Thursday, April 01, 2010

KPPAS: Media

RM52 BILION SAHAM BUMIPUTERA HILANG : UMNO/BN PENGKHIANAT?

Parti Islam Semalaysia (PAS) kesal di atas pengkhianatan kerajaan Umno/BN yang dengan kehilangan RM52 bilion saham bumiputera. Siasatan menyeluruh mesti dibuat ke mana lesapnya nilai saham yang begitu banyak yang diperuntukan kepada Bumiputera. Siapakah dalang yang mengkhianat hak Bumiputera perlu disisasat. Menteri yang bertanggungjawab mesti disiasat dan meletak jawatan.

PAS yakin dengan peruntukan wang sebanyak itu, pemilikan ekuiti bumiputera akan mencapai melebih daripada 30%. Tetapi akibat pengkhianatan amanah dan kejahilan pemimpin Umno/BN maka ekuiti bumiputera hanya mendapat 19.4% sahaja.

Mereka juga menjadikan modal supaya rakyat yang miskin akan menjadi abdi moden dan takut untuk menyokong PAS dan Pakatan Rakyat. Kerajaan Umno/BN memahami bahawa rakyat yang ,miskin adalah stok penimbal setiap kali pilihanraya. Memang kajian menunjukan rakyat yang miskin dan kurang pengetahuan begitu kuat bergantung dengan kerajaan melalui projek mee segera yang diberikan setiap kali pilihanraya

Pas menyedari bahawa kemiskinan yang dirancang supaya ia menjadikan modal dan halwa manisan untuk orang-orang Melayu/Bumiputera akan terus menyokong Umno/BN dalam setiap kali pilihanraya. Kerajaan Umno/BN memahami bahawa rakyat miskin adalah stok penimbal setiap kali pilihanraya. Memang kajian, menunjukkan rakyat yang miskin dan kurang pengetahuan begitu kuat bergantung dengan kerajaan terutama janji yang ditaburkan setiap kali pilihanraya.

Umno/BN akan mencanang bahawa Melayu mundur kerana ia adalah akibat ancaman daripada orang bukan Melayu. Mereka mendakwa kalau orang Melayu mahu selamat maka teruslah bersama dengan Umno/BN kerana Umno sahaja parti yang menjaga ketuanan Melayu di negara ini. Sebenarnya atas nama ketuanan Melayu menjadi tiket kepada mereka untuk menggadai hak orang Melayu di negara ini.

PAS berpendapat buatlah apa dasar sekalipun jika tidak membuang sifat pembaziran, rasuah dan ketirisan dan salah urus, maka dasar Model Ekonomi Baru (MEB) juga akan mengulangi kegagalan DEB sebelumnya, kerana pelakon yang sama membawa watak yang sama.

Ust Idris Hj Ahmad

Ketua Penerangan PAS Pusat


Monday, March 29, 2010

Jawi : Antara kemahuan serta usaha atau lakonan semula ?

Kita sememang sangat mengalu-alukan usaha beberapa pihak untuk mengembalikan kembali tulisan jawi dalam kehidupan masyarakat. Usaha-usaha mendaulatkan tulisan jawi bukan hanya diadakan kempen, pertandingan menulis jawi, melihat tulisan cantik, mencari kanak-kanak berbakat sahaja.

Malah langkah tsb menuntut lebih daripada itu, langkah serius adalah memasukkan tulisan jawi dalam sistem pendidikan negara. Jadikan ia sebagai mata pelajaran wajib, selitkan sebermula di peringkat rendah. Penerusan yang dibuat oleh tadika swasta dan pihak NGO tertentu serta badan politik tertentu hendaklah jangan dicurigai. Bantu mereka tolong mereka samada material atau moral , suburkandan semarakkan.

Kerajaan yang ada hendaklah berjiwa besar lihatlah ke hadapan. Jangan terlalu asyik mahu mengaut laba dunia. Bangsa dan negara juga harus didahulukan, jangan diri didahulukan, negara dan bangsa dikemudiankan seperti sekarang ini.

Semua projek usaha adalah sekadar kosmetik belaka dan sahaja. sampai bila negara dan bangsa kita tidak akan maju. Tetaap seperti sebelum merdeka bedanya baik sedikit kerana zaman dan masa sudah berubah, jika ditelek 5x2 dan 2x5 sahaja.

Kenyataan TGNA

Bantu saya jayakan misi bersama Pakatan Rakyat - Nik Aziz
Harakahdaily

KOTA BHARU, 29 Mac: Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam kenyataan pertamanya selepas dipilih semula sebagai Mursyidul Am meminta semua pihak dalam PAS agar membantu beliau bagi menjayakan misi parti bersama dengan Pakatan Rakyat.

"Saya berharap agar seluruh kepimpinan PAS di pelbagai peringkat akan terus memberikan komitmen di dalam menjayakan misi parti bersama-sama Pakatan Rakyat," kata beliau dalam kenyataan bertulis yang dihantar kepada media sekejap tadi.

Kenyataan ini dibuat beliau selepas dipilih sekali lagi sebagai Mursyidul Am dalam mesyuarat kedua Majlis Syura Ulamak PAS pagi tadi. Turut dipilih semula adalah Datuk Dr Haron Din sebagai timbalannya.

Dalam kenyataan itu beliau berkata, "menyedari harapan ahli dan semangat serta kepercayaan Majlis Syura, maka dengan lafaz bismillah, saya menerima amanah ini dengan doa agar Allah Subhanahu wataala sentiasa memandu saya di dalam mengemudi hala tuju parti."

Berikut adalah kenyataan penuh beliau:-


KENYATAAN RASMI
YAB TUAN GURU DATO’ HAJI NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT
MENTERI BESAR KELANTAN


PERLANTIKAN SEMULA SEBAGAI
AL-MURSYIDUL AM PAS

• Saya telah dimaklumkan mengenai perlantikan semula saya sebagai Al-Mursyidul Am bagi Parti Islam Se-Malaysia (PAS) untuk sesi 2010-2015 sebagaimana yang telah diputuskan di dalam mesyuarat kedua Majlis Syura pada hari ini, jam 10 pagi pada hari ini, 29 Mac 2010.

• Sukacita saya ingin merakamkan terima kasih kepada kepimpinan PAS Pusat di atas kepercayaaan diberikan kepada saya bagi memikul amanah yang berat ini. Ia juga adalah satu cabaran bagi saya untuk terus memberikan khidmat sebagai Al-Mursyidul Am menurut apa yang termaktub di dalam Perlembagaan PAS.

• Namun, saya anggapkan ia sebagai ketentuan Allah Subhanahu wataala kerana kemampuan saya untuk menjalankan tugas ini amat bergantung kepada masa dan keupayaan serta keadaan kesihatan saya. Bahkan pada pagi ini pun, saya baru saja menghadiri sesi pemeriksaan doktor di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian.

• Seperti yang telah saya tegaskan sebelum ini, bahawa saya tidak mempunyai sebarang halangan untuk menerima pelantikan ini sekiranya Majlis Syura berpandangan untuk terus memberi kepercayaan kepada saya. Saya sifatkan itu adalah keputusan ‘syura’ yang bakal membantu saya memikul amanah ini. Lebih-lebih lagi di dalam mempersiapkan upaya parti menghadapi pilihanraya umum yang ke-13 nanti.

• Menyedari harapan ahli dan semangat serta kepercayaan Majlis Syura, maka dengan lafaz bismillah, saya menerima amanah ini dengan doa agar Allah Subhanahu wataala sentiasa memandu saya di dalam mengemudi hala tuju parti.

• Saya berharap agar seluruh kepimpinan PAS di pelbagai peringkat akan terus memberikan komitmen di dalam menjayakan misi parti bersama-sama Pakatan Rakyat.

Semoga kerjasama dan husnul-zhon (sangka baik)dari semua kepimpinan, saya yakin PAS akan terus menjadi parti yang perkasa dan Insya-Allah PAS di Kelantan bersama-sama PAS di seluruh Negara akan terus utuh bersama-sama rakan-rakan Pakatan Rakyat dalam mendepani cabaran politik baru di Malaysia hari ini.

Sekian, wassalam.


TUAN GURU DATO’ HAJI NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT

Bertarikh : 29 Mac 2010


Kenyataan Media Ketua Penerangan - Isu Buang Bayi


BUANG BAYI : APA YANG PAS TELAH USAHAKAN

Nampaknya semuia media arus perdana memfokuskan isu pembuangan bayi di negara ini. Seperti biasa pemimpin negara mengecam perbuatan tersebut dengan ucapan yang menggambarkan kekesalan terhadap gejala tersebut, ada yang sebak menangis mengenangkan peristiwa tersebut. Saya mendapat respon banyak dalam Facebook saya, apa pula yang PAS buat untuk mengatasi masalah ini. Apakah PAS hanya pandai menyalahkan pihak kerajaan sahaja dalam isu ini. Inilah nasib malang PAS kerana apa yang PAS buat tidak diketahui oleh masyarakat. Media perdana tidak menyebelahi PAS, sehingga masyarakat tidak mengetahui apa yang PAS buat. Mereka menganggap bahawa PAS hanya sebuah parti politik untuk mendapat kuasa sahaja. Seolah-olah PAS tidak memperdulikan persoalan, moral dan akhlak remaja.

Saya ingin tegaskan sebagai sebuah parti Islam dasarnya ialah Islam dalam perkara 3 “Dasar Pas ialah Islam”. Maka jelaslah bahawa Islam yang hendak ditegakkan berbeza dengan apa yang hendak dipejuangkan oleh Umno/BN di negara ini. PAS bukan sahaja sebagai parti politik tetapi ia adalah Gerakan pelitik dan gerakan Dakwah. Walaupun aktiviti Pas nampak lebih menonjol dalam politik, sebenarnya PAS juga sebagai gerakan dakwah. Justeru itu walaupun tarikh pilihanraya masih jauh, sebagai gerakan dakwah terus berjalan sebaik sahaja pintu pagar tempat mengundi ditutup. Dalam erti kata yang lain PAS akan bergerak sebagai sebuah parti Islam bagi menyebarkan risalah Allah di muka bumi ini.

PAS menggunakan pendekatan dalam membendung gejala buang bayi ini dengan kaedah mencegah dan menguatkuasakan undang-undang. Ada tohmahan PAS hanya hendak pakai undang-undang tanpa mendidik. Maka di bawah ini adalah jawapannya.

Antara program yang dilakukan untuk membendung gejala yang tidak bermoral supaya tidak berlaku pembuangan bayi ialah;

-Kuliah-kuliah yang mengisi kefahaman Islam dan penghayatan melalui ustaz dan tenaga pengajar PAS di masjid dan di surau. Pendidikan supaya mereka berakhlak dengan akhlak Islam. Kerana penghayatan agama adalah benteng yang paling kukuh dalam memerangi gejala ini.

-Pemuda Pas melalui program “Duta Penyelamat” yang turun berjumpa secara langsung dengan golongan muda mudi. Berjumpa dengan mereka yang duduk berduan yang boleh menjurus kepada perzinaan dengan penuh kasih sayang, menasihati mereka supaya mereka tidak melakukan perbuatan yang menghampiri zina.

-Pemuda dan Nisa’ turun ke padang bertemu dengan remaja yang datang ke tempat bandar besar pada hari keramaian seperti awal tahun baru dan sambutan kemerdekaan. Remaja dibekalkan dengan risalah kesedaran untuk mereka menjadi manusia yang jauh daripada perbuatan zina. Kerana malam itu ialah malam pesta anak muda yang menggerunkan kita sebagai orang yang beriman dan bimbnag tentang masa depan mereka.

-Di Kedah ada satu NGO yang dikendalikan oleh ahli PAS membuat kerja lapangan yang begitu menakjubkan iaitu LANDAS yang berpusat di Sungai Petani. Kumpulan ini telah bertindak membimbing mereka yang terjebak dengan kehancuran hidup seperti dadah, arak, pelacur. Mereka turun dengan bersemuka dan cuba membimbing mereka untuk kembali ke pangkal jalan.

-Di Selangor, kerajaan Pakatan Rakyat telah mengamanahkan kepada Exco Pas Dr Halimah untuk mengendalikan Program Pembangunan Modal Insan dengan kewujudan SPIES (Spirtual, Physical,Intellectual, Emotional, Social). Semua acuan yang dibuat melalui program belia remaja adalah menjuruskan kepada pembinaan jati diri remaja di negara ini.

-Di Kelantan adanya Unit Belia, untuk mengendalikan program belia seperti bina insan, sukan rekreasi, kursus motivasi

-Program hidup sihat diperkanalkan supaya hidup remaja terisi dengan memperkenalkan program sukan melaui Lajnah Sukan Dan Rekreasi Pemuda. Ini bertujuan untuk membuktikan bahawa dalam Islam juga ada sukan dan PAS bukan anti sukan.

-Kempen jauhi arak telah dibuat, kerana arak adalah ibhu segala maksiat yang boleh menjuruskan kepada perzinaan.

-Untuk mengelak supaya faktor rangsangan seks dapat diatasi, maka pihak Dewan Pemuda PAS pernah berjumpa dengan Kementerian Dalam Negeri dengan membawa contoh majalah lucah yang bercambah di pasaran untuk dijadikan bukti supaya pihak KDN bertindak, malangnya dijawab kalau rakyat kita kuat iman maka tidak menjadi masalah. Pas bimbang majalah seperti ini yang merangsang nafsu seks kepada pembaca. Kalau yang boleh pihak kerajaan kawal pun mereka tidak buat apa-apa, apa tah lagi hendak diharap untuk kawal alam siber.

- Kempen supaya mengalakkan budaya hedonism di lancarkan supaya rakyat terutama remaja dapat mengelak untuk mendekati dengan budaya yang tidak sihat.

-PAS telah melatih anak-anak kecil lagi melalui pendidikan pra sekolah, sejak umur 4 tahun melalui Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI). Anak-anak kecil diajar supaya memakai pakaian menutup aurat, cintakan akhlak Nabi, doa dan hafalan ayat-ayat lazim. PAS menganggap mereka ialah generasi yang akan mewarnai zaman akan datang.

-Kelantan memperkenalkan kaunter berasingan di pasaraya. Semua ini sebagai langkah menutup pintu perzianaan.

-Kelantan mengadakan setiap tahun sepanjang bulan Rejab kempen bulan solat. Kerana solat adalah kunci untuk tidak mekakukan kemungkaran. Walaupun usaha ini dipandang remeh tetapi mempunyai impak yang besar.

-Beberapa program smart Muslim dan Smart Solat diadakan untuk melahir generasi yang bertaqwa kepada Allah dan mempunyai jati diri yang kental.

-Setiap kali cuti persekolahan panjang, PAS telah mengadakan Kem Pembinaan Iman selama 2 hari semalam. Program yang terbuka kepada semua remaja yang berumur 12 tahun sampai 20 tahun.Pengisian ceramah, bengkel, motivasi pelajar cemeralang, qiamullai, tilawah al-Quran.

-Program Unit Amal dan Nisa’ sebagai satu program alternatif kepada remaja untuk program luaran yang bersifat rekreasi dan bersantai. Sudah tentu ia satu kelainan dengan Rakan Muda dan PLKN.

-Setiap PAS negeri ada program yang tersendiri untuk memastikan remaja belia terbimbing. Contohnya di Kedah ada Kem Bina Shakhsiah. Program yang boleh dijadikan satu alternatif yang menjuruskan kepada pembinaan iman dan taqwa serta kekuatan fizikal.

-Usrah remaja diwujudkan disetiap cawangan PAS, untuk memberi kefahaman Islam kepada remaja. Pengisian ibadat, akhlak dan adab pergaulan ditekan kepada mereka.

Mungkin orang mempertikaikan kenapa gejala tidak bermoral juga berlaku di Kelantan dan negeri yang PAS kuasai. Jawapannya kerana kuasa negeri amat terbatas, banyak peraturan dikuasai oleh kerajaan pusat. Banyak kuasa seperti polis, kastam, imigresen, Badan Pencegah Rasuah di bawah kuasa pusat. Rangkaian TV dibawah kerajaan Umno/BN, sistem pendidikan kebangsaan di bawah Umno, akta cetak yang membenarkan majalah hiburan di bawah Umno. Secara keseluruhannya ini adalah kegagalan Umno dalam menangani isu ini. Malahan Umno menjadikan ini sebagai senjata untuk terus melekakan rakyat supaya rakyat tidak mempedulikan penyelewingan dan kegagalan mereka menguruskan negara. Mereka tahu apabila belia dilekakan, maka mudahlah mereka mendapat sokongan dan undi dalam pilihanraya.

Sekurang-kurangnya PAS dengan berbagai kekangan telah berusaha membendung supaya menutup pintu perzinaan yang berakhir dengan pembuangan bayi. Mungkin banyak lagi kekurangan dalam program yang perlu diperbaiki. Walau bagaimanapun usaha PAS adalah lebih baik daripada apa yang kerajaan umno/bn lakukan sehingga keadaan semakin parah.

Ust. Idris Hj Ahmad

Ketua Penerangan PAS Pusat

Bahasa Untuk Semua Kaum

Bahasa milik semua kaum

Penyertaan banyak negara dalam pertandingan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu (PABM) 2010 menjadi penanda aras bahawa bahasa Melayu berjaya diangkat ke peringkat antarabangsa.


ZHANG SONG anggun dalam persalinan kebaya ketika menyampaikan pidatonya.


SAYA tidak sangka boleh menang sebab semua peserta mempunyai gaya penyampaian yang menarik dan teks yang baik.

"Namun rezeki memihak kepada saya. Ia merupakan pengalaman manis yang tidak boleh saya lupakan," kata Zhang Song atau nama Melayunya, Noriah.

Peserta dari China itu muncul sebagai juara pertandingan Pidato Antarabangsa bahasa Melayu Piala Perdana Menteri 2010 (PABM) bagi kategori antarabangsa yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), baru-baru ini.

Pelajar tahun dua Universiti Beijing Pengajian Bahasa-Bahasa Asing (BFSU) dalam bidang kesusasteraan dan pengajian Melayu itu berjaya menewaskan peserta dari Rusia, Armenia, Australia, Kemboja dan Jerman.

Anak didik kepada tokoh bahasa negara, Prof. Dr. Awang Sariyan yang juga merupakan Penyandang Pertama Kursi Pengajian Melayu di BFSU, Zhang Song, 20, begitu yakin ketika menyampaikan pidatonya yang bertajuk, Kelestarian Masa Depan Bumi Di Tangan Kami.

Menurut Zhang Song, dia mengambil masa selama sebulan untuk menyediakan teks dan selama sebulan lagi untuk menghafalnya.

Anak tunggal itu memberitahu, dia muncul juara kerana usaha bersama guru dan pensyarahnya iaitu Cikgu Fu Chong Chong dan Awang Sariyan yang menyunting teksnya.

Selain itu, dia juga perlu mengingati setiap teks dan menyampaikannya dengan cara yang menarik.

Mengikuti pengajian bahasa Melayu di Universiti Beijing selama dua tahun, Zhang Song mahir bertutur dan memahami bahasa Melayu hanya dalam tempoh setengah tahun sahaja.


ARBA'IE menjelaskan golongan pendakwah yang menyebarkan agama Islam telah mengangkat bahasa Melayu ke tahap yang membanggakan.


"Pada peringkat awal, agak sukar untuk menyebut beberapa perkataan yang mempunyai awalan huruf R seperti ber.

"Sehubungan itu saya perlu kerap menyebut dan mengulang perkataan itu. Akhirnya saya berjaya juga menyebutnya dengan lancar," kata anak kepada pensyarah pentadbiran Universiti Shandong, China.




Peminat penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza itu memberitahu, dia mempelajari bahasa Melayu kerana tertarik dengan Malaysia.

Baginya, Malaysia mempunyai banyak tempat menarik dan makanan yang enak, selain rakyatnya yang berbilang kaum.

"Makanan yang paling saya suka di Malaysia ialah mangga dan air kelapa. Selain itu, tarian zapin dan filem-filem seram di Malaysia juga menarik minat saya," katanya yang meminati filem Jangan Pandang Belakang.

Sementara itu, Ketua Jabatan Bahasa Melayu, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof. Madya Dr. Arba'ie Sujud berkata, pertandingan PABM merupakan satu usaha murni kerajaan untuk mengantarabangsakan bahasa Melayu di peringkat antarabangsa.

"Dengan penyertaan yang semakin meningkat dari pelbagai negara, ia menunjukkan bahawa kecintaan terhadap bahasa Melayu semakin meningkat.

"Bahasa Melayu telah digunakan di Kepulauan Melayu pada abad ketujuh lagi. Pada waktu itu bahasa Melayu dianggap sebagai satu daripada 200 bahasa yang dituturkan di kepulauan tersebut.

"Penggunaan bahasa Melayu semakin meluas kerana bahasa tersebut mudah dituturkan berbanding bahasa-bahasa lain yang ada pada waktu itu," katanya yang telah berkhidmat di UPM selama 11 tahun.

Anak keempat daripada tujuh beradik itu memberitahu, bahasa Melayu berkembang dengan pesat dan menempa era kegemilangannya pada abad ke-13 apabila Islam mula bertapak di Kepulauan Melayu.

Peranan yang dimainkan oleh golongan pendakwah dalam menyebarkan Islam telah mengangkat martabat bahasa Melayu pada tahap yang membanggakan. Bahasa Melayu telah mampu membicarakan persoalan yang lebih realistik dan ilmiah.

"Jika meneliti sejarah bahasa Melayu di Malaysia, bahasa Melayu dipilih di atas kesedaran bersama sewaktu pembentukan negara dengan memilih bahasa Melayu untuk semua kaum.

"Melalui peruntukan dalam Perlembagaan Malaysia artikel 152 secara jelas bahawa bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan dan bahasa rasmi yang menjadi bahasa perhubungan dan bahasa identiti dalam kalangan rakyat Malaysia.

"Namun dalam konteks ini tidak bermakna pemilihan bahasa Melayu adalah milik orang Melayu, tetapi milik rakyat Malaysia. Jelasnya penggunaan dan pemilihan bahasa Melayu dalam konteks ini sebagai penyatu masyarakat majmuk, pembangun cita-cita dan nurani warganya yang bermatlamatkan keharmonian sejagat," katanya.

Bagaimanakah caranya untuk meningkatkan rasa cinta masyarakat khususnya remaja terhadap bahasa Melayu?

"Pelaksanaan atau pemerkasaan bahasa dengan penggunaan bahasa Melayu dalam situasi rasmi wajar diberi keutamaan. Bahasa Melayu bukan milik satu kaum tetapi milik masyarakat Malaysia. Kefahaman dan doktrinasi ini dimulakan pada akar umbi dan generasi muda. Bukan sebagai slogan tetapi diikuti dengan tindakan atau perancangan," kata Arbaie lagi. - FATEN SAPHILLA MOHAMED ISA

Bapa Pejuang MELAYU

Inilah antara muka-muka Perkasa Melayu yang bercadang ambil alih peranan UMNO. Jika dilihat muka-muka mereka dan raut wajah tua-tua belaka. Tokoh-tokoh buangan UMNO belaka. Gamaknya UMNO dah letih berjuang Melayu.

Kita cadangkan berilah anguerah Tokoh Khas Abad Ini. Iaitu BAPA PEJUANG MELAYU kepada Presidennya.

Presiden UMNO sekarang patut 'reti' bahasa angkatlah tokeh yang 'hebat' ini sebagai ke kerusi No 1 UMNO. barulah betul...Dia ni lapar jawatan gayanya, katanya duit dia ni dah banyak.

Pemimpin dan kempimpinan ada kesa dan terkesan kepada rakyat

Carik-carik bulu ayam dalam MCA sudah selesai. Penyelesian dalam kepimpinan MCA pada hari semalam, bilmana 2716 perwakilan membuat pilihan masing-masing. Dengan keputusan memihak kepada Dr Chua Soi Lek sebagai Presiden MCA yang baru.

Bagi MCA kemenangan Chua adalah tetap menang walaupun sesetengah akhbar menyatakan Chua menang dengan majoriti tipis. Bagi kita Chua menang.

Menurut pandangan tokoh parti DAP Chua menang tanpa undi solid daripada wanita MCA. Sememanglah 'kerja dan sejarah lama' Chua tetap menghantui dirinya dan MCA.

Bagi UMNO melihat sejarah dan cerita Chua adalah 'hak peribadi' sahaja tidak lebih daripada itu, tetapi bagi masyarakat yang tinggi nilai dan tinggi budinya kempimpinan adalah segala-galanya. Ia tetap memberi kesan terhadap kekesanan pentadbirannya.

Hal moral pemimpin dan kempinan di Barat , meletakkan ditempat yang tinggi dan dikira sebagai ukuran nilai mereka terhadap seseorang pemimpin, kerana ia memberi kesan dan impak terhadap apa yang dipimpinnya.

Wednesday, March 24, 2010

Politik Semut : Ingatan Tuan Guru

POLITIK SEMUT

Bila Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat MB kelantan memberi analogi dan membuat analogi tentang cara berpolitik orang Cina dan orang Melayu. Kata Nik Aziz politik orang Cina khasnya merujuk kepada percakaran dalam MCA mahu memilih pemimpin mereka ini amalkan politik semut.

Politik semut yang pertama, pertama tidak menelanjangkan lawan atau musuh. Kedua kempen perlawanan lebih kepada sifat setara atas isu tawar menawar dengan lebih memberi fokus kepada siapa yang layak atau sipa yang tidak layak. Manakala calon yang menawarkan diri sebagai kepimpinan politik mereka lebih kepada berlumba-lumba menawarkan 'kepimpinan' itu sendiri.

Situasi ini berbeda dengan politik Melayu, perseteruan lebih tajam, membelakangi akhlak dan tatasusila adat dan adab ketimuran. Pengaturan cara-cara menjatuhkan pimpinan lebih menghalalkan cara bagi mencapai matlamat mereka. Contoh Kes Liwat Anwar Fasa II

Cukup memalukan, ketokohan, imej, kehormatan dicalarkan dengan begitu buruk dan mengaibkan. Dengan mengheret banyak institusi dalam 'perlumbaaan' politik Melayu.


Sunday, March 21, 2010

Nilai sebak seorang PM ?

Nilai sebak. Bandingkan sebak Najib dengan sebak seorang ibu tunggal di Kg Pesagi Maran yang menoreh getah tua milik orang 2 ekar (1.2 hektar) menyara 8 orang anak, apalah sangat sebak Najib dengan sebak seorang ibu tua 75 tahun hidup sebatang kara di Kg Purun yang hanya menunggu 'mati'.

Bayangkan sebak mereka ini, yang hanya kais pagi makan pagi. Dengan harga beras sekamping 10kg dengan RM24. Gula, teh kopi dan ikan kering bagi meneruskan sisa-sisa hidup. Mereka tidak sebak dan tidak mahu sebak kerana mereka tahu itu adalah ujian hidup. Ini adalah ketentuan illahi agar mereka insaf. Mereka tidak lupa, mereka yakin dan percaya ALlah sayangkan mereka. Kelebihan dan kebaikan ALlah lah yang maha mengetahuiNya.

Sepatutnya Najib turun dan telusuri kehidupan rakyat negeri kelahirannya dan 'sebak' melihat kedhaifan kehidupan masyarakat Lipis itu sendiri. Kita boleh tunjuk kepada PM kita .


Najib Sebak Pulang Ke Lipis

Bagi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, lawatannya sehari hari ini ke Kuala Lipis, bukanlah sebarang lawatan.

Ditemani isteri Datin Seri Rosmah Mansor dan bonda Tun Rahah Mohd Noah, program sehari beliau bersama warga Lipis, tempat kelahirannya begitu bermakna sekali.

Lawatannya ke tempat kelahirannya itu merupakan yang pertama kali sejak beliau dilantik menjadi Perdana Menteri pada 3 April 2009.

"Saya begitu tersentuh hati bila orang Lepeh (sebutan Lipis) mengibaratkan saya sudah "balik ke Lepeh", dan saya begitu terharu dengan sambutan yang diberikan," katanya ketika berucap pada majlis ramah mesra dengan Umno dan Barisan Nasional Lipis, di sini.

Perdana Menteri berkata sejak pagi tadi selepas menghadiri program Sambutan 50 tahun Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah dan lawatan ke rumah kelahirannya di Bukit Bius, emosinya begitu terharu dengan sambutan yang diberikan.

Lebih 5,000 orang membanjiri Dataran Lipis ketika menyambut Najib merasmikan program kementerian itu.

Perdana Menteri yang juga Anggota Parlimen Pekan berkata beliau juga terharu ketika ditawarkan bertanding di Parlimen Pekan pada pilihan raya umum 2004 berikutan keputusan agak kurang memberangsangkan pada pilihan raya umum sebelum itu.

"Pada 1999 (pilihan raya umum) saya hadapi masalah di Pekan, saya menang cuma 241 undi majoriti.

"Saya sayang "Lepeh" tapi saya yakin orang Pekan masih menerima saya," katanya.

Najib dilahirkan pada 23 Julai 1953 ketika Allahyarham Tun Razak dan Tun Rahah menetap di Kuala Lipis.

Berucap pada sambutan 50 tahun Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan wilayah sebelum itu juga, Najib berkata beliau memaklumkan kepada Datuk Seri Mohd Shafie Apdal supaya majlis sambutan itu tidak sesekali diadakan di Pekan.

"Apabila Datuk Seri Shafie kata nak buat di Lipis, saya begitu teruja sekali, malah bonda saya juga berkata walau apa pun, beliau pasti akan datang juga," kata Najib.

Beliau kemudiannya turut melawat rumah kelahirannya yang kini menjadi kediaman rasmi Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang di Bukit Bius di sini yang ternyata menggamit memori beliau 57 tahun lepas.

Najib yang ditemani Rosmah dan Rahah tiba di rumah berkenaan kira-kira 1.25 petang dan meluangkan masa kira-kira 30 minit.

Beliau nyata begitu teruja semasa menatap gambar-gambar lamanya ketika dibesarkan di rumah berkenaan. - BERNAMA

Saturday, March 20, 2010

Lagi Bajet RM1 juta untuk pelajar miskin ?

Niat kerajaan adalah niat baik, janji kerajaan adalah janji yang baik. Apa tidaknya, hari ini sahaja peruntukan RM1juta. PM menjanjikan duit sejumlah itu bagi membantu pelajar miskin. Termasuklah pelajar bukan Melayu 'agak'nya. Kerana peruntukan masa ini semuanya menjuruskan 1Malaysia.

****************************************************
Kerajaan hari ini menyumbang RM1 juta kepada Yayasan Budiman Universiti Teknologi Mara (UiTM) untuk membantu para pelajar miskin di seluruh negara. Sumbangan berupa cek diserahkan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak kepada pengerusi yayasan, Tan Sri Dr. Ibrahim Abu Shah pada satu majlis ringkas di Pejabat Perdana Menteri di sini.

Menurut Najib, ia merupakan janji kerajaan untuk membantu kira-kira 5,000 pelajar miskin setiap tahun.

"Yayasan Budiman (UiTM) akan hantar orang ke luar bandar cari pelajar miskin yang terdesak.

"Kalau berusaha lagi (cari), kita akan tambah bantuan jika tidak mencukupi," kata beliau semasa majlis berkenaan.

Majlis penyampaian sumbangan itu adalah susulan pengumuman Najib ketika merasmikan Kampus UiTM Puncak Alam Fasa Pertama di Shah Alam pada 12 Februari lalu.

Perdana Menteri turut berjanji akan menambah peruntukan RM2 juta jika yayasan itu berjaya mencari dana sebanyak RM2 juta lagi bagi membantu pelajar kurang berkemampuan.

Dalam ucapannya pada perasmian kampus itu, beliau berkata, UiTM telah membuktikan pelajar Melayu dan bumiputera tidak malas serta bukannya tidak pandai, malah boleh dididik untuk menjadi insan terpelajar dan mulia.

Balah... balah juga, tapi biar nampak cerdik sikit !

Kata Tok Guru 'balah' orang Melayu dalam politik dengan 'balah' orang Cina juga dalam politik berbeza. Orang Melayu kalu balah 'telanjang' habih, rasa dia puah lah tu. Tapi bago orang Cina dia balah masih steady lagi.

Sama-sama pemimpin dia jaga 'akhlak' sesama dia. Tengok cerdiknya politik orang Cina. Kita tertinggal sokmo, dah guana nak maju dalam politik ni...


Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyelar tindakan sesetengah pemimpin politik yang mendedahkan keburukan pemimpin lain di khalayak umum apabila bertindak keluar parti.


Menurutnya, pemimpin yang beretika seharusnya menggunakan pendekatan yang lebih rasional seperti menggunakan saluran dalaman seperti mengemukakan sidang tergempar bagi melantik pemimpin baru.

“Ini cara tidak tamadun, rasa bangga dapat melakukan perkara itu, kata (Datuk Seri) Anwar topeng, orang yang tolak Islam dan ambil kebangsaan itu adalah topeng, kenapa sebut nama Anwar saja, ini memalukan kita (orang Melayu),” katanya ketika ditemui selepas menyampaikan kuliah Jumaatnya di sini semalam.

Nik Aziz berkata demikian sebagai mengulas tindakan Anggota Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim yang mendedahkan kepincangan dalam Parti Pakatan Rakyat (PKR), membabitkan Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, apabila keluar dari parti itu dan menjadi wakil rakyat bebas.

Zahrain turut berkata, Anwar adalah topeng raksasa sehingga mampu memperdayakan ahlinya supaya melupakan kata-katanya yang pernah menggelar Nik Aziz sebagai ulama terompah.

:Terbaru, Zahrain mendedahkan nama lapan Ahli Parlimen yang disebut-sebut akan melompat parti ke PKR bagi menjayakan rancangan pembangkang untuk mengambil alih kerajaan pusat pada 16 September 2008.

Dalam masa sama, Menteri Besar Kelantan itu berkata, masyarakat dan parti bukan Melayu kini sedang memerhati cara orang Melayu berpolitik yang jelas tidak menunjukkan etika yang betul.

Beliau mahu rakyat mencontohi cara berpolitik pemimpin MCA kerana mereka memilih dan menjatuhkan seseorang pemimpin melalui pemilihan di peringkat dalaman parti.

“Orang Cina tengah perhatikan dunia politik orang Melayu, mereka (MCA) juga bermasalah, bertengkar dengan dua bekas presiden, tapi tak da apa (yang bermasalah),” katanya.

Dalam pada itu Nik Aziz dalam ceramahnya menyeru rakyat Kelantan beramai-ramai menyertai perarakan di Terengganu hari ini anjuran badan bukan kerajaan (NGO) bagi menyerahkan memorandum tuntutan royalti minyak kepada Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Menurutnya, beliau tidak menyertai rombongan tersebut kerana mempunyai urusan lain dan menyerahkan kepada Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Negeri, Datuk Husam Musa untuk mengetuai perarakan tersebut.

OMGK: Sasarkan kehadiran 3000 orang pemuda Pahang


KUANTAN: Dewan Pemuda PAS Pusat, mensasarkan dapat menghimpunkan pemuda -pemuda seluruh Pahang di Kuantan pada 20hb Mac dan 21 Mac 2010 ini.

Siang tadi Himpunan Pemuda PAS Pahang (HIMPIP) berjaya mensasarkan kehadiran seperti yang dijangkakan.

Celaru: BI dan BM tambah waktu, 1 Murid 1 Sukan

Tambahan waktu BM, BI mulai sesi persekolahan tahun depan

Kabinet telah memutuskan masa pembelajaran Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris dipanjangkan mulai sesi persekolahan 2011, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, keputusan itu yang dibuat pada mesyuarat Kabinet semalam, adalah selaras dengan usaha untuk memartabatkan Bahasa Malaysia dan memperkukuhkan penguasaan Bahasa Inggeris (MBMMBI) di kalangan pelajar sekolah berikutan pemansuhan pengajian dan pembelajaran sains dan matematik dalam Bahasa Inggeris tahun lalu.

Bagaimanapun, beliau berkata masa persekolahan tidak akan dipanjangkan tetapi akan diolah menjadi lebih kreatif dan menyeronokkan untuk pelajar. "Kita akan buat pengubahsuaian dari segi kokurikulum selaras dengan perubahan itu," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) ke-29 di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini hari ini.

Masa pembelajaran untuk Bahasa Malaysia (BM) di sekolah rendah dan menengah kebangsaan bagaimanapun akan kekal pada 240 minit seminggu tetapi bagi pembelajaran Bahasa Inggeris (BI) akan ditambah kepada 330 minit seminggu daripada 240 minit yang dipraktikkan sekarang.


Di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (Tamil dan Cina), sesi pembelajaran untuk BM akan ditambah dari 270 minit kepada 330 minit seminggu.


Bagi BI, ia akan ditambah menjadi 120 minit seminggu daripada hanya 60 minit.

Mengenai bahan bacaan terhad yang dilaporkan berlaku di perpustakaan sekolah, Muhyiddin menyarankan lebih banyak badan korporat menderma buku kepada perpustakaan sekolah sebagai sebahagian tanggungjawab sosial mereka.

Terdahulu dalam ucapannya, Timbalan Perdana Menteri menyarankan supaya pihak pengajur pesta buku tersebut meningkatkan status mereka hingga setanding dengan Pesta Buku Frankfurt yang terbesar di dunia.


"Saya sarankan supaya PBAKL diangkat statusnya, dianjakkan fokusnya dan dijadikan Pusat Perdagangan Industri Buku sekurang-kurangnya bagi rantau Asia dalam jangka masa 10 tahun akan datang," katanya.


Beliau yakin sasaran itu dapat dicapai kerana nilai dagangan tunai PBAKL 2009 dianggarkan mencecah RM20 juta.


Oleh itu, katanya, Majlis Buku Kebangsaan Malaysia perlu bersedia untuk menjadi agensi peneraju kepada industri buku negara bagi mencapai hasrat tersebut.


"Saya mengutarakan cadangan ini kerana percaya bahawa PBAKL menpunyai potensi tinggi untuk berkembang dengan lebih maju," katanya.


Ketua Pengarah Pelajaran yang juga Pengerusi PBAKL, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom, berkata pesta kali ini disertai oleh 202 syarikat luar dan dalam negeri dengan jumlah 856 gerai.


Katanya, pesta 10 hari itu yang akan berlangsung hingga 28 Mac dijangka menarik 1.5 juta pengunjung.


Muhyiddin turut melancarkan buku bertajuk "Najib: Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan" yang ditulis oleh Aizuddin Muhammad Muaz.


Buku mengenai Perdana Menteri itu memaparkan perjalanan Datuk Seri Najib Razak sejak beliau mulai menceburi bidang politik hingga menjadi Perdana Menteri.


Buku berharga RM350 senaskah itu diedarkan oleh Karisma Production Sdn Bhd.- Bernama