Wednesday, August 17, 2022

Mat Sabu dedah 39 siasatan JKSTUPKK babitkan kerugian berbillion ringgit ketika jadi menteri pertahanan

 

Mat Sabu dedah 39 siasatan JKSTUPKK babitkan kerugian berbillion ringgit ketika jadi menteri pertahanan

Mat Sabu dedah 39 siasatan JKSTUPKK babitkan kerugian berbillion ringgit ketika jadi menteri pertahanan

Ahli Parlimen Kota Raja, Mohamad Sabu mendedahkan sebanyak 39 siasatan mengenai penyelewengan, salah guna kuasa atau pembaziran kewangan negara telah dilaporkan oleh Jawatankuasa Siasatan Tadbir Urus, Perolehan dan Kewangan Kerajaan (JKSTUPKK) ketika beliau menjawat jawatan sebagai Menteri Pertahanan.

Menurut beliau, 26 kes yang disiasat adalah melibatkan Kementerian Pertahanan serta siasatan juga turut dijalankan meliputi sembilan kementerian melibatkan bajet kerajaan sebanyak RM47 bilion.

“Menurut JKSTUPKK, antara kelemahan yang ketara adalah perancangan yang lemah, due diligence yang tidak komprehensif, kelemahan klausa kontrak, kelemahan penguatkuasaan kontrak, gagal mengikut garis panduan, pembelian prototaip, perolehan secara rundingan terus yang kurang telus, kekurangan pemantauan dan campur tangan anggota pentadbiran dalam proses perolehan.

Tuesday, August 16, 2022

UMNO-PN-PAS tengah dok sibuk atur persediaan PRU15. PH -pasal apa senyap

 UMNO-PN-PAS tengah dok sibuk atur persediaan PRU15. PH -pasal apa senyap

DSAI=KEADILAN Bangkit Dengan Lebih Meyakinkan.

 KEADILAN Bangkit Dengan Lebih Meyakinkan.

Saya memilih untuk melantik Timbalan Presiden dan Naib-Naib Presiden untuk mengetuai pasukan negeri menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15). 

Sabah dan Sarawak adalah terkecuali kerana Pengerusi Negeri dipilih majoriti Ketua Cabang.

Saya juga telah melantik Pengarah dan Pengerusi Biro terdiri dari barisan pelapis dan kalangan muda bagi menggalas tanggungjawab meneruskan agenda reformasi dan membela nasib rakyat.

Maka, dalam sidang MPP semalam saya menggesa pimpinan bergerak sederap dalam pasukan jemaah.

Tumpuan adalah ke arah kemaslahatan rakyat dan tatakelola pemerintahan. 

Elit pimpinan negara kian tertekan dengan penggeledahan dan pembongkaran isu rasuah dan penyalahgunaan kuasa.

Para pejuang perlu tingkatkan ikhtiar dan waspada terhadap segala muslihat musuh yang kelihatan gelabah dan terdesak.


ANWAR IBRAHIM

Sunday, August 14, 2022

TUMPANG IDEA :MSO

 


Saturday, August 13, 2022

Transformasi kepimpinan dalam Keadilan

SUUPAN PETANG

PELANTIKAN pengerusi-pengerusi MPN Negeri dalam Keadilan sebagai persiapan untuk menghadapi pilihan raya umum ke-15 telah pun selesai dilakukan. Pelantikan itu memperlihatkan parti itu khas presidennya Anwar Ibrahim telah melaksanakan transformasi atau peralihan kepimpinan dalam parti berusia 22 tahun itu. 

Rata-rata pengerusi MPN negeri dilantik merupakan pemimpin pelapisan dibawah usia 55 tahun. Kebetulan pula mereka dilantik itu berkedudukan dalam harakat kepimpinan utama parti tersebut. 

Rafizi Ramli yang juga timbalan presiden Keadilan yang baru dinobatkan telah diberi tanggungjawab untuk menerajui Keadilan negeri Johor. Tiga naib presiden, masing-masing Aminuddin Harun yang juga MB Negeri Sembilan diberi tugas mengendalikan Melaka disamping kekal memimpin Negeri Sembilan. 

Seorang lagi Naib Presiden Nik Nazmi Nik Ahmad diberi tanggungjawab mengemudikan dua negeri di pantai Timur, Terengganu dan Kelantan. Manakala Amiruddin Shari yang juga Menteri Besar Terengganu turut diberi tanggungjawab menguruskan Keadilan Pahang di samping Selangor. 

Ahli Parlimen Tanjung Malaim, Chang Lih Kang yang juga turut terpilih sebagai naib presiden dalam kongres nasional baru-baru ini diberi tanggungjawab mengepalai Keadilan Perak. Sementara seorang naib presiden yang dilantik, Nurul Izzah Anwar diberi tanggungjawab mengemudikan tiga negeri di utara, Pulau Pinang, Kedah dan Perlis. 

Rata-rata pengerusi MPN negeri itu berusia dibawah 55 tahun ke bawah. Takah usia pimpinan Keadilan ini menjelaskan bahawa parti itu benar-benar melukan transformasi kepimpinan yang muda, bersemangat ke dalam parti itu.

Peralihan ini satu hal menarik sekaligus menunjukkan kesedaran akar umbi parti berkenaan dan juga telah memaksa presidennya yang telah berusia 75 tahun memenuhi aspirasi akar umbi itu.

Sudah tentu pelatihan dan perubahan ini sesuatu yang menarik bakal menjadi kayu ukur kepada sejauh mana Keadilan akan mendapat manfaat daripada penstrukturan baharu itu. Pemimpin lama yang menjadi penggerak reformasi tidak lagi diberi peranan utama. 

Tindakan ini sekali lagi menunjukkan Keadilan mendahului perubahan dan memahami kesedaran semasa berbanding dengan parti lain yang terus berkeras mahu mengekalkan "ayam-ayam tua" dan "dogel" mereka sebagai pemimpin.

Kemampuan parti berlambangkan mata itu juga memberi pertunjuk bahawa parti itu kaya dengan tokoh-tokoh kepimpinan walaupu ia menghadapi perpecahan besar dua tahun lepas ekoran pengkhianatan persis hewan yang mengguting dalam lipatan dan musang berbulu ayam.  [wm.kl. 4:29 pm 13/08/2022]

Monday, May 09, 2022

WAHAI PH SEDARLAH...

PH perlu berkerja kuat. Gabungan tidak mantap. Idea khemah Besar perlu diketepi. PH kena ambik masa bina dlm dua periode' untuk kembali menawan hati rakyat Malaysia.

Janji manifesto sblm PRU dikelautkan. Orang bagi pandangan kalah pRU akan dtg MARAH. Pimpinan PH lah kena berjiwa BESAR.

Satu tekad TOLAK pengkhianat. Tak usah lah nk bergantung sangat dengan atok95

Tuesday, February 15, 2022

KAN: LAPORAN AUDIT NG JOHOR 2019

 

APA KATA LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA TENTANG PENYATA KEWANGAN JOHOR 2019?


Di dalam Ringkasan Eksekutif Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 yang diterbitkan oleh Jabatan Audit Negara Malaysia yang dibentangkan di Parlimen pada 5 November 2020 dinyatakan pada muka surat xiv dan xv seperti berikut:-

1) Rekod perakaunan kewangan Kerajaan Negeri Johor telah diselenggara dengan teratur dan kemas kini;

2) Kedudukan kewangan Kerajaan Negeri Johor adalah stabil;

3) Baki terkumpul Kumpulan Wang Disatukan pada akhir tahun 2019 adalah berjumlah RM2.653 bilion iaitu meningkat sebanyak RM189.12 juta atau 7.7% berbanding RM2.464 bilion pada akhir tahun 2018;

4) Akaun Hasil Disatukan menunjukkan lebihan semasa berjumlah RM68.23 juta;

5)Kutipan hasil meningkat sebanyak RM202.30 juta atau 13.1% menjadi RM1.745 bilion berbanding RM1.543 bilion pada tahun 2018;

6) Prestasi perbelanjaan dan pelaksanaan Projek Pembangunan Kerajaan Negeri atau Rancangan Johor 5 Tahun ( RJ5T) di bawah RMKe-11 sehingga tahun 2019 adalah baik iaitu sejumlah RM2.505 bilion atau 70.6% telah dibelanjakan berbanding RM3.550 bilion peruntukan yang diluluskan;

7) Pada tahun 2019, daripada 4,762 jumlah Projek yang dirancang, 4,446 Projek atau 93.4% telah disiapkan sepenuhnya;

8) Baki pinjaman Boleh Dituntut menurun sebanyak RM47.65 juta atau 9.4% daripada RM504.87 juta pada tahun 2018 kepada RM457.22 juta pada tahun 2019;


9) Hutang Awam menurun sebanyak RM298.55 juta atau 57.3% menjadi RM222.39 juta berbanding RM520.94 juta pada tahun 2018; Dan

10) Tunggakan bayaran balik Hutang Awam oleh Kerajaan Negeri berkurang sebanyak RM189.39 juta atau 56.6% menjadi RM145.12 juta berbanding RM334.51 juta pada tahun 2018.

Sepuluh Perkara yang disebut oleh Laporan Ketua Audit Negara seperti dinyatakan di atas adalah bukti benar dan sahih bahawa Kerajaan PH yang mentadbir Negeri Johor selama 22 bulan dari Mei 2018 sehingga Februari 2020 adalah sebuah Kerajaan yang bijak menguruskan Kewangan Negeri Johor.

Dengan yang demikian adalah satu tanggungjawab kepada seluruh Rakyat Negeri Johor untuk memilih sekali lagi PH dalam Pilihanraya Negeri Johor kali ini bagi mentadbir Negeri Johor supaya Johor akan bangkit, maju dan bermaruah.

Hassan Abdul Karim

Ahli Parlimen Pasir Gudang

15 Februari 2022.


Sunday, January 02, 2022

BANJIR: PERTOLONGAN & KEPERIHATINAN LUAR BIASA RAKYAT MSIA

Selepas 10 hari banjir melanda negeri-negeri dan kawasan yg terkesan. Hasil tinjauan rambang penulis di Temerloh. Keperihatinan rakyat Msia, pada kali ini cukup luar biasa.

Ramai orang boleh mendapat maklumat dengan pantas dan cepat. Media sosial cukup luar biasa. kekadang laporan 'wartawan' media sosial cukup mantap dan hebat.

Bantuan tenaga sukarelawan, NGO yang bernama dan tidak bernama, kerajaan dan agensi negeri-negeri, individu yg perihatin , kali ini menghulurkan tenaga wang dan sokongan moral yg cukup luar biasa.

BIARLAH NADMA tinggal dengan NAMANYA

harap kerajaan negeri2 yg terkesan segerakan usaha bantu baikpulih rumah mangsa dengan sesegera yg mungkin. Jangan banyak sangat KARENAH BIROKRASI...

Permudahkan URUSAN RAKYAT

Friday, December 31, 2021

Ops banjir: Boleh ke guna ayat ni...

Kini, rakyat khususnya negeri2 yg dsebutkan kena bersiap siaga dengan Gelombang ke 2 banjir. Negeri Kelantan, Pahang, Terengganu kena bertindak menjadi agensi sendiri yg jaga kebajikan diri sendiri.

Trend , terkini beberapa kawasan hot spot khas dinegeri2 yg disebutkan tadi kena berjaga-jaga

Cuma MEWA kata nk pasang siren banjir 2023 baru siap...

KWSP: Sembang kari kerajaan Melayu- Isle

Kerajaan meremehkan rakyat. Isu tetang pengeluran duit pencarum (rakyat) drp KWSP yg katanya berjumlah RM270 billion

Kot mana, kerajaan kata 'menjejaskan' pasaran modal negara. Kerana pengeluaran duit KWSP ini adalah semasa tua pencarum. Rata-rata pencarum dah tua, dan dok suruh simpan pulak kat anak cucu..

Dah masa muda kena tunggu sampai umur 55 thn, tu pun ada yg sempat dan yg x sempat. Nk guna masa lepas 55 tahun pun semasa hayat, pun x dapat nak keluarkan juga

Semau sembang kari, Bajet tengok tahun 2022 cecah mak oi....

Tuesday, December 28, 2021

BANJIR: Wajarkah kerajaan simpati ke syarikat insuran

Apabila, kerajaan amat perihatin terhadap syarikat insuran. Dilaporkan tuntutan oleh orang persendirian dan syarikat yg terkesan dengan banjir tahun ini dijangkakan mencecah antara RM2 billion  ke RM3 billion. 

Satu jumlah yang luarbiasa. Kesian sangat kerajaan ke syarikat2 insuran. Semua ni ada makna belaka..macam dalam filem P Ramlee ...dailongnya

Tahun ni je...tahun sejak depa buka syarikat. Untung berlipat berganda-ganda 

Yang duk dikesiankan adalah perniagaan depa. Ni rakyat total lost hasil kumpul dan buat umah 20 ke 30 tahun dalam sekelip mata...sapa nk kesian



Monday, December 27, 2021

BENCANA - FUNGSIKAN SEMULA ATM & PDRM

Bencana: Kembalikan Tugas Kepada PDRM & ATM Sebelum Terlambat – Tun Mohammed Hanif Omar

KUALA LUMPUR, 26 Disember 2021 – Keadaan kelam kabut pengurusan bencana banjir yang tidak cekap di Malaysia hari ini mendapat perhatian banyak pihak termasuk mantan Ketua Polis Negara, Tun Mohammed Hanif Omar yang turut menasihatkan semua pihak agar pulang ke pangkal jalan, sebelum terlambat.

“Nasihat saya, balik ke pangkal jalan dan serah kembali tugas kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) untuk menerajui agensi-agensi awam di bawah POMAN atau Public Order Manual yang ditandatangani oleh Inspector General of Police (IGP) dan Panglima Angkatan Tentera (PAT),” tegas Tun Mohammed Hanif Omar.

Beliau berkata, jika dahulu kita ada Pusat Kawalan Malaysia, (MCC-Malaysian Control Centre), Suruhanjaya Aduan Khas (SCC-Special Complaints Commission) dan Pusat Kawalan Daerah (DCC-District Control Center) di 3 peringkat PDRM ini dan di situlah Angkatan Tentera Malaysia (ATM) serta wakil agensi-agensi kerajaan berpusat.

“Tetapi, ada lain pihak hendakkan kuasa dan kejar kemasyhuran atau populariti agaknya dan merampas peranan dengan Agensi Pengurusan Bencana Negara NADMA (National Disaster Management Agency), malangnya mereka ini tak tahu buat kerja kerana tidak terlatih dan tak pernah berlatih.”

Ia amat berbeza dengan polis, tentera serta Palang Merah waktu dahulu yang diberi latihan secukupnya.

“Mereka dahulu menjalani latihan paper moves dan physical moves tiga atau empat bulan sekali sehingga petugas-petugas sangat terlatih, cekap dan cukup mahir untuk menghadapi sebarang kemungkinan seperti bencana banjir yang sedang berlaku di negara kita hari ini dan sebagainya,” tambah Tun Mohammed Hanif.

Menyentuh persoalan mengenai apakah banjir yang sedang melanda Malaysia sekarang ini permulaaan kepada krisis iklim, beliau berkata, perkara ini tiada permulaan yang mendadak kerana ia telah bermula lama dahulu sedikit demi sedikit.

“Kemungkinan banjir yang sedang melanda Malaysia sekarang tidaklah seteruk yang diramal akan berlaku kerana Monsun (Timur Laut) belum sampai di Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor. Jadi bersedialah menghadapi sebarang kemungkinan yang lebih besar mengenai bencana alam ini.”

Justeru, beliau menegaskan dan menasihatkan agar semua pihak menyerahkan kembali tugas menguruskan bencana kepada PDRM dan ATM.

“Sekali lagi saya nasihatkan semua pihak agar pulang ke pangkal jalan, serah kembali tugas kepada PDRM dan ATM untuk menerajui agensi-agensi awam di bawah POMAN yang ditandatangani oleh IGP dan Panglima PAT, sebelum terlambat,” kata beliau mengakhiri kenyataan.

Bencana: Kembalikan Tugas Kepada PDRM & ATM Sebelum Terlambat – Tun Mohammed Hanif Omar

Sunday, December 26, 2021

BANJIR : TUTUP TIRAI 2021

Tirai 2021 diakhir dengan BANJIR BESAR. Istimewa banjir besar fokus ke kws yg LUAR KEBIASAAN. Semua pakat marah, marah berjemaah. 

Yang loklaknya menteri seramai 70 org..Depa pakat pi cuti cuti bukan setakat Msia..tapi pi luar negara. 

Yang kita salute..rakyat bantu rakyat. Pakat2 derma bagi sekeping dua, masa tenaga duit depa pakat2 donate..pi sana sini, 

Ada yg kena sekat, nak bagi barang donate sendiri, ada yg sekat pula....alasan demi itu ini

Malaih dah nk ck banyak, tapi salute tentera yg manusia x nampak, tapi Yang Maha Kuasa nampak