Thursday, August 12, 2021

KPM: JANGAN BUKA SEKOLAH 1 SEPT 2021

Desakan kuat minta kerajaan khasnya KPM tidak meneruskan untuk membuka sekolah menjelang 1 September 2021 ini. 

Situasi ini kerana ditengah-tengah gelombang Coivd 19 sedang memuncak dengan catatan kini sahaja mencecah 20,000 kes perhari. Kemudian vaksin masih belum selesai kepada semua warga KPM khasnya guru dan kakitangan bukan akademik. Selain itu, vaksinasi kepada anak-anak sekolah bawah 18 tahun masih belum dilaksana


Berhentilah buat keputusan ancam keselamatan guru, pelajar - Mat Hasan

Kerajaan dianggap culas dan amat tidak bertanggungjawab jika meneruskan rancangan membuka sekolah seperti yang dijadualkan sebelum ini iaitu 1 Sept.

Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan berkata belum sampai masanya untuk membuka sekolah seperti yang dirancang Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) kerana imunisasi untuk guru-guru belum menyeluruh.

Katanya kerajaan juga belum melaksanakan proses imunisasi kepada remaja berumur 12 hingga 18 tahun.

Jika keputusan KPM mahu membuka sekolah secara menyeluruh dan serentak itu dilaksanakan juga, kata Mohamad, ia secara langsung akan meletakkan sistem kesihatan negara pada tahap kelumpuhan yang serius.
"Justeru, berhentilah daripada membuat keputusan yang akhirnya mengancam kesihatan dan keselamatan pelajar, guru-guru dan keluarga serta masyarakat," katanya dalam kenyataan hari ini.

Jun lalu Menteri Pendidikan Radzi menyatakan sesi persekolahan dijangka dapat diteruskan pada awal Sept ini namun ia bergantung kepada keadaan semasa Covid-19.
Ketika tarikh itu hanya kira-kira dua minggu saja lagi sebelum tiba, banyak pihak menyatakan rasa bimbang mereka akan keputusan kerajaan kerana kes baru Covid-19 mencatatkan kira-kira 20,000 kes sehari.

KPM pula setakat ini belum mengeluarkan sebarang kenyataan sama ada meneruskan rancangan mereka membuka sekolah seperti rancangan asal atau sebaliknya.
Mohamad berkata kes baru harian di Selangor mencatatkan kadar yang amat tinggi manakala di Kedah, Pulau Pinang, Johor dan Kelantan pula menunjukkan peningkatan mendadak.

"Keputusan KPM mesti disesuaikan dengan data dan kedudukan jangkitan serta vaksinasi. Pendekatan one size fits all (satu ketetapan untuk semua)dalam keadaan yang sangat luar biasa seperti sekarang mesti dihentikan," katanya.

No comments: