Friday, February 10, 2012

PR Pahang tidak cukup kuat ?

Pahang tampaknya tidak tergugat dan digugat oleh gegaran, goncangan politik Pakatan Rakyat. Adakah masa depan Umno Pahang selamat. Bagaimanakah dengan kekuatan PR Pahang. Apakah PR mampu mencabar atau tidak kemampuan langsung untuk membuat lonjakan politik pada PRu13 akan datang ? Adakah Umno Pahang di bawah Adnan Yaakob mantap dan stabil ? Nampak macam Umno Pahang 'kebal' sangat ?

Mengimbas dan mengimbau sekilas pandangan, rata-rata pemerhati politik Pahang darul makmur nampak aman sahaja di bawah Umno Bn yang dipimpin oleh Dato Adnan Yaakob. Rakyat berpuashati sungguh dengan kemakmurannya. Tidak banyak yang diperkatakan dan dapat kita bahaskan atau diperhatikan isunya. Apakah sebab Pahang adalah negeri PM maka semuanya nampak baik dan diurus dengan baik ? 

Dalam laporan audit belakangan 5 tahun lalu, banyak teguran-teguran yang dibuat. Kesilapan, keturusan, salah urus tadbir tetap diulangi. Semua rakyat tahu dan dimaklumatkan. 

Sementara itu pula, bajet negeri 13 tahun belakangan alami defisit. Hutang Pahang kini mencecah dan melebihi RM2 billion. Hasil pendapatan pahang yang kaya cuma RM500 juta setahun (macam satu PBT di Selangor sahaja). Perbelanjaan mengurus sahaja terkadang melebihi RM500 juta. Walhal negeri kaya dan amat makmur ?


Atau adakah pimpinan PR Pahang tidak cukup 'kekuatan' dan kelayakan bagi mengugat kedudukan kuasa Umno di Pahang atau apa yang tidak kenanya ?

Anwar sudah beberapa kali 'turun' ke Pahang dan membuat gegaran agar gelombang rakyat dimulai. Nampak beberapa kali gelombang tidak nampak, hanya nampak sedikit ombak sahaja.

Pahang dari segi posisi politiknya menawarkan 14 kerusi parlimen dan 42 kerusi Dun. Dengan jumlah itu Umno Bn memerangi 12 kerusi parlimen dan 38 kerusi Dun. Umno macam biasa berkongsi kuasa dengan sekutunya. Tetapi Pahang didominasi kerusi oleh Umno.

Dari segi bacaan politik Pahang nampak selamat. Selamatnya Pahang bagi Umno kerana rata-rata undi Melayu diraih dan dapat pemilikan kekal oleh Umno.

Walaupun dianalisa secara makro undi Umno tampak cemas, tetapi dengan semua Dun mempunyai tanah rancangan FELDA maka undi masyarakat Felda dikatakan fixed deposit bagi Umno. 

Dua dun yang PAS menang itu Kuala Semantan dan Beserah adalah pinggir bandar dan tiada Felda di dalamnya.

Adakah faktor kepimpinan Dato Tuan Ibrahim Tuan Man (PAS) dan Dato Fauzi Rahman (PKR) di Pahang tidak cukup kuat bagi menjatuhkan Umno Bn dan dalam masa yang sama juga meraka (PR) ini dapat menyakinkan rakyat Pahang untuk memilih PAS Ganti Umno direalisasikan. Atau adakah barisan kepimpinan PR Pahang yang dibaris belum cukup kuat menyakinkan rakyat Pahang ? Berbanding pimpinan pelapis Umno Bn Pahang.

Cuba kita fikir-fikirkan ....




No comments: