Thursday, March 17, 2011

Bila pemimpin dan pimpinan organisasi tidak ikut sistem

Tertarik dan menarik membaca tulisan Ketua Editor Sinar Harian. Pertama dalam menguruskan organisasi Sinar Harian yang mahukan berita sampai setiap hari tepat jam 6 pagi pembaca sudah menatap berita pada setiap hari. Ini katanya semua staff bawahannya memahami serta pihak pengurusan juga menjiwa sistem dalam pengurusan organisasi berita.

Justeru peranannya sebagai pemimpin organisasi adalah memastikan semua ahli dalam oragnisasi memahami dan mematuhi sisitem yang sedia ada. Katanya jika ia dipatuhi maka selamatlah oraganisasi berkenaan.

berbalik juga dalam menghormati sistem yang ada terutama dalam bernegara dalam negara kita. Sistem sudah cantik, tetapi ramai dan rata-rata pemimpin dan pimpinan organisasi 'enggan' mematuhi apa-apa yang adalam sistem. peraturannya begini tetapi oleh kerana mereka orang 'besar' dalam organisasi keengganan dengan keangkuhan itulah yang memamah sesebuah organisasi.

Teringat kita bagaimana PM semasa berucap di Pekan, ingat dan bangkitkan jangan kita isu kan soal air dalam negara kita. Isu berbangkit bilamana kita gagal mematuhi sistem yang ada, itulah sebabnya orang pertikaikan.

Sebagai contoh bagaimana seorang siswazah lepasan IPTA yang duduk di Kuala Medang Lipis . Baru tamat pengajian, datang dari keluarga yang susah dan miskin, dapat menerima gaji CEO Syabas (Syarikat Air Di Selnagor dengan gaji bulanan melebihi RM400,000 sebulan.

Jika macam ini, orang gila kerja atau pun kerja-kerja gila yang organisasi itu buat. Lu fikirlah sendiri..

No comments: