Sunday, July 05, 2009

Persepsi merdeka dan selepas merdeka ?

Persepi lama dan persepsi baru. Sebelum merdeka dan selepas merdeka. Lagu lama yang sinonim pada rakyat terbanyak adalah pakej sekaligus soal ketuanan Melayu akan membawa langsung kepada ketuanan Islam. Persoalannya runtuhnya ketuanan Melayu maka runtuhlah juga ketuanan Islam. Selama 52 tahun, tiada Cina India yang bakal mempertuankan islam, hanya yang terkuat islam adalah orang Melayu. Oleh itu mempertahankan ketuanan Melayu akan disusuli ketuanan Islam. Maknanya Islam bergantungan harap atas ihsan ketuanan Melayu. Macamlah sinonimnya Arab itu islam, tumbang Arab maka lenyaplah islam. Realitinya tidak begitu. Ini adalah analogi mudah. Allah tidak memberi islam kepada bangsa, tetapi kepada semua for all. Kerana semuanya adalah hamba yang diciptaNya.


Di Malaysia penyakitnya adalah penjajah berjaya memberi sejarah dan nilai. Bahawa Agama islam dan adat istiadat dikhaskan urustadbir oleh sultan atau raja. Maka disambungkan selpas 52 tahun merdeka, maka orang Melayulah yang menjaga Islam, kebetulan islam adalah agama anutan teramai oleh orang Melayu. Maka jadilah Melayu terdahulu itu beragama Islam dan jadilah Melayu itu Islam dan Islam itu Melayu\. Slogan ini terlalu dikeramatkan dan dipasak hampir simpul mati dalam persepsi benak hati fikiran bangsa Melayu.

Maka berjuanglah para pejuang Melayu + Melayu Nasionalis dengan Melayu Agama+Nasionalis sehingga kini. Penyanggahan dengan memberi persepsi baru terhadap salah faham anamimasi Melayu Islam dan islam dilegasikan dalam masyarakat sukar dileraikan apatah dileburkan. Hatta para agamawan sendiri gagal memahami kerana perubahan dunia menuntut perubahan.

Mengurus persepsi rakyat ?

Sudah lama kita bercakap soal hidup dan kehidupan. Paling menarik individu suka memberi pandangan tentang masa depan politik negara. Perbahasan perdebatan samada di kedai-kedai kopi serata ceruk kampung sampailah ke cafe-cafe hatta ke Dewan-Dewan Kuliah IPT. Arah kecenderungannya dua, sama ada aliran menyokong atau membangkang. Inilah gambaran kehidupan kerana isu atau perkara ini menjadi ketentuan arah kesejahteraan kelancaran dan keselesaan hidup dan kehidupan mereka.Manusia sering lemas membicarakan berkisar soal hidup dan kehidupan, soal suka duka cemas atau ketenangan tentang masa depan mereka.

Oleh itu dalam memcari dan membuat pencarian , mereka sering memberi gambaran atau tanggapan ataupun dikenali sebagai persepsi. Dan persepsi yang terbaik adalah boleh atau tidak kumpulan politik tertentu menjamin legasi dan masa depan mereka yang perlu digantungkan. Maknnya pergantungan mereka terhadap sesuatu pasukan politik dan sejauh manakah tawaran kebolehan, kemampuan, kesinambungan bagi rakyat terus dijamini aman damai jalani kehidupan mereka. Sehubungan ini bolehkan tidak BN teruskan keupayaan dan kemampuan mereka dan mampukah Pakatan Rakyat mengambil alih sebagai pilihan memerintah terbaik waktu terdekat ini. Maksudnya utama boleh atau tidak boleh keupayaan Pakatan Rakyat memerintah Malaysia. Inilah yang dinamakan persepsi. Persepsi bermaksud gambaran atau bayang dalam hati atau fikiran (tentang sesuatu), pandangan melalui pencaindera, tanggapan(kekuatan imaginasi) sesutu perkara.

Alaf ini bagi Pakatan Rakyat, cabaran besar adalah mengurus persepsi rakyat. Kerana selama hari ini UMNO dan BN sahaja yang memberi gambaran persepsi mereka sahaja yang mampu memerintah negara , bukan kumpulan lain. Teori ini belum teruji dan rakyat sememangnya memegang kemas teori BN ini. Rakyat takut , bimbang, cemas mahu mengujikaji teori ini. Biar apa pun yang berlaku mereka tetap selamanya bersama UMNO BN.

Ini bermakna UMNO BN berjaya menjayakan teori ini dengan memberi gambaran atau persepsi hanya UMNO BN sahaja yang mampu urustadbir negara ini. Baik hal ehwal ekonomi negara. Tambahan barisan kepimpinan negara yang dibariskan bermula dengan PM pertama Tuanku Abdul Rahman diangkat sebagai Bapa kemerdekaan, PM kedua Tun Razak Hussin dijayakan sebagai Bapa Pembangunan, Tun Hussien Onn PM ke 3, diwirakan beliau sebagai Bapa Perpaduan. Dr M sebagai ... dan Pak Lah... yang mana kesemuanya memperkuatkan legasi persepsi tersebut dikotak fikiran rakyat yang terdahulu dan generasi terkini.

Persepsi ini diligasikan dengan peneguhan melalui media terhadap sesuatu kumpulan tertentu menjadi lebih kuat, mendirikan institusi-institusi tertentu yang saban hari membicara, dalam memperkuatkan kumpulan tersebut dengan menfokuskan perbiacaraan mereka, minda mereka dengan mengepung minda rakyat terarah ke arah persepsi tersebut.

Sementelahan kebangkitan kumpulan alternatif baru yang sedang dalam proses pembentukan dipersepsikan dengan nilai-nilai lemah, rapuh, tiada perjuangan jelas, bercampurbaur fikiran dan ideologi yang sukar dijumpai atau ditamatkan titik noktah kesamaan sesama mereka. ini jelas diyakini rakyat.


FDI : Mahu tarik atau mahu bawa keluar ?

PM Najib membuat anjakan meroboh semua instrument yang ada melalui Invest Malaysia 2009. Antara 30% ekuiti Bumi pemilikan syarikat. makna Dasar buka pintu untuk 'tarik duit luar' oleh pelabur FDI.

Namun, hakikatnya kekadang kita ada terlepas dan melepas itulah dunia namanya.


Ananda beli Newcastle RM547 juta?

KUALA LUMPUR -- Individu kedua terkaya di Malaysia, Tan Sri T. Ananda Krishnan disebut-sebut sebagai prospek utama untuk menjadi penyelamat kepada kelab bola sepak England, Newcastle United.

Akhbar Britain, The Sun semalam melaporkan perjanjian bernilai 95 juta pound (RM547 juta) meletakkan taikun media dan telekomunikasi Malaysia itu dalam senarai teratas prospek pembeli kelab The Magpies itu.

Akhbar berkenaan dalam laman web rasminya, www.thesun.co.uk melaporkan, Ananda menjadi calon pilihan selepas mengadakan pertemuan dengan pemilik kelab, Mike Ashley dan pengarah urusan mereka, Derek Llambias di London baru-baru ini.

Malah, menurut akhbar itu lagi, hartawan dari Malaysia itu bersetuju membeli kelab berkenaan dengan harga 40 juta pound (RM230.3 juta) lebih rendah daripada harga asalnya, 135 juta pound (RM752 juta) ketika ia dibeli oleh Ashley pada 2006.

Selain Ananda, terdapat konsortium lain, dipercayai dari Amerika Syarikat turut berada dalam senarai prospek pembeli, namun ketika ini, Ananda adalah pilihan utama Ashley, menurut The Sun.

Newcastle, yang ditubuhkan pada 1892 pernah menjadi antara kelab Inggeris digeruni dengan memiliki enam kejuaraan Piala FA (1910, 1924, 1932, 1951, 1952 1955), selain muncul naib juara Liga Perdana 1995/96 dan 1996/97.

Pasukan itu juga pernah muncul juara Divisyen Satu sebanyak empat kali, menjuarai kejuaraan Piala Intertoto Eropah 2006, Piala Antara Bandar raya 1969 dan naib juara Piala Intertoto Eropah 2001.

Malah, bekas penyerang antarabangsa dan kapten England, Alan Shearer antara bintang besar yang pernah menyarung jersi pasukan itu, selain bekas Pemain Terbaik Eropah 2001, Michael Owen, yang baru menandatangani kontrak bersama Manchester United.

Bekas penyerang United, Alan Smith, pemain tengah antarabangsa Ireland, Damien Duff dan bekas pemain tengah England, Nicky Butt pula masih kekal bersama pasukan itu.

Newcastle juga pernah dibimbing oleh pengurus ternama dunia seperti Kevin Keegan (1992-1997), Kenny Dalglish (1997-1998), Ruud Gullit (1998-1999), Sir Bobby Robson (1999-2004), Graeme Souness (2004-2006), Glenn Roeder (2006 2007), Sam Allardyce (2007-2008) dan Kevin Keegan pada 2008.

Bagaimanapun prestasi buruk yang dipamer pasukan itu musim lalu menyebabkan mereka tersingkir daripada Liga Perdana dan terpaksa bersaing dalam Liga Kejuaraan, musim depan - punca utama Ashley mahu menjual kelab The Magpies itu.

Shearer, walaupun gagal membawa impak besar selepas dilantik sebagai pengurus sementara Newcastle pada April lalu, bagaimanapun tetap menjadi pilihan Ananda untuk menguruskan pasukan andai rancangannya hendak membeli kelab England itu menjadi kenyataan.

Hartawan Malaysia itu, yang memiliki kekayaan RM25.9 bilion turut dilaporkan bersedia berbelanja besar bagi memastikan Newcastle dapat kembali dalam kancah Liga Perdana pada musim 2010/2011.

Ashley sebelum ini dilaporkan meletakkan 100 juta pound (RM555.7 juta) sebagai nilai The Magpies, namun dengan kelab itu tidak lagi berada dalam liga utama, maka adalah mustahil untuknya menetapkan harga yang tinggi.

Ananda, 71, merupakan individu ketiga terkaya di Asia Tenggara dengan menguasai gergasi telekomunikasi, Maxis Communications Berhad, syarikat televisyen berbayar, ASTRO All Asia Networks Plc. (ASTRO) dan Sistem Rangkaian Siaran Measat (MEASAT Broadcast Network Systems).


Saturday, July 04, 2009

Alternatif: Gajikan suri rumah ganti amah asing

Kes-kes pembantu rumah asing yang dibawa masuk dan memberi pelbagai implikasi. Kita selepas merdeka rakyatnya hendak menjadi tuan, hatta dengan anak yang kita kandung dan dengan suami yang cintai seumur hidup. atau apa-apa istilah.

Adalah sesuatu yang janggal penyelesaian masalah amah atau pembantu rumah menyebabkan negara kita dengan negara tetangga bermasam muka, gara-gara banyak isu-isu tertunggak, termasulah kes penderaan dan sbagainya.

Bagi kita cadangan pakar dalam negeri adalah mudah agar suri rumah yang tidak bekerja yang menjaga anak sendiri itu dibayar elaun, kerana kerja mereka adalah macam amah. Kerajaan kita terlalu berkira. Inilah satu bentuk pengorbanan negara agar rakyat mereka dikualitikan , kerana negara kita mampu menggajikan suri-suri rumah agar menjaga anak-anak sendiri dengan baik. Cadangan pakar JKM dalam isu ini sangat baik dan kita mahu kerajaan jangan terlalu berdolak dalik.

Insyallah jika Pakatan Rakyat memerintah Malaysia selepas PRU 13. Inilah salah satu konsep negara berkebajikan yang perlu diselesaikan. Semua pihak dapat istilah win-win dalam soal mengurus rumahtangga, jasa para suri rumah tangga ini perlu difikirkan bersama. Pakar-pakar ekonomi yang meletakkan nilai ekonomi dalam hal ini, fikirkan sama di sana soal kebajikan. masalah sosial negara tidak dapat diselesaikan dengan angka kaedah matematik dn teori sanisn semata-mata, psaikologi dan pelabagi disiplin ilmu wajar diterap dan digunakan.


Gaji minimum amah tempatan RM800?

PUTRAJAYA 3 Julai - Kadar upah sekurang-kurangnya RM800 mungkin dapat menarik rakyat tempatan bekerja sebagai pembantu rumah.

Bayaran sebanyak itu bagaimanapun belum termasuk potongan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).

Kadar tersebut dibayangkan oleh Presiden Persatuan Penggerak Pembangunan Komuniti Malaysia (Macom), Norizan Sharif berdasarkan nilai gaji semasa bagi kategori pekerja sokongan di negara ini seperti pembantu tadika dan kerani.

"Kalau ditawar pendapatan sebegini, barulah dapat menarik minat warga tempatan untuk bekerja sebagai pembantu rumah.

"Kalau gaji rendah, mereka (rakyat tempatan) tak nak kerja," katanya kepada Utusan Malaysia di sini.

Beliau mengulas cadangan Kementerian Sumber Manusia baru-baru ini untuk menyediakan pakej menarik dan menjamin masa depan bagi rakyat tempatan yang berminat menceburi kerjaya sebagai pembantu rumah.

Cadangan berkenaan sedang diperhalusi oleh kementerian untuk dimasukkan dalam pindaan Akta Pekerjaan 1955 bagi mengurangkan pergantungan berterusan terhadap pembantu rumah asing.

Menurut Norizan, cadangan tersebut amat baik namun kerajaan perlu mengambil kira pelbagai aspek termasuk sosiobudaya dan kemampuan kewangan majikan.

Sebagai contoh, jelasnya, majikan mungkin berasa tidak selesa untuk tinggal serumah dengan pembantu rumah rakyat tempatan.

Jika ini berlaku, tambah beliau, kerajaan terpaksa mencari kaedah lain termasuk menetapkan waktu kerja sesuai bagi pembantu rumah seperti datang bekerja di rumah majikan pada waktu pagi dan pulang sebelah petang.

Selain itu, katanya, cadangan tersebut dilihat lebih sesuai kepada majikan yang berpendapatan tinggi.


Apalah ada sangat dengan KUASA ?

UMNO diberi modal 'percuma'. Sebabnya perkara yang tidak terancang berlaku serentak. Kes DAP keluar daripada Pakatan Rakyat secara mendadak dan mengejut. Kedua orang India di Kg Kuala Pala Penang marahkan kerajaan pimpinan DAP kerana menghalau mereka yang duduk di sana hampir 100 tahun.

Yang tersepit adalah DAP. PAS Kedah menjalankan kerjanya urustadbir dengan memberi beberapa cadangan pilihan agar pusat penyembilahan babi dipindahkan ke tempat lain jangan ditengah bandar Alor Star. Kawasan itu adalah berdekatan dengan gerai makanan, kawasan perniagaan, hatta Cina yang ada dekat pusat penyembelihan itu sendiri pun bersetuju.

Di kirakan memang Cina pusat penyembilahan itu terus mendapatkan simpati dan mencari sokongan DAP dan pemimpin DAP bagi mempertahankan pusat penyembihan itu dirobohkan. Cina DAP Kedah yang tidak seberapa ramai itupun terus bermesyuarat mengeluarkan kenyataan mereka 'bersatu' untuk keluar daripada Pakatan Rakyat Negeri Kedah kerana 'kedegilan' PAS merobohkan tempat tersebut. Kini jelas DAP terlalu menjaga orang Cina tanpa memikirkan perasaan hormat kepada PAS.

Berbanding PAS di P Pinang yang 'cukup bersabar kerana kedudukan 1 kerusi macam Kedah sahaja, diam membisu dan menurut dan ikut sahaja dasar-dasar DAP. Kita PAS di P Pinang tidka pula bertindak keluar daripada Pakatan kerana banyak gara-gara DAP menguris perasaan semasa mentadbir P Pinang. Di sini pula DAP tidak langsung menghormati PAS.Jika dibuat survey ramai ahli-ahli penyokong PAS marahkan PAS, bukan marahkan DAP kerana terlalu berlembut di P Pinang. Dan pimpinan PAS P Pinang tidaklah pula isytihar mahu keluar Pakatan gara-gara perlakuan DAP. PAS tetap bersabar dan menjaga persepakatan dalam Pakatan Rakyat.

Oleh itu, jika kita kecundang PRU 13, tanggungjawab dan kesalahan besar gagal itu hendaklah diletakkan ke atas DAP. Melihat gelagat DAP ini kita PAS kena beralih mencari sokongan MCA atau Gerakan , kita kena kuat memancing mereka selain kita memperkasakan Kelab Penyokong PAS (KPP). Justeru KPP ini dapat kita peranankan agar dasar-dasar PAS dapat diperjelaskan kepada kaum Cina dengan sejelas-jelas dan jangan terlalu ditakutkan.

Kini bukan masalah dasar tetapi adalah masalah mencari makan dan tempat cari makan. Tegas di sini biarlah kita rugi sedikit tetapi ia akan diingati ramai dan memberi amaran kepada rakan-rakan PAS bukanlah parti Pak Turut. Kita rela tiada kuasa, kerana ALlah berikan kuasa bersama Islam mahukan kita makmurkan bumi, bersikap saksama kepada semua, tanpa mengira agama bangsa.

PAS Kedah syabas, kita bertegas ikut peraturan dan keputusan baik yang kita pilih. Biarlah kita hilang kuasa, tetapi kita tidka hilang keyakinan para pengundi. Keikhlasan dan kerjabuat kita bukan manusia sahaj menilai. Nilai manusia bersifat smeentara di mana mereka menilai atas kepentinagn mereka yang sementara. Penilaian ALLah SWT lah yang kita kejari dan impikan . teruskan PAS Kedah. Kami bersama-sama anda.

Pentadbiran DAP, PKR dan Pas lebih baik daripada BN?

KERANA 'masalah babi,' DAP mengisytihar keluar daripada kerajaan pakatan pembangkang negeri Kedah.

Kerana gagal menyelamatkan Kampung Buah Pala daripada diambil alih oleh pihak pemaju, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng diminta letak jawatan dan balik ke Melaka.

Inilah senario kemelut politik pakatan pembangkang di utara tanah air.

Kini tidak boleh disembunyikan bahawa di Kedah, DAP dan Pas bergaduh kerana babi.

Di Pulau Pinang, hubungan antara DAP dan PKR sedang bergelora berikutan penyingkiran Johari Kassim, wakil PKR dalam Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP).

Orang Hindraf Pulau Pinang pun sudah marah dengan DAP. Yang peliknya, kira-kira 200 penduduk Kampung Buah Pala yang dikatakan anggota pertubuhan haram Hindraf itu boleh membuat pelbagai tuntutan.

Kini mula terdedah tembelang pakatan DAP, PKR dan Pas. Apa yang mereka janjikan semasa kempen pilihan raya umum 15 bulan lalu ibarat menabur janji kosong.

Pentadbiran negeri Kedah dan Pulau Pinang nampaknya tidak terurus dengan lancar. Kepincangan mula terserlah. Kerjasama untuk memberi keyakinan kepada rakyat bahawa pakatan pembangkang akan menjadi kerajaan yang lebih baik daripada Barisan Nasional (BN) hanya cakap kosong.

Ini semua akibat kepura-puraan dan tiada keikhlasan sebenar dalam pakatan pembangkang. Imej pakatan pembangkang sebagai gabungan parti yang memperjuangkan untuk semua kaum hanya sedap didengar tetapi hakikatnya hala tujunya memeningkan kepala rakyat.

DAP, PKR dan Pas mempunyai impian yang berlainan. Dalam pilihan raya sebelum ini pun kita dapat melihat pakatan yang mengguna nama Barisan Alternatif dan kini Pakatan Rakyat berusaha untuk menunjukkan mereka boleh bersatu tetapi ternyata palsu.

Matlamat dan idealisme parti masing-masing jauh berbeza.

Sindrom menyalahkan pihak lain dan penafian keretakan berlaku dalam pakatan pembangkang bukan suatu yang baru.

Lihatlah gelagat Guan Eng menyalahkan kerajaan sebelum ini dan memberi amaran kepada pemaju yang mengarah penduduk Kampung Buah Pala mengosongkan tanah di sana.

Kerajaan negeri BN sebelum ini pun banyak berhadapan dengan masalah membabitkan kampung setinggan tapi tidaklah sampai hendak ugut atau cari salah pihak lain.

DAP Kedah pula membelitkan kata-kata menggesa rakyat harus menghormati undang-undang tetapi dalam kes pusat penyembelihan babi tanpa lesen di Kampung Berjaya, Alor Setar, parti itu pula cuba membela pihak yang melanggar undang-undang.

Tindakan itu jelas mencerminkan sikap hipokrit para pemimpin politik pembangkang dalam menangani kemelut.

Unsur-unsur menyalahkan pihak lain akan jadi mainan pakatan pembangkang selagi pemimpin DAP, PKR dan Pas hanya menjaga kepentingan, kedudukan, pangkat dan status semata-mata.

Sebab itu jika diperhatikan, jalan mudah bagi gabungan pembangkang apabila tidak dapat menyelesaikan masalah rakyat adalah dengan menyalahkan BN.

Menuding jari kepada kerajaan negeri terdahulu memang jalan paling mudah tetapi bukan bermakna pakatan pembangkang boleh melepaskan diri.

Kalau benar kerajaan BN buat silap, tidak mampukah kerajaan campuran pakatan pembangkang membetulkannya?


Pelakuan ikan busuk dari atas kepala ?

Peristiwa hitam kelmarin di pasar Malam Tamu kawasan Bukit Katil Melaka. Tindakan politik desparado Pemuda UMNO ala Ali Rustam bertindak 'samseng' dengan menakut-nakutkan Pemdua PAS,DAP dan orang ramai yang mengunjungi pasar malam. Kemarahan Pemuda UMNO ala gangster filem Hong Kong yang tidak boleh masuk kawasan 'miliknya' sebiji macam dilakukan oleh Pemuda UMNO Bukit Katil.

Inilah politik yang tidak matang, walaupun kita mempunyai PM dan pimpinan kelas pertama, tetapi para pengikut beliau macam orang gila dan tidak berpelajaran. Maka sia-sialah pendidikan mereka terima yang memperlihatkan dasar pelajaran 'gagal' membentuk rasional kemanusiaan kepada insan yang bernama manusia tentunya Melayu kerana meerka wakili Pemuda UMNO.

Kita sebenarnya tidak hairan dan pelik kerana pemimpin mereka lebih jauh 'nakal' daripada itu. Antara sanggup guna kan C4, pasukan UTK Polis , dan semua instrument negara dalam menjayakan cita-cita amarah. Kita tidak akan rasa malu kerana ikan busuk mulanya dari atas kepala.

Friday, July 03, 2009

UMNO bukan segala-galanya, minta rakyat hentikan ?

Inilah rupa sebenar wajah UMNO. Isunya Pengerusi Suhakam yang juga bekas peguam negara Tan Sri Abu Talib Othman mengeluarkan nada yang 'sikit' bercanggah dengan pimpinan UMNO. (Nazri Aziz, Menteri di JPM). Sebagai pengerusi sebuah suruhanjaya bebas dan berkhidmat untuk rakyat bukan untuk parti beliau juga sebagai seorang pengamal undang-undang yang sentiasa berpegang teguh dengan prinsip keadilan dan kesaksamaan, beliau sarankan bahawa 'kerajaan' kena beri semula rakyat Perak pilihan bagi memerintah mereka. Itu adalah biasa, tetapi Menteri Di JPM yang menjaga hal kehakiman dan undang-undang , bertindak mengkritik Suhakam dan mengkritik Tan Sri Abu Talib bahawa kerana tidak bersikap 'neutral' dalam isu Perak.

Suhakam adalah badan yang berkecuali, berperanan sebagai penyelesai masalah dan pendamai perkara yang mahu didamaikan. Apakah yang ada dalam fikiran seorang menteri tidak lebih berfikiran berotakkan seperti seorang bertaraf pemikiran JKKK yang mengawal kampung sahaja. Inilah merit menteri UMNO. Apa yang ada dalam 'kepala' dia adalah UMNO mesti menang, UMNO mesti benar, malah segala-galanya adalah UMNO. jika boleh beliau mahu UMNO hidup selama-lama memimpin dan menerajui Malaysia.

Rakyat Malaysia kita seru jangan terlalu berterima kasih kepada UMNO. Ambil ibarat cerita Islam yang tersohor, bagaimana Khalid Al Walid selepas memeluk Islam beliau diangkat memimpin dan menjadi Panglima Perang/ Ketua Turus ATM Islam di Mecca, semua peperangan dikepalali Khalid, semua peperangan tersebut menang dengan cemerlang, malah gemilang dan terbilang lagi, tetapi Khlifah Amirul Mukmin waktu itu bertindak 'mengugurkan' beliau dari jawatan tersebut, dalam beliau megah disanjung menang dan menang peperangan diganti dengan panglima perang lain.

Moral ceritanya jangan kita memberi lama UMNO memerintah, nanti kita akan diminta berterima kasih kepada UMNO, berterhutang budi dengan UMNO dan banyak ber-ber yang lain yang menyusahkan kita. Sila gantikan UMNo dengan parti yang lain , masa dan waktu inilah yang paling sesuai. Bagi semua yang ada di muka bumi ini tidak akan dikatakan datang dari UMNO tetapi tahulah bahawa ia adalah hak Allah. Matikan dan hentikan khurafat besar, semua rezeki, semua biasiswa, semua ke mecca kerana UMNO, hentikan hentikan ini khurafat besar.










BERITA

Abu Talib tak layak terajui Suhakam - Nazri

DIKRITIK..Presiden Suhakam yang baru Tan Sri Abu Talib Othman dikritik oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.

KUALA LUMPUR: Pengerusi Suhakam, Tan Sri Abu Talib Othman dikritik Menteri di Jabatan Perdana Menteri kerana tidak berpendirian neutral dalam krisis politik Perak baru-baru ini.

Ketika menyatakan demikian di Dewan Rakyat semalam, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz mempersoalkan pendirian bekas Peguam Negara itu apabila mengatakan bahawa rakyat Perak harus diberikan pilihan untuk menentukan kerajaan kehendak mereka.

"Itu ada pandangan beliau. Beliau ada kebebasan untuk menyatakan pandangannya.

"Bagaimanapun bagi saya, beliau tidak wajar menyatakan demikian," kata Nazri semasa menjawab soal yang dibangkitkan oleh Tian Chua (PKR-Batu), M. Kulasegaran (DAP-Ipoh Barat) dan Datuk Ibrahim Ali (Bebas-Pasir Mas) di Parlimen semalam.

Dewan Rakyat yang mengakhiri sesi sidangnya lewat malam tadi, membahas dan meluluskan Rang Undang-undang Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) (Pindaan) 2009.

Nazri berpendapat Abu Talib tidak perlu membuat kenyataan sedemikian memandangkan isu Dewan Undangan Negeri tidak tertakluk di bawah bidang kuasa Suhakam.

"Sebagai bekas pendakwa raya nombor satu negara, Peguam Negara, beliau tidak harus mempengaruhi hakim memandangkan kes masih dalam pertimbangan mahkamah.

"Sangat jelas ia adalah subjudis," katanya.

Malah pelantikan peguam terkenal Datuk Muhammad Shafee Abdullah sebagai pesuruhjaya Suhakam juga dikritik oleh anggota Dewan Rakyat.

Tian Chua mempersoalkan mengapa Shafee yang hadir Dewan Undangan Negeri pada 7 Mei lalu untuk memberikan nasihat dan bertindak bagi pihak Umno di mahkamah, dilantik sebagai pesuruhjaya Suhakam.

"Antara Abu Talib dan Datuk Muhammad Shafee Abdullah, Abu Talib tidak layak sebagai Pengerusi Suhakam," tambah Nazri.

Tian Chua juga membangkitkan pertanyaan sama ada seorang pesuruhjaya Suhakam boleh mengambil bahagian dalam aktiviti politik dan mewakili ahli-ahli politik di mahkamah.

Menjawab soalan ini, Nazri memberitahu, seseorang pesuruhjaya seharusnya membezakan peranan sebagai peguam mewakili anak guaman dan anggota Suhakam.

Terdahulu Nazri berkata, pesuruhjaya Suhakam tidak harus berat sebelah dalam pendirian mereka.

Thursday, July 02, 2009

Pakatan rakyat : Dua situasi tegang ?

Dua yang tegang ? Satu insiden di Kg Kuala Buah Pala Penang dan DAP marah roboh pusat sembelihan babi di bandaraya Alor Star. Antara kedua di Penang orang India marah kawasan kediaman mereka 100 tahun dakwanya bakal diambil oleh pemaju bagu tujuan pembangunan. Sejarahnya memang di Penang masalah tanah dan harta cukup 'mahal'. Dahlah mahal ia cukup sensitif. Kemarahan kaum India di Penang patutlah ditangani oleh DAP dengan baik. Malah situasi lebih gawat bakalan berlaku di penang berbanding di Kedah.


Situasi tegang di Kampung Buah Pala

PENDUDUK Kampung Buah Pala mengugut akan menghantar surat kepada Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unesco) untuk mengeluarkan bandar George Town daripada senarai Tapak Warisan Dunia sekiranya kerajaan negeri gagal untuk menyelesaikan masalah tanah disitu.

Pengerusi Persatuan Penduduk Kampung Buah Pala, M. Sugumaran mendakwa kerajaan negeri yang bertanggungjawab memusnahkan tapak warisan kampung itu, yang juga dikenali sebagai Penang High Chaparral.

"Kami sudah faks surat kepada Lim untuk berjumpa dengan beliau, kalau dia enggan kami akan menunggu di kediaman rasminya,"

Situasi menjadi tegang apabila tiga pegawai yang membawa saman, dua pegawai dari mahkamah dan Pengarah Eksekutif Nusmetro Ventures, Thomas Chan tiba pada pukul 11.30 am.

Penduduk mula menjerit dan membuat sekatan di pintu masuk dan menjelaskan mereka sudah pun memberitahu polis bahawa pemaju tidak akan dibenarkan masuk ke kampung itu.

Pegawai polis kemudian membawa Thomas Chan beredar dari tempat itu dan notis pengusiran yang ditingalkan oleh pegawai tersebut dikoyakan oleh penduduk kampung itu.

Lim berkata dalam satu kenyataan, kerajaan negeri tidak akan mengambil sesen pun seperti yang dicadangkan oleh pemaju selagi penduduk kampung tidak bersetuju dengan bayaran pampasan.

Beliau menambah lagi pihak pemaju akan terus mencari jalan supaya wujud situasi menang menang kepada semua pihak.


Kecewa tindakan DAP Kedah

DAP Kedah keluar Pakatan Rakyat direstuai oleh DAP Pusat. Berita DAP Kedah 'enggan' duduk semeja saling tidak tumpah macam rasa PAS Pulau Pinang rasa tidakpuashati dengan DAP Pulau Pinang. Namun caranya sahaja berbeda. DAP Kedah keluar PR dapat sorotan dan smabutan media secara luar biasa hampir semua media pelbagai bahasa. Ini adalah kedangkalan sebahagian pimpinan DAP Kedah berfikir secara waras, bila ia keluar secara mengejut begitu ia memberi impak kepada persepakatan dalam PR.

Ini adalah rupa beberapa pimpinan DAP Kedah, marah kepada pusat semebelihan babi yang diroboh dalam bandar Alor Star selepas diberi notis adalah perkara biasa. Sepatutnya ada perbincangan dua hala antara penguasaha dan MBAS. PBT tidak sekejam itu, tiada alternatif begitu. Kenapa PAS P Pinang medai tidak layan seperti DAP Kedah, kerana mereka fikir tidak membawa apa-apa keuntungan kepada mereka.

DAP Kedah keluar adalah point besar, ingat dalam PAS sudah ada KPP yang dianggotai oleh orang Cina dan India. Mereka ini tidak selera sangat makan babi dan menguasahakan ternakan babi. DAP kena ingat sensitiviti umat Islam dan Islam juga menjaga kemahuan dan kehendak bukan Islam termasuk bab memelihara mengurus dan memakan babi. Adakah dengan ada selama ini mereka tidak makan babi. Inilah yang perlu difahami oleh pimpinan DAP, sementelahan waktu wabak H1N1 yang berperumah subur dengan Babi, bukan binatang lain. Mungkin satu masa jika keadaan teruk hatta negara China sendiri akan hapuskan babi, atau Jepun mahupun Korea akan hapuskan babi demi menjaga keselamatan rakyat. Cuma sekarang kita mahu dan tuntut kematangan dari semua pihak.

DAP jangan terlalu menjaga taukeh babi, fikirkan undi Melayu Islam di luar Kedah. Mereka 1 kerusi di Kedah. Situasinya lain bagi di Perak dan Selangor N9 Melaka dan Johor. DAP kena bertindak berwawasan jangan memperjuangkan kepentingan sempit. Semoga pimpinan PAS luar Kedah jangan melatah. lihat dan pandang ke hadapan.

Media dan UMNO memang sangat isu ini dihangatkan, matlamat penghakisan sokongan Melayu terhadap Pakatan Rakyat. Di mana di dalamnya ada PAS, DAP dan PKR. Gagal urus dan gagal menangani masalah dalaman akan menyebabkan mudah serangan musuh. Tindakan DAP Kedah apa pun adalah tidak matang, keterlaluan. Obses dengan 1 tindakan daripada MBAS. Mana meja perundingan dan jalan mereka pilih kini menyukarkan masa depan dan kerjasama Pakatan Rakyat.

Wednesday, July 01, 2009

Apa agenda AS selepas ini ?

AS akan mereput. Legasi dunia yang terus menerus mempertahankan negara haram israel bakal menerima hukum karma. Lambat dan cepat kita akan melihat AS mereput. AS gagal lagi bertahan, buktinya kerana terdesak dan desakan dari dalam negeri AS askar mereka secara rasmi ditarik balik kerana tidak mahu menanggung korban yang banyak. Lihat sahaja melalui internet kecekapan Baghdad Sniper yang menyaingi AS di serata tempat di Iraq.

Hari ini, Baghdad dan rakyat merayakan pengunduran tentera AS dengan menampakkan sinar baru. Kini giliran Taliban pula di Afghanistan. AS juga akan keluar, dek tidak mampu menampung kerosakan yang lagi teruk.

Obama akan pertahan Israel

BAITULMAQDIS 30 Jun - Pentadbiran Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama telah meyakinkan Israel bahawa ia akan terus mempertahankan negara Yahudi ini dalam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), walaupun berlaku perbalahan mengenai penempatan haram di Tebing Barat, kata Duta Israel ke PBB, semalam.

Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu enggan tunduk kepada permintaan Obama untuk menghentikan pembinaan penempatan haram di kawasan jajahannya yang dikehendaki penduduk Palestin sebagai negara mereka, mencetuskan spekulasi bahawa Washington akan mengenakan tekanan diplomatik.

Satu senario memperlihatkan AS yang sebelum ini menggunakan kuasa veto terhadap resolusi Majlis Keselamatan PBB yang mengecam Israel, berhenti memberi sokongan di badan dunia itu atau menyekat akses Israel kepada penentuan keputusan AS.

Ketika ditanya oleh saluran televisyen Channel Ten di Israel sama ada risiko kehilangan veto itu, Shalev berkata, "Kami diberitahu secara jelas (oleh AS) bahawa tiada rundingan dan tiada perbincangan langsung dalam pentadbiran mereka berhubung hal tersebut."

"Terdapat dialog berterusan antara delegasi dan duta-duta. Hari ini juga terdapat dialog yang sangat baik antara saya dengan Duta AS, Susan Rice yang merupakan kawan rapat kepada Obama," ujarnya.

Menteri Pertahanan Israel, Ehud Barak dijadual bertemu utusan khas Asia Barat Obama, George Mitchell di New York hari ini dalam usaha menyelesaikan isu penempatan tersebut. - Reuters


Pemuda UMNO menikus bab ekuiti ?

Di mana Pemuda UMNO ? Najib PM telah mengumumkan semalam akan menghapuskan kerana PM mahu hapuskan keistimewaan kepada kaum bumi. Pendekata sisitem meritokrasi berdasarkan merit diperkenalkan dalam dunia perdagangan. Apa pun alasan dan apa reaksi pemuda UMNO.

Membaca laporan media sahaja, sudah tentu menyentap jiwa kemelayuaan. Di mana MUBARAK ? Ke mana suara kemelayuaan anda. Apakah Pemuda UMNO dan badan-badan perniagaan bumi di Malaysia menikus sahaja ?

KUALA LUMPUR 30 Jun - Garis panduan Jawatankuasa Pelaburan Asing (FIC) yang diwujudkan sejak 36 tahun lalu dengan mewajibkan pemilikan sekurang-kurangnya 30 peratus ekuiti bumiputera bagi Tawaran Awal Permulaan (IPO) dimansuhkan berkuat kuasa hari ini. ... Berita Penuh

Keluar Pakatan: DAP Kedah buat hal ?

DAP Kedah buat kejutan, apa masalah? Inilah yang dinanti-nantikan oleh UMNO BN. Minta pimpinan Pakatan Rakyat selesaikan secara cermat dan berhikmah. Jangan sampai mengugat Pakatan yang sedia ada.

Marah kerajaan negeri: DAP keluar Pakatan Rakyat Kedah

KUALA LUMPUR: DAP Kedah memutuskan untuk keluar daripada Pakatan Rakyat hari ini ekoran tindakan kerajaan negeri itu yang didakwa tidak menyelesaikan siri isu yang wujud sejak selepas pilihan raya umum 2008.

Keputusan untuk keluar Pakatan Rakyat Kedah diputuskan oleh DAP sebentar tadi, kata Pengerusi DAP Kedah dan Perlis, Thomas Su ketika dihubungi mStar Online.

"Keluar, kami sudah buat keputusan... ini keputusan mutkamad kami (DAP Kedah)," kata beliau sambil menambah, atas prinsip dan pendirian parti, pihaknya memutuskan tindakan sedemikian.

Kata beliau, keputusan itu telah diambil selepas Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) merobohkan rumah sembelihan babi di Kampung Berjaya, Alor Setar petang tadi.

Sepasukan anggota penguat kuasa MBAS merobohkan rumah sembelihan babi itu pada pukul 3.30 petang tadi.

Mengikut laporan media sebelum ini, premis itu sepatutnya dirobohkan penghujung Mei lalu, tetapi ditangguhkan selama sebulan sehingga semalam.

Ia merupakan antara beberapa isu yang menjadi punca retaknya kerjasama DAP dalam Pakatan Rakyat Kedah.

Satu lagi isu ialah kontroversi mengenai kuota perumahan 50 peratus bagi bumiputera.

Oktober lalu, kerajaan Pakatan Rakyat Kedah meningkatkan kuota tersebut daripada 30 peratus kepada 50 peratus bagi projek perumahan baru di negeri itu.

DAP mempunyai hanya seorang wakil rakyat di Kedah iaitu Ahli Dewan Undangan Negeri Kota Darulaman, Lee Guan Aik.

Su berkata, ia merupakan antara beberapa isu yang tidak menemui penyelesaian walaupun dibangkitkan dan dibawa kepada perhatian kerajaan negeri yang diterajui Pakatan Rakyat.

Kata beliau, pihaknya akan memanjangkan keputusan itu kepada Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP dalam waktu terdekat untuk pengesahan.

"Keputusan ini perlu mendapat pengesahan CEC," katanya.

Dalam pada itu, Setiausaha Jawatankuasa Penganjur Pusat DAP, Teresa Kok ketika ditemui di lobi Parlimen memberitahu, beliau menyedari tentang keputusan tersebut sebentar tadi.

"Mereka mengambil keputusan untuk keluar Pakatan Rakyat selepas tidak berpuas hati dengan pendirian kerajaan negeri tidak menyelesaikan masalah-masalah yang timbul... DAP Kedah mendapati banyak masalah masyarakat bukan Melayu tidak diselesaikan," katanya.

Ketika ditanya sama ada DAP akan membincangkan isu itu dalam waktu terdekat, Teresa memberitahu, perkembangan itu akan dibincangkan pada mesyuarat pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat di sini esok.

Bila Rosmah jadi Wakil Rakyat ?

Ke manakah wakil rakyat UMNO ? Kenapa Rosmah Mansor bertindak macam wakil rakyat menyampaikan bantuan kebakaran. Kebiasaan isteri -isteri PM dulu-dulu aktif bergiat setakat dalam lingkungan BAKTI sahaja. Kenapa Bakti cepat daripada bantuan bencana bawah JKM bawah Sharizat, ke di Wilayah tiada JKM kena BAKTI datang ni yang pelik dan lagi pelik ni, mana pergi batang hidung Shahrizat Jalil kan beliau jaga kebajikan rakyat bertaraf menteri ? Rosmah oh Rosmah ..


Rosmah sampaikan bantuan kepada mangsa kebakaran


KUALA LUMPUR: Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, berharap penduduk setinggan di Bukit B, Kampung Kerinchi di sini dapat berpindah ke projek perumahan rakyat yang telah disediakan kerajaan demi keselamatan dan keselesaan mereka.

"Saya harap dan merayu penduduk di sini apabila disuruh pindah, pindahlah untuk keselesaan," katanya kepada pemberita selepas melawat lima keluarga setinggan mangsa kebakaran pada Isnin lalu di Bukit B Kampung Kerinchi di sini, hari ini.

Kerajaan telah pun menyediakan rumah pangsa projek perumahan rakyat Seri Cempaka di Pantai Dalam sebagai sebahagian program pemindahan penduduk setinggan di kawasan itu dalam usaha mewujudkan sifar setinggan di Kuala Lumpur.

Rosmah yang juga Presiden Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-Isteri Menteri dan Timbalan Menteri (Bakti) menyampaikan sumbangan badan berkenaan sebanyak RM1,000 kepada setiap keluarga yang terbabit dalam kebakaran itu.

Sementara itu, Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin, berkata baki 100 daripada 300 penduduk setinggan di kawasan itu dijangka dapat dipindahkan ke PPR Sri Cempaka pada pertengahan bulan ini.

Beliau berkata, sehingga hari ini lebih 200 penduduk di situ telah dipindahkan ke PPR Sri Cempaka dan DBKL hanya mengenakan ansuran bulanan RM120 kepada mereka.

Pada majlis itu, Raja Nong Chik yang juga Presiden Yayasan Wilayah Persekutuan turut menyampaikan sumbangan RM1,000 daripada yayasan itu kepada keluarga terbabit manakala Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Ahmad Fuad Ismail, pula menyampaikan bantuan RM1,000 serta surat tawaran untuk mendiami PPR Sri Cempaka. - Bernama