Tuesday, August 17, 2021
Sunday, August 15, 2021
KITA JUNJUNG KASIH YDPA SEBAGAI KUASA PEMUTUS
Esok, Isnin bukanlah penamat bagi PM TSMY . Nampak macam PN penamat hayatnya. Kecelaruan masih lagi . Kita harap YDPA akan menamatkan pindah kuasa, spt mana Al Sultan Perak selesaikan masalah kekuasaan bagi kerajaan Perak tempoh hari.
POLITIK LANGSUIR DAH LAH
Saturday, August 14, 2021
POLITIK NEGARA: ADA KE JALAN KELUAR NYA ?
Drama ' warna warni' politik negara lagi dan terus berlaku. Kali ini PM daripada PN TSMY menawar 'pakej' baru kepada semua politikus dan pemain-pemain. Semua dah ke laut. Rakyat yang menjadi mangsa.
Janji tinggal janji, Duit kantung negara makin 'sesak', Rakyat tertekan, makin 'sesak', kejadian pelik demi kejadian pelik sebelum ni tidak terfikir dek kita..Dah jadi dan boleh terjadi..Ekonomi dari segi 'kesihatan' nampak semakin tenat dan sakit. Nk tunggu berapa lama
Apa-apa pun kini, para pemain - pemain politik jangan meletakkan KEPERCAYAAN kepada mana-mana kumpulan dan arti. Semua boleh diragukan. jajaran baru pun tidak boleh pakai.
Kita nak YDPA perintah negara ini...Ikut depa 'beperang' sampai bila pun depa tak kan puashati
Jalan terbaik YDPA lantik caretaker goverment sehingga PRU 15 yg dikatakan paling awal Julai 2022
Friday, August 13, 2021
PM Interim : Drama apa ?
Thursday, August 12, 2021
KPM: JANGAN BUKA SEKOLAH 1 SEPT 2021
Desakan kuat minta kerajaan khasnya KPM tidak meneruskan untuk membuka sekolah menjelang 1 September 2021 ini.
Situasi ini kerana ditengah-tengah gelombang Coivd 19 sedang memuncak dengan catatan kini sahaja mencecah 20,000 kes perhari. Kemudian vaksin masih belum selesai kepada semua warga KPM khasnya guru dan kakitangan bukan akademik. Selain itu, vaksinasi kepada anak-anak sekolah bawah 18 tahun masih belum dilaksana
Wednesday, August 11, 2021
MANTAN AG : KATA PASAL KERAJAAN PN
Bottom of Form
Bekas AG:
Agong perlu tolak jika Muhyiddin minta bubar parlimen
Ketika pentas politik hangat dengan spekulasi yang mengatakan pentadbiran Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dalam keadaan genting, mantan peguam negara Tommy Thomas memberi peringatan kepada pihak yang menggesa pilihan raya.
Dalam wawancara
dengan Malaysiakini, Thomas, yang menyebut Muhyiddin sebagai
“outgoing prime minister” (perdana menteri yang bakal menamatkan perkhidmatan)
mengatakan ada kemungkinan presiden Bersatu itu menasihati Yang di-Pertuan
Agong untuk membubarkan Parlimen.
"Baginda harus
menolaknya," tambahnya.
Thomas mengatakan
bahawa adalah tidak bertanggungjawab untuk mengadakan pilihan raya di tengah
lonjakan kes Covid-19, yang telah meragut lebih dari 11,000 nyawa di Malaysia.
"Pilihan raya
di Sabah (tahun lalu) menunjukkan betapa bahayanya (mengadakan pilihan raya
ketika pandemik).
"Saya tidak
hanya bercakap tentang orang yang mengundi hari pengundian tetapi juga masa
kempen. Agar demokrasi berkembang, anda tidak boleh menghapuskan tempoh kempen
dan berkempen boleh menyebabkan lebih banyak jangkitan dan kematian.
"Jadi,
mengadakan pilihan raya pada saat ini akan menjadi bencana dan malapetaka yang
besar
"Sangat
semberono dan tidak bertanggungjawab bagi Muhyiddin untuk meminta ini (bubarkan
parlimen). Ini akan menunjukkan dia hanya peduli terhadap masa depan
peribadinya dan bukan pada rakyat,” tambahnya.
Dalam catatan yang
sama, Thomas merujuk bagaimana kabinet telah menasihati Agong untuk
mengisytiharkan darurat di Sarawak hingga 22 Februari tahun depan untuk
menangguhkan pilihan raya negeri kerana Covid-19.
"Ini adalah keputusan yang tepat. Oleh itu, bagaimana anda boleh melakukan perkara yang betul untuk Sarawak tetapi, sebaliknya, meminta pilihan raya umum?" tambahnya.
Sebelum ini,
Muhyiddin mengatakan bahawa dia sedia berdepan usul undi percaya di Dewan
Rakyat pada bulan September.
Dia juga mengatakan
bahawa Agong telah bersetuju.
Ini berikutan
dakwaan bahawa perdana menteri telah kehilangan majoriti setelah Presiden Umno
Ahmad Zahid Hamidi dan ahli parlimen parti yang bersekutu dengannya menarik
sokongan mereka terhadap Muhyiddin.
Namun, Muhyiddin
menegaskan sebaliknya, sementara pengkritiknya menuntut agar Parlimen bersidang
secepat mungkin untuk mengundi usul tersebut, dengan menyifatkan penangguhan
sehingga September akan memberikan ruang untuk menyusun pembelotan.
Sementara itu,
Thomas mengatakan bahawa dalam keadaan seperti ini, Perkara 43 (4) Perlembagaan
Persekutuan diguna pakai.
Perkara 43 (4)
menetapkan bahawa seorang perdana menteri diwajibkan untuk mengundurkan diri
jika dia tidak lagi mendapat kepercayaan majoriti ahli parlimen.
Sekiranya benar
bahawa Muhyiddin tidak lagi memiliki majoriti, Thomas menasihatkan perdana
menteri itu untuk memilih pendekatan yang bermaruah dan berundur.
“Daripada kalah
dalam undi, perdana menteri harus menjaga maruahnya. Dia harus memohon
menghadap Agong dan mengundurkan diri,” tambahnya.
Muhyiddin dilantik
sebagai perdana menteri pada 1 Mac tahun lalu, berikutan rampasan kuasa politik
yang menyebabkan kejatuhan pemerintahan Pakatan Harapan yang berusia 22 bulan.
Pentadbirannya
dikritik hebat kerana dilihat gagal menangani pandemik Covid-19, walaupun
berjaya meyakinkan Agong untuk mengisytiharkan darurat, yang juga menyebabkan
penggantungan Parlimen.
Sunday, August 08, 2021
NI ALASAN PADU MP-MP UMNO DALAM KERAJAAN PN
Tengok alasan MP-MP UMNO dalam kerajaan PN. Depa kekal kesian dekat RAKYAT ooo..
Ini angka sebenar
jumlah Ketua Bahagian Umno yang desak Zahid berundur
August 8, 2021 3:22 pm
Ini angka sebenar jumlah Ketua
Bahagian Umno yang desak Zahid berundur
Seramai 100 Ketua UMNO Bahagian (KB)
seluruh negara yang sepakat mendesak Presiden, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi
untuk berundur kini sudah mencecah 100 orang, terdapat penambahan daripada
laporan awal Agenda Daily.
Portal Sinar Harian melaporkan Ketua
UMNO Bahagian Bakri, Mohd Fuad Tukirin mendakwa gerakan untuk mendesak Zahid
berundur semakin bertambah sebagai tanda tidak bersetuju dengan keputusan Zahid
yang memutuskan semasa Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) baru-baru ini untuk
menarik sokongan terhadap kerajaan Perikatan Nasional (PN).
Menurutnya, 100 KB tersebut juga
kecewa dengan keputusan Zahid mengarahkan Ahli-ahli Parlimen UMNO menarik
sokongan terhadap kerajaan PN serta-merta, pada saat rakyat berdepan kesusahan
akibat krisis pandemik Covid-19.
“Ketua-ketua UMNO bahagian turut berpandangan
tindakan itu akan menyebabkan pemimpin UMNO dilihat tidak bertanggungjawab
terhadap rakyat pada saat kerajaan PN bertungkus-lumus mendepani krisis
Covid-19 yang semakin serius.
“Bagaimanapun, persepakatan lebih 100
ketua UMNO bahagian ini bukanlah satu gerakan untuk menjatuhkan Zahid.
“Proses ini adalah proses biasa yang
akan dilaksanakan melalui pemilihan parti yang perlu dilaksanakan Zahid secepat
mungkin. Tidak timbul isu kita mahu memburukkan sesiapa,” beliau dipetik
berkata.
Beliau turut menghargai tindakan 30
Ahli Parlimen yang kekal bersama kerajaan PN yang dilihat mendahulukan
kepentingan rakyat dan negara daripada sibuk bermain politik.
“Kami turut mengucapkan tahniah kepada
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan sekitar 30 ahli
Parlimen UMNO serta Barisan Nasional (BN) yang dilihat mendahulukan kepentingan
negara dan rakyat dengan terus kekal bersama kerajaan PN.
“Kalau ada dalam kalangan pemimpin
UMNO hendak jatuhkan kerajaan PN sangat, sepatutnya mereka kena patuh kepada
titah Yang di-Pertuan Agong yang sudah memperkenankan hasrat usul undi percaya
Perdana Menteri di Parlimen diadakan pada bulan September ini…Tunggulah sidang
Parlimen bulan hadapan,” katanya lagi.
Terdahulu, Aegnda Daily mendedahkan
pemimpin akar umbi UMNO seluruh negara kini sudah melancarkan gerakan untuk
menyingkirkan Zahid ekoran langkahnya menarik sokongan terhadap kerajaan PN.
Gerakan tersebut yang terdiri daripada
Ketua-Ketua UMNO Bahagian dan pemimpin peringkat cawangan difahamkan sudah mula
bergerak dengan menyerang Presiden kerana tindakannya yang disifatkan tidak
mementingkan masa depan parti dan lebih mementingkan kepentingan peribadi
semata-mata.
Daripada maklumat diterima Agenda
Daily, sekurang-kurangnya 50 Ketua UMNO Bahagian sudah bersedia untuk melawan
Zahid dan akan membuat aduan kepada pihak Jabatan Pendaftaran Pertubuhan
Malaysia (RoS) berhubung tindakan Zahid yang tidak mengikut peraturan parti, ia
termasuk isu berkaitan pemilihan parti.
Saturday, August 07, 2021
JUDISARI: HATI-HATI DALAM MENAFSIR DAN MEMBUAT KEPUTUSAN
Institusi Badan Kehakiman (Judisari) negara harap bebas dan tidak dipengaruhi oleh mana-mana Badan Eksekutif dan Legaslatif. Amalan yang diwarisi sepanjang 64 tahun merdeka.
Sementelahan pula masuk dalam fasa sambutan ulangtahun kemerdekaan negara kita pada bulan ini. Biar nampak macam adil . Jika pembuat dasar negara GAGAL nampak adil. Ianya bakal menjadi dampak kepada pembinaan negara bangsa. Kita bakal dimsukkan dalam negara dan bangsa yg gagal dan berprinsip.
Payah untuk diterjemahkan . menjadi legasi sejarah bag bangsa dan negara ini kepada dunia.
Mahkamah tolak saman Anwar, Hakim putuskan Agong tertakluk nasihat kabinet

Anwar menuntut pengisytiharan tersebut dengan alasan Akta MKN menjadi undang-undang berdasarkan “pindaan tidak berperlembagaan”, dan berikutan itu enakmen-enakmen di bawahnya melanggar Artikel 149 Perlembagaan serta Artikel 9 (2) mengenai kebebasan untuk bergerak.
Anwar merujuk pindaan Artikel 66 pada tahun 1994 ketika negara di bawah pentadbiran Barisan Nasional (BN) di mana beliau menjadi timbalan perdana menteri ketika itu.
Dalam penghakiman tersebut, lima hakim berkata Agong masih tertakluk kepada had-had Perlembagaan.
“Yang di-Pertuan Agong tidak diragukan merupakan Ketua Tertinggi Persekutuan berdasarkan Artikel 32 Perlembagaan Persekutuan .
“Namun, Artikel 39 dan 40 Perlembagaan menetapkan bahawa Agong akan bertindak sesuai dengan nasihat Kabinet atau menteri yang diberi kuasa oleh Kabinet melainkan dalam hal-hal di bawah budi bicara Agong sebagaimana yang termaktub dalam Klausa (2) Artikel 40 Perlembagaan Persekutuan,” kata penghakiman yang ditulis oleh Zaleha Yusof, Zabariah Mohd Yusof, Hasnah Mohammed Hashim, Mary Lim Thiam Suan dan Rhodzariah Bujang.
Mahkamah selanjutnya berkata persetujuan raja tidak pernah menjadi sebahagian daripada tindakan eksekutif Agong.
“Ini adalah langkah terakhir proses perundangan sebelum rang undang-undang menjadi undang-undang,” tambahnya. gat mengenai kuasa Agong selepas gesaan Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah pada Jun supaya sidang Parlimen diadakan secepat mungkin, selain beberapa tindakan kerajaan baru-baru ini dalam usaha membatalkan ordinan-ordinan darurat.
Ini kemudian disusuli tuduhan “derhaka” terhadap Agong oleh ahli parlimen pembangkang terhadap Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.
Akta MKN dibentangkan semasa pentadbiran Najib Razak pada tahun 2015, yang antara lain memperuntukkan penubuhan sebuah Majlis Keselamatan Negara yang dipengerusikan oleh perdana menteri.
RUU tersebut tidak mendapat persetujuan segera pihak istana, namun ia kemudian menjadi undang-undang selari dengan tempoh waktu 30 hari selepas ia diserahkan kepada Agong.
Friday, August 06, 2021
SIAPA KHIANAT, SIAPA PENGKHIANAT ?
Pengkhianat Itu Zahid, Bukan Ismail Sabri - Penganalisis
KUALA LUMPUR: Tidak wajar untuk Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mahu mengenakan tindakan ke atas Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di atas tuduhan melanggar mana-mana peraturan yang terdapat dalam UMNO.
Thursday, August 05, 2021
KEMELUT POLITIK & DRAMA POLITIK NEGARA ..SAMPAI BILA ?
Tuesday, August 03, 2021
JADI JADILAH WAHAI PARA POLITIKUS NEGARA
Monday, August 02, 2021
Politikus : Utama apa ?
Bercakap mengikut politikus dan para pemain politik negara ? Depa selalu klaim, macam ini.
Semua tindakan dan tindak tanduk depa akan ikut parti. Benarkah ? Apakah depa yang mencorak dan mwewarnakan perjalanan 'politik negara'
Dipetik dari kata-kata seorang politikus veteran Umno..dia bertindak ikut /parti atau UMNO. Ini kerana beliau minta kerusinya dalam Dewan Rakyat ,dialih ke tempat wakil rakyat Bebas.
Jadinya bila masa depa nak ikut KEHENDAK RAKYAT
