Tanda-tanda PRU13 semakin hampir penghujung Mei dan Jun semakin jelas. Kakitangan sementara SPR mulai dinamakan serta dilantik, tong-tong undi SPR mulai sampai ke pejabat-pejabat daerah seluruh negara.
Walaupun, pergerakan nampak 'slow' dan kakitangan SPR di Putrajaya semasa penulis temui pun 'gagal' mengesan petanda dan tanda-tandanya. Bukti ini menyakinkan penulis dan bersetuju sangat dengan ramalan PJ Terengganu bahawa PRU 13 dalam masa seperti yang beliau nyatakan.
Imbuhan kepada kakitangan awam bakal terlunas April ini selewat-lewatnya. TPM minta JPA menyegerakan 'durian runtuh' kepada 800 ribu guru. BRM1 yang bayaran nampak tidak rancak bakal selesai April ini.
Harga getah dan sawit kekal stabil, kemelut Kedah dan Hassan jati diperlakukan ke seluruh negara. Imej PAS dimandulkan, DAP diserang, PKR dilabelkan serta diserang secara agresif dengan serangan yang licik. Kak Jat bakal undur dan letak jawatan
Petanda-petanda di atas memperlihatkan imej Jib semakin 'cemerlang'. Road Show Jib seluruh negara mendapat sambutan luarbiasa.
Mei dan Jun adalah masa yang sesuai bagi PRU 13
No comments:
Post a Comment