Negara dan rakyat sudah miliki keamanan, kestabilan , kesejahteraan daan keharmonian. Ianya dipanggil sebagai perpaduan. Lebih-lebih lagi populasi penduduk negara kita yang berbilang kaum dengan pelbagai etnik yang rencam. Rakyat perlu difahamkan, dan perpaduan itu perlu dikekalkan.
Kita mahu kefahaman yang betul dan iaanya bukan sesuatu yang mudah. Maka bermula disini pemimpin khasnya yang mewakili parti-parti politik berlatarbelakangkan kaum perlu berlatih terlebih dahulu faham.
Jangan hanya faham, bilamana semasa menjadi kerajaan dan berkuasa sahaja. Generasi X Y Z yang hidup dalam alaf baru , nampak macam faham ..Keketaraan dan asobiyyah kekauman tidaklah jelas sangat. Sebab mereka hidup dalam zaman alaf baru.
Justeru, peranan penting adalah, sistem pendidikan negara perlu diperkemaskan, upadate, memberi nafas baru terhadap kefahaman berkenaan. Falsafah Rukun Negara (RN) dari segi rohnya mesti ditonjolkan. Peranan kementerian dan menteriu yang meenjaga perpaduan mestilah digandakan, mesti ditonjolkan dan rakyat merasai agendanya. Dalam erti kata lain, memasyarakatkan serta meratakan perpaduan dalam kalangan rakyat.
Program, susun atur dalam kehidupan rakyat disusun atur dengan 'modus operandi' macam negara maju dan nampak ke depan..
Garap dan gandakan peranan media, realisasikan roh perpaduan dalam perlembagaan menjadi Projek Nasional sebagaimana Wawasan 2020 dilagu-lagukan, digula-gulakan, dinyanyi-nyanyikan dalam minda rakyat teramai.
Usahakan....kerana negara kita banyak duit
No comments:
Post a Comment