Tuesday, August 16, 2022

DSAI=KEADILAN Bangkit Dengan Lebih Meyakinkan.

 KEADILAN Bangkit Dengan Lebih Meyakinkan.

Saya memilih untuk melantik Timbalan Presiden dan Naib-Naib Presiden untuk mengetuai pasukan negeri menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15). 

Sabah dan Sarawak adalah terkecuali kerana Pengerusi Negeri dipilih majoriti Ketua Cabang.

Saya juga telah melantik Pengarah dan Pengerusi Biro terdiri dari barisan pelapis dan kalangan muda bagi menggalas tanggungjawab meneruskan agenda reformasi dan membela nasib rakyat.

Maka, dalam sidang MPP semalam saya menggesa pimpinan bergerak sederap dalam pasukan jemaah.

Tumpuan adalah ke arah kemaslahatan rakyat dan tatakelola pemerintahan. 

Elit pimpinan negara kian tertekan dengan penggeledahan dan pembongkaran isu rasuah dan penyalahgunaan kuasa.

Para pejuang perlu tingkatkan ikhtiar dan waspada terhadap segala muslihat musuh yang kelihatan gelabah dan terdesak.


ANWAR IBRAHIM

No comments: