Dipetik dalam website Jabatan Imiresen Malaysia, artikel BH pada 22 Jun 2004.
Penjara, lokap bagaikan hotel kepada warga asing
DIBERIKAN madu, tuba pula yang dibalas. Itulah diantara perumpamaan yang boleh diberikan kepada segelintir warga asing yang tidak bertanggungjawab dengan membabitkan diri dalam kegiantan jenayah di negara ini.
Masakan tidak, kehadiran mereka yang pada mulanye sebagai buruh binaan demi sesuap nasi bagi menampung rezeki anak isteri di negara masing-masing, kini bertukar menjadi penjenayah digeruni.
Semua ini berlaku apabila kontrak atau permit pekerjaan mereka sudah tamat tempoh dan majikan enggan memperbaharuinya.
Hendak pulang ke kampung halaman mungkin dirasakan satu kerugian keranan selama ini Malaysia umpamakan syurba buat mereka yang menjanjikan satu kemewahan dengan pendapatan lumayan berbanding negara asalnya.
Jadi langkah yang paling tepat dirasakan ialah terus tinggal di negara ini walaupun mengetahui tindakan berkenaan melanggar undang-undang, terutama mengikut Akta Imigresen 1959/63 Pindaan 2002. Maka jadilah warga asing ini seorang pelarian atau pendatang tanpa izin.
Hendak bekerja di kawasan terbuka (tapak pembinaan atau perladangan) berasa takut ditangkap pihak berkuasa, terutamanya Jabatan Imigresen yang saban hari mengadakan operasi bersepadu bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Rela, Jabatan Pertahanan Awam (JPA3) serta pihak berkuasa tertentu.
Jesteru, demi sesuap nasi untuk menyambung hidup di perantauan, mereka tanpa teragak-agak membabaitkan diri dalam kegiatan jenayah yang mana reaekinya mudah diperoleh dan cepat.
Tidak hairanlah juga, rakannya yang memasuki negara ini secara sah turut tertarik dan membabitkan diri dalam kegiatan jenayah yang menjanjikan pulangan yang menguntungkan itu dalam masa singkat.
Perangkaan indeks jenayah yang dikeluarkan PDRM Bukit Aman, sepanjang lima bulan pertama tahun ini, menunjukan 65,737 kes di Malaysia dilaporkan turut membabit warga asing.
Daripada jumlah itu, 56,096 kes membabitkan jenayah harta benda manakala 9,639 kes lagi adalah jenayah kekerasan. Seramai 1,349 penjenayah yang ditahan adalah warga asing kerana terbabit dalam pelbagai jenayah.
Antara jenayah kekerasan seperti membunuh 246 kes, cubaan membunuh (44 kes), samun berkumpulan senjata api (22 kes), samun berkumpulan tanpa senjata api (5,853 kes), rogol (748 kes) dan mendatang kecederaan mencatatkan 1,803 kes.Jenayah harta benda mencatatkan 56,098 kes iaitu meliputi pecah rumah siang hari 2,706 kes, pecah rumah malam hari (7,681 kes), curi lori/van (2,077 kes), curi kereta (3,580 kes), curi motosikal (21,086 kes), ragut (5,517 kes) dan lain-lain kecurian mencatatkan 13,451 kes.
Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Datuk Noh Omar, berkata kebanjiran lebih sejuta warga asing yang masuk secara haram itu menimbulkan kebimbangan terhadap peningkatan indeks jenayah, yang jika gagal dikawal boleh mengancam keselamatan negara.
"Indeks jenayah membabitkan warga asing ini terlalu besar berbanding nisbah mereka yang berada di negara ini yang dianggarkan melebihi 2.4 juta orang.
"Dari segi kewarganegaraan, warga Indonesia mencatatkan jumlah tertinggi iaitu 1,236 orang, diikuti warga Filipina (412), Bangladesh (134), Singapura (tujuh), Thailand (22), Myanmar (72) dan lain-lain (132 orang) membabitkan Pakistan, Vietnam, Mexico, India, Afrika, Arab, Lubnan, Columbia), Syiria, Brunei, China, Nepal, Korea, Turki, Iraq, Iran, Estonia, Kemboja, Itali, Venezuela dan Amerika Syarikat," katanya.
Noh berkata, kehadiran penjenayah pendatang tanpa izin yang ditahan dan didapati bersalah menyaksikan penjara dan lokap di seluruh negara mengalami kesesakan hingga melebihi kapasitinya.
"Seramai 6,527 orang banduan warga asing dimasukkan ke Penjara Sungai Buloh sejak 2001 hingga Mei tahun ini. Di Penjara Kajang, 700 daripada 1,200 banduan wanita di situ adalah warga asing. Ini tidak termasuk mereka yang ditahan reman di lokap atau penjara, sementara menunggu untuk dibicara iaitu seramai 15,751 orang diseluruh negara,"katanya.
Beliau berkata, jika keadaan itu tidak segera dibendung pihak berkuasa, negara bakal menghadapi ancaman keselamatan yang lebih teruk dan indeks jenayah akan meningkat pada masa akan datang.
"Berdasarkan perangkaan Jabatan Imigresen, jumlah warga asing di negara ini dianggarkan kira-kira 2.4 juta. Bagaimanapun, mereka yang memiliki permit masuk secara sah adalah 1.2 juta, manakala selebihnya masuk secara haram.
"Yang masuk secara haram itulah dipercayai ramai yang menyumbang kepada peningkatan indeks jenayah di Malaysia,"katanya.
Sehubungan itu, katanya, kerajaan tidak memandang ringan perkara berkenaan lebih-lebih lagi ia membabitkan soal keselamatan dan keteteraman rakyat Malaysia.
"Pelbagai agensi penguatkuasa terutamanya PDRM sering mengadakan operasi membanteras pendatang tanpa izin berkenaan, bagaimanapun ia tidak dapat dijalankan secara menyeluruh."Ini kerana polis menghadapi kekurangan tenaga kerja. Hendak menjaga rakyat kita sendiri pun tidak cukup anggota, inikan pula mengawal dan membanteras kebanjiran pendatang haram, Saya fikir kerajaan akan menggerakkan seluruh agensi penguatkuasaannya untuk mengatasi masalah itu,"katanya.
Noh berkata, pada asalnya pembinaan penjara atau lokap untuk mendisplin rakyat Malaysia yang melakukan jenayah, tetapi kini terbalik apabila menjadi 'hotel' bagi warga asing yang ingin mendapatkan tempat tinggal serta makanan percuma.
"Kerajaan tidak boleh memandang ringan terhadap masalah yang ditimbulkan warga asing yang enggan pulang ke negara asal selepas kontrak atau permit pekerjaan mereka tamat.
"Sudah tiba masanya pihak berkuasa Malaysia melakukan kajian mendalam dan mencari jalan bagaimanapun hendak mengatasi kebanjiran warga asing yang melakukan jenayah di negara ini," katanya.
Sementara itu, kerajaan mempunyai bukti ada warga asing yang diusir ke negara mereka, datang semula ke Malaysia dengan menggunakan indentiti berbeza. Ini terbukti apabila Polis Selangor membingkarkan saru sindiket pengedaran passport dan permit kerja palsu menggunakan bungkusan mi segera untuk menyeludup dokumen itu dari Indonesia sebelum dijual kepada warga asing yang memasuki negara ini secara haram.
Taktik baru itu terbongkar selepas Polis Selangor menahan lima lelaki dan seorang wanita warga Indonesia serta merampas 374 pasport negara berkenaan termasuk 56 yang masih dalam bungkusan Mi So'un, awal bulan ini.
Ketua Polis Selangor, Datuk Fauzi Shaari, berkata sindiket itu yang dipercayai didatangi seorang daripada lelaki Indonesia terbabit sudah beroperasi sejak enam bulan lalu.
Semua rakyat Indonesia itu ditahan reman sehingga Jumaat ini mengikut Seksyen 117 Kanun Acara Jenayah untuk membantu sisatan.
Kes ini disiasat mengikut Seksyen 12 (1A) Akta Pasport 1966 yang boleh dikenakan hukuman penjara antara dua hingga 10 tahun dan denda RM 15,000 hingga RM 100,000 serta sebatan tidak melebihi enam kali.
Noh berkata, beliau difahamkan Jabatan Imigresen dalam perancangan mengambil cap jari semua warga asing yang datang ke negara ini di pintu masuk bagi mengenal pasti status mereka.
"Langkah mewujudkan pangkalan data cap jari bagi semua pandatang asing yang keluar masuk ke negara ini memudahkan kerajaan mengesan mereka sama ada mempunyai rekod jenayah atau pernah ditahan di penjara atau lokap kita."Ditambah pula dengan perkhidmatan online antara Jabatan Imigresen, Jabatan Pendaftaran, PDRM dan Jabatan Penjara akan memudahkan usaha ini,"katanya.
Dalam hal berkaitan, Jabatn Imigresen memperuntukan RM 1 juta setiap tahun bagi urusan penghantaran pulang pendatang asing ke negara asal mereka membabitkan kos dan proses dokumentasi.
Proses penghantaran mereka kadangkala terpaksa mengambil banyak masa agak lama iaitu satu hingga dua bulan selepas mereka ditahan. Proses penghantaran pulang pendatang termasuk yang diserah oleh Jabatan Penjara, dibuat secara berterusan sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh dua minggu.
Jurucakap Jabatan Imigresen berkata, seramai 63,710 pendatang asing sudah pun diusir keluar dari negara ini kerana didapati melakukan pelbagai kesalahan tahun lalu.
"Jumlah itu berkurangan berbanding 70,570 orang dalam tempoh yang sama dalam tahun 2002. Bagaimanapun, Januari hingga April tahun ini, seramai 14,669 pendatang tanpa izin dihantar pulang ke negara asal masing-masing.
"Setakat ini, masih ada 5,546 orang pendatang asing menunggu giliran untuk dihantar pulang ke negara mereka."katanya.
Katanya secara keseluruhan sepanjang tahun lalu seramai 42,935 pendatang asing ditangkap di seluruh negara iaitu meningkat berbanding 28,316 orang pada tahun sebelumnya.
"Sejak Januari sehingga April tahun ini pula, 7,557 rakyat asing ditangkap kerana tinggal di negara ini secara haram. Dalam tempoh itu, seramai 2,014 ditangkap kerana melanggar Akta Imigresen 1959/63 Pindaan 2002, Seksyen 15(1)(c) iaitu tinggal di Malaysia setelah pas atau permit tamat tempoh atau dibatalkan.
"Seramai 6,441 orang atau 85.2 peratus pula ditangkap kerana kesalahan di bawah Seksyen 6(1)(c) iatu masuk ke Malaysia tanpa pas atau permit yang sah. Kira-kira 0.3 peratus atau 630 orang ditangkap di bawah Seksyen 56(1)(L) kerana mengguna atau tanpa kuasa yang sah memiliki permit masuk, pas, dokumen perjalanan dalam negeri atau perakuan yang dipinda atau dipalsukan," ujarnya.
Dalam usaha mengekang perbuatan jenayah warga asing ini, orang ramai sebenarnya boleh memain peranan dengan menghubungi pihak berkuasa terutamanya polis memaklumkan aktiviti tidah sihat yang cuba dilakukan.
Malah, mereka yang berjiran dengan dengan warga asing ini boleh menjadi mata dan telinga kerajaan untuk memaklumkan tingkah laku yang mencurigakan yang cuba dilakukan.
Bukan hendak menjaga tepi kain orang, sebaliknya lebih bersikap berhati-hati dalam menghadapi sebarang kemungkinan. Kita tidak mahu kegagalan kita sensetif dengan keadaan sekeliling termasuk mengetahui jiran di sebelah rumah, anak bengsa yang menjadi mangsa.
1 comment:
apa dah jadi dgn Kota Kinabalu Sabah, terutama di Kampung Air dan bandaran Bersepah rumah simpanan perempuan,harga boleh tahan RM300 1 malam, polis dapat diskaun dia orang la cakap, mana polis dan emegresen yang amanah ni dah abis ke..serbu pun dapat dikesan apa hal, Banyak sungguh UNISEX Salon Kat sana...HAWAII DAN RECADO
Post a Comment