Saturday, September 19, 2015

AMANAH lahir untuk pikul harapan ummah - analisa MSO

AMANAH lahir untuk pikul harapan ummah
KESIMPULAN

Tanggal 16 September gigi saya sudah tidak "berona" lagi. Saya boleh makan dan menghayati kehidupan seperti biasa. Justeru pada tanggal itu sepatutnya saya hadir pada mana-mana program politik. Dan pada tanggal itu ada dua event politik berlangsung di negara kita.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEi8FwdBVgU4NAwS9qDN1mIuKmVe5PwL-2zWgR-rztbjq1XVW47G84YhDKnhSd58F6k3OYdZByGDFitFKZOUT-gb19xY4gS2QdaKAwksSXh-woyLdKVIqq7X_HcPpR67SLOvtYiZ/s320/Amanah+-+Abbas+Azmi2.jpg
Ahmad bersama Ghani Shamsuddin dan Lim Kit Siang.
Pertama, majlis himpunan baju merah. Kedua, majlis perlancaran perdana parti Amanah Negara (Amanah).

Walaupun gigi saya tidak berona, saya tidak menghadiri kedua-dua majlis itu kerana pada tarikh itu saya tidak berada dalam negara. Kalau saya ada dalam negara, meskipun tidak ada jemputan khas, saya pasti hadir.



Malam tadi seorang pemimpin tertinggi Amanah menelefon saya bertanya, apakah saya mendapat jemputan rasmi atau tidak. Saya memberi tahunya walaupun saya tidak menerima perkhabaran, tetapi saya tahu tarikh bersejarah itu. Seorang penulis kecil dan tua seperti saya akan memantau setiap sudut dan jerung mencari peristiwa untuk dirakamkan. Saya apolegetik kerana berhalang untuk menyaksi kelahiran bersejarah partinya.

Kedua-dua peristiwa itu penting kepada kedua-dua pihak yang menganjurkannya, dan penting juga untuk dinilai oleh masyarkat seluruhnya. Himpunan baju merah adalah untuk membalas himpunan baju kuning Bersih 4. Motif himpunan itu bagi menunjukkan sokongan kepada perdana menteri Najib Razak yang dianggap telah dihina dan terhina oleh himpunan Bersih 4.

Kejadian pemijakan gambarnya (Najib) bersama gambar seorang presiden parti semasa himpunan Bersih 4, itu dijadikan alasan, walhal kejadian memijak gambar itu jauh daripada perasaan cemuh kepada PM itu yang bersarang dalam hati rakyat negara ini.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgHd3qpLRIZnCwAbtSAj05CwGUl40kM_hqQWM7Hdt2cD2n-JErnKRBSZOS769Pq6Clniz9cINAAVmBEHk-N7Ot_69KIPlQNe1bpJa5qc6_uhLDW666xSkDbv7CAjs1dCZ2ax3UF/s320/Amanah+-+Abbas+Azmi.jpg
Antara barisan kepimpinan Amanah dan jemputan.
Himpunan baju merah dianggap berjaya dan ia disifatkan sebagai kebangkitan orang Melayu. Saya kurang pasti kebangkitan apa? Kalau himpunan Bersih 4, kenapa ia dihadiri lebih 150,000 dan dihimbau oleh10 juta rakyat Malaysia (dalam matemetik saya), ialah kerana rakyat berasa marah dan gelisah dengan beberapa isu yang berlaku dalam negara gara-gara kelemahan dan "kecakduhan" kepimpinan yang ada.
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiiOFKHZioKgXJFEObqr32xsFLUPCB8RcB5wS_PZGB6iAXEw9PtqiwMv9cwLE_DhhWIdp1sy28BuFT14qpu3-vM3v18hUFDM-HRH27QQMr9hY0mRhaqwzbtl1uVWCuMV2ToWz0k/s320/Amanah+-+Rohana+Hana1.jpg
Dewan IDCC penuh sesak pada hari perlancaran.
Kenapa Bersih 4 didominasi orang Cina ialah kerana mereka marah kepada kerajaan disebabkan beberapa polisi dan dasar diperkenalkan yang membebankan mereka. Paling jelas ialah pelaksanaan cukai GST 6 peratus, dan serentak itu juga kejatuhan mata wang Malaysia disamping berlakunya berbagai sandal keangan, dimana isu-isu ini menganggu urusan hidup mereka, duniawi. Orang Cina sangat terkesan mengenai dua isu ini dimana ia menjejaskan kehidupan mereka (perdagangan). Smentara orang Melayu begitu apolegetik terhadap apa juga isu sehingga mereka sanggup dimamah kebejatan.
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhP4vCgsUWv5Rsha622uq7coSUTpoSdVKSp3f4tvVAsyE-Tl6WrVN4PXCFknmSp0yHp-7qIlm2T_C677CoZ_e-c4v9rlYMUUvYifBFPQvio5Fot6dckgS_mGZlM8SFK0MY2oWfZ/s320/Amanah+-+Rohana+Hana2.jpg
Artis Aishah antara menyertai Amanah.
Itulah sebab utama kenapa orang berarak dalam Bersih 4. Disamping itu mereka menuntut ketelusan dan keadilan daripada pemerintah yang masih tidak berlaku adil dan saksama dalam beberapa hal terutamanya menyekat hak asasi manusia yang dijamin agama dan undang-undang. Paling khususnya ialah proses pendemokrasian di negara ini menerusi sistem pilihan raya.

Tetapi dari juring mana pula himpunan baju merah dianggap sebagai kebangkitan Melayu? Apakah dengan hanya jumlah yang berarak dalam himpunan itu tidak sampai 1 juta ia dianggap satu kebangkitan? Jumlah Melayu yang hadir, itupun diupah dan diangkut tidak sampai pun 1% daripada jumlah Melayu yang bermukim dalam negera ini.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjIWfGEDKJQ-a3pemJ4uVg6PCWBgBy2VskKfZjKzmNvDBIvI8PE2RtHgiXzeyzTXNOOx0xirVQ_RlauhlzeFvqevvvjglxXKWzN210yLD3Xp1o4SxkEnc22Nssk6UOP-j7-0R3v/s320/Amanah+azizah.jpg
Dr Wan Aizah hadir sama merai perlancaran Amanah.
Dan apakah Melayu bangkit kerana marah kepada himpunan Bersih 4? Kalau begitu jelas, himpunan baju merah, disamping mempertahankan Najib, mereka juga mempertahankan (status quo) dalam kerajaan hari ini. Mereka tidak setuju dengan apa yang dituntut Bersih 4; pilihan raya adil, kerajaan yang telus dan kerajaan yang bertanggungjawab. Ertinya himpunan baju merah itu bersubahat dengan kebejatan kerajaan mengikut tafsiran Bersih 4. Himpunan baju merah tidak terperasaan apa-apa dengan skandal yang menimpa negara seperti 1MDB dan juga penyonglapan dana RM2.6 billion ke dalam peribadi Najib.

Sekarang ini berlaku dakwa mendawi di antara satu sama lain. Apa yang agak menonjol dan menjadi pernilaian ialah jumlah peserta memberi hitungan jaya atau gagal himpunan berkenaan. Pihak pengajur baju merah mengatakan himpunan mereka disertai 250,000 orang, dan ada juga mendakwa ianya sampai sejuta orang. Tetapi angka daripada polis mengatakan 35,000 orang sahaja. Polis mungkin mengecilkan angka itu bagi tujuan keselamatan?

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiGx6T1RbConnOELXC7Ui3BJXnOpDTqnszDuTpG90DFksNQksD9E8uDe3fOxqXxwtv_y1yeEftVJ5KS_UY9uUeSs1YdJ6lLjCX2T6H5cZE9FuA6rx4IF-CQEJ4Cs_o1erYXm3Ln/s320/Baju+merah3.jpg
Peserta himpunan baju merah diangkut dengan bas.
Sebenarnya tidak ada masalah dari segi angka, seratus ribu atau pun satu juta. Yang paling penting atau menjadi penilaian rakyat ialah kualiti dan signifiken kepada himpunan itu. Itu yang penting dan perkara itu yang patut diargumentasikan. Natijah dari kedua-dua himpunan itu perlu dilihat yang mana ia lebih memberi kebaikan kepada rakyat dan tidak menguntungkan segelintir orang sahaja.

Rakyat akan bertafakur dan memberi bintang kepada himpunan yang membawa faedah untuk semua. Apakah himpunan baju merah, yang dilihat mempertahankan dan cuba membaiki maruah Najib Razak, atau pun himpunan Bersih 4 yang berhimpun menyatakan aspirasi dan kehendak rakyat?

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgc1P_69S9IGfcrTTY80UhqTwA6JmEn08zbABQq-JAf-qEQmzr84EjvUGFoLEvADDdwUWopjV_xPHCm-9a2ntg016U1iVd3zng5d7HM6LqZOtdQOVKM2hsJNJuWmccHYzikwDWP/s320/Baju+merah.jpg
Aksi di perarakan baju merah.

Kita tidak boleh terpedaya dengan warna dan dakwan dakwaan penuh retorik. Itu tidak menjadi kudis gatal buat kita. Misalnya kalau tujuan baju merah hendak pulihkan imej Najib yang berpolot dengan skandal, ia tidak akan terpulih juga kerana imej Najib yang sudah rosak teruk dan kuat berbau. Isu-isu yang membelenggu Najib kini persis mata golok yang akan diletakkan dileher lembu pada pagi Aidiadha kelak, dimana bila-bila masa golok itu akan menghiris urat temoratnya. Pembelaan dan selawat untuk menyelamatkan Najib adalah sia-sia sahaja dan akan ditertawakan oleh lembu yang cerdik.

Jadi kalau maksud himpunan baju merah itu untuk membela Najib ia tidak berjaya. Kegagalan ini menunjukkan rakyat sudah kenal dan tahu siapa Najib dan mereka tidak sedia mengepongnya, melainkan orang yang sanggup menjadi hamba dan diupah dengan secubit tembakau darat dan seguri garam berbuku sahaja.

Parti Amanah Negara

Kita tinggal himpunan baju merah, kini kembali kepada satu lagi upacara yang saya kira cukup bersejarah. Acara itu ialah perlancaran perdana Parti Amanah Negara (Amanah). Majlis itu berlangsung dalam suasana penuh gilang gemilang dan mendapat sambutan hangat daripada rakyat. Khabarnya lebih 4,000 yang hadir memenuhi dewan indah berseri Pusat Konvensyen Hiasan Dalaman (IDCC) di Shah Alam, Selangor.

Malam tadi saya sempat menonton rakaman majlis itu melalui kilk video yang berdurasi lebih satu jam. Saya dapat bayangkan betapa meriah dan bersemangatnya majlis berkenaan. Kalau melihat rakaman sahaja ia sudah meremangkan bulu roma, mungkin kalau hadir sendiri secara live ia boleh menarik kita untuk sama-sama melaung dan bertakdir kemudian mendaftarkan diri sebagai ahli Amanah.

Majlis itu dijalan dan berjalan dengan penuh profesional. Melihat kepada persembahan dan aturcara dan pengisiannya, motaj-motaj di sepanjang majlis itu jelas mereka yang mendokong atau pun bersimpati dengan Amanah adalah dari kalangan profesional yang menguasai bidang IT dan mempunyai ketrampilan hebat seperti parti-parti yang sudah berjanggut panjang dan berkuku hitam. Bayangkan dalam masa begitu singkat, tidak sampai sebulan, ianya berjaya diadakan dengan tersusun, kemas dan penuh impektif.

Paling merujakan saya, dan ini meremangkan bulu roma ialah apabila mendengar lagu parti tersebut. Saya kiranya judulnya Amanah. Seni kata lagu disusun begitu indah sekali dan sesuai pula dengan rentak dan iramanya. Irama lagu Amanah itu sendiri sedarhana dan melambangkan kerterbukaan, profesinalisme dan kebertanggungjawab Amanah sebagai penjaga amanah rakyat. Ketulusan juga terserlah dalam irama lagu itu akan kehambaan Amanah untuk menjadi wadah baharu rakyat.

Dengan perlancaran perdana Amanah itu,  kini terbinalah sebuah rumah baru bernama Amanah yang amanah, progresif dan peduli, untuk didiami oleh bekas-bekas pimpinan Pas yang dinafikan jasa dan pengorbanan mereka. Mereka akan menggunakan rumah itu sebagai wadah penerus perjuangan mereka untuk Nusa dan Bangsa. Sesaui dengan rumah baru ia dalam proses pengemasan, perabut dan aksesori lainnya akan diisi, dan laman akan dihiasi dengan lanskap yang mengikut citara raya rakyat negara ini yang cintakan damai dan mahukan perubahan.

Jika Amanah itu diibaratkan sebagai sebuah rumah, ianya kini baru berdiri rumah ibu, yang kemudian akan diperkembas dan diperluaskan dengan serambi. Iya kalau boleh dibilang serambi, rumah Amanah baru ada tiga serami. Arif, yang bertindak menjadi pasukan melaksanakan kerja-kerja berkebajikan kepada masyarakat dan parti.

Pasukan Peguam, yang mempunyai 100 orang peguam yang menjadi pembela dan penujuk ajar dalam hal-hal berkaitan dengan perundangan negara dan juga kebebasan dan hak-hak asasi manusia.

Manakala serambi atau sayap ketiga ialah Nunji 15, yang dianggotai oleh cerdik pandai Islam dan bertindak menjadi penggabung Amanah dengan semua pihak. Nunji15 juga merupa pengumpul atau penyambung cerdik pandai Islam dengan Amanah bukan sahaja dalam negara tetapi diluar negara juga demi melanksanakan amanah kepada jagat.

Sudah tentu tiga serami ini akan dikembangkan menambah beberapa serambi lain, yang akhirnya membentuk Amanah sebagai sebuah rumah yang cantik, kemas dan selesa untuk semua orang mendiaminya.

Kehangatan dan penerimaan Amanah ini sebagai wadah baharu juga jelas apabila dalam tempoh tidak sampai sebulan parti itu sudah berjaya mengumpulkan seramai 30,081 orang ahli dan memiliki 105 bahagian atau pun kawasan. Kemampuan mengumpul ahli seramai ini dengan kawasan hampir separuh daripada 222 kawasan parlimen menandakan Amanah diterima oleh rakyat negara ini.

Rakyat negara ini dari semua lapisan dan juga kaum tidak perlu meragui akan keupayaan tuan ataupun pendokong ruamh ini. Mereka terdiri daripada orang yang sudah terlatih dan terjui jiwa perjuangannya. Mereka juga berpengalaman dan orang yang tidak akan berhenti dari berjaung sehinggalah kedua belah mata mereka tertutup rapat.

Seperti mana ketahui bekas Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu diamanahkan untuk menjadi Presiden, bekas Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub diamanahkan memegang jawatan timbalan presiden, sementara bekas Ahhli jawatankuasa kerja Pas, Dr Mujahid Yusuf Rawa sebagai Naib Presiden bersama bekas timbalan presiden IKRAM, Hasanuddin  Mohd Yunus.

Manakala bekas Timbalan Ketua Muslimat, Dr Mariah Mahmud diamanahkan memegang jawatan ketua wanita sementara Sany Hamzah sebagai ketua pemuda.

Sesuai dengan dasar yang diguna pakar amanah iaitu Islam, maka dua ulama telah dilantik menjadi penasihat Amanah. Mereka ialah bekas Presiden Persatuan Ulama Malaysia, Ahmad Awang sebagai penasihat sementara bekas Setiausaha Agung Wamy, Abd. Ghani Shamsuddin sebagai timbalan. Kehadiran kedua ulama inilah juga memberi kekuatan dan keyakinan kepada umum bahawa Amanah adalah sebuah parti Islam dan Amanah meletakkan ulama ditangga teratas.

Kehadiran Amanah dalam celah celah kemelut politik negara dan saat rakyat dibedal pelbagai isu menyenakkan jiwa diraikan oleh parti-parti pembangkan utama negara PKR dan DAP. Pada hari perlancaran perdana itu Presiden PKR Dr Wan Azizah Wan Ismail turut hadir bersama pemimpin PKR yang lain.

Antaranya, Naib Presiden Tian Chua, Shamsul Iskandar Md Akin, Setiausaha Agung PKR Mohd Rafizi Ramli, Pengarah Pilihan Raya PKR Saifuddin Nasution Ismail, Penasihat DAP Lim Kit Siang, Ketua Pemuda DAP Antony Low dan lain-lain.

Kepada Amanah diucap selamat, semoga amanah sepanjang masa dengan penuh progresif dan peduli. [wm.kl.qq:37 am 18/09/15] 

3 comments:

Unknown said...

Tidak sampai sebulan parti amanah telah menciplak logo, masih degil utk memulangkan kerusi milik PAS, dihinakan Dan bergambar secara hina dgn amo I (anggap macam cucumber konon), tidak telus dgn jumlah keahlian, guna Nama Dan gambar selibbriti Tampa izin, mengumumkan hanya sokong Akan hudud setelah DAP bersetuju, Siapa ummah yang mereka wakili kalau dah nak kena keputusan parti kepada DAP. Mengapa sebagai parti yang bermaruah tidak boleh mengambil keputusan sendiri. Hakikatnya Puak dalam PAN hanya mimpi kan kuasa Dan kerusi sehingga tergamak meninggalkan jamaah serta meludah kepada jemaah yang memberi ruang dan peluang kepada mereka dulu. Sejarah telah membukti bahawa orang yang meninggalkan jemaah Islam akan ditimpa kehinaan secara berterusan. Lihat saja pada mereka yang meninggalkan jemaah Islam di Malaysia di manakah mereka sekarang. Sebulan buku boleh ditulis tentang nasib, maruah, penyanjungan masyarakat terhadap mereka. Saya menyeru kepada pemimpin politik termasuk Sdr Anuar Ibrahim kembalilah ke jamaah Islam agar mendapat hidayah dan keredhaan Allah. Anything away from Islam will only result in destruction.




Unknown said...

Syabas dan terus mara PAN

77777 said...

saya ingin berbagi cerita kepada semua teman-teman bahwa saya yg dulunya orang yg paling tersusah,walaupun mau makan itu pun harus hutang dulu sama tetangga dan syukur kalau ada yg mau kasi,semakin aku berusaha semakin jauh juga pekerjaan dan selama aku ingin berbuat baik kepada orang lain semakin banyak pula yg membenci saya karna saya cuma dianggap rendah sama orang lain karna saya tidak punya apa-apa,dan akhirnya saya berencana untuk pergi bilan kepada saya kalau AKI ALHI bisa membantu orang yg lagi kesusahan dan tidak berpikir panjang lebar lagi saya langsun menghubungi AKI ALHI dan dengan senan hati AKI ALHI ingin membantu saya,,alhamdulillah saya sudah menang togel yg ke5 kalinya dan rencana saya bersama keluarga ingin membuka usaha dan para teman-teman diluar sana yg ingin seperti saya silahkan hubungi AKI ALHI,di 0823 1366 9888 saya sangat bersyukur kepada allah karna melalui bantuan AKI ALHI, dan kini kehidupan saya sudah jauh lebih baik dari sebelumnya,ingat kesempatan tdk akan datan untuk yg kedua kalinya Ataumencari dukun yg bisa menembus nomor dan disuatu hari saya bertemu sama orang yg pernah dibantu sama AKI ALHI dan dia memberikan nomor AKI ALHI,dia
KLIK RAMALAN TOGEL 4D 5D 6D
































saya ingin berbagi cerita kepada semua teman-teman bahwa saya yg dulunya orang yg paling tersusah,walaupun mau makan itu pun harus hutang dulu sama tetangga dan syukur kalau ada yg mau kasi,semakin aku berusaha semakin jauh juga pekerjaan dan selama aku ingin berbuat baik kepada orang lain semakin banyak pula yg membenci saya karna saya cuma dianggap rendah sama orang lain karna saya tidak punya apa-apa,dan akhirnya saya berencana untuk pergi mencari dukun yg bisa menembus nomor dan disuatu hari saya bertemu sama orang yg pernah dibantu sama AKI ALHI dan dia memberikan nomor AKI ALHI,dia bilan kepada saya kalau AKI ALHI bisa membantu orang yg lagi kesusahan dan tidak berpikir panjang lebar lagi saya langsun menghubungi AKI ALHI dan dengan senan hati AKI ALHI ingin membantu saya,,alhamdulillah saya sudah menang togel yg ke5 kalinya dan rencana saya bersama keluarga ingin membuka usaha dan para teman-teman diluar sana yg ingin seperti saya silahkan hubungi AKI ALHI,di 0823 1366 9888 saya sangat bersyukur kepada allah karna melalui bantuan AKI ALHI, dan kini kehidupan saya sudah jauh lebih baik dari sebelumnya,ingat kesempatan tdk akan datan untuk yg kedua kalinya Atau
KLIK RAMALAN TOGEL 4D 5D 6D