| Ungku Aziz letak jawatan YDP Angkasa |
| Jan 8, 09 11:43am |
| Prof Diraja Ungku Aziz meletakkan jawatan sebagai Yang Dipertua (YDP) Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) berkuatkuasa semalam setelah menerajui badan itu selama lebih 30 Lima dakwaan Pada 23 Disember lalu, Utusan melaporkan bahawa Ungku Aziz kecewa atas kegagalan pihak polis dan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) menyiapkan siasatan berhubung dakwaan penyelewengan kewangan dalam Angkasa. Lima perkara yang dibangkitkan dalam laporan tersebut ialah:
|
Thursday, January 08, 2009
Angkasa dan Pak Ungku Aziz
Friday, January 02, 2009
Calon PAS bagi P36 PIlihanraya Kecil Kuala Terengganu
Pilihan sudah dibuat, harap semua pihak akur terutama bagi orang-orang tempatan yang berada dekat dan tahu apa yang mereka hajati dan kehendaki. Kita ucapkan selamat berjuang YB Wahid. Apa yang penting JANJI PAS 'masuk pilihanraya kecil ini MAHU MENANG.... Harap dikotakan dan jangan lupa juga berdoa kehadrat ALlah SWT.
[DIKEMAS KINI] PETALING JAYA: Dilihat sebagai pengumuman mengejutkan, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kerusi Wakaf Mempelam lima penggal, Mohd. Abdul Wahid Endot akan mewakili Pakatan Rakyat bertanding pilihan raya kecil kerusi Parlimen Kuala Terengganu bulan ini.
Mohd. Abdul Wahid, 52, merupakan Ketua PAS Bahagian Kuala Terengganu dan juga Bendahari PAS Terengganu.
Pemilihan calon PAS itu, yang dilihat sebagai keputusan mengejut oleh banyak pihak, diumumkan di Kuala Terengganu pada pukul 10.55 malam tadi oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Abdul Hadi yang membuat pengumuman itu di Stadium Negeri di Batu Burok berkata, memilih calon PAS memang sukar tetapi "satu-satunya yang berada dalam fikiran kami merupakan calon yang berkebolehan."
Abdul Hadi berkata, beliau sendiri yang memilih Mohd. Wahid yang menjadi ADUN Wakaf Mempelam sejak 1990, dan ia mendapat restu Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat.
Menurutnya dalam pemilihan calon itu, beliau mendapat pandangan daripada pelbagai pihak termasuk mengadakan isytisyarah (pandangan daripada orang ramai) dan istiqarah (sembahyang dan minta petunjuk).
"Sangat susah pilih calon Pas kerana caloncalon yang diketengahkan semuanya baikbaik... tiada rasuah, tiada politk wang dan tiada penyelewengan politik," katanya.
Antara nama yang disebut mempunyai peluang cerah untuk menjadi calon PAS sebelum ini ialah Pesuruhjaya PAS Terengganu, Datuk Mustafa Ali dan ADUN Batu Buruk, Dr. Syed Azman Syed Ahmad yang juga bekas Ahli Parlimen Kuala Terengganu.
Mohd. Abdul Wahid, 52, merupakan bekas graduan jurusan sains perikanan dan marin dari Universiti Putra Malaysia.
Dengan itu, Ketua PAS Bahagian Kuala Terengganu itu dijangka menghadapi saingan calon Barisan Nasional (BN), Senator Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh.
Sunday, December 28, 2008
kEKEJAMMAN YAHUDI
UMNO x ISRAEL = PERANGAI SAMA
Semua pihak akur termasuklah UMNO sendiri sebagai penguasa. Kita (rakyat teramai tanpa kira parti) merasakan kerajaan UMNO BN serta semua rangkian talibarut dan taliperutnya insaf. Berfikir langsung terhadap kekuasaan ALlah SWT yang Maha Berkuasa.
Namun, kita dikejutkan selepas Program Wacana Tranformasi Politik di Balai Islam Lundang Kota Bharu. Di majlis tersebut dipertemukan antara Husam Musa Naib Presiden PAS dengan Khairy Jamaluddin Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia dan lain-lain ahli akademik membincangkan isu politik negara kita.
Intipati yang terpacul oleh media talibarut UMNO BN adalah menyerang hukum Allah tentang Hudud. Walaupun kata mereka menyerang PAS secara lahiriahnya. Mereka terus pertikai atau mempertikaian samada dengan niat atau tanpa niat, tentang hukum Hudud para pembaca sedarlah dan tahulah hukumnya kita sebagai manusia Islam tentang hal ini.
Bagi mereka (di Malaysia atau luar Malaysia), sama sahaja dengan manusia lain. Arab atau tidak arab , samada Israel zalim atau tidak di mana Yahudi Laknutullah itu kini sedang meratah nyawa umat dengan menyerang umat Islam dan rakyat Palestine dikala kita (seluruh dunia) baru mahu berkira-kira menyambut Maal Hijrah esok harinya. Yahudi terus melanyak umat Islam dan rakyat Palestin dengan sebegitu dahsyat.
Samalah perangai UMNO dengan perangai Yahudi, tidak ada langsung 'sensitiviti' terhadap apa yang mereka 'ganyang' dan 'lanyak' itu.
eRTI HIDUP DAN KEHIDUPAN BAGI UMNO
Umno PJ Selatan lumpuh
25 Dec 2008 1:31AMOleh Mohd Sayuti Omar
UMNO Bahagian Petaling Jaya Selatan mungkin tutup kedai dan lumpuh ekoran bekas ketuanya Kept (B) Zahar Hashim, 60 berhijrah ke dalam Pas dan telah menyerahkan borang keahliannya kepada Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa di satu majlis khas diadakan di sebuah hotel di Ampang Jaya pagi ini.
Bersama Zahar turut berhijrah ialah 13 ahli jawatankuasa bahagian dan 28 ketua cawangan bahagian berkenaan. Penghijrahan beramai-ramai itu menyebabkan Umno Bahagian Petaling Jaya terus lumpuh.
Penyertaan Zahar bersama kepimpinan bahagian dan cawangan itu juga memberi pukulan hebat kepada Umno yang akan menghadapi pilihan raya kecil Kuala Terengganu minggu depan.
Zahar dalam majlis penyerahan borang itu menjelaskan penyertaannya ke dalam Pas kerana yakin Pas adalah parti terbaik untuk orang Melayu dan mampu membela agama di masa depan.
"Pas bukan lagi parti alternatif kepada Umno tetapi parti yang lebih baik daripada Umno," tegasnya.
Jelasnya penyertaan itu bukan mengejar kedudukan dan pangkat di dalam Pas melainkan untuk memberi sumbangan kepada Pas dalam membantu rakyat, khasnya rakyat miskin.
Menurutnya beliau pernah ditawarkan jawatan Speaker DUN Selangor namun beliau tolak, penolakan itu menunjukkan beliau tidak mengejar kedudukan.
Kerana itu katanya kemasukan beliau dalam Pas hendaknya tidak dicurigai kerana beliau ikhlas untuk berjuang bersama Pas bagi memberi khidmat kepada rakyat.
"Saya masuk bukan hendak pangkat dan kedudukan tetapi untuk bersama Pas membantu rakyat miskin dan perkara ini saya sudah jelaskan kepada Pas kawasan Petaling Jaya Selatan," jelasnya.
Mengenai desas desus mengatakan beliau mengambil tindakan itu setelah keahliannya digantung, Zahar menjelaskan desas desus itu tidak betul.
Katanya sejak awal tahun lalu beliau sudah merasa tidak selesai dengan Umno ekoran peralihan kuasa dalam Umno Selangor. "Jadi kebetulan Umno pecat saya ia memberi jawaban kepada apa yang sedang difikirkan," tegasnya.
Zahar telah menyertai Umno menerusi cawangan Subang Jaya pada tahun 1981 menjadi Timbalan Ketua Umno Bahagian Subang Jaya merangkap Bendahari Umno Bahagian Puchong tahun 1982 - 1987.
Pada tahun 1994 - 1999 beliau menjadi Ketua Umno Bahagian Petaling Jaya Selatan dan juga Adun kawasan Taman Medan. Ekoran persempadanan semula bahagian Umno pada tahun 1999 - 2008 beliau memimpin Umno Bahagian Petaling Jaya Selatan sehingga keahliannya digantung baru-baru ini.
Menjelas lanjut kenapa beliau bertindak meninggalkan Umno ekoran timbul peralihan kepimpinan Umno Selangor awal tahun lalu.
Ekoran penyertaan Zahar itu juga Pejabat Umno Bahagian Petaling Jaya Selangor ditutup dan ia akan menjadi pejabat Pas kawasan berkenaan.
Nasharudin dalam ucapan mengalu-alukan kemasukan Zahar menyifatkan ia satu penghijrahan sekumpulan manusia yang ingin mencari kebenaran bersama Pas dan ia dialu-alukan Pas yang menganggapnya hadiah sempena menjelang tahun baru hijrah.
Nasarudin berharap kemasukan itu akan memberi sumbangan besar kepada Pas dalam usaha untuk memartabat bangsa Melayu dan Islam.
Turut hadir meraikan kemasukan Zahar ke dalam Pas ialah Pesuruhjaya Pas Selangor Dr Hassan Mohd Ali, timbalannya Dr Che Musa, Ketua Penerangan Mohd Roslan Mohd Shahir, ahli Exco Selangor dari Pas, Dr HalimahAli, Dr Rani Osman serta lain-lain pemimpin tertinggi Pas. / msomelayu.blogspot.com
KRONOLOGI PAPARAN KLPOS KISAH KAPTEN ZAHAR LOMPAT PAS
- 25 Disember 2008: UMNO PJ Selatan lumpuh
- 24 Disember 2008: Muhammad ucap tahniah kepada PAS terima orang bermasalah
- 24 Disember 2008: Khabar angin jadi nyata, tabik PAS untuk Kapten Zahar
- 23 Disember 2008: Ketua Umno PJ Selatan akui kemungkinan besar 'join' PAS
- 22 Disember 2008: Tokoh Umno bersama 30 ketua cawangan akan serah borang masuk PAS Rabu?
- 20 Disember 2008: Tokoh Umno umum 'join' PAS esok
SAMBUTAN MAAL HIJRAH 1430H
OLEH:
PERUBUHAN ANAK-ANAK YATIM & KEBAJIKAN DARUL IZZAH TEMERLOH
DENGAN KERJASAMA
PONDOK MODEN BAITUL MAAB, TEMERLOH
PADA 28 DAN 29HB DISEMBER 2008
MULAI JAM 6.30 PETANG - 10 MALAM
HARI PERTAMA: 28 HB DISEMBER 2008
6.30 ptg - Berkumpul
Doa Akhir Tahun 1429
7.15 ptg - Solat Maghrib Berjemaah
Doa Awal Tahun
CERAMAH AGAMA:
OLEH: YB UST MOHAMMAD B DAUD
3.00 pg - QIAMULAIL
Pimpinan : Ust Ahmad Badawi Abdullah Al Hafiz
6.00 pg - KULIAH SUBOH
OLEH : YB UST MOHAMMAD DAUD
29hb DISEMBER 2008
10.30pg - TAYANGAN VIDEO
11.00pg - MOTIVASI KELUARGA BAHAGIA
OLEH : YANG BERBAHAGIA PROF MADYA DR SUPYAN HUSSIN (UKM)
9.00mlm - FORUM PERDANA
AHLI PENAL:
1- PROF MADYA DR KAMARUZAMAN B YUSOF (UKM)
2- UST FAUZI MAT RANI (SMK SETAPAK KL)
3- UST IBRAHIM B JAMIN (MUDIR SRA AL MUKMIN TEMERLOH)
Monday, December 15, 2008
Tragedi Tanah Runtuh Bukit Antarabangsa
Thursday, December 11, 2008
Siapa pun calon PAS aktivis terima ?
| Dr Syed Azman calon terbaik PAS |
| Muda Mohd Noor | Dec 10, 08 6:18pm |
| Wakil rakyat Batu Burok, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi calon terbaik PAS untuk pilihanraya kecil Kuala Terengganu, kata ketua penerangan PAS kawasan itu Azmi Mohd Yassin. Ahli jawatankuasa pusat PAS itu menepati semua ciri calon yang sesuai untuk membawa parti itu ke ambang kemenangan, tambahnya. "Dr Syed Azman, orang yang ada personaliti, ketokohan dan berpendidikan. Beliau juga sudah dikenali di kalangan pengundi tempatan. "Beliau merupakan tokoh paling layak yang boleh melawan semua calon Barisan Nasional, termasuk Senator Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh," kata Azmi. Mengulas ura-ura ahli perniagaan Dr Mohd Khazani Abdullah, Azmi berkata, ia tidak menjadi masalah walaupun ia muka baru dan belum dikenali ramai. "Saya tidak pernah dengar nama dia, mungkin orang baru kenal Dr Mohd Khazani. Orang kata, beliau berasal dari Kampung Bukit, dalam kawasan parlimen tersebut. "Tetapi kita boleh memperkenalkan dia dengan mudah, tidak ada masalah kerana ini pilihanraya kecil kerana semua orang tertumpu di sini (Kuala Terengganu)," katanya. Dr Mohd Khazani, bekas pensyarah Universiti Putra Malaysia (UPM), yang dikatakan dekat dengan pesuruhjaya PAS Terengganu, Datuk Mustafa Ali juga disebut-sebut sebagai calon PAS dalam pilihanraya kecil tersebut. Dr Mohd Khazani mengetuai Significant Technologies Sdn Bhd, sebuah syarikat yang terlibat dalam teknologi tinggi gentian optik. Bagaimanapun, tambah Azmi, cara terbaik untuk memilih calon PAS ialah berdasarkan siapa calon yang dipilih BN. "Kalau Datuk Wan Ahmad Farid bertanding, orang yang paling layak ialah Dr Syed Azman sebab sama cerdik dan umur pun sebaya. "Kata orang, (kedua-duanya) lawan yang sama padan, sama muda dan sama bijak," tambahnya. "Walau apapun, terserahlah kepada pucuk pimpinan tinggi kerana orang bawah hanya menyokong sahaja." Selain, Dr Syed Azman dan Dr Mohd Khazani, beberapa nama lain yang turut dispekulasi sebagai calon parti itu termasuklah Mustafa, timbalannya Datuk Wan Mutalib Embong dan bekas calon Mohamad Sabu, yang juga naib presiden. |
Wednesday, December 10, 2008
Nantikan PRK Kuala Terengganu ?
| KT 'lebih panas' daripada Ptg Pauh |
| Muda Mohd Noor | Dec 9, 08 5:22pm |
| Umno meramalkan pilihanraya kecil Kuala Terengganu pada 17 Januari depan akan menyaksikan pertarungan sengit antara BN dengan PAS, "lebih panas daripada pilihanraya Permatang Pauh." Sebahagian puncanya, kata anggota biro penerangan Umno negeri Zulkifli Nasir, akibat sabotaj di kalangan penyokong Umno jika calonnya bukan ketua bahagian berkenaan Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh. Tambahnya, pemilihan timbalan menteri itu "akan menyelesaikan banyak masalah tetapi tidak dapat menyelesaikan semua sekali." "Tetapi orang tidak suka kepada abangnya Datuk Wan Hisham. "Orang kata, jangan libatkan Datuk Wan Hisham (dalam pilihanraya ini) kerana orang Umno tidak suka," kata Zulkifli, bekas ahli jawatankuasa bahagian Kuala Terengganu. "Orang kata, kalau libatkan Datuk Wan Hisham mereka akan tolak semua. "Jadi Datuk Wan Ahmad Farid kena buang kepentingan keluarga dan kawan-kawan, sebaliknya mengutamakan kepentingan parti." Wan Hisham, bekas seorang exco negeri dalam pentadbiran Datuk Seri Idris Jusoh, gagal mempertahankan kerusi Ladang, Mac lalu. Naib ketua bahagian Umno itu tewas kepada calon PAS Datuk Tengku Hassan Tengku Omar, bekas pegawai kewangan negeri, dengan majoriti tipis, 31 undi. Zulkifli menambah, BN juga menghadapi cabaran berat kerana terdapat penyokong Umno yang kecewa dengan kerajaan persekutuan yang dianggap sukar memberikan peruntukan kepada kerajaan Terengganu kini, termasuk gagal memulangkan wang royalti minyak. "Jadi rakyat akan ajar BN dengan cara tidak mengundi calon parti itu." Pilihanraya kecil Permatang Pauh, yang dimenangi penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ogos lalu digelar "ibu segala pilihanraya kecil" menyaksikan pertarungan sengit kedua-dua pihak, termasuk bersumpah menggunakan nama Allah, pergaduhan sewaktu hari penamaan calon dan ugutan bom di bilik gerakan BN. Kuala Terengganu adalah pilihanraya kecil kedua selepas Permatang Pauh. Sementara seorang ahli jawatankuasa Umno Kuala Terengganu, Sulaiman Ali bimbang akan berlaku pergaduhan dalam kempen mulai 6 Januari ini kerana kawasan itu dipenuhi oleh orang luar yang ghairah berkempen. "Saya bimbang orang PAS membuat kacau tetapi orang Umno yang dapat nama (buruk)," katanya. "Kita bimbang orang kita (penduduk tempatan) ganggu orang luar sehingga timbul pergaduhan." Walaupun yakin peluang calon Umno menang lebih cerah berbanding PAS, beliau percaya faktor calon memainkan peranan utama. "Tetapi ia bergantung kepada calon juga. Kalau letak Datuk Wan Ahmad Farid, peluang adalah 55 peratus, kalau calon lain hanya 45 peratus," katanya. Untuk memastik BN mengatasi cabaran hebat PAS, parti itu perlu memperjuangkan isu orang Melayu untuk menarik sokongan majoriti hampir 90 peratus pengundi kawasan itu. Umno bahagian Kuala Terengganu dijadual mengadakan mesyuarat khas, dipercayai membincangkan persiapan pilihanraya kecil tersebut, di bangunan pejabatnya di Gong Kapas, jam 9 malam ini. |
Sunday, November 30, 2008
PRK Parlimen Kuala Terengganu ?
Sebenarnya Pilihanraya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Terengganu banyak benda yang boleh diperbahaskan. Pertama ia berlaku selepas peralihan kuasa dari Pak Lah kepada Najib. Selain itu, juga selepas 5 buah negeri jatuh kepada Pakatan Rakyat (PR). Pilihanraya selepas kenaikkan harga minyak mendadak dan turunnya pula secara mengesot dan kemut. Seterusnya, selepas ketuanan Melayu, Kepimpinan Melayu, Islam Makin Terpinggir dan seribu seratus.
Ketua Penerangan Umno Tan Sri Muhammad Muhd Taib berkata satu mesyuarat parti akan diadakan Rabu depan bagi membincangkan persediaan menghadapi pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu.
Muhammad, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah berkata, mesyuarat tersebut akan membincangkan secara terperinci persediaan Umno bagi pilihan raya itu ekoran kematian mengejut ahli Parlimen kawasan berkenaan, Datuk Razali Ismail ketika bermain badminton di Genting Highlands petang semalam.
Pada pilihan raya umum lepas Mac 2008, Razali berjaya mempertahankan kerusi berkenaan yang dimenanginya sebelum itu pada 2004, dengan mengalahkan calon PAS, Mohamad Sabu, dengan majoriti 628 undi.
Pertandingan itu merupakan tiga penjuru yang turut membabitkan seorang calon bebas Maimun Yusof, 89, yang hilang wang pertaruhan selepas hanya memperoleh 685 undi.
Tubuh Kerajaan : Masih Mengharap !
Jangkaan bahawa Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengumumkan berita baik mengenai rancangan menubuhkan kerajaan baru nyata meleset apabila perkara itu masih sulit untuk didedahkan.
Anwar berkata, beliau sedar dengan tanda tanya selepas sasaran 16 September yang dicanangkan untuk 'menawan' Putrajaya dan mengambil alih kerajaan Persekutuan tidak menjadi kenyataan.
"Semua bertanya malah rakan kita juga minta penjelasan mengenainya.
"Jawapan saya mengenai ke Putrajaya (ambil alih kerajaan) ialah saya tak boleh nak menyebut lebih daripada itu (dedahkan)," katanya semasa menyampaikan pidato umum sempena Kongres Nasional Tahunan Parti Keadilan Rakyat (PKR) di sini, semalam.
Rata-rata orang ramai yang hadir mengharapkan bekas Timbalan Perdana Menteri itu mengumumkan kejutan mengenai sasaran pembentukan kerajaan baru seperti yang diuar-uarkan.
Tambahan pula sebelum itu, Naib Presiden PKR, Azmin Ali dalam ucapannya memberitahu bahawa semua yang hadir perlu menantikan pengumuman penting yang akan dibuat oleh Anwar.
Bagaimanapun jelas Anwar, untuk mendedahkan nama-nama ahli Parlimen yang bersetuju melompat parti menyertai Pakatan Rakyat bukanlah sesuatu yang mudah kerana kononnya ahli Parlimen berkenaan masih belum bersedia.
"Ini (tubuh kerajaan) tidak mudah untuk disebutkan kerana ada yang tidak dapat saya sebutkan apabila orang yang bersetuju masih menunggu waktu untuk menyeberang yang syaratnya tidak didedahkan sehingga mereka bersedia.
Bagaimanapun, Anwar terus memberi harapan dan keyakinan kepada penyokongnya bahawa matlamat untuk menubuhkan kerajaan menerusi kerjasama antara PAS dan DAP dalam Pakatan Rakyat.
"16 September sudah jelas walaupun ada yang katakan ini bukan sesuatu yang baru.
"Ini bukan soal baru atau lama, kita berikan satu target untuk membina cukup kekuatan untuk membuat perubahan," katanya
Menurut beliau lagi, kerisauan mengenai kebenaran untuk mencapai sasaran menubuhkan kerajaan bukan sahaja timbul dikalangan rakyat malah turut dirasainya sendiri memandangkan sikap menyembunyi ahli-ahli Parlimen yang bersedia menyertai pakatan pembangkang itu.
"Kita memang dapat sokongan dan orang yang mendukung itu kadangkala tidak menunjukkan sikap sama sekali.
"Kadang-kadang saya pun pening sebab dia dukung, beri tandatangan...sokongan sebulat suara dan padu tapi esok bila dia balik ke Kuching dia serang kita," katanya.
Ahli Parlimen Permatang Pauh itu juga berkata soal untuk memuaskan hati semua pihak termasuk pimpinan Barisan Nasional (BN) dan pemerhati politik mengenai tarikh sebenar peralihan kuasa hanya akan memudaratkan parti.
"Soal ambil alih seperti mana pilihanraya, kita boleh tahu tarikhnya, tapi soal perubahan kuasa untuk sebut mengenai setiap langkah bagi puaskan hati mereka...parah jawabnya," katanya.
Baginya, buat masa ini sasaran terbaru untuk meluaskan pengaruh dan sokongan rakyat adalah di Sarawak dengan mengatur beberapa langkah drastik untuk mencapainya.
"Sementara itu kita gegarkan Sarawak...Sarawak barisan hadapan kita sekarang," katanya.
Anwar berkata bermula bulan hadapan setiap ahli Parlimen PKR akan bergilir-gilir ke Sarawak bagi menemui rakyat disana yang inginkan perubahan arus politik semasa.
"Tanpa terkecuali, semuanya mesti ikut jadual dan disiplin parti," katanya.
Warga Asing Ramai : Baru Tahu ?
Ramainya warga asing di Cameron
MINGGU lalu, Jentik bersama keluarga sempat melawat Cameron Highlands di Pahang untuk ‘makan angin’ sempena cuti panjang sekolah.
Lama betul rasanya tidak berkunjung ke kawasan peranginan tersebut yang terkenal sebagai kawasan tumpuan pelancong sama ada dalam dan luar negara kerana keindahan alam semula jadinya selain keadaan cuacanya yang dingin.
Pelbagai aktiviti dapat dilakukan di sana, seperti bermain golf, melawat ladang teh, memetik strawberi selain berpeluang membeli pelbagai buah-buahan segar dengan harga istimewa seperti strawberi, epal Cameron serta jagung.
Malah, kawasan itu terkenal dengan keunikan pelbagai jenis bunga-bungaan serta pelbagai spesies keledek yang pastinya membuat pengunjung kelabu mata untuk membuat pilihan.
Kepada penggemar teh pula, mereka dapat menghirup minuman kegemaran tersebut itu di kedai teh yang dibina khas di lereng bukit sambil menghadap ribuan pokok teh yang ditanam dengan susunan yang memukau mata memandang.
Bagaimanapun, kunjungan Jentik ke pusat peranginan tinggi itu baru-baru ini sedikit ‘terkejut’ kerana bilangan warga asing yang ‘menyambut’ kedatangan pengunjung ke situ nampaknya juga sudah semakin meningkat.
Tidak seperti kunjungan terdahulu, para pengunjung yang bertandang ke kawasan peranginan itu sering disambut warga tempatan terutamanya ketika berkunjung di kedai-kedai atau tempat tumpuan yang lain.
Namun kali ini, berbeza benar rasanya kerana jumlah warga asing yang berada di situ lebih ramai berbanding sebelumnya.
“Beli jagung pak, jagung madu murah-murah.’’
“Mari bu, macam-macam pokok ada bu, pokok cili satu cuma RM5, lima RM20, murah bu.’’
Demikian antara dialog yang kedengaran ketika berkunjung di sebuah pasar sayur berdekatan sebuah hotel ternama di Cameron Highlands.
``Ayah, rasa macam kat Indonesia,’’ bisik anak Jentik melihat gelagat segelintir pekerja warga Indonesia yang berusaha menarik pelanggan di gerai tuannya.
Ketika berkunjung ke salah sebuah kedai teh di situ pula, Jentik agak terkejut kerana dilayan oleh seorang pekerja warga Bangladesh yang memberi penerangan mengenai pelbagai jenis teh yang ditawarkan di kedai tersebut.
Walaupun pekerja Bangladesh itu mampu memberi penerangan dengan baik mengenai pelbagai jenis teh yang dijual namun Jentik rasa, mereka tidak seharusnya berada di ‘barisan depan’ melayani pengunjung.
Pekerja-pekerja di kalangan warga Bangladesh itu dilihat begitu ramai di kawasan peranginan itu.
Mereka diberi bermacam tugas di pusat peranginan tersebut bermula daripada tukang kemas bilik, bekerja di ladang sehinggalah kepada juruwang di kaunter-kaunter yang menjadi tempat tumpuan pelancong.
Apa yang menghairankan Jentik ialah, mengapa bilangan warga asing mulai meningkat di kawasan peranginan tersebut?
Mana perginya warga tempatan yang lain? Sudah tiadakah mereka sehingga warga asing mulai diberi tugas ‘penting’ di situ walaupun bukan sebagai tuan?
Jentik bukan apa, cuma bimbang jika kemasukan warga asing itu terus dibiarkan berterusan, kerana identiti pusat pelancongan tersohor itu mungkin akan berubah satu hari nanti.
Jangan terkejut jika satu nanti jumlah mereka akan terus meningkat dan Cameron Highlands akan hilang identitinya kerana dipengaruhi budaya luar.
Dapatkan berita selanjutnya di Kosmo!.
Thursday, November 27, 2008
Bersabarlah dalam perjuangan ?
Adun PAS Nafi Wujud Desakan Supaya Nik Aziz Berundur............ Jika ya pun harap-harap pimpinan yang ada bersabar. Kita dalam PAS kena mahu ingat dengan ketentuan Allah dan perjuangan kita untuk merebut keredhaan Allah.
................................
Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Negeri Kelantan, Zulkifli Mamat hari ini menafikan wujudnya desakan daripada kalangan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pas supaya Menteri Besar Datuk Nik Abdul Nik Mat berundur dari jawatannya.
Malahan beliau, yang juga ADUN Pulai Chondong, berkata pihaknya mahukan Mursyidul Am Pas itu agar dipanjangkan umur supaya boleh mentadbir kerajaan negeri lebih lama.
"Sepatutnya Tok Guru (Nik Abdul Aziz) memerintah lebih lama lagi. Tiada pakatan untuk gesa tok guru berundur sama ada secara sulit atau tidak," katanya kepada pemberita selepas taklimat Homestay anjuran Majlis Tindakan Pelancongan Negeri Kelantan di sini.
Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang "tidak sabar" untuk melepaskan jawatan itu jika Anggota Dewan Undangan Negeri Kelantan daripada Pas memintanya berbuat demikian semalam.
Sebelum ini, sebuah akhbar mingguan melaporkan bahawa beberapa wakil rakyat daripada parti itu mahu beliau meletak jawatan "pada masa gemilang beliau" dan memberi laluan kepada pemimpin muda parti itu bagi menerajui kerajaan Kelantan.
Malahan, menurut laporan Mingguan Watan itu, golongan berkenaan mahu Nik Abdul Aziz yang dianggap sudah berumur dan mengalami masalah kesihatan, menyediakan pelan peralihan kuasa segera kerana kerap berlaku mesyuarat penting membabitkan keputusan segera kerajaan negeri terpaksa ditangguh kerana beliau berada di hospital.
Sementara itu, ADUN Pas Bukit Tuku, Abdul Fatah Haron meminta pihak yang membuat dakwaan itu agar tampil ke hadapan agar bersuara mengenai gesaan itu.
"Tidak ada sebab kami mahukan tok guru berhenti. Tok guru memang dikenali sebagai bapa perpaduan. Kami tidak mahu dia berhenti," katanya.
ADUN Tawang, Hassan Mohamood berkata isu gesaan itu tidak pernah dibangkitkan di kalangan ADUN Pas kerana mereka akan menyokong Nik Abdul Aziz sehingga akhir hayatnya.
"Kita sokong Tok Guru sampai mati. Semua terus sokong," katanya sambil menyifatkan gesaan itu datang daripada pihak luar dan bukan di kalangan ADUN Pas.
-- BERNAMA