inilah menteri cap ayam. Apa-apa kena tanya UAI..
RM2.6 bilion masuk akaun Najib bukan isu besar, kata menteri
Published: 31 July 2015 10:50 AMPendedahan Tan Sri Muhyiddin Yassin
mengenai RM2.67 bilion masuk akaun peribadi perdana menteri bukan isu besar,
kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said. –
Gambar fail The Malaysian Insider, 31 Julai, 2015.
Pendedahan
Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mendakwa sejumlah RM2.67 bilion dimasukkan ke
dalam akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bukanlah isu besar,
kata Datuk Seri Azalina Othman Said.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berkata tiada salahnya seseorang
menerima pemberian wang sebanyak itu asalkan mendapat kebenaran penerima dan
tidak menafikan hak mereka yang patut menerimanya.
“Bagi saya kalau orang derma duit kat saya suruh jaga anda semua dan
simpan atas nama saya, itu hubungan saya dengan penderma… apa salahnya.
“Kecuali orang kata, ‘Datuk saya derma duit ini
untuk Umno, untuk Parlimen, untuk NGO’, saya kena ikut cakap penderma.
“Dalam isu duit (RM2.67 bilion), saya tak melihatnya sebagai isu besar…
bagi saya itu budi bicara orang yang derma duit,” katanya seperti dilaporkan
akhbar Berita Harian hari ini.
Muhyiddin dalam satu klip video yang dibocorkan ke Internet berkata
Najib mengakui RM2.67 bilion dimasukkan ke akaun banknya.
Dalam video itu, Muhyiddin kelihatan sedang memberitahu tetamu di
rumahnya, beliau bersemuka dengan Najib berhubung laporan The Wall Street
Journal (WSJ) mengenai wang AS$700 juta (RM2.67 bilion) daripada syarikat
berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang didakwa didepositkan ke akan
peribadi perdana menteri itu.
Dalam video itu, Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir dilihat
duduk bersebelahan Muhyiddin.
Mengulas mengenai tersiarnya video itu, Azalina berkata kesetiaan dan
iltizam Muhyiddin untuk memperkukuhkan Umno selepas digugurkan daripada Kabinet
boleh dipertikaikan.
“Saya rasa agak sedih, sepatutnya kalau ada masalah bincanglah, kita ini
orang parti.
“Saya tidak faham, siang kata nak beri sokongan padu, malam keluar
video,” katanya dipetik sebagai berkata.
Ditanya mengenai sama ada tindakan boleh diambil kepada Muhyiddin kerana
dianggap mengkhianati parti, Azalina berkata tiada mana-mana ahli Majlis
Tertinggi (MT) Umno yang memiliki imuniti.
“Bagi saya, sesiapa pun boleh dipecat kalau dia mengkhianati parti. Dia
perlu dipecat. Saya tidak tahu lagi (sama ada Muhyiddin mengkhianati parti),
tak tahu hari ini dia buat apa, esok lusa (mungkin) dia bakar bendera Umno ke,
tak tahu.
“Yang saya tahu sesiapa pun termasuk saya boleh dikenakan tindakan
disiplin kerana tiada imuniti sebagai timbalan presiden atau ahli majlis
tertinggi,” katanya kepada akhbar itu. – 31 Julai, 2015.
No comments:
Post a Comment