Monday, August 09, 2010

Noh dangkal, kail hanya sejengkal ?

Jaguhan Menteri Pusat dari Selangor yang berada dalam 'pembikinan' imej untuk berjuang mendapat tempat di hati rakyat Selangor adalah Noh Omar. Selepas road show seluruh Selangor menerangkan kepada rakyat siapa mencuri pasir di Selangor 'sudah berjaya'.

Kini Noh bertindak mengikut fasa demi fasa iaitu MENCABAR KERAJAAN SELANGOR membatalkan premis DENGAN MAHU MEMINTA KERAJAAN SELANGOR BATAL PREMIS DALAM BULAN RAMADHAN SAHAJA.

Ini betul kedangkalan fikiran menteri Umno yang jauh untuk dihormati rakyat dan mahu diangkat sebagai pemimpin rakyat.

Pertama Noh kena tahu apa istilah hiburan. Dalam Islam hiburan diizinkan, isinya perlu dikawal. Judi diharamkan, pusat persundalan diharamkan, pusat arak diharamkan. Dan segala-gala yang berkait walaupun pekerjanya yang tidak berjudi, minum arak pun mendapat 'markah' yang sama.

Sementelahan menutup hanya di bulan Ramadhan sahaja tidak selesai masalah. Selepas Ramadhan ada 11 bulan lagi rakyat akan dirosakkan. Inilah namanya ambil islam separuh separuh.

Dan banyak lagi asalan dan hujah yang mudah mahu dijelaskan dan mudah amat difikirkan.. usahlah layan Noh beria-ria sangat.

Zulkiflee Bakar Utusan: Tanyalah Ustaz....

Kenapa bila cakap pembangkang, kritikan pembangkang dilabelkan 'dakyah' oleh penulis rencana ini. Justeru marilah kita sendiri memahami apa yang dimaksudkan dengan dakyah dan persepsi masyakakat tentang dakyah.

Menurut kamus Dewan dakyah atau diayah bermaksud 'penyiaran (penyebaran sesuatu ideologi/doktrin/pendapat dsb) untuk mendapat sokongan. Atau dalam kata lain dakyah bermaksud 'propaganda'.

Jelas bagi penulis rencana Utusan di bawah boleh kita katogerikan sebagai penulis upahan, atau penulis mencari makan. Beliau bukanlah penulis yang kiblatkan kebenaran berdasarkan kejadian manusiawi yang mulia.

Bagi seorang manusiawi yang kenal akan diri dan sentiasa bersifat hamba dengan khalidnya (maha pencipta). Hidup nya mahu mencari kebenaran di sisi Allah atau penciptanya. Bukan mahu mencari 'redho' penguasa di dunia. Kerana hakikat kehidupan manusia adalah kekal dan lama di akhirat. Dunia hanya bersifat sementara sahaja.

Berbalik kita dengan penulis Zulkiflee Bakar (ZB). Dengan menyatakan fakta saman ekor yang didakwa 10 juta kes. Maka kata ZB hanya 2 juta. Tambahnya lagi para penceramah pembangkang menyerang habis-habisan SPRM, FELDA dan agensi lain yang beliau tidak nyatakan bentuk-bentuk serta contoh serangan itu.

Dan kesimpulan kedua penulis, katanya DSAI semasa dalam satu Jamuan Makan telah mengeluarkan kenyataan Umno adalah parti yang paling jahat di dunia.

Bagi kita parti atau mana-mana orang yang engkar arahan Allah adalah kumpulan atau golongan yang dilaknat Allah. Sejarah bagaimana kes iblis 'engkar' arahan Allah supaya 'tunduk' kepada arahaNya agar sujud kepada ADAM, tetapi iblis engggan atau ENGKAR.

Cuma IBLIS enggan kepada ARAHAN/SURUHAN Allah yang satu ini sahaja. Ia dicop dan termasuk dalam KUMPULAN DILAKNAT oleh Allah kerana enggan mengikut arahan Allah.

Bagaimana kita yang boleh menghalalkan apa yang diharamkan Allah sebagai orang yang TIDAK TERKECUALI DILAKNAT ALLAH.Terang jelas judi, arak adalah jenis kesalahan dosa besar yang mana Allah larang manusia daripada mendekati benda-benda begitu. Bagaimana dengan SIKAP Umno adakah dengan kuasa yang ada pada nya mahu menutup kilang arak dan pusat judi ?

Tanyalah pada Ustaz .. dalam TV9










Menangani dakyah pembangkang

PEMBOHONGAN, penyelewengan fakta dan fitnah, itulah gambaran yang boleh diberikan oleh penulis ketika menilai isi kandungan ceramah yang dianjurkan oleh pakatan pembangkang di Perak dan beberapa negeri dalam tempoh seminggu ini. Jelas sekali, pemimpin pembangkang yang sering bercakap soal kebebasan bersuara telah menyalahgunakan kebebasan berkenaan demi meraih sokongan politik.

Soal membentangkan fakta dan kebenaran bukan menjadi perhitungan utama kerana apa yang lebih penting bagi mereka adalah menabur fitnah sebanyak mungkin apabila berpeluang berucap di pentas politik.

Dalam ceramah bertemakan ketuanan Melayu di Simpang, Taiping pada 1 Ogos lalu contohnya, tujuh pemimpin pembangkang termasuk Datuk Zaid Ibrahim dan bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ir. Muhammad Nizar Jamaluddin bukan sahaja menyerang kerajaan habis-habisan, malah agensi-agensi kerajaan turut menjadi sasaran fitnah mereka.

Apa yang mendukacitakan, biarpun segala yang diperkatakan hanyalah satu pembohongan, namun pemimpin-pemimpin berkenaan tergamak melakukan perbuatan itu semata-mata untuk menunjukkan kononnya betapa buruknya kerajaan Barisan Nasional (BN) di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Contohnya, mereka menggambarkan zaman pemerintahan Najib adalah zaman syaitan kerana kerana jenayah berleluasa. Mereka langsung tidak menyentuh mengenai pengumuman kerajaan baru-baru ini bahawa kadar jenayah sudah menurun dengan ketara.

Selain itu, Muhammad Nizar 'tergamak' berbohong apabila menyatakan jumlah saman ekor yang dikeluarkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) adalah 10 juta, sedangkan fakta sebenar hanyalah sekitar dua juta. Tidak cukup dengan itu, mereka juga menyerang habis-habisan PDRM, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Felda, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan UMNO.

Dua hari sebelum itu, Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim juga melakukan serangan terhadap kerajaan ketika berucap pada majlis makan malam anjuran pakatan pembangkang di pekan Bagan Serai, Perak.

Pelbagai tuduhan dilemparkan ke atas UMNO seolah-olah parti itulah yang paling jahat di muka bumi Allah ini. Ternyata sekali, hari demi hari pembangkang semakin agresif melancarkan serangan ke atas kerajaan kerana ia dianggap langkah bagi mengekalkan momentum untuk berhadapan dengan Pilihan Raya Umum ke-13 nanti.

Oleh itu, mereka akan melakukan apa sahaja pembohongan, melemparkan segala tohmahan dan mewujudkan apa juga fitnah bagi menyakinkan rakyat untuk menyokong mereka. Walaupun penulis difahamkan majoriti yang hadir ke majlis ceramah-ceramah tersebut adalah penyokong pakatan pembangkang, namun ini tidak bermakna UMNO dan BN harus mendiamkan diri.

Kedua-dua parti itu, seharusnya mengaturkan strategi lebih agresif bagi berhadapan dengan kegilaan politik pembangkang yang semakin ghairah memburuk-burukkan kerajaan. Apa yang dilakukan oleh pembangkang dalam ceramah-ceramah mereka hakikatnya adalah satu perang saraf dengan tujuan mewujudkan persepsi bahawa kerajaan sedia ada harus ditumbangkan dan pembangkang perlu diberi peluang menguasai Putrajaya.

Bagaimanapun, apa yang menjadi persoalan sejauh manakah persiapan BN bagi berhadapan dengan gerakan agresif pembangkang itu? Kecuali di Selangor yang menyaksikan UMNO dan BN semakin ghairah mendedahkan kepincangan kerajaan negeri, di negeri-negeri lain terutamanya di Kedah dan Perak, BN boleh dikatakan masih lesu.

Penulis difahamkan di Perak, walaupun war room diwujudkan dengan tujuan menangkis serangan pembangkang, namun ia tidaklah sehebat mana. Tohmahan-tohmahan pembangkang masih belum mampu ditangani dengan baik sehinggakan ia menjejaskan imej kerajaan negeri di bawah kepimpinan Datuk Seri Dr.Zambry Abd.Kadir.

Perlu diingat, BN bukan sahaja tidak boleh malah sama sekali tidak harus berasa selesa dengan kedudukan sekarang. Ia disebabkan pilihan raya umum akan datang menjadi sasaran utama pembangkang untuk menumbangkan BN. Atas sebab itulah, mereka melakukan serangan siang dan malam untuk menyakinkan rakyat menyebelahi mereka.

''Jika BN terus tidak bertindak agresif dan hanya mengharapkan kewibawaan pucuk pimpinan sahaja, sedangkan di peringkat akar umbi tidak bergerak, maka sudah pasti BN tidak akan mampu mencapai kejayaan,'' kata seorang pemimpin kanan UMNO kepada penulis. Sememangnya, inilah kebimbangan paling ketara memandangkan UMNO dan BN di peringkat negeri masih lagi mengamalkan sikap defensif.

Walaupun Najib dan Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyatakan masanya sudah tiba untuk BN dan UMNO mengamalkan pendekatan ofensif tetapi seolah-olah tiada siapa yang menyahutnya. Ada pula di sesetengah negeri, kepimpinan BN lebih menumpukan soal pentadbiran sahaja dan meletakkan soal politik di tempat kedua, sedangkan politiklah yang akan menentukan nasib mereka dalam pilihan raya.

Sepatutnya, harus ada pengimbangan antara pentadbiran dan politik supaya rakyat tidak mudah terpedaya dengan dakyah pembangkang. Dalam soal ini, sayap-sayap UMNO terutamanya Pemuda perlu lebih agresif untuk menggerakkan jentera di peringkat akar umbi. Begitu juga biro penerangan di peringkat bahagian yang dilihat cukup lesu.

Sekarang bukanlah masa untuk beretorik tetapi melancarkan gerakan bagi menangani pembohongan dan dakyah pembangkang. Perkara yang paling utama ialah menyakinkan rakyat untuk terus menyokong BN dan kerajaan sentiasa berusaha memberikan kesejahteraan kepada semua kaum.

UMNO dan BN perlu aktif dalam melaksanakan program-program penerangan kepada rakyat bukan sahaja melalui ceramah tetapi juga penyebaran risalah bagi menjawab setiap tohmahan pembangkang. Persoalannya, adakah langkah itu sudah dilakukan? Adalah jelas dari segi perang saraf, UMNO di peringkat negeri masih lemah.

Paling mengecewakan, ada antaranya masih berbalah sesama sendiri ketika pembangkang semakin hebat melancarkan gerakan untuk menawan hati rakyat. Jika sikap ini berterusan, tidak mustahil bukan sahaja negeri yang berada di dalam genggaman pembangkang tidak akan mampu ditawan kembali, malah yang ada dalam genggaman pun mungkin akan terlepas.

Sama ada hendak diakui atau tidak, keputusan Pilihan Raya Umum 2008 yang menyaksikan BN dan UMNO mencatatkan keputusan paling buruk dalam sejarahnya masih belum lagi menjadi terapi yang mampu membangkitkan semangat sesetengah pemimpin dan ahli parti itu.

Sebaliknya, ada antara mereka terus leka dan menganggap pilihan raya masih lambat sedangkan pembangkang bertindak seolah-olah pilihan raya hendak diadakan esok.

Semoga pemimpin dan ahli UMNO serta BN memahami 'ancaman' yang sedang dilakukan oleh pembangkang kerana mereka tidak boleh membiarkan pembangkang 'merampas kuasa' melalui tindakan membohongi rakyat.

Mana lebih ? tindas 1000 dengan tindas 27 juta rakyat

Protes 1000 peniaga dengan protes rakyat kepada BN. Mana yang besar. Dalam PRU 12 yang lalu PR memperolehi undi protes Bn sebanyak 52% daripada 27 juta penduduk Malaysia. Jumlahnya adalah lebih daripada 15 juta orang iaitu suara rakyat seluruh termasuklah para peniaaga besar dan kecil.

Mana yang mahu diutamakan rakyat atau peniaga 1000 orang yang sebahagian daripada rakyat Pulau Pinang. Gambar dan laporan jahat media memberi gambaran seolah-olah hanya PR di Pulau Pinang yang pandai menindas rakyat.

Jika ya , apa ada dengan sikap menindas peniaga 1000 orang dengan tindakan kerajaan menyelaras subsidi dengan menaikkan harga minyak, gula dan gas, menjelang umat Islam mahu menyambut bulan Ramadhan kali ini pada tahun 1431H.

Ini menunjukkan kerajaan tidak berhati perut dan tidak mengutamakan rakyat. Pendekata kerajaan sendiri melepaskan tanggungjawab terus bebanan itu kepada rakyat.





1,000 peniaga protes hari ini

PULAU PINANG 8 Ogos – Kira-kira 1,000 orang peniaga dan ahli pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dijangka berhimpun di Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) di sini esok bagi membantah tindakan kerajaan negeri tidak membenarkan peniaga Bazar Ramadan berniaga di situ.

Naib Pengerusi Dewan Perniagaan Komtar, Mohamed Ghani Abd. Jiman berkata, langkah itu diambil selepas beliau menerima maklum balas daripada peniaga-peniaga Melayu yang tertekan dan kecewa dengan tindakan kerajaan negeri.

“Kami akan berkumpul esok, dimulakan dengan sidang akhbar pukul 10 pagi bagi meluahkan rasa tidak puas hati terhadap kerajaan negeri yang menghalang peniaga Bazar Ramadan beroperasi di Komtar.

“Perkara ini tidak seharusnya berlaku kerana ia telah wujud setiap kali Ramadan sejak lebih 20 tahun lalu,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Mingguan Malaysia hari ini melaporkan, pihak pengurusan Komtar, Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC), iaitu sebuah agensi kerajaan negeri menghalang para peniaga Melayu daripada berniaga di Bazar Ramadan yang diwujudkan di tingkat tiga kompleks tersebut pada setiap kali bulan puasa.

Kesemua 27 peniaga terbabit hanya dimaklumkan kelmarin tentang keputusan PDC itu sedangkan persiapan telah dibuat untuk mereka memulakan perniagaan semalam.

Menurut Mohamed Ghani, beliau akan bertemu Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Mansor Othman esok bagi mendapat penjelasan sebenar mengenai keputusan PDC tersebut sekali gus membantu menyelesaikan masalah berkenaan.

“Hanya dia (Mansor) harapan untuk membantu kami kerana dia ialah pemimpin Melayu tertinggi dalam kerajaan negeri.

“Kalau dia juga tidak dapat membantu, memang dia juga bersekongkol dengan DAP menindas orang Melayu,” tegasnya.

Wednesday, August 04, 2010

Nizar diimejkan buat kacau

Nizar digantung, dihalau Ganesan

IPOH – Keingkaran Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pasir Panjang, Datuk Seri Ir Mohamad Nizar Jamaluddin mematuhi arahan Yang Dipertua Dewan Negeri, Datuk R Ganesan menyebabkan bekas Menteri Besar itu dihalau dan digantung sehingga sidang sehari itu tamat, semalam.

Penggantungan itu diputuskan Ganesan sebaik sahaja menolak rayuan Mohammad Nizar untuk meneruskan perbahasannya selepas semua 32 ADUN Barisan Nasional (BN) dan Bebas bersetuju dengan usul dibawa Datuk Ramly Zahari (BN-Manong).

Kehangatan perbahasan memuncak apabila mikrofon yang digunakan ADUN PR terputus-putus seperti ditutup dan kegagalan Mohamad Nizar menyebut jawatan Yang Dipertua Dewan atau Speaker menyebabkan Ganesan memberi amaran.

“Saya memberi amaran kepada Yang Berhormat Pasir Panjang supaya menyebut jawatan saya,“ kata Ganesan.

Bagaimanapun, setelah beberapa kali diberi peringatan, Ganesan akhirnya mengeluarkan arahan supaya Mohammad Nizar keluar dari Dewan.

Datuk Ramly Zahari (BN-Manong) kemudian bangun mencadangkan supaya Perintah Tetap 44(3) digunakan untuk menggantung Mohamad Nizar daripada mesyuarat itu.

Dengan menyebut Perintah Tetap 44(2) serta kuasa Speaker yang ada kepadanya, beliau arahkan Mohammad Nizar keluar kerana mencetuskan suasana haru-biru.

ADUN Pasir Panjang itu akhirnya akur dan keluar dari Dewan pada jam 1.29 tengah hari diikuti 27 ADUN PR yang lain, manakala 28 ADUN BN bersama empat Bebas masih kekal di tempat masing-masing.

Sementara itu Ganesan berkata, beliau mempunyai alasan kukuh bertindak terhadap ADUN Pasir Panjang itu.

“Saya terpaksa keluarkan dia kerana tidak mengikut arahan Speaker. Jawatan Speaker tidak disebutnya. Meskipun kes Speaker sudah dibawa ke Mahkamah Tinggi Ipoh, tetapi injunksi ditolak. Saya perlu menjalankan tugas yang diamanahkan sebagai Speaker,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat ditangguhkan semalam.

Katanya, jika usul Perintah Tetap 44(3) itu dipersetujui, undian tidak perlu dilakukan dan Mohamad Nizar boleh digantung selama mesyuarat berlangsung.

Beliau berkata, Mohammad Nizar cuba merayu setelah usul penggantungan itu dikemukakan, namun ditolak kerana peluang sudah diberikan kepadanya berucap, tetapi enggan menggunakan masa itu sebaiknya.

"Saya cuba jalankan persidangan dengan adil dan saksama, tetapi kesabaran saya dengan sikap ADUN PR sudah sampai kemuncak dan saya terpaksa bertindak tegas," katanya.

Suasana yang pada awalnya lancar bertukar menjadi kecoh ketika ADUN Pangkor yang juga Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir menjawab Rang Undang-undang Pembekalan Tambahan 2010.

Pada masa sama, isu pemberian peruntukan sebanyak RM50,000 kepada setiap MCA Bahagian di Perak menjadi topik perdebatan sehingga ADUN BN dan PR saling mengejek.

Nasionalisme : Kupasan A Aziz Deraman

Ke mana nasionalisme?

- A. AZIZ DERAMAN

Setiap kali tiba bulan Ogos, kita warga Malaysia akan menyambutnya dengan megah bahawa inilah bulan kemerdekaan bangsa dan kebebasan negara kita. Bangsa kita merdeka mengatur langkah ke mercu martabat. Negara kita bebas untuk memacu kemakmuran sendiri. Kemerdekaan memberikan kita kebebasan mencipta apa jua dasar di peringkat nasional dan sejagat, lokal dan global. Tetapi kenapakah kita kian terasa akan kehilangan semangat nasionalisme dan kelunturan patriotisme Malaysia? Ke mana perginya nasionalisme jika kita gagal menghayati Gagasan 1Malaysia dan di mana pula aspirasi Wawasan 2020 dalam konteks kita berbangsa dan bernegara jika kita tidak padukannya dengan kemajuan dan perpaduan? 1Malaysia akan diisi dengan suatu transformasi besar negara dan rancangan pembangunan ke arah mencapai kemajuan sepenuhnya. Soalnya dapatkah kita capai tanpa minda nasionalisme yang kukuh dan sanubari patriotisme yang mendalam?


Wawasan 2020 itu adalah tahun matlamat negara. Kadang-kadang perjalanan ke situ menjadi kritikal disebabkan suasana politik yang sukar dibaca, adanya gerakan pembangkang yang ekstrem dan terjadinya perombakan sesuatu dasar tanpa alasan yang padu. Keadaan ini menjadi lebih ruwet sekiranya berlaku kegagalan membangunkan modal insan sehingga membawa kepada konflik dan perubahan persepsi rakyat. Apakah kehilangan nasionalisme itu kerana sifat kepelbagaian kita. Patriotisme pula ikut terhakis. Apakah hal-hal sedemikian terjadi kerana kita terdiri dari pelbagai kaum, menganuti pelbagai agama, amalan budaya dan adat resam yang tidak sama? Padahal jika usaha-usaha berterusan dilakukan untuk menyatukan minda, sikap, pandangan, keyakinan, pemikiran dan mendorongkan perkongsian nilai-nilai bersama, tentunya rasa kesatuan dan kebangsaan Malaysia akan bertambah kukuh. Sebaliknya jika nilai-nilai budaya perkauman, ‘laissez faire’, ‘multi-culturalisme’ ‘pluralisme’ didorongkan tanpa batas, bagaimana mungkin sifat-sifat kenegaraan atau kebangsaan Malaysia itu boleh segera dilahirkan?


Di sana sini orang-orang politik pula menggunakan istilah semahu-mahunya tanpa jelas, tepat dan mendukungi makna falsafah atau kebenaran maknawiahnya. Misalnya kata ‘bangsa’ yang merujuk kepada ‘negara’ atau kita sebagai satu bangsa Malaysia disamakan dengan erti kaum. Kaum Cina atau India warga Malaysia, adalah sebahagian daripada bangsa Malaysia bukannya warga atau bangsa China atau kaum India itu sebagai warga atau bangsa India yang merujuk kepada negara India. Kebangsaan (nationality) mereka adalah Malaysia. Jadi penulis kurang arif kenapa mesti dilahirkan sebuah ‘Little India’ atau mungkin ‘Little China’ di Malaysia. Rancangan ini hanya benar jika kaum India atau Cina masih menganggap mereka sebagai pendatang. Hal itu bukan demikian lagi. Segelintir orang Melayu yang buta sejarah dan tiada ilmu sains sosial pula akan mencadangkan kenapa tidak diwujudkan juga 'Little Malay‘ misalnya untuk menamakan pembangunan semula Kampung Baru, Kuala Lumpur. Kedangkalan ilmu sejarah dan persuratan lambat laun akan meruntuhkan status peradaban sendiri.


Dari tahun 2010, kita akan menempuhi tempoh satu dekad lagi menjelang 2020. Konsep asal negara maju adalah berlandaskan negara perindustrian. Tetapi bagi penulis keutamaan kemajuan pertanian juga akan membawa kita ke hadapan. Kita mesti ada perimbangan yakni kita bukan sahaja mesti maju dalam ekonomi sama ada bidangnya perdagangan, perniagaan, perindustrian, kewangan, perbankan tetapi mesti maju dalam politik yakni kematangan berpolitik, tiada lagi perjuangan perkauman dan rakyat menjiwai kesatuan bangsa Malaysia. Kita juga maju di bidang sosial dengan kebajikan, kesejahteraan dan ketinggian nilai moral dan akhlak. Kata orang, sekarang sudah ada haiwan di kalangan manusia, kerana manusia haiwan sanggup membunuh, merogol, seks songsang, merompak, membuang bayi, bersekedudukan haram, pelaku jenayah, bertindak ganas, tetapi tidak ada manusia di kalangan haiwan. Nasionalisme itu untuk manusia dan patriotisme itu pun untuk manusia dan negara manusia.


Nasionalisme di negara-negara maju dicerminkan kekuatan kebudayaan dengan pembinaan kerohanian dan kejiwaan yang kental. Rakyatnya berkongsi nilai-nilai dan norma kehidupan yang positif. Di Malaysia mungkin sahaja diambil dari tradisi rakyat asal dan Islam sebagai agama rasmi negara. Jadi kesayangan dan kecintaan terhadap negara sebenarnya menjadi kayu pengukur akan nasionalisme bangsa Malaysia itu. Selagi orang Cina merasa diri mereka seperti bangsa Cina di China atau orang India merasakan diri mereka seperti bangsa India di India, kaki di sini akal di sana, bagaimanakah akan terbina kesatuan dan perpaduan satu bangsa dalam konteks 1Malaysia itu? Tepuk dada dan tanya selera anda. Sudah berkali-kali ditegaskan bahawa 1Malaysia itu, terasnya Perlembagaan dan Rukun Negara. Cuba baca, fahami, hayati Perlembagaan Negara. Kita hanya ada satu Malaysia. Itulah satu-satunya negara bangsa kita. Kemusnahan negara ini mengakibatkan kemusnahan kita. Waspadailah orang politik, jangan anda terlalu banyak bermain api, bermainlah dengan ilmuwan, ulama hikmah dan cerdik pandai agar impaknya lebih membijaksanakan kita.


Suatu waktu kita pernah mendengar bagaimana rakyat Malaysia memperlekeh, memperleceh dan memperkecilkan negara sendiri. Ada tokoh-tokoh politik kerana kepentingan diri dan mahu menjulang nama bertindak memburuk-burukkan negara sendiri di bumi asing. Mereka sanggup bersekongkol dengan pemimpin asing atau menggunakan media asing. Mereka bukan tidak tahu, ‘menepuk air di dulang akan terpercik ke muka sendiri’. Rakyat negara maju seperti Korea dan Jepun tidak pun menghina negara sendiri. Orang Singapura pun tidak begitu. Mereka sentiasa mempertahankan negara sendiri. Kalau istilah ‘kiasu’ dikaitkan dengan sikap tidak mahu mengalah, amalan orang Jepun dengan budaya Jepunnya. Melayu ada konsep jihad, antaranya dengan ‘biar berputih tulang jangan berputih mata’, lalu Melayu tidak sepatutnya menganut budaya lalang, mudah meliuk-lintuk ke sana ke mari. ‘Kiasu’ menjadikan semangat Singapura, rakyat sedia memperbaiki kelemahan negara, tetapi tidak memburukkannya.


Konsep negara maju yang mahu kita bina itu mengikut acuan kita sendiri. Maka di manakah acuan itu? Apakah acuan barat atau acuan asing caca-merba dari segala ceruk rantau dunia yang mahu kita pakai? Kemajuan penuh itu untuk apa dan untuk siapa? Tanyakan diri bagaimana sifat-sifat perpaduan negara yang kita maksudkan, integrasi sosial yang bagaimana, perkongsian kek ekonomi secara mana? Rupa bentuk keadilan sosial yang mahu kita bina sedang dihuraikan, termasuk usaha-usaha menghapuskan kemiskinan tanpa mengira kaum. Jika Melayu dan bumiputera diberikan keutamaan dan keistimewaan kerana kemunduran dan kedaifan mereka, kenapa hakikat ini sukar diterima? Itulah juga tuntutan Perlembagaan. Sepatutnya tidak ada kedengkian dan kecumburuan seandainya Model Baru Ekonomi (MBE) memasukkan satu bahagian khusus tentang mekanisme menyelesaikan isu ini.


Kenapa semangat nasionalisme dan patriotisme kita masih rendah bahkan kian merosot? Sebagaimana disebutkan tadi, ada orang mengatakan amalan ‘kiasu’ Jepun patut diambil. Selain Singapura, mungkin Thailand dan Indonesia ada ramuannya. Jika nasionalisme kita merosot dan boleh hilang, apakah ada jaminan bahawa kita akan dapat mencapai tahap sebuah negara maju? Penulis pernah beberapa kali bayangkan bahawa antara salah satu faktor pemodenan dan kemajuan Korea adalah hasil gerakan Samuel Undong, yakni konsep kerjasama yang kebetulannya dicontohi dari Malaysia. Jadi tidak cukupkah jika kita angkatkan tradisi sendiri seperti kerjasama, muafakat dan gotong royong itu sebagai penghayatan jiwa kemajuan rakyat. Kita boleh menambahnya lagi dengan pelbagai unsur-unsur yang serasi dari barat atau timur. Malahan penerapan nilai-nilai Islam yang ternyata banyak membawa kemajuan boleh diterapkan, misalnya sistem perbankan Islam yang diakui dunia akan kejayaannya itu. Jepun, Korea Selatan, Taiwan dan Singapura adalah contoh negara-negara yang mencapai kekuatan kerana nasionalisme dan patriotismenya yang tinggi.


Tahap keyakinan asing kepada negara kita terletak kepada tahap keyakinan kita. Kita kehilangan jiwa kebangsaan kerana kita melebihkan jiwa perkauman. Kita dipandang rendah kerana kita sendiri tidak memandang tinggi akan diri dan negara bangsa kita. Menjelang tahun 2020, kita mahu melihat sistem pemerintahan yang mantap sesuai dengan keyakinan baru yang dipupuk sekarang. Kita mahu taraf dan kualiti kehidupan kota dan desa terus meningkat. Rakyat Malaysia kekal mengamalkan nilai-nilai positif sosiobudaya, jiwa rohani yang penuh kebanggaan kepada bangsa sendiri. Insya Allah, dengan peningkatan daya saing, kekukuhan nasionalisme dan patriotismenya, Malaysia akan berada di salah satu tangga teratas dalam saingan global.


Krisis air di Pahang, yang disoroti kes di Selangor

Pahang menghadapi krisis air yang teruk terutama kawasan Felda di Daerah Bera. Paparan krisis itu dimuatkan dalam Aduan Rakyat TV3. telatah dan gelagat kemarahan rakyat jelas menunjukkan kekecewaan mereka dengan negara 1Malaysia ini.

Ayat dan senjata yang diulang-ulang oleh mereka, logik seiring negara sudah 53 tahun merdeka (masuk bulan ini) masalah air gagal ditangani oleh pihak berwajib. Di mana masalah dan salahnya. Justeru pihak yang utama dan pertama harus dipertanggungjawabkan tentulah pihak pemerintah, kerana segala-galanya ada pada mereka.

Media yang lain terutama yang ultra menyokong apa sahaja tindakan Umno Bn sepatutnya insaf dan menjadi penegur ke arah kebaikkan.

Sebaliknya tidak, yang disorot adalah negeri lain gagal memberi khidmat air terbaik kepada rakyatnya. Lihatlah laporan gajah dan kuman di seberang yang mereka nampak ini, walh hal gajah di depan mata. kenapa dan mengapa , sama-sama kita soroti ulasan tulisan berniat jahat ini.




Negeri yang kian ‘dahaga’




ADAKAH Selangor akan menghadapi catuan air pada tahun 2014 jika negeri itu masih melengahkan projek penyaluran air dari Pahang?

Kerajaan negeri Selangor menafikan kemungkinan catuan itu berlaku dan mengatakan negeri itu mempunyai bekalan air yang cukup sehingga tahun 2019.

Menurut Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Air dan Tenaga Malaysia (WECAM) S. Piarapakaran, walaupun perkiraan secara mendatar dibuat, masih nyata bahawa kapasiti air di Selangor kini tidak mencukupi.

“WECAM tidak pasti atas dasar apakah yang mereka ambil kira dalam mencapai kesimpulan itu. Kerajaan Selangor perlu menyatakan kaedah perkiraan mereka kepada umum supaya analisis dapat dilakukan,” ujar beliau.

Kuala Lumpur dan Putrajaya bergantung sepenuhnya pada Selangor untuk bekalan air. Keputusan melengahkan projek itu mungkin mendatangkan mudarat kepada semua pihak.

Menurut Piarapakaran, angka yang digunakan kerajaan Selangor bagi perkiraan mereka tentang simpanan air di negeri itu juga agak samar.

Setelah mengkaji kaedah jangkaan keperluan air oleh Unit Perancang Ekonomi (EPU) dalam Kajian Bekalan Air Negara 2000 hingga 2050, beliau mendapati, jangkaan kenaikan keperluan air diasaskan kepada perkiraan kriteria normal.

“Malangnya, kajian tidak mengambil kira kesan El-Nino dan La-Nina atau bekalan air mentah. Ini juga bermakna model yang digunakan tidak merangkumi kemungkinan senario yang terburuk,” terang Piarapakaran.

Selain itu, pihak berkuasa Selangor juga menganggarkan pertambahan keperluan bekalan air berdasarkan unjuran mereka sendiri, kata beliau.

Berdasarkan unjuran WECAM daripada nilai keperluan yang dikeluarkan Syabas baru-baru ini, keperluan dari 1 Jun 2010 hingga 11 Julai 2010 adalah 4,086 juta liter sehari (MLD).

Piarapakaran berkata, jika pengguna dapat mengehadkan kenaikan penggunaan air kepada hanya satu peratus setahun, unjuran 4,431 MLD kapasiti rawatan hanya boleh bertahan sehingga tahun 2018 seperti yang diperkatakan kerajaan Selangor.

“Tetapi kenaikan keperluan adalah lebih tinggi. Satu perbandingan mudah bagi tahun 2007 dan 2008 menunjukkan kenaikan keperluan adalah 3.48 peratus.

Walaupun peningkatan dalam keperluan hanya dua peratus bagi satu tahun, kapasiti bekalan kini hanya boleh bertahan sehingga 2014.

Bekalan air mentah

Tambah Piarapakaran, keperluan terhadap air yang dirawat bagi pelanggan dan sektor domestik, industri, komersial serta institusi semakin meningkat setiap tahun dan ia satu situasi yang memerlukan perhatian segera di Selangor.


DALAM situasi semasa, paras air yang menyusut di Empangan Sungai Tinggi di Kuala Selangor (gambar kiri) ketika krisis air lalu dikhuatiri berlaku kembali.


Tetapi kapasiti rawatan di loji rawatan air adalah terhad. Maknanya, jika tiada bekalan air mentah, maka tiadalah kerja rawatan yang dapat dijalankan.

“Kapasiti rawatan air semasa adalah 4,326 MLD. Dengan kerja pembaikan dan kemudahan di loji rawatan lapangan terbang antarabangsa, kapasiti ini boleh ditingkatkan kepada 4,431 MLD pada tahun 2012. Tetapi ini mungkin tidak mencukupi untuk memenuhi bekalan yang semakin meningkat pada tahun 2014,” jelas beliau.

Piarapakaran juga menyatakan isu di Lembah Klang bukan hanya pada kenaikan penggunaan air tetapi juga pada pertambahan populasi. Katanya, kajian EPU tidak termasuk kehadiran pekerja asing sebagai kriteria di dalam unjuran populasi sedangkan mereka juga pengguna air.

“Kajian EPU yang tidak menyentuh pertambahan penduduk bukan warganegara juga merupakan satu lagi isu,” katanya.

Di samping itu, Air Bukan Hasil (NRW) dalam kiraan EPU adalah rendah dan perkiraan itu menganggarkan NRW menyusut dari tahun 2010.

Menurut Piaparakaran yang meminta Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) mengeluarkan statistik mengenai perkara itu, memberitahu bahawa penstrukturan semula industri air di Selangor menunjukkan NRW tidak akan berkurangan berdasarkan apa yang dirancang.

Dalam memberi alasan kenapa negeri itu tidak mahu terburu-buru melaksanakan projek berkenaan, kerajaan Selangor menyatakan langkah sedemikian hanya akan meningkatkan kos projek yang kini sudah bertambah daripada RM2 bilion kepada RM8 bilion.

“Saya bukan pakar ekonomi,” kata Piarapakaran. “Tetapi bila bercakap dalam situasi normal pun, melengahkan projek akan mengakibatkan kenaikan kos kerana kos bahan dan juga pembinaan meningkat dengan masa.”

Bagi menangkis tuduhan yang tidak tepat, pelaksanaan projek itu perlulah telus dan kaedah perolehan yang betul perlu digunakan.


KEPERLUAN air bagi manusia tidak ternilai harganya. – Gambar hiasan


“Ini bermakna kita perlu banyak ketelusan dalam tuntutan yang dikemukakan oleh mana-mana pihak. Jika tidak diperiksa butiran, kebenaran mungkin tidak diketahui. Kalau bekalan air sememangnya tidak mencukupi, maka pihak mana yang perlu menjalankan langkah selanjutnya bagi menangani masalah ini?”

Puncanya manusia

Ujar Piapakaran, WECAM telah berulang kali memberi peringatan bahawa krisis air di Malaysia bukanlah disebabkan cuaca. Ia adalah disebabkan manusia, kerana kegagalan dalam merancang.

WECAM menggesa supaya dalam mereka bentuk loji rawatan air, takungan simpanan perlu dimasukkan di dalam perancangan. Ini sebagai persediaan bila keadaan terdesak dan kritikal seperti pada musim kemarau kerana ketika itu bekalan air mentah memang kurang.

“Tidak boleh ada defisit dalam kapasiti. Kita sepatutnya mempunyai bekalan simpanan jika mahu mengharungi krisis air,” kata beliau.

Pengerusi Eksekutif Syabas Tan Sri Rozali Ismail dilaporkan sebagai berkata bahawa pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 tidak boleh dilengahkan lagi.

Beliau berkata pada masa ini bekalan air di Selangor masih tidak stabil dan boleh berkurangan sekiranya berlaku pencemaran sungai atau ketiadaan hujan yang berterusan.

“Kita tidak boleh menunggu sehingga tahun 2014 untuk bertindak kerana Syabas telah menghantar laporan kajian dan penyelidikan kepada kerajaan Selangor dan Persekutuan setiap tahun tentang perkara ini,” katanya pada majlis pelancaran Kempen Bekalan Air Bersih Untuk Semua baru-baru ini.


SANGGUPKAH kepayahan mendapatkan bekalan air bersih seperti ini terpaksa dilalui sekali lagi? – Gambar hiasan


Rozali turut mencadangkan pembaikan dalam bekalan air di Selangor untuk mengelak kemungkinan krisis air berulang.

“Dalam isu air ini, yang paling penting ialah kita ketepikan isu politik atau kepentingan peribadi kerana paling diutamakan ialah untuk masalah diselesaikan segera dan kami berharap kerajaan Selangor akan menimbangkan untuk menyelesaikan isu air secepat mungkin,” katanya.

Kerja di bawah projek pemindahan air itu bermula pada April. Sebaik siap pada tahun 2014, projek itu akan menyalurkan 1,890 juta liter air mentah sehari dari Sungai Semantan di Pahang ke Loji Rawatan di Hulu Langat, Selangor.

Air mentah akan disalurkan melalui terowong sepanjang 44.6 kilometer yang mempunyai garis pusat 5.2 meter dengan menggunakan arus graviti ke loji rawatan itu.

Terowong itu, dikorek merentasi Banjaran Titiwangsa, akan menjadi terowong saluran air yang paling panjang dan terbesar di Asia Tenggara dan keenam terbesar di dunia.

Penyaluran air ke Selangor pada 10 sen setiap satu meter padu dijangka akan mendatangkan pendapatan sebanyak RM70 juta setahun bagi kerajaan negeri Pahang.

Kadar ini akan dikaji semula setiap lima tahun oleh kedua-dua negeri.

Saturday, July 31, 2010

Jangan terpesona dengan pendakwaan terhadap Ling

Mudahnya penilaian dan senangnya kesimpulan sistem pendakwaan perundangan negara tidak memilih dan menentukan bulu. Kita amat menyetujui bahawa bekas Presiden MCA di dakwa.

Proses dakwaan dan pendakwaan adalah satu proses yang berlainan. Proses menjatuhkan dan mengenakan hukuman pulak adalah satu perkara yang berbeda. Dengan gegak pendakwaan terhadap Ling memaparkan kerajaan sudah mendaulatkan hukuman negara jauh sama sekali keadilan sudah diujudkan.

Banyak benda dan perkara isu tetunggak yang belum diselesaikan. Jangan menipu rakyat dengan sekali pendakwaan yang belum tentu duit itu boleh dikembalikan dan pesalah itu dijatuhkan hukuman dengan seberat-beratnya.




Minda Pengarang: Pendakwaan Dr Ling bukti sistem perundangan negara tidak pilih bulu

PENDAKWAAN ke atas bekas Menteri Pengangkutan, Tun Dr Ling Liong Sik kelmarin berhubung kes projek Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) terbukti mendapat perhatian umum. Bekas Presiden MCA itu adalah orang kenamaan (VIP) pertama bergelar Tun didakwa di mahkamah di negara ini, terutama selepas beliau didakwa terbabit dalam kes yang kontroversi ini. Sebelum meninggalkan Kabinet pada 2000, Dr Ling yang juga bekas Presiden MCA memegang jawatan Menteri Pengangkutan selama 14 tahun.


Pendakwaan ke atas bekas menteri itu, sekali gus menjadi antara kes berprofil tinggi yang dinanti-nantikan. Apa pun, selagi perbicaraan belum didengar dan dihakimi, tidak seorang pun dibenar mendahului keputusan mahkamah. Apa yang jelas, pendakwaan ke atas seorang bekas pemimpin tertinggi negara itu membuktikan sistem perundangan negara adalah tidak memilih bulu.

Pembabitan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail, mengetuai pasukan pendakwa juga membuktikan kerajaan serius dalam menyelesaikan kes berkenaan. Selepas 10 tahun meninggalkan Kabinet dan hampir lapan tahun melepaskan kerusi Presiden MCA, Dr Ling kini berdepan dengan proses pendakwaan terhadap dua tuduhan menipu Kerajaan Malaysia (Seksyen 418 Kanun Keseksaan) dan pertuduhan pilihan mengikut Seksyen 417 kanun sama.


Pada masa sama, beliau diberikan hak mendapat perbicaraan yang adil mengikut sistem perundangan negara ini, termasuk membela diri. Seperti dilaporkan projek PKFZ mencetuskan kontroversi apabila kosnya meningkat daripada RM1.6 bilion kepada RM12.5 bilion seterusnya mendorong kepada siasatan polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang disusuli dengan penahanan beberapa individu disyaki terbabit, dalam tempoh setahun lalu. Dalam kes ini, adalah diingatkan mana-mana pihak sekali pun tidak sewajarnya membuat sebarang spekulasi mengenai apa perkara berkaitan sekalipun, kerana kes ini belum lagi dibicarakan.

Adalah tidak adil menghukum sesiapa juga sebelum mereka didapati bersalah oleh mahkamah. Setiap pihak sepatutnya bersabar menunggu perbicaraan yang pastinya memberi keadilan kepada semua pihak didakwa. Kita tahu akan timbul kelompok tertentu yang akan mengambil kesempatan meracuni fikiran rakyat dengan pelbagai pemalsuan untuk meraih keuntungan politik. Kita juga yakin akan muncul pelbagai dakwaan sama ada dalam blog dan media sosial lain untuk mengaitkan serta memburuk-burukkan kerajaan dalam kes ini. Memang mengecewakan apabila ada pihak tertentu yang sentiasa mengambil kesempatan untuk mempolitikkan kes ini. Mereka seolah-olah mahu bertindak sebagai hakim dan meletakkan semua kesalahan pada kerajaan sebelum pihak mahkamah memutuskan sama ada orang yang didakwa itu bersalah atau sebaliknya.


Pada masa sama, adalah tidak wajar MCA yang dalam proses pemulihan dikaitkan dengan perkembangan ini. Harus diingat, era kepemimpinan Dr Ling adalah dalam tempoh 1986 hingga 2003. Tidak dapat dinafikan akan ada pemimpin parti lawan atau oportunis yang menggunakan isu ini untuk mengadu-domba dan meningkatkan propaganda untuk melihat kepemimpinan tertinggi berpecah sehingga menghakis keyakinan ahli parti dan komuniti Cina terhadap MCA. Sewajarnya prosiding kes ini dipercepatkan.

Thursday, July 29, 2010

Minyak RON95 : Antara jimat dan nyawa rakyat

Jika lah benar dapatan maklumat di bawah, alangkah malangnya rakyat Malaysia. Sampainya hati kerajaan Bn bawah Umno Apco dengan semangat RAKYAT DI DAHULUKAN PENCAPAIAN DIUTAMAKAN. Inilah hadiahnya, kebaikan yang cuba dibuat Umno dengan memberi kelonggaran agar guru-guru DG41-48 politik, Allah balas niat serong depa.

Kita harap dapatan dan spekulasi di bawah tidak benar, jika benar pun kita terima kerana inilah wajah dan sikap kerajaan rakyat yang sibuk menyatukan Melayu. Apalah ada sangat dengan Melayunya, jika minyak RON95 yang diguna sama oleh Melayu Umno dan Melayu PAS.

bagaimana mahu bersatu mereka sendiri sudah tidak jujur dalam melaksanakan tanggungjawab mereka. Amanah Allah mereka tidak jalankan, ini petanda jelas dan wajah sebenar mereka. Mereka khianat dengan amanah rakyat, mereka khanati rakyat yang memilih mereka, mereka memberi barang yang tidak berguna kepada rakyat mereka. Mereka gadai seluruh nyawa rakyat mereka termasuk Melayu Umno dan Melayu PAS.

Itulah Umno, dengar boleh jangan dipercayai ..katakan tidak kepada Umno

Petrol RON 95 Bukan Punca Kebakaran

KUALA LUMPUR: Kerajaan hari ini menolak dakwaan petrol RON 95 menjadi punca kebakaran sekiranya berlaku kemalangan akibat kandungan benzene yang tinggi.

Timbalan Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Rohani Abdul Karim berkata RON 95 adalah bahan bakar yang mematuhi spesifikasi EURO2M yang mana dapat mengurangkan pencemaran udara akibat pelepasan sulfur.

Katanya di bawah spesifikasi EURO2M itu, jumlah maksimum penggunaan benzene adalah lima peratus sahaja, dan benzene yang terkandung di dalam RON 95 berfungsi sebagai 'octane booster' yang sebelum ini menggunakan plumbum.

"Pernyataan bahawa RON 95 menjadi punca berlaku kebakaran sekiranya berlaku kemalangan akibat kandungan benzene yang tinggi adalah tidak benar," katanya ketika menjawab soalan Senator Ahmad Hussin di Dewan Negara, di sini Khamis.

Ahmad dalam soalannya ingin tahu sama ada benar dakwaan penggunaan RON 95 menyebabkan kenderaan yang terlibat dengan kemalangan mudah terbakar.

Mengulas lanjut, Rohani berkata berdasarkan kajian, kebakaran yang berlaku ketika kemalangan disebabkan tiga perkara iaitu percikan api daripada sumber penyalaan, enjin yang tiba-tiba terbakar serta kebocoran atau tumpahan minyak yang berlaku di bahagian tangki minyak.

"Yakinlah bahawa apa yang dipilih oleh kerajaan adalah yang terbaik untuk rakyat. Takkan kerajaan hendak bunuh rakyat di Malaysia," katanya.

Sekitar 1990an, kerajaan menggunakan minyak berplumbum yang kemudian dimansuhkan selepas didapati boleh menyebabkan kanser serta tidak mesra alam.

Kerajaan menggantikannya dengan petrol RON 92 dan RON 97. Namun bermula September tahun lepas, RON 92 dihentikan penjualannya dan diganti RON 95, sementara RON 97 pula dijadikan petrol gred premium. - BERNAMA


Wednesday, July 28, 2010

KENAPA TEMPUA BERSARANG RENDAH

Guru Gred 41 Hingga 48 Dibenar Terlibat Dalam Politik

KUALA LUMPUR: Bermula 1 Ogos ini, pegawai pendidikan perkhidmatan siswazah Gred DG41 hingga DG48 akan dibenarkan melibatkan diri dalam politik, demikian diumumkan oleh Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan.

Menurut Mohd Sidek, langkah itu berlandaskan hakikat bahawa guru suatu masa dahulu memain peranan penting dalam memimpin masyarakat dalam senario politik negara.

"Masanya sudah tiba mereka dibenar aktif semula dalam politik," katanya dalam satu kenyataan, Selasa.

Bagi tujuan itu, beliau berkata pindaan Peraturan 21 Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 telah diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Tindakan sedang diambil untuk mewartakawan pindaan peraturan tersebut, tambahnya.

Sebelum ini, Peraturan 21(2) peraturan tersebut menetapkan hanya pegawai dalam Kumpulan Sokongan boleh bertanding atau memegang jawatan atau dilantik ke dalam apa-apa jawatan dalam suatu parti politik dengan syarat terlebih dahulu mendapat kelulusan bertulis Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam atau Ketua Setiausaha kementerian berkenaan.

Di bawah peraturan baru ini, pegawai pendidikan, selain pengetua atau guru besar di institusi pendidikan dan pegawai yang memegang apa-apa jawatan pentadbiran dalam mana-mana agensi kerajaan, perlu mendapat kebenaran bertulis daripada Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran terlebih dahulu.

"Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran tidak boleh mewakilkan kuasanya untuk memberikan kelulusan bertulis itu kepada mana-mana orang lain dan apa-apa keputusan Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran adalah muktamad," kata Mohd Sidek.

Beliau berkata syarat-syarat ketat akan dikenakan agar tugas dan fokus utama golongan itu iaitu mendidik tidak terjejas dengan penglibatan mereka dalam politik.

Katanya mereka yang dibenarkan terlibat dalam politik kelak hendaklah mematuhi sepenuhnya Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993, termasuk batasan tugas mereka sebagai pegawai perkhidmatan pendidikan dengan aktiviti dalam politik. - BERNAMA

Friday, July 23, 2010

Alhamdulliah Farah sudah bertudung !!

Kunjungan Kemboja tinggal kesan


DIA pernah bertudung sewaktu mengendalikan program Rasa Halal Orient yang ke udara di Astro Oasis sepanjang lima musim berturut-turut.

pix_middle






















Namun ketika itu, Farah Diana Anuar, 24, dilihat seperti memenuhi tuntutan program berkenaan semata-mata.

Namun apabila melihat penampilan bekas bintang program realiti Akademi Fantasia 2 (AF2) itu bertudung lagi ketika mengendalikan program Nasi Lemak Kopi O (NLKO) di TV9 pada 11 Julai lalu, ramai mula tertanya-tanya.

Adakah itu imej kekal Farah? Atau adakah kerana Farah sekadar mengikut tema bersempena sambutan Israk dan Mikraj?

"Memang inilah imej saya sekarang dan semoga ia akan berkekalan.

"Saya sudah mengambil keputusan untuk bertudung apabila muncul di khalayak umum. Peralihan ini tidak didorong oleh mana-mana pihak atau sengaja dirancang, sebaliknya atas kehendak dan kemahuan diri saya sendiri.


"Semuanya berlaku secara kebetulan. Saya membuat keputusan untuk bertudung sehari sebelum sambutan Israk dan Mikraj, baru-baru ini. Kebetulan pula pada hari itu, saya terbabit dengan program NLKO. Memang saya sendiri tidak sangka semuanya berlaku secara kebetulan.


"Sebelum ini, saya pernah beritahu ayah yang saya mahu bertudung selepas pulang daripada penggambaran program Rasa Halal Orient di Kemboja tahun lalu.

"Ketika di Kemboja, saya melihat dan melalui pengalaman yang amat berharga terutama kanak-kanak kecil yang hidup dalam kedaifan dan serba kekurangan.

"Cukup terharu saya melihat kanak-kanak itu mampu menghafal al-Quran dalam suasana serba kekurangan. Kehidupan mereka sangat daif dan bergantung harap kepada bantuan orang ramai.

"Sebenarnya, dari kecil lagi saya sudah dilatih keluarga kalau ke mana-mana tempat yang memerlukan saya memakai tudung, saya akan pakai tudung. Saya sudah biasa bertudung, jadi saya tiada masalah untuk terus kekal bertudung, malah rasa lebih selesa pula," jelas Farah.

Tambahnya, memang ramai di kalangan kru dan penerbitan NLKO ketika itu terkejut dengan penampilannya, malah ramai memberi galakan.

Begitu juga keluarga yang sentiasa memberi sokongan penuh kepada kerjaya seninya.

Bercerita mengenai aktiviti seni, Farah yang pernah popular dengan lagu Antara 2 mengakui karier dalam bidang pengacaraan agak sibuk berbanding nyanyian.

Begitupun ia tidak bermakna dia sudah meninggalkan terus bidang seni suara.

Sebaliknya, ramai yang tidak tahu dia sebenarnya masih aktif memenuhi undangan menjayakan persembahan nyanyian.

"Alhamdulillah rezeki dalam bidang pengacaraan sekarang semakin bertambah. Begitupun, tidak bermakna saya melupakan bidang nyanyian. Mungkin ramai yang tidak tahu saya masih menyanyi kerana kerap menjayakan persembahan pada majlis tertentu.

"Buat masa ini, pembabitan sebagai pengacara dalam NLKO hanya pada Jumaat jam 8 hingga 10 pagi dan kadang kala Sabtu dan Ahad pada waktu yang sama.

"Saya akui sekarang banyak fokus kepada pengacaraan. Tugas sebagai pengacaraan juga bukan mudah. Banyak perkara dan isu semasa yang perlu diketahui.

"Tugas pengacara program itu juga menuntut pengorbanan yang tinggi. Saya terpaksa bangun seawal jam 4 pagi untuk ke Sri Pentas kerana menetap di Putrajaya. Apatah lagi mengendalikan program yang disiarkan secara langsung bersama pengacara berpengalaman seperti Aziz Desa.

"Saya berasa bertuah kerana diberi peluang bergandingan dengan Abang Aziz. Sedikit sebanyak memberi peluang kepada saya untuk belajar dan menimba pengalaman dalam bidang pengacaraan daripada mereka yang mahir," katanya.

Berbicara mengenai album, Farah yang dibantu ahli keluarga di bawah pengurusan dan syarikat sendiri, Farah Diana Entertainment pernah tampil bersama album sulung, Antara 2 dan diikuti album kedua, Fantasia yang berada di pasaran beberapa hari sebelum penutupan syarikat Maestro Talent pertengahan tahun lalu.

Dia juga tidak pernah serik untuk menghasilkan album pada masa akan datang, malah dalam perancangan mencari beberapa single baru.

Ditanya mengenai desas-desus Farah dijangka menamatkan zaman solo tidak lama lagi, dia enggan mengulas lanjut. Begitupun dia mengakui berkawan dengan seseorang yang dianggapnya istimewa.

"Memang saya sedang berkawan dengan seseorang yang di luar dari bidang seni. Soalan lanjut mengenai individu itu biarlah dirahsiakan dahulu. Apabila tiba masa yang kelak saya pasti akan memaklumkan mengenainya. Soal jodoh saya hanya berserah kepada Tuhan," katanya.


PROFIL
NAMA SEBENAR: Farah Diana Anuar
TARIKH LAHIR: 25 Januari 1985
TEMPAT LAHIR: Kuala Lumpur
PROFESION: Penyanyi, pelakon, pengacara dan jurucakap produk
JURUCAKAP PRODUK: Power Roots, Intimate, Syahirah
PROGRAM: Fulus Mania (Durian Runtuh) di Astro Ria, Rasa Halal Orient di Astro Oasis musim 1 hingga 5, Generasi Asli @ 1Malaysia, Nasi Lemak Kopi O di TV9
ALBUM: Antara Dua, Fantasia
DRAMA: Akademi
FILEM: Man Laksa
PENCAPAIAN: Artis Harapan Terbaik AIM12, Hadiah Penghargaan Top 10 New Singers Prize di Festival Muzik Asia, Shanghai 2005, Artis Baru Wanita Popular ABPBH05

Malaysiakini : Ekonomi Malaysia tenat ?

Laporan Pelaburan Dunia 2010 yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu menunjukkan jumlah pelaburan langsung asing (FDI) ke Malaysia terus mencatatkan penurunan mendadak pada tahun lalu.

Jumlah itu berkurangan RM19.04 bilion berbanding RM23.47 bilion* yang diterima pada tahun 2008.

Perangkaan tahun lalu yang hanya bernilai RM4.43 bilion juga tidak mencerminkan separuh daripada apa yang lazimnya diterima oleh Malaysia pada 1995 hingga 2005.

Prestasi Malaysia juga dianggap memalukan jika dibandingkan dengan ekonomi Thailand dan Indonesia yang tidak mengecut dengan teruk di sebalik menerima tempiasan krisis kewangan dunia itu.

Thailand kehilangan RM14.24 bilion manakala Indonesia pula hanya berkurangan RM8.32 billion dalam FDI mereka, tahun lalu.

Paling buruk

Kejatuhan mendadak itu yang dikatakan paling buruk dalam 15 tahun menyaksikan jumlah terkumpul FDI yang mengalir keluar melebihi jumlah pelaburan yang diterima sebanyak RM3.21 bilion.

B

ercakap di ibupejabat PBB di Kuala Lumpur hari ini, pensyarah ekonomi Universiti Malaya Raja Rasiah berkata prestasi buruk Malaysia menimbulkan kebimbangan sama ada hasrat negara menjadi negara penduduk berpendapatan tinggi boleh dicapai.

"Malaysia bertuah kerana terletak di rantau kejiranan yang baik di kalangan negara-negara yang membangun. Tiga negara terbesar yang menerima FDI terbanyak terletak di Asia tetapi Malaysia gagal menduduki senarai 10 negara teratas,” katanya.

Adalah pelik bagi keadaan seumpama itu sedangkan Malaysia mempunyai dasar FDI yang khusus berbanding Taiwan yang tidak mempunyai polisi yang jelas mampu menduduki tangga kesepuluh.

Se
baliknya, Malaysia menyaksikan pencatatan pengeluaran FDI dan berada di senarai kelima di kalangan negara-negara di selatan, timur dan tenggara Asia.

"Bercakap kepada pengurus dana, saya mendapat tanggapan bahawa kita mempunyai sumber untuk melabur di dalam negara tetapi kekurangan pilihan yang bernas bagi berbuat demikian. Malah, pelabur tempatan mendapati pelaburan di Malaysia tidak menarik.

Halangan utama katanya, adalah kekurangan sumber tenaga manusia berkebolehan yang menyebabkan tahap pengeluaran di takuk yang rendah.


* Perangkaan diambil kira berdasarkan nilai 1 USD = 3.20650 MYR

Thursday, July 22, 2010

Isu pokok tidak di beri perhatian bincang sampingan,

Isu dialihkan, fakta digelapkan, maklumat di sembunyikan. Inilah paparan media dan bentuk pelaporan mereka hidangkan kepada rakyat iaitu pembaca di dalam negara kita. Fokus isu dibiaskan.

Mukhtahir ini, kebenaran itu tidak diadili serta diketengahkan dalam memupuk nilai sejagat. Kesejehatreaan kehidupan kita kian pudar dan punah kerana nilai-nilai keadilan tidak dimartabat dan diperjuangkan dalam masyarakat negara kita.

Sebagai contoh , isu pokok adalah bagaimana rasuah dan penyelewengan tidak diutamakan. Sebaliknya pendedahan individu yang mendedahkan itu yang dikaji. Isu pokoknya rasuah, peyalahgunaan kuasa dan sebagai tidak difokuskan bagi tegakkan keadilan. tiada pembelaan terhadapnya.

Individu jadi bahasan dan bahan tulisan adalah P Balasubramiam, penyiasat bebas yang melarikan diri ke luar negara. Pengakuan dakwaannya itu adalah sesuatu yang serius. Kedua isu Raja Petra juga ditaburkan dengan pendedahan siapakah yang menaja Raja Petra , siapa yang biayai kehidupan hariannya.

Semua persoalan ini dipaparkan dan disendatkan dalam pemikiran. Maka fikiran kita dibiaskan,

Wednesday, July 21, 2010

Tempua bersarang rendah

Nampaknya Umno cuba menyelesaikan kerja-kerja akhirnya. Meminta PAS bersatu dengan nya demi perpaduan Melayu. Cuba dan berusaha memecahkan persepakatan Pakatan dengan merangsang agar rakan-rakan Pakatan mencurigainya.

Mengajak dan mengasak Karpal Singah dengan Penubuhan Negara Islam. Polimek yang cuba ditakut-takutkan terhadap orang bukan Islam. Mengimejkan Umno sebagai pejuang Islam juga tetapi Islam Liberal yang boleh belaka bertolak ansur.

Hari ini rakan-rakan mereka yang pernah bersama mereka mula mengelak. Sebagai contoh Kalimullah seorang tokoh perniagaan dan wartawan veteran menafikan ia mendapat projek kerajaan untuk kaya.

Macamlah satu ketika dulu kerajaan marah kepada para pelajar yang melawan kerajaan kerana tidak mengenag budi dan jasa. Kerana kerajaan yang adalah yang memberi segala-gala sehingga mereka masuk ke menara gading, lalu lawan kerajaan.

Kes Kalimullah membuat penafian ini persis seorang pelajar menafikan jasa-jasa kerajaan yang ada membantu mereka membuat mobilisosi sosial. Mereka menjadi pegawai besar itu kerana jasa kerajaan kepada mereka.

Kaya Kalimullah kerana ia nya adalh atas jasa kerajaan juga. Janganlah nafikan Dato