perayaan Thaipusam di Batu Caves selain turut mengumumkan peruntukan awal berjumlah RM2 juta untuk membina pusat kebudayaan di kawasan itu.

Najib yang lengkap berpakaian Kurta berwarna kuning muda ditemani isteri Datin Seri Rosmah Mansor, mengakui gembira untuk turut sama memeriahkan Hari Thaipusam dan ini merupakan kali ketiga beliau mengunjungi Batu Caves sempena perayaan itu sejak 2010.

“Jangan gadai akidah kita, hukumnya syirik apabila kita hadir dalam perayaan mereka seperti kita merestui agama kaum lain... kita sepatutnya menjauhi perbuatan khufur yang boleh merosakkan akidah.

“Perkara ini serius kerana ia masalah akidah, saya wajib tegur... kalau tidak mahu dengar terpulang,” kata Harussani menambah tiada halangan sekiranya menghadiri majlis rumah terbuka tetapi bukan upacara keagamaan.

Saturday, February 04, 2012

Pelanduk memang mudah lupa dengan PERANGKAP

Sejak kebelakangan ini suratkhabar arus perdana berbahasa Melayu laku dan laris. Sebabnya tak susah kerana mereka mendapat bonus dengan memberi 'followup' berita semasa tentang Hassan Ali bekas exco PAS dalam kerajaan PR Selangor yang dipecat keahlian PAS serta merta sejak 801 sehari sebelum Anwar dihukum pada 901.

Media elektronik tumpang semangkuk dan banyak mangkuk juga. Sehingga ada sesetengah ahli PAS menjadi gila sekejap dengan Berita Perdana dan terutama Buliten Utama tv3.

Apapun kita ucap tahniah kepada Umno kerana berjaya mengurus dan memanfaatkan isu ini dengan sebaik mungkin.

Seperti mana yang kita tahu, Hassan Ali hanya laku hanya sebelum pilihanraya sahaja, maka selepas pilihanraya beliau akan dijual ikut 'kilo' oleh Umno. Sedar atau tidak sedar itulah senarionya.

Penulis tertarik dengan isu ini kerana Hassan Ali bakal dibawa ke Temerloh pada 6hb Feb 2012 bertempat di Dewan Tun Razak Temerloh. Kain rentang dan bannernya sudahpun naik. tahniah Hassan kerana anda telah berjaya diperalatkan..

Friday, February 03, 2012

Ubah Sekarang Selamatkan Malaysia

PAS  dan PR berjanji akan menguruskan ekonomi sebaiknya secara adil telus dan saksama bagi menjamin kesejahteraan rakyat. Melalui perubahan politik yang rakyat berikan mandat mereka pada PRU13

Iltizam ini telah diikrarkan untuk direalisasikan oleh dua orang ahli panel YB Dr Dzulkafley B Ahmad (PAS) dan YB Tony Pua (DAP) kepada rakyat semasa Wacana & Diskusi Ekonomi PR anjuran sekteriat Pakatan Rakyat Temerloh baru lalu.

YB Dr Dzulkafley Ahmad minta 4 tahun sebagai usaha untuk membuktikan kepada rakyat. Beliau sendiri menyatakan kemiskinan rakyat dapat Khlifah Umar Abd Aziz selesaikan cuma dalam tempoh 2 tahun 6 bulan sahaja.

Katanya lagi, rakyat jangan duduk leka dan izinkan Umno membobrokkan ekonomi negara. Menurut beliau Malaysia diakui Bank Dunia sebagai sebuah negara kecil antara terkaya di dunia berdasarkan sumber hasilnya.

Ketika menjelaskan soal tawaran bertindih antara PR dan PAS. Degan Tawaran Negara Berkebajikan oleh PAS dengan Buku Jingga dibawa Pakatan sebenarnya adalah sebagai mata rantai yang saling lengkap melengkapkan satu sama lain. Negara Berkebajikan adalah sebagai frame (bingkai) dan Buku Jingga adalah Program yang ditawarkan oleh PR kepada rakyat.


Manakala YB Tony Pua pula beliau jelaskan dengan terperinci berhubung dengan Bajet Bn yang nyata menjelaskan kebobrokan pemimpin2 mereka meratah rakus duit rakyat oleh UmnoBn memerintah. Beliau telah membawa beberapa contoh belian peralatan  kerajaan yang ditegur oleh pihak audit yag mana gagal sama sekali bagi membina negara berkebajikan.

Beliau bangkitkan bagaimana pada setiap tahun para pegawai kementerian terpaksa mengadap PAC bagi memperjelaskan kenapa dan mengapa makmlak komputer gagal dibina dan dilaksanakan di Sabah Sarawk. Walhal duit sudah cecah jutaan dikeluarkan makmal hanya mampu dibina 1 buah sahaja. bayangkan..

Sikap acuh tidak acuh kerajaan adalah dalam masa 13 tahun berturut-turut berbelanja mewah. Pembinaan MRT yang diluluskan Dewan Rakyat daripada RM50juta naik kepada RM56 juta. Pembelian pesawat gempur yang diluluskan sejumlah RM1billion naik kepada RM6billion. Pembinaan Landasan 3 KLIA dikawasan bencah dengan kos menimbus paya sahaja mencecah RM1billion.

Inilah antara kerja-kerja gila kerajaan, jika tidak disekat bakal memufliskan negara dan hutang negara kita bakal cecah RM1 trillion menjelang 10 tahun mendatang. waktu itu kita bakal menerima nasib seperti negara Grecee, dan lain-lain dilanda krisis ekonomi yang parah dengan gaya urus seperti kerajaan yang ada ini terus dikekalkan.









UMno semakin bangkap idea dan pupus slogan

Akhirnya Umno membawa caragaya poliitik kebudak budakan atau keanak-anakkan. Sanggahan dan sendaan TPM semasa melawat ke Kelantan dengan menyerang PAS tidak lagi bersifat ilmiah dan logika serta realistik tetapi bersikap kumpulan yang kepupusan modal.

Cukup Kelantan ditipu PAS adalah tajuk berita yang tersangat melucukan. Sepatutnya cukuplah rakyat Kelantan Ditipu PAS. Barulah jelas keadaannya, kerana terlalu tergesa-gesa dan berkotak minda lemah dan mahu memperlemahkan daya fikir media pun dah nampak keletihan dan semakin melalut.

Cakap-cakap ini mengingati serta mengimbau nostalgia kita semasa zaman kanak-kanak berseluar pendek serta berkaki ayam di kampung bermain guli dan meredah semak samun hutan di kampung-kampung.

Dengan minda kita cerah dan tanpa dicemari kekotoran dunia dan duniawi latihan industri pemikiran Umno yang memperlekehkan dan meremehkan keintelektualan manusia dan rakyat negaranya.

Bermodalkan Umno dan pembangunan yang dijaja sepanjang zaman bagi menghidupkan Umno dalam setiap kali pilihanraya. Sejarah yang sama diulangi Umno bahawa PAS menipu rakyat Kelantan.

Bayangkan kedangkalan Umno, sepatutnya beliau menyerang dasar-dasar PAS. Ini maknanya beliau menilai dan meletakkan tahap pemikiran rakyat Kelantan serendah itu, tak payah cakap yang lain-lain tetapi sekadar bagi tahu hal serendah itu ...bayangkan Umno melihat dari segi kacamatanya terhadap rakyat amnya dan khasnya rakyat Kelantan


Cukuplah Kelantan Ditipu PAS - Muhyiddin
KUALA KRAI: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta rakyat Kelantan tidak lagi membiarkan mereka terus ditipu kerajaan negeri pimpinan PAS, sebaliknya memberi peluang kepada Barisan Nasional (BN) untuk membela nasib mereka pada pilihan raya umum ke-13 ini.
Muhyiddin berkata janji-janji PAS pada rakyat Kelantan sejak 1990 iaitu selepas parti itu menawan negeri ini ternyata satu pembohongan dan kerana itu PAS perlu ditolak pada pilihan raya umum nanti.
"Kalau berjanji tidak laksanakannya itu adalah 'belawok' (pembohongan). Kalau dalam Islam apa hukumnya kalau berbohong?
"Soal duniawi dan ukhrawi mesti selari. Ini tuntutan agama dan kalau tidak ada keupayaan tuntutan agama ini tidak kesampaian. Kita (BN) akan buat lebih berkesan daripada PAS. Ini bukan cakap besar atau sombong," katanya ketika berucap pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Sekolah Kebangsaan Manek Urai Baru di sini, Khamis.
Turut hadir isterinya Puan Sri Norainee Abdul Rahman, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed yang juga Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar dan Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussin.
Lebih 15,000 rakyat berbilang kaum hadir pada majlis itu di mana Muhyiddin turut menyampaikan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kepada 30 penduduk di jajahan itu.
Mengulas perkara itu, Muhyiddin berkata sebanyak RM7.7 juta diperuntukkan untuk BR1M kepada 15,494 penerima di jajahan tersebut.
Beliau juga turut mengumumkan peruntukan khas sebanyak RM2.2 juta bagi membaik pulih cerun bukit di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina Yuk Chai.
"Ini telah dipersetujui oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kepada sekolah ini untuk membaiki cerun bukit itu.
"Sekolah Cina ke atau Sekolah Tamil ke semuanya sekolah kita dan kerajaan akan bantu semuanya," katanya.
Beliau berkata tidak seperti PAS yang pada satu ketika pernah berjanji untuk memberikan RM100 kepada semua warga emas yang kini tinggal janji sahaja.
"Pada pilihan raya kecil Manik Urai pada 2009, saya ke Masjid Temalir yang dimaklumkan kerajaan negeri tidak berupaya untuk membesarkan masjid dan atas keperihatinan kita telah memperuntukkan RM600,000 bagi membesarkan masjid itu," katanya.
Muhyiddin juga berharap semua pihak bersedia untuk memastikan kemenangan B Ndi Kelantan.
"Walaupun tarikhnya saya tidak tahu bila tetapi apakah rakyat Kelantan masih mahu kepada PAS lagi dan saya harap tinggallah PAS dan pilihlah BN," katanya.
Sementara itu Mustapa berkata BN telah menunaikan segala janji pada pilihan raya kecil Manik Urai dan dakwaan pembangkang BN gagal berbuat demikian adalah satu fitnah.
"BN telah membesarkan Masjid Temalir, telah membina jambatan baru berharga RM14 juta serta pembinaan pusat belia di Kuala Krai dan semua pihak perlu berganding bahu untuk memastikan BN kembali menguasai Kelantan pada pilihan raya umum ini," kata beliau. BERNAMA

Monday, January 30, 2012

Melayu yang bagaimana rasa terhina dan dihina -- jawapan untuk Umno Bera

Kelmarin  PAS Kawasan Bera telah mengadakan Program Sambutan 60 Tahun , peringkat Bera. Program 2 hari 2 malam pihak PAS Kawasan berkenaan menampilkan pengisian ceramah dengan tujuan memaklumatkan masyarakat tentang apa itu perjuangan PAS dan PR . Mesej ini disampaikan dalam cara gaya masing-masing.

Kehadiran Tuan Guru Presiden ke Bera, membawakan presiden PAS dengan masyarakat Cina di Triang. Di kesempatan yang sama ramai juak-juak Umno yang hadir sama mencuri-curi pandangan dan kedengaran ke telinga mereka.

Sosek-sosek risik Umno sampai ke telinga penulis bahawa daripada orang Umno yang 'turut hadir' rasa kesal dan terkilan. Katanya kerana mahu meraih undi Cina tuan Guru sanggup 'menghina orang Melayu'

Apa bentuk penghinaan atau kata-kata hinaan oleh Tuan Guru kepada orang Melayu tidaklah pula sanggup dikhabarkan. tetapi orang yang menyampaikan kepada penulis dengan nada yang teramat kesal sangat.

Apa pun penghinaan tuan guru kepada bangsa sendiri. Adakah salah jika Melayu yang dihina itu adalah Melayu pelesap duit rakyat RM250 juta. Melayu yang menggadaikan tanah, Melayu yang menjual maruah, Melayu yang menipu dan penipu. Adakah hina sangat ?

Jika Melayu semacam ini, yang dipertahankan atau dihina adalah Melayu yang wajar dihina.