Saturday, March 19, 2011

Dun Sarawak bila bubar ?

Semua pihak tertunggu-tunggu dengan penuh debaran bilakah Dun Sarawak akan dibubarkan. Khas bagi orang yang minat dan celik politik serta tahu kepentingannya. Walaupun politik bukan segala, tetapi segala-gala adalah mesti politik juga.

Kita dan semua orang tahu Sarawak adalah deposit chek kepada kerajaan Bn.Bererti kemenangan besar Bn di Sarawak bakal mencerahkan harapan Najib duduk kekal di Putrajaya bukan Petrajaya.

Bn akan berusaha sedaya upaya, melalui cawangannya yang ampuh SPR akan mempergunakan apa cara sekalipun supaya Bn kekal dan dikekalkan. Desakan tempoh kempen daripada 7hari kepada 3 minggu oleh PR disangkal mentah-mentah hanya melalui media sahaja.

Walhal SPR lari daripada tugas asal sebagai badan bebas bagi mengendali kerja-kerja pilihanraya, bukannya menjalankan kerja-kerja 'hantu raya', kerana tabiat hantu raya dia tidak akan cukup dan tidak puias dengan apa yang ada dan memang kerjanya pun mengharuk manusia dan rakan sewaktu dengannya.







Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud hari ini mengumumkan DUN Sarawak dibubarkan Isnin ini, dan notis mengenainya telah dihantar kepada Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng.

Beliau berkata demikian pada sidang media bersama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching.

Sehubungan pembubaran itu, pilihan raya negeri hendaklah diadakan dalam masa 60 hari.

Khabar angin juga bertiup kencang bahawa hari pengundian akan jatuh pada 16 April. Bagaimanapun masih belum jelas bilakah tarikh penamaan calon dijalankan kerana ia bergantung kepada tempoh berkempen.

Menurut undang-undang pilihan raya, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan menentukan tarikh untuk hari penamaan dan penamaan calon.

Bagaimanapun, dijangkakan tempoh berkempem selama lapan hari berdasarkan amalan dalam beberapa pilihan raya kecil sebelum ini.

Dalam pilihan raya pada Mei 2006m BN hilang lapan kerusi kepada pembangkang. Enam dimenangi DAP dan masing-masing satu untuk PKR dan bebas.

Rakyat terkeliru : PR perlu agresif

PAS Ganti Umno slogan yang semakin menjejaskan Umno. Dalam diam Umno semakin kalut cuba memenangi hati rakyat. Isu PAS diperkudakan DAP, perpaduan Melayu, kerjasama Umno PAS, kini soal judi dikitar semula. Persoalan-persoalan mudah ini dibuai dan menjadi persoalan payah kepada pembangkang khsusnya PAS dalam mendepani isu ini.

Buaian isu-isu naif sebegini, jika dibuaikan hari-hari dikokokkan maka rakyat Melayu rata-rata kawasan luarbandar dan kampungan termakan. Minda mereka dijuruskan pada setiap hari, didoktrinkan bahawa 'kuasa Melayu' , kuasa Melayu akan hilang dan sebagainya. Akhirnya menjadi ketakutan rakyat.

Umno semakin liberal dengan kebebasan sosial, anjuran pesta maksiat yang dihalalkan, penajaan program itu ini, peranan agama dan PAS digambarkan sebagai golongan agam semi 60an yang wajar membicarakan soal kawin, mati suraui masjid masih lagi menghantui minda pengundi kampungan dan kejiranan-kejiranan yang jauh dengan maklumat.

Tsunami 2008 tidak lagi memihak kepada PR. Umno berjaya menelanjang kelemahan PR dan menutupi kelemahan mereka yang cukup parah dan membarah. Hatta isu DNA pun berjaya mencorakkan 'kebodohan' sesetengah mereka yang sanggup dilembukan dengan isu remeh temeh yang mememehkan minda bangsa kita.

PR perlu menggandakan penerjahaan maklumat, hubungan baik dengan semua segmen diserlahkan. Bukan tidak ada tetap[i massa tidak dapat merasai akan kehadiran kita sebagai ganti Umno itu.

Namun Umno terasa kita semakin mahu menggantikan mereka, tetapi rakyat terbanyak belum lagi dapat merasainya.

Apa pun kita semua harus banyak memanjat doa

Friday, March 18, 2011

PAS Gelabah Umno Cemas

Membaca tulisan Zul Bakar dalam rencana UM hari in di bawah PAS Semakin Gelabah tidak ada pandangan baru dan idea baru yang konkrit. tulisan berlandaskan 4 PRK Galas, tenang, Merlimau dan Kerdau. Kemenangan mutlak dan bergaya Umno ke atas, memberi kekuatan dan keyakinan baru bahawa umno mulai diterima kembali.

Ukuran dan kayu ukur undi sokongan kepada Umno 'pulih' adalah masih kabur dan jelas, kerana banyak laporan manipulasi Umno Bn 'memperalat dan memperguakan' apa cara , jalan, kaedah bagi merealisasikan kemenangan. Yang penting dalam kitab Umno adalah 'memang'. Itulah sanjungan dunia asuhan didikan umno kepada rakyat Malaysia.

Walaupun daripada segi etika, moral dan akhlak berpilihanraya Umno 'jauh' menyasar membawa wataknya sebagai pemerintah atau penguasa yang 'adil'. Hanya keadilan berdasarkan kaca matra mereka.

Sememang diakui dari segi angka, jelas-jelas Umno menang bergaya. Undi semua kaum 'diraih' kencang, jentera Umno dan menteri umno tersenyum kagum. Aku menang berbisik dalam hati mereka.

Jika Umno kuat mengapa 'kerja-kerja ' mengelabah Umno. Kes manipulasi MyKad yang menjerumuskan negara ke kancah kehinaan. Gadai negara dengan pemberian My Kad secara wewenang. bantahan demi bantahan, pendedahan demi pendeahan gagal membuka mat hati Umno bn yang tuli dan pekak. Kerana tindakan mereka ini adalah satu tindakan yang cukup bahaya dan tidak bermoral. Bantahan PAS Selangor pendedahan 'berani dalam Harakahdaily' gagl juga membuka mata Umno.

Ada dia kisah...Itulah umno


Namun mereka yang terlibat hatta 'tersenyum kambing' Umno akhir akan jatuh dengan perbuatan nya sendiri juga. Hanya masa sahaja akan tiba menghukumnya. Nantikan saat - saat kejatuhan Umno


Pas semakin gelabah?


KEKALAHAN Pas kepada Barisan Nasional dalam Pilihan Raya Kecil DUN Kerdau dan Merlimau, baru-baru ini adalah mesej daripada rakyat. - utusan/Mahathir Ali


SELEPAS tewas empat kali berturut-turut di dalam pilihan raya kecil yang diadakan, Pas kini boleh dikatakan berada dalam keadaan cacing kepanasan. Kepimpinan parti itu semakin memahami bahawa populariti yang mereka kecapi terutamanya ketika Pilihan Raya Umum 2008 semakin merudum.

Gagal mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas di Kelantan dan kemudiannya kecundang di Tenang, Merlimau dan Kerdau sudah cukup memberi tamparan kepada kepimpinan Pas. Walaupun ia sudah jelas membuktikan bahawa pengundi terutamanya orang Melayu semakin ramai tidak menyebelahi parti itu namun Pas masih lagi tidak mahu mengaku kelemahan mereka.

Sebaliknya, kepimpinan Pas termasuklah Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang terus mencari ruang bagi mengelakkan mereka dipersalahkan. Terbaru, Abdul Hadi ketika berbahas di Dewan Rakyat, Isnin lalu mempersoalkan kenapakah Barisan Nasional (BN) memerintah terlalu lama sehingga didakwanya mewujudkan pelbagai masalah di dalam negara termasuk perpecahan.

Kalau beliau bertanya kenapa BN boleh perintah terlalu lama bagaimana pula kedudukan beliau sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Rhu Redang sejak 1986, tidakkah kedudukan begitu lama itu juga atas kehendak rakyat seperti mereka memilih BN kekal memerintah negara ini?

Oleh itu, apa yang dihujahkan oleh Abdul Hadi hanyalah pandangan seseorang yang boleh dianggap tertekan dengan situasi yang melanda partinya sekarang. Apa yang lebih penting untuk dibicarakan ialah mengenai nasib Pas selepas ini terutamanya dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti.

Ketika berbual-bual dengan beberapa penyokong tegar Pas, mereka mengakui populariti Pas merudum sejak parti itu mengadakan kerjasama dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP.

Mereka berhujah pada mulanya segalanya nampak elok memandangkan ketiga-tiga parti itu mempunyai matlamat yang sama dalam Pilihan Raya Umum 2008 iaitu menumbangkan BN.

''Tetapi apabila kuasa sudah dimiliki, maka parti-parti PKR dan DAP mulalah tunjuk belang, Pas seolah-olah dipinggirkan dan diperalatkan ketika pilihan raya sahaja,'' kata seorang penyokong Pas dari Kedah kepada penulis.

Sebenarnya, sama ada hendak diakui atau tidak tindakan bekerjasama dengan PKR dan DAP telah memungkinkan Pas dilihat tidak konsisten dalam perjuangannya.

Ia kerana parti itu dilihat sanggup menggadaikan prinsip perjuangannya demi meraih kuasa bersama-sama dengan PKR dan DAP. Apa yang ditentang oleh parti-parti itu terhadap sesetengah dasar Pas, sekarang seolah-olah dipatuhi oleh Pas.

''Segalanya kerana hendak menjadi hati kawan dan tindakan ini tidak menguntungkan Pas, sebaliknya orang semakin keliru apa sebenarnya yang hendak Pas perjuangkan. ''Sebagai pemimpin Pas di peringkat akar umbi, susah juga kami hendak menjawab apabila soalan ini ditanya oleh rakyat,'' kata seorang pemimpin Pas di peringkat cawangan.

Selain kerjasama dengan PKR dan DAP yang dikatakan mengelirukan rakyat terutamanya orang Melayu, turut menjadi persoalan ialah pendirian Pas mengenai perjuangan berkaitan kaum Melayu. Persoalan ini wujud kerana ketika mula-mula bekerjasama dengan PKR dan DAP, Pas dilihat begitu takut untuk bercakap soal perjuangan Melayu.

Malahan segala usaha bagi memungkinkan mereka berunding dengan UMNO berhubung perpaduan Melayu dan kepentingan umat Islam menemui jalan buntu. Keadaan itu wujud kerana Pas menguar-uarkan, mereka berjuang untuk semua kaum sehingga bersedia menubuhkan Dewan Himpunan Penyokong Pas yang dikhaskan untuk bukan Melayu.

Tetapi secara tiba-tiba dalam tempoh sebulan lalu, Pas mula bercakap soal pentingnya menjaga kepentingan Melayu dan tanpa segan silu menegaskan hak-hak istimewa Melayu perlu dimartabatkan. Dan dalam usaha memberikan gambaran terhadap pendirian Pas itu, Abdul Hadi ketika berucap di Dewan Rakyat juga mendakwa hak istimewa orang Melayu yang termaktub dalam Perlembagaan pada masa ini dinodai 'fanatik kepartian' UMNO.

Presiden Pas itu mendakwa, hak itu hanya berlegar dan dirasai kelompok parti pemerintah sahaja dan rakyat selainnya tidak merasai keistimewaan yang dijanjikan Perlembagaan itu.

"Apa yang merisaukan kita, hak istimewa ini tidak dijaga dengan baik menyebabkan fanatik kepartian berlaku. Yang dipentingkan adalah bumiputera yang menyokong UMNO, yang sokong parti pemerintah di Sabah dan Sarawak, kemudian ditambah lagi kroni-kroni pemimpin tertentu.

Itulah dakwaan Abdul Hadi, tetapi apa yang tidak mahu dilihat oleh Pas ialah sejauh manakah perjuangan Melayu yang dibawa oleh UMNO melalui BN telah memungkinkan orang Melayu sekarang sudah mampu 'berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan bangsa lain.'' Malahan berikutan ketegasan UMNO mempertahankan hak-hak orang Melayulah, ia memungkinkan semua orang Melayu termasuk di kalangan penyokong Pas sendiri merasai nikmatnya.

Tetapi demi politik, kepimpinan Pas cuba menafikannya dan lidah rasmi mereka menguar-uarkan kenyataan pemimpin-pemimpin parti itu agar orang Melayu tidak lagi menyokong UMNO sebaliknya menyokong Pas sebagai parti induk Melayu. Apa yang anehnya, sebelum ini Pas cuba mengelak soalan untuk orang Melayu. Apa yang sering mereka tegaskan ialah perjuangan untuk semua kaum sehingga ada pemimpin mereka yang sanggup menyatakan tidak bangga menjadi Melayu.

Oleh itu, apabila Pas sejak kebelakangan ini mula bercakap soal perjuangan Melayu, maka ia sudah tentu menimbulkan persoalan apakah ia benar-benar ikhlas atau sekadar meraih kembali undi yang semakin hilang di dalam genggaman. Pas amat memahami PKR dan DAP tidak akan memberikan mereka bertanding di kawasan selamat, sebaliknya mahu tidak mahu Pas perlu bertahan di kawasan yang pernah ditandingi dan ini tentulah melibatkan kawasan majoriti pengundi Melayu.

Tetapi disebabkan sikap tidak konsisten mereka dalam perjuangan orang Melayu, maka bahaya yang menanti ialah mereka akan kehilangan sokongan kelompok berkenaan. Ia sudah berlaku di Galas, Tenang, Merlimau dan Kerdau. Jumlah undi yang diperoleh calon Pas sudah jelas membuktikan bahawa parti berkenaan mampu mengekalkan sokongan di kalangan penyokong tegar mereka sahaja tetapi pengundi Melayu atas pagar sudah kembali menyokong UMNO dan BN.

Lihat sahaja di Galas, jika pada tahun 2008 mereka mendapat 4,339 undi tetapi dalam pilihan raya kecil itu Pas hanya mendapat 4,134 undi. Begitu juga di Tenang, undi Pas merosot daripada 3,875 undi pada tahun 2008 kepada 2,992. Trend yang sama berlaku di Merlimau apabila Pas meraih 2,319 undi berbanding 2,877 undi pada tahun 2008, manakala di Kerdau pula, jika pada tahun 2008 mereka memperoleh 2,520 undi tetapi dalam pilihan raya kecil lalu turun kepada 2,336.

Fakta-fakta inilah sebenarnya merimaskan kepimpinan Pas sehingga mereka cemas dalam mengatur strategi bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang. Tetapi Pas tidak akan mendapat apa-apa jika mereka tidak mahu bermuhasabah sebaliknya semakin gelabah menyalahkan UMNO dan BN terhadap kemerosotan sokongan yang dialami.


Thursday, March 17, 2011

Bila pemimpin dan pimpinan organisasi tidak ikut sistem

Tertarik dan menarik membaca tulisan Ketua Editor Sinar Harian. Pertama dalam menguruskan organisasi Sinar Harian yang mahukan berita sampai setiap hari tepat jam 6 pagi pembaca sudah menatap berita pada setiap hari. Ini katanya semua staff bawahannya memahami serta pihak pengurusan juga menjiwa sistem dalam pengurusan organisasi berita.

Justeru peranannya sebagai pemimpin organisasi adalah memastikan semua ahli dalam oragnisasi memahami dan mematuhi sisitem yang sedia ada. Katanya jika ia dipatuhi maka selamatlah oraganisasi berkenaan.

berbalik juga dalam menghormati sistem yang ada terutama dalam bernegara dalam negara kita. Sistem sudah cantik, tetapi ramai dan rata-rata pemimpin dan pimpinan organisasi 'enggan' mematuhi apa-apa yang adalam sistem. peraturannya begini tetapi oleh kerana mereka orang 'besar' dalam organisasi keengganan dengan keangkuhan itulah yang memamah sesebuah organisasi.

Teringat kita bagaimana PM semasa berucap di Pekan, ingat dan bangkitkan jangan kita isu kan soal air dalam negara kita. Isu berbangkit bilamana kita gagal mematuhi sistem yang ada, itulah sebabnya orang pertikaikan.

Sebagai contoh bagaimana seorang siswazah lepasan IPTA yang duduk di Kuala Medang Lipis . Baru tamat pengajian, datang dari keluarga yang susah dan miskin, dapat menerima gaji CEO Syabas (Syarikat Air Di Selnagor dengan gaji bulanan melebihi RM400,000 sebulan.

Jika macam ini, orang gila kerja atau pun kerja-kerja gila yang organisasi itu buat. Lu fikirlah sendiri..

Monday, March 14, 2011

Batalkan hasrat membina loji nukelar di Malaysia

Ketakutan kehabisan sumber tenaga dan alternatif kepada tenaga nuklear kini menjadi pilihan negara kita sikit masa dahulu. Perbincangan hangat telah di adakan dari semasa ke semasa. Pro dan kontra masih lagi hangat diperdebatkan dan kini semakin lesu dan layu.

Tiba-tiba tsunami melanda Jepun dalam masa terdekat yang membawa korban tragedi yang cukup besar iaitu 10,000 orang dan kemusnahan harta benda mencecah billion yen.

Kini , selepas bencana tsunami Jepun tertekan dengan bencana nuklear. Kelmarin loi nukelar di Jepun bocor, rsisko rakyatnya terkena radiasi yang mengancam nyawa dan keselamatan sejagat. Dan pakar nuklear Jepun kini bergelut dengan risiko yang tidak terjangka, walaupun mereka mempunyai teknologi dan tenaga pakar yang cukup hebat.

Berbanding dengan Malaysia, cita-cita untuk memperkenalkan tenaga nuklear dan mahu membuka dan membina loji nukelar kian hebat.

Justeru itu, kini pakar nuklear negara kena memikirkan kembali terhadap usaha murni mereka. Kini desakan suara pihak-pihak yang mahukan negara memikirkan kembali hasrat membina loji nuklear hangat kembali.

Bagi kita, jangan mengambil risiko yang berisiko tetangnya, fikirkan keselamatan


Kerajaan Diminta Batal Bina Loji Nuklear

KUALA LUMPUR: Kerajaan disaran membatalkan cadangan membina loji nuklear bagi mengelak kesan buruk kebocoran loji nuklear seperti yang berlaku di Jepun.

Anggota Parlimen Klang daripada DAP, Charles Santiago berkata ancaman kebocoran tenaga nuklear boleh berlaku kepada mana-mana negara tidak terkecuali Jepun, sungguhpun negara itu mempunyai teknologi canggih serta berpengalaman dalam teknologi tenaga nuklear lebih 60 tahun.

Justeru katanya kerajaan perlu mengambil iktibar daripada kejadian tersebut memandangkan risiko bahaya kebocoran tenaga nuklear kepada negara ini adalah lebih besar jika pembinaan tersebut terus dilaksanakan.

"Kejadian yang berlaku terhadap loji nuklear Fukushima yang terletak 150 kilometer dari Tokyo memperlihatkan loji nuklear membawa risiko yang amat buruk kepada orang ramai dan alam sekitar.

"Walaupun ia mempunyai protokol keselamatan dan pakar pengurusan khusus bagi menghadapi kejadian tersebut tetapi tetap tidak terlepas daripada ancaman nuklear," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini Isnin.

Santiago mengulas kenyataan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Peter Chin Fah Kui semalam bahawa kerajaan akan mengambil kira semua aspek termasuk keselamatan dan penerimaan rakyat bagi menjayakan rancangan pembinaan loji nuklear pertama Malaysia.

Sabtu lepas, loji nuklear kepunyaan Tokyo Electric Power Company (Tepco), Fukushima Daiichi meletup dan melebur ekoran gempa bumi pada 8.9 skala Richter yang melanda wilayah Miyagi, Jepun pada 1.46 petang (waktu tempatan) Jumaat lepas.

Berikutan letupan itu, amaran kebocoran nuklear terhadap kawasan tersebut dikeluarkan kerajaan Jepun dan kira-kira 200,000 penduduk terpaksa berpindah ke lingkungan lebih 10 kilometer jauh dari kawasan loji tersebut bagi mengelak bahaya radiasi yang mungkin terbabas keluar dari letupan berkenaan. BERNAMA

Berdemo hanya kerana DNA Anwar ?

Apakah gilanya rakyat Malaysia, membuat demontrasi mendesak Dato Seri Anwar Ibrahim menyerahkan DNA. Kenapa perginya polis, pendakwaraya (peguam negara) iaitu kalangan orang yang terlibat langsung pendakwaaan dakwa liwat II ke atas beliau. Siri demontrasi rakyat mendesak Anwar serah DNA. Apa kesannya dengan kehidupan rakyat. Jika Anwar terhukum apa faedah kehidupan rakyat ?

Kenapa rakyat mendesak dan marah Anwar hanya enggan serahkan DNA? Beliau siapa hanya seorang ketua pembangkang yang digantung. Bukan siapa-siapa ? Kenapa takut sangat ? Mengapa rakyat terbanyak mahukan DNA diserahkan apa faedahnya kepada mereka. Himpunan dibuat serantak di seluruh negara. Boleh dikatakan semua bandar seluruh Malaysia membuat demontrasi berkenaan. Hanya di Sabah dan Sarawak sahaja yang tidak membuat demontrasi agaknya.

Situasi ini , mudah difahami jika rakyat luar negara berdemo menuntut hal-hal sejagat kehidupan manusiawi, seperti menuntut pengembalian keadilan dalam pemerintahan sesebuah negara, isu kemiskinan, tiada peluang pekerjaan, harga barang naik melampau, rasuah dan ketirisan dalam kerajaan, kekayaan luarbiasa dan boros pemimpin. Sebaliknya di Malaysia , rakyat 'bermati-matian' berdemo jalanan mendesak Anwar serahkan DNA segera.

Inilah Malaysia, walaupun sudah merdeka kalangan rakyat ada yang 'gagal' berfikir dan menggunakan fikiran yang waras kenapa dan mengapa berdemo hanya tentang DNA. Nampak jelas fikiran mereka 'terjajah' dan 'tindakan mereka di arah' . Ibarat bagai lembui yang dicucuk hidungnya. Inilah gaya 'permainan mak yong' yang digerakkan oleh tukang karutnya. Rakyat yang berdemo itu mengikut 'rentak dan tari' orang yang memegang tali di belakang mereka.

Betapa mereka tidak rasa diperbodohkan dengan tindakan yang menampakkan kebodohan mereka. Usahlah kita bercakap lestari itu ini, minda kelas pertama atau berbagai istilah lunak-lunak.

Negara semacam sudah pergi ke arah 'masyarakat kacang parpu' . Makin tidak keruan. sistem yang dibentuk semakin pincang, semua gejala semakin parah.

Saturday, March 12, 2011

Tsunami Jepun: Gambaran Kekuasaan Allah





Gempa bumi kuat di perairan timur Honshu, Jepun
12/03/2011 11:15am

KUALA LUMPUR 12 Mac - Satu gempa bumi kuar berukuran 6.5 pada skala Richter di perairan timur Honshu, Jepun pada pukul 9.47 pagi ini.

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia, pusat gempa bumi adalah di 292 km dari timur laut Tokyo dan 4,243 km dari timur laut Kudat di Sabah.

Gempa bumi itu tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia dan jabatan sedang memantau perkembangan berkenaan. - Bernama

gan skala 10 Rithcer

Friday, March 11, 2011

Umno Bukannya Kuat Sangat

Benarkan kerajaan Umno Bn kuat ? Jawapannya kerajaan Umno Bn tidaklah sekuatmana tetapi pada zahirnya sahaja nampak kerajaan Bn macam kuat. Ego kekuatan kerajaan Bn diukur dan dinilai melalui kejayaan berganda mereka meraih dua kemenangan dalam dua PRK Kerdau Merlimau yang diadakan serentak pada 6 Mac yang lalu.


Kekuatan Umno Bn hanya diukur melalui peti undi dengan sokongan serta perbandingan jumlah undi yang diraih. Kebetulan keputusannya undi memihak kepada Umno Bn, malah meningkat daripada sebelumnya. Di Kerdau undi Bn naik mendadak daripada 1,600 kepada 2,724 undi. Di Merlimau pula menjadi 3,655 undi daripada 2,456 undi sebelumnya.


Menurut pengarah PRK Kerdau Dato Tuan Ibrahim Tuan Man, pertambahan undi kepada Umno kerana peratusan keluar undi meningkat daripada sebelumnya menjadi 83.24%. Kedua, pertambahan pengundi baru kepada 8,999 orang daripada sebelumnya. Ketiga penggunaan jentera kerajaan secara maksimum.

Kekuatan Umno Bn hanya dibantu dan ditolongi sepenuhnya oleh jentera kerajaan. Kerahan jabatan-jabatan kerajaan spt JKR, PDRM, Tentera, JKM, JHEOA, Perkeso, JPN, Jabatan Pendaftaran Negara, Bomba & Penyelamat dan sebagainya. Rata-rata menurunkan pegawai-pegawai kanan 'atas arahan bertugas' bagi membantu Umno secara 'halal' atas nama kerajaan.

Dalam hal ini isteri penulis yang bekerja dengan salah sebuah jabatan di atas mempunyai pengalaman tersendiri mengatur lawatan menteri berkenaan khas dalam misi di Kerdau. Dakwaan Dato Tuan Ibrahim tidak dapat dinafi dan disangkal. Kebenarannya tetap ada.

Kemasukan undi luar biasa melalui pertambahan undi menjadi jumlahnya kepada 8999 juga merupakan satu kejuatan. Justeru, tungkus lumus jentera PAS dengan dibantu oleh DAP dan PKR gagal menyaingi keseluruhan 'kerahan' jentera kerajaan.

Jentera Umno, hanya sebagai kosmetik, mereka lebih kepadaa pelengkap dan menjadi pelancong pilihanraya dengan hanya mengaya dan memperaga fesyen dan cara pemakaian. Penulis hanya terserempak beberapa kali jentera puteri dan wanita Umno bergerak rumah ke rumah, dan kami sempat menyapa mereka. Dengan jentera wanita Umno malu dan tersipu-sipu bila berselisih dan ditegur sapa oleh calon PAS waktu itu.











Wednesday, March 09, 2011

Cedik Pandai Yang Dibeli atau Terbeli

Dua professor universiti tempatan kelmarin menjadi tamu RTM rancangan bualbicara Isu Khas berkenaan pilihanraya Kerdau dan Merlimau. Kedua-dua tamu undangan terus memberi pandangan mengikut kaca mata RTM dan kerajaan, itulah tujuan pun mereka diundang.Pandangan mereka adalah pandangan sehala.

Dalam negara kita, kita lemas dan malas bercakap soal kebebasan berfikir dan memberikan pandangan yang bertentangan dan berlawanan dengan pandangan arus perdana. Kerana di negara kita akan dicop sebagai sesuatu yang tidak sihat.

Ironisnya, apa yang ingin diketengahkan bayangkan bagaimana dua cerdik pandai yang diundang pun boleh berfikiran sedemikian. Pemikiran sehala, malah mereka ini pula tergolong juga sebagai orang yang hebat intelektualnya pun gagal memikir dan membuat rumusan pertimbangan yang secara rasional. Usahlah diharapkan sesuatu yang luarbiasa daripada masyarakat orang kampung bagi membuat keputusan.






Monday, March 07, 2011

Kerdau : Analisa kemenangan Bn


KERDAU: Tahniah bn atas kejayaan luar biasa dalam dua PRK serentak di Malaysia. Kejayaan luarbiasa ini setidak-tidak dapat dirasai bersama oleh 8999 pengundi di Kerdau dan jumlah lebih untuk Dun Merlimau.

Kemenangan Bn sudah dijangkakan, dengan tindakan-tindakan dan kerja-kerja luar biasa yang mereka lakukan bermula sebelum penamaan calon lagi.

Cuma sesetengah pihak, melihat betapa Bn sungguh tidak beretika dan mengodam sungguh peluang dan ruang yang ada bagi mereka mengekalkan kuasa mereka.

Ketidakfahaman rakyat dengan kerajaan dan parti menguasai kerajaan perlu disedarkan. Jika rakyat sudah celik politik dan tahu permainan politik Umno Bn tidak akan kekal menang selesa walaupun dalam kepayahan di kedua-dua Dun ini.

Kerakusan dan keghairahan Umno Bn memperkosa dan memperalatkan semua jentara kerajaan dalam PRU Kerdau dan Merlimau adalah sungguh keterlaluan dan melampau. Tindakan dan mempergunakan jentera kerajaan secara terang-terangan akhirnya akan membuka mata rakyat.

Itu sebab bilamana ceramah-ceramah PAS dan PR yang sering mendapatkan sambutan menakutkan umno Bn

Sunday, March 06, 2011

TERKINI: KERDAU

KERDAU:

Jam 7.27 mlm

PAS 2002 BN 4074
MAJORITI - 2072

Jam 7.39 mlm

PAS - 2161
Bn - 4486
majoriti - 2325 undi

Jam 7.41 mlm

PAS - 2204 undi
Bn - 4793 undi
majoriti - 2589 undi

TERKINI: KERDAU

KERDAU:

JAM 7.27 MLM

PAS 2002 BN 4074
MAJORITI - 2072

Kerdau: lihat sendiri akhlak siapa dia ni


KERDAU: anda dapat bayangkan bagaiamana mereka bercakap soal etika dan akhlak.

Demi undi , Bn boleh dan halalkan apa sahaja. Tanpa rasa sekan dan malu, tetapi amat berbangga bagaimana sendu dan terkedunya kita perlakuan pimpinan kita.