Sunday, March 11, 2012

PRU 13 Mei dan Jun ?

Tanda-tanda PRU13 semakin hampir penghujung Mei dan Jun semakin jelas. Kakitangan sementara SPR  mulai dinamakan serta dilantik, tong-tong undi SPR mulai sampai ke pejabat-pejabat daerah seluruh negara.

Walaupun, pergerakan nampak 'slow' dan kakitangan SPR di Putrajaya semasa penulis temui pun 'gagal' mengesan petanda dan tanda-tandanya. Bukti ini menyakinkan penulis dan bersetuju sangat dengan ramalan PJ Terengganu bahawa PRU 13 dalam masa seperti yang beliau nyatakan.

Imbuhan kepada kakitangan awam bakal terlunas April ini selewat-lewatnya. TPM minta JPA menyegerakan 'durian runtuh' kepada 800 ribu guru. BRM1 yang bayaran nampak tidak rancak bakal selesai April ini.

Harga getah dan sawit kekal stabil, kemelut Kedah dan Hassan jati diperlakukan ke seluruh negara. Imej PAS dimandulkan, DAP diserang, PKR dilabelkan serta diserang secara agresif dengan serangan yang licik. Kak Jat bakal undur dan letak jawatan

Petanda-petanda di atas memperlihatkan imej Jib semakin 'cemerlang'. Road Show Jib seluruh negara mendapat sambutan luarbiasa.

Mei  dan Jun adalah masa yang sesuai bagi PRU 13

III- Jawapan Kepada Blogger Adik Sayang


GFI: Bank Negara tak hubungi kami
Badan pemikir Global Financial Integrity (GFI) menolak dakwaan timbalan menteri kewangan Datuk Donald Lim bahawa badan tersebut telah berhubung dengan Bank Negara untuk menangani isu pelarian wang haram.

Pazlanengarah komunikasi (GFI) Clark Gascoigne dalam emel balasnya kepada Malaysiakiniberkata, kenyataan Lim itu tidak benar.

"(Bank Negara) tidak pernah menghubungi kita dan kita tidak pernah bercakap dengan mereka," katanya lagi mengulas kenyataan Lim, Sabtu lalu.

Lim juga telah memberitahuMalaysiakini bahawa pelarian wang haram berjumlah RM150 bilion pada 2009 itu "bukan satu isu baru" dan Bank Negara juga telah mengambil langkah untuk mengatasi kebocoran tersebut.

Kenyataan Lim itu juga selari dengan kenyataan ketua polis negara Tan Sri Ismail Omar yang mengaitkan jumlah pelarian dana itu dengan kegiatan penyucian wang haram.

Ismail juga berkata tindakan telah dijalankan untuk membekukan aset golongan yang terlibat dengan kegiatan jenayah tersebut.

II-Jawapan Untuk Blogger Adik Sayang


Ramai yang kecewa apabila ramalan kakitangan kerajaan bakal naik gaji sehingga 40% dan mendapat bonus yang lumayan... tidak menjadi realiti.  Kalau diikutkan, walaupun kenaikan sehingga 40% adalah tinggi, tetapi ia dilihat amat berpatutan memandangkan taraf hidup rakyat Malaysia pun sudah melambung tinggi.


Yang pastinya, berita pelarasan gaji untuk pejawat awam gred 1-54 (13%), utama C, B dan A (9%), turus 3 dan 2 (8%) dan turus 1 dan KSN (7%) telah diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.


BAYARAN TUNGGAKAN DITERIMA PADA GAJI BULAN MAC ATAU APRIL

Para penjawat awam seluruh negara dijangka menerima bayaran tunggakan gaji pada bulan ini atau bulan April berikutan pembatalan skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) dan pengembalian kepada Sistem Saraan Malaysia (SSM) yang ditambah baik.

Bulan depan, kakitangan awam akan jadi kaya sekejap, boleh la belanja anak–anak makan KFC, sebab Presiden Kongres Kesatuan Pekerja Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Omar Osman berkata, ”bayaran tunggakan berasaskan gaji pokok terkini itu akan dikira mulai 1 Januari 2012, dan dibayar mulai bulan ini atau April”.

Kalau diikutkan pendapatan Kerajaan Malaysia yang mencecah hampir RM200 Bilion setahun, sepatutnya kakitangan awam mendapat gaji yang lebih tinggi, terutamanya gaji minima perlulah ditetapkan sekurang-kurangnya RM1,000, seperti yang dijanjikan oleh Pakatan Rakyat.

Bukannya kita mahu hidup mewah, tetapi realitinya, keperitan hidup rakyat boleh kita lihat di sekeliling kita... duit belanja harian pun tak lepas.  Contohnya, adakah kita ada membuat simpanan RM100 setiap bulan di dalam bank ???


Keuntungan Swasta Sedikit, Imbuhan Untuk Pekerja Lebih Tinggi

Jika dibandingkan dengan Revenue kerajaan Malaysia yang mencecah hampir RM200 bilion, pendapatan pihak swasta adalah jauh lebih rendah.  Tetapi imbuhan yang diberi kepada pekerja adalah tinggi.

Kalau kita ambil contoh, pada tahun 2007, lebih 30,000 pekerja bank menerima “durian runtuh” antara RM4,00 hingga RM17,000 sebagai bayaran tunggakan hasil rundingan Perjanjian Bersama di antara Kesatuan Pekerja-Pekerja Bank (NUBE) dan Persatuan Bank Perdagangan Malaysia (MCBA).  Ahli-ahli NUBE mendapat pelarasan gaji sebanyak 17 % dan juga bonus tetap 2 bulan setiap tahun dalam perjanjian tersebut.

Perjanjian Bersama 2009-2012 pula menyaksikan kenaikan gaji tahunan sebanyak 21 peratus dan elaun makan dinaikkan 20 peratus.

Begitulah untungnya pekerja swasta, kerana pihak swasta disamping tidak ada ketirisan dalam pengurusan, pengambilan rasuah, penyelewengan dan penyalahgunaan dana setiap tahun, Kesatuan Pekerja mereka juga memang mempertahankan habis-habisan pekerja swasta di seluruh Malaysia.

Beri Peluang Kepada Pakatan Rakyat

Kakitangan awam terpaksa menanggung kerugian selama ini akibat berlakunya pelbagai kerugian dan penyelewengansebanyak lebih RM100 bilion, dan juga Aliran Wang Haram Negara sebanyak RM1,000,000,000,000 (1 trilion) dalam tempoh sembilan tahun dari 2000 hingga 2009, menurut laporan terkini badan pemerhati kewangan Global Financial Integrity (GFI).

Walaupun Perdana Menteri mengumumkan satu berita baik, tetapi ramai yang menganggap ia satu berita paling buruk, terutamanya yang telah tandatangani pencen 60 tahun.  Mereka yang sudah sampai tangga gaji terakhir, mungkin menghantukkan kepala berkali-kali ke dinding dan berazam tidak akan mengundi dalam pilihanraya ke 13 nanti.

Mereka ini, "Kalau masih tak dapat menampung keperluan kehidupan sekarang, silalah tambahkan pendapatan dengan usaha-usaha sendiri, seperti berniaga, menceburi pelaburan emas perak, berkebun dan sebagainya".

Tetapi yang terbaiknya.... pastikan beri peluang Pakatan Rakyat memerintah Negara ini untuk satu penggal selama 5 tahun, agar kebaikan untuk Rakyat akan dikecapi.  Seperti di Selangor, pendapatan negeri jauh kurangnya dari kerajaan pusat, tetapi Rakyat di negeri ini menikmati kebaikan berterusan seperti Tabung Warisan Anak Selangor RM100 setahun, Hadiah Masuk Universiti RM1,000, Pemberian Air Percuma, Skim Mesra Usia Emas RM2,500 dan lain-lain.

Bukannya BR1M sebanyak RM500 sekali sahaja semenjak UmnoBn berkuasa 55 tahun yang lalu...!!! 

I-Fakta-fakta Penyelewengan Untuk PRU 13 - Bukti Kepada Blogger Adik Sayang


Gendang Pilihan Raya Umum Ke-13 bakal dipalu pada bila-bila masa. Inilah pilihan raya umum terpenting bagi seluruh Rakyat Malaysia setelah lebih 50 tahun negara dikendali oleh umno/BN.
Dengan pelbagai penipuan, penyelewengan, salahguna kuasa, kehilangan jumlah wang yang amat besar daripada kantung khazanah negara yang sebahagian besar kemungkinan tidak akan dapat dikesan, sudah tiba masanya kerajaan korup yang ada, ditukar.
Rakyat patut bersyukur kerana pada Pilihan Raya Umum ke-12 yang lalu, atas kesedaran dan dayausaha sebahagian Rakyat yang mendokong perjuangan ke arah kerajaan yang bersil, adil dan telus, beberapa buah negeri telah dapat dirampas oleh Pakatan Rakyat dan dalam tempoh masa yang singkat, telah berjaya meletakkan negeri-negeri berkenaan kembali ke atas landasan yang betul - mengembalikan hak-hak Rakyat.
Dengan keupayaan yang serba terhad, terbatas dan tersekat dengan pelbagai halangan oleh kerajaan pusat umno/BN, kerajaan Pakatan Rakyat yang terdiri daripada pakatan parti PAS, KEADILAN dan DAP masih mampu melaksanakan tanggungjawab dengan begitu cemerlang.
Perubahan tatacara pentadbiran negeri-negeri di bawah pakatan Rakyat telah dirombak dan disusun semula. Segala ketirisan telah dapat dibendung dan ditampal. Pelbagai penyelewengan telah dapat disekat. Namun begitu, Rakyat secara keseluruhannya belum dapat menikmati sepenuhnya hasil pentadbiran yang cekap, telus dan beramanah kerana tampuk pemerintahan kerajaan pusat di Putrajaya masih berada di tangan umno/BN.
Pilihan Raya Umum Ke-13 inilah yang bakal kita sama-sama jadikan sebagai mercu tanda perubahan pentadbiran secara total di peringkat kerajaan pusat kerana daripada situlah segala masalah yang sekian lama membelenggu kehidupan Rakyat ini bersarang.
Soal penyelewengan ini berterusan selama mana kerajaan umno/BN tidak disekat daripada terus menerajui tampok pemerintahan negara. Ayoh JOM TUKAR KERAJAAN - Melalui PRU-13 nanti, kita hantar Pakatan Rakyat ke Putrajaya, InsyaAllah.
- Weblog M@RHAEN.

Berikut hanyalah sebahagian kecil punca segala masalah yang melibatkan kehilangan wang dan harta negara sejak umno/BN berkuasa lebih setengah abad yang lalu. Namun, jika dikumpul, ianya mencecah ratusan billion Ringgit wang milik Rakyat yang telah diselewengkan oleh kerajaan umno/BN.
1.    Skandal PKFZ yang melibatkan duit Rakyat sebanyak RM12.7 billion.
Tun Dr Ling Liong Sik mengaku tidak bersalah di atas dua pendakwaan di bawah Seksyen 418 dan 417 Kanun Keseksaan atas tuduhan memperdayakan Jemaah Menteri berhubung projek bernilai RM12.7 bilion itu. Bekas Presiden MCA ini dituduh memperdayakan Jemaah Menteri untuk bersetuju meluluskan pembelian 999.5 ekar tanah milik koperasi nelayan Melayu di Pulau Indah pada harga RM25 satu kaki persegi dengan kadar faedah 7.5 peratus, iaitu nilai yang jauh lebih tinggi dari nilai sebenar di pasaran. Beliau juga mengeluarkan surat sokongan mengarahkan projek PKFZ ini diserahkan kepada syarikat Kuala Dimensi Sdn Bhd, milik Pengerusi Kelab Penyokong BN, Dato Seri Tiong King Sing.

2.    Komisen pembelian kapal selam sebanyak  RM500 juta.
  • Harga asal pembelian: €1.14 billion (RM4.52 billion)
  • Kos Senggaraan jangka panjang: €999.15 juta (RM3.964 billion) kepada Perimekar Sdn Bhd bagi kerja-kerja penyelenggaraan jangka panjang kapal selam itu pada tahun 2002.
Permohonan tambahan daripada Kementerian pertahanan pada Sidang Belanjawan 2011
  • RM417 juta untuk membiayai kontrak senggaraan (In Service Support) dua buah kapal selam Scorpene
  • RM56 juta untuk bayaran pendahuluan sewaan perkhidmatan Sistem Submarine Escape Rescue Intervention (SMER-1).
  • Sebelum ini, kerajaan sudah membayar €999.15 juta (RM3.964 billion) - Rujuk di atas.

3.    Kerugian pembelian aset oleh Sime Darby RM1.6 billion.
  • Kerugian akibat lebihan kos berjumlah kira-kira RM1.6 bilion, membabitkan projek minyak dan gas Bulhanine dan Maydan Mahzam di Qatar serta projek hidroelektrik Bakun.

4.    Menanggung kerugian (bailout) Konsortium Perkapalan Berhad milik Mirzan Mahathir sebanyak RM1.7 billion.
  • MISC (anak syarikat Petronas) telah diarahkan oleh Mahathir (PM ketika itu) untuk membeli aset Konsortium Perkapalan Berhad dengan pembiayaan sebanyak RM1.7 billion bertujuan menyelamatkan syarikat perkapalan milik anak beliau, Mirzan.

5.    Kos senggaraan Paya Indah Wetland RM88 juta.

6.    Kerugian Pos Malaysia (Transmile) RM5460 juta.

7.    Perjanjian pembelian Eurocopter sebanyak RM1.67 billion.
  • Harga ditawarkan oleh Eurocopter Malaysia yang dipilih oleh kerajaan: RM1.67 billion
  • Harga Kelowna Flightcraft untuk helikopter alternatif: RM865 juta (Kerajaan dapat menjimatkan RM805 juta)

8.    Kos pembaikan bumbung  Stadium Terengganu yang runtuh sebanyak RM292 juta.

9.    Kos memperbaiki kerosakan MRR2 sebanyak RM70 juta
10.    Akaun bil terlebih bayar Maybank sebanyak RM4 billion.

11.    Tumbuk-rusuk (kickbacks) kepada Ng Yen Yen di Kementerian Pelancongan RM10 juta.

12.    Kos membeli tiga buah lukisan oleh  MAS sebanyak RM1.5 juta.

13.    Lebihan bayaran oleh Kementerian Belia dan Sukan sebanyak RM8.4 juta.

14.    Perbelanjaan Kompleks Sukan gajah putih di London sebanyak RM70 juta.

15.    Baikpulih bangunan MATRADE  sebanyak RM120 juta.

16.    Kos minyak dan senggaraan jet kegunaan PM sebanyak RM200 juta.

17.    Hutang tidak dapat dituntut InventQ  sebanyak RM228 juta.

18.    Membayar gantirugi pembatalan Jambatan Bengkok sebanyak RM257 juta.

19.    Kerugian dalam urusniaga penjualan Augusta sebanyak RM510 juta.

20.    Nilai kehilangan pendapatan kerajaan daripada Approved Permit (AP) yang dikeluarkan bagi tempoh setahun sebanyak RM1.8 billion.

21.    Senggaraan kapal-kapal selam KD Tunku Abdul Rahman dan KD Tun Rzak (akan dijadikan artifak Muzium Negara) sebanyak RM4.1 billion.

22.    Pembinaan dan senggaraan PSC Naval Dockyard Lumut sebanyak RM6.75 billion.

23.    Dua skandal Bank Bumiputra pada wal  1980-an sebanyak US$1 billion dengan anggaran nilai kerugian pada 2008 sebanyak RM3.2 billion.

24.    Kegagalan Maminco dalam percubaan menguasai pasaran timah dunia pada tahun 1980-an dipercayai  mengakibatkan kerugian bernilai US$500 juta. (RM1.6 billion)

25.    Bertaruh dalam niaga kewangan pasaran hadapan luar negara menyebabkan Bank Negara Malaysia kerugian RM30 billion pada tahun 1990-an.

26.    Kerugian Perwaja Steel sebanyak  US$800 juta (RM2.56 billion).

27.    Menggunakan dana awam sebanyak RM10 billion dalam operasi Valuecap Sdn Bhd untuk melonjakkan nilai harga pasaran saham.

28.    Skandal kewangan Bank Islam yang melibatkan kerugian RM700 juta.
29.    Penjualan MV Augusta dengan harga  €1 (1 Euro) mengakibatkan kerugian sebanyak €75.99 juta (RM348 juta)  - sama seperti No. 18?

30.    Kehilangan royalti Wang Ehsan Terengganu sebanyak RM7.4 billion (antara tahun 2004 – 2007)

31.    Sejak penubuhan Petronas Philharmonic Orchestra selama lebih 10 tahun yang lalu, ia telah menelan perbelanjaan sebanyak RM500 juta denga RM1 juta setahun dibayar sebagai gaji dan imbuhan kepada  Ketua Pegawai Eksekutif (CEO).

32.    Yuran Penasihat: Mahathir telah dibayar RM180,000, Shahrizat Abdul Jalil (Menteri Kemajuan Wanita) RM404,726 dan Abdul Hamid Othman (Agama) RM549,675 pada setiap tahun.

33.    Kerajaan telah membelanjakan RM3.2 billion untuk pelaksanaan program Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) sepanjang lima tahun pertama pelaksanaannya. Daripada jumlah tersebut, kerajaan telah membayar RM2.21 billion untuk membeli pelbagai kelengkapan teknologi, maklumat dan komunikasi (ICT) namun tiada sebarang perincian perbelanjaan pernah ditunjukkan.
Kerajaan telah membayar RM6k bagi setiap komputer laptop/notebook yang dapat diperolehi di pasaran dengan harga di bawah RM3k. Beberapa konsortium telah ditubuhkan semata-mata untuk ‘mengendali secara atas-angin’ pengagihan segala peralatan dan perkakasan berkenaan. Kini, kebanyakan peralatan dan perkakasan telah menjadi milik anak guru-guru yang terlibat dengan PPSMI.
34.    Komisen yang telah dibayar kepada dua buah syarikat persendirian yang mengendalikan pembelian kapal selamScorpene iaitu Perimeker Sdn Bhd dan IMT Defence Sdn Bhd berjumlah RM910 juta. Ada kaitan dengan No. 2.

35.    Kerajaan membuat bayaran RM224 juta sebagai ganti rugi yang dibayar kepada Gerbang Perdana kerana pembatalan pembinaan Jambatan Bengkok yang bernilai RM1.1 billion.

36.    RM1.113 billion telah dibazirkan dengan pembinaan kemudahan kompleks gajah putih ‘Customs, Immigration and Quarantine’ (CIQ) apabila projek Jambatan Bengkok dibatalkan.

37.    Membelanjakan RM100 juta untuk kerja-kerja baik-pulih dan kebocoran Bangunan Parlimen Malaysia.
38.    Program Angkasawan Negara yang menelan belanja – RM40 juta

39.    Dianggarkan sebanyak RM500 juta setahun dibelanjakan untuk Latihan Khidmat Negara

40.    Menanggung kerugian Eye of Malaysia – RM30 juta dan RM5.7 juta dalam bentuk pemberian tiket percuma.

41.    Menanggung kerugian sebanyak RM2.4 juta untuk pembelian dakwat kekal

42.    Pada September 2006, Samy Velu mengumumkan bahawa kerajaan telah membayar ganti rugi berjumlah RM38.5 billion kepada 20 buah syarikat pengendali lebuhraya. Sembilan syarikat pengendali  tol lebihraya menerima durian runtuh berjumlah RM380 juta daripada kenaikan kadar tol pada tahun 2008 sahaja.

43.    Tumbuk-rusuk (kickbacks) sebanyak RM32 juta nilai eksport kayu balak oleh syarikat-syarikat yang berkaitan dengan Ketua Menteri Sarawak dan ahli keluarganya.

44.     Dua kali menanggung kerugian (bailout) oleh Malaysia Airline System (MAS) yang berjumlah sebanyak RM7.9 billion. Pada ketika MAS berhadapan dengan kerugian pada saban tahun, sebanyak RM1.5 juta telah dibelanjakan untuk membeli TIGA buah lukisan untuk menghiasi pejabat pengerusi MAS, Munir Majid. (Berkaitan dengan No. 11)

45.    Menanggung kerugian (bailout) Sistem Pengangkutan Putra sebanyak RM4.486 billion.
46.    Menanggung kerugian (bailout) STAR-LRT sebanyak RM8.9 billion.

47.    Menanggung kerugian (bailout) Sistem Pembetungan Kebangsaan bernilai RM192.54 juta.

48.    Menanggung kerugian (bailout) Lebuhraya Seremban-Port Dickson sebanyak RM142 juta.

49.    Menanggung kerugian (bailout) Penjara Kuching bernilai RM135 juta.

50.    Menanggung kerugian (bailout) Kajian Makanan dan Gunaan Orang Islam sebanyak RM8.3 juta.

51.    Menanggung kerugian (bailout) Le Tour de Langkawi sebanyak RM3.5 juta.

52.     Agihan secara borong ratusan juta saham di Bursa Malaysia dengan berselindung di bawah Dasar Ekonomi Baru (DEB) kepada kroni, kaum keluarga, anak-anak para Menteri dan pemimpin BN yang bernilai berbillion-billion ringgit.

53.    Pindah-milik puluhan ribu hektar tanah-tanah komersial dan konsesi pembalakan kepada anak-anak serta kaum keluarga para Menteri dan pemimpin BN yang bernilai berbillion-billion ringgit.

54.    Kerugian Petronas sejak tahun 1997 apabila menandatangani perjanjian dengan ENAM PENAMA yang tidak didedahkan dalam dagangan hadapan petroleum negara dengan kadar harga murah untuk jangkamasa yang panjang. Apabila harga bahan petroleum meningkat, Petronas kekal menjual kepada ENAM penama ini pada harga murah yang telah dipersetujui.
Bagi menampung penggunaan bahan petroleum dalam negara, Petronas terpaksa membeli daripada pembekal luar dengan kadar semasa dan mengakibatkan Rakyat terpaksa menanggung kenaikan harga mengikut pergerakan harga minyak dunia. Sepatutnya, tanpa perjanjian dagangan hadapan, Petronas memperoleh keuntungan yang besar mengikut harga pasaran semasa. Dengan keuntungan ini, Petronas dapat berkongsi harga bahan petroleum yang murah untuk kegunaan Rakyat.
Dan manusia yang bertanggungjawab mengatur perjanjian dagangan hadapan yang merugikan Petronas dan Rakyat ini adalah merupakan manusia yang paling lantang bersuara sekarang ini - Mahathir Muhamad. Dan beliau ingin kekal menjadi penasihat Petronas hingga mati bagi melindungi identiti ENAM JAHANAM yang menghisap darah Rakyat melalui keuntungan Petronas.
55.     RM5700 untuk membeli seunit jek kereta yang berharga RM50. (*)

56.    Kenderaan milik kerajaan meneguk setangki petrol bernilai RM113 dalam tempoh beberapa minit. (*)

57.    Platform tiang bendera berharga RM990 dibeli dengan harga RM30,000 (*)

58.    Thumb drive berharga RM90 dibeli dengan harga RM480 (*)

59.    Kabinet simpanan barang berharga RM1,500 telah dibeli dengan harga RM13,500 (*)

60.    Pembelian seunit lampu suluh bernilai RM35 telah dibayar dengan harga RM143. (*)
(*) - yang dinyatakan adalah sebutharga untuk SATU UNIT. Kerajaan membeli dalam bentuk pukal antara puluhan hingga ribuan unit item yang sama.
61.    Perbelanjaan kempen 1Malaysia yang dibayar kepada APCO sebanyak RM76.8 juta.

62.    Membayar subsidi RM17 billion kepada Penjana Tenaga Bebas (IPP)
63.    Cincin berlian bernilai USD24 juta untuk Ro$mah --- kononnya pembelian telah dibatalkan – berapa pula jumlah ganti rugi yang terpaksa rakyat bayar?

64.    Satu laman web 1pengguna bagi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan dibina dan diselenggarakan dengan belanja RM1.4 juta.

65.    Projek e-mel  1Malaysia yang menelan belanja RM50 juta.

66.    Menggunakan Kumpulan Wang Amanah Pencen (KWAP), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Danaharta dan Khazanah untuk membeli saham-saham Timedotcom yang tidak laku – kerugian sebanyak RM3.3 billion.

67.    Skandal Offshore Petrol Vehicle (PSC-NDSB) – rugi RM6.75 bilion
68.    Rosmah sewa bilik hotel RM100,000 satu malam di Burj Al-Arab Dubai!!

69.    Rosmah dan Najib sewa penthouse di Hotel Darling di Sydney pada kadar RM65,100 untuk sehari semalam.

70.    “Lawatan Sambil Belajar” ke Arab Saudi, Oman dan Bangladesh Rosmah and the Gang (FLOM @ First Lady of Malaysia) ditanggung kerajaan berjumlah RM134,317.76.

71.    Memperuntukkan dana RM100 juta setahun untuk Rosmah berbelanja dalam projek peribadi ‘Permata Negara’nya.
72.    Perbelanjaan oleh Rosmah untuk mengendalikan Sidang Kemuncak Wanita Pertama yang melibatkan 15 orang wanita isteri Ketua-ketua Negara yang majoritinya daripada negara-negara Afrika yang menelan belanja RM4.5 juta untuk tempoh TIGA hari.
73.    Kos ubah suai Seri Perdana sebanyak RM12.5 juta.

74.    Bil elektrik kediaman rasmi PM dan TPM di Seri Perdana sebanyak RM160,000 sebulan.

75.    Insinerator di Broga, Semenyih, kerajaan BN yang di atas kebodohan mereka tidak mendengar keluhan rakyat, terpaksa membazirkan berbilion ringgit membatalkan projek tersebut. Insinerator yang seberat 1,500 tan dan menggunakan teknologi ‘fluidized bed gasification’ yang dikatakan terbesar di Asia ditaksirkan menelan belanja RM1.5 bilion (lebih kurang USD395 juta) untuk dibina dan RM200 juta (USD53 juta) bagi kos operasinya setiap tahun.
CHECK-LIST INI AKAN TERUS DIKEMASKINI DARI SEMASA KE SEMASA. SOKONGLAH USAHA WEBLOG INI DENGAN MENGHULURKAN SEDIKIT SUMBANGAN/INFAK.
Diterjemah & disusun semula oleh: Weblog M@RHAEN.

Saturday, March 10, 2012

Kerajaan kena ingat, kini rakyat sudah perkasa jiwa mereka

Rimas sungguh aku setiap kali kerajaan berbelanja diuar-uarkan kepada rakyat bahawa belanjanya macam besar. Di mana maksudnya adalah mudah difahami secara tersurat mahupun tersirat.

Jika kita bertanya pula kerajaan pula berapa banyak pulak hasil mahsul, kutipan cukai itu ini yang kerajaan dapat ke mana dihabiskan dan dibelanjakan. Jika hasil itu tidak dibelanjakan kepada rakyat , hasil itu mahu dibelanjakan kepada siapa ?

Laporan kerajaan menambah perbelanjaan pelarasan gaji kakitangan awam seramai 1.4 juta dari RM3 billion kepada RM6 billion. Memang ia nampak banyak, dan memanglah ternyata ianya banyak.

Banyak tapi manfaat nya untuk ramai orang tak apa, jangan banyak tetapi manfaat hanya segelintir rakyat sahaja. Macam ini kacau jadinya..

Berbangga dan membangga-bangga kan hasil negara yang dibelanjakan itu adalah hak rakyat. Selaku ayah kepada anak, adakah kita berbangga dengan apa yang kita belanjai dan tanggungi anak-anak kita. Justeru berpada-padalah jangan bagi sampai orang meluat.

Depa kena ingat, sekarang rakyat sudah ada pilihan dan mereka kini berani dan sudah mulai pandai membuat pilihan.

Rakyat yang kuat adalah rakyat yang penguasanya geruni dan takuti. Dan mungkin negara kita sudah mulai memasuki fasa berkenaan







Friday, March 09, 2012

Awam sahaja, kami yang bukan awam macam mana ?

Apakah penjawat awam sahaja yang membina dan membangunkan negara ini. Bagaimana nasib kami yang bukan kakitangan atau penjawat awam.

Adakah kerajaan hanya berterima kasih kepada penjawat awam sahaja.

Kalu harga ikan sayur dll  bagi penjawat awam mahal daripada harga ikan yang kami beli , kami taklah kisah sangat.

Tetapi kalau sama sahaja, bayar tol sama harga, naik Air Asia sama, harga nasi ayam sama jadi apakah pula nasib kami yang bukan penjawat awam ni.

Kami tak ada tanah sawit dan tanam getah. Kami hanyalah buruh yang menjadi kuli kepada majikan kami dan bertuankan kerajaan yang ada.

Kami hanya dibayar seadanya, dah berbakti dan curahkan khidmat tidak pernah jemu.

Pinggan plastik, mangkuk plastik, piring plastik, suu plastik yang tuan puan guna adalah hasil jerih payah dan titik peluh kami.

Tapi kami tetap sabar, nasib dan ujian kami. Setiap kali pilihanraya kami undi kerajaan tuan, kerajaan yang menjanjikan kemakmuran, kesejahtaeraan, kebaikan dan bermacam-macam lagi.

Apa sahaja maklumat yang pembangkang kata kami tulikan, kami pekak kan. Namun kami tetap mengharap. Harapan kami sudah terlalu lama dah mencecah 12 kali pilihanraya. Kami tetap sabar.

Selepas ini kalu kami ubah dan alih harap tuan jangan marah, tuan-tuan dah melampau dan terlampau


Imam Lempar Selipar Cepat Dihukum, Menteri Telan Wang Bila Pulak ?

Sedap berita yang dipaparkan oleh media pada hari ini iaitu imam berperangai buruk dihukum.

Kita memang amat bersetuju sungguh imam adalah suri tauladan dalam masyarakat ia adalah cerminan gambaran masyarakat masa kini.

Mana-mana imam yang beperangai buruk patut dihukum.

Imam tersebut terhukum kerana kesalahannya adalah membaling selipar dua belah selipar ke arah hakim.

Sebalik cerita dan isi kisah latar  imam itu tidak dipaparkan dan dimaklumkan.

Bagi kita jika imam cepat terhukum kerana membaling selipar.

Bagaimana pula dengan menteri yang menelan wang rakyat RM250 juta. Bila lagi nak dihukum. Dan kembalikan lah semula duit rakyat dan negara tu. Kita minta hanya yang atu ni sahaja cepat dihukum, macam kes imam tersebut 

Thursday, March 08, 2012

SBPA batal, kempimpinan PM yang lemah

Orang yang baik orang dimasa setiap masa memikirkan apakah yang patut dia korbankan kepada orang lain.Dalam katogeri ini adalah PM Najib. Beliau perhatin dengan membatalkan SBPA kepada kakitangan awam dan kekalkan sistem SSM yang sedia ada.

Kita juga rakam tahniah Pengarah JPA kerana beliau berani cetuskan sesuatu yang baru. Pertama menguji kepimpinan Najib ssamada berani atau tidak .

Rupa-rupanya najib tidak berani, selepas mantan PM dr M berkata negara akan muflis beliau terus bersetuju. dan terima seadanya. Jelas bayang-bayang dr M masih menghantui Najib.

Benarlah mantan Adun Pulau Manis Ariff Sabri menyatakan Najib adalah seorang pm yang gagal dn beliau tidak berani membuat keputusan dan mengambil keputusan.

Jusetru rakyat sudah boleh menilai, bahawa PM minda kelas pertama, mahu lahirkan masyarakat Malaysia 1Malaysia bertaraf dunia hanyalah mimpi sahaja dan angan-angan mat jenin sahaja.



Tuesday, March 06, 2012

Apabila wakil rakyat sudah tidak lagi dapat jadi wakil rakyat /

Dunia politik dan politik Malaysia belakangan ini pelik dan semakin tidak keruan. Ini kerana menteri-menterinya mengugut ahli parlimen pembangkang kerana menjalankan tugas mereka sebagai semak imbang kerja dan pekerjaan menteri kerajaan. 

Dalam kes terbaru YB Mahfuz Omar PAS-Pokok Sena bakal menghadapi tindakan saman oleh Ahmed Sabrey Chik Menteri Belia & Sukan kerana telah mendedahkan kepada umum Hassan Ali (JATI) gunakan peruntukkan kementerian berkenaan sejumlah RM30juta bagi bukan tujuan pembangunan belia dan rakyat belia negara, tetapi lebih kepada agenda politik sempit kepartian UmnoBn .

Ini menandakan betapa iklim politik negara dan demokrasi di negara ini berada dalam dakapan penguasa yang rakus. dan memaparkan kepada dunia ia semakin parah.

Jawaban semua ini adalah adalah menunggu kesedaran rakyat dan kebangkitan daripada rakyat sahaja. lain-lain bahasa gagal mereka yang berada ditampuk kekuasaan mahu faham.

Rakyat dibodohkan, rakyat terlebih dahulu didungukan.

Sunday, March 04, 2012

Aku Meluat Dah Bila Dr M berkata-kata

Selepas kerajaan Najib 1Malaysia, bersetuju menangguhkan kenaikan gaji kepada kakitangan awam. Dengan bercadang menukar sistem daripada SSB/SSM kepada SBPA.

Sepanjang tempoh semua PM maka kai inilah kerajaan cuba perkenalkan sistem baru kepada semua kakitangan awam yang mendapat penentangan secara terbuka dan amat meluas.

Atas signal yang di terima Najib 1Malaysia terpaksa menangguhkan kerana beliau 'lupa' lalai dan terpercaya dengan penasihat-penasihatnya.

Tetapi penasihat kanan beliau Dr M berkata selepas lama menyepi selepas Kesatuan Sekerja Kakitangan Awam (CUEPACS) menolak dan tidak bersetuju malah mengemukakan 'cadangan' baru.

Sejak itulah kata Dr M, negara bakal muflis. Muflis negara kerana memberi gaji kepada kakitangan awam ( Dr M kena mengaji dengan DSAI).

Negara muflis kerana salah 'rakyat' minta gaji lebih. Tetapi puak-puak kroni suku sakat baham projek dan kelaku dia yang masih meneruskan banyak projek-projek mega tidak terkesan dan penyumbang kepada kemuflisan negara.


Dalam hal ni nampaknya Najib tersepit terpaksa mendedahkan 3 keping surat rasmi Dr M selaku PM Malaysia yang lalu 'melunakkan' hubungannya dengan negara HARAM Israel. Apa motif apa tujuan hanya Najib sahaja yang tahu strateginya.


Tetpi kalau kenyataan Dr M di atas dirujuk dan digunapakai Najib, maka alamat Najib akan membungkuskan Umno buat selama-lamanya.


Kalau berani cubalah...kalau tidak mencuba mana tahu...

RM1 Trillion Hilang Tak Kan Dengan Maaf Sahaja

Najib memberi jaminan kepada rakyat hanya Bn sahaja yang mampu mengurustadbir negara ini dengan baik. Maknanya selagi ada bumi ini dan selagi ada Bn, maka Malaysia akan makmurlah tu. Betul lah dan benarlah kata Najib tu.Bukanlah kita hendak menyangkal

Sebagai seorang pemimpin tertinggi Bn, maka nada beliau bercakap sebegitu adalah normal. Dan dari segi rasionalnya memanglah begitu. Kalau beliau gagal bercakap begitu, tentulah Muhiyyidin Yassin tersenyum, kerana masanya sudah tiba, Najib harus berundur.

Namun bagi rakyat yang celik maklumat dan cakna. Kata-kata Najib ibarat belatuk membuat sarang. Semua orang tahu 1Malaya tentangnya. UMno Bn bakal gagal dipertahankan ?

Kini semakin kuat pula desakan parti pembangkang terutama daripada penasihat DAP minta kerajaan membentuk satu suruhanjaya diraja agar dapat kerajaan menyiasat kenapa, ke mana dan mengapa wang negara sepanjang 22 tahun pentadbiran regim Dr M sahaja, aliran wang keluar negara mencecah serta melebihi 1 trillion. Bayangkan.....

Penegasan hal ini turut juga, dikemukakan oleh bekan penganalisa ekonomi negara Dr Rosli Yaakob  daripada PAS yang juga pernah bekerja sebagai Timbalan Gabnor Bank Negara.

Antara saranan beliau, beliau mendesak agar wang-wang negara (rakyat) yang mengalir keluar ini dikembalikan semula kepada rakyat. Satu proses tindakan undang-undang hendaklah di mulakan.

Wang yang keluar atas rasuah, penyelewengan, salah urus dan sebagainya hendaklah diketahui oleh rakyat. Maka tiadalah undang-undang negara yang kebal bagi individu tertentu. Hosni Mubarak, Sadam Hussin, Aroyyo, Tahksin dan lain-lain di negara luar rakyat mereka tuntut dan ketengahkan apa yang mereka buat semasa emerintahan mereka. Tak kan di 1Malaysia boleh dikecualikan

Kini, masa sahaja MAS rugi RM2.25 billion. Satu kes sahaja yang cukup memalukan negara.




Hanya BN Dapat Jamin Masa Depan Yang Lebih Baik - Najib
BALING: Hanya Barisan Nasional (BN) sahaja yang dapat memberikan masa depan yang lebih baik kepada rakyat, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
"Kita ada perancangan yang jelas, kita ada agenda yang tersusun rapi, kita ada peta jalan, kita ada fakta dan ada angka.
"Perangkaan yang cukup lengkap untuk memacu perubahan, membawa negara ke arah wawasan menobatkan negara sebagai negara maju berpendapatan tinggi... ini bukan macam Buku Jingga," katanya pada Perjumpaan Bersama Rakyat di Padang Awam, Kuala Ketil, dekat sini, Sabtu.
Najib berkata kerajaan mahu memberi isyarat dan gambaran jelas bahawa kerajaan sudah hampir untuk melakukan transfomasi perubahan yang memberi banyak manfaat kepada rakyat.
Perdana Menteri berkata BN berjanji akan memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat dan akan membetulkan kesilapan lalu yang mengakibatkannya kalah banyak kerusi dan beberapa negeri termasuk Kedah dalam pilihan raya umum 2008.
Katanya jika pengundi menolak BN seperti di Kedah, sedikit sebanyak adalah kerana BN telah membuat kesilapan.
"Pada saya kita jangan angkuh dan bongkak. Sebab kita mesti tunduk kepada kuasa rakyat dalam demokrasi berparlimen. Kalau rakyat tolak BN dulu mesti ada kesilapan kita.
"Kita minta maaf atas kesilapan kita dulu. Yang menang minta maaf yang kalah pun minta maaf," katanya dan menambah bahawa BN akan belajar dan bangkit semula daripada kesilapan itu.
"Daripada runtuhan BN di Kedah kita akan bangkit dan bina mahligai yang kukuh dan kuat. Itu azam kita.
"Kita berazam bahawa kita sudah mempelajari daripada kesilapan kita. Kita beri perakuan, akujanji kepada rakyat bahawa akan datang kita akan laksanakan perkhidmatan yang cukup baik kepada rakyat.
"Yang dulu jadi sempadan jangan dibangkit-bangkit lagi...kita janjikan perubahan untuk rakyat Malaysia dan Kedah. Perjalanan sudah bermula," katanya.
Antara yang hadir sama pada majlis itu ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah. - BERNAMA

Saturday, March 03, 2012

Mudahnya Maaf Najib, Minta Beliau Minta Maaf Rosmah Belanja Mewah ? ?

Mudahnya rakyat Malaysia mahu ditipu Bn. Adakah dengan hanya minta maaf sekali, wang berbillion negara dilesapkan. BRM1 diberikan RM500 satu keluarga yang berpendapatan RM3000 ke bawah sudah memadai ?

Hari ini PM Najib Razak meminta maaf kepada rakyat 1Malaysia, bahawa 'kesilapan' Bn atau dia menyebabkan 'rakyat' terseksa. Dan berjanji akan betulkan pada masa depan ?

Nampaknya macam ikhlas amat Najib dalam pengakuanya, dan ramai yang 'tumbang', tetapi Ku Li, Kadir Sheikh Fadir tidak terpikat nampaknya.

Entahlah jika rakyat memaafkan dengan memberi undi lagi kepada Bn pada PRU13, penulis tidak pasti. Yang pasti sokongan kepada Najib semakin terhakis.

Rakyat harus bertanya dan berjanji akan berikan undi kepada Bn, jika Najib minta maaf kepada rakyat, jika beliau mengaku kesilapan isterinya berbelanja boros seprti yang dihebohkan.

Maka yang inilah kita mahu Najib buat pengakuan. Ada berani ke...




Najib Minta Maaf Atas Kesilapan Lalu BN
BALING: Barisan Nasional (BN) akan memperbetulkan kesilapan lalu sehingga kalah banyak kerusi dan beberapa negeri termasuk Kedah dalam pilihan raya umum 2008, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.
Untuk itu, Perdana Menteri berkata beliau memohon maaf bagi pihak BN atas kesilapan itu tetapi berjanji akan membetulkannya dengan memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat.
Katanya jika pengundi menolak BN seperti di Kedah, sedikit sebanyak adalah kerana BN telah membuat kesilapan.
"Pada saya kita jangan angkuh dan bongkak. Sebab kita mesti tunduk kepada kuasa rakyat dalam demokrasi berparlimen. Kalau rakyat tolak BN dulu mesti ada kesilapan kita.
"Kita minta maaf atas kesilapan kita dulu. Yang menang minta maaf yang kalah pun minta maaf," katanya pada Perjumpaan Bersama Rakyat di Padang Awam, Kuala Ketil, dekat sini, Sabtu.
Perdana Menteri berkata BN akan belajar dan bangkit semula daripada kesilapan itu.
"Daripada runtuhan BN di Kedah kita akan bangkit dan bina mahligai yang kukuh dan kuat. Itu azam kita. kita berazam bahawa kita sudah mempelajari daripada kesilapan kita. Kita beri perakuan, akujanji kepada rakyat bahawa akan datang kita akan laksanakan perkhidmatan yang cukup baik kepada rakyat.
"Yang dulu jadi sempadan jangan dibangkit-bangkit lagi...kita janjikan perubahan untuk rakyat Malaysia dan Kedah. Perjalanan sudah bermula," katanya.
Beliau berkata hanya BN sahaja yang dapat memberikan masa depan yang lebih baik kepada rakyat.
"Kita ada perancangan yang jelas, kita ada agenda yang tersusun rapi, kita ada peta jalan, kita ada fakta dan ada angka.
Perangkaan yang cukup lengkap untuk memacu perubahan, membawa negara ke arah wawasan menobatkan negara sebagai negara maju berpendapatan tinggi. Ini bukan macam Buku Jingga," katanya.
Najib berkata kerajaan mahu memberi isyarat dan gambaran jelas bahawa kerajaan sudah hampir untuk melakukan transfomasi perubahan yang memberi banyak manfaat kepada rakyat.
Antara yang hadir sama pada majlis itu ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah.- BERNAMA