Bumi
makin panas
Rashiqah
Ilmi Abd Rahim - Mac 1, 2015 @ 12:01am
rasyiqah@bh.com.my
ORANG
ramai semakin resah dengan cuaca panas melampau dan suhu tinggi apabila panahan
terik matahari dikhuatiri boleh menjejaskan aktiviti seharian, terutama
membabitkan pertanian dan ternakan serta kemungkinan mengundang kebakaran hutan
dan sebagainya.
Negara
pernah mencatat suhu tertinggi iaitu 40.1 darjah Celsius di Chuping, Perlis
pada tahun 1998, sehingga menyebabkan kemarau panjang di sebahagian kawasan di
negara ini manakala suhu kedua tertinggi, iaitu 38.9 Celcius dicatatkan di
kawasan sama pada 18 Mei tahun lalu.
Pada 21
Februari baru-baru ini, kawasan yang sama masih mencatat suhu agak tinggi,
iaitu 35.9 darjah Celsius manakala Alor Setar, Kedah di tempat kedua dengan
catatan 34.9 darjah Celsius.
Cuaca
panas terik yang melanda negara ketika ini berlaku disebabkan fenomena ekuinoks
selain peringkat akhir Monsun Timur Laut, iaitu keadaan cuaca yang lebih
kering, terutama di utara Semenanjung dan dijangka berterusan sehingga
pertengahan Mac ini.
Kajian
iklim PBB
Walaupun
Jabatan Meteorologi menyifatkannya fenomena biasa, ia tidak seharusnya
dipandang remeh kerana pada cuaca suhu tinggi dan kering, kebakaran sama ada di
kawasan hutan, kawasan lapang atau sebagainya mudah berlaku jika tiada kawalan
dan menyebabkan masalah lain.
Bagaimanapun,
petanda buruk terhadap suhu cuaca panas seperti kemarau panjang pada ketika ini
belum dapat dilihat dengan jelas kerana perubahan cuaca melampau sejak
kebelakangan ini.
Lebih
membimbangkan, panel iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) melaporkan
bahawa dunia akan menjadi semakin panas, manakala suhu Bumi dijangka meningkat
sehingga 4.8 darjah Celsius pada abad ini.
Panel
berkenaan juga menegaskan bahawa gelombang panas, banjir dan paras air laut
yang meningkat adalah antara ancaman yang semakin kerap melanda dengan 95
peratus panel berkenaan yakin bahawa manusia adalah punca pemanasan global
berdasarkan pemerhatian sejak 60 tahun lalu.
Cuaca
masih terkawal
Pensyarah
Jabatan Geografi Fakulti Sastera dan Sains Sosial Universiti Malaya (UM), Prof
Datuk Dr Azizan Abu Samah, berkata cuaca panas terik yang melanda negara ketika
ini masih berada di tahap terkawal dan tidak membahayakan tetapi orang ramai
dinasihatkan jangan berjemur serta melakukan terlalu banyak kegiatan luar.
Katanya,
tiada yang istimewa pada hari berkenaan, selain cuaca lebih panas dan matahari
berada tepat di atas kepala menyebabkan kita tidak nampak bayang-bayang sendiri
jika berdiri di tengah panas.
Dr
Azizan berkata perubahan suhu yang melampau berlaku sejak beberapa tahun
kebelakangan ini bukan hanya disebabkan fenomena perubahan iklim malah juga
berlaku akibat pelbagai faktor lain seperti aktiviti manusia.
"Banyak
faktor lain menyumbang kepada pemanasan global yang berlaku di kebanyakan
bahagian dunia. Misalnya, kemusnahan hutan yang diteroka tanpa mengambil kira
pembangunan mapan disebabkan aktiviti manusia.
"Kemusnahan
hutan, iaitu perubahan guna tanah, pembakaran bahan fosil dan juga peningkatan
gas karbon dioksida sekali gus banyak menyumbang kepada pemanasan global.
Pembangunan yang tidak mengambil kira mengenai alam sekitar akan mengganggu
sistem saliran serta ekosistem sesuatu kawasan," katanya.
Galak
tanam pokok
Justeru,
Dr Azizan menyarankan supaya lebih banyak kawasan ditanam dengan pokok serta
kawasan hutan simpan dan tadahan hujan dijaga supaya suhu tempatan dapat
dikurangkan.
"Proses
evapotranspirasi oleh tumbuhan boleh bertindak membantu menyederhanakan suhu.
Selain tumbuhan, awan juga memainkan peranan penting dalam mengawal suhu.
"Liputan
awan di Malaysia yang berkurangan sejak akhir-akhir ini banyak menyumbang
kepada peningkatan suhu. Awan penting kerana bertindak melindungi ruang angkasa
dan permukaan bumi daripada mendapat sinaran matahari secara berterusan,"
katanya.
Cara
hentikan pemanasan global
- Tukar
lampu. Tukar lampu mentol biasa kepada lampu 'flourescent' yang membolehkan
anda mengurangkan 150 paun karbon dioksida setahun.
-
Kurang memandu. Tukar kepada berjalan, menunggang basikal, berkongsi kenderaan
atau menggunakan pengangkutan awam. Anda menjimatkan karbon dioksida bagi
setiap kilometer yang anda tidak memandu.
- Kitar
semula. Anda boleh mengurangkan 2,400 karbon dioksida bagi setiap kitar semula
yang anda lakukan daripada bahan buangan di rumah.
-
Periksa tayar. Pastikan tayar anda cukup angin kerana ia boleh jimat minyak
lebih tiga peratus. Setiap pengurangan minyak boleh membuang 20 paun karbon
dioksida dari udara.
-
Kurang gunakan air panas. Banyak tenaga diperlukan untuk menghasilkan air
panas. Jika anda menggunakan air sejuk atau suam untuk membasuh pakaian, anda
menjimatkan 500 paun wap panas setahun.
- Elak
produk menggunakan pembungkusan. Anda boleh menjimatkan 1,200 paun jika
mengurangkan pembuangan sampah kepada 10 peratus.
- Kawal
suhu. Elak gunakan alat mengawal suhu panas terutama ketika musim sejuk. Anda
menjimatkan kira-kira 2,000 paun karbon dioksida melalui kepintaran mengawal
suhu.
- Tanam
pokok. Sebatang pokok boleh menyerap satu tan karbon dioksida sepanjang
hidupnya.
- Tutup
penggunaan alat elektronik. Tutup televisyen, pemain DVD, stereo dan komputer
apabila anda tidak menggunakan kemudahan itu. Ini dapat menjimatkan beribu-ribu
paun karbon dioksida setiap tahun.
No comments:
Post a Comment