negara dikecohkan. Rakyat dihebohkan, media melaporkan. Pimpinan Rakyat memberi reaksi berbeda-beda. Tanda \simpati dengan petaka dengan berita terbaru. Kisah bagaimana TH membantu bailout syarikat 1MDB milik kerajaan. Keluh kesah sahajalah setakat .
Jumlah teramat banyak, pada rakyat terlalu bernilai, sebalik kepada mereka tiada nilai. Mereka sudah hilang 'rasa'. Beginilah 'nilai sezaman' pimpinan zaman sekarang. Pimpinan cuma melakonkan serta memaparkan lakonan, sekadar lakonan...tiada tindakan, kerana bagi mereka TABIAT rakyat akan mudah lupa...
Selepas Khairy, naib presiden Umno pula bimbang isu Tabung Haji-1MDB
Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, isu berkaitan 1MDB sudah pun dibangkitkannya sebelum ini kerana menjadi kebimbangan rakyat. – Gambar fail The Malaysian Insider, 8 Mei, 2015.
Selepas Pemuda Umno mempersoalkan pembelian tanah milik 1Malaysia Development Berhad (1MDB) oleh Tabung Haji (TH), Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal memberi amaran isu itu boleh mengakibatkan kredibiliti kerajaan dipertikai.
"Isu tentang penglibatan Tabung Haji ini sekiranya tidak ditangani dengan baik, saya khuatir kredibiliti kerajaan akan terus dipertikaikan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Shafie berkata, isu berkaitan 1MDB sudah pun dibangkitkannya sebelum ini kerana menjadi kebimbangan rakyat.
"Sebelum ini, saya sudah menyatakan bahawa perlunya isu 1MDB diberi perhatian serius dengan menjawab segala persoalan berkaitan secara terperinci.
"Isu ini bukan hanya menjadi kebimbangan saya dari awal lagi malahan rakyat secara keseluruhannya," katanya dalam satu kenyataan.
Shafie menggesa tindakan serius diambil supaya rakyat yang merupakan pemilik dana dalam Tabung Haji terus yakin simpanan mereka terjamin.
Sebelum ini, Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin menyatakan kebimbangan berkenaan pembelian sebidang tanah bernilai RM188.5 juta di Tun Razak Exchange (TRX) oleh TH daripada 1MDB, dan mengutarakan beberapa soalan kepada Kementerian Kewangan dan TH.
"Pemuda Umno tidak menafikan keperluan TH untuk membuat pelaburan. Pelaburan dalam pasaran modal (pembelian saham) dan sektor hartanah harus dibuat oleh TH bagi menjana pulangan yang dapat diagih kepada para pendeposit TH dalam bentuk dividen.
"Yang menjadi pertikaian dalam pembelian tanah TRX ini adalah cara bagaimana transaksi ini dilaksana," kata Khairy hari ini. – 8 Mei, 2015.
No comments:
Post a Comment