Mengapa jadi begini, tanya Rafidah
malaysiakini.com
Diterbitkan: Mar 14, 2023 2:28 PM
Pada umumnya Rafidah - yang pernah menjadi ketua Wanita Umno Malaysia - berasa sedih dengan keadaan yang dialami negara ini.
Misalnya dia menyentuh mengenai pengaruh wang yang menjadi matlamat hidup seseorang sehingga mengabaikan rakyat, serta kedudukan Malaysia yang tidak lagi disegani.
Berikut merupakan nukilan Rafidah berjudul Mengapa Jadi Begini:
Mengapa negaraku dihantui masalah
dicemari, dimalukan oleh mereka yang bersalah
kerana nila beberapa titik, rosak susu sekawah
akibatnya rakyat berpecah-belah.
Mengapa haluan negaraku mulai melelong
oleh unsur-unsur perlakuan salah, menipu dan bohong
rakyat keluh-kesah, masa depan direnung
budaya masyarakat, urus tadbir sudah terpesong.
Bila hanya wang dan harta selalu diidamkan
tidak peduli halal, haram, walaupun dicuri
wang rakyat sekali pun dianggap hak sendiri
"wang itu raja" dijadikan asas, dan niat di dalam hati.
Mahkamah berderet-deret dengan kes pelbagai
dan penjara mulai melambai
kerana terpesong sudah prinsip dan nilai
maruah diri sudah sanggup dijual, digadai.
Tidak tertekankah hati nurani?
Tidakkah terasa kesal di dalam diri?
Dunia mengetahui, mencemuh, memerhati
malunya kita rakyat negara tercinta ini.
Dulu Malaysia dihormati, dipandang tinggi
kejayaan-kejayaan negara kita dikenal dan dicontohi
sebuah Harimau Asean, dunia mengakui
itulah Malaysia yang generasiku ketahui.
Wahai anak cucu, generasi muda
tebuslah kembali nama baik negara kita
lakukanlah yang terbaik, cemerlang yang terdaya
supaya Malaysia dihormati, dicontohi semula.
Apa yang berlaku seperti igauan mimi ngeri
ditimpa masalah dan tindakan-tindakan tidak direstui
semua itu tidak boleh dibiarkan lagi
bersama-sama kita tentukan haluan negara ini.
Kepada Tuhan kita bersama-sama rafakkan doa
haluan negara dapat diperbetulkan arah tujuannya
nilai-nilai dan prinsip hidup kita renung kembali bersama
supaya kompas negara kita betul haluannya.
Diterbitkan: Mar 14, 2023 2:28 PM
Bekas menteri kanan, Rafidah Aziz, menyatakan rasa gelisahnya apabila melihat keadaan semasa negara dengan menulis gurindam.

No comments:
Post a Comment