Sunday, March 21, 2021

KS BICARA : LOGIK ATAU TIDAK?


Kerana nak berkawan dengan Umno, Pas bagaikan parti yang hilang punca dan jati diri – Khalid 

Sekian lama, bagi yang telah bersama dengan pembangkang, Umno adalah epitome atau lambang politik rasuah, penyelewengan, salahguna kuasa dan perkauman. Ramai yang bersama pembangkang, dan tidak bersama kerajaan yang dibentuk Umno, atas sebab itu. Apabila disebut “Umno, maka bagi ramai, ianya sinonim dengan politik kotor dan jahat. Oleh itu, apabila dicadangkan kerjasama dengan Umno, ramai terkejut dan menganggap ianya satu cadangan yang semestinya ditolak. Lebih lebih lagi bagi mereka yang telah lama menentang corak politik Umno sepertimana yang disebutkan tadi. 


Bagi Parti AMANAH Negara, atau AMANAH, terbentuknya parti tersebut adalah atas sebab menentang kerjasama dengan Umno yang dibawa pemimpin tertinggi Pas secara pintu belakang dan tidak bermaruah. Sambil mulut pemimpin menafikan adanya kerjasama dengan Umno, tindakan jelas sebaliknya. Maka dijatuhkan kesemua pemimpin yang menentang kerjasama dengan Umno pada 2015 melalui cai Dewan Ulama, dan sekarang ini Pas tanpa segan silu bersekedudukan dengan Umno. Persoalan kerjasama dengan Umno akhirnya menyebabkan Pas keluar Pakatan Rakyat ketika itu, walaupun DAP digunakan sebagai alasan. Dan dengan itu kehendak Umno juga akhirnya tercapai. 


Hakikatnya, Umno hanya mempelawa Pas untuk berkawan supaya Pakatan Rakyat berpecah. Namun strategi tersebut gagal mencapai matlamat sebenarnya apabila Pakatan Harapan dibentuk dan BN tetap dikalahkan pada PRU ke 14. Adakah pelawaan berkawan dari Umno masa itu ikhlas dan jujur? Terpulang pada semua menilai sendiri. Namun yang jelas, hasil tawaran itu, PR tiada lagi. Dan Pas menjadi bagaikan parti yang sudah hilang punca dan jati diri, terkontang-kanting ke sana dan ke sini, mencari parti lain untuk dijadikan ‘rakan setia’. 

Sekarang, sekali lagi, kerjasama dengan Umno ditawarkan tetapi kali ini bersama PH. Ada kemungkinan tawaran ini menjejas hubungan dalam Pakatan Harapan pula. Adakah itu sebenarnya matlamat pelawaan Umno terhadap pemimpin tertinggi PH? Ditawarkan kerjasama supaya PH pula berpecah? Namun ada beza. Bezanya cara tawaran ini ditangani. Pada zaman PR, Pas sebagai salah satu parti komponen, menafikan adanya cadangan berbuat demikian. 

Dan untuk memungkinkan ianya dilakukan, maka diserang DAP supaya ahli biasanya melihat keluarnya Pas dari PR bukan kerana ingin bercumbuan dengan Umno tetapi kerana bergaduh dengan DAP. Tetapi pada zaman PH, cadangan ini dibentang secara terbuka dan akan dibahas secara mendalam dan bukan dilaksana hasil strategi pintu belakang atau tebuk atap yang dipaksakan ke atas parti. Sepertimana disebut pimpinan PH, kerjasama dengan Umno, sekiranya ingin diusahakan, adalah atas syarat-syarat tertentu dan bukan atas sebab-sebab expediency atau cara mudah dan pantas mencari kemenangan. Perjuangan politik mesti mempunyai asas dan matlamat yang jelas, bukan untuk semata-mata mendapat kuasa. Mesti berprinsip dan bermaruah, bukan bersifat politik pelacur yang hina. Dan selagimana asas dan matlamat dipersetujui bersama, maka kerjasama adalah mungkin. 

Namun untuk ianya berlaku, secara realitinya, semestinya Umno perlu berubah dan tidak lagi dilihat sebagai pengamal politik rasuah dan korup. Sekiranya benar Umno telah insaf dan ingin kembali kepada jalan yang lurus, maka semestinya kita membantunya dan bersamanya. Sememangnya ‘reformasi politik’ yang diperjuangkan termasuk membawa perubahan kepada budaya politik lama yang diamalkan pengamal politik negara, ia itu dari politik perkauman, rasuah dan salahguna kuasa kepada politik bermaruah dan berprinsip. Tetapi, persoalannya, adakah Umno telah berubah? 

Dan sekiranya Umno tidak berubah dan kita tetap bersedia berkerjasama dengannya, maka tidakkah ianya bermakna bahawa kita, yang sekian lama menolak kerjasama dengan mereka, adalah pihak yang telah berubah? Bagi AMANAH, pendekatan PH++ yang diusahakan untuk PRU 15 bererti PH yang memimpin. Yang lain mengikut dan menambahkan lagi sokongan dan kerusi pada PH. Dalam pada itu, perlu ditanya, adakah Umno akan sanggup main ‘second fiddle’ atau menjadi pengikut pada PH? 


Rasanya semua sudah tahu jawapan pada soalan itu. Ada yang menyebut bahawa kerjasama ini selepas PRU 15. Ia itu sekiranya semua pihak tidak cukup kerusi untuk membentuk kerajaan. Dalam keadaan sebegitu memang ianya wajar dipertimbangkan. Namun persoalan yang perlu dijawab adalah, sekira Umno boleh terima Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai PM, kenapa perlu tunggu sehingga PRU 15? Dengan 34 kerusi Parlimen yang merupakan milik mereka, lakukan sahaja sekarang! Apa pun persoalan ini perlu dibincang dan dibahas oleh pimpinan PH sese

No comments: