Sunday, October 31, 2021

Bumiputera & Penjawat Awam: Salah habihkan duit negara ?

Mujurlah Zaid Ibrahim, tak tanya dekat diri dia..kenapalah dia dilahirkan Melayu ? Marahnya kepada kaum bumiputera bukan alang kepalang...

Raikan, saja 'pandangan' bernas mantan YB dan mantan menteri ni....


Bertuah jadi Bumiputera, penjawat awam, sindir Zaid

Bekas Menteri Undang-Undang Zaid Ibrahim berkata golongan Bumiputera dan penjawat awam sentiasa bertuah di negara ini.

PETALING JAYA: Bekas Menteri Undang-Undang Zaid Ibrahim, menyatakan betapa “bertuahnya” menjadi Bumiputera atau bekerja sebagai penjawat awam, susulan pengumuman berbilion peruntukan dan manfaat lain diterima dalam Bajet 2022.

Dalam Bajet 2022 diumumkan hari ini, sejumlah RM11.4 bilion diperuntukkan bagi program Bumiputera, dengan RM6.6 bilion daripadanya disalurkan kepada program pendidikan Bumiputera.

Selain itu, lain-lain peruntukan bagi Bumiputera membabitkan RM4.8 bilion untuk melaksanakan pelbagai program peningkatan kapasiti dan pembiayaan perniagaan bawah Perbadanan Usahawan Nasional Berhad, TEKUN Nasional dan Dana Kemakmuran Bumiputera.

Dalam hantarannya, Zaid berkata, “Bertuah jadi Bumiputera…berbilion sudah disediakan,” katanya di Twitter.

Katanya, Malaysia menjadi satu-satunya negara di dunia, yang mana bajet dirangka mengikut kaum.

Zaid berkata, turut “bertuah” adalah penjawat awam susulan kumpulan berkenaan “sentiasa mendapat bantuan tunai” ketika pengumuman bajet dan Hari Raya.

Antara manfaat diterima 1.3 juta penjawat awam dalam Bajet 2022 adalah bantuan khas RM700 dari Gred 56 dan ke bawah, manakala pesara menerima RM350, membabitkan sejuta pesara, dengan nilai keseluruhan pembayaran itu RM1.3 bilion.

Selain itu, mereka turut menerima manfaat lima cuti tambahan tanpa rekod dan 2% kadar faedah pinjaman bagi pembelian komputer dan telefon pintar.

Dalam pembentangan oleh Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz, sejumlah RM140 juta diperuntukkan kepada JAKIM bagi menyelenggara antaranya sekolah tahfiz, sekolah agama rakyat dan institusi pondok berdaftar iaitu meningkat berbanding RM100 juta pada 2021.

Katanya, peruntukan penyelenggaraan kepada lebih 10,000 sekolah bawah Kementerian Pendidikan akan diagihkan mengikut jenis sekolah berdasarkan kadar seragam.

Bagi 2022, sebanyak RM120 juta disediakan untuk manfaat 1,800 Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan juga Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil.

No comments: