Saturday, November 17, 2012

Utusan adalah memindakan penjajahan Umno zaman moden

Penulis upahan tegar Umno, marah lagi kali ini tolong promosikan kata-kata Hj Hadi terhadap parti kesayangannya.

Tulisan, penulis dibawah adalah tulisan orang yang gagal mengilmukan ilmu Islam dalam dirinya. Di samping itu beliau cuba membutakan sejarah PAS ke dalam masyarakat. Terutama jika generasi baru atau muda yang baru mengenali PAS maka akan terhasut dan digoda.

Ramai yang ingat bahawa itulah bentuk keadilan dan kebebasan dalam negara ini. Parti-parti pembangkang dinafikan hak mereka dan akses media bebas seperti 8 Tuntutan BERSIH 3.0.

Kita jadi terlalu banyak buang masa dengan permainan Umno. Namun alhamudillah  generasi muda yang terpelajar kini mulai sedar tentang hak-hak mereka. 

Mereka dikelilingi hutang seluruh permulaan hidup mereka. Bermula dari belajar, berkeluarga dan terus menerus terbelenggu dengan hutang. Terutama hutang yang awal sudah disemai iaitu Berterima kasih kepada kerajaan.

Inilah bentuk - bentuk pemikiran yang cubaa diracuni dalam pemikiran orang muda yang tidak dimerdekakan minda mereka.

Justeru, kita jangan tunggu Utusan merdeka. Oleh itu, kita kena merdekakan minda kita terlebih dahulu.


Ibarat Hadi meludah ke langit!

Presiden Pas, Abdul Hadi Awang berucap ketika merasmikan Muktamar Tahunan Dewan Muslimat Pas Pusat Kali Ke-52 di Kelantan Trade Centre (KTC), Kota Bharu, Kelantan, malam kelmarin. - BERNAMA

DAHULU, orang UMNO digelar ‘kafir’ oleh Pas. Kini, baru malam Rabu lalu di Kota Bharu, Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang melabelkan UMNO itu ‘khurafat’.

“Kita tidak boleh kawal anak-anak kita, maka jihad menjadi Fardu Ain, selamatkan orang Melayu kita yang mengaku Islam, yang tenggelam dengan khurafat UMNO seolah-olah tidak ada kerajaan lain dalam dunia," ungkap Abdul Hadi ketika merasmikan Muktamar Tahunan Dewan Muslimat Pas kali ke-52 di ibu negeri Kelantan itu.

Malah, lebih mengejutkan lagi Abdul Hadi juga dilaporkan melabel pemimpin UMNO ‘berlagak seperti Tuhan’ kerana pemimpin UMNO dikatakan tidak mengaku salah.

Semalam Presiden Pas itu menegaskan bahawa ‘parti syaitan yang dikuasai syaitan di dalamnya’ tidak mampu menegakkan kebajikan yang ‘adil terhadap semua’.

Tanpa menamakan ‘parti syaitan’ tersebut, Abdul Hadi berkata hanya kebajikan yang berkonsepkan adil untuk semua akan dapat menyatukan hati manusia majmuk dan mewujudkan perpaduan tulen.

Melontarkan tohmahan kepada orang lain tapi ibarat meludah ke langit, terkena batang hidung sendiri. Hakikatnya, Pas perlu berfikiran besar. Jangan terlalu jumud dan kecil. Janganlah gunakan diri sendiri untuk mengukur alam yang luas ini.

Rakyat dan khususnya umat Islam di Malaysia maklum Pas tidak pernah mengakui kesalahan sendiri. Paling terbaru daripada sikap membisu Pas dalam isu merungkai kenyataan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar mengenai kebebasan beragama yang langsung tidak ‘dijentik’ sekelumit pun oleh kepemimpinan Pas. Bukankah itu kesilapan, namun tidak pernah Pas akui.

Dalam Islam, kenalah beri keutamaan yang betul dalam soal agama ini. Kalau kita asyik kejar yang sunat dan yang kecil, kita akan abaikan yang besar atau yang penting.

Sekiranya berkaitan dengan orang UMNO, mereka akan ‘ditelanjang habis-habisan’ oleh Pas walaupun ia adalah fitnah. Perkara yang makruf pun mereka sanggup putar belit, contohnya memfitnah ibadat haji Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum ini.

Pas pengecut bila berdepan dengan DAP. Itu puncanya parti itu menjadi liberal. Pas sanggup korbankan orangnya sendiri demi menjaga hati DAP. Dalam isu keceluparan Nurul Izzah, Pas lebih rela berdiam diri untuk menjaga hati sekutu-sekutunya.

Pada 1969, Pas memecat Ahli Parlimennya, Hashim Gera kerana berjoget di Parlimen. Tetapi pada hari ini, apakah Pas berani mengambil tindakan yang sama jika ada ahlinya melakukan perbuatan serupa?

Ketika itu Pas amat rigid dalam soal agama. Di depan Jawatankuasa Disiplin, Hashim memberitahu ulama Pas, joget adalah tarian bersih.

“Bila dia (perempuan joget) datang, saya lari. Bila saya datang, dia (perempuan joget) itu lari. Tidak berlaku sentuhan antara perempuan dan lelaki kerana saya datang dia lari, dia datang saya lari". Pas bagaimanapun menolak penjelasan Hashim itu dan dia tetap dipecat.

Kini kefahaman pemimpin Pas terhadap makna joget sudah berubah. Kalau UMNO datang Pas lari, kalau DAP datang, Pas tidak lari.

Pas sanggup bersentuhan dan berpeluk cium dengan DAP. Sebab itu ada kebenarannya apabila Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin mendakwa, Pas tidak mungkin ganti UMNO, tetapi DAP mungkin ganti Pas.

Pas semakin liberal dalam banyak hal mengenai hukum agama. Apabila seorang pemimpin kanannya didakwa atas tuduhan berkhalwat, Pas tuduh ia konspirasi UMNO. Dalam kes video seks melibatkan seorang pemimpin pembangkang, Abdul Hadi sekadar berkata: “Besi tidak boleh jadi saksi".

Semua jawapan itu adalah jawapan nafsu akal. Sebab itu dalam kes gambar bogel melibatkan seorang anggota pakatan pembangkang di Selangor, Pas paling kuat membelanya. Hujah Pas mudah-mudah sahaja: Berdosa hukumnya apabila mengaibkan peribadi seseorang.

Datuk Dr. Hasan Ali dan bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharuddi Mat Isa ialah mangsa ‘joget’ terbaharu ini. Hasan Ali disisih kerana berbeza pandangan dalam soal rampasan arak dan isu memurtadkan orang Islam di sebuah gereja.

Dalam isu melibatkan sensitiviti umat Islam di Malaysia, Pas bacul dan mendiamkan diri. Siasat pun tidak, komen pun tidak, beri amaran lagi tidak berani. Hakikatnya, sikap Pas sudah terbalik. Pas melanggar fatwa lama Haji Hadi, ‘politik suku agama suku’, iaitu agama dan politik tidak boleh bercampur aduk.

Kenapa Pas tidak berani menyertai ‘Himpunan Sejuta Umat’ sebelum ini walaupun ia dianjurkan oleh pihak badan bukan kerajaan (NGO)? Himpunan itu bertujuan menyedarkan umat Islam tentang bahaya gejala murtad. Pas mahu menjaga hati DAP, walaupun tindak-tanduk DAP sering menyakitkan hati orang Islam.

Pokoknya, Pas tidak akan dapat menggantikan UMNO kerana Pas didokong oleh ahli dan pemimpin yang taksub pada pemimpin, bukan perjuangan. Kalau kita lawan dengan air liur dan cakap sahaja seperti mana Abdul Hadi di Kota Bharu kelmarin, sampai sekarang umat Islam dan rakyat pelbagai kaum, agama dan budaya di negara ini akan terpinggir.

Kalau Pas memerintah negara ini selepas negara kita merdeka dulu, kita tidak akan dapat melihat bakti dan jasa yang telah dicurahkan oleh tokoh-tokoh pejuang wanita kita yang sama-sama berjuang dengan golongan lelaki untuk meletakkan martabat wanita Melayu setaraf dengan lelaki dalam perjuangan menegakkan maruah bangsa.

Kini menyusul pula tentang Negara Berkebajikan Pas. Sejak bila pula negara Malaysia tidak mempraktikkan amalan kebajikan kepada rakyatnya.

Negara berkebajikanlah, Buku Jinggalah. Sesiapa pun kalau ‘membacanya’, pasti mengerti semua yang terkandung di dalam dua agenda pembangkang itu sudah pun terangkum dalam pelan pembangunan negara sejak merdeka lagi.

Berkehendakkan sekolah, klinik dan hospital, semuanya beribu-ribu terpampang di muka bumi Malaysia ini. Itu belum lagi soal yang lain-lain sehinggakan rakyat asing pun ‘tercengang-cengang’ sebaik sahaja tiba di tanah air ini termasuklah kira-kira dua juta pekerja mereka.
Tambah manis lagi apabila aspek pembangunan negara ini digarap dengan pelan transformasi yang digerakkan Najib sejak menyandang jawatan Perdana Menteri. Manfaat pelan ini mula dan semakin menebar rezekinya dalam kalangan rakyat.

Hakikatnya undi orang Melayu tidaklah banyak - sekitar 6.3 juta manakala bukan Melayu lebih 4 juta. Namun jika diambil perhatian, pengundi Melayu memang tersangatlah liat untuk keluar mengundi lebih-lebih lagi jika hujan lebat di sebelah pagi hari pengundian.

Tambah pula lagi sikap kurang kesedaran peri pentingnya mengundi masih tebal, justeru umat Melayu jangan mimpilah untuk terus memegang tampuk kuasa memerintah negara ini.

Dan dengan kepimpinan Pas, DAP dan PKR masih terus bermain teka-teki untuk membentuk gabungan yang mantap seperti Barisan Nasional (BN), maka sebab itulah kita ternampak bermacam-macam ‘manifesto pilihan raya’ dikeluarkan.

Sekejap oleh Pas, sekejap lagi oleh PKR dan tidak lama lagi oleh DAP. Sehingga hari ini tidak ada pula bayang atau kelibat orang Pas, DAP mahupun PKR tiba di muka pintu pejabat Pendaftar Pertubuhan (ROS) di Presint Diplomatik, Putrajaya untuk mengusul mahupun menyerahkan borang pendaftaran gabungan parti-parti sekutu itu.

Kepada Abdul Hadi, jangan bercakap dengan air liur sahaja. Carilah bukti-bukti dan faktanya.



Renungan Ke Sisi Dalam PAS

Biasanya jika kita mahu melihat, orang yang sayang kepada kita adalah 'musush' kita sendiri. lazimnya musuh akan menegur apa sahaja tentang kita. Dan kita semua selalu kata itulah sebaik-baik orang.

Bagi PAS musuh utamanya adalah Umno. Begitulah sebaliknya, itulah yang penulis faham daripada tarbiyyah kita. Tapi bagaimana jika yang menegur kita itu adalah Umno. 

Dibawah ini dikutip tulisan zulBakar. Kalau sekali faham namanya dah zulbakar, tulisannya terhadap PAS macam membakar sahaja.

Penulis tidak lah nak setuju semua., dan tidaklah pula nak menafikan semuanya. Terkadang apa yang beliau 'tulis' itu terkena juga kepada 'kita'. 

Renungi dan hayati pemerhatian 'musuh' terhadap kita. justeru, semua yang ada amanah hendaklah muhasabah diri. Walaupun hujah-hujah beliau boleh dibalas balik dan dinafikan

Begitulah juga dengan kehendak DPP Pusat yang mengusulkan 'Harakah' dapat memenuhi dan menyaingi citarasa media alternatif yang kompenten dan penuhi citarasa media baru yang relevan. Cuma 'persembahannya sahaja perlu diberikan nafas baru, dengan membawa kepimpinan  baru yang dinamik


Muktamar Pas perkukuhkan DAP, PKR?


Sebahagian daripada perwakilan yang hadir pada Muktamar Tahunan Dewan Pemuda Pas di Kota Bharu, Kelantan, semalam.


MUKTAMAR Tahunan Pas Kali Ke-58 akan bermula hari ini di Kota Bharu, Kelantan. Bagaimanapun tiada apa-apa kejutan yang diharapkan akan berlaku dalam muktamar tersebut.

Walaupun ramai yang ternanti-nanti apakah pendirian Pas dalam pelbagai isu berkaitan dengan Islam termasuk terbaru melibatkan kenyataan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Nurul Izzah Anwar, namun sudah jelas Pas tidak akan melakukan apa-apa dalam soal itu.

Jika apa yang berlaku dalam muktamar Dewan Ulama, Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat diambil kira adalah jelas Pas sudah menanam tekad bahawa sepanjang muktamar ini isu-isu yang boleh menjejaskan hubungan parti itu dengan PKR dan DAP dalam pakatan pembangkang tidak akan ditimbulkan.

Malahan Dewan Ulama sendiri sudah membuat pendirian bahawa mereka tidak menganggap isu Nurul Izzah sesuatu yang besar sebaliknya tumpuan adalah menumbangkan Barisan Nasional (BN) dan UMNO dalam pilihan raya umum.

Selain itu, Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib dalam ucapan perasmian di muktamar dewan itu meminta para ulama di dalam Pas agar mempertahankan ijtihad Tahaaluf Siyasi (persefahaman politik) termasuk mengarahkan semua ahlinya mengundi calon-calon bukan Islam di kalangan pakatan pembangkang.

Kalau Dewan Ulama sudah berpendirian demikian, sudah pasti Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat tidak akan melepasi apa yang diputuskan.

Tida kisahlah sama ada pemimpin-pemimpin PKR akan mengeluarkan kenyataan kontroversi berkaitan Islam atau DAP akan terus menentang hukum hudud, yang pasti Pas tidak akan berkata apa-apa dalam muktamar kali ini.

Ucapan dasar Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang juga dijangka selari dengan keghairahan Pas untuk memburu kuasa bersama-sama kedua-dua parti berkenaan.

Dalam masa yang sama 'serangan' beliau ke atas UMNO dan BN tidak akan berakhir ketika merasmikan Dewan Muslimat sahaja. Abdul Hadi akan terus menyerang parti pemerintah itu dengan pelbagai hujah bagi menunjukkan kononnya Pas lebih baik daripada UMNO dan pakatan pembangkang 'lebih mulia' daripada BN.

Sememangnya dalam berhadapan dengan pilihan raya, Pas tidak akan mempunyai apa-apa keberanian untuk menegur kepincangan dalam pakatan pembangkang. Pas tidak mahu sebarang teguran akan dilihat memberi peluru kepada musuh politik mereka, biar pun hakikatnya sebagai sebuah parti yang kononnya memperjuangkan Islam, mereka harus bercakap atas dasar kebenaran.

Tetapi kita harus ingat, ahli-ahli Pas termasuklah para ulama mereka bukanlah individu bebas apatah lagi pertubuhan bebas yang tiada mempunyai apa-apa kepentingan dalam memburu kuasa politik.

Perjuangan Islam hanyalah platform untuk mereka meraih kuasa politik justeru sudah pastilah apa juga tindakan yang bakal mereka lakukan ia berlandaskan kepada perhitungan sama ada boleh mendatangkan keuntungan politik kepada Pas atau tidak.

Oleh itu, mana-mana pihak khususnya orang Melayu hanya akan bermimpi di siang hari jika kita mengharapkan dalam muktamar kali ini, Pas akan bersuara tegas sebagai sebuah organisasi yang memperjuangkan Islam.

Tumpuan Pas ialah memenangi pilihan raya, matlamat Pas adalah merebut kerusi dan sasaran Pas adalah untuk menawan Putrajaya bersama-sama PKR dan DAP.

Pas semakin lemah untuk bergerak sendirian sebagai sebuah parti politik, sebab itulah kita akan saksikan dalam muktamar kali ini, Pas akan terus berusaha menjaga hati sekutunya termasuk akan menunjukkan kepada mereka bahawa Pas adalah kawan yang paling setia.

Pemimpin-pemimpin Pas tidak akan berani menyinggung perasaan Datuk Seri Anwar Ibrahim kalau mereka bercakap soal Nurul Izzah, pemimpin Pas tidak akan berani menegur pemimpin-pemimpin DAP yang menentang hukum hudud kerana kalau kedua-dua tindakan itu dilakukan 'alamatnya' terlepaslah peluang Pas untuk berada sekapal dengan kedua-dua parti itu menuju ke Putrajaya.

Sebab itulah, ramai yang meramalkan bahawa muktamar kali ini dianggap paling hambar dan tidak akan membawa sebarang erti dalam menonjolkan Pas sebagai parti yang memperjuangkan Islam.

Sebaliknya apa yang bakal disaksikan ialah kesetiaan Pas untuk terus menjadi 'pak turut' dalam pakatan pembangkang dan seterusnya menjadi alat terbaik bagi PKR dan DAP untuk meraih kejayaan cemerlang dalam pilihan raya umum nanti.

Sudah pasti sikap Pas dalam muktamar nanti akan menggembirakan PKR dan DAP kerana mereka bangga apabila sebuah parti yang sebahagian dianggotai oleh ulama akan menurut sahaja apa yang bakal mereka lakukan.

Harapan orang Melayu untuk melihat ketegasan Pas dalam mempertahankan soal-soal berkaitan orang Melayu dan umat Islam hanya tinggal harapan.

Pas tidak akan mempedulikan semua itu kerana apa yang penting ialah menjaga 'tahaluf siyasi' bersama PKR dan DAP bagaikan menatang minyak yang penuh.

Tentulah tidak akan ada mana-mana perwakilan yang berbahas berani membangkitkan apatah lagi mempertikaikan hubungan ini kerana nanti mereka akan dituduh membawa suara UMNO dalam muktamar Pas.

Oleh itu apa yang bakal kita saksikan ialah sekelompok ahli politik yang kononnya menguar-uarkan mereka pejuang Islam akan berhujah mempertahankan kerjasama tersebut.

Apa pun mereka perlu faham, orang Melayu dan umat Islam tidak kisah jika Pas beranggapan bahawa menjalin kerjasama dengan PKR dan DAP akan mampu memenuhi impian mereka untuk memperolehi kuasa politik.

Tetapi apa yang orang Melayu tidak mahu lihat ialah bagaimana Pas terlalu taksub dengan kerjasama tersebut sehingga soal-soal berkaitan dengan orang Melayu dan Islam sanggup diketepikan atau bertolak ansur.

Mungkin Pas tidak akan mempedulikan fakta ini kerana mereka mahu menjaga hati PKR dan DAP. Pas hanya berani menyerang pemimpin-pemimpin UMNO dan BN tetapi akan kecut perut apabila berhadapan dengan pemimpin PKR dan DAP.

Begitulah nasib Pas kini yang ditubuhkan oleh sekumpulan ulama dengan matlamat untuk menegakkan syariat Allah di bumi bernama Malaysia ini.

Sikap kemaruk untuk berkuasa dan terlalu teruja untuk menggantikan UMNO telah menyebabkan Pas sanggup mengorbankan segala-galanya hatta prinsip perjuangan sendiri.
Kepada ahli-ahli dan penyokong Pas yang hadir ke muktamar berkenaan teruskanlah usaha untuk memperkukuhkan hubungan dengan PKR dan DAP tetapi percayalah jika Pas tidak berhati-hati mereka hanya menjadi alat kepada kedua-dua parti untuk meraih kuasa.

Ahli dan penyokong Pas perlu faham bahawa tidak salahnya untuk parti itu bekerjasama dengan mana-mana pihak bagi mencapai kejayaan dalam pilihan raya tetapi biarlah ia dalam situsi 'menang-menang'.

Tetapi apa yang kita sedangkan saksikan sekarang ialah Pas sebuah parti yang dilihat jauh lebih berwibawa daripada PKR dan DAP bagaikan melukut di tepi gantang. Kalau pemimpin Pas menafikan fakta ini, zahirkan resolusi dalam muktamar kali ini meminta supaya Pas diberi peluang untuk menjadi parti paling dominan dalam pakatan pembangkang bukan sekadar pak turut. Soalnya beranikah pemimpin Pas berbuat demikian?

PM Jepun berani bubar Parlimen, PM Malaysia bagaimana ?

PM Jepun adalah paling berani, politik Jepun adalah politik rakyat, politik yang matang dan menghormati mandat rakyat. Negara kita terlalu banyak slogan, rakyat dibuai dengan pelbagai slogan. Momokan slogan itu menjadikan rakyat kita semakin lemah.

Sebenarnya, negara menjadi kuat dan rakyat sekaligus kuat kerana pemimpin dan kemahuan kepimpinan politik negaranya. usah bercakap soal kemajuan mengapai langit jika dalam masa yang sama pemimpin kerajaan ada niat-niat yang lain.

Tambahan pula, pemimpin negara adalah rata-rata beragama islam. Carilah kebaikan dan kumpul lah sama pahala kebaikan bagi diri dan negara. Semoga kehidupan kita dirahmati dan diberkati Allah.


Perdana Menteri Jepun bubar Parlimen

Perdana Menteri Jepun, Yoshihiko Noda (tengah) bersama penggubal undang-undang partinya, mengangkat tangan sambil berikrar untuk memenangi pilihan raya umum negara bulan depan selepas Dewan Rendah dibubarkan di Tokyo, semalam. - Reuters


TOKYO 16 Nov. - Perdana Menteri Jepun, Yoshihiko Noda, hari ini membubarkan Dewan Rendah Parlimen bagi memberi laluan kepada pilihan raya umum pada bulan depan, yang dilihat bakal menamatkan kuasa parti berhaluan kiri, Parti Demokratik Jepun (DPJ) pimpinannya.

"Saya memohon mandat daripada semua (anggota Parlimen)," kata Noda kepada pemberita ketika tiba di pejabatnya bagi mempengerusikan mesyuarat Kabinet, pagi ini.

Pembubaran Dewan tersebut berjalan ringkas, dengan Speaker Dewan Rendah membacakan pengisytiharan yang disediakan oleh Noda dan disahkan oleh Ketua Perlembagaan Negara, Maharaja Akihito.

Mesyuarat luar biasa Kabinet turut diadakan hari ini, dan pilihan raya dijangka diadakan pada 16 Disember ini.
Noda didesak mengadakan pilihan raya sejak beberapa bulan lalu, dan beliau turut menyatakan hasratnya untuk membubarkan Dewan Rendah semasa satu sesi perbahasan di Parlimen, awal minggu ini.

Beliau berjaya menyelamatkan beberapa konsesi daripada lawannya, antara yang utama satu perjanjian bil pembiayaan defisit yang membolehkan kerajaan menerbitkan bon untuk menampung hutang bagi tahun kewangan ini, tanpa menyebabkan Jepun mengalami kesan kehabisan dana pada akhir bulan ini.
Undang-undang tersebut diluluskan di Dewan Tinggi yang dikawal pembangkang, pagi ini.
DPJ pimpinan Noda tidak mempunyai pilihan melainkan bersatu bagi menghadapi pilihan raya pada bulan depan. - AFP

Sunday, November 11, 2012

Kerjasama Politik: Strategi Umno Bn melemahkan PAS semula

Selepas sekian lama sektor kerjasama parti politik Umno PAS isu di senyap. Kini dibangkitkan atau digemakan semula. Suara itu didatangi pula oleh para ahli akademik Melayu yang 'terpilih'. Atas apa niat tidaklah ingin kita ketahui atau maklumi. Semuanya bagi menampakkan bahawa isu kerjasama ini macam penting sangat.

Tiada kerjasama macam berlaku kegawatan perpaduan sahaja. Tapi sebelum ini Umno Bn boleh pula hidup, sampai 56 tahun memacu kemajuan negara, mampu bertahan sejauh itu, tetapi kali ini macam 'lemah dan tidak berdaya sangat'. 

Namun, bagi para pemimpin Umno langsung tidak menampakkan penting sangat bahawa 'betapa mustahak atau penting'nya mereka untuk bekerjasama dengan PAS. Walaupun dulu zikir meraka adalah satu-satu ketika kaedah bagi tujuan kebaikan bersama untuk atau demi agama , bangsa dan negara kononnya.

Dalam meraikan pandangan seumpama ini, kita wajar mendengar dan menerimanya dengan seadanya kerana yang diutarakan itu adalah 'bertujuan' baik belaka. 

Namun persoalannya, adalah lebih baik bekerja dengan musuh kafir yang jelas daripada bekerjasama dengan Islam yang munafik.

Antara kafir yang jelas harbi atau zimmi adalah baik berbanding dengan munafik yang berpura-pura.

Keperitan kita membaca sejarah, puak assobiyah kebangsaan sering menjadikan 'golongan' pemangsa sebagai mangsa terutama dalam mangsa politik. Justeru, benarlah sangat pendirian Tuan Guru Nik Aziz menolak terus kerjasama seumpama ini, berdasarkan alasan dan syarat-syarat yang beliau pernah lalui atas pengalamannya.



Ahli akademik: Pas, Umno wajar kerjasama
RUZY ADILA IDRIS
10 November 2012
KUALA LUMPUR – Usaha untuk mengwujudkan ruang kerjasama di antara Pas dan Umno yang terhalang sebelum ini dilihat wajar diteruskan demi kepentingan agama Islam dan orang Melayu di negara ini.


Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa, Prof Madya Dr Yusof Muhammad berkata, kerjasama ini penting untuk ke hadapan.



"Suka atau tidak suka perlu bekerjasama dengan Umno sebagai alternatif pertama.



"Masalah orang Pas sekarang ialah mereka melihat orang Umno seperti orang kafir," katanya pada Wacana Mengembalikan Pas ke Landasan Asal di sini, hari ini.
Bulan lalu, Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar Pas menegaskan pemimpin Umno dan bekas Timbalan Presiden parti itu, Nasharudin Mat Isa boleh meneruskan kerjasama politik, jika itu yang diinginkan, tetapi tanpa kehadiran Pas.



Mahfuz berkata, Pas juga tidak mempunyai masalah sekiranya Umno mahu meneruskan perbincangan dengan Nasharudin, yang dilihat lebih dekat dengan parti teras Barisan Nasional (BN).
 
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas beberapa kenyataan pemimpin Umno yang menyambut baik dan menerima secara positif saranan Nasharudin yang mahu merencanakan semula perpaduan umat Islam terutamanya melibatkan Umno dan Pas.

Sementara itu, ketika mengulas mengenai kerjasama politik dengan parti yang bukan Islam, Yusof juga berkata, realiti politik seperti ini tidak dapat ditolak untuk memperluaskan kuasa.

Bagaimanapun katanya, orang Islam perlu dominan dalam menguasai dasar.

"Orang Islamlah yang wajar mengawal bukannya diberi hak untuk mengawal kepada orang bukan Islam, manakala dengan sesama Islam kita perlu menyatakan pendirian tegas kita.

“Kita tidak boleh bercakap tentang revolusi tetapi kena berbicara mengenai demokrasi. Suka atau tidak suka, inilah sistem yang ada di Malaysia. Penyertaan dalam pilihanraya adalah satu kewajipan," katanya lagi.

Saturday, November 10, 2012

UBN: PM dan kabinet tong **** malulah sikit ?

Cermin diri dan patutkah PM rasa malu. Sanggupkah rakyat atau sudikah lagi rakyat selepas 'melihat', 'mengetahui' kisah-kisah ketirisan , kebobrokan yang 'kerajaan' dipimpinnya. Beliau masih lagi merayu kepada rakyat untuk kekal kumpulan mereka yang sudah busuk dikepala seumpama perumpama Cina, 'seekor ikan yang mulai membusuk disebelah kepalanya' dahulu.

Cukup memalukan dengan menyamakan pemerintahan dan kemenangan Obama sebagai indikator bagi beliau meneruskan pemerintah di negara ini.

Adakah cukup dengan 'slogan tranformasi' sama dengan Obama guna, maka rakyat dikelabui mata bagi mahu meneruskan pemerintah kerajaan nya.

Rakyat sendiri juga kena bertanya kepada diri mereka, patutkah pemerintah yang menjalankan pemerintahan ini disambung lagi bagi penggal ke 13. Setelah mereka sendiri menyaksikan 12 penggal hasil pemerintahan kumpulan pemerintah jenis ini. 

Jika jawapannya Ya , apakah alasan dan sebab. Adakah kerana mahu berterima kasih kerana negara ini kekal aman dan negara makmur. Jika tidak apakah kerana terlalu banyak sangat contoh kepunahan, kerosakkan ekonomi, politik dan sosial yang gagal ditangani pemerintah nya.




Rakyat Perlu Kekal Kesinambungan Pemerintahan - Najib
ALOR GAJAH: Datuk Seri Najib Tun Razak berkata rakyat perlu memilih mengekalkan kesinambungan pemerintahan negara bagi meneruskan agenda transformasi yang telah dirancang oleh kerajaan.
Perdana Menteri berkata sebagai contoh, rakyat boleh menilai corak pengundian rakyat Amerika Syarikat yang memilih Barrack Obama sebagai presiden negara itu bagi tempoh empat tahun lagi kerana ingin melihat kesinambungan transformasi yang dibawa oleh beliau.
"Rakyat Amerika Syarikat mempunyai dua pilihan sama ada nak merubah ataumengekalkan kesinambungan.
"Apabila mereka tidak yakin dengan agenda calon parti Republikan Mitt Romney, jadi mereka fikir lebih baik pilih kerajaan sama kerana ingin mengekalkan kesinambungan dan saya percaya itu keputusan yang amat tepat dan bijak," katanya ketika berucap merasmikan Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Melaka di Kuala Linggi di sini, Sabtu.
Beliau berkata rakyat Malaysia patut mengikut apa yang dilakukan rakyatAmerika dalam menjamin masa depan negara mereka.
"Ada hal tertentu yang kita boleh ikut (rakyat Amerika) seperti soal kesinambungan daripada menyokong sesuatu yang kabur, tetapi soal seperti LGBT(gejala lesbian, gay, biseksual dan transgender) dan lain-lain itu tak perlulahkita ikut," katanya.
Justeru, Najib berkata kerajaan Barisan Nasional (BN) berjanji bukan hanya untuk mengekalkan kesinambungan pembangunan malah melaksanakan transformasi besar untuk negara jika terus diberikan mandat oleh rakyat.
Beliau berkata perubahan tidak boleh dilakukan dalam sekelip mata seperti yang dilaung-laungkan oleh pembangkang.
"Jangan termakan dengan janji-janji manis pembangkang kerana ini semua janji-janji kosong yang tidak mungkin dapat ditunaikan," katanya.
Katanya menjadi tanggungjawab rakyat untuk memilih kerajaan yang mampu menjamin masa depan mereka serta negara dan bukannya mengharap janji yang tidak jelas.BERNAMA

SU Umno letaka jawatan: Ada aku kisah ?

Nampak kesian sangat kita dekat Ku Nan. Beliau sahaja agaknya teramat sayang sangat dengan Umno. Ataupun seorang pekerja yang bercakap sekadar dilidahnya sahaja, bagi lepaskan tanggungjawabnya sebagai SUA Umno.

Kini, mana ada orang yang boleh tahan dan bertahan dengan Umno. Cuma mereka yang dapat manfaat yang dikaut, dikukut hasil berada dalam Umno sahaja akan berterima kasih dengan Umno. Mereka yang ditindas dan dinafikan hak anggap Umno adalah petualang dan jembalang kepada kehancuran negara ini. Dalam semua segi bermula daripada kaut harta.

Dalam Islam, rata-rata gabnor Islam adalah miskin dan tidak ada yang 'mewah' lebih-lebih lagi kaya raya.

Kesian, tiba-tiba kita dengar Su Umno nak letak jawatan. Kita tak usah terkejut dan pelik dengan apa yang berlaku dalam Umno. 

Janganlah kisah sangat, rakyat teramai lagi yang perlu kita kesahkan atau ambil peduli atau cakna.



SU Agung: ' Ahli Umno perlu dahulukan kepentingan parti'

9 November 2012
Tengku Adnan Tengku Mansor

Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor - Foto Bernama
KUALA LUMPUR - Bahang pilihan raya umum ke-13 dijangka menyelubungi suasana Perhimpunan Agung Umno hujung bulan ini. Perhimpunan parti Melayu terbesar itu tentunya menarik perhatian luar biasa, bukan sahaja oleh anggota parti malah merangsang pemerhati politik tempatan dan antarabangsa.
Bagi Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, 2,674 anggota perwakilan yang akan berkampung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) mulai 26 Nov hingga 1 Dis ini akan diarah tumpuan kepada agenda kesiapsiagaan parti menanti paluan gendang pilihan raya.
Di sebalik keghairahan berhimpun dan berbahas, perwakilan diingatkan tidak menjadikan perhimpunan itu platform menonjolkan diri sebagai calon pilihan raya.
Berikut antara intipati temubual beliau bersama wartawan Bernama Sharifah Nur Shahrizad Syed Mohamed Sharer, Mohd Yusof Saari dan Noor Farhana Ahmad Norain di ibu pejabat Umno di sini.  
BERNAMA: Setakat ini bagaimana persiapan Umno untuk menjayakan Perhimpunan Agung Umno 2012?
   
TENGKU ADNAN: Persiapan untuk perhimpunan kini memasuki fasa terakhir terutama dari aspek keselamatan, kita tingkatkan bagi mengelak perkara-perkara yang tidak disenangi daripada berlaku. Apabila melibatkan jumlah kehadiran yang ramai macam-macam boleh berlaku.

Perhimpunan akan bermula dengan Seminar Penerangan Perdana pada 24 Nov diikuti dengan Forum Antarabangsa bertajuk 'The Conflict and Concilation in the People's Politics: Looking Back or Looking Forward' pada 26 dan 27 Nov.
Kita menjemput banyak parti dari luar negara...selain mengambil peluang hadir pada perasmian perhimpunan agung, mereka juga boleh duduk bersama dalam
forum, berkongsi cerita keadaan politik negara masing-masing dan bertukar pandangan atau fikiran bagaimana dapat menyelesaikan isu-isu politik semasa.

Majlis taklimat Presiden akan diadakan secara tertutup pada 27 Nov, pukul 3 petang. Kita arahkan semua yang hadir memakai baju ulang tahun Umno ke-66.
Walaupun perhimpunan kali ini tidak mempunyai tema, kita akan terapkan mood pilihan raya seperti mana yang dilakukan pada perhimpunan tahunan parti Gerakan dan MCA baru-baru ini.
Pada sebelah malam akan diadakan perasmian serentak mesyuarat tiga sayap Umno iaitu Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri Umno oleh Timbalan Presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin di Dewan Merdeka.
Kita akan hantar tiga orang anggota Majlis Tertinggi di dalam setiap mesyuarat sayap dan mereka akan membuat laporan kepada pucuk pimpinan pada mesyuarat Majlis Tertinggi Khas pada pukul 8 malam, 28 Nov.
Perhimpunan sebenar akan bermula pada 29 Nov hingga 1 Dis.        
BERNAMA: Apakah agenda utama perhimpunan agung kali ini?
   
TENGKU ADNAN: Kita akan tekankan supaya perhimpunan agung ini tertumpu kepada kesiapsiagaan parti untuk menghadapi pilihan raya.

Kita percaya ucapan dasar Presiden juga akan berkisar kepada itu. Saya yakin beliau juga akan menyentuh mengenai kepentingan untuk mendahulukan parti daripada kepentingan individu.
Selain itu kita mesti bersatu untuk mencapai kejayaan. Kita percaya kalau tidak ada masalah dalaman, sudah pasti pihak lawan tidak akan dapat menembusi batas atau kawasan-kawasan kita sebab kita mempunyai organisasi dengan struktur kuat.
BERNAMA: Mengambil contoh Perhimpunan Agung MCA baru-baru ini yang tertumpu kepada isu Hudud ala PAS, adakah perwakilan Umno diberi kebebasan untuk menyentuh sebarang isu ketika berbahas?
TENGKU ADNAN: Pembahas boleh sentuh apa saja isu di bawah topik ucapan dasar presiden, ekonomi, politik, agama dan pendidikan. Kita ingatkan mereka berbahas dengan fakta dan tidak menyentuh perkara yang boleh menyinggung perasaan mana-mana pihak. Kalau hendak buat sebarang teguran, biarlah secara berhemah.
Kita mempunyai Jawatankuasa Usul yang dipengerusikan Naib Presiden Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang akan memberi panduan mengenai apa yang boleh dibahaskan kerana kita sedar ada orang yang akan jadi ghairah bila dapat mikrofon.
Kita juga minta perwakilan jangan terlalu hendak menonjolkan diri memandangkan pilihan raya yang semakin hampir. Ini mungkin akan jadi masalah tapi kita akan cuba bendung.
BERNAMA: Tahun lepas, anggota Umno diminta berbai'ah supaya tidak mengkhianati parti dan menerima calon pilihan pucuk pimpinan untuk pilihan raya. Memandangkan ini perhimpunan terakhir sebelum PRU-13, adakah anggota akan diminta untuk berbai'ah sekali lagi?
   
TENGKU ADNAN: Bai'ah atau tidak yang penting rambut sama hitam, hati lain-lain...kalau niat kita untuk kebaikan, kalau kita tahu perjuangan parti dan BN parti berbilang kaum, bangsa dan agama, kita tidak akan mengkhianati parti. Pokoknya kita sendiri sebagai ahli mesti tahu perjuangan parti.

Kejayaan yang kita capai hari ini adalah kerana kita bersatu dalam kepelbagaian. Kalau tak bersatu kita akan hadapi masalah. Kerana kesatuan itulah Malaysia telah mencapai kejayaan seperti yang ada hari ini.
BERNAMA: Datuk Seri ada menyentuh tentang kekukuhan struktur parti. Adakah Datuk Seri yakin struktur Umno yang ada hari ini cukup solid untuk mendepani cabaran politik yang semakin kritikal?
   
TENGKU ADNAN: Kita sedang buat pelbagai perubahan yang dicernakan presiden parti. Dari segi pemilihan, kita ubah, transformasi politik pun kita dah buat. Masalah yang sedang dihadapi adalah masalah persepsi. Lepas kita menang pilihan raya 2004, barangkali kita alpa sehingga pembangkang berjaya melabelkan parti Umno sebagai parti kronisme, elitis, korup dan bermacam lagi.

Ini perkara yang saya selaku Setiausaha Agung dan Presiden Umno sedang cuba untuk perbaiki dan perbetulkan persepsi-persepsi yang disebut oleh pihak lawan.
Masalahnya, lawan kita adalah orang kita dahulu. Jadi mereka adalah orang yang kecewa, angkuh hati. PAS, Parti Keadilan Rakyat (PKR) adalah serpihan Umno.
Susah kita nak perbaiki kalau dia masih sakit hati, dengki. Ini yang paling susah. Kita masih lagi dalam tahap pemulihan untuk betulkan keadaan.
Kita jangan lupa Umno ini payung bukan saja kepada orang Melayu tapi untuk seluruh masyarakat Malaysia. Umno ini parti siasah, we never promise richness.
Ini kita kena tekankan. Kita bukan menjanjikan untuk individu tapi untuk kepentingan rakyat. Barangkali pembawakan orang Umno itu sendiri salah. Sebab itu kita minta buat beberapa perubahan...ini masalah dan kekangan yang kita ada. Bukan mudah, sebab kita berdepan dengan manusia yang mempunyai nafsu, yang ada ego.
BERNAMA: Sejauh mana peranan 'cybertroopers' memberi kesan kepada parti-parti politik?
TENGKU ADNAN: Kita boleh nampak orang dah mula bosan dengan Internet, dah balik kepada media cetak, tv, radio. Orang dah mula nilai. Ada banyak benda tak betul dan direka-reka. Ini telah menghakis kepercayaan masyarakat kepada media eletronik terutama Internet dan media sosial.
Umno memang ada team cybertroopers sendiri tapi kita minta mereka cerita yang sebenar, jangan sesekali bawa fitnah.
BERNAMA: Kebelakangan ini banyak perdebatan pro dan kontra berhubung cadangan mengumumkan calon pilihan raya lebih awal berbanding sebelum ini. Bagaimana Umno melihat rasional perkara ini?       
TENGKU ADNAN: Kita dah minta umum awal supaya tak ada masalah nanti. Dengan itu, calon boleh lebih bersedia. Kalau dah dekat hendak bertanding baru umum, nanti kelam-kabut. Kita tak mahu ia berlaku. Kita tahu ada baik dan buruknya tapi bagi saya lebih baik kita dapat beri nama calon lebih awal. Tapi terpulanglah kepada presiden parti.- Bernama

Thursday, November 08, 2012

Pekan Panas Bakal Digegarkan PRU13 nanti ?

1 Malaysia dan tahu. Umno terkedu dan terkejut dengan pengumuman Tuan Guru Presiden PAS bahawa beliau sudah siap sedia mencabar Najib di parlimen Pekan dalam PRU13 akan datang jika parti arahkan untuk beliau berbuat demikian. Keputusan itu memberi impak dan gegaran besar dalam citrawarna  landskap politik negara. TPM tentulah tersenyum sempoi dalam hal ini.

Medium Umno yang ampuh, Utusan hari ini cuba memperlekehkan 'cabaran' Tuan Guru itu, dengan memberi pelbagai dimensi ulasan. Walaupun hati kecil mereka cuak. Namun hakikatnya, keputusan itu ditunggu dengan penuh debaran, jentera kerajaan dan Umno pasti kelam kabut dan bertungkuslumus bagi menyiapkan strategi menanti cabaran pihak PM di Pekan. Kubu Umno dan kampung halaman PM sendiri.

Hero Umno yang bangun bela beliau adalah seorang MP Bn yang junior daripada Sabah. Minta Tuan Guru jangan 'tamatkan' karier politik cara terhormat macam tu. Tambah beliau tak manis bertanding kawasan lain, kerana Tuan Guru dia akan kalah di Marang.

Bagi pengundi Pekan dan SPR sendiri mereka dan kita ada sejarahnya. Dan sejarah itu semua orang sudah maklum.  PM pernah kecundang dalam pilihanraya 1999 yang lalu. Al fadil Ust Ramli Mohammad mewakili PAS waktu itu sudah mendebik PM pada kerusi Pekan.

Selepas lemas dengan kejadian itulah barulah persempadan luar biasa parlimen Pekan di struktur  semula sampai merampas kawasan Kuantan. Hal ini SPR sedia maklum dan semua orang peka politik pun tahu. Cuma rakyat teramai sahaja yang disorok maklumat sahaja yang 'yakin' Umno Bn masih kuat dan disokongi rakyat lagi khasnya di Pekan.

Kini maklumat terbaru pengundi Pekan berjumlah 79,000 dengan undi Pos sahaja 7130 undi. Pengundi Melayu tegar 72,873 lebih Cina 2,634 lebih dan India 3,879 selebihnya. Umno Pahang terketar-ketar, SPR bermesyuarat sulit dan merencanakan pelan-pelan strategi kekalkan kemenangan. Undi pos yang dijangka memihak daripada kem ke PM 1Malaysia belum tentu menjamin. Kita ada sandaran ALlah bersama kita, ikhtiar dan usaha sahaja 

Utusan mengambil masa yang lama, baru memberi ulasan, pimpinan Umno yang besar dan kanan terkedu senyap membisu. Kini, serangan oleh seorang MP


Sekadar gimik politik Hadi?



Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menarik perhatian ramai apabila membuat kenyataan bersedia bertanding di kawasan Parlimen Pekan menentang Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti.

Sememangnya mana-mana juga individu selagi mereka cukup syarat dan mematuhi undang-undang dan peraturan pilihan raya mereka boleh bertanding.

Bagaimanapun apabila Abdul Hadi menyatakan kesediaan bertanding di Pekan dan disokong oleh Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, ia boleh dianggap agak aneh.

Ia memandangkan sejarah politik Abdul Hadi sejak beliau bertanding dalam pilihan raya umum mulai 1978, beliau tidak pernah bertarung luar dari kawasan Parlimen Marang dan Dewan Undangan Negeri Rhu Rendang.
Sama ada kalah atau menang di mana-mana juga kerusi itu, Abdul Hadi setia bertanding di kawasan berkenaan termasuklah berupaya menjadi Menteri Besar Terengganu selama sepenggal.

Justeru apabila Abdul Hadi bercakap soal hendak bertanding di luar kawasan tersebut, sudah pasti ia menimbulkan persoalan sama ada hasrat itu benar-benar serius atau satu lagi gimik politik menjelang pilihan raya.

Kita jangan lupa bahawa awal tahun ini Presiden Pas itu pernah menyatakan hasrat untuk tidak bertanding, kalau pun Pas mahu beliau bertanding juga, beliau mahu bertanding satu kerusi sahaja.
Alasan Abdul Hadi ketika itu ialah, "Sudah lebih 30 tahun saya bergelar Ahli Dewan Undangan Negeri iaitu bermula 1982 dan sudah berbelas tahun sebagai Ahli Parlimen."

Kini Abdul Hadi menyatakan pula hasrat untuk bertanding di Pekan, mungkin apakah ini maksud beliau hendak bertanding satu kerusi sahaja?

Bagaimanapun apa yang dinyatakan oleh Abdul Hadi bukanlah muktamad kerana beliau menyerahkan kepada parti untuk membuat keputusan.

Kita tidak perlu terkejut kalau selepas ini hasrat Abdul Hadi untuk bertanding di Parlimen Pekan tidak kesampaian kerana alasan yang akan diberikan ialah Pas tidak benarkan.

Apa pun sebagai seorang ahli politik berpengalaman Abdul Hadi sudah pasti memahami sejauh manakah kemampuan beliau untuk mencabar Perdana Menteri di Pekan.

Oleh itu, Abdul Hadi tidak perlu terkilan jika ada yang akan mentafsirkan kenyataan beliau hanya satu gimik politik atau lebih hebat lagi dilihat bagi mengalihkan isu yang melumuri Pas dan pakatan pembangkang.
Namun begitu adalah menjadi hak Abdul Hadi untuk bertanding di mana sahaja beliau inginkan tetapi dalam masa yang sama biarlah pertimbangan dilakukan berasaskan demi berbakti untuk rakyat.
Ini memandangkan pilihan raya bukanlah medan untuk menguji kekuatan sesiapa apatah lagi sekadar 'kacau daun'. Malahan ia bukanlah gelanggang untuk meletakkan seseorang kembali menjadi wakil rakyat seperti dilakukan oleh Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.

Masih ingatkah lagi kita bagaimana pada tahun 2008 atau lebih tepatnya 31 Julai tahun berkenaan Wan Azizah meletakkan jawatan sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh bagi memberi laluan kepada suaminya Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding.

Walaupun kesediaan Abdul Hadi untuk bertanding di Parlimen Pekan tidak melibatkan senario seperti mana yang dilakukan oleh Wan Azizah namun ia tetap melibatkan soal amanah daripada rakyat.
Pilihan raya adalah medan untuk rakyat menyerahkan mandat mereka kepada mana-mana ahli politik bagi berbakti kepada mereka.

Tetapi kalau seseorang bertanding sekadar untuk 'kacau daun' atau untuk menguji kekuatan adalah lebih baik langkah itu tidak dilakukan.

Dalam isu Abdul Hadi ini adalah lebih baik jika beliau berhenti daripada dilihat mahu melakukan gimik politik. Beliau sepatutnya menumpukan perhatian bagaimana untuk mengembalikan Pas kepada landasan perjuangan asal serta membersihkan imej Pas yang dikatakan semakin tercalar sejak bersahabat dengan PKR dan DAP.
Lagi pun Abdul Hadi sendiri pun sudah menyatakan bahawa jika beliau tidak bertanding mana-mana kerusi, ia akan membolehkan beliau bergerak bagi memantapkan parti.

Langkah ini adalah lebih baik kerana keghairahan Pas memburu kuasa bersama PKR dan DAP telah menyebabkan berlakunya kekeliruan di kalangan penyokong-penyokong parti itu terhadap arah tuju perjuangan parti tersebut.

Tambahan pula, kalau Abdul Hadi tidak bertanding Pas mempunyai ramai calon lain bagi menggantikan beliau dan perkara ini sudah diakui oleh Abdul Hadi.

Apa pun hakikat sebenarnya, dalam Pas tidak akan ada sesiapa pun yang akan berani untuk meminta Abdul Hadi tidak bertanding. Keadaan ini samalah seperti mana kedudukan Nik Abdul Aziz.

Walaupun pemimpin, ahli dan penyokong Pas memahami keterbatasan usia yang ada kepada kedua-dua pemimpin itu, namun mereka tidak akan bercakap soal persaraan kedua-dua insan berkenaan.

Penulis percaya dalam muktamar tahunan Pas yang akan berlangsung mulai 14 November ini di Kota Bahru, tiada perwakilan yang akan membangkitkan soal berkenaan apatah lagi menyentuh tentang tindakan Abdul Hadi yang dilihat sebagai satu gimik politik.

Sebaliknya mereka akan terus memberikan sokongan padu kepada Abdul Hadi untuk terus memimpin Pas dan bertanding dalam pilihan raya, biar pun Abdul Hadi dilihat semakin kehilangan taring bukan sahaja dalam berhadapan dengan PKR dan DAP tetapi juga tekanan dalam parti sendiri.

Apa pun tindakan Abdul Hadi bercakap soal bertanding di Parlimen Pekan tidak akan mampu menutupi isu yang melanda Pas.

Soal untuk bertanding atau tidak sepatutnya diperkatakan apabila senarai calon hendak dibincangkan, bukannya ketika pelbagai pihak sedang memperkatakan kedudukan Pas yang tidak ubah seperti pak turut dalam pakatan pembangkang.

Abdul Hadi mungkin 'sakit kepala' memikirkan bagaimana hendak menangani isu itu tetapi inilah yang berlaku kepada Pas sekarang di bawah kepimpinan beliau.

Kalaulah kerjasama dengan PKR dan DAP pun, Abdul Hadi dilihat gagal mengendalikannya, apa yang boleh beliau janjikan kepada rakyat di Parlimen Pekan yang kini aman makmur di bawah kepimpinan Perdana Menteri sebagai Ahli Parlimen kawasan itu?

Bagaimanapun seorang pemimpin muda Pas yang dihubungi bagi bertanya pandangan beliau berhubung kenyataan Abdul Hadi hanya ketawa kecil sambil menganggap, "itu kenyataan politik''.

" Buat apa Abdul Hadi hendak tanding di kawasan yang boleh dianggap sudah tentu kalah, kecualilah beliau mahu menjadikan ia alasan untuk tidak menjadi wakil rakyat lagi.

"Abdul Hadi mungkin berhasrat untuk tumpu perhatian kepada perkukuhkan parti, kalau beliau masih wakil rakyat seperti sekarang apatah lagi di dua kawasan tentulah pergerakan beliau terbatas.

"Jadi tak payahlah ambil serius sangat kenyataan Abdul Hadi itu, lagi pun pengaruh beliau kat negeri lain tidaklah sehebat mana berbanding di Terengganu," kata pemimpin muda tersebut.

Kesimpulan, sama-samalah kita menanti apa komen perwakilan Pas dalam muktamar nanti terhadap kenyataan Abdul Hadi kerana apa yang pasti sudah ramai yang tersenyum termasuk dalam Pas sejak beliau menyatakan kesediaan bertanding di Parlimen Pekan itu.

Tuesday, November 06, 2012

Utusan Yang Mengampangkan ?

Utusan Penyebar Fikiran Rakyat perlu ditukar kepada Utusan Peracun Tegar fikiran Rakyat. Pengamal media utusan tersenyum bangga kerana berjaya cetuskan kegusaran, kebimbangan ,kegelisahan dan akhirnya kemarahan rakyat terhadap isu agama Islam yang dibebaskan dalam pengamalan rakyat negara ini.

Benteng ummah dan kesayangan aqidah umat Islam yang dipasak sejak zaman berzaman. Diperjuangkan penerusan para ulama kini disendakan dengan permainan politik kepaartian. Dengan ini ummah akan marah dan parti berlandaskan Islam akan dimangsakan dengan pemangsaan ini. Justeru parti perpasakkan bangsa atau sekular lain dilonjakkan sebagai parti yang baik ikhlas jujur dan lurus 



Pluralisme agama merebak

KUALA LUMPUR 5 Nov. - Kenyataan bahawa orang Melayu bebas memilih agama mereka menjadi petanda fahaman pluralisme agama dan fahaman Islam liberal kini sudah merebak luas hasil gerakan aktif kumpulan tertentu.
Malah Presiden Jalur Tiga (Jati), Datuk Dr. Hasan Ali (gambar) turut menyifatkan kenyataan tersebut sebagai satu laluan serta tiket percuma kepada gerakan-gerakan yang sentiasa mahu memesongkan akidah umat Islam antaranya gerakan kristianisasi.
Sememangnya kata beliau, kenyataan tersebut mempunyai implikasi yang sangat besar kepada generasi sekarang dan generasi akan datang apatah lagi sifatnya yang jelas bertentangan dengan ajaran Islam.
''Saya tersentak membaca laporan dalaman yang Nurul Izzah membuat kenyataan bahawa rakyat Malaysia termasuk orang Melayu tidak seharusnya dipaksa mengamalkan agama tertentu. Mungkin kenyataan yang keluar dari mulut Nurul Izzah secara amnya kepada sesetengah pihak tidak dianggap serius.
''Tetapi jika ditinjau dari sudut akidah, syariah dan akhlak yang menjadi asas kehebatan Islam, sudah tentu kenyataan sedemikian bertentangan sama sekali dengan apa yang diajar kepada kita selama ini,'' katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar dalam satu berita yang disiarkan portal propembangkang, Malaysiakini semalam menegaskan, rakyat tidak seharusnya dipaksa mengamalkan agama tertentu dan perkara itu juga perlu terpakai kepada orang Melayu.
Kenyataan itu disuarakan Nurul Izzah ketika menjadi salah seorang ahli panel Forum Negara Islam: Versi Mana; Siapa Bertanggungjawab? bagi menjawab pertanyaan peserta iaitu sama ada orang Melayu perlu diberikan kebebasan beragama seperti bukan Melayu anjuran Gereja Full Gospel Tabernacle di Subang Jaya, kelmarin.
Hasan kesal kerana dalam usaha pihaknya, Yayasan Murni Aqidah serta pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO) lain mempertahankan akidah umat Islam, kenyataan seumpama itu datang daripada seorang pemimpin Melayu beragama Islam sendiri.
''Sekiranya pandangan Nurul Izzah menjadi kenyataan, ruang yang cuba ditutup bukan sahaja terbuka luas malah menjadikan gerakan memesongkan akidah bertambah kuat. Mereka mempunyai seluruh jentera dan keupayaan.
''Seperti diketahui, keupayaan kita membendung gejala memesongkan akidah mempunyai kelemahan dan batas-batas tersendiri. Bukan sahaja kita tidak mempunyai kuantiti dan kualiti tenaga pendakwah tetapi juga berdepan dengan orang yang mempunyai pemikiran dan pengaruh seperti Nurul Izzah dan konco-konconya.
''Kehadiran orang seperti ini dalam masyarakat kita pastinya menyulitkan lagi gerak kerja memurnikan akidah yang penuh berliku,'' katanya.
Dalam perkembangan berkaitan, Hasan berkata, di dalam forum tersebut, Nurul Izzah dikatakan turut menerima konsep seks bebas iaitu lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).
''Nurul Izzah juga mengulas persoalan LGBT. Beliau dikatakan menerima LGBT. Beliau juga menyarankan supaya kita menghormati mereka yang terlibat dengan LGBT dan menyatakan tidak menjadi satu kesalahan bagi mereka yang melakukannya dalam keadaan tersembunyi.
''Adalah jelas kenyataan yang dibuat oleh Nurul Izzah kelihatan saling tak tumpah seperti apa yang pernah disebut oleh ayahnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Dalam banyak hal aliran pemikiran dan fahaman beliau mengenai LGBT selari seperti arca di cermin dengan hujah yang dikemukakan oleh Anwar,'' katanya.
Kata Hasan, gerakan itu menjadi bertambah mudah apabila Pas yang sepatutnya menjuarai isu akidah, syariah dan moral, kelihatan begitu terpesona dan terpaku dengan kelicikan Anwar.
''Ini menyebabkan rakyat Malaysia khasnya Melayu-Islam akan terjerumus dalam kancah akidah, syariah dan akhlak yang begitu mengerikan,'' katanya.
Dalam pada itu, Hasan mengingatkan kepada kepemimpinan gereja supaya tidak mengambil kesempatan dengan tibanya Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) untuk menganjurkan program yang menyentuh perkara-perkara dasar melibatkan masyarakat Islam.
''Dikhuatiri gerakan terancang ini akan menyebabkan masyarakat Islam semakin berpecah belah. Perpecahan sedemikian sudah tentu menguntungkan mereka yang gemar menangguk di air keruh.,'' katanya.
Beliau juga mahu kepemimpinan tertinggi Pas terutamanya golongan parasit tampil menyatakan pendirian berhubung dengan pandangan Nurul Izzah itu.
''Apakah mereka akan terus membisu dan rela membiarkan gejala kekusutan akidah terus menular? Apakah mereka memilih untuk terus menikus melihat fahaman pluralisme agama dan Islam liberal terus melonjak tanpa sekatan?,'' katanya.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20121106/po_04/Pluralisme-agama-merebak#ixzz2BRLgTpgU
© Utusan Melayu (M) Bhd 


Friday, November 02, 2012

Pekan: Tuan Guru Cetus Mood Baru di Pahang

Mungkin ramai yang tidak bersetuju bahawa Presiden PAS memilih untuk bertanding di Pekan. Tetapi bagi kami jentera parti di Pahang amat berseetuju dengan keputusan politik Tuan Guru bagi memecahkan 'benteng' umno kuat di Pahang.

Seperti kebanyakan orang tahu ramalan Daim 3 buah negeri yang kekal bawah UBn adalah Johor , Pahang dan Melaka. Lain-lain ramal Daim bakal memihak kepada Pakatan Rakyat (PR).

Banyak alasan dan sebab kenapa Tuan Guru memilih Pekan sebagai kawasan piliahnnya. Tetapi rata-rata kita hendaklah berfikiran positif demi  masa depan parti dan perjuangan Islam. Ahli dan para penyokong di Marang khasnya perlu menerima keputusan ini dengan lapang dada.



PRU13: Presiden PAS sedia bertanding di Pekan

Khairul Azlam Mohamad,02 Nov 2012
MARANG: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang membuat kejutan apabila menyatakan kesediaannya bertanding di Parlimen Pekan, kawasan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 nanti.

Beliau akan mengikut keputusan parti sama ada dikekalkan bertanding di Parlimen Marang atau Pekan, Pahang pada pilihan raya akan datang.

“Saya ikut keputusan parti. Saya serah kepada parti dan partilah yang akan buat keputusan. Parti hendak suruh bertanding Marang ke… atau Pekan, termasuklah, jika parti suruh saya bertanding di Pekan, saya bertanding di Pekan,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan media sama ada kekal bertanding dua kawasan, Dun dan Parlimen selepas Majlis Pelancaran Dana Pilihan Raya Umum (PRU13) Dewan Muslimat PAS Negeri Terengganu di Dewan Tok Guru Rusila, hari ini.


(Gambar: Tuan Guru Abdul Hadi menerima sumbangan untuk dana pilihan raya Muslimat PAS Terengganu.)

Menurutnya, jawapan muktamad terserah kepada parti yang akan menentukan kawasan yang bakal ditandingi kelak.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang turut menyatakan kesediaan jentera PAS pada bila-bila masa diadakan pilihan raya kerana persiapan telah dibuat sejak setahun lalu.

“Saya sudah melawat keseluruhan kawasan pilihan raya sejak setahun lalu. Saya buat jadual melawat dan keseluruhannya kerja telah dibuat sejak setahun untuk menghadapi pilihan raya bila-bila masa.

“Bahkan, kebanyakan Dewan Undangan Negeri (Dun) telah membuat culaannya yang terperinci. Ini termasuklah, persediaan jentera pilihan raya secara menyeluruh. Cuma kita menunggu tarikh pilihan raya pada bila-bila masa sahaja,” ujarnya.