Sunday, July 05, 2009

Mengurus persepsi rakyat ?

Sudah lama kita bercakap soal hidup dan kehidupan. Paling menarik individu suka memberi pandangan tentang masa depan politik negara. Perbahasan perdebatan samada di kedai-kedai kopi serata ceruk kampung sampailah ke cafe-cafe hatta ke Dewan-Dewan Kuliah IPT. Arah kecenderungannya dua, sama ada aliran menyokong atau membangkang. Inilah gambaran kehidupan kerana isu atau perkara ini menjadi ketentuan arah kesejahteraan kelancaran dan keselesaan hidup dan kehidupan mereka.Manusia sering lemas membicarakan berkisar soal hidup dan kehidupan, soal suka duka cemas atau ketenangan tentang masa depan mereka.

Oleh itu dalam memcari dan membuat pencarian , mereka sering memberi gambaran atau tanggapan ataupun dikenali sebagai persepsi. Dan persepsi yang terbaik adalah boleh atau tidak kumpulan politik tertentu menjamin legasi dan masa depan mereka yang perlu digantungkan. Maknnya pergantungan mereka terhadap sesuatu pasukan politik dan sejauh manakah tawaran kebolehan, kemampuan, kesinambungan bagi rakyat terus dijamini aman damai jalani kehidupan mereka. Sehubungan ini bolehkan tidak BN teruskan keupayaan dan kemampuan mereka dan mampukah Pakatan Rakyat mengambil alih sebagai pilihan memerintah terbaik waktu terdekat ini. Maksudnya utama boleh atau tidak boleh keupayaan Pakatan Rakyat memerintah Malaysia. Inilah yang dinamakan persepsi. Persepsi bermaksud gambaran atau bayang dalam hati atau fikiran (tentang sesuatu), pandangan melalui pencaindera, tanggapan(kekuatan imaginasi) sesutu perkara.

Alaf ini bagi Pakatan Rakyat, cabaran besar adalah mengurus persepsi rakyat. Kerana selama hari ini UMNO dan BN sahaja yang memberi gambaran persepsi mereka sahaja yang mampu memerintah negara , bukan kumpulan lain. Teori ini belum teruji dan rakyat sememangnya memegang kemas teori BN ini. Rakyat takut , bimbang, cemas mahu mengujikaji teori ini. Biar apa pun yang berlaku mereka tetap selamanya bersama UMNO BN.

Ini bermakna UMNO BN berjaya menjayakan teori ini dengan memberi gambaran atau persepsi hanya UMNO BN sahaja yang mampu urustadbir negara ini. Baik hal ehwal ekonomi negara. Tambahan barisan kepimpinan negara yang dibariskan bermula dengan PM pertama Tuanku Abdul Rahman diangkat sebagai Bapa kemerdekaan, PM kedua Tun Razak Hussin dijayakan sebagai Bapa Pembangunan, Tun Hussien Onn PM ke 3, diwirakan beliau sebagai Bapa Perpaduan. Dr M sebagai ... dan Pak Lah... yang mana kesemuanya memperkuatkan legasi persepsi tersebut dikotak fikiran rakyat yang terdahulu dan generasi terkini.

Persepsi ini diligasikan dengan peneguhan melalui media terhadap sesuatu kumpulan tertentu menjadi lebih kuat, mendirikan institusi-institusi tertentu yang saban hari membicara, dalam memperkuatkan kumpulan tersebut dengan menfokuskan perbiacaraan mereka, minda mereka dengan mengepung minda rakyat terarah ke arah persepsi tersebut.

Sementelahan kebangkitan kumpulan alternatif baru yang sedang dalam proses pembentukan dipersepsikan dengan nilai-nilai lemah, rapuh, tiada perjuangan jelas, bercampurbaur fikiran dan ideologi yang sukar dijumpai atau ditamatkan titik noktah kesamaan sesama mereka. ini jelas diyakini rakyat.


No comments: