Saturday, September 08, 2007

Sudah seminggu lebih isu babi di Melaka menjadi topik perbincangan. Kerajaan Melaka mengarah supaya babi di kurangkan. Penternak tak hirau. Polis dan FRU tidak dapat berbuat apa-apa. Kanak-kanak menjadi perisai. Operasi hapus ditunda ke 21 hb September.

Karam Singh Walia mengeluh dan kecewa. Isu yang diperjuangkan beliau bukan isu agama. Jauh sekali isu politik. Beliau terkenal dengan pejuang alam sekitar. Maka alam sekitarlah yang diperjuangkan. Sungai kotor sudah ditunjukinya. Bau busuk dan hanyir telah didedahkannya. Apa lagi yang perlu beliau angkat tangan setiap kali memberi komen. Tangan beliau sekarang sudah lengoh dan tidak berdaya lagi untuk diangkat. Babi tetap di situ lagi..

Apa kabar Sazmi Miah, Setiausaha Kementerian Alam Sekitar dan Ahli Parlimen Mache(Machang). Di mana suara jerit pekik kamu? Bukankah kamu juara isu Lojing? Pembela kepada alam sekitar? Kenapa dalam bab babi ini kamu diam? Apakah kerana Lojing itu berada dalam tanah jajahan Kelantan yang pemerintahnya adalah PAS maka kamu mesti berjuang membela kononnya alam sekitar di Kelantan teruk sangat?

Inilah sikap dan sifat seorang pemimpin BN/Umno. Babi itu lebih teruk dari Lojing. Lesen menternakpun tiada. Kenapa ianya dibiar jua.

Oleh kerana isu babi tidak mendatangkan kesan politik dan tekanan kepada kerajaan PAS Kelantan, maka ianya tidak perlu diperjuangkan. Biarlah penduduk Islam dan bukan Islam di Masjid Tanah itu bergelumang dengan masalah mereka. Sazmi tidak perlu berbuat apa-apa. “Jangan cari penyakit” mungkin itu motto perjuangan Sazmi.

babi.jpg

Pemimpin seperti ini tidak layak menjadi wakil kepada rakyat. Jawatan setiausaha yang dipegang beliau bukan hanya sekadar menumpu pandang ke Kelantan sahaja. Beliau bukan setiausaha Kementerian Alam Sekitar Kelantan tetapi pusat - Kerajaan BN pusat. Kalau hanya Kelantan sahaja yang dicari salahnya, maka terbukti beliau hanya pemimpin di bawah tempurung, baik sedikit daripada katak. Pemimpin berfikiran kekampungan tidak layak berada di pusat.

Usahlah Sazmi mendabik dada pejuang alam sekitar kalau masalah inipun beliau menyepi diri. Pemimpin Umno dan Islam Hadhari apa macam ini? Kita menunggu suara “manja” Sazmi dalam isu ini….

No comments: