Monday, August 09, 2010

Zulkiflee Bakar Utusan: Tanyalah Ustaz....

Kenapa bila cakap pembangkang, kritikan pembangkang dilabelkan 'dakyah' oleh penulis rencana ini. Justeru marilah kita sendiri memahami apa yang dimaksudkan dengan dakyah dan persepsi masyakakat tentang dakyah.

Menurut kamus Dewan dakyah atau diayah bermaksud 'penyiaran (penyebaran sesuatu ideologi/doktrin/pendapat dsb) untuk mendapat sokongan. Atau dalam kata lain dakyah bermaksud 'propaganda'.

Jelas bagi penulis rencana Utusan di bawah boleh kita katogerikan sebagai penulis upahan, atau penulis mencari makan. Beliau bukanlah penulis yang kiblatkan kebenaran berdasarkan kejadian manusiawi yang mulia.

Bagi seorang manusiawi yang kenal akan diri dan sentiasa bersifat hamba dengan khalidnya (maha pencipta). Hidup nya mahu mencari kebenaran di sisi Allah atau penciptanya. Bukan mahu mencari 'redho' penguasa di dunia. Kerana hakikat kehidupan manusia adalah kekal dan lama di akhirat. Dunia hanya bersifat sementara sahaja.

Berbalik kita dengan penulis Zulkiflee Bakar (ZB). Dengan menyatakan fakta saman ekor yang didakwa 10 juta kes. Maka kata ZB hanya 2 juta. Tambahnya lagi para penceramah pembangkang menyerang habis-habisan SPRM, FELDA dan agensi lain yang beliau tidak nyatakan bentuk-bentuk serta contoh serangan itu.

Dan kesimpulan kedua penulis, katanya DSAI semasa dalam satu Jamuan Makan telah mengeluarkan kenyataan Umno adalah parti yang paling jahat di dunia.

Bagi kita parti atau mana-mana orang yang engkar arahan Allah adalah kumpulan atau golongan yang dilaknat Allah. Sejarah bagaimana kes iblis 'engkar' arahan Allah supaya 'tunduk' kepada arahaNya agar sujud kepada ADAM, tetapi iblis engggan atau ENGKAR.

Cuma IBLIS enggan kepada ARAHAN/SURUHAN Allah yang satu ini sahaja. Ia dicop dan termasuk dalam KUMPULAN DILAKNAT oleh Allah kerana enggan mengikut arahan Allah.

Bagaimana kita yang boleh menghalalkan apa yang diharamkan Allah sebagai orang yang TIDAK TERKECUALI DILAKNAT ALLAH.Terang jelas judi, arak adalah jenis kesalahan dosa besar yang mana Allah larang manusia daripada mendekati benda-benda begitu. Bagaimana dengan SIKAP Umno adakah dengan kuasa yang ada pada nya mahu menutup kilang arak dan pusat judi ?

Tanyalah pada Ustaz .. dalam TV9










Menangani dakyah pembangkang

PEMBOHONGAN, penyelewengan fakta dan fitnah, itulah gambaran yang boleh diberikan oleh penulis ketika menilai isi kandungan ceramah yang dianjurkan oleh pakatan pembangkang di Perak dan beberapa negeri dalam tempoh seminggu ini. Jelas sekali, pemimpin pembangkang yang sering bercakap soal kebebasan bersuara telah menyalahgunakan kebebasan berkenaan demi meraih sokongan politik.

Soal membentangkan fakta dan kebenaran bukan menjadi perhitungan utama kerana apa yang lebih penting bagi mereka adalah menabur fitnah sebanyak mungkin apabila berpeluang berucap di pentas politik.

Dalam ceramah bertemakan ketuanan Melayu di Simpang, Taiping pada 1 Ogos lalu contohnya, tujuh pemimpin pembangkang termasuk Datuk Zaid Ibrahim dan bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ir. Muhammad Nizar Jamaluddin bukan sahaja menyerang kerajaan habis-habisan, malah agensi-agensi kerajaan turut menjadi sasaran fitnah mereka.

Apa yang mendukacitakan, biarpun segala yang diperkatakan hanyalah satu pembohongan, namun pemimpin-pemimpin berkenaan tergamak melakukan perbuatan itu semata-mata untuk menunjukkan kononnya betapa buruknya kerajaan Barisan Nasional (BN) di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Contohnya, mereka menggambarkan zaman pemerintahan Najib adalah zaman syaitan kerana kerana jenayah berleluasa. Mereka langsung tidak menyentuh mengenai pengumuman kerajaan baru-baru ini bahawa kadar jenayah sudah menurun dengan ketara.

Selain itu, Muhammad Nizar 'tergamak' berbohong apabila menyatakan jumlah saman ekor yang dikeluarkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) adalah 10 juta, sedangkan fakta sebenar hanyalah sekitar dua juta. Tidak cukup dengan itu, mereka juga menyerang habis-habisan PDRM, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Felda, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan UMNO.

Dua hari sebelum itu, Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim juga melakukan serangan terhadap kerajaan ketika berucap pada majlis makan malam anjuran pakatan pembangkang di pekan Bagan Serai, Perak.

Pelbagai tuduhan dilemparkan ke atas UMNO seolah-olah parti itulah yang paling jahat di muka bumi Allah ini. Ternyata sekali, hari demi hari pembangkang semakin agresif melancarkan serangan ke atas kerajaan kerana ia dianggap langkah bagi mengekalkan momentum untuk berhadapan dengan Pilihan Raya Umum ke-13 nanti.

Oleh itu, mereka akan melakukan apa sahaja pembohongan, melemparkan segala tohmahan dan mewujudkan apa juga fitnah bagi menyakinkan rakyat untuk menyokong mereka. Walaupun penulis difahamkan majoriti yang hadir ke majlis ceramah-ceramah tersebut adalah penyokong pakatan pembangkang, namun ini tidak bermakna UMNO dan BN harus mendiamkan diri.

Kedua-dua parti itu, seharusnya mengaturkan strategi lebih agresif bagi berhadapan dengan kegilaan politik pembangkang yang semakin ghairah memburuk-burukkan kerajaan. Apa yang dilakukan oleh pembangkang dalam ceramah-ceramah mereka hakikatnya adalah satu perang saraf dengan tujuan mewujudkan persepsi bahawa kerajaan sedia ada harus ditumbangkan dan pembangkang perlu diberi peluang menguasai Putrajaya.

Bagaimanapun, apa yang menjadi persoalan sejauh manakah persiapan BN bagi berhadapan dengan gerakan agresif pembangkang itu? Kecuali di Selangor yang menyaksikan UMNO dan BN semakin ghairah mendedahkan kepincangan kerajaan negeri, di negeri-negeri lain terutamanya di Kedah dan Perak, BN boleh dikatakan masih lesu.

Penulis difahamkan di Perak, walaupun war room diwujudkan dengan tujuan menangkis serangan pembangkang, namun ia tidaklah sehebat mana. Tohmahan-tohmahan pembangkang masih belum mampu ditangani dengan baik sehinggakan ia menjejaskan imej kerajaan negeri di bawah kepimpinan Datuk Seri Dr.Zambry Abd.Kadir.

Perlu diingat, BN bukan sahaja tidak boleh malah sama sekali tidak harus berasa selesa dengan kedudukan sekarang. Ia disebabkan pilihan raya umum akan datang menjadi sasaran utama pembangkang untuk menumbangkan BN. Atas sebab itulah, mereka melakukan serangan siang dan malam untuk menyakinkan rakyat menyebelahi mereka.

''Jika BN terus tidak bertindak agresif dan hanya mengharapkan kewibawaan pucuk pimpinan sahaja, sedangkan di peringkat akar umbi tidak bergerak, maka sudah pasti BN tidak akan mampu mencapai kejayaan,'' kata seorang pemimpin kanan UMNO kepada penulis. Sememangnya, inilah kebimbangan paling ketara memandangkan UMNO dan BN di peringkat negeri masih lagi mengamalkan sikap defensif.

Walaupun Najib dan Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyatakan masanya sudah tiba untuk BN dan UMNO mengamalkan pendekatan ofensif tetapi seolah-olah tiada siapa yang menyahutnya. Ada pula di sesetengah negeri, kepimpinan BN lebih menumpukan soal pentadbiran sahaja dan meletakkan soal politik di tempat kedua, sedangkan politiklah yang akan menentukan nasib mereka dalam pilihan raya.

Sepatutnya, harus ada pengimbangan antara pentadbiran dan politik supaya rakyat tidak mudah terpedaya dengan dakyah pembangkang. Dalam soal ini, sayap-sayap UMNO terutamanya Pemuda perlu lebih agresif untuk menggerakkan jentera di peringkat akar umbi. Begitu juga biro penerangan di peringkat bahagian yang dilihat cukup lesu.

Sekarang bukanlah masa untuk beretorik tetapi melancarkan gerakan bagi menangani pembohongan dan dakyah pembangkang. Perkara yang paling utama ialah menyakinkan rakyat untuk terus menyokong BN dan kerajaan sentiasa berusaha memberikan kesejahteraan kepada semua kaum.

UMNO dan BN perlu aktif dalam melaksanakan program-program penerangan kepada rakyat bukan sahaja melalui ceramah tetapi juga penyebaran risalah bagi menjawab setiap tohmahan pembangkang. Persoalannya, adakah langkah itu sudah dilakukan? Adalah jelas dari segi perang saraf, UMNO di peringkat negeri masih lemah.

Paling mengecewakan, ada antaranya masih berbalah sesama sendiri ketika pembangkang semakin hebat melancarkan gerakan untuk menawan hati rakyat. Jika sikap ini berterusan, tidak mustahil bukan sahaja negeri yang berada di dalam genggaman pembangkang tidak akan mampu ditawan kembali, malah yang ada dalam genggaman pun mungkin akan terlepas.

Sama ada hendak diakui atau tidak, keputusan Pilihan Raya Umum 2008 yang menyaksikan BN dan UMNO mencatatkan keputusan paling buruk dalam sejarahnya masih belum lagi menjadi terapi yang mampu membangkitkan semangat sesetengah pemimpin dan ahli parti itu.

Sebaliknya, ada antara mereka terus leka dan menganggap pilihan raya masih lambat sedangkan pembangkang bertindak seolah-olah pilihan raya hendak diadakan esok.

Semoga pemimpin dan ahli UMNO serta BN memahami 'ancaman' yang sedang dilakukan oleh pembangkang kerana mereka tidak boleh membiarkan pembangkang 'merampas kuasa' melalui tindakan membohongi rakyat.

No comments: