Tuesday, September 11, 2007

Hari ini, adalah hari harakahdaily dihacker oleh penggodam. Begitu juga dengan web site tranungkite turut mengalami nasib yang sama iaitu sukar diakses dan bila diakses timbul pula masalah sever. Analogi mudah, atau tujuan mudah diketahui iaitu untuk memberikan kesukaran orang ramai untuk mendapatkan maklumat tepat dan terkini tetang perisitiwa road show BERSIH di Batu Buruk ,Kuala Terengganu.


UMNO BN cuba mencipat 'isu' besar, bagi menghadapi PRU ke12, dengan mahu meraih lagi kemenangan selesa mengulangi pilihanraya PRU ke 11 yang lalu. Tidakan bacul dan licik serta tidak bermaruah , takut kehilangan kuasa dengan ramai para juhalak yang menjilat UMNo BN. Kesannya akan mengakibatkan kehancuran negara, dari segi harta benda nilai, maruah, harga diri. Dikala mereka mendabik dada 50 tahun sudah merdeka.


Kita, tidak dapat memikir bagaiamana golongan cerdik pandai dalam negara boleh 'duduk diam dan selesa' dengan apa yang berlaku. Semua ibarat 'lembu kenyang icucuk hidung'. Maka terkial-kiallah PAS dan parti2 pembangkang yang lain, melawan gergasi atau gajah yang kirakan dirinya hebat ni.



Monday, September 10, 2007

Tragedi Batu Buruk: SU Politik PM Dalangnya!
Posted on Monday, September 10 @ 20:01:08 MYT by greenboc
Analisis Isu aOleh Intan Abdullah
Harakahdaily

Insiden berdarah di Pantai Batu Buruk 8 September lalu adalah hasil konspirasi jahat dan provokasi pihak polis yang dipergunakan oleh Umno-BN. Maklumat tersebut disampaikan oleh Pesuruhjaya PAS Terengganu, Dato' Mustapa Ali dalam satu sidang media yang diadakan di Pejabat Agung PAS Jalan Raja Laut tengahari ini.

Jelasnya, beliau mendapat maklumat daripada Adun Wakaf Mempelam, Abdul Wahid Endut yang menyatakan bahawa terdapat saksi yang telah menyatakan bahawa ia adalah 'pre-plan' yang melibatkan antara Setiausaha Politik Perdana Menteri, Senator Dato' Wan Farid, Ketua Umno bahagian Kuala Terengganu dan adik kepada Exco Kerajaan Negeri Terengganu Datuk Wan Hisham.


"Maklumat tersebut menyebutkan bahawa kira-kira jam 3 hingga 4 petang pada 8 September lalu, sewaktu satu kursus diadakan, seorang polis yang mengendalikan kursus tersebut telah menerima satu panggilan yang memaklumkan bahawa satu 'huru-hara' akan berlaku menjelang malam nanti di pantai Batu Buruk dan pegawai polis bertugas yang tidak beruniform dikehendaki memastikan identiti dengan memakai riben," jelasnya.

"Jika fakta ini dipertikaikan, dia boleh soal siasat saya," ujarnya menyatakan kesediaan untuk disiasat berhubung kenyataan tersebut.

Polis roboh pentas bila tuan rumah tiada

Menceritakan kronologi kejadian tersebut, ujar Mustapa oleh kerana ia adalah 'pre-plan' atau usaha terancang, pihak polis telah bertindak berjumpa dengan tuan rumah yang menjadi premis ceramah Gabungan Pilihan raya Bersih dan Adil (Bersih) untuk memujuk tuan rumah agar tidak membenarkan pihak Bersih mengadakan ceramah pada malam itu.

Tuan rumah tersebut diminta untuk menandatangani sepucuk surat pada 7 September yang tidak mengizinkan Bersih meneruskan hasrat mereka.

Namun, tuan rumah yang enggan berbuat demikian menyatakan bahawa rumahnya adalah premis tetap pembangkang mengadakan ceramah sejak tahun 1990-an lagi.

Polis telah meneruskan usaha yang sama pada keesokan harinya, 8 September jam 3 petang namun usaha mereka gagal.

Dua jam kemudian, pihak polis telah datang ke rumah tersebut sewaktu ketiadaan tuan rumah lalu bertindak merobohkan pentas ceramah yang akan diadakan ceramah malam nanti.

Ujarnya, penganjur telah membuat rayuan untuk meneruskan ceramah, dan telah dipanggil untuk berunding pada jam 5 petang, tetapi mereka tetap tidak memberikan kelulusan.

Pada jam 9 malam, Yang DiPertua Kawasan Batu Buruk, Abdul Wahid Endut telah menghubungi Ketua Polis Terengganu untuk merayu agar membenarkan ceramah tersebut diteruskan namun gagal.

Kemudian pada jam 9.40 malam beliau bersama-sama pemimpin Bersih telah pergi ke rumah tersebut bagi menjelaskan kedudukan sebenar status ceramah tersebut kepada tuan rumah, tetapi mereka telah dihalang dari masuk ke kawasan rumah terbabit.

Tembak membabi buta

Setelah perbincangan dibuat, polis masih tetap berkeras untuk tidak memberikan keizinan kepada pihak penganjur di saat orang ramai telah berhimpun kira-kira setengah kilometer dari tempat kejadian.

Kemudian, FRU mula menembak 'water cannon' dan gas pemedih mata secara membabi buta ke arah orang awam yang berterusan hingga jam 1.30 pagi.

aSalah seorang anggota polis yang tidak beruniform didapati telah melepaskan beberapa das tembakan di tengah-tengah orang awam, dan telah terkena kepada Suwandi Abdul Ghani, 37, yang menembusi paru-parunya, serta Muhammad Azamn Aziz, 21, yang terkena pada lehernya.

Sementara itu, pihak polis juga telah bertindak menangkap beberapa pimpinan PAS yang dimulai oleh Exco PAS Terengganu yang juga bekas Ahli Parlimen Kuala Nerus, Haji Shukrimun.

Orang awam yang turun bagi menghadiri ceramah tersebut juga cuba menangkap pegawai polis yang tidak beruniform setelah menyedari kehadiran dan tindakan mereka yang mencurigakan.

Dalam keadaan yang tidak terkawal tersebut, polis telah berjaya menangkap 23 orang awam, berpuluh-puluh orang awam telah tercedera dan empat parah.

Mustapa kesal dengan perancangan yang dibuat oleh polis dan Umno-BN mencetuskan provokasi yang menyebabkan kekecohan terjadi.

Bahkan beliau percaya terdapat campurtangan Umno kerana ada pihak yang melihat ada beberapa 'orang yang tidak dikenali' muncul setelah kejadian tersebut membawa bendera Umno serta membakarnya.

"Kemudian, mereka menuduh pembangkang yang mencetuskan provokasi tersebut disebabkan adegan membakar bendera tersebut," katanya tegas.

Terdapat tiga orang wartawan yang ditangkap serta semua jurugambar juga dirampas kamera mereka.

"Sebab itu kita lihat hampir semua akhbar menyiarkan gambar yang sama, kerana sumber maklumat serta gambar itu adalah daripada polis yang bertugas, bukan daripada wartawan dan jurugambar yang bertugas," tegasnya lagi.

PAS tubuh 'legal team, hantar memorandum pada Suhakam

Ini adalah kali pertama pihak polis menggunakan peluru hidup dalam majlis ceramah bagi menyuraikan orang ramai yang hadir dan bertentangan dengan prosedur polis.

Katanya, PAS juga telah membuat laporan polis bagi pihak mangsa yang ditembak.

Beliau menyerahkan tugasan untuk menyiasat kejadian tersebut kepada pasukan 'legal team' yang diketuai oleh AJK PAS Pusat, Hanipa Maidin

PAS juga ujarnya, akan mengemukakan satu memorandum kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia(Suhakam), Ketua Polis Negara dan Ketua Polis Terengganu berhubung insiden tersebut.

Sidang media yang diadakan bertujuan memperbetulkan maklumat yang telah disiarkan oleh media cetak dan elektronik yang menyatakan bahawa pembangkang telah bertindak.

Sidang yang dipengerusikan oleh AJK PAS Pusat, Dr Syed Azman dimulai dengan penjelasan Dato' Mustapa Ali yang diikuti oleh kenyataan beberapa pimpinan Barisan Alternatif lain iaitu, Setiausaha Agung Keadilan, Tan Sri Khalid Ibrahim; Koordinator Suara Rakyat Malaysia (Suaram), Arutchelvan; Jurucakap Bersih, Ronnie Liu; Ahli Parlimen Seputeh, Theresa Kok dan Jurucakap Suaram, Yap Swee Seng.

Dalam sidang tersebut, beliau menyatakan kebimbangan terhadap orang ramai yang telah mempunyai persepsi buruk kepada penganjur iaitu PAS sebagai tuan rumah yang mengadakan program Bersih ini sebagai tidak melakukan proses yang sepatutnya menurut undang-undang.

"PAS telah mengemukakan permohonan untuk mengadakan program tersebut berdasarkan bukti surat yang bertarikh 30 Ogos," ujarnya sambil menunjukkan lampiran surat yang dikemukakan.

Pihak polis ujarnya menjawab permohonan tersebut, bahawa ia tidak diluluskan pada 6 September yang lalu kerana semua alasan ini tidak boleh diterima kerana ia tidak benar.

Turut hadir, Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu; Setiausaha Agung PAS, Dato' Kamarudin Jaafar; Bendahari PAS, Dr Hatta Ramli; AJK PAS Pusat, Anuar Tahir; Dato' Abu Bakar Chik; Dr Dzulkifli Ahmad; Ketua Penerangan PAS, Mahfuz Omar; Sekretariat Bersih, Faizal Mustafa; Hanipa Maidin dan Ketua Angkatan Muda KeADILan, Shamsul Iskandar Mat Akin.

Sidang media kira-kira dua jam tersebut mendapat liputan yang meluas daripada seluruh media serta pegawai-pegawai polis yang diarahkan datang bertugas untuk mendapatkan maklumat. - mks.

Laporan Ketua Audit Negara Harus Dapat Pujian, Kata Prof Hamdan

KOTA KINABALU, 10 Sept (Bernama) -- Laporan Ketua Audit Negara 2006 yang mendedahkan pelbagai kepincangan dalam pengurusan dana awam seperti yang disiarkan oleh media perlu mendapat pujian semua pihak, kata Aktivis Hak Asasi Manusia dan Pengguna Datuk Prof Dr Hamdan Adnan.

Katanya pendedahan itu bukan sahaja menunjukkan sikap bertanggungjawab kerajaan tetapi juga membuktikan ketelusan pentadbiran dalam menguruskan wang rakyat.

"Oleh kerana laporan tersebut sudah mendedahkan beberapa penyelewengan dana awam yang ketara, saya berpendapat Badan Pencegah Rasuah (BPR) perlu dibawa masuk untuk membuat siasatan terhadap sesiapa yang bertangungjawab," katanya kepada Bernama sebagai mengulas pendedahan Ketua Audit Negara terhadap penyelewengan dana di beberapa kementerian.

Semalam, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika mengulas laporan berkenaan mahu kementerian yang terbabit bertanggungjawab terhadap kepincangan yang berlaku.

Laporan Ketua Audit Negara antara lain mendedahkan pembelian pemutar skru yang sepatutnya berharga RM32 menjadi RM224 dan pembelian sebuah kamera digital 3.1 megapixel berharga RM8,254.

Hamdan berkata tindakan tegas perlu diambil bukan sahaja kepada pihak bertanggungjawab terhadap pembelian berkenaan tetapi juga kepada syarikat yang menjadi pembekal barangan berkenaan kerana meletakkan harga tidak munasabah, bagi mengelak perkara seumpama daripada berulang.

-- BERNAMA

Sunday, September 09, 2007

Tindakan 'gila' dan 'naik angin' pihak polis ,merujuk kes Ceramah Bersih di Batu Buruk Kuala Terengganu, menggambarkan 'polis' bertindak berani terhadap Melayu Islam, sebalik bertindak 'bacul' dan pengecut berhadapan dengan penternak babi di Melaka.
Kita, dapat menerima tugas dan tanggungjawab polis dalam menlaksanakan tugas, tetapi sikap keterlaluan dengan melepaskan peluru hidup sehingga mencedera parahkan 2 orang dan berpuluh-puluh lagi cedera dan dirawat di Hospital adalah amat keterlaluan. Maka sudah sampai masa rakyat perlu memberi pengajaran kepada kerajaan yang semakin biadap. Rakyat nak tunggu sampai bila apakah sehingga Mossad berada di negara kita ?
Melihat paparan audio visual melalui Berita tengahhari TV3 , menyingkap dan menaikkan darah orang yang faham dan tahu akan keadaan sebenar. Maka malam ini berita itu akan dimanipulasikan bahawa polis dan kerajaan tak akan nampak salah dan tidak dipersalahkan , tunggulah paparannya ?
Jangan mudah tergoda dan termakan berita ?

Antara Himpunan Pertahankan Babi dengan Pertahanakan Islam ?

Antara himpunan penternak babi dengan himpunan kebenaran di Kuala Terengganu, manakah yang lebih mulia ? Lihatlah keberanian kerajaan Islam Hadhari yang disanjungi oleh Goerge Bush presiden AS.

Diberitakan , polis dengan pasukan FRU bertindak 'tegas' terhadap himpunan seramai 500 orang di Kuala Terangganu, ikui laporan UM.. di tambah nilai berita kumpulan parti pembangkang ini merusuh .. Lebih 500 merusuh

Lebih 500 orang dipercayai pengikut parti pembangkang merusuh dan bertindak agresif terhadap anggota polis setelah diarahkan bersurai daripada satu perhimpunan haram di Jalan Sultan Mahmud di sini malam ini.

Ketua Polis Negeri Datuk Ayub Yaakob berkata perhimpunan haram itu bermula pukul 10 malam tetapi orang ramai enggan bersurai setelah diarahkan berbuat demikian, sebaliknya bertindak agresif dengan melemparkan pelbagai objek seperti batu dan bom molotov ke arah anggota polis, 15 minit kemudian.

“Ekoran itu, polis terpaksa bertindak tegas dengan melepaskan gas pemedih mata dan memancutkan air ke arah perhimpunan haram itu dan sehingga pukul 12 malam ini mereka masih enggan bersurai,” katanya kepada pemberita di tempat kejadian.

Beliau berkata seramai 350 anggota polis daripada pelbagai cawangan termasuk Polis Simpanan Persekutuan (FRU) serta dua trak penyembur air dikejarkan ke tempat kejadian bagi mengawal keadaan.

Ayub berkata polis sebelum ini telah memanggil pihak penganjur yang bertanggungjawab membawa Bendahari Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR) Tan Sri Khalid Ibrahim serta beberapa penceramah lain termasuk Naib Presiden Pas Mohamad Sabu, Anggota Dewan Undangan Negeri Triang, Pahang, Leong Ngah Ngah dari DAP yang dijadualkan berceramah dalam perhimpunan itu, bagi membincangkan soal permit.

Bagaimanapun, sehingga pukul 6 petang, pihak penganjur gagal hadir ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen

Ekoran rusuhan itu, beliau berkata seramai 13 orang ditahan mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan setakat ini, kerana bertindak ganas melemparkan batu, bom molotov serta pelbagai objek lain ke arah polis.

Seorang anggota polis berpakaian preman turut tercedera di kening akibat dibaling batu.

Saturday, September 08, 2007

Melaka:Apakah Darul Babi?


Pembongkaran TV3 terhadap masalah penduduk Kampung Masjid Tanah, Jasin Melaka terhadap bau busuk babi yang diternak di kampung mereka cukup memalukan umat Islam(mungkin Umno tidak malu?). 30 tahun mereka menghidup “pewangi asli” itu. Dan dalam masa 30 tahun itu, hanya Umno dan BN sahaja yang menjadi pemerintah Melaka. Selama 30 tahun itu jugalah, wakil rakyat mereka adalah melayu umno. Apa yang peliknya mereka sanggup lagi memberi undi kepada orang yang memberi perfume sesegar itu kepada mereka :). Melayu apakah ini?

Kenapa masalah babi ini sampai 30 tahun baru nak selesai?. kalaulah Hang Tuah dan Hang Jebat ada, rasanya akan diamuk-amukkan orang yang telah memberi malu kepada sultan Melaka. Dirasakan sudah pasti Ali anak Rustam itu sudah dihadapkan kepada Sultan kerana mencemarkan aroma di Melaka. Mungkin akan di jatuhkan hukuman meminum air sungai yang mengalir di dalamnya tahi babi itu. Karam Singh Walia sudah pasti akan membuat liputan lintas langsung akan acara itu.

Persoalannya, bagaimana kalau Karam Singh tidak mendedahkan perkara itu? Apakah pengundi-pengundi melayu di situ akan terus memberi undi kepada BN/Umno?. Saya cukup yakin jawapannya adalah ya. Sebab mereka tidak boleh membezakan undi dengan halal haram. Mereka tidak dapat membezakan mudharat dengan Umno. Mereka sudah sebati dengan Umno. Kalau Umno tiada di kampung mereka, mereka akan sesat, mereka akan mundur dan mereka tidak akan mecium lagi bau segar udara babi. Jadi, bagi meneruskan tradisi mencium bau babi, maka mereka mesti undi BN/Umno.

Minta maaf pengundi parlimen Jasin khususnya penduduk kampung Masjid Tanah. Saya cukup emosi apabila berita TV3 mendedahkan masalah anda. Saya merasakan anda “mayat hidup” yang tidak tau berbuat apa-apa. Anda sebenarnya lemah selemah lemahnya. Tidak berdaya melepaskan diri dari masalah sendiri sehingga saudara Karam Singh Walia turun membantu anda. Di mana air muka anda semua?

Semua Wakil Rakyat BN/Umno hanya mebuat komen dengan tersenyum. Tiada masalah bagi mereka sebab anda akan terus menyokong mereka. Mereka boleh buat apa sahaja, kerana anda akan terus memberi undi kepada mereka. Bodoh dan tololnya anda. Respon Kerajaan BN Melaka hanyalah mendesak supaya jumlah babi dikurangkan dari 150,000 ekor kepada 40,000 ekor sahaja. Kenapa tidak tutup sahaja tempat pemeliharaan yang dikatakan dibuat tanpa kelulusan itu? Kalau dah haram kenapa tidak diambil tindakan sewajarnya? Oooo…kalau orang mengajar tanpa tauliah atau orang politik memberi kuliah diambil tindakan segera….tapi bila babi yang haram kemudian dipelihara juga secara haram….kerajaan BN Melaka boleh bertimbang rasa lagi…Poraaaaaahhhhhhh….

Kampung Masjid Tanah sudah tercemar dan dicemari dengan babi. Nama masjid juga tercemar. Apakah anda sedikitpun tidak merasa tersentuh dengan Agama Islam yang anda sendiri anuti?. Nama sahaja kampung Masjid Tanah tapi menjadi sarang babi yang pengusahanya ada hubung kait dengan orang Singapura?. Bahasa apa lagi yang perlu saya sedarkan anda semua.

Sebenarnya anda lemah. Anda tidak sensitif. Otak dan tulang temulang yang Allah SWT anugerahkan kepada anda sebagai hambaNya, anda tidak guna sepenuhnya. Sebenarnya otak anda berada di lutut. Tidak berfungsi sebagai pemikir dan bertindak. Dayuss sedayuss dayusssssnya. Entahlah.

Sekiranya otak anda berfungsi dengan baik anda tidak akan terseksa selama 30 tahun. Anda bersemangat melaungkan merdeka! merdeka! merdeka! sedangkan di sekeliling anda penuh dengan tahi babi. Anda masih dijajah babi. Memalukan sekali!

Wahai penduduk kampung Masjid Tanah dan Jasin khasnya, berubahlah sekali. Umno/BN bukan malaikat yang menolong anda. Mereka bukan puaka yang akan memberi mudharat kepada anda. Di mana semangat Hang Tuah dan Hang Jebat yang anda semua bangga-banggakan kalau isu babipun tidak mampu nak selesai. Jangan sampai anda ditertawakan oleh orang lain di atas kebodohan sendiri.. Letak otak dikepala dan berfikirlah…

Undian SMS TV3 mengenai Isu babi di Melaka - tindakan kerajaan negeri masih belum terlewat disanggah oleh penonton apabila 62% tidak setuju ianya belum terlewat dan 38% bersetuju?.

pig.jpg ali-rustam.jpg

Ali Rustam tersenyum melihat kebodohan rakyatnya.

Antara komen pasal babi ini.

Laporan dari buletin utama..tv3

Tadi di dalam berita tv3 ada satu isu yang dibangkitkan iaitu mengenai pencemaran air sungai di kuala sg baru yang tercemar akibat penternakan Babi yang melampau,dianggarkan sebanyak 150,000 ekor telah dipelihara yang mana penguasanya tidak mendapat kelulusan dari pihak berwajib..melalui detektif terkenal Karam Singh Walia mengatakan operasi penternakan itu telah berlaku agak sekian lama(5-10 thn).Penduduk dan penguasa chalet sudah membuat aduan akibat bau busuk dan pencemaran tetapii ianya tidak diendahkan sehinggalah TV3 dijadikan ADUN sementara..

Dari interbiu dgn seorg yang agak bodoh iaitu Ali Ketam selaku Menteri Besar Melaka,dia mengatakan operasi tersebut sudah lama serta mengakui operasi tersebut adalah haram(tak dpt lesen) dan dia akan meminta mereka mengurangkan penternakan babi tersebut ke 40,000-50,000.Dia juga berkata kerajaan takut ambil tindakan kerana mungkin ianya dipolitikan oleh sesetengah pihak.

Persoalannya adalah:

1)Siapa yang menjadi payung kepada penternakan haram itu sebagaimana yang dicritakan oleh sorang pakcik yg diinterbiu oleh tv3 itu?

2)Kenapa Ali Ketam mengatakan babi itu akan dikurangkan..sedangkan persoalanya ialah pencemaran,tiada lesen?

3)Kenapa kerajaan tidak tahu/berdiam diri mengenai ladang penternakan tersebut sedangkan umum mengetahui melaka tu taklah sebesar Pahang dan mana ADUN dikws situ?

4)Adakah kerana takut ianya dipolitikan,maka kerajaan seharusnya membiarkan penternakan itu dijalankan walaupun tanpa lesen?dan membiarkan satu pihak lagi menanggung akibatnya dek kerana pencemaran sungai dan bau busuk itu?

Dulu N9..sekarang Melaka

Apa pendapat anda?????????

Sudah seminggu lebih isu babi di Melaka menjadi topik perbincangan. Kerajaan Melaka mengarah supaya babi di kurangkan. Penternak tak hirau. Polis dan FRU tidak dapat berbuat apa-apa. Kanak-kanak menjadi perisai. Operasi hapus ditunda ke 21 hb September.

Karam Singh Walia mengeluh dan kecewa. Isu yang diperjuangkan beliau bukan isu agama. Jauh sekali isu politik. Beliau terkenal dengan pejuang alam sekitar. Maka alam sekitarlah yang diperjuangkan. Sungai kotor sudah ditunjukinya. Bau busuk dan hanyir telah didedahkannya. Apa lagi yang perlu beliau angkat tangan setiap kali memberi komen. Tangan beliau sekarang sudah lengoh dan tidak berdaya lagi untuk diangkat. Babi tetap di situ lagi..

Apa kabar Sazmi Miah, Setiausaha Kementerian Alam Sekitar dan Ahli Parlimen Mache(Machang). Di mana suara jerit pekik kamu? Bukankah kamu juara isu Lojing? Pembela kepada alam sekitar? Kenapa dalam bab babi ini kamu diam? Apakah kerana Lojing itu berada dalam tanah jajahan Kelantan yang pemerintahnya adalah PAS maka kamu mesti berjuang membela kononnya alam sekitar di Kelantan teruk sangat?

Inilah sikap dan sifat seorang pemimpin BN/Umno. Babi itu lebih teruk dari Lojing. Lesen menternakpun tiada. Kenapa ianya dibiar jua.

Oleh kerana isu babi tidak mendatangkan kesan politik dan tekanan kepada kerajaan PAS Kelantan, maka ianya tidak perlu diperjuangkan. Biarlah penduduk Islam dan bukan Islam di Masjid Tanah itu bergelumang dengan masalah mereka. Sazmi tidak perlu berbuat apa-apa. “Jangan cari penyakit” mungkin itu motto perjuangan Sazmi.

babi.jpg

Pemimpin seperti ini tidak layak menjadi wakil kepada rakyat. Jawatan setiausaha yang dipegang beliau bukan hanya sekadar menumpu pandang ke Kelantan sahaja. Beliau bukan setiausaha Kementerian Alam Sekitar Kelantan tetapi pusat - Kerajaan BN pusat. Kalau hanya Kelantan sahaja yang dicari salahnya, maka terbukti beliau hanya pemimpin di bawah tempurung, baik sedikit daripada katak. Pemimpin berfikiran kekampungan tidak layak berada di pusat.

Usahlah Sazmi mendabik dada pejuang alam sekitar kalau masalah inipun beliau menyepi diri. Pemimpin Umno dan Islam Hadhari apa macam ini? Kita menunggu suara “manja” Sazmi dalam isu ini….


Bila peternak babi bertindak, yang mentadbir gagal gugurkan apa yang ditadbirnya. Ini adalah gambaran penguasa itu 'gagal' dalam menjalankan kuasanya serta tanggungjawabnya. Jika dibahaskan pertimbangan perkataan keramat 'majmuk' itu tidaklah diguna pakai oleh mereka yang terlibat. Selalunya jika dalam menjalankan hukum-hakam 'gagal' diterima oleh kerana faktor kemajmukkan kaum itulah sebagai penghalang. Maka kenapakah tidak terpakai kemajmukan dalam kes babi ini. Bayangkan kawasan Alor Gajah yang satu kawasan majoriti berpendudukan majoriti Melayu, maka dihuni juga oleh kaum Cina dan India. boleh ada kandang babi terbesar di dunia. Bab pencemaran atau apa yang sewaktu dengannya usahlah dibincangkanlah .. tak terbincang, yang kita perlukan sekarang adalah tindakan... tindakan....


Penternak babi di Paya Mengkuang, Bukit Beruang, Man Lok dan Londang dekat sini masih gagal memenuhi janji mereka untuk membawa keluar sekurang-kurangnya 2,500 ekor sehari dari kawasan itu.

Mereka juga masih gagal menyerahkan jadual harian pengeluaran babi kepada jawatankuasa khas yang ditubuh bagi memantau pengurangan babi dari kawasan berkenaan.

Pengerusi jawatankuasa khas itu yang juga Anggota Parlimen Masjid Tanah, Datuk Wira Abu Seman Yusop berkata kerajaan negeri Melaka membenarkan hanya 48,000 ekor diternak manakala baki kira-kira 97,000 ekor mesti dihapuskan sehingga 21 Sept ini.

"Sejak Selasa lepas (4 Sept) hingga semalam, penternak hanya mengeluarkan sebanyak 6,526 ekor, ini tidak sampai sasaran yang ditetapkan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan program perarakan sambutan 50 tahun kemerdekaan negara peringkat parlimen Masjid Tanah dekat sini, hari ini.

Selasa lepas, kerajaan negeri Melaka menangguhkan operasi memusnahkan lebihan ternakan babi di kawasan itu setelah penternak berjanji untuk mengurangkan sendiri ternakan kepada 48,000 ekor dan mereka diberi tempoh sehingga 21 Sept ini untuk berbuat demikian.

Terdapat 76 penternak menternak lebih 140,000 ekor babi dalam 288 kandang di 89 ladang di kawasan berkenaan.

Abu Seman yang juga Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan berkata jika penternak gagal memenuhi janji mereka selepas 21 Sept, kerajaan tidak akan bertolak ansur lagi kerana mereka sudah tahu syarat dan tindakan yang bakal dikenakan.

Beliau berkata kerajaan negeri Melaka memutuskan untuk mengurangkan jumlah ternakan itu berikutan pencemaran sungai dan udara akibat kegiatan berkenaan, selain bantahan penduduk yang tidak tahan dengan bau busuk najis haiwan itu.

Pencemaran akibat daripada ternakan babi itu turut menjejaskan mata pencarian terutama peniaga kedai makan dan pengusaha resort dan chalet di sekitarnya, katanya.

Beliau berkata kerajaan negeri hanya membenarkan ternakan di kawasan Paya Mengkuang manakala kawasan lain yang akan ditutup dirancang dibangunkan dengan projek perindustrian. BERNAMA
Alahai, berapalah sangat bonus nak diberikan kepada kakitangan , yang ibarat seperti tidak 'bertangan' bila tiba menjelang buka sekolah dan hari raya. Walaupun namapak rezeki itu masuk ke kakitangan, namun tidak semua 'bonus' itu menjadi hak milik kakitangan sahaja, maka banyak lagi kaki-kaki dan tangan-tangan yang perlu dibantu.. Pendekata bonus itu diperlukan oleh kroni-kroni yang lain spt ibubapa mereka, adik beradik yang susah dan memang payah, seterusnya anak-anak saudara , yang sememang mengharapkan pak cik atau mak cik yang duduk kat KL katakan dapat 'hulur'2 sikit.


Maka lemah lah jiwa kakitangan bila diumumkan "Tiada bonus sektor awam sebab gaji naik".

Kenaikan gaji antara 7.5 peratus dan 35 peratus bagi kakitangan awam serta kenaikan gaji antara 9 hingga 42 peratus Julai lepas bagi anggota polis dan tentera boleh dianggap sebagai satu bonus bagi mereka.

Menteri Kewanngan Kedua Tan Sri Nor Mohamed Yakcop berkata justeru, kerajaan berpendapat tidak perlu lagi bayaran bonus kepada kakitangan awam tahun ini.

"Kalau kita lihat bagi tahun ini bermula bulan Julai, kenaikan gaji telah dilaksanakan.

"Dan kalau kita melihat kenaikan jumlah gaji tambahan yang diterima pada tempoh enam bulan ini mulai Julai, kita nampak kalau dikira sebagai bonus, ada yang dapat sebanyak empat bulan bonus bagi kumpulan sokongan dan ada juga menerima dua bulan bonus.

"Kecuali JUSA (Jawatan Utama Sektor Awam) dia kurang sikit tapi pendapatan dia banyak," katanya dalam rancangan Selamat Pagi Malaysia yang disiarkan secara langsung dari Kementerian Kewangan menerusi RTM 1, pagi ini.

Beliau berkata oleh kerana jumlah dana yang ada adalah terhad, dan banyak keperluan, kerajaan harus penuhi daripada segi pembangunan luar bandar, membina jambatan, pendidikan dan lain-lain lagi.

"Melalui kenaikan gaji ini, kerajaan telah memberi satu peruntukan yang begitu besar iaitu RM8 bilion tiap-tiap tahun.

"Jadi sebagai kerajaan yang bertanggungjawab untuk semua sektor, semua warga, kita berpendapat bahawa jumlah dana yang ada harus dimanfaatkan pada bidang-bidang prioriti yang lain," katanya.

Nor Mohamed berkata demikian ketika ditanya tentang ketiadaan bonus bagi 1.2 juta kakitangan awam dalam pembentangan Bajet 2008 oleh Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi semalam.

Kakitangan awam menikmati bonus pemberian kerajaan pertama kali pada 1993 yang menyaksikan seramai 850,000 kakitangan awam menerima bonus sebulan gaji atau minimum RM400 dan sejak itu terus menikmatinya.

Nor Mohamed juga meminta syarikat milik keajaan (GLC) agar meneruskan usaha bersama kerajaan menghulurkan bantuan kepada golongan miskin.

Ketika menjawab soalan seorang penonton beliau berkata kerajaan telah menyediakan peruntukan yang besar dalam bajet tahun ini dalam menjayakan usaha menghapuskan kemiskinan biasa dan kemiskinan tegar.

Katanya ini dilakukan menerusi pelbagai program termasuk membina rumah dan jalan di kampung serta menyediakan kemudahan elektrik dan air bersih kepada golongan itu.

Mengenai golongan Orang Kurang Upaya (OKU), yang ditanya oleh seorang lagi penonton, Nor Mohamed berkata kerajaan tidak lupa tentang nasib mereka dalam Bajet 2008.

Beliau berkata selain penambahan elaun bulanan yang diumumkan semalam, kerajaan juga akan memberi pengecualian cukai bagi majikan yang mengubahsuai premis mereka bagi menempatkan pekerja OKU.

Menerusi cara ini, katanya kerajaan berharap majikan dari sektor swasta akan memberi prioriti kepada jawatan tertentu untuk disandang oleh golongan OKU.

Beliau berkata kerajaan juga berharap majikan swasta akan mengambil kakitangan dari semua komposisi kaum seperti Melayu, Cina, India serta kumpulan etnik yang lain sebagai salah satu tanggungjawab sosial mereka memberi peluang pekerjaan kepada semua kaum di negara ini.

"Ini penting kerana kerajaan tidak mahu melihat sektor swasta hanya mengambil kakitangan dari golongan tertentu sahaja," katanya. BERNAMA

Skandal Thaksin di Thai negara kita gimana ?



Thai singer denied yesterday that she had any sexual relations with former prime minister Thaksin Shinawatra, and said she calls him 'Dad' because of the moral support he gives her.

Saranrat Wisutthithada, a 20-year- old pop singer better known by her stage name Lydia, made the denial to Thailand's TV Channel 3 as she prepared to launch her book Lydia, Here I Am.

'I am confirming 100 per cent that I had nothing to do with him,' she said, referring to rumours of the affair.

Thai newspaper reports have in the past few weeks intimated that Lydia had sexual relations with the 58-year-old Thaksin, a billionaire who made his fortune in the telecommunications sector.

'The reputation of my family has been seriously damaged by the news and speculation about my affair with him,' she said.

She denied her family was in debt to Thaksin and had sent her to him as a way of making good on their deal, and also insisted that her new house was not purchased by the former prime minister.

Thaksin is married with three children. He was prime minister from 2001 till last year before he was ousted for alleged corruption and abuse of power.

He and his wife Pojaman have each been charged with two violations under anti-corruption laws. In exile since then, he now resides in London.

Speculation about Lydia's relationship with Thaksin arose after a book about his life in exile was published, with a chapter titled 'Thaksin-Lydia: the close friends of different ages'.

It quoted Thaksin as saying that he enjoyed singing karaoke and playing golf with her.

ASSOCIATED PRESS

Friday, September 07, 2007

Semalam berita utama Buliten TV3, menyiarkan visual sekumpulan remaja yang bermotosikal yang 'diberitakan' sebagai mat rempit bertindak mengamuk dengan membaling batu dan merosakkan sebuah kereta peronda polis di Teluk Batik, Lumut Perak.
Lebih berani lagi mereka bertindak mengepung pulak polis , yang sebelum ini memang berani untuk menguatkuasakan peratuaran pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja. Hari smealam polis jadi 'takut', mana FRU kita tak tahu, berbanding kes Memali tempat orang menadah kitab boleh jadi 'bahaya' pada pengamatan polis, dan 'ceramah' agama oleh pembangkang terutama PAS menjadi bahan ratahan rakus halagan oleh pihak polis khas dan amnya pihak berkuasa (pemerintah). Taring mereka (polis) hilang, kalah dari segi moral dengan kumpulan mat rempt.
Bila berita ini, diberitakan tentulah 'mat rempit2' negeri lain dan tempat lain akan 'naik minyak' dan lepas ini , mereka akan bertindak tidak heran lagi dengan pihak berkuasa polis . Tunggu dan lihatlah ....
Tidakan 'berani' kumpulan mat rempit boleh ditafsirkan daripada manifestasi pendidikan, pengajaran, iktibar dan pengamalan zaman kini. Instrumen ini janganlah hendak pemimpin negara marah , kerana 'mereka' sendirilah yang membuat acuan. apa tidak bila kes - kes melibatkan orang besar peringkat pemimpin besar negara mereka boleh berada atas undang-undang, maknanya undang-undang tak 'terlakit' dek pendakwaan bagi yang mahu mendakwa atau menguatkuasa undang-undang.
Mat rempit jadi berani kerana mereka 'ramai' dan 'kuat' , maka undang-undang dipersetankan. Apa perlu takut kerana undang2 dan penguatkuasa boleh dikalahkan.

Perlembagaan negara berpaksi kehendak tempatan

Oleh Profesor Dr Abdul Aziz Bari

SETIAP Perlembagaan bagi mana-mana negara di dunia ini adalah unik dan tersendiri dengan cara masing-masing. Ia tidak dapat disangkal kerana sebagai dokumen asas, Perlembagaan bukan saja menjadi undang-undang dasar, malah merangkumi nilai dan ideal yang menjadi sejarah serta cita-cita bangsa dan negara. Disebabkan itu setengah negara memanggil dokumen asas itu sebagai undang-undang dasar. Perlembagaan Malaysia juga mempunyai ciri yang unik dan tersendiri. Dalam rangka melaksanakan demokrasi, kesaksamaan dan keadilan Perlembagaan turut menyediakan peruntukan yang menandakan sejarah dan budaya kita.

Inilah yang harus sentiasa diberi perhatian dalam rangka memahami dan mentafsir setiap peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan dan Perlembagaan negeri yang semuanya membentuk apa yang umumnya dikatakan sebagai Perlembagaan Malaysia. Adalah kurang tepat untuk mengatakan bahawa Perlembagaan Malaysia sebagai warisan atau peninggalan British. Jika melihat sejarah kehidupan negara berperlembagaan di negara ini, ia sebenarnya bermula lama sebelum British meletakkan asas pentadbiran mereka dengan pendudukan Pulau Pinang pada 1786.
Sistem dan kehidupan bernegara jelas kelihatan dalam Kanun Undang-Undang Melaka yang menjadi tiang seri pentadbiran Kesultanan Melayu Melaka pada abad ke-15. Apabila kesultanan itu runtuh di tangan Portugis pada 1511, pengaruh kanun berpaksikan ajaran dan semangat Islam itu kelihatan dalam kanun pemerintahan kesultanan Melayu yang muncul selepas itu. British sendiri menerima kedudukan berkenaan, khususnya dalam konteks kedudukan raja dan Islam, apabila mereka membuat perjanjian yang meletakkan negeri-negeri Melayu di bawah perlindungan mereka bermula dengan Perjanjian Pangkor pada 1874.
Meskipun pihak British pada umumnya menjadi pemerintah sebenar di negeri-negeri Melayu, mereka tidak mengetepikan kedudukan Raja, agama dan bahasa orang Melayu. Malah, mengakui perlunya orang Melayu diberi kedudukan istimewa menerusi pengwujudan pelbagai dasar dan undang-undang tertentu mulai awal kurun ke-20. Ini semua menjadi asas yang tidak pernah diketepikan dalam perkembangan yang terjadi selepas itu. Sebab itu Malayan Union 1946 yang cuba membawa reformasi radikal tidak dapat dilaksanakan. Ia membawa kepada Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 mengembalikan status quo asal.
Semua ini menjadi batu asas dan peruntukan utama apabila rundingan kemerdekaan bermula selepas pilihan raya 1955. Itu semua menjelaskan mengapa Perlembagaan yang berwajah ‘Westminster’ ini pada hakikatnya masih berakar dan berinspirasikan semangat dan kehendak tempatan. Kita tidak harus lupa bahawa kita tidak memilih untuk menjadi negara unitari seperti diamalkan di United Kingdom apabila negara merdeka pada 1957. Sebaliknya, kita memilih menegakkan negara Persekutuan dengan Raja-Raja dan kedudukan agama dapat beroperasi seperti sebelumnya. Hari ini, antara prinsip demokrasi yang utama ialah prinsip Raja berperlembagaan pada peringkat Persekutuan dan negeri dengan Yang di-Pertuan Agong, Raja-Raja dan Yang Dipertua Negeri perlu bertindak mengikut nasihat kerajaan memerintah. Bagaimanapun, ini tidak terpakai dalam hal tertentu seperti agama yang mana Raja-Raja dan pihak berkuasa negeri masih kekal dengan kedudukan dan kuasa selepas merdeka. Dalam pada itu, hanya orang Melayu yang boleh dilantik sebagai menteri besar dan setiausaha kerajaan negeri.
Dalam pada itu, seperti Perlembagaan demokratik yang lain, Perlembagaan Persekutuan memberi hak sama rata kepada semua orang. Namun, Perlembagaan itu dengan jelas mengecualikan prinsip ini daripada menyentuh soal agama dan kedudukan istimewa Melayu. Begitu juga, sesuai dengan konsep kedaulatan rakyat, Perlembagaan memberi Dewan Rakyat kuasa pemutus, tetapi ini tidak terpakai di dalam soal pindaan Perlembagaan. Selain Dewan Negara – yang turut mengandungi wakil negeri – Majlis Raja-Raja juga diberi kuasa dan peranan tertentu di dalam proses pindaan Perlembagaan. Yang Dipertua Negeri Sabah dan Sarawak juga diberikan peranan dalam hal menyentuh kepentingan kedua-dua negeri Borneo itu. Apa yang boleh dikatakan di sini ialah bahawa dalam rangka melaksanakan demokrasi, Perlembagaan cuba membuat perseimbangan iaitu dengan mengekalkan elemen pribumi yang terbukti penting dalam menjamin kestabilan selama ini.
Dalam tempoh 50 tahun yang lalu, kita sudah melalui beberapa tahap kritikal dan genting. Ia termasuk pengisytiharan darurat pada Mei 1969. Di sisi undang-undang, sebenarnya Perlembagaan masih wujud dan beroperasi ketika itu. Segala kuasa dilaksanakan Majlis Gerakan Negara ketika itu adalah kuasa yang memang sudah sedia wujud dalam kerangka Perlembagaan itu sendiri, khususnya Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan. Dengan itu adalah tidak benar untuk dikatakan bahawa pemerintahan atau sistem berperlembagaan sudah digantung ekoran peristiwa berdarah itu. Selain itu, kita juga menyaksikan beberapa krisis perlembagaan membabitkan beberapa institusi perlembagaan. Apa yang dapat dikatakan di sini ialah krisis itu sebenarnya sesuatu yang lumrah dan tidak dapat dielakkan dalam proses kematangan. Boleh dikatakan semua negara di dunia melalui tahap kritikal itu.
Setengah negara, malah terpaksa membuat Perlembagaan baru ekoran krisis atau pergolakan dilalui. Krisis utama yang membabitkan Raja-Raja dengan Kerajaan Persekutuan terjadi pada 1983. Ia membabitkan soal perkenan diraja untuk rang undang-undang yang diluluskan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri serta kuasa Yang di-Pertuan Agong dalam mengisytiharkan darurat.Seterusnya pada 1993, kita menyaksikan krisis perlembagaan yang terjadi ekoran hak imuniti Raja-Raja.
Kerajaan Persekutuan juga mengalami krisis dengan badan kehakiman pada 1988. Semua masalah ini terjadi ketika kerajaan dipimpin bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad. Walau apa pun kelemahan dan kekurangan Perlembagaan kita, adalah jelas bahawa ia perlu terus kekal dan dipertahankan. Sebagai dokumen buatan manusia, Perlembagaan tidak sunyi daripada kelemahan. Bagaimanapun, pengalaman selama 50 tahun ini menunjukkan bahawa ia mampu menyesuaikan diri dengan pelbagai kehendak dan perubahan. Ini memang sudah diduga oleh Perlembagaan yang awal-awal lagi menyediakan prosedur menangani keperluan itu. Tidak ada siapa pun yang berpuas hati dengan kedudukan dan hak mereka di bawah Perlembagaan. Baik golongan istana, orang Melayu dan bukan Melayu, pihak berkuasa negeri atau pusat, Sabah dan Sarawak; semuanya mempunyai alasan untuk tidak berpuas hati dengan apa yang mereka peroleh.
Bagaimanapun, tidak ada siapa yang boleh mendakwa bahawa mereka tidak mendapat apa-apa di bawah Perlembagaan. Inilah sebenarnya yang harus sentiasa diingati dalam rangka kita meneliti kekuatan dan kelemahan Perlembagaan kita sempena ulang tahun kemerdekaan negara ke-50 ini.
Penulis adalah profesor undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Gombak

Lelaki Oh Lelaki di mana kamu ?

Dalam tempoh lima tahun lalu, dominasi penuntut perempuan di IPTA amat ketara.Kekurangan itu mengambil kira pelajar lelaki lebih berminat kepada latihan berbentuk teknikal dan menceburi bidang pekerjaan.

Selain itu, gejala sosial yang banyak membabitkan pelajar lelaki terutama di peringkat sekolah menengah turut mempengaruhi kekurangan itu.Ahli akademik sebuah institusi pengajian tinggi tempatan, Dr Adnan Nawang, berkata isu kekurangan penuntut lelaki harus dilihat dalam skop luas kerana ia turut membabitkan pelbagai faktor terutama pencapaian akademik, kerajinan mengulang kaji dan terjebak dengan gejala sosial.Menurutnya, faktor itu mewujudkan jurang perbezaan fizikal dan mental ketara antara dua gender.
“Kebanyakan pelajar lelaki tidak mahu dikongkong. Mereka juga tidak memberi komitmen 100 peratus berbanding penuntut perempuan yang rajin dan bijak merencana masa depan.“Mereka juga lebih matang membuat persediaan. Ini dapat dilihat dengan keputusan seperti Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) yang sebahagian besar diungguli perempuan.“Pelajar lelaki tetap cemerlang tetapi jumlahnya kecil,” katanya.Kekurangan itu menyebabkan Kementerian Pengajian Tinggi bertekad meningkatkan jumlah penuntut lelaki kepada 45 peratus berbanding purata 35 peratus sekarang.Menterinya, Datuk Mustapha Mohamed, berkata ada universiti awam mempunyai pelajar perempuan mencecah 80 peratus walaupun purata pelajar golongan itu di institusi pengajian tinggi awam di seluruh negara adalah kira-kira 65 peratus.
Bagaimanapun, beliau berkata, kementeriannya tidak bercadang menjadikan usaha mencapai sasaran seperti 60 peratus perempuan dan 40 lelaki (60:40) atau 55:45 sebagai satu dasar.Kementerian Pelajaran pula akan melaksanakan sistem penyesuaian rangkaian universiti awam kepada pelajar lelaki pada peringkat sekolah menengah untuk mengimbangi jumlah penuntut lelaki dan perempuan di kampus.Antaranya melakukan kajian meliputi prestasi peperiksaan, sesi temu duga untuk mengetahui minat dan kegiatan kokurikulum pelajar sebelum pilihan universiti yang sesuai dikemukakan.Mengulas senario itu, Dr Adnan berkata, langkah itu boleh membantu namun keputusan mungkin tidak boleh dilihat dalam tempoh terdekat.Menurutnya, proses dan transformasi pendidikan tidak boleh berlaku sekelip mata, sebaliknya memerlukan perancangan jangka panjang.“Perancangan itu harus dilaksanakan sejak awal bagi memastikan tujuan tercapai. Proses pendidikan yang terlalu menekankan kepentingan akademik menyebabkan sesetengah pelajar lemah tercicir.“Walaupun tiada kajian khusus, boleh dikatakan sebahagian besar yang tercicir adalah lelaki yang lebih minat aspek teknikal berbanding pembacaan.“Ini menyebabkan jumlah tercicir meningkat.
“Pelajar perempuan pula lebih menumpukan kepada pelajaran mungkin disebabkan kawalan keluarga,” katanya.Katanya, keupayaan pelajar lelaki dan wanita sama, cuma komitmen dan kerajinan memisahkan mereka.“Kebanyakan keluarga pula masih mempunyai skeptikal, anak perempuan wajar mempunyai kerjaya yang boleh memperuntukkan lebih masa dengan keluarga.“Justeru, kebanyakan mereka memilih bidang yang bersifat akademik dan tidak hairan jumlah mereka di universiti ramai,” katanya.Mengenai ramai pelajar lelaki terbabit dalam jenayah dan penagihan dadah, Dr Adnan berkata, itu tidak boleh dijadikan ukuran kerana jumlah itu kecil jika dibandingkan dengan penduduk negara ini yang berjumlah 23 juta orang.
Berdasarkan statistik dikeluarkan Unit Sistem Maklumat Dadah Kebangsaan (NADI), seramai 22,811 penagih dadah dikesan tahun lalu. Jumlah itu menunjukkan penurunan sebanyak 30.47% berbanding tempoh masa sama tahun lalu (32,808 orang). Menurutnya, walaupun terbabit dengan gejala sosial, masih ada ramai penuntut lelaki di alam persekolahan rendah dan menengah. Jika dididik dengan baik, masalah gejala sosial dapat dielakkan.“Bukan semua terbabit dalam gejala sosial, kita perlu melihat latar belakang dan mengapa tidak mahu masuk universiti. Mungkin ada daripada keluarga kurang berkemampuan. “Bagi menampung ekonomi keluarga, mereka sanggup mengorbankan masa depan dengan bekerja atau tidak minat belajar dan mahu menjadi usahawan.“Justeru, mekanisme sesuai perlu dicari seperti mewujudkan banyak program yang menawarkan bidang pengajian teknikal untuk menarik minat.“Syarat kelayakan juga boleh dipertimbangkan supaya mampu merapatkan jurang dalam tempoh minimum,” katanya.
Seorang mahasiswa di IPTA tempatan, Mohd Anas Ali, 22, mengakui ketidakseimbangan itu disebabkan kursus ditawarkan kurang menarik.Menurutnya, kebanyakan penuntut lelaki lebih mencari kepuasan melalui bidang teknikal menyebabkan memilih bidang pekerjaan atau melanjutkan pengajian di institusi lain.“Jurang wujud bukan disebabkan lelaki tidak mahu belajar tetapi peluang memperoleh pengajian berbentuk teknikal kurang.“Pada masa sama, tarikan dunia pekerjaan turut menyumbang kerana berpendapat lebih menjamin masa depan berbanding melanjutkan pengajian,” katanya.