Friday, October 19, 2007

Rating akhbar Malaysia oleh RSF ?

Menteri Penerangan minta kita rakyat Malaysia ketepikan nilaian gred rating kebebsan akhbar yang dibuat oleh Reporters Without Bordes (RSF). Katanya , nilai itu adalah nilai Barat, tapi dalam hal rating rasuah dia terima pula yang dibuat oleh Barat, sama juga dengan debaran rating kepada IPTA kita, nak lihat rating Universiti Malaya (UM) daripada 200 IPT seluruh dunia. Berbalik kepada isu di atas, inilah namanya ' kepala masuk air pemimpin kita'. Bila sesuatiu kes kita diminta berlapang dada, 360 ribu sisiwazah menganggur dah depan mata, nak juga hantar angkasawan seorang dengan megah berhabis ratusan juta, manakala 11 juta petang tanpa izin yang masuk menguasai semua disiplin dan sektor pekerjaan, rakyat bising kerajaan diam saja. Malah negara kita macam-macam ada ni ........
Ikuti laporan Bernama oleh Zam Menteri Penerangan kita .
"Zam gesa rakyat Malaysia ketepikan rating kebebasan akhbar oleh RSF".

Rakyat Malaysia dan Asia perlu mengenepikan rating kebebasan akhbar yang dibuat oleh Reporters Without Borders (RSF) yang berpejabat di Paris kerana badan itu bukan hakim bagi nilai-nilai tempatan, kata Menteri Penerangan Datuk Seri Zainuddin Maidin hari ini.

Beliau berkata, rating itu adalah berasaskan nilai kebebasan akhbar Barat yang umumnya didorong oleh pasaran dan wang.

Pengumuman indeks oleh RSF baru-baru ini menyaksikan rating Malaysia pada tahun ini jatuh ke tempat ke-124 daripada ke-92 pada 2006 manakala Singapura di tempat ke-141 daripada ke-146 sebelum ini.

Zainuddin berkata, dalam satu kenyataan bahawa beliau memuji cara bekas Perdana Menteri Singapura Lee Kuan Yew “melawan nilai kebebasan akhbar Barat” dan telah menang dalam kes terhadap kebebasan akhbar yang diamalkan oleh akhbar di London, Financial Times (FT) baru-baru ini.

Pada Rabu, FT memohon maaf kepada Lee dan anggota keluarganya, dan bersetuju membayar ganti rugi bagi dakwaan palsu dalam sebuah artikel yang menyinggung perasaan yang disiarkan dalam FT Weekend isu 29 Sept dan juga boleh didapati secara online.

Zainuddin berkata: “Bagi saya, hanya satu bahasa difahami oleh media apabila mereka terpaksa mengeluarkan wang untuk membayar ganti rugi.”

Mengambil tindakan undang-undang dan memenangi kes, katanya, Lee telah membuktikan kepada dunia bahawa media Barat mementingkan wang daripada kebebasan akhbar.Katanya, ini juga menunjukkan bahawa pasaran yang mengawal nilai kebebasan akhbar yang diamalkan oleh media Barat dan bukannya kebebasan dalam erti kata sebenar.

“Kebebasan yang diamalkan oleh mereka hanyalah retorik dan nilai sebenar mereka ialah wang dan bagi diri saya, satu-satunya cara untuk melawan nilai kebebasan akhbar Barat ialah dengan mencontohi cara Lee Kuan Yew,” katanya.

Zainuddin berkata, rakyat Malaysia dan Asia tidak perlu bimbang dengan penurunan dalam ranking kebebasan akhbar di Malaysia kerana ia tidak mencerminkan kebebasan akhbar yang sebenarnya di negara ini.

Menteri itu berkata, Lee, dalam ucaptamanya pada Persidangan Tahunan Persatuan Peguam Antarabangsa di Singapura pada 14 Okt, berkata rakyat Singapura mempunyai akses yang luas kepada maklumat dan mereka bebas mengadakan blog dan berbuat apa sahaja yang mereka suka tetapi menegaskan isu kaum, bahasa dan agama perlu dikendalikan dengan lebih sensitif.-Bernama

Selepas Banjir & Tsunami Kini Banjir Dgn PATI !!!!


Forum

Dasar pekerja asing dipersoal - Surat 1SETELAH beberapa hari orang ramai membangkitkan isu pendatang asing menerusi Utusan Malaysia, rakyat makin tertanya dan terus berteka-teki sampai bila permasalahan ini akan berterusan.

Dasar pekerja asing dipersoal - Surat 2SAYA sangat bimbang membaca kenyataan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) dalam Utusan Malaysia kelmarin tentang kebanjiran pekerja asing yang meningkat dengan begitu pesat sehingga menjadi 25 peratus daripada jumlah tenaga kerja negara ini.

Dasar pekerja asing dipersoal - Surat 3BANYAK telah diperkatakan dan dipersoalkan oleh rakyat Malaysia tentang kebanjiran rakyat asing yang semakin hari semakin serius. Jika tidak dibendung segera berkemungkinan kita akan menghadapi berbagai-bagai masalah sosial dan jenayah yang lebih buruk.
Dasar pekerja asing dipersoal - Surat 4SAYA begitu tertarik dengan kenyataan Pesuruhjaya Suhakam, Datuk N. Siva Subramaniam yang menggesa kerajaan bertindak segera terhadap kebanjiran pendatang asing di Malaysia sekali gus menidakkan peluang pekerjaan rakyat Malaysia.
Dasar pekerja asing dipersoal - Surat 5SUKA saya menarik perhatian dalam ruangan Forum, Utusan Malaysia yang mendapat liputan meluas mengenai isu pendatang asing.

SMSKEMENTERIAN yang berkenaan perlu menetapkan syarat kuota pekerjaan di kilang 70 peratus untuk rakyat tempatan dan 30 peratus untuk orang asing. Laksanakan segera.
Beginilah surat-surat pembaca yang 'dilepaskan' oleh meja pengarang utusan Malaysia pada hari ini. Rata-rata kita faham dan kini pendatang asing sudah mencecah 11 juta orang yang membuat proses migrasi ke Malaysia. Dasar 'Buka Pintu' Malaysia, dengan intrument undang-undang dan penguatkuasaan yang 'lemah' memperbanyakkan dagang manusia diurusniaga, kerana pulangan yang dikecapi oleh dalang agen pekerja asing terdiri rakyat tempatan menjanjikan pulangan yang hebat.
Kerajaan kini, tiada arah , sekarang menunding kesalahan itu kepada 'rakyat sendiri'. Alasannya rakyat Malaysia memilih-milih pekerjaan, tidak sanggup bermandikan peluh, bersesuaian pula dengan sikap rakyat Malaysia yang amat manja kepada kerajaan. Manja rakyat Malaysia menunut gaji sektor swasta minima RM900 kini ditempelak dn disenyapkan. Majikan yang memamng bernafsu dan berteras untung mana mahu menggajikan pekerja tempatan kerana banyak sangat undang2 peraturan yang perlu dipatuhi. Kini PAS minta kertas putih dibentangkan di parlimen, kita lihat dan tunggu tentu nasi akan jadi bubur ?

Isu PATI !!!!

Dipetik dalam website Jabatan Imiresen Malaysia, artikel BH pada 22 Jun 2004.

Penjara, lokap bagaikan hotel kepada warga asing

DIBERIKAN madu, tuba pula yang dibalas. Itulah diantara perumpamaan yang boleh diberikan kepada segelintir warga asing yang tidak bertanggungjawab dengan membabitkan diri dalam kegiantan jenayah di negara ini.

Masakan tidak, kehadiran mereka yang pada mulanye sebagai buruh binaan demi sesuap nasi bagi menampung rezeki anak isteri di negara masing-masing, kini bertukar menjadi penjenayah digeruni.

Semua ini berlaku apabila kontrak atau permit pekerjaan mereka sudah tamat tempoh dan majikan enggan memperbaharuinya.

Hendak pulang ke kampung halaman mungkin dirasakan satu kerugian keranan selama ini Malaysia umpamakan syurba buat mereka yang menjanjikan satu kemewahan dengan pendapatan lumayan berbanding negara asalnya.

Jadi langkah yang paling tepat dirasakan ialah terus tinggal di negara ini walaupun mengetahui tindakan berkenaan melanggar undang-undang, terutama mengikut Akta Imigresen 1959/63 Pindaan 2002. Maka jadilah warga asing ini seorang pelarian atau pendatang tanpa izin.
Hendak bekerja di kawasan terbuka (tapak pembinaan atau perladangan) berasa takut ditangkap pihak berkuasa, terutamanya Jabatan Imigresen yang saban hari mengadakan operasi bersepadu bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Rela, Jabatan Pertahanan Awam (JPA3) serta pihak berkuasa tertentu.

Jesteru, demi sesuap nasi untuk menyambung hidup di perantauan, mereka tanpa teragak-agak membabaitkan diri dalam kegiatan jenayah yang mana reaekinya mudah diperoleh dan cepat.

Tidak hairanlah juga, rakannya yang memasuki negara ini secara sah turut tertarik dan membabitkan diri dalam kegiatan jenayah yang menjanjikan pulangan yang menguntungkan itu dalam masa singkat.

Perangkaan indeks jenayah yang dikeluarkan PDRM Bukit Aman, sepanjang lima bulan pertama tahun ini, menunjukan 65,737 kes di Malaysia dilaporkan turut membabit warga asing.
Daripada jumlah itu, 56,096 kes membabitkan jenayah harta benda manakala 9,639 kes lagi adalah jenayah kekerasan. Seramai 1,349 penjenayah yang ditahan adalah warga asing kerana terbabit dalam pelbagai jenayah.

Antara jenayah kekerasan seperti membunuh 246 kes, cubaan membunuh (44 kes), samun berkumpulan senjata api (22 kes), samun berkumpulan tanpa senjata api (5,853 kes), rogol (748 kes) dan mendatang kecederaan mencatatkan 1,803 kes.Jenayah harta benda mencatatkan 56,098 kes iaitu meliputi pecah rumah siang hari 2,706 kes, pecah rumah malam hari (7,681 kes), curi lori/van (2,077 kes), curi kereta (3,580 kes), curi motosikal (21,086 kes), ragut (5,517 kes) dan lain-lain kecurian mencatatkan 13,451 kes.

Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Datuk Noh Omar, berkata kebanjiran lebih sejuta warga asing yang masuk secara haram itu menimbulkan kebimbangan terhadap peningkatan indeks jenayah, yang jika gagal dikawal boleh mengancam keselamatan negara.
"Indeks jenayah membabitkan warga asing ini terlalu besar berbanding nisbah mereka yang berada di negara ini yang dianggarkan melebihi 2.4 juta orang.
"Dari segi kewarganegaraan, warga Indonesia mencatatkan jumlah tertinggi iaitu 1,236 orang, diikuti warga Filipina (412), Bangladesh (134), Singapura (tujuh), Thailand (22), Myanmar (72) dan lain-lain (132 orang) membabitkan Pakistan, Vietnam, Mexico, India, Afrika, Arab, Lubnan, Columbia), Syiria, Brunei, China, Nepal, Korea, Turki, Iraq, Iran, Estonia, Kemboja, Itali, Venezuela dan Amerika Syarikat," katanya.
Noh berkata, kehadiran penjenayah pendatang tanpa izin yang ditahan dan didapati bersalah menyaksikan penjara dan lokap di seluruh negara mengalami kesesakan hingga melebihi kapasitinya.
"Seramai 6,527 orang banduan warga asing dimasukkan ke Penjara Sungai Buloh sejak 2001 hingga Mei tahun ini. Di Penjara Kajang, 700 daripada 1,200 banduan wanita di situ adalah warga asing. Ini tidak termasuk mereka yang ditahan reman di lokap atau penjara, sementara menunggu untuk dibicara iaitu seramai 15,751 orang diseluruh negara,"katanya.
Beliau berkata, jika keadaan itu tidak segera dibendung pihak berkuasa, negara bakal menghadapi ancaman keselamatan yang lebih teruk dan indeks jenayah akan meningkat pada masa akan datang.
"Berdasarkan perangkaan Jabatan Imigresen, jumlah warga asing di negara ini dianggarkan kira-kira 2.4 juta. Bagaimanapun, mereka yang memiliki permit masuk secara sah adalah 1.2 juta, manakala selebihnya masuk secara haram.
"Yang masuk secara haram itulah dipercayai ramai yang menyumbang kepada peningkatan indeks jenayah di Malaysia,"katanya.
Sehubungan itu, katanya, kerajaan tidak memandang ringan perkara berkenaan lebih-lebih lagi ia membabitkan soal keselamatan dan keteteraman rakyat Malaysia.
"Pelbagai agensi penguatkuasa terutamanya PDRM sering mengadakan operasi membanteras pendatang tanpa izin berkenaan, bagaimanapun ia tidak dapat dijalankan secara menyeluruh."Ini kerana polis menghadapi kekurangan tenaga kerja. Hendak menjaga rakyat kita sendiri pun tidak cukup anggota, inikan pula mengawal dan membanteras kebanjiran pendatang haram, Saya fikir kerajaan akan menggerakkan seluruh agensi penguatkuasaannya untuk mengatasi masalah itu,"katanya.
Noh berkata, pada asalnya pembinaan penjara atau lokap untuk mendisplin rakyat Malaysia yang melakukan jenayah, tetapi kini terbalik apabila menjadi 'hotel' bagi warga asing yang ingin mendapatkan tempat tinggal serta makanan percuma.

"Kerajaan tidak boleh memandang ringan terhadap masalah yang ditimbulkan warga asing yang enggan pulang ke negara asal selepas kontrak atau permit pekerjaan mereka tamat.
"Sudah tiba masanya pihak berkuasa Malaysia melakukan kajian mendalam dan mencari jalan bagaimanapun hendak mengatasi kebanjiran warga asing yang melakukan jenayah di negara ini," katanya.

Sementara itu, kerajaan mempunyai bukti ada warga asing yang diusir ke negara mereka, datang semula ke Malaysia dengan menggunakan indentiti berbeza. Ini terbukti apabila Polis Selangor membingkarkan saru sindiket pengedaran passport dan permit kerja palsu menggunakan bungkusan mi segera untuk menyeludup dokumen itu dari Indonesia sebelum dijual kepada warga asing yang memasuki negara ini secara haram.
Taktik baru itu terbongkar selepas Polis Selangor menahan lima lelaki dan seorang wanita warga Indonesia serta merampas 374 pasport negara berkenaan termasuk 56 yang masih dalam bungkusan Mi So'un, awal bulan ini.
Ketua Polis Selangor, Datuk Fauzi Shaari, berkata sindiket itu yang dipercayai didatangi seorang daripada lelaki Indonesia terbabit sudah beroperasi sejak enam bulan lalu.
Semua rakyat Indonesia itu ditahan reman sehingga Jumaat ini mengikut Seksyen 117 Kanun Acara Jenayah untuk membantu sisatan.
Kes ini disiasat mengikut Seksyen 12 (1A) Akta Pasport 1966 yang boleh dikenakan hukuman penjara antara dua hingga 10 tahun dan denda RM 15,000 hingga RM 100,000 serta sebatan tidak melebihi enam kali.
Noh berkata, beliau difahamkan Jabatan Imigresen dalam perancangan mengambil cap jari semua warga asing yang datang ke negara ini di pintu masuk bagi mengenal pasti status mereka.
"Langkah mewujudkan pangkalan data cap jari bagi semua pandatang asing yang keluar masuk ke negara ini memudahkan kerajaan mengesan mereka sama ada mempunyai rekod jenayah atau pernah ditahan di penjara atau lokap kita."Ditambah pula dengan perkhidmatan online antara Jabatan Imigresen, Jabatan Pendaftaran, PDRM dan Jabatan Penjara akan memudahkan usaha ini,"katanya.
Dalam hal berkaitan, Jabatn Imigresen memperuntukan RM 1 juta setiap tahun bagi urusan penghantaran pulang pendatang asing ke negara asal mereka membabitkan kos dan proses dokumentasi.
Proses penghantaran mereka kadangkala terpaksa mengambil banyak masa agak lama iaitu satu hingga dua bulan selepas mereka ditahan. Proses penghantaran pulang pendatang termasuk yang diserah oleh Jabatan Penjara, dibuat secara berterusan sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh dua minggu.
Jurucakap Jabatan Imigresen berkata, seramai 63,710 pendatang asing sudah pun diusir keluar dari negara ini kerana didapati melakukan pelbagai kesalahan tahun lalu.
"Jumlah itu berkurangan berbanding 70,570 orang dalam tempoh yang sama dalam tahun 2002. Bagaimanapun, Januari hingga April tahun ini, seramai 14,669 pendatang tanpa izin dihantar pulang ke negara asal masing-masing.
"Setakat ini, masih ada 5,546 orang pendatang asing menunggu giliran untuk dihantar pulang ke negara mereka."katanya.
Katanya secara keseluruhan sepanjang tahun lalu seramai 42,935 pendatang asing ditangkap di seluruh negara iaitu meningkat berbanding 28,316 orang pada tahun sebelumnya.
"Sejak Januari sehingga April tahun ini pula, 7,557 rakyat asing ditangkap kerana tinggal di negara ini secara haram. Dalam tempoh itu, seramai 2,014 ditangkap kerana melanggar Akta Imigresen 1959/63 Pindaan 2002, Seksyen 15(1)(c) iaitu tinggal di Malaysia setelah pas atau permit tamat tempoh atau dibatalkan.
"Seramai 6,441 orang atau 85.2 peratus pula ditangkap kerana kesalahan di bawah Seksyen 6(1)(c) iatu masuk ke Malaysia tanpa pas atau permit yang sah. Kira-kira 0.3 peratus atau 630 orang ditangkap di bawah Seksyen 56(1)(L) kerana mengguna atau tanpa kuasa yang sah memiliki permit masuk, pas, dokumen perjalanan dalam negeri atau perakuan yang dipinda atau dipalsukan," ujarnya.
Dalam usaha mengekang perbuatan jenayah warga asing ini, orang ramai sebenarnya boleh memain peranan dengan menghubungi pihak berkuasa terutamanya polis memaklumkan aktiviti tidah sihat yang cuba dilakukan.
Malah, mereka yang berjiran dengan dengan warga asing ini boleh menjadi mata dan telinga kerajaan untuk memaklumkan tingkah laku yang mencurigakan yang cuba dilakukan.
Bukan hendak menjaga tepi kain orang, sebaliknya lebih bersikap berhati-hati dalam menghadapi sebarang kemungkinan. Kita tidak mahu kegagalan kita sensetif dengan keadaan sekeliling termasuk mengetahui jiran di sebelah rumah, anak bengsa yang menjadi mangsa.

Baca NI !!!!!!

Oleh siasahdaily
Harap-harap pemimpin Malaysia dapat sedar insaf dan buka mata, terhadap penilaian orang luar terhadapnya dalam isu 'angka-sawan'. Pemimpin Malaysia 'suka' membudayakan rakyat Malaysia dengan budaya 'mudah kagum' , budaya 'pak turut', macam burung belatuk. Budaya mengiakan pemimpin dan budaya turut apa kata pemimpin tanpa membantah, jika ada seglintir yang membantah ini dilabelkan sebagai kumpulan songsang dan bebal, kumpulan mundur dan kolot. Maka ikuti ulasan hasil tulisan wartawan Australia terhadap negara kita ?
Budaya tapai ni dah lama diamalkan 50 tahun dah merdeka, budaya tapai ni, terus terusan diikuti rakyat tanpa bantahan, jika ada bantahan akan disusup dan akhbar-akhbar berbahasa Melayu terus mengelapkan pemberitaan yang meonongkah arus .
Sebuah akhbar Australia bukannya menyifatkan Malaysia sebagai "boleh" tetapi "bodoh" apabila membelanjakan RM95 juta untuk menghantar rakyatnya di angkasa lepas.Kolumnis akhbar The Age, Melbourne, Michael Backman dalam tulisannya menyifatkan para pemimpin Malaysia sering berbangga dengan pencapaiannya tetapi apabila ditanya kepada orang luar Malaysia, di manakah Malaysia? mereka tidak akan tahu pun negara kecil itu.

"Thas not Malaysia "boleh", that's Malaysia "bodoh" (stupid)," tulis Backman mengakhiri tulisannya yang disiarkan 15 November 2006 lagi ketika Malaysia sedang mengwar-warkan akan menghantar rakyatnya ke angkasalepas.

Ia disebarkan secara meluas dalam internet selepas Angkasawan Malaysia, Dr Sheikh Muzaffar Shukur dihantar ke ISS menggunakan kapal angkasa milik Rusia baru-baru ini.

Menurut Backman, pemimpin Malaysia yang dipimpin oleh Barisan Nasional (BN) sering menunjuk-nunjuk dengan pencapaian yang diperolehi oleh Malaysia.

Antaranya, Malaysia menggunakan syarikat minyak miliknya, Petronas untuk membina Kuala Lumpur City Centre (KLCC), iaitu bangunan yang tertinggi ketika ia dibina.

"Malaysia sangat berbangga dengan bangunan ini. Padahal mereka hanya membuat sedikit sahaja untuknya.
"Duitnya datang dari bumi (minyak Petronas), juruteranya dikontrakkan kepada syarikat Korea Selatan.

"Bahkan, mereka tidak pun menguruskan kompleks perniagaan yang ada di bangunan ini. Ia diuruskan oleh syarikat Australia, Westfield," tulis Backman dalam tulisannya.

Tentang angkasawan, Backman menulis, rakyat Malaysia itu hanya menumpang kapal angkasa milik orang lain dengan membayar kapal itu seumpama teksi sahaja.

"Apa yang Malaysia dapat dengan menggunakan program angkasalepas milik orang lain sebagai teksi? Sah tiada manafaat teknologi yang diperolehi. Tetapi sudah tentu Malaysia sekali lagi akan berkata 'boleh". Masalahnya mereka tidak, ini bukan program angkasawan mereka," tulis Backman.

Laporan lanjut dalam Siasah Ahad ini.

Budaya Ziarah Kubur 1 Syawal !!!!


NTvirus telah menulis:

Saya berasa hairan kenapa malay muslim kebanyakannya bila tibanya Hariraya maka selepas bersolat hariraya mereka sekeluarga akan menziarahi kuburan saudara mereka samada di hariraya pertama dan juga kedua. Dan terdapat juga di kampungan negeri sembilan ada yg bertahlil ramai2 di kuburan seta bila selesainya majlis tahlil mereka akan menjamu selera dengan hidangan yg dibawa oleh mereka di kuburan. Dan ianya juga tak ubah seperti PESTA hariraya di kuburan. Dan amat malang sekali kenapa MUFTI dan ulama2 negeri tersebut membiarkan perkara2 mungkar seperti ini dari terus berlaku dari tahun demi takun dan boleh dikatakan ianya seperti kemestian bila datangnya bulan syawal. Adakah mereka tara tahu dan belajar dari apa yg nabi katakan ini;
عَنْ اَبِيْ هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهَ وَسَلَّمَ : لاَ تَتَّخِذُوا قَبْرِيْ عِيْدًا
“Dari Abi Hurairah radiallahu ‘anhu berkata: Telah bersabda Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam: Janganlah jadikan kuburku sebagai tempat berhari raya”.
(Hadis Sahih H/R Ahmad 2/367 dan Abu Daud 2042) dan imam as-safiei juga melarang makan di kuburan(Lihat: الطالبين اعانة (ina’atu at-Tholibin) Juz. 2 hlm. 146)

Wednesday, October 10, 2007

Tuntut pilihan raya adil: Himpunan Rakyat di Dataran Merdeka !!!


Perhimpunan Rakyat 10 November ini di Dataran Merdeka
Oleh Intan Abdullah (Harakahdaily) Laman M@RHAEN

Gabungan Menuntut Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) akan menganjurkan satu perhimpunan raksasa yang dinamakan perhimpunan rakyat pada Sabtu 10 November ini di Dataran Merdeka.

Dalam satu pengumuman yang dibuat pada sidang media hari ini, BERSIH dijangka akan mengadakan perhimpunan tersebut bermula jam 3 petang.

"Perhimpunan tersebut seterusnya akan berarak ke Istana Negara bagi menyerahkan memorandum tuntutan rakyat kepada Yang di-Pertuan Agong untuk menyuarakan hasrat rakyat untuk menjalani pilihan raya yang bersih dan adil seperti yang terkandung di dalam tuntutan BERSIH sebelum ini," ujar wakil Jawatankuasa Bersih di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut tengahari tadi.

Menurut Jawatankuasa BERSIH, Sivarasa Rasiah, ia juga sebagai satu ketetapan yang telah diambil oleh mereka yang menjangkakan bahawa pilihan raya umum ke-12 akan diadakan seawal November.

"Kami membuat telahan tersebut berdasarkan situasi Umno-BN yang kini berada keadaan terdesak, setelah melalui dua insiden yang menekan mereka iaitu peristiwa berdarah di Batu Buruk serta pendedahan video klip rasuah peguam dan hakim negara," jelasnya.

Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi ujarnya mungkin akan membuat pengumuman tarikh PRU 12 lebih awal untuk mengeluarkan diri mereka daripada tekanan-tekanan tersebut sepertimana yang dibuat oleh PM sebelumnya pada PRU 1999.

"Ia adalah suatu jangkaan kritikal dibuat BERSIH berbeza dengan beberapa tekaan yang dibuat oleh beberapa parti politik sebelum ini," ujar AJK PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad pula,

Tindakan mengadakan perhimpunan tersebut adalah rentetan daripada resolusi Konvensyen Rakyat beberapa bulan yang lalu.

Koordinator Badan Penggerak Demokrasi Rakyat, Anuar Tahir berkata tarikh pilihan raya bukan suatu fokus yang utama bagi BERSIH sebaliknya tuntutan reformasi rakyat terhadap perjalanan pilihan raya perlu terus dihidupkan.

"Kerana ia mungkin akan mengundang kecurangan dalam PRU 12 sebagaimana yang berlaku dalam PRU 2004 yang lalu," jelasnya.

Penganjur juga ujarnya sedang berusaha menyelesaikan urusan mendapatkan permit untuk mengadakan perhimpunan tersebut, serta telah menggerakkan ahli-ahli parti atau pertubuhan yang bergabung dalam gabungan tersebut bagi menjayakannya.

"Kami juga telah bersiap sedia dengan sebarang kemungkinan dan risiko yang bakal berlaku nanti," tambah Sivarasa.

Sementara itu, dalam sidang media yang sama BERSIH turut memaklumkan bahawa mereka akan menghantar surat kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) berhubung isu tragedi berdarah di Batu Buruk pada 8 September lalu.

"Setelah mengadakan mesyuarat hari ini, kami membuat keputusan untuk menghantar surat kepada Suhakam mengenai permintaan kami agar diadakan satu siasatan menyeluruh terhadap tragedi tersebut memandangkan Pesuruhjaya Suhakam, Dato' Siva Subramaniam telah membawanya ke mesyuarat mereka semalam," ujarnya.

Bersih berharap akan mendapat keputusan yang positif daripada hasil mesyuarat tersebut, seterusnya membawa kepada tindakan bersepadu supaya perkara tersebut tidak akan berulang.

"Malangnya, media arus perdana sengaja memainkan taktik 'kewartawanan jahat' yang sentiasa diulang tayangan menyebabkan persepsi buruk rakyat kepada Bersih dan parti pembangkang," tambah Dr Dzulkefly.

Bersih menyatakan kekesalan dan menyelar tindakan parti pemerintah yang menggunakan media arus perdana sebagai jentera menyebarkan propaganda jahat serta kempen untuk merosakkan imej parti-parti pembangkang

Migrasi ke Pantai Timur ?


Pertama perhatikan analisis rencana wartawan Utusan ini, berhubung dengan sosialisasi di kawasan pantai timur. Kejujuran terserlah namun masih ada kesangsian,perbalahan nilai dan bentuk penilaian miskin atau tidak, apa guna kaya ,bangunan banyak seperti di negeri-negeri pantai barat, jika rakyat terhimpit dengan harga barangan dan tampungan kos sara hidup yang tinggi. Apa guna berbangga dengan bangunan fizikal yang banyak,dalam masa yang sama sipiritual rakyat berbuak-buak dan bergelut dengan kehidupan, seharian. Hidup penuh dengan kerja dan pekerjaan yang terus melupakan ada kehidupan lain selepas ini. Tenteramkah jiwa kita?


Dabiklah dada, katalah kita maju, adakah kita 'kenyang' sedap, selesa dan berbangga dengan pujian tentang kemajuan itu. Kemajuan hakiki adalah milik mereka, mereka sahaja golongan yang menjadi qarun boleh maju dan mundurkan.



Oleh AZMAN ANUAR (WARTAWAN UTUSAN)



Hari Raya Aidilfitri semakin hampir dan seperti tahun-tahun sebelumnya, ribuan anak Kelantan, Terengganu dan Pahang yang merantau mencari rezeki di negeri orang, akan kembali ke kampung halaman bagi menyambut hari mulia itu bersama ibu bapa dan sanak-saudara.

Walaupun kepulangan mereka sekadar menyambut 1 Syawal, namun ia seharusnya dijadikan titik mula untuk memikir apa yang dapat mereka sumbangkan atau lakukan apabila Pelan Induk Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) dilancarkan oleh Perdana Menteri pada hujung bulan ini.

Walaupun berulang kali pulang ke Pantai Timur tetapi kepulangan kali ini patut dimanfaatkan sepenuhnya untuk mengetahui dan menilai apa yang patut mereka lakukan demi memajukan kampung halaman masing-masing.

Negeri-negeri di Pantai Timur begitu lama mengalami masalah meningkatkan ekonomi wilayah itu. Walaupun wilayah ini penuh dengan kekayaan yang belum digunakan sebaik-baiknya, tetapi peluang pekerjaan gagal diwujudkan.

Antara faktornya kerana tiada perancangan yang betul-betul memberi tumpuan terhadap perancangan ekonomi jangka panjang.

Berbanding dengan Pahang dan Terengganu, rakyat Kelantan dilihat masih berada dalam kemiskinan.

Melalui ECER yang pelan induknya dirangka oleh Petronas perlu mengambil pendekatan proaktif bagi menarik kemasukan lebih banyak pelabur luar untuk menggerakkan ekonomi kawasan kurang maju di Semenanjung ini.

“Apa yang Perdana Menteri rancang sekarang adalah untuk membangunkan negara secara menyeluruh dan bukan tertumpu di Lembah Klang atau bandar-bandar besar sahaja.

“Beliau sudah melancarkan Wilayah Pembangunan Iskandar, Wilayah Ekonomi Koridor Utara dan kali ini ECER.

“Semua ini untuk memberi peluang kepada penduduk tempatan yang ada di negeri berkenaan atau dari luar untuk mendapat pekerjaan, peluang perniagaan dan peluang-peluang baru untuk penduduk yang majoritinya Melayu,” kata Naib Presiden, Management and Science University (MSU) atau dahulu dikenali Kolej Universiti Teknologi dan Pengurusan Malaysia, Dr. Mohd. Zainul Fithri Othman.

Dalam pelan ECER, lebih banyak peluang dan galakan diberikan kepada para penduduk tempatan supaya terlibat secara langsung dalam bidang keusahawanan terutama industri kecil dan sederhana (IKS) dan sektor pertanian.

Bidang yang boleh diceburi telah disusun agar setiap projek yang dirancang dapat dilaksanakan. Jika projek terbengkalai, ia akan hanya merugikan kerajaan dan rakyat amnya.

Untuk itu, kerajaan negeri Kelantan, Terengganu, dan Pahang perlu menggerakkan usaha bersepadu melibatkan pelbagai pihak bagi mengelakkan rakyat Pantai Timur menjadi rakyat kelas kedua, miskin dan berada dalam keadaan mundur.

Sebab itu ECER akan mendekatkan negeri-negeri di Pantai Timur itu untuk mengecapi erti kemakmuran dan pembangunan sebenar.

Masalah pengangguran, ketidakhadiran pelabur asing dan kemiskinan bakal ditukar menjadi sebaliknya.

Menikmati

Oleh itu anak-anak Kelantan, Terengganu dan Pahang yang selama ini menjadi perantau perlu menjadikan kepulangan mereka kali ini dengan menanam tekad dan azam dalam memastikan negeri yang mereka sayangi itu menikmati keadaan lebih baik apabila ECER dilancarkan.

Perantau yang bermastautin di Lembah Klang misalnya setiap tahun mengirimkan berjuta-juta ringgit ke kampung di Pantai Timur sememangnya mempunyai peranan besar bagi memastikan ECER diurus dan diberi sokongan. Apatah lagi 90 peratus penduduk di wilayah itu adalah Melayu dan bumiputera.

Golongan tersebut yang terdiri daripada golongan profesional, usahawan, peniaga, pemimpin, dan sebagainya sudah melihat keadaan negeri masing-masing yang sekian lama kurang pembangunan, dan hanya mendengar dari jauh pelbagai masalah berlaku di negeri itu.

Semua ini seharusnya memberi keinsafan kepada mereka untuk berfikir. Mereka harus memikirkan nasib jutaan rakyat yang tidak mampu merantau dan hanya mengharapkan rezeki pada tahap kemajuan negeri masing-masing.

Jika sebuah ‘Kuala Lumpur’ dapat diwujudkan di Kelantan, sebuah ‘Johor Bahru’ di Terengganu dan sebuah ‘Pelabuhan Klang’ di Pahang misalnya maka anak-anak Pantai Timur tidak perlu lagi merantau jauh untuk mencari rezeki.

“Ini peluang untuk mereka kembali untuk melibatkan diri secara langsung dalam pembangunan ekonomi di kawasan masing-masing.

“Dengan ini juga ia dapat mengurangkan migrasi dari Pantai Timur ke Lembah Klang. Kita harap ECER akan mewujudkan peluang-peluang pekerjaan dan perniagaan untuk menarik perantau kembali ke Pantai Timur. Malah mereka yang berhasrat untuk merantau juga boleh membatalkannya apabila ECER dibangunkan,” kata Dr. Mohd. Zainul Fithri yang juga Timbalan Naib Canselor MSU.

Beliau mencadangkan tokoh-tokoh perniagaan yang berasal dari Pantai Timur perlu dilibatkan dalam jawatankuasa pelaburan kerana mereka mampu membantu memajukan negeri asal masing-masing.

“Pantai Timur adalah majoritinya penduduk Melayu, jadi kita perlu pastikan jaminan masa depan mereka. Pelabur asing juga perlu diselidiki latar belakangnya agar mereka datang dengan satu pelan perancangan yang menguntungkan rakyat tempatan,’’ katanya.

Tuesday, October 09, 2007

Pak Lah yang ku cari dan ku nantikan?

Semalam penulis, bertemu dengan seorang sahabat rakan setugas. Pertemuan yang biasa, berbual hal-hal isu semasa serta keadaan politik negara antara agenda yang difokuskan. Semuanya berkisar soal kehidupan harian. Luahannya atau keluhan yang pertama adalah kerana berkaiatan harga barang keperluan harian yang melabung tinggi.

Amarah dan nafsu marah nya cukup tinggi bilamana rakan penulis mencurahkan api punca kemarahan kerana dek pelbagai barangan naik harga. Tambahan rakan penulis apalah yang kerajaan nak banggakan sangat ddengan kemegahan banyak bangunan , kerana bagi beliau tiada makna dan nilai jika taraf hidup rakyat teramai terseksa dan tiada keselesaan sosial.


Sesungguhnya rakyat teramai, khususnya orang Melayu terlalu alpa dan asyik serta taat teramat taat kepada pemimpin mereka sehingga kan sudah sampai ke tahap kepandiran. Keluhan sukar hadapi kehidupan kenaikan harga barangan yang tiada henti dan puas-puas itu menyesakkan semua orang. Para pengundi Melayu yang minda terjajah dengan mengagungkan pinpinan dan melihat Pak Lah hebat sebagai PM.



Hari ini, akhbar-akhbar perdana berbahasa Melayu memaparkan Pak Lah mengejutkan anak-anak yatim di Kepala Batas untuk bersahur. Kata rakan penulis kejut bersahur ke benda baru jam 12.00 malam, sunat pun tak dapat. Tambahnya lagi, bebudak tu kesian baru sahaja nak masuk tidur dah dikejutkan.


Peristiwa melucukan ini, jadi mengaibkan pemimpin kita, betapa 'kipas' Pak Lah membawa rebah sebenarnya. Apakah kerja seorang PM mengejutkan budah bersahur ? Kenapa beliau tidak terkam pergi tunjuk keperihatinan bilamana seorang budak berusia 18 bulan mati rentung terbakar di KL baru-baru ini, kerana ditinggalkan dalam bilik berkunci oleh ibu yang mahu mencari sesuap nasi.


Tambah , rakan penulis, mana hebatnya Pak lah sekadar kejut anak yatim bersahur saja, beliau patut turun padang jam 5 pagi tolong angkat sampah dengan Alam Flora dalam kawasan DBKL, Pak lah berjalan malam bawa karung untuk mencari mana-mana keluarga susah untuk dihulurkan makanan, tak payah jauh-jauh sekitar Kl dah cukup, tak payahlah dipaparkan oleh kamera.









Sunday, October 07, 2007

Melihat Usha Mahfoz Omar !!!

Melihat gambar kesungguhan Ketua Penerangan PAS Pusat Sdr Mahfoz Omar, teringat kepada artikel tulisan Subky Latiff dalam mengulas 'lama' nya perlu membawa masuk Mahfoz Omar berada dalam saf Dewan Harian PAS Pusat. Hujahan Subky antara lain Mahfoz mempunayi banyak idea terutama dalam melibatka penerangan di PAS perllukan penerangan bagi menyampaikan mesej kepada rakyat.
Mahfoz dan penerangan juga belum menjamin apa-apa, tetapi yang menjamin Mahfoz di kenali dan mahu seperti ulasan Subky adalah kerana komitmen dan kesungguhan melaksanakan kerja-kerja penerangan yang jarang-jarang dimiliki oleh amilin PAS yang lain.
Bagi kita, aktivis kampus melihat gambar Mahfoz bersama skuad penerangan bersantai mengedar rislah penerangan di Hentian Puduraya adalah satu fenomena biasa. Tetapi bagi amilin PAS teramai yang lain, hidup luar kampus atau pusat pengajian, kerja-kerja ini memsti mempunayi kekuatan dalaman dan memerlukan rangsangan emosi. Jika tidak percaya cuba saudara seorang berjalan ke pasar malam tempat saudara edarkan harakah. Jika berjaya macam mana rasanya, jika segan atau gagal macam mana perasaannya.
Mahfoz juga dikenali sebagai manusia yang tidak putus2, melakukan usaha, tengoklah semasa beliau menjadi Ketua Pemuda PAS, berapa puluh kali memanjat tanga pejabat itu ini, kedutan itu dan ini bagi menyampaikan memorendum. Justeru Mahfoz adalah orang yang 'master' dalam baba edar mengedar risalah

ECER antara impian dan realiti ?

Kerajaan Malaysia bawah Pak Lah nampak ghairah dengan pelbagai koridor raya bagi membangunkan ekonomi, bermula dengan Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI atau SJER yang dikecam hebat termasuk mantan PM Dr Mahathir Mohammad. Pak Lah dan konco-konco cuba imbangi dengan membangunkan seluruh Malaysia , dengan mengisytiharkan NCER dan ECER bagi ketiga-tiga wilayah di Semenajung Malaysia.
Bagi Koridor Pantai Timur ECER, kemulukan dalam pelannya macmlah muluk dan molek DEB sedikit masa dahulu. Rakyat pantai Timur terdiri daripada Kelantan, Terengganu, Pahang dan Mersing bakal dikatakan akan menikmati projek ECER dengan memfokus utamakan daripada aspek pertanian dan penternakkan serta industri huluan serta hiliran berasasakan dagagan pertanian dan penternakkkan ini. Maka jika dilihat kesungguhan menyediakan pelan dan jika diikuti secara terperinci tiada seincipun bumi ECER dan rakyat dalam zon ECER yang tidak dapat menikmatinya.
Justeru, harapan kepada yang diharap tetap ada. Namun ketidakharapannya juga tinggi juga. Dengan pasukan penggerak yang ada mahu mengharapkan ECER dapat memajukan rakyat di zon ini seperti mengharapkan buah yang lebat gugur dimusim hujan atau ribut. Bunyinya banyak , adalah yang gugur secara tidak normal ini buah-buah yang saka, tidak masak, buah muda dan sebagai. Kerana kaedah atau cara projek digugurkan dalam masa keributan, mana bisa rakyat teramai dapat rasai. Inilah siapa cepat dia akan dapat.
Selain itu, dengan pasukan yang membangunkan negara ini, mahu meletakkan harapan bagaimana, kerana banyak kesalahan rasuah yang terang dan bersuluh seperti Laporan Ketua Audit Negara 2006, banyak keraguan. Hampir semua sektor mendapat teguran ketua Audit atas perkara yang melibatkan bab pengurusan kewangan yang meragukan.
Jika yang membeuta ECEr ini macam kerajaan Shinto Abe Jepun tu bulihlah kita percaya oi.

Tazkirah tarawih hentam kerajaan

Menteri yang dipertanggungjawabkan tentang hal ehwal Islam, mengeluh dan kesali dengan apa yang berlaku, kerana tazkirah Ramadhan katanya menhentam kerajaan. Ini kerana rentetan peristiwa penangkapan dan serbuan JAIS ke atas Ust Nasarudiin Tantawi yang gagal itu, heboh dan memakan diri kerajaan. Bagi menghalalkan kejahatan mereka maka dikeluarkan kenyataan oleh Abdullah Mat Zin di kampung yang dipetik oleh Bernama.
Masakan orang yang melawan tuhan dan derhaka kepada nya kita wajar puji, kerana sifat-sifat melawan umpama bapa dengan anak. Adakah tidak wajar kita memberi pengajaran an didikan kepada anak-anak yang lain yang mencontohi anak yang derhaka itu, ini dikira salah, maka tiadalah kemuncak kejahilan orang agama bilamana melihat benda yang salah dikatakan betul. Jika semua orang bersengkonkol, apa makna jika kerajaan yang ada membenar dan membuka kilang arak, kerana kilang arak ini ibu segala maksiat. Kita dan orang-orang beragama sanggupkah kata atas kemasalahatan umum izinkan kilang arak, apa jenis kuasa kita kerana sentiasa mahu tunduk kepada bukan Islam, apakah guna istytihar negara ini negara Islam.
Beberapa masjid di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dikesan dipergunakan oleh pihak tertentu untuk menyampaikan ceramah berunsur negatif pada majlis tazkirah sebelum atau selepas solat tarawih.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Abdullah Md Zin berkata mengikut laporan yang diterima, terdapat masjid yang menjemput penceramah tertentu yang hampir keseluruhan ucapannya berunsur politik serta menghentam kerajaan.

"Saya kesal dengan perbuatan tersebut yang jelas menunjukkan pihak masjid yang terlibat tidak memahami fungsinya dalam menyatukan umat Islam melalui majlis-majlis ilmu yang berguna kepada jemaahnya," katanya ketika merasmikan majlis khatam Quran Perdana, pergerakan Wanita Umno bahagian Besut di Dewan Gong Kemuntong dekat sini hari ini.

Dr Abdullah yang juga pengerusi Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) berharap masjid yang terbabit supaya segera menghentikan perbuatan tidak sihat itu.

Katanya perkara itu dikesan sejak awal Ramadan lagi dan jika perkara itu dibiarkan berterusan sehingga selepas Ramadan, melalui pelbagai majlis ilmu lain, ini boleh memecah-belahkan jemaah sesebuah masjid.

Beliau menasihatkan Jawatankuasa Masjid membuat penapisan sebelum membenarkan penceramah mengadakan tazkirah atau majlis ilmu di masjid jagaan mereka untuk mengelakkan perkara seumpama itu terjadi. BERNAMA

Saturday, October 06, 2007

Kesan Kebanjiran Pekerja PATI ke negara kita !!!

Pepatah bahasa Melayu ibarat kera dihutan disusukan, naka di rumah mati kelaparan. Begitulah sikap kerajaan kita , dalam soal memberi kesejahteraan sosial kepada rakyat sendiri. Ini berlaku berikutan dakwaan sebuah kesatuan sekerja yang seperti di laporkan.

Kesatuan Kakitangan Sistem Penerbangan Malaysia (Maseu) menerima banyak panggilan daripada penduduk tempatan yang menganggur, menyuarakan kebimbangan mereka mengenai perkembangan terbaru dan amalan beberapa majikan mengambil pekerja asing di lapangan terbang.

Setiausaha Eksekutif Maseu, Mustafar Maarof berkata, kesatuan itu diberitahu oleh mereka ini bahawa mereka telah memohon untuk bekerja di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) dan Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas, Pulau Pinang, tetapi tidak berjaya.

“Tindakan para majikan mengambil pekerja asing telah menyekat peluang pekerjaan penduduk tempatan sementara sesetengah pekerja asing ini telah menyumbang kepada masalah sosial dalam negara,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, pengambilan pekerja dijalankan oleh beberapa syarikat swasta yang dilantik Penerbangan Malaysia (MAS), bagaimanapun notis mengenai kekosongan tidak diedarkan atau disiarkan dalam mana-mana akhbar tempatan, kecuali kekosongan bagi jawatan pengurusan dan pentadbiran.

Beliau berkata, Maseu menggesa kerajaaan, MAS dan Malaysia Airports Holding Berhad (MAB) supaya meneliti segera perkara ini.

Mustafar berkata, kini terdapat hampir 1,000 pekerja asing yang terlibat secara langsung di bawah operasi MAS yang diambil bekerja oleh syarikat swasta atau vendor yang dilantik MAS dan para pekerja asing ini bekerja di bahagian penyampaian bagasi, penghantaran bagasi ke pesawat, Kargo Mas dan sesetengah mereka digaji sebagai pemandu trak angkat susun.

Semalam, Maseu menggesa kerajaan supaya mengurangkan jumlah pekerja asing yang dibawa masuk oleh syarikat swasta yang dilantik MAS di KLIA, terutama di kawasan berisiko tinggi.

– Bernama

Friday, October 05, 2007

Realiti Projek Kerajaan Untuk Kronisme ?

Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) mahu pemberian kontrak secara rundingan terus bagi projek kerajaan dikurangkan kecuali bagi projek yang memerlukan kepakaran tertentu.

Pengerusinya Datuk Shahrir Abdul Samad berkata ini bagi mengelak timbulnya sebarang masalah terutamanya penyelewengan kewangan akibat kurangnya pemantauan dan pengawasan bagi projek-projek yang dilaksanakan.

"Sebaiknya pemberian tender secara rundingan terus ini hanya dalam keadaan di mana pihak yang boleh laksanakannya terhad. Kalau satu-satu projek itu boleh dilaksanakan oleh banyak pihak, mengapa mesti ada rundingan terus, ini macam siapa cepat dia dapat atau siapa rapat dia dapat.

"Kita kena elakkan perkara ini kerana gambaran ini memang tidak sihat, sebab itu kalau dikurangkan sama sekali projek rundingan terus, ia akan lebih lagi menjadikan kontraktor, pembekal dan ahli perniagaan kita lebih profesional, dan inilah caranya untuk Malaysia menjadi sebuah negara yang kompetitif," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat PAC berhubung isu pembelian perbekalan peralatan bagi lapan buah Institut Kemahiran Belia Malaysia (IKBN), di bawah Kementerian Belia dan Sukan (KBs), seperti mana yang didedahkan dalam laporan Ketua Audit Negara yang diedar bulan lepas.

Ketua Setiausaha KBS Datuk Mohd Yasin Salleh mengetuai delegasi tujuh wakil kementerian itu termasuk Timbalan Ketua Setiausaha (Operasi) Muhamad Batri dan Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) Mohid Mohamed.

Dalam laporannya, Ketua Audit Negara membuat teguran terhadap proses pembelian 13 peralatan dan kelengkapan bagi IKBN pada kadar melebihi harga pasaran sehingga kerajaan terpaksa menanggung kerugian RM8.39 juta.

Merujuk isu-isu yang ditimbulkan, Shahrir berkata apa yang berlaku berpunca daripada masalah serupa, iaitu pemberian tender secara rundingan terus dan tidak cukup pengawasan daripada KBS dan Kementerian Kewangan sehingga menyebabkan berlakunya perbelanjaan yang melebihi bajet.

Bagi mengatasi masalah seumpamanya di masa akan datang, PAC telah meminta Kementerian Kewangan memberikan senarai semua projek rundingan terus di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK9).

Jawatankuasa itu telah meminta Jabatan Audit Negara dan Bahagian Pemantauan dan Kawalan Kementerian Kewangan supaya segera menubuhkan jawatankuasa audit dalaman bagi setiap projek rundingan terus yang dilaksanakan.

"Maknanya daripada awal mestilah ada pihak audit untuk memastikan bahawa projek-projek rundingan terus itu tidak berhadapan dengan masalah pada masa akan datang," kata Shahrir. BERNAMA